October 27, 2011

Deepavali dan Patah Gigi...

Semalam cuti.  Tapi for few years, aku mmg cukup menyampah kalau taim2 deepavali ni taw.  Mana taknya, malam sbelum deepavali tu jejiran setaman yg berbangsa India akan raya hindu dgn bermain mercun gile2 babas pnye.  Kehebatan depa maen mercun tu mengalahkan sambutan raya cine. Mengalahkan sambutan new year kat KLCC lagaknya.  Meriah sungguh tak pe. Bunyi dentuman mercun yg kuat ibarat nak berperang. Itu yg buat aku sangat sangat sakit hati tiap kali deepavali.

Padehal india2 kat tmpat aku tu ramai dari kategori berpendapatan rendah. Ramai yg keje kilang je. Walaupun ada gak lah india2 yg kaya dan ada ada gitew. Tapi ramainya yg susah.  Depa cuma mampu dok umah kos rendah tu jer. Kalau ada pun umah teres tu bape kerat jer yg beli. Selebihnya umah sewa.

Malam Rabu tu anak sedara SP si Reen dgn Mila dan anak2 nya datang umah.  Plan dorang nak tido kat umah dan spend cuti hari deepavali dgn kami.  So malam tu lepas maghrib dorang sampai. Aku pun malam rabu tu sampai umah lewat sgt . Maklum naek keta bagai. Singgah NSK bagai beli barang2 basah kan. Dah hampir abis suma stock.

Biasala dorang kalau datang mesti suma tido lewat. Melayan citer2 best kat easteruk. Malam tu banyak citer2 best. Citer2 tamil pun best2.  Kat siaran tamil dan kat channel2 lain tu.  Citer feveret aku sivaji the boss pun ado gak.  Lepas kul 11 aku dah tak melayan mengantuk. Maklum hari keje. Jadual tido pun harus ikut hari keje kan.

Aku jer yg masuk bilik tido. Yg lain tu ntah hape2 dorang buat. Ada yg makan. Amal dgn delin lagi lagi. Kalau si zurri dan ein anak mila ada mmg seronok la dorang.  Kekdahya lepas kul 12 mlm berdentum2 bunyi mercun.  Pastu percikan mercon pun berserak di udara. Mengganggu sungguh tido aku. Memekak u olls.

Alkesahnya, SP dan suma bdak2 bertunggu tangga kat halaman umah. Mana taknya meriah u olls dgn mercun berwarna warni sebijik sambutan newyear kat KLCC gitew.  Haaish..menci tau.  Sampai pening the next day tu sbb tak cukup tido. 

Kalau hari coti lauk2 mmg happening, apatah lagi kalau ada org datang. Smlm mmg meriah sungguh lauk kami.  Tak menahan dgn kerabu mangga (lagi??..biasalah pokok mangga depan umah byk buah kan, anytime petik jer ler). Ikan bakar, sambal telur puyuh lah..dan ntah hape2 lagi.  Lepas makan, layan tv dan memasing tido.

Mlm lepas maghrib seblum mila dan reen balik, aku buat mee bandung.  Sajer nak bagi dorang makan seblum balik kan.  Since bdak2 terkinja2 dan terlompat2 kat luar sementara menunggu mila kemas barang2 dia, again india2 jenjiran maen mercun lagi u olls.  imajin bape byk duit dorang beli mercon..seingat aku mercon ala2 new year tu sebatang memakan rega seratus ringgit lebih taw. Tu pun aku pernah beli kat pasaran gelap masa raya 3 tahun lepas. Beli dua batang jer. Mmg meriah dan seronok sbb meletup2 dan kuar berwarna warni namun memikir kan reganya tu..hui nangess u ols.

Masa seronok sgt dan terkinja2 gitew..ntah camne Erin tgh berlari terlanggar dgn si Amal. Tak memasal keduanya melalak. Amal lagi lagi lah kuat. Pegang mulut sambil menjejeh2 darah kat mulut dia.  Mana tak menjejeh bila aku suh dia kumur dua batang gigi depan udah PATAH gitew.  Si Erin tak apa2 lah, cuma nangis sbb kepala kiri dia menghantuk gigi amal. Yg parah amat tentu amal lah..Abess patah pagar depan..haai.

Lpas dorang suma dah balik pun amal menangis tak henti2. Sbb darah bnyk kuar. Lepas aku mandikan amal beri tuala menekan gigi dia, dia masih menangis . Puas gak memujuk dia.  Malam raya hindu, biasalah citer tamil jer. Tapi citer tamil malam tadi mmg best dah kelakar. Bila dah gitew ketawa mengekek bdak yg takde gigi tu nampak lah rompong depannya kakakaka..gaknya ubat tahan sakit yg aku bagi tu berkesan lah kot. Tak sampai sejam dah tak sakit lagi.

Pagi ni, Amal nampak kelakar. Aku siap pesan dia kalau senyum tutup mulut. Sbb dua batang gigi dah takde.. Gelak sakan kakak menengok amal.  Siannya dah takde gigi ktanya.  Alah, gigi tu pun dah reput gaknya. Maklum gigi susu kan.   Aku pujuk amal, tak lama lagi akan tumbuh la gigi baru yg lagi cantik dan hensem.  Gigi2 tu pun dah reput benarnya.  Baru beberapa hari jer aku ckp dgn Amal gigi dia depan tu cam gigi arnab sbb isap botol susu sampai umur 6 tahun ari tu.  Rupanya gerak hati aku ni cam doa yek.. Hati dah berkata2, tak hensem anak aku kalau gigi kedepan gini..Nah, skg dua2 nya udah patah gitew...Buat sementara tak bape hensem lah hero aku yg sorang tu sbb bila senyum...2 pagar dah roboh.

October 25, 2011

Buat keje biar betul

Keje sebagai cordinator ni bukan lah senang mcm org tgk salu.  Suma keje aku setel. Suma org happy. Barang dapat on time. Arrangement tip top. Depa tak tau. Depa tau cakap jer. Move sana..move sini. Antar sana, antar sini.  Disebalik kejayaan memenuhi segala permintaan aka arahan dorang tu, ada kala aku ni hampir meroyan jugak.  Ye lah, terutama arrangement last minit. Which end up menyusahkan aku. Menyusahkan warehouseman, forwarder dan org2 yg sewaktu dgnnya.

Sebagai logistic cum admin cum bla bla cordinator (aku kan tamak, 5 org pnye jwatan nak buat). Bukan aku mintak ye, aku dipaksa tanpa rela, sapa kita nak persoalkan ni bkan keje aku. Ni bukan tugas aku.  Yg pasti disebabkan heybad nya aku buat keje2 suma selesai suma pun nak lambak kat batu jemala aku kan.  Ye lah, mentanglah aku multitasking.  4-5 org pnye keje suh buat pun aku tak bising. Buat jer. Hallloooooooo!!!...kalau ko suh buat sebanyak itu keje korang rasa ada ka patut aku juga dapat income range 4-5 org tu kan baru la adil!!.

Ni tak, aku lah procurement. Aku lah payment chaser. Akulah akauntan make sure invoice done. Payment masuk on time.  Reply kat management team. Buat sales and revenu repot tiap bulan. Tu pun belum amik kira tugas inventory controller, logistic controller bla bla bla..adus.Tamak sungguh kan?.

As cordinator yg dah berpuluh tahun buat kerjaan macam terutama dalam oil n gas yg manjang jer URGENT URGENT kan, aku dah sedia maklum. Cuma for me aku lebih suka buat keje ada plan.  Perancangan tu sangat perlu. Terutama nak uruskan stok2 sampai tepat pada masa.   Stok2 bukan setakat dari Singapura ke Msia, Labuan ke Kemaman.  Ada kala stok dari Timbaktu, azzerbaijan...dan negeri entah mano.  Sometimes negara dorang ni banyak birokrasi. Imagine lah nak dapat kan stok dari Azerbaijan Baku misalnya amik masa satu bulan tau nak keluar.  Tu belum lagi Angola, Afrika dan ntah manaa2 lagi. Jadik dorang kalau nak stok harus bagi aku ample time utk aku carik stok, tanya lokasi tu bole release ke tak dan paling penting timing nak air freight benda2 tu masuk ke Msia, sama ada thru KLIA ataupun Singapore.

Satu jer aku tak berapa gemar pasal import kat Mesia ni. Leceh sgt dan banyak sgt cengkadak. Kadang2 takes 3-4 hari baru nak clear. Pastu nak fikir lori lagi. Aduss. Aku prefer go thru Singapore. Cepat, mudah, pantas dan reliable.  Infact seafreight pun lebih senang dan cepat dari sana compared dari Msia tau. Pening pala nak uruskan.

Dari minggu lepas lagi. Hari jumaat aku dah ckp.  Dorang nak stok dari Labuan pindahkan ke Kemaman.  Mmg dgr cam dekat kan? ala dari msia ke msia.  Tapi!!! hakikatnya mcm hampeh.  Sebagai org yg menjadi tulang belakang (ceh, kans) dan org tengah syarikat dgn agen dan customer, aku kena menten good relationship dgn suma org. Tk kira drebar lori ka,  hatta kastam pun. Sbb aku nak sumanya smooth dan lancar.  Lebih2 lagi dgn agen2. Sbb tu aku salu jer dapat pertolongan dorang kalau nak apa2 dgn mudah. Kalau JLO?? hmmm sampai ke sudah org tak sudi menolong. Sbb apa? sbb mulut dia celupar tu lah.  Aku kena cakap bebaik dgn suma org.  Hatta warehouseman kawin pun company tak mo sponsor adiah kan, aku sendiri kuar duit beri adiah. Sbb pada aku, dorang ibarat kawan rapat yg sentiasa saling memerlukan dgn kita. Supaya tugas2 kita jadik mudah.  Bila bini whrseman beranak pun, aku kuar je duit sendiri beri hadiah for baby. Abesss??? company kedekut dan berkira sangat kan. Susah lah.  Niatkan jer sedekah kan.  Afterall, dgn itu dorang suka dgn kita. Kadang2 cam kawan rapat jer leh share citer gosip dan memacam. Kan best gitu??

Forwarding agent pun sama. Aku sangat particular pasal forwarder. Jgn la cuba nak buat pasal. Buat onar lambat2 kan shipment. Buruk padahnya karang. Pernah sekali forwarder buat taik. Delay shipment sampai seminggu..teros dgn kuasa yg aku ada aku banned langsung company tu..ha amik kau. Gila kuasa gitu .hahaha
Dari hari jumaat tu aku dah suruh move jer ..tak nak. Abis hari sabtu tghari. Kul 12 aku tgh sbok masak kat dapur dgn kakak aku ttba kol suh move barang. Suka hati jek!!. Ingat kapal terbang tu kau pnye? Ingat cakap jer cam aladin jin tros angkat kasik terbang itu barang??

Tu lah, penting nya ada perancangan.  Fail to plan is plan to failure. Itulah dia.  Pastu ari ni nak kejar2 org suh antar barang gak.  Heloooo...sok coti raya lah.  Tpi nak jgak kan. Aku pun gunakalah skill relationship yg aku dah bina tu dapat gak. Tapi dia tatau berapa susah nak arrange lori jalan esok..sbb esok coti. Kena suh kastam stanby lagi. Bayar ot lagi. Lori drebar kena bayar OT lagi. Tapi since dia kata bayar je apa kos, janji barang tu kastermer dapat sok..so senanglah keja aku kan.  Korang hentam saja lah bape nak cas..kompeni bayar..GITU...

Penat, hari ni mmg sungguh penat.  Dari pagi merushing sampai ke petang.  Mmg nasib2 jer rezeki aku . Mudah jer dapat stok. Mudah jer nak uruskan truck dan lori kan.  Tapi dorang yg sedap2 suruh tu tatau betapa susah nak buat arrangement tu.  Tau cakap kuar air liur dgn org  yg menjlankan kerja mana sama weeh?

Tu la pasal. Jgn korang ingat keje aku ni glemer sgt pun. Mmg betul dorang bayar aku gaji agak tinggi dari market biasa, tapi kalau korang tau keje2 yg kena buat mmg menangis tau.  Nak nak lagi increment dah 3 tahun langsung tak mo kasik..Sakit hati taw.

Apapun, sbb tu tugas dan tanggungjwb aku kan. Aku buat gak.  Mujurlah dapat sikit bonus tahun lepas buat pengobat hati, lau tak dah lama aku bom off ni taw..haha, lawak jer tul. Toksah ingat betul ya.

Hissh, tak sabar nak cuti sok walaupun sehari. Badan dah sangat penat u ools. Otak mcm cramped. Bahu ase sengal2 sgt. Mcm nak tercabut dok kat depan kmputer menatap dari pagi sampai ke petang...oh cepat la kul 5.30ptg. Aku dah tak tahan. Aku dah penat. Nk balik..sok dah nak raya..

Selamat bercuti u ollss..depaavali  vertikal. Matila malam ni hindu2 jiran tetangga maen mercun smpai ke pagi mengalahkan cina raya.  Pekak la telinga ni tak leh tido semalaman. Yg aku pelik mercon dorang hebat2 taw. Ala2 sambutan new year tu. Moskel sbb tgk keadaan rumah makan pakai cam semekin yet masih ada byk doit nak membakar mercun gitew kan..alahai.

Selamat bercuti ya..santai2 di rumah......


October 24, 2011

Hari Baru, minggu baru dan semangat baru.

Alhamdulillah, masuk minggu baru. Selesai sudah satu urusan.  Urusan kenduri tahlil 25 hari arwah mak malam minggu lepas.  I would say aku dgn akak sgt berbangga sebab dapat selesaikan segala urusan tanpa bantuan dari org yg sepatutnya..

Aku, SP, akak dan suaminya serta anak2 kami bergotong royong buat kerja, beli barang di pasar, buat persiapan untuk memasak. Masak, mempack dan segala mala.  Dari mula membeli barang kering kat NSK, sampai barang basah di pasar sg besar..dari kes menyiang ikan, udang dan ayam sumanya kami lakukan sendiri. Tak payah nak pangge2 org yg tak perlu tu.. selesai gak.

Menunya ayam goreng berempah, acar rampai, kari ikan dan sambal udang.  Mula nak letak kat bekas2 dan antar ke surau. Tapi kekdahnya lelaki2 kat surau tu menurut abang ipar malas nak membasuh pinggan mangkuk bagai kan, jadik kami bungkuskan sesiap kat bekas polisterin.  In total ada 35 pack suma.  Kami gak pack 3 lauk2 extra.  Satu tuk jiran sebelah umah arwah mak, satu tuk Makcik Mas dan pakcik babas jiran depan umah dan satu lagi tuk mak uda. Arwah bapak pnye adik yg duk tak jauh dari kg kami.
Oh sabtu tu gak, aku mintak tolong si Adi tuk membelikan sepasang arnab.  Adi on the way ke UPSI for his convo so dia singgah ngantarkan renab2 tu. Tak sabar bbudak tunggu renab sampai tetido si Amal dgn Delin.  Adi sampai dalam kul 6 lebih kot gitu.  Sbb dia rushing, aku dah sesiap bungkus lauk bagai tuk dia.  Siap ada special request nak kabu mangga lagik tu.  Mangga pun kebetulan ada banyak. Bahan2 pun ada jer.. dalam masa 10 min je zassss siap kabu mangga special request dia tu.

Lepas Adi datang antar arnab, aku terkocoh pi antar lauk kat umah mak uda pulak. Terpaksa drift lelaju dgn bawak kakak dan delin sbb azan maghrib dah berkumandang gitew.

Balik dari umah mak uda, pack2 suma dan terus antar ke surau.  Alhamdulillah, siap satu perkara.  Abang long? hmm usah kan nak tanya pasal kenduri. Hapah pun tak de.  Malas nak bising2 kami pun tak cakap apa. Takkan lah tak mengira dah berapa hari arwah mak pergi kan? Kalau betul dia ada hati pasal pemergian mak, pasti dia akan sebok2 tanya nak kendri ke tak..tak pun hulur sikit2 duit buat beli barang kan.  Ni tak. Hampeeh. Baik aku maupun akak malas nak terhegeh2 mintak. Kami berkongsi duit kami sendiri beli barang2 dan bahan. Duit yg org sedekah2 tuk arwah mak tu akak simpan. Sbb kami cadang nak simpan duit tu buat kenduri 100 hari nanti. Nak beli tumbang lembu sekor dan tak mau satu sen pun duit dari abang long. Biarkan lah dia makan suma duit arwah mak yg dia pegang tu, pastu jawab sendiri dgn Allah esok kan.  Insya Allah, ada je duit kami nk buat kenduri.  Kadang2 aku rasa malu sgt dgn SP dgn abang ipar aku tu. Sbb bab2 kenduri tahlil gini abang long langsung tak mo amik tau apa lagi nak beri duit ringgit, tenaga pun haram.  Dorang dua yg tolong kuar duit kadang, jemput org surau beritau tuk tahlil dan bersusah payah tolong menyediakan sumanya.  Dan dorang sikit pun tak pernah berkira.  Malu betul aku dgn abang sendiri yg langsung tak mau amik tau.  Biarkan lah dia dgn cara dia. Malas dah nak amik tau.

Oh ya, air yg abang ipar letak kat kubur arwah mak tu pun dah ada. So, aku dgn akak dah guna air tu untuk mandi.  3x mandi aku guna air tu sambil berselawat. Alhamdulillah, aku dah bertambah sihat. Takde lagi rasa sakit2 sendi, takde lagi rasa hati yg sebak bak kena hiris2 gitu. Dapat pulak bernafas dgn lancar.  Tak taulah samada ini suma pasal apa. Tapi yg pasti kami dah ikhtiarkan. Dan Alhamdulillah kami dah tambah sihat. Takde lagi rasa mcm  yg aku kata rasa mcm nak sasau tu. Rasa tenang dah. Infact hari ke 25 yg aku mimpi kedua arwah tu, akak pun mimpi sama.  Dia pun kata nampak wajah dorang berseri2 dalam mimpi dia tu.  Anak ku Amal pun 2x bermimpi berjumpa atok2nya.  Anak buah ku si Yen pun sama. Mimpikan atok jugak.  Gamaknya, mmg kerinduan sumanya buat masing2 bermimpi kan.  Syukurlah, kalau benar2 keduanya tenang di sana. Itulah yg mmg kami doa dan harapkan setiap hari.

Hari Ahad tu pepagi buta konon nak pi pasar kat Sg Besar, tapi malas pulak nak gerak jejauh. So kami decided pi pekan kecil jer. Agak jauh dari umah tapi dekat dgn kubur arwah mak dan pak.  Tak singgah kubur pun, cuma lalu jer dekat kawasan perkuburan dorang.  Batu nesan arwah mak pun belum dipasang lagi. Gaknya adik lum ada masa nak amik kot.

Kat pasar tu consider pasar kampung la kan, kecik je tempatnya. Kat situ ada satu makcik yg jual lontong serta murtabak pisang mmg terbaeek punye. Sedap giler.  Tapi makcik ni salu dtang lambat ke pasar tu. Dulu masa arwah mak ada, mesti nak beli mertabak pisang dari dia.  Last masa arwah mak mintak aku belikan ada dapat.  Beria arwah mak makan mertabak tu. Thats was 2 -3 minggu seblum dia meninggal tu. Tercapai hajat mak nak makan.  So, tiap kali ada peluang balik kg mmg kami akn pi carik lontong dgn murtabak makcik tu.

Lambat tunggu makcik tu datang, masa tu lum kul 8am lagi. Aku decided nak tunggu. Aku ajak SP, Delin dan Amal lepak kat kedai kopi dulu pekena teh tarik dan roti canai ke apa kan.  Kat pekan kecik gitu, org perempuan mmg tak de melepak kat kedai kopi taw. Mcm jadik kesalahan jer org pmpuan mengopi gitu gaknya. So bila kami anak beranak ada kat kedai kopi tu wah semua mata2 memandang pelik seolah2 aku pakai baju tebalik i tell u!!!.  Buat bodo dan taktau jer lah kan. Mklum lah nak kill the time org kata.

Dekat 35 minit mengeteh kat situ baru kami blah. Mujur ada rezeki nak beli murtabak pisang makcik tu.. sbb tinggal bberapa keping jek.  Lontong pun dapat jgak.  Special pasal lontong kat tempat kami ialah ada bihun yg dicelur lembut.

Ni la rupa lontong tu. Ada nasik impit, bihun dicelur, pucuk ubi sket, tauge dan timun. Di tuang kuah lemak yg ada di boh mee siput (meekuning kering tu) dan kuah kacang ala2 kuah pecal tu. Rasa dia?? fuh mmg mabeles. Tak terkata. First time org luar mmg pelik sgt dgn lontong ni. Tapi  bila dah rasa..pasti nak lagi....bungkus plak special dalam daun pisang gitu..satu bungkus RM1 jer.

Dah dapat makan lontong harus kenyang sampai tenghari. Kebetulan ada jiran buat kenduri akikah tengahari tu. Pelagi satu isi umah lah pegi.  AKu pulak pi kenduri pakai  baju kurung arwah mak..ramai yg terkejut sbb betul2 sekali pandang katanya.

Kami benarnya belum abes mengemas baju2 arwah mak lagi.  Ada 2-3 almari yg nak kena clearkan.  Baju arwah pak pun masih byk lagi.  Rupanya arwah mak tak pernah beri baju arwah pak kat org. Mebe sebb sayang or sentimental value gaknya. Bila arwah mak dah takde, bongkar almari2 dia ya Allah , masih byk baju , seluar2 dan kopiah2 arwah pak masih tersusun elok.

Cuti raya haji nanti Insya Allah genap 40 hari arwah pegi. Kami rancang nak buat kenduri tahlil 40hari di rumah pulak. Cuma belum dapat tarikh bila lagi. Maklum musim raya korban ramai org sibuk menyembelih so kami kena tunggu confirmation tarikh nak kenduri tu. Probably kalau tak Isnin, selasa gamaknya.

Lepas 40 hari tu selesai esok, bole sit back and relax. Sbb next kenduri will be on 100 hari. Which will be on early Januari 2012 gitu. Masih byk masa lagi nak plan kenduri besar sikit masa 100 hari tu nanti insya Allah.

Alhamdulillah, selesai sudah beberapa perkara. Just to keep life move on jer.  Mmg lah org yg tak merasa kehilangan kedua ibu bapa tak rasa camne kami rasa.  Semuanya tak tergambar dek tuturkata. Pendek kata, berat mata memandang kami kehilangan ni lagi berat lah bahu kami yg memikul ni.

Buat masa skg ni aku dan adik beradik yg lain malas nk pikir pasal harta pusaka, pasal geran2 tanah yg masih ada nama arwah mak tu.  Biarkan jer mende tu suma. One day, bila abang long nak tukar nama ke hape, pasti dia kena tukar nama tu suma. By that time, suma tu kena go thru mahkamah syariah for pembahagian Faraid. Masa tu dia akan tau yg dia tak mungkin selamanya dapat makan suma tu seorang diri.  Until the times comes, biarkan dia enjoy dan makan puas2 dulu kan..sok2...hanya Allah yg maha mengetahui.  Aku tak berapa memerlukan sgt pun reta2 tu semua. Tapi bila bicara soal hak, dia kena ingat tu suma. Kalaulah aku x memerlukan pun, bahagian yg aku patut dapat tu dia kena beri. Terpulang pada aku nak beri pada sapa lepas tu kan.  Kesian kat kakak2 aku tu, dorang tu bukan org senang, bukan ada rumah. Jadik aku rasa mereka tu lagi perlu diberikan hak memasing kan?.

For us, tunggu dan lihat jer. Bak kata adik lelaki aku Allah dah tunjuk macam2 signal kat abang long, kat anak bini dia. Tapi dia masih tak sedar. Dia masih tak buka mata lagi.  Mgkin dia masih belum sedar lagi.  Jadik biarkan lah.  Tak kemana pun ko bole bawak harta2 dunia tu kan. Lagpun tak berkat hidup kalau makan hak orang laen.. Allahu Alam..

October 21, 2011

Hanya Allah yang tahu

Salah sorang hamba Allah yg rapat dgn aku sound aku tghari tadi. Katanya, aku ni terlampau emosional atas pemergian mak. Katanya aku still hold dan tak lepaskan dia pergi. Sbb tu aku masih dibelenggu dek kenangan2 aku bersama arwah.

Senang je dia menuturkan kata sebegitu kan. Sedangkan dia tatau apa yg aku alami apa yang ada dalam hati aku ini.  Pertama2 nya dia takde pengalaman langsung sbb mak ayah dia masih ada. Masih sihat dan masih bole bernafas di muka bumi yg fana ini.

Salahkah aku menulis status updates aku kat fesbuk tentang apa yg aku rasa terhadap kehilangan salah sorang yg amat aku sayang dalam dunia ni. Salah ke? untuk mengenang kembali arwah?.  Bagi aku tak salah.  Kalaulah dia tak suka membaca apa jugak yg aku post kat profile fesbuk aku..mudah jer. Ko hide jer lah. Tak perlu nak berkata sedemikian sehingga menyinggung luka hati dan perasaan aku ini.

Sekurangnya aku tak propa dgn upload gambar sendiri pos ala2 perempuan melayu terakhir. Post manja dan letak kan kat Fesbuk pun. Paling penting aku tak kacau sapa2 pun. 

Cara dia menegur dan memperlekehkan perasaan aku buat aku sangat tersinggung dan bersedih.  Kemon lah, bukan senang nak melupakan dan melepaskan suma tu pergi dari hati aku ni.  Senang lah ko cakap, yg dah pergi tu lupa kan je lah, kita yg hidup ni kena teruskan kehidupan.  Ya, mmg ada betul nya phrase itu kan. Tapi pada aku, setiap kali aku teringat dan terkenangkan arwah pasti aku tak lupa nak sedekah Al Fatihah hatta baca surah yassin pun.   Pada aku mengingat arwah setiap masa buat jiwa ku sangat dekat dgnnya.

Jelas, dia tak merasa apa yg aku rasakan.  Segala pengalaman2 dari menjaga arwah sehingga lah ke liang lahad. Dia tatau gelora di hati aku ni, dia tak tau betapa bergumpal2 kerinduan dan kesedihan dalam hati yg tak bole tergambar dek kata2 maupun perbuatan.

Jadik, salah kah aku menghitung hari demi hari akan kepergian arwah mak dalam hidup aku. Dari hidup kami?.  Pada ku dia tak berhak nak mengeluarkan pendapat sedemikian rupa yg mengguris hati dan perasaan aku ni.  Peduli lah kalau dia kata aku ni terlampau emosional.  Aku berhak nak merasa sedemikian kan. Kerana aku yg kehilangan bukan dia!!.

Kau masih bole tersenyum gembira kerana kau belum berada di tempat aku.  Satu hari nanti bila tiba masanya kau sendiri akan merasa apa yang aku rasa.  Tiada kata yg boleh menggambarkan segala duka , sedih dan pilu yg kami tanggung ini.  Ya, aku sendiri takkan semudah itu melepaskan perasaan aku ni pergi. Kerana pada detik arwah mak pergi..Separuh jiwa ku juga di bawa pergi.

Tidak lah aku meratap, menangis hatta meraung setiap hari kan. Tapi sebagai anak, aku berhak punya perasaan sebegitu kerana kaseh dan sayang aku pada arwah mak tiada sempadannya walaupun maut yg memisahkan kami.

Allahu Alam

Kerinduan..

Dulu masa arwah pak meninggal aku tak berasa sangat mcm sekarang.  Bukan..bukan maksud tak sedih. Sedih. Tapi arwah pak pergi lepas 4 tahun dia terlantar sakit. Jadi pemergiannya tu tak la sangat memberi kesan mendalam terutama pada aku.  Seingat aku lepas seminggu aku ok dah. Masa baca yassin idaklah termenangis spt mana skg ni.  Mgkin sbb aku sgt rapat dgn arwah mak. Apatah lagi aku yg perempuan bongsu dan dilabel as anak kesayangan arwah mak oleh adik beradik yg lain.  Aku rasa sangat attached dgn arwah mak berbanding arwah pak.  Sbb itu bila arwah pergi seolah2 separuh jiwa ku pergi bersama..

Malam tadi, dek kesibukan tugas sebagai ibu yg mencabar aku terpaksa memberus baju sekolah anak2 yg dashyat giler kotornya..musim ujan, baju seluar, kain kasut suma pun kotor cam belacan. Jadi masa untuk membaca yassin hanya lepas solat isyak langsung terus terlelap.

Aku bermimpi...aku bertemu dgn arwah Pak dan arwah Mak.  Aku mimpi bawa dorang pi soping. Dorang beli 10 helai selimut.  Wajah arwah pak nampak muda sgt.. Mcm gambar dia ketika berumur 20an dulu.  Nampak muda lagi berseri.  Arwah mak pun sama. Wajah dia bersih dan berseri2 sgt.  Mereka nampak sangat gembira dan tersenyum.

Aku cuma berdiri melihat mereka memilih2 selimut yg bermacam2 corak dan warna.  Arwah mak kata dorang nak beli 10 helai.  Aku angguk jer langsung bersiap2 nak beritau kat penjual.  Belum sempat aku nak menoleh melihat balik pada keduanya..aku terus terjaga dari mimpi.  Cuma sekejap sangat aku dapat tgk dan menatap wajah keduanya..Ah, betapa kerinduan pada keduanya sgt mendalam.   Walaupun seketika dapat  melihat wajah kedua2nya.  Lebih2 lagi bila aku melihat wajah keduanya yg mulus bersih dan sangat berseri2..... :'(

Ya Allah, jika ini adalah petanda yg mereka tenang dan aman di sana Alhamdulillah. Syukur pada mu.  Itulah yg sentiasa ku titipkan pada keduanya setiap kali selepas solat.  Semoga keduanya sentiasa diberkati di sana..

Aku x daya nak meneruskan lagi..butir2 airmata dah mula jatuh ni...Segala kerinduan ku terubat sudah biarpun cuma seketika bertamu di alam mimpi, buat penawar mengubat sedikit kerinduan ini..Terima Kasih ya Allah...

October 19, 2011

Terkena Badi

Benda2 mistik, walaupun kadang sukar nak dipercaya tak bole kita anggap memain.  Mcm yg kita tgk kat expose mistik tu lah contohnya.  Santau and stuff, mmg suma benda tu wujud.   Tak bole tolak 100%, byk kali pengalaman sendiri terutama masa anak2 kecik buat aku sentiasa buka mata mmg mende2 halus yg kita tak nampak ni ada kalanya memberi gangguan.

Dalam aku mengadu ase tak sihat, ase cam org sasau edan kasmaran kat SP rupanya dalam diam dia pi jumpa Abang Onn.  Abg onn yg aku salu citer dulu bilamana bdak2 ketegur dek benda2 kat air terjun.  Abang Onn akan beritau biasanya apa nak buat. Kadang dia suruh guna kapur . Selawat 3 x dan pi calit kat ibu kaki bdak2.  Ada masa dia buatkan air untuk mandi atau pun minum. Gitulah. Mmg abang Onn tmpat mintak nasihat kalau ada apa2 perkara mistik berlaku pada anak2.

Bila mana smlm, SP terjumpa abang Onn terus je org tu tanya dia.  Sumanya ok??.  Baru jer SP citer dia nak buka mulut perihal masalah yg aku hadapi tu abang onn angguk2.  Dia kata mmg dia dok tunggu 2-3 hari lepas SP datang carik dia.  Maybe dia sense ada masalah gaknya Allahu Alam.  Mmg dia bnyk mengubatkan org maybe kelebihan dia ke apa taktau lah.

Dia bgtau SP yg aku dgn akak terkena badi mayat.  Lebih tepat lagi badi arwah mak.  Mcm aku cerita apa aku rasa semlam tu rupanya tu adalah petanda segala permasalahan.  Kakak pun pnya rasa dan masalah yg sama. Ibarat org sasau bercinta. Serba tak kena segalanya.  Kami sendiri tak tau rupanya itulah yg dikatakan badi.

Ada org kata, kalau kita mandikan mayat air lebihan tu amik sikit dan mandi. Tujuannya untuk buang segala2 mala mende ya melekat atau lebih tepat lagi badi.  Mana lah kami tau kan.  Tak siapa pun bgtau masa kami sibuk memandikan dan uruskan jenazah tu. Sementelah lagi, kami yg kehulu hilir dari hspital ke rumah mayat langsung bawak jenazah balik ke rumah.

Jelasnya, tiap kali aku nak lelap pejam mata pasti aku terbayang wajah jenazah arwah mak.  Rupa yg mmg aku tak leh get rid walaupun sekejap. Dah 23 hari, aku dan kakak masih rasa menda yg sama tiap kali pejam mata nak tido.  Tu salah satu punca tido aku terganggu.  Tgh2 malam around kul 2 am keatas mesti terjaga. Kakak pun sama. Ye lah, tu waktu2 arwah mak pergi kan. Tepat kul 2.02am dia disahkan meninggal.

Abang Onn suruh letak sebotol air kat atas kubur arwah mak. Kat bahagian kepala. Biarkan tutupnya terbuka dan bacakan Alfatihah tuk arwah.  Kena letak selepas waktu asar mean lepas azan asar. Pastu seblum maghrib kena amik air tu, baca fatihah dan tutup semula. Air tu kena bawak balik. Aku dgn Akak kena mandi air tu at least 3 x berturut.  Dan suma2 ni kena di buat petang khamis. Means esok lah. Tak bole tangguh2 lagi. Lelama lagi berat nanti. Menurut abang Onn dia pernah ngubatkan org terkena badi yg dah terok sampai sasau cakap sendiri. Ckap pelik2..meracau sendirian.

Mujur aku dgn kakak belum sampai tahap tu walaupun terasa2 mcm org tak betul.  Mgkin masih ada sedikit kekuatan dalaman walaupun dah mula goyah. Ditambah pulak kami mmg sentiasa baca yassin stiap malam lepas arwah pergi. Sedikit sebanyak membantu  kot untuk tidak menjadi lebih teruk.

Still aku masih rasa sikit2 lagi mamai tu. Badan2 sakit toksah nak citer. Suma sendi2 ase mcm dipintal2. Lenguh semacam. Kaki nak berdiri pun rasa lemah tak berdaya. Ada masa memalam masa nak tido sesetengah bahagian badan seolah2 dicucuk dan pilas2. Ase sakit menusuk2.  Hati pulak ase sebak . Pedih sesgt.  Teringat kat arwah? tok sah ckap lah. Sentiasa. Ibarat org yg menanggung rindu sesangat pada kekasih hati yg lama tak jumpa. Gitulah yg kami rasa.

Insya Allah, petang esok suami akak akan tolong letak air kat kubur mak.  Doakan semoga sumanya tak ada apa2 ye.  Mmg kami sgt sayang dan kasihkan arwah mak, tapi yg pergi tu tetap pergi kan.  Aku tak mau rasa begini membelenggu lelama.  Silap haribulan aku jadi meroyan tak tentu hala nanti. Biarlah badi tu pergi bersama2 dgn arwah mak.  Aku tak mau badi tu membelenggu kami sampai buat kami sakit dan tak tentu hala.

Insya Allah, mudah2an.  Segala yg baik itu datangnya dari Allah SWT dan yg buruk tu dari kita manusia...


October 18, 2011

Kerelaan dan melepaskan

Benarlah kata orang kalau ada sesuatu yg membelenggu hati dan emosi kita, secara kita tak sedar mende tu semua makan dalam.  Lalu menyumbanglah pada mende2 lain. Jiwa kaco, gelisah, makan tak selera, pening pala. Perut asa kecut sentiasa. Hati ase sebak. Pedih dah pilu.  Luaran mmg tak leh nak nampak. Tapi dalamannya hanya org yg merasa tahu. 

Betapa segala2 sendi2 berasa lemah dan tak bermaya. Tenaga nak menggenggam pun tak daya.  Apatah lagi nak makan. Perut ase sebu manjang mgkin sbb gas dah berlebihan dek stresses.  Seksa menanggung, gaknya gitulah derita org yg makan hati  berulam jantung kan?.

Begitu jugaklah yg aku rasa sejak 22 hari arwah mak pergi.  Segala benda yg aku makan tak berasa. Segala mende yg aku masak dah tak de soulnya. Kurang sedap, kurang rasa dan kurang segala mala. Pendek kata, aku ibarat org yg kacau jiwanya dan sasau. Mujur masih ada sekelumit kekuatan dek bacaan2 yassin  yg ku buat hampir setiap malam selepas arwah mak pergi.  Jiwa berperang mujur tak sampai ke tahap sawan!.

Gitulah penangan kehilangan arwah mak pada aku.  Betapa selama ni emosi aku menidakkan realiti. Hati ku tersangkut2 dalam kerelaaan melepaskan dia pergi.  Sebak hati ku setiap detik teringat kan dia.  Namun aku  harus akur. Selama mana aku harus begini?.  Tidak adil pada mereka yg masih mengharapkan aku kan. 

Sedikit demi sedikit, dalam kepayahan aku merelakan dalam hati aku. Melepaskan apa yg mencengkam walaupun seribu kepayahan.  Bole dikatakan keadaan ini mempengaruhi segala tindak tanduk aku.  Aku kena berhenti. Aku kena melawan hati dan perasaan aku. Aku kena lepaskan arwah mak. Supaya dia tenang dan tak terseksa. Aku juga harus berhenti menangis zahir dan batin. Aku harus bina kekuatan tu semula walau dalam kepayahan.

Dalam minggu ni juga, pelan2 aku cuba lapangkan dada ku ni. Rasa sakit setiap kali menghela nafas masih ada terasa waalupun sedikit.  Alhamdulillah, kesihatan aku pun dah bertambah baik.  Hati aku ada sedikit bunga2 dan ceria walaupun tak seratus peratus. Aku perlu teruskan kehidupan. Tak kira betapa sedih nya aku sejak kepergian arwah mak.

Jujur, aku asik memikirkan pasal mati jer lepas arwah mak pergi.  Sbb tu aku rasa gelisah tak tentu hala. Aku kira melihat satu persatu proses kematian sehingga selesai ke liang lahad beri aku satu ketakutan yg amat luar biasa. Betapa aku sering membayangkan kalaulah aku ...... memikirkan anak2..buat aku sgt gerun.  Lalu selera makan langsung hilang. Mood pun hilang. Aku hanya memikir pasal mati.  Mula setan2 berbicara menghasut lalu membuat aku semakin kacau fikiran.

Namun, dgn segala kekuatan aku cuba melawan. Mati itu adalah pasti. Cuma kita tak tau bila dan dimana.  Sementelah aku dah sakit hampir 2 minggu tak baik2 langsung pikiran aku ke situ arahnya.  Sungguh2 buat aku kecut perut dan insaf.

Mmg sukar nak mengembalikan semangat dan kekuatan ku semula. Tapi aku mencuba. Alhamdulillah, sikit demi sedikit skg beransur2 ok dah walaupun bukan sepenuhnya.   Cuma aku nak hati dan rohani ku menerima hakikat seadanya yg arwah mak mmg dah takde!!. Dah kembali ke pada khaliqnya. Dan itu adalah satu KEPASTIAN sekarang.

Hidup perlu diteruskan, masih ada tangan2 kecil yg mengharap aku menggapai tangan mereka. Tak kira betapa duka, sedih dan nestapa apa yg aku rasa aku harus kuat demi mereka2 suma. Demi mereka yg aku sayangi dan kasihi yg masih ada lagi di dunia ini.  Pada teman seumur hidupku yg sentiasa sgt memahami keadaan aku dan tak pernah marah malah memaksa untuk aku terus menerus melupakan kenangan paling sedih dalam hidup ku itu kan.  Tidak pernah dia menyalahkan aku untk tempoh bberapa minggu ini aku tidak memasak langsung apalagi hidangan2 yg sedap2 seperti selalu.  Makanan hanya bungkus dari kedai. Kalau aku masak pun tidak langsung ada rasanya. Masinnya, sedapnya...entah hilang kemana.Tidak juga dia memaksa aku mengemas maupun menyelesaikan urusan rumah tangga. Bahkan banyak darinya dia sendiri yg membantu.  Untuk suma tu aku harus kembalikan aku yg dulu. Sekurang2nya untuk satu keceriaan yg sudah hampir sebulan hilang dibawa angin. 

Yang pergi tetap akan pergi. Biarlah kita lepaskan dgn rela dgn penuh rasa ikhlas dan kasih walaupun peritnya hanya Dia yg mengetahui.  Siapalah kita nak mempersoalkan takdir yg telah tertulis di Loh Mah Fuz. Sapa kita nak mempertikai kenapa cepat sangat menjemput arwah mak pergi.  Kita tidak punya apa2 kuasa pun untuk menidakkan takdir dan waktu yg mmg sudah tertulis, tersurat dan tersirat. Sebagai hambanya, banyak kan berdoa, membaca al Quran untuk disedekahkan pada arwah.  Sungguh tak pernah ku rasa penasaran begini.  Bila sudah terasa barulah ku tau, inilah agaknya yg dikatakan orang makan hati berulam jantung.  Sakit didalam yg hanya kita sendiri yg merasanya. Org cuma bole berkata2. Tapi kita yg merasanya. Berat mata org memandang sesungguhnya berat lagi  bahu kita yg menanggung dan memikul.

Insya Allah, aku sentiasa bermohon dan bermunajat semoga arwah berdua ditempatkan di kalangan org yg beriman dan bertakwa.  Hati ini walaupun sgt berat, dgn perlahan aku lepaskan.  Semoga arwah mak tenang di sana...Insya Allah..ALFATIHAH...dalam kepayahan amat sangat ini, aku dgn redha melepaskan apa juga belenggu yg menghalang hati dan perasaan aku menidakkan kebenaran ni ................

October 17, 2011

Good rest...thats what we need!!

Dah 2 minggu rasanya aku manjang je ase tak sihat. To be exact lepas arwah mak meninggal.   Dari segi emosi dan spiritual aku sendiri ase sakit yg amat sangat.  Masih terkenang2 lagi. Bak kata Dr Suresh ari tu..ur emosi cuba menidakkan realiti. Sbb tu sel2 dalam badan semua menolak utk baik. Menolak ion2 positif katanya.  Betul la apa dia kata tu. Aku tgh mencoba sedaya upaya tau menerima hakikatnya. Mulut mmg kata ya, tapi dalam hati?? hanya Allah jer yg tau.  Baik aku maupun akak kami seropa jer. Bila aku telepon akak, tiap kali bercerita mesti terimbas kenangan2 bersama arwah.  Tipikal kan, tapi since kami rasa kami sangat attached to arwah mak, cant help it.  Bak kata akak, tiap kali nak suap nasik nampak lauk yg arwah mak suka, pasti teringat kat dia. Dan dan gak selera terus putus.  Gitu jugak lah aku.  Mmg tak pernah lupa nak baca yasin setiap kali lepas solat or sedekah Alfatihah tiap kali terlintas teringat arwah.  Kenyataan tetap kenyataan walaupun sepahit mana kan.  Since minggu ni ada kat umah jer, aku plan nak rehat cukup2 just to get recover.

Hari Sabtu tu, pepagi dah digugah Amal. Sekolah dia adakan sukan. Walaupun dia tak masuk acara. Sbbnya sukan tara dah dibuat awal2 lagi. Memandangkan ramai sgt student kat sekolah tu kan. Baik dia maupun Delin dah bawak balik pingat perak masa ari Jumaat tu.  Tapi hari sabtu dia nak jugak pegi. Nak ikut perbarisan dan nak tgk kwan2. Nak sokong umah biru katanya.  Delin?? aah dia tu apa dia kesah. Sama jer. Dia tak peduli dan tak ada hati nak pi pun.

Sampai kat sekolah, majlis perarakan pun dah bermula. Kami dok la jap kat kantin tu.  Ttba SP dapat panggilan dari kakak dia.  Nak datang umah.  Kakak dia turun dari Keluang semata2 nak ke Unisel. Dia dah turun malamnya tu dan dok kat umah anak dia kat Kajang. Since ada konvo anak dara dia hari Ahad tu dan Unisel tu dkat dgn umah kami kan, mmg dia akan turun dan tido umah selalunya. 

 Aku, SP dan Delin kena gerak pi pasar dulu cari lauk. Maklum peti ais pnye stok pun nan ado jer kan.  Aku tinggalkan kakak kat sekolah utk meneman Amal.  Gitu gini, pi pasar beli apa patut dan balik umah.  Sedia maklum, umah mcm kapal dgn kain baju 3 bakul besar tak berlipat, umah tak berkemas bagai. Betul2 cam kapal pecah lagaknya.  Letak je barang2 pasar kat sink, aku kemas kain baju masuk dalam  bilik. SP kemas kat luar, cuci bilik air.  Sempat gak aku sapu sampah, tukar sarung bantal. Aku sangka sure dorang nak tido kat umah malam tu. Jadik aku kemas2 gak bilik bdak2 ni ala kadar.

Berpeluh2 aku mengejar menyiapkan mengemas dari depan sampai ke belakang dan stat memasak. Risau gak karang kalau org dah sampai lauk tak siap lagi.  Badan mcm tak berapa sihat sgt lagi tapi gagahkan jugak.  Since dah dekat 2minggu kemabukan ubat sampai nak pitam, aku stop je amik apa2 ubat pun. Pening rasanya dok makan ubat jer.

Menunya ialah, kari ayam, kerabu mangga, sambal tumis cili api, pucuk ubi rebus. Sayur kobis + kacang, ada telur masin dan ikan selar goreng. Dah menunggu dorang lama sangat sampai siap masak tak sesampai kan, aku ajak SP makan.  Mana tau masa nak amik pinggan jer kakak dah kol suh amik kat sekolah. Langsung x jadi  makan. Masa tu dah kul 12 lebih/

By time dorang sampai dah kul 2. Imajin perut ku udah masuk angin gitu. SP pun baru sampai jugak amik bdak2 dari sekolah.  Makan makan jugak tpi dek kerana perut udah masuk angin langsung ase sebu.  Tetamu2 aku tu kalau ada sambal tumis ikan bilis mmg happening la dorang makan gitu. 

Beria aku kemas, tukar sarung bantal bagai rupanya dorang tak tido kat umah. Katanya nak pi Kelang. Umah BF anak dara meka.  Dan nak tido sana. Si anak dara pulak dah bertunggu tangga kat umah family BF dia tu berhari2 dah katanya.  Well, aku mmg tak bape setuju di sini. Ye la, anak dara kita terhegeh2 bertandang umah jantan. Takde apa ikatan pulak tu. Both parents yg lelaki dan pmpuan pun sama.  Patutnya bagi aku nasihatkan dua2 nya not to buat mende2 gini. Ni dah terlampau2 pulak aku rasa. Aku suarakan ase tak puashati pada SP. Nampk sgt nanti org kata anak dara cheap sale gitu. Dah asik bertandang jer, nikahkan je senang. Tak yah sbok2 nak tunggu Dec bertunang setahun bagai.

Sesakit mata menengok gitulah adanya. Namun bukan anak dara kita apa lah kuasa kita kan. Dah mak bapak pun cam sokong je segala tindakan anak mereka.  Ada juga dorang offer nak ikut tak?..dgn baik SP menolaknya. Lgpun malas nak kuar kan. Aku pun bkan sihat sgt.

Lepas dorang gerak ke kelang pukul 6 ptg gitu, tinggallah kami anak beranak.  Lepas maghrib bdak2 merengek ajak keluar. Nak makan askerim kat Mc D katanya.  Layan kan je lah walaupun malas sgt nak kuar.


Hari Ahad, lepas solat subuh masing2 sambung tido. Bukan kebiasaan aku tido balik sampai kul 9 gitu. Tapi dek kerana badan tak sedap kan. Bangun2 pun dah terik matahari. Cis, tak baek. Kalau arwah mak ada mesti dia marah. Tido meninggi hari gitu.

Aktiviti ahad biasalah. Baca paper, masak, makan dan tido.  Ku bantai tido dari kul 2ptg sampai kul 6 petang. Cuaca pulak hujan dan mendung mmg bergelimpangan lah jwpnya.  Dgn lena padahal ada 3 bakul baju lagi tu.  Alah, biarlah kan. Tunggu mood mari baru lipat lah..

Mlm tu lepas maghrib, ku gagahkan jugak lipat kain baju tu.  Selesai gak akhirnya.  Peliknya siang tido bkan maen lama tpi malam pun tido awal gak.  Mmg kekurangan tido gaknya aku ni.  Hasilnya....aku rasa sungguh sehat dan bersemangat di pagi Isnin yg malas ni.  Batuk pun dah takde.  Badan pun ase bertenaga sikit. Mujor ada anak dara yg bole membantu dan diharap. Dia lah gosok baju sekolah, baju keja aku..baju keja SP. Aku siapkan sensorang melipat kain2 sampai mengemas ke dalam almari. SP ?..tolong gak. Tolong tgk jer!!.  Mana mungkin dia nak melipat.  Bukan bidang dia katanya . Heh, biarlah asalkan dia tolong basuh dan sidai serta angkat kain pun dah cukup baek kan.  Tak leh expect lebih2 ..

Gitulah adanya..all i need ialah tido yg cukup dan rehat yg cukup.  Maklum dah masuk pingkat umur2 gini kan, kena lah sentiasa cukup rehat. Lau tak karang sakit.   Mggu ni back to track. Dgn bdak2 busy exam akhir tahun jugak.  Bermakna ada bberapa minggu jer lagi sblum anak2 cuti sekolah dgn panjang.....

October 14, 2011

Kesian..begitu nasibnya

Satu malam, kami anak beranak pi ke MC D kat town kami.  Dah lama tak bawak anak2 makan fastfood terutama Mc D.  Catu pun catu kan..tpi idaklah tak makan langsung. Sebulan sekali or dua bulan sekali tu aku rasa fair. Lgpun baru la berbaloi bila spent 50 hengget dan sumanya abis licing...baru betol2 menikmatinya. Ini tak, makan tak abes..makan tak abes..membazir.  Jadik pendekatan fastfood sejarang2nya yg kami amalkan sangat berkesan, berbaloi dan menjimatkan sudah tentu.

Masa tu kami about abess menikmati hidangan. Ada yg nak makan bubur lah, Filet la. Ayam goreng lah.  Askerim toksah citer. Kalau kakak, harus mengorder askerim yg paling mahal yg ada. Tak pe. Layan kan jer. Rezeki anak2 org kata.  Since kat situ ada free WI Fi..kami sesaje terai guna Iphone cokia SP nak masuk kat FB.

Tgh syiok2 aku membege2, ttba ada satu mamat sumpah ala2 mat pet lagaknya. Baunya masya Allah, tak terkata.  Bawak seponjot beg kecik yg aku kira berisi pakaian kot.

Konfiden dia menanya kat SP  ' sedara abang XXX ke? (merujuk pada abang sulong SP).  First dia tanya tu SP tunjuk2 sign tangan tanda tak mau.  Lagi sekali dia tnya, aku dgr betul2.spontan aku jawap. Ya,...haah mmg sedara abang XXX.  Lalu SP tanya sapa kamu ni?..

Gitu begini, rupanya dia adalah Hisyam. Anak sedara pada isteri abang long SP (anak akak dia). Aku mmg biasa dgr nama dia tapi tak pernah sekali pun berjumpa kat mana2 majlis keluarga. 

Selamba SP jemput dia makan.  Dia dgn gaya malu2 kata ' belanja boleh??'...SP angguk kepala dan tanya apa dia nak makan.  Lepas dia pilih -dia choose for Quater pounder with cheese set. Aku pi order sementara dorang bersembang2 berdua.  Bila order dah siap, aku ingatkan dia nak makan situ rupanya dia nak bungkus. Berpusing aku ke kaunter mintak plastik dan pack kan.  Tak lama lepas tu dia minta izin pergi.

Rupanya, SP kata mmg langsung x kenal. Sbb rupa paras dan fizikal dah sgt2 berubah. Dah kurus kering. Dgn jari kuku yg kotor, pakaian yg kotor dan bau tok sah cerita.  Kisahnya, dia ni disisihkan keluarga mgkin kerana pernah addicted ke apa..aku pun tatau. Tpi mmg aku pernah ingat SP dulu2 ada cerita, ketika dia masih sekolah kalau cuti pi melepak di rumah abang long nya pasti budak tu ada sama. Kiranya bdak tu disisih dek mak bapak sendiri, jadi isteri abang long SP kesian ajak dia datang umah. Bawak dia jalan2 dan makan2.  Kuarga bdak tu mmg tak suka dgn dia. Seringkali kena marah, kena hina dan macam lagi. Mgkin kerana itu dia bawak diri dan terlibat dgn menda2 tak elok.

Kesian. Sedih, simpati suma pun ada.  Tapi apa kan daya. Dah keluarga mak bapak dia sendiri menyisihkan dia kan. Kemana lagi hala tujunya. Dah la umur 30lebih, hidup merempat begitu mana dia nak pergi.

Bila kami cerita kat abang long Sp dan wifenya..menangis biras ku itu. Kesian teringatkan dia. Katanya tiap kali dia hilang, adik2 lelakinya kan cari dah bawak balik. Bersihkan dia. Beri apa dia nak. tapi 2-3 lepas tu dia akan melarikan diri lagi. Mgkin tertekan dgn pandangan hina adik beradik yg lain gaknya?.

Kesian kan.  Patutnya sokongan keluarga diberi pada mereka begini. Kalau tidak sampai ke sudah dia akan terbiar dan merempat ke sana sini. Bukan kami jer yg pernah jumpa. Anak2 abang long SP pun salu jmpa. Tapi kerap kali bila terjumpa dia rela melarikan diri.  Mgkin ketika kami kat MC D dia lapar sangat.  Jadik terpaksa mengaku sedara demi nak isi perut?


Gitulah resam dunia. Tak semua org bernasib baik dalam kehidupan. Tapi sebagai keluarga tergamak  ke kita nak biarkan dia hanyut mcm tu sampai bila2?.  Sapa nak peduli akannya?.  Patutnya keluarga sendiri beri sokongan bukan menambah beban. Sbb itulah dia asik melarikan diri gaknya. Malu di hina, di cerca dan di marah...Allahu alam.

Yg kita bole beri ialah simpati.  Beri makan kalau dia memerlukan atau pun kita terjumpa. Tapi sampai bila?. 

October 13, 2011

Kematian demi Kematian..

Hari Selasa 11hb tu mcm yg aku dah uar2kan aku meng MC kan diri lagi. Dr Suresh mmg superb. Dia kata kalau nak baik batuk tu kena stay away dari ekon. Mandi air panas, jaga makan, kurangkan stress bla bla bla..Kalau tak katanya mmg takkan baek lah sampai bila2. So dia bagi aku MC senin tu benarnya. Tapi aku dah datang keje. Setengah hari pulak tu tak kosser nak balik umah kalau SP masih keje kan. Jadik Isnin tu aku keje sampai abis. Buat apa2 yg patut dan penting.  Esoknya mmg konpem aku tak datang dah weh.

Satu hari kat umah, sumpah tak dapat tido bebenar pun.  Makan ubat selesema dan batuk super ngantuk pun ada lah terlelap2 ayam gitu jer. Namun nak betoi2 pengsan tido, mmg takde la.  Lepas settle anak2 kesekolah tghari tu, aku amik can la lelap ayam jap kan.  Dan mesin nebuliser ada kat umah. So dalam tiap 6 jam aku amik sekali. Biar cepat baik kan. Batuk ala2 semput mmg gitulah ubatnya.

Sambil tu layan lah apa2 jer citer kat astruk tu. Boring je tutup. Buat2 pejam mata. Ada lah tido kejap2. Kul 5.30pm lepas abis ghost whispered kat starworld tu baru la aku solat Asar dan turun ke dapur. Sian isi umah aku tu dah banyak ari tak makan2 makanan berkhasiat dari air tangan aku ni. Manjang air tangan peniaga pasar malam jer kan. Mana boleh jadik.  See?, dalam sakit2 tak sihat pun kena gak masak. Sbb apa? sbb kesian kuarga tercenta ktanya..

Masak la special siket. Dgn chilli crabnya, ayam goreng berempah. Sayur2 sikit. Semestinya sambal belacan dan ulam2 lah kan. Abes siap tu tgk pulak hall yg mcm dilanggar garuda bersepah sana sini mana tahan kan. Belum amik kira kain kat mesin yg dah bersidaian di ampai tu.  Sejak arwah mak sakit sampai dia takde ni mmg umah kami ibarat istana hinggap jer. Weekend takde kat umah.  So paham2 jer la keadaan istana hinggap no 10 tu kan.  Semak mata, aku kemas2 dan sapu mana patut. Berpeluh2 gak. Petanda nak sihat tu.  Aku sendiri tak caya masa timbang kat klinik yg berat aku dah turun 8kgs. Dah lama aku tak menimbang. Padanlah suar2 suma longgar kan. Bagus mmg bagus. Cuma kalau selim tapi tak sihat buat per dak??.

Lepas masing2 santai dapat makan masakan mama yg sedap2 belaka tu kan senyap umah. Kakak dgn homework yg tak sudah2. Delin cam biasa, ari sekolah tido awal. Keletihan kot. Tinggal la aku, Amal dan SP melayan TV sambil baca2 paper. Harus baca gak Metro walaupun tak keje ok. Siap pesan kat SP jgn lupa beli masa balik. Kalau tak meroyan mak tak baca paper sehari u olls.  Layan citer Cinta Elysa gak pas tu. Time dah nak abes tu SP dapat panggilan dari Kak dia..Kak Ros, bgtau Nyai (pngkat nenek) Tijah dah meninggal kejap tadi tu.  Nyai Tijah tu ialah mak mertua Kak Ros. Since dorang ni sgt rapat, aku pun jadik rapat gak.  Nyai tu terlantar sakit awal sikit jer dari arwah mak. Fair lah. Umurnya dah 92thn pun.  Nyai ni dah tahap nyanyuk dah pun few months lepas. Dah tak bape kenal org pun dia.  So dia meninggal kira 15hari je lepas arwah mak pegi.  Ajal kan. Yg pergi tetap akan pergi...gitulah hakikat dunia.

Lepas diskass gitu gini, aku ajak SP balik jap. Mcm tak sedap lah kan tak balik. At least ada masa hari pengkebumian dia pun cukup lah. Nyai tu pun rapat. Aku ingat lagi dari mula aku kwin dgn SP aku kenal dia. Each time pi umah kak ros bila aku salam dia mesti dia tak lupa nak cium pipi aku kiri kanan. Anak2 aku pun sama. Sampai anak2 kata Nyai yg suka cium tu..peliknya...aku sorang jer plak tu. Bini2 adik2 beradik SP yg lain tak pulak. Jadik aku rasa mcm dekat je dgn dia. Aku je yg dia kenal dari mula anak sorang sampai la anak tiga. Aku rasa kami patut beri penghormatan terakhir kan.

SP kol abang long dia plan bla bla and decided nak gerak sesama.  Abang long dia tu maklum lah dah agak berumur, drive malam tak berapa expert sgt kan.  So kami ingat nak konvoi sesama.  Dalam kul 10 lebih la kot, pack lebih kurang jer teros angkat anak2 yg fengsan ketiduran dalam keta. Off we go. Abang long SP dari Selayang, so kami berjumpa kat Hentian Seremban tuk singgah minum kopi dan isi minyak at about kul 12 lebih malam kot masa tu. Batuk aku menjadik2 pulak masa tu maybe sbb sejok kan.

Masa on the way tu sempat lah SMS adik beradik SP yg lelain tu. Ada abang SP sorang tu, haram nak angkat tepon.  Baik laki maupun bini. Just nak bgtau lah kan, aku SMS jer dorang tu.  Kami konvoi sesama dua kereta dan tiba umah MIL kul 2.45pgi gitu. Terus boom tido walaupun agak ayam2 sbb dah terbabas waktu tido katanya.

Kul 9pagi kami suma gerak ke umah Kak Ros yg tak bape jauh dari kg SP tu. MIL terpaksa bawak 2 cucu yg dia jaga sbb adik ipar laki bini kena pi sekolah dulu. Yg adik ipar plak ada kursus kat bandar BP. SO dia tak dapat ikut. Masa kat umah Kak Ros, ramai2 tetamu tgh baca yasin dah bertahlil. It seems nak bersedia mandikan jenazah dah masa tu.  Petang seblum meninggal tu SP baru jer menelefon kak ros tanya keadaan Nyai. Masa tu mmg dah pengsan2 Nyai tu. Org pun dah datang umah bacakan yasin.   Urusan pengkebumian selesai at about kul 12tghari cam tu. Ramai sungguh sedara mara, cucu cicit Nyai datang beri penghormatan terakhir. 

Lepas sudah tu kami balik umah MIL.  SP dok meronda keliling umah maknya. Byk dapat kutip rambutan kuning dan merah kat belakang umah. Berpelastik2 gitu.  Buah ciku, betik, pisang dan macam2 lagi. Pendek kata penuh bekalan nak di bawak balik KL.  Kami mmg plan nak balik petang tu sbb anak2 sekolah kan. Lgpun aku dah lama cuti. Apa pulak kata bos nanti kan.  Oh abang long SP dah gerak balik KL awal lagi. Sbb kul 5 ptg dia kol dah sampai Selayang pun.

Lepas makan dan solat Asar, kami gerak dari umah MIL. Singgah jap umah kak ros amik sijil mati. Mana tau karang off tanya kan.  Kami gerak pelan2 gitu. Cuma singgah kat Seremban solat maghrib je lah.  Masa kami tiba umah abang long SP ngantar salinan surat mati tu dah kul 9pm. Kak Ipar dah siap2 masak nasik siap ada asam pedan dan sambal itam dari pahang lagi. Wah sedap sungguh dapat makan lauk sedap2 kalau lapar kan.

Kul 10lebih malam kami baru tiba umah kat Rawang. Mcm aku ckp kat SP..just nice 24hours. Smlm kul 10mlm gerak balik BP..hari ni kul 10mlm sampai kat Rawang for 550km mileage.

Mmg kematian tu sangat pahit nak diterima kan. Tapi tiap yg hidup pasti akan mati.  Sbb itu walau jarak waktu kematian antara arwah mak dan Nyai tijah ialah 15hari je gapnya. Siapa lah kita nak mempersoalkannya. Kita sebagai hambanya kena terima dgn redha setiap yg pergi itu dgn iringan doa dan Alfatihah.  Aku kena keje gak  hari ni.  SP dapat compensate cuti 3 hari sbb dia informed off dia nenek yg meninggal (betul la tu pangkat nenek la kan).  Biar dia rehat kat rumah cukup dan tido puas2. After all dia yg drive sepanjang perjalanan bukan aku pun kan?.  Cumanya cam base ler, Mem pi keje di antar dan balik harus dijemput jugak giteww.........

October 10, 2011

Balik Kampung lagi

Jumaat lepas, aku meng MC kan diri.  Tak bape sihat benarnya. Batuk terlampau.  Lgpun jemaat tu ada appointment dgn Speech therapist kat sepital for Delin. Alang2 dah gitu. MC jer lah ye tak.

Hari Sabtu tu, kami ikut rombongan meminang. Sepupu SP kesahnya dapat org kampung ku. Org Sungai Besar. Jadik Mak cik dia ajak lah kami join sama.  Alang2 ye dak, leh balik kampung sekali lepas tu.  Majlis berlangsung penuh sempoi dan simple. Penuh tradisi. Sbb apa, first time aku tgk bertunang yg lelaki tak terhegeh2 berbaju melayu bagai dan shoot2 amik gambar.  Maklum la skg ni kan kalau tunang ngalahkan hari nak nikah.  Amik gambar bagai. Tapi ni tak.  Yg lelaki drive mak dia tapi berbaju tshirt belang2 sempoi.  Tak masuk datang pun umah perempuan. Tunggu dalam keta jer.

Seingat aku zaman2 aku bertunang dulu2 gitu lah. Mana ada yg lelaki terhegeh2 mengekor ye dak. Org dulu sgt menjaga adat dan air muka. Lagi la kalau kat kampung mau satu kampung mengata u olls.  Tapi tu dulu. 10-15 years dulu ye. Sekarang ni? cam hampeh. Bertunang mengalahkan nak buat majlis kawin. Yg mak bapak pulak menggalak pulak. Salah di sisi agama tu. Mana bole tunang posing2 amik2 gambar dekat2 berdua bukan muhrim.  Buatnya tak jadik kawin?? naya.

Rombongan 9 kereta memenuhi ruang umah pihak perempuan. Perbincangan berlangsung sekejap je. Lepas tu kami di jamu makan tengahari dgn lauk2 kampung yg sgt sedap.  Ayam masak lemak cili api, ada sambal goreng, sambal udang kueh mueh. Maklum org jawa kan.  Sentimental harus ada sambal goreng gitu..kan Syuk??

Lepas selesai majlis tu masing2 beransur. Ramai sedara mara SP yg datang dari Johor tak melepaskan peluang nak menyoping kat pekan sg besar. Nak borong toto lah, nak borong kaen batik bagai lah.  Mcm tourist guide aku beritau dorang mana2 kedai yg bole dipergi . Harus lah kan, org sg besar tau selok belok gitu.

Aku tiba kat umah mak lebih kurang kul 2 petang gitu.  Sunyi dan terasa kosong. Hawai (senyap tak berbunyi kata org  banjar) je umah walaupun akak sekuarga ada dok kat situ.  Sambil lepaks2 kami sembang2 kat bawah rumah dengan angin sepoi2 sawah yg sejuk dan nyaman.  Mengimbas kembali kenangan2 bersama arwah mak. Kebetulan adik lelaki aku yg bongsu pun ada. So aku terus jer serahkan duit untuk batu nesan arwah mak pada dia.  Adik lelaki aku, sorang yg tak banyak cakap dan sgt pendiam. Tapi sekali bersuara mmg pedas bagai nak gila. Dia masa kecik sgt rapat dgn aku. Kami sama2 carik ikan main layang2 kat bendang..Dia juga sanggup berenti belajar kat Uniten ketika arwah bapak jatuh sakit akibat stroke.  Mgkin sbb rasa tanggungjwab nak jaga arwah bapak . Masa tu dia je sorang blum kawin. Dia sanggup korbankan masa depan dia demi nak jaga bapak. Dia jaga kebun sawit bapak bersawah bendang. Di samping tu dia yg tolong mak nak angkat arwah bapak untuk mandi.

Sampai dia bertemu jodoh dgn org Meru. Bekerja dgn Jabatan kerajaan.  Jadik, adik ku tu terpaksa berulang alik ke kampung dan Meru. Uruskan swah2 dan kebun sawit arwah.  Seblum arwah bapak meninggal lagi abang long dah cuba amik sumanya.  Mana tau kebun sawit yg adik ku kejakan tu pun dia nak amik.  Masa tu arwah mak risau kalau mereka ni berparang bagai. Tapi adik aku sgt gentlemen. Dia diam jer tak banyak cakap.  Semua abang long bolot. Dia tgkkan jer. Skg ni dia tumpukan pada sawah jer.  Percaya lah pada berkat, sejak dia mengusaha sawah arwah, hasil sawah sgt2 memberangsangkan. Dia tak pernah lupa nak beri hasil dan masukkan duitnya dalam akaun arwah mak.

Sampai satu ketika ada 10k dalam akaun mak.  Seblum arwah jatuh sakit, arwah mak dah keluarkan duit tu suma. Aku ada ingatkan arwah utk simpan kat ASB sikit. Tapi mgkiin arwah percaya pada anak sulong lelaki dia walaupun beberapa kali mmg abang long nampak sgt nak membolot still mak percaya!!!. Sudahnya, lepas arwah meninggal, langsung duit tu x tau nampak ke mana.  Biarlah. Makanlah selagi ko nak makan kan..Akhirat nanti ko jawap sendiri. Baek aku, adik, abang ku sorang lagi dan kakak2 kami smua tidak laparkan harta arwah mak dan bapak..tapi dia harus ingat, hak org lain tak bole makan begitu saja.

Malam ahad tu buat pertama kali selepas hampir 2 minggu arwah mak pergi, aku terjaga jam 2.30am. Aku rasa seolah2 arwah mak balik malam tu. Aku terasa2 sgt kelibat dia.  Selama ni tak pernah aku rasa gitu. Dan aku yakin mmg roh org yg dah pergi datang balik ke rumah.  Perut sakit menahan rasa nak ke toilet.  Dekat 10 min menahan aku x larat dah. Mana taknya aku masih batuk2 masa tu. Aku kejut SP suh temankan ke tandas.   Mmg aku yakin sangat terasa kehadiran arwah mak dgn senyum balik kerumah...puas aku pejam2 mata nak tido, akhirnya aku terlelap gak dalam kepayahan...pagi nya aku bercerita dgn akak..bercerita dgn anak2..anak ku yg sulung pun kata dia terjaga 2.30am dan merasa benda yg sama!!.


Pagi ahad Allah makbulkan doa aku tu.  Sbbnya aku mmg plan dgn akak nak ckp kat abang long yg aku dah setelkan batu nesan mak. Tapi harus beritau dia kat depan bini dia.  Jadi pagi ahad tu abang long datang anak beranak. Amik kereta sorong mgkiin nak pi kutip buah sawit kat kebun kot??..dah tak berduit gamaknya!!. Pulak tu ada hati tanya anak ku si kakak ada apa hal balik kampung.  Heey, umah pusaka arwah mak aku ..aku punya suka lah nak balik anytime ye dak..sapa dia nak persoalkan..ko tu org luar apa hal nak sbok2.. Bila dorang dah balik baru kakak bgtau aku. Kalau aku dgr masa dia ada nak jer aku kata, aku balik sbb nak rebut harta yg korang dah songlap. Apa daaa..bak kata akak aku, takut bayang2 sendiri..yg kelakar, takutkan anak perempuan yg NO 5 ni bersuara kerrr??

Depan abang long, aku sound direct aku dah bayar batu nesan. Adik akan uruskan amik dan pasang kat kubur mak.  Yg kelakar bini penyebok yg menjawap. Macam aku ckp dgn dia?. Menyampuk tak sudah2.  Benci menyumpah2 tau dalam  hati. Tak cukup2 lagi menanya akak jumpa tak barang2 kemas arwah mak yg arwah mak simpan?.  Apa barang dia sebok2 pasal barang kemas arwah mak?? Helloooo, kami ada 3 org perempuan anak arwah mak, ko jgn perasan mimpi nak jugak ye.  Yg betulnya, sampai ari ni belum jumpa lagi bekas mak simpan barang2 kemas dia. Taktau mana arwah simpan.  Maybe arwah tau apa bakal berlaku, beria dia simpan. Yg ada cuma rantai leher yg arwah pakai masa kat hspital tu jer yg akak simpan.  Kami lum smpat mengemas bebtul bilik mak lagi.  Nanti2 lah ada masa kami carik. Arwah mmg bnyk simpan gelang, rantai, cincin dan bagai.  Mmg aku tau tu..tapi aku tatau sejak dia sakit mmg dah takde.

Arwah pernah ckp dgn akau masa seblum dia sakit, dia ada cash dkat  seribu yg adik beri hasil sawah..tapi bila aku tnya akak sejak mak sakit akak tak pernah jmpe pun duit tu.  Beg duit yg arwah mak salu simpan duit2 kat situ kosong..tak de apa dalam tu. Aku tak menuduh sesiapa..tapi siapa yg amik tu sendiri mau ingat. 

Tanpa duit arwah mak tu pun aku dgn akak masih mampu nak kuar duit buat kenduri tahlil buat arwah.  Insya Allah rezeki tu sentiasa ada.  Duit2 sedekah yg org beri pun ada byk dgn akak. Langsung kami tak risau.  Yg kelakar, abang long dok pegang duit arwah riban2 tu masih tak cukup duit??? apa tandanya tu. Sendiri mau ingat kan.

Abang long dulu, seblum kawin dgn pempuan tu tak mcm tu. Dia yg kami kenal selama 40 tahun sentiasa bertimbang rasa dgn adik2..dgn anak sedara. Sbb dia yg lewat sekali kawin. Lepas kwin tros berubah 360darjah...jadik sendiri bole agak atas pengaruh siapa kan..

Yang pasti, baek aku dan adik beradik lain kami tak kuasa nak bergaduh maupun berparang bagai merebut harta arwah bapak dan mak. Insya Allah rezeki kami ada jer kat mana2 kalau pun tak dapat harta pusaka. Cuma yg paling aku  bersyukur ialah, semasa arwah mak hidup dulu pernah abang long nak dok balik umah arwah mak tu tapi arwah tak beri. Mujor lah. Kalau tak mcm haram jer gaknya conquer. Biarlah akak yg duduk di situ. Afterall, akak anak perempuan yg paling tua dan harus dia yg berhak. Kami adik beradik takde masalah dgn itu.

Lagipun abang long dah buat rumah kat tanah kebun yg dia dapat tu..jauh dari org ramai jauh dari org kampung.. Baguslah gitu, biar jadi kera sumbang. Selama ni pun dorang mmg tak campur org pun kan..

Hidup kita ni sementara jer. Banyak mana pun harta kita dapat, bila kita mati sok kain putih jer yg balut tubuh. Bukan kain sutera bukan gelang rantai emas yg nak dipakai sampai ke liang lahad ye dak?..

Mmg betul, lepas mak meninggal aku salu jer emosi.  Yg benarnya sakit hati. Sbb tiap kali balik kampung ada jer cerita2 menyakitkan hati perihal abang long aku tu.  Macam2 cerita. Kadang2 sungguh menyesakkan dada dah hati yg mendengar..jauh di sudut hati, aku berdoa moga2 abang long cepat insaf..takut2 nanti bila ajal dah menjemput terhalang dek ada adik2 yg tak meredhakan hak mereka diambil kan?.. Nauzubillah..


October 6, 2011

Kenapa Pengantin Lari??

Korang notis tak lately ni banyak bebenor kisah pengantin lari di hari kawin depa?.  Sungguh mengerikan dgr tu.  Aku rasa lagi mengerikan kepada mak bapak pengantin kan.  Dah buat persiapan bagai. RM tok sah amik kira bape banyak abis nak kenduri bagai kan.  Ada gak yg tumbang sekor lembu untuk kenduri kawin dan akad nikah. Aleh2 time nak nikah tu tak datang tak ke naya?. Sian mak bapak pengantin pempuan. Betul2 menganiaya.  Tu pasal banyak kes yg saman menyaman lepas tak jadi kwin. Bukan kes lelaki lari jer..pempuan lari pun banyak!!!.

Tapi aku bit setuju gak kalau perempuan lari lepas tau bakal pengantin laki ada hal. Ye lah kan, mana tau tiba nak hari nikah baru tau si jantan tu dah ada 3 bini..or penagih dadah ke..geng perompak azhar ke kan..(contohlah kan).  Dari pada menanggung sengsara hidup baek malu kejap kan?.  Tapi utk yg takde kes or masalah apa.  Ttba kuarga pengantin pempuan dah ready tunggu nak nikah kat mesjid. Siap bawak rombongan berpuluh keta, persiapan suma dah ready. Alih2 pengantin lelaki tak datang2..dgn alasan takde baju melayu kale putih apa barang???.. kalau aku sure aku akan saman malu gak tau.  Dah ler tok kadi, suma saksi dok tunggu. Panggil tok kadi bukan free tau . Kena bayar.  Saksi pun kita kena bayar jugak ye kawan2.. Jadik kalau rasa x ready..(pesanan tuk yg bujang2 tu) tok sah lah dok peniaya org gitu sekali ye. Sian kat org..sian kat mak bapak dia. Kalau nekad nak kwin tu biar tetapkan hati. Jgn nak lari2 lagi. Menyusahkan org ramai jer.

Citer pasal nikah kawin ni, teringat aku satu insiden yg aku kira sgt lucu. Pengalaman pertama aku menyaksikan majlis akad nikah yg penuh suspens yet penuh dgn gelak ketawa tau.

Jiran depan umah arwah mak mengadakan kenduri kwin anak no 5 dia wekend lepas. Pengantin nama Ani tu mmg kami kenal dari kecik lagi. Bahkan dulu kami salu pinjam dia bawak balik umah masa umor dia 4-5 tahun. Bila dah besar dah jadi jururawat budak tu..Comel tetap comel macam kecik2 dulu.  Since arwah mak dah takde..mak bapak Ani pulak sgt rapat dgn family kami kan..aku purposely balik kg lagi to attend majlis tu.  Aku dgn akak pi dua hari. Seharian sabtu merewang dan setengah hari ahad jadi rewang majlis kendurinya. Jadik penanggah tulung2 kutip pinggan. Tulung tuang bubur kacang kat tetamu kan.

Hari Sabtu tu janjinya nak buat majlis akad nikah kul 11 am.  Tok kadi nikah yg kami gelar Hj Rais ni sgt bagus dan punctual orgnya. Mana tak kul 10.45am dia dah terpacak kat umah pengantin taw..pulaknya pengantin lelaki tak sesampai. Haru gitu.Benci tau dgn janji melayu ni.  Dah tau kata kul 11 tu...pengantin take note la ye. Tiba la awal sikit. Patut pengantin nunggu tok kadi..ini tak terbalik kottt dah pulak.

Kul 11 am..berlarutan sampai kul 11.15am batang hidung pengantin x nampak. Aku  yg dok dekat seblah mak pengantin pempuan bole nampak betapa risaunya makcik Masitah.  Gelisah dia. Ye lah kan buatnya tak datang naya jer. Lembu dah ready tu sekor. Org rewang dah penuh kat bawah tu..Bapak pengantin pak cik abas pun dah risau aku tgk. Tak senang duduk dibuatnya. Pengantin pmpuan aku tatau la pulak kan mebe rilek sbb dah sms diberitau kot kan.  Mujo lah kan Tok Imam sporting dan sabar, sempat lawak2 dgn tetamu kat khemah. Buatnya tok kadi penuh schedule takke haru?.

Dah tiba suma rombongan pengantin suma pun dijemput naek ke atas umah..




Dah ready dok cam gambar kat atas tu ...tok kadi nak memulakan acara..guess what..Saksinya pulak tak ade!!!.  Mengelabah kejap dok kol2 saksi kat mana. Apabenda la dorang ni kan. Dah tau nak jadik saksi tu, get ready lah. Puas ler memasing menelepon saksi. Pengantin lelaki aku tgk dah berpeluh jantan kuar dah. Saspen siut. Tok kadi yg lucu siap buat lawak..Nikah tak jadi sbb takde saksi..haru!!.

Nak ditukar saksinya, tak mungkin. Sbb borang dari pejabat ugama suma dah di isi dgn nama si polan.  Saksi yg sorang lagi tu ada..yg sorang lagi entah missing in action. Sajer carik pasal tau.

Panik mak pengantin. Sian.  Dari kul 11 lebih tu dok tunggu saksi akhirnya kul 12 tghari tepat barulah si Saksi sampai tersengih2 cam hape jer. Kisahnya pakcik tu pi kenduri jemputan kat tmpat lain..dan bole tak DIA LUPA!!! yg dia kena jadik saksi..haiyyoooo parah betul.

Dalam rembang tengahari yg panas, tetamu berpeluh segala bersesak dalam rumah kan. Pengantin tok sah citer..akhirnya kul 12.15 tghari cam tu, dgn sekali lafaz sahlah Izwan menjadi suami kepada Ani.  Yg paling best dan aku suka, mas kawin nya tu. Kan kat selangor RM80 jer tapi pihak pengantin beri RM300 as mas kwin. Best kan?. Bukan cam si memeh tu..mas kwin RM22.50 jek..apa barang dak??.  Aku rasa lenkali kalai mintak hantaran 10 ribu..or belasan ribu, pe kata 3k dari pada jumlah tu kira as mas kawin ...baru ler best kan?. Bkan cam org dulu. Manjang ikut by the book jer. Walhal 80hengget apa leh dapat?. Lau 3k tu leh beli rantai ke..hape ke kan. Masa zaman aku nikah dulu pung 80rm jer.  Mujo masa tu emas masih murah..top up seratus dua dapat beli rantai leher. Jadik lah kan?.



Layan gambar majlis penyerahan mas kawin dorang..simple jer tapi penuh makna. Aku pasti dorang  berdua akan kenang majlis pernikahan ni sampai bebila. Ye la aku as tetamu pun jenuh gak gelak dek lawak tok kadi. Saspens pun ya jugak tau.  Semoga kedua mempelai akan berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.  Lepas abess akad nikah dorang posing kat jambatan depan umah arwah mak..posing kat bendang sekali..mana tau lepas abess posing ujan turun selebat2nya petang sabtu tu. Sampai bendang yg kering tu penuh bergenang air tau..rahmat tu!! hehehe

Yang pasti majlis kenduri the next day sangat meriah dan ramai sgt tetamu yg datang. Lauknya pulak mmg superb dan best2 suma.  Daging masak merah, ada acar mentah....sayur lemak umbut kelapa dgn suun dan pucuk, kari ayam, kerang rebus, ikan pekasam, sambal belacan dan ulam2 man..cuci mulutnya bubur kacang dan buah tembikai pulak tu..mmg sedaaaaap sgt..siap ada penebar roti canai, ayam percik pun ada..mmg best lah..  Smpai aku dgn akak makan 2 kali gitu. Tu pun blom amik kira yg makcik masitah bungkuskan as bekal bawak balik umah ..

Dalam pukul 2 lebih kot gitu majlis selesai. Syukur lah kami dapat tolong dan menyumbang sedikit tenaga. SP beria2  menolong menyiang lembu. Dia jugak join group membasuh pinggan dgn bdak2 kampung.  Ada gak aku menanya camne berkomunikasi..maklumlah SP kan jawa..masuk pulak komuniti banjar gitu..tapi bdak2 kampung sporting. Dorang berbahasa melayu katanya..kehkeh. SP tu faham jer cuma tak reti nak cakap balik jer. Sama la aku kalau masuk komuniti jawa dia kat BP nun kan..fair lah tu.

Sbb jadik penanggah dan rewang, kami masing2 dapat bekalan dan dapat jag kecik yg diisi didalamnya tuala.  Gitulah setail org2 kat kg aku kalau kenduri. Tuala kecik tu mmg mesti lah. Cuma ada kala dorang bagi dgn jag sekali ada kala bagi tuala jer..yg pasti, aku dgn akak puas sbb dapat tunaikan hajat arwah mak..nak bagi hadiah spesial tuk Ani. Masa ani bertunang bulan 4 ari tu arwah mak ada pegi. Masa tu dia sihat lagi. Ada sekeping gambar arwah mak dgn ani yg arwah sayang sgt.  Ada lagi gambar tu kat umah. Aku letakkan dalam frame gambar. Buat kenangan kami gambar terakhir arwah..Arwah janji dgn ani nak bagi hadiah..tapi baek aku maupun akak tak tau apa yg arwah nak bagi sampai siap ckp special gitu.  Aku cuma belikan Ani bekas kueh berwarna emas  untuk menyampaikan hajat arwah mak. Malangnya kami tak tau apa yg arwah nak bagi. If aku tau for sure aku akan dapatkannya..Aku harap Ani akan suka dgn hadiah yg kami pilih tu....

Penat jugak 2 hari merewang kat org kenduri tapi hati puas sbb dapat makan sedap2.  Hati gak puas sbb kalau arwah mak masih ada pasti dia gembira tgk kami bertungkus lumus amik alih kebiasaan dia merewang semasa hayatnya dulu..Ingat lagi kalau ada jiran2 buat kenduri lepas subuh jer mak terus pi umah dorang.....cam tu lah mak. Kenduri jiran tetangga mmg dia akan bertungkus lumus membantu. Sbb tu kalau kami nk kenduri for sure ramai yg sukarela datang nak menolong memasak dan buat persiapan...Alfatihah buat mak...

October 5, 2011

Desperate Housewife lagi

Masih korang ingat kesah DH ari tu, ye lama sungguh tau nak balas msj dia tu.  Memula SP kan kata biarkan jer x yah dibalas. Tapi aku kan baek hati. Kesiaaaan dek non, tertunggu2 jawapan mcam tunggu bulan tak jatuh kan. Kesiaan dia. So hari ni, lepas segala kerjaan selesai kan saja la bukak fesbuk SP terchenta tu.  Tergerak pulak nak balas.

Simple and sempoi jer aku jawap minah tu :

:  Jodoh, ajal maut suma ditangan Allah SWT. Siapa lah kita nak mempersoalkannya.  Barang dah lepas tu biarkan berlalu. Tak guna kita nak kenang2 lagi.  Alhamdulillah rumah tangga kami baek2 aje. Saya pun mengharapkan mudah2 an awak begitu..wassalam..

Ikhlas jawapan dari hati aku benarnya.  Ye lah betul apa kan.  Benda dah berlaku lama giler ko masih nak meroyan bagai ape hal.  Lets move on lah. Tak guna nak menyalah dan meratap kisah yg lalu. Dah bukan jodoh ko apa kuasa ko nak menahan?.

Tak sangka pulak aku cepat dia membalas.  Kan aku dah kata, sure dia meroyan dan mengharap entah2 SP dok meroyan kat dia balik?..haisssh...sempang!!!

Dia balas cenggini :  saya ok jer..tak de mende pun (then, pe hal ko meroyan gitu sekali kan), saya pun baek2 jer katanya.  Pas tu dia siap ucap ..takziah awak..and happy belated besday..

Abesss?? ingt aku nak jwp balik Tengkiu bebeh?..kim salam. Idak ler aku ada hati pulak nak membalas nya lagi kan. After all aku dah tag kat SP segala mala gambar2 pose maut aku dgn dia..(saikologi tu)..gaknya for sure makan hati dek non..tgk u aoolss..

Ok, kita tutup kesah pasal DH ni. If dia nak meroyan lagi lantak dia.Yg pasti dia tepuk kat dinding. Sbb tak berbunyi.  Laenla dia tepuk amai2 kan. Yg pasti SP mmg dah tak dulik pun pasal facebook dia tu. Aku jer mengaktifkannya...huhu.naseeb


Gitulah adanya...wat pe nak jolok2 sarang tebuan yg mmg dok dendiam jer kat situ. Mujor la aku ni sabar kan. Lebih2 lagi lepas jadik saksi arwah mak sakit dan pergi..sungguh aku insaf. Betapa kalau dah ajal tu kejap jer. ..dan melihat jenazah mak..melihat turun ke liang lahad..sungguh aku terkesan sampai skg.

Hinggakan aku berazam untuk tidak melayan benda2 yg tidak perlu diambil tahu dalam hidup ni.  Laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan sentiasa berbuat baik serta bersangka baik dgn org..selebihnya tu aku tak berminat nak amik tau pun..Hal2 duit ke tanah pusaka ker..lantak korang situ. Afterall, bila sampai masa kita kena pergi tu..takde apa yg kita bawak kecuali amalan soleh dan doa anak2 yg soleh kan...

Untuk itu, aku rasa insaf sgt...pemergian mak sgt memberi kesan sgt mendalam pada aku.  Tekanan darah aku naek mencanak2 lepas beberapa hari mak pergi, Dr bagi aku kaunseling dan sedikit sebanyak tu membantu.  Dan dari nasihat dia jugak aku dah stat ada hobi baru.  Memanam bunga. Sekurang2nya tu akan mengurangkan kesedihan hati aku terhadap pemergian mak.  Buat masa ni ada bberapa pokok bunga pukul 10 yg aku dan SP dah tanam.  Bila pukul 10 pagi bunga2 tu akan kembang dan berwarna warni...sukanya aku dapat tgk bunga2 tu suma..Its really a good therapy. Betul mcm Dr kata.  Kita tak bole terus meratap yg pergi..yg pergi tetap pergi..cuma kita yg tinggal ni harus diambil peringatan dan byk2 buat amalan  baik dan sedekah jariah...

Aku berterima kasih sgt2 kat dr pasal lama aku kat bilik dia byk benda dia ckp..dia nasihat.  Sesungguhnya, dari Allah kita datang padanya kita kembali... Now, tekanan darah aku dah kembali normal walaupun still kena makan ubat cam biasa.  Kehidupan pun berjalan mcm biasa. Aku dah kurang rasa nak marah2 lagi. Aku rasa aku more calm sekarang berbanding dulu...mngkin ini hikmahnya kan....mudah2 an perubahan ini sentiasa berterusan sampai bila2 insya Allah...

October 4, 2011

Sungguh Klise

Ini bukanlah tujuan nak buka pekung di dada sendiri, sekadar luahan perasaan nan meruntun jiwa.  Benarnya aku tak peduli pun or kesah pun pesal reta benda maupun wang ringgit peninggalan arwah pak maupun arwah mak ni. Tapinya, kalau dah melampau2 tu harusslah aku rasa panas hati kan.

Benarnya, aku tatau apa masalah abang long.  Tak berduit? tak mungkin.  Bendang berelung2.  Moto  berbijik2...Keta dua bijik.  Baru beli keta STORM lagi tuh. Takkan la tak berduit.  Tak lama lagi dah nak buat umah sendiri. Tanah kebun sawit tu dah bape ekar dapat kat dia. Takkan tak cukup2 lagi???

Masa arwah mak hidup lagi, aku dah cakap suh letak penama akan tanah2 yg tinggal tu. Tapi arwah tak mau. Nanti2 katanya, sudahnya sekarang bila arwah dah takde aku taktau apa jadi pada tanah kebun tu.  Hasilnya mmg le selama ni abang long ada lah bagi kat mak sesikit gitu.  Tapi lepas arwah mak tade ni??

Hari tu masa arwah meninggal, Tok sidang kampung mintak nama akak dan details nak letak  dia as pewaris.  Sbb k'jaan ngri Selangor ada beri khairat kematian. Kalau tak silap aku Rm2500.  Seribu tu Tuk sidang dah beri kat abang long sehari lepas arwah meninggal.  Tpi takde plak duit tu sampai ke akak?. Kok ye dia patut bagi akak. Sbb duit tu bole guna utk buat kenduri tahlil ke, buat batu nisan ke kan.  Ni tak senyap jer.  Entah camne, bini tuk sidang (which close sgt2 dgn arwah mak) bising2 kat laki dia tnya pasal duit khairat tu beri kat abang long.  Tok Sidang tak senang, pi umah tnya kat akak.  Mmg betul takde pun dapat duit tu. Bila cek2..nama akak as pewaris dah ditukar ke nama abang long!!. Masa bila penukara tu dibuat taktau ler. Sbb  masa arwah mak meninggal mmg tok sidang boh nama akak jer.

Riuhlah sekampung bercerita pasal duit tu. Rupanya masa arwah mak sihat dulu, arwah mak dah citer kat kengkwan ahli mesorat tingkap dia  yg duit simpanan kat akaun bersama dgn arwah bapak dulu ada dkat 8k dah dapat dikuarkan. Dan arwah mak beritau abang long yg simpan konon pegang duit tu lah.  Bila2 masa mak nak duit katanya mintak jer.  Aku dah pesan kat mak to amik separuh and simpan kat ASB ke atau kat memana..tapi being mom yg percaya pada anaknya..arwah mak tak buat pun!.

Lepas tak lama aku dgr dia pegang duit arwah  mak tu , aku tgk dia beli keta lagi satu. Keta storm.  2nd hand katanya. Konon lepas dapat keta tu dia bawak arwah mak naek and pi jalan ke Kelang umah akak no 2.  Ntah camne, keta tu rosak. tersadai kat Meru. Engine problem. Lama gak tersadai, alih2 keta tu balik..ada kat umah abang long. Kena 3ribu overhaul katanya. Aku percaya, tu duit arwah mak ler tu gaknya. 

Masa arwah mak sakit terlantar tu, mmg abang long le kami kerah beli pampers arwah.  Akak punya pandai dan bijak, tiap kali abang long and bini dia antar pampers dia tulis kat buku 555. Sengaja nak kira berapa jumlah yg dibelanjakan. Incase dorang mengungkit kan.

Bil2 hospital, van jenazah, urusan bayaran gali kubur, sembahyang mayat dan suma urusan bayaran bersangkut paut jenazah mmg kami wat bodo jer. Biar je dia uruskan. Afterall kan, dia yg sulong. Tu tanggung jwb dia kan?. Tak reti2.

Pasal fidyah puasa mak pun sampai la ni gaknya lum dia setelkan.  Akak 2-3 malam ni asik bermimpi2 akan mak. Mgkin pasal tu masih tergantung. Lepas bincang dgn aku tadi, aku suh akak bayar jer fidyah tu. Tak payah tunggu dia. Buat sakit hati!!. Batu nesan pun sama. Aku dah suruh adik aku pi tempah.  Sabtu ni aku balik biar aku je yg bayar. Apalah sgt batu nesan tak sampai dua ratus ringgit. Sungguh aku tak paham lah abang aku yg sorang ni. Apa nak jadi gaknya.

Aku takut esok2 kalau dia jatuh sakit langsung x leh bangun karang, naya.  Banyak sgt ketidak amanahan nya pada arwah bapak..pada arwah mak pada adik2 dia ni. Asik dok dgr sgt ckap bini ginilah jadiknya.  Yg pasti berapa byk ribu duit pun aku tgk tak kaya2 gak. Tak senang2 jugak. Tepuk dada tanya Iman..kalau tak berkat..Sendiri mau ingat...

October 3, 2011

Hingga ke liang lahad..part II

Hari Isnin 26 Sept 2011 -Hspital Besar Kelang



Pukul 4 cam tu, Dr panggil wakil keluarga masuk. Akak yg masuk. Dr kata mak confirmed dah kena stroke. Keadaan mak stabil dah. Dgr tu kami agak lega sikit. So aku satu kuarga, akak dan akak no2 dgn anak2 decided pi kantin jap. Dari pagi tak makan apa2..Yg ada minum milo masa kat hspital sabak jer. Tu pun tumpang kat anak buah pnye air. Akak pun sama. So kami makan kat kantin dgn berselera sgt!. Sbb dgr keadaan mak dan stabil. Masa tu aku dgn akak2 kata, tak pe lah stroke pun stroke lah. Kita jaga je semampunnya. Aku makan nasik. Yg lelain pun sama. Lauk simple jer kari ayam dgn sambal. Tp maybe sbb lapar sgt berselera memasing makan. Sementara tu abang ipar (suami akak no 2) tunggu kat bilik kritikal incase dr panggil. Gilir2 kami pi solat zuhur dan asar. Aku jamakkan sekali dua solat sbb masa tu dah akhir waktu zuhur pun. Masa aku balik kat kritikal area tu abang long anak beranak dah sampai.



Dah sudah dalam setengah jam makan, kami pi balik bilik tu menunggu dan teros menunggu. Masa tu aku sms abang ngah tanya dia kat mana. Dia reply kata kat Jempol. Dan dia datang seorang. Masa tu dah kul 5 kot cam tu kot. Lagi sekali masa menunggu dgn penuh penyiksaan tu, Dr panggil akak masuk bilik kritikal. Dia kata Dr besar nak jmpe. Dr besar ialah Dr Mohan yg incharge kritikal room tu. Dr tu yg Dr hspital kol tanya opinion sblum decided to move mak ke hspital kelang.



Menanti penuh debar, ttba akak kuar dgn sedu sedan. Aku suh dia dok dan bertenang. Satu persatu akak cerita. Keadaan mak kmbali kritikal. Tekanan dia suma dah drop. Skg ni mak bergantung kat mesin oksigen. Jantung mak masih berdegup tapi sgt lemah. Dr dah cuba bagi super stronger antibiotik tetapi takde perubahan. Kuman dah merebak ke seluruh organ. Skg ni cuma jantung mak yg masih berfungsi tetapi sgt lemah. Dr Mohan beri kami pilihan..



1) Buat CPR utk jantung mak, which in results will make jantung stop completely. ataupun



2) tebuk lubang kat tekak mak so that tiub oksigen bole disalurkan untuk dia bernafas. Which dr tak advised to opt ni. Sbb faktor umur mak, lagpun katanya kalau dah berusia selalunya bila ditebuk risiko untuk meninggal sgt tinggi. Dr kata kalau patient tu muda, mmg dia akan terus tebuk je. Ni mak dah berumur, dia takut kalau lah mak pergi, nanti berlubang2 sana sini jasad..itu yg dr kata.



Pada dasarnya, dalam berat hati aku dgn akak2..memilih option 1. Sbb tak mau mak tersiksa. Dan aku dan akak pasti gak mak tak akan mau ditebuk sana sini. Biarlah kami merelakan option 1 sbb tak mau mak terseksa sungguh2.. Aku taktau abang long pilih apa. Tapi dalam pada gitu, sempat bini dia buat lawak bodooh. Mujur aku tak tampar jer dia kata situ. Ustazah tak ustazah. Mulut dia mmg nak kena. Ada ke dalam serius perbincangan kami adik beradik dia masuk campur satu hal, menyampuk pun satu hal. Mujur aku x dgr, kalau tidak mmg kena dgn aku. Ada dia kata..pilihan je option 3 : iaitu tak yah buat apa2..biarkan jer. Bangang betul pnye statement kan?. Dah tentu dr org yg paling layak beri nasihat. Ada ke dr bagi pilihan no 3??



Mendengar tu suma, kami suma sebak. Sedih, sayu suspens suma pun ada. Akak dah mula menangis. Aku walaupun sedaya menahan pun termenangis juga. Abang long, being lelaki rilek jer. Bini dia pun sama..Doktor suruh kami adik beradik berbincang and beritau dia option yg kami choose. Dalam panik gitu pun aku masih bole call adik lelaki aku tnya dia kat mana. Then suh dia datang hspital segera. Mak sgt kritikal.



Dari petang membawa maghrib. Kami bergilir2 solat kat surau. Penantian mmg sgt menyeksakan. Pukul 8 lebh adik lelaki dgn keluarga dia sampai. Aku suh adik aku dok. Then aku explain satu2. Adik aku sama being lelaki, cool jer. Tak cakap apa pun. Lepas tu kami sama2 pi ke bilik kritikal. Kami dibenarkan jumpa mak sorang by sorang. Mula2 adik lelaki aku masuk, pastu wife dia. Abang long dan akak2 aku dah masuk awal2 lagi. Lepas wife adik aku masuk, aku pulak masuk. Aku nampak mak terbaring dalam keadaan koma. Wayar berselirat sana sini. Masa aku sentuh tangan mak..dia respons. Ada sikit movement. Aku bisik kat mak..Mak, ampunkan segala dosa2 saya pada mak ye..halalkan air susu mak pada saya..Kalau lah pergi itu lebih baek dari menyeksa mak..saya redha..saya relakan mak pegi dgn ikhlas hati. Tak dapat menahan sebak..aku nangis gak kat situ. Tak lama aku kat situ, Dr yg ada situ suh aku keluar. Dorang nak transfer mak pi CCU kat tingkat 7B.



Masa tu hujan turun dgn lebat2 sgt. Aku kol abang ngah tanya dia kat mana. Dia kata dah sampai Shah Alam. Dalam kul 10 mlm cam tu abang ngah pun sampai. Kami bawak abang ngah kat kritikal area. Masa tu mak dah ditolak naek ke tingkat 7. Kami follow je dari belakang. Cuma dua org dibenarkan naek. So aku biar akak dgn abang ngah iringi mak naek. Kami suma tunggu kat bawah.



Lama kat atas, abang ngah turun. Suami akak no 2 menggelisah nak balik. Katanya nak masuk kje malam tu. Sakit hati betul aku dgr. Dah mak sgt kritikal tu bole lagi fikir pasal keje??. Org lain langsung tak ingat apa dah pun dia sbok sgt2 nak keje. Macam lah kilang tu tak leh beroperasi kalau dia takde. Mmg dasar sgt yg sorang ni.



Lepas diskas2 gitu, aku ckp dgn akak aku nak balik Rawang kejap. Aku kena baring dan lelap kejap. Dah 3-4 hari aku tak menentu tido. Rasa nak tumbang pengsan. Bdan melekit2 belengas dari pagi ke hulu ke hilir. Akak nak tunggu mak kat CCU. Cuma sorang jer yg bole tunggu. Akak no 2 tu ntah aku tatau camne. Aku ingat dia nak balik gak lantak ler. Abang ngah kata dia nak balik kg dulu. Sok pepagi dia dtang balik ke Hspital kelang. Abang long dgn family dia dah hilang dari situ, aku ingat dorang balik kg terus rupanya tak. Dorang tunggu kat surau. Adik lelaki pun dah balik ke umah dia kat Meru.



Masa nak balik aku pesan kat akak, kalau ada apa2 kol.Bila mak dah masuk CCU wad, aku masa tu ondeway balik Rawang, akak beritau mak sedar. Mak celikkan mata dia. Akak pun kata dia dah sempat mandi kat wad tu. Ada tandas dan tmpat mandi. Aku tiba kat Rawang kul 12thgmlm cam tu. Kuarkan bag dan apa patuh pastu dalam 12.30 tghmalam aku letak pala. Teros terlelap.



Hari Selasa 27hb September 2011

Sayup2 aku dgr bunyi hp aku berdering2.. bunyi phone umah pun sama. HP sp pun sama...mamai2 aku angkat HP, akak no 2 kol. Mak nazak..datang hspital skg. Aku pun on de way nak balik umah pusing balik ke hspital katanya. Sat tu akak telefon. Mak nazak sgt2. Masa tu dalam kul 1 lebih cam tu. Aku kejut SP, dalam mamai2 tukar baju. Hangkut balik beg yg dikuarkan tadi masuk keta. SP angkut anak2 yg tgh lena tido dalam keta. Aku kejut anak sulong aku suh bersiap. Harus ke hspital skg. On the way ke hspital kelang, hujan lebat sesgt. Sempat aku kol adik lelaki aku beritau mak tgh nazak. Akak pun sms dan kol tanya kat mana. Katanya abang long ada kat sana. Rupanya dia tak balik pun. Dia tunggu kat surau hspital dan tido kat sana.



Kul 2.08am..akak kol, bagitau Mak dah takde. Mak dah pergi buat selama2nya....dalam sedih dan nangis dalam keta, aku baca yasin. Tersedu sedan bersama hujan lebat. Kul 2.45am kami tiba kat hspital. Masa tu aku teros naek kat wad 7B dgn anak sulong aku si kakak. Dapt menatap jasad mak yg terbjur kaku berutup kain putih. Mak dah takde..mak dah takde!!!..itu jer bermain dalam kepala aku.



Abang long menguruskan pembayaran dan dokumen2 suma. Kami dah sepakat nak terus bawak jasad mak balik ke kampung dan dan jugak. Alhamdulillah..sumanya di permudahknan. Urusan dokumen kejap jer. Padahal kalau ikut prosedur biasa lama nak settle. tapi untuk mak., syukur mudah jer. Aku suh SP standby kat keta, jenazah dan dibawa turun dah. Aku kol adik dan akak suh balik kg jer teros. Jumpa kat sana jer.



Jenazah mak di angkat kat troli dan ditolak turun. Aku, akak , abang long dan anak aku mengiringi jenazah. Ada 2 org lelaki gak which aku pecaya driver van jenazah ikut sekali. Sampai kat bilik mayat (masa tu aku tatau bilik mayat tu rupanya) urusan sain dokument2 suma....jenazah gerak dari hspital lebih kurang kul 3.45am. Dgn keadaan van yg agak buruk, melambung2 jenazah bila melanggar bumper. Aku dgn akak teman jenazah kat lama van. Akak sdg uzur so aku jer yg baca yassin sepanjang perjalanan.Keta abang long dan SP follow kat belakang.



Pukul 5.45am, jenazah selamat tiba di rumah mak. Abang ipar (suami akak) akak dah kol awal2. Abang ngah yg tido kat umah pun dah diberitau sama. Abang ipar dah uruskan beritahu org2 kampung suma. Ngam2 tiba umah mak, dah nak waktu subuh. Org2 lelaki yg nak ke surau datang umah tolong angkat jenazah masuk dalam rumah.



Dengan umah yg tak berapa kemas, akak menyapu apa yg patut. Lepas solat subuh aku suh anak aku kakak dok baca yasin kat jenazah, aku suh anak2 yg kecik lain jugak baca ayat2 3 kul. Yg penting jenazah tak bole ditinggalkan. Kena di tunggu.



Menjelang siang, ramai dah jiran2 tetangga datang. Abang ngah pi beritau Pak Din, adik mak. Juga beritau sedara mara yg lain akan kematian mak. By 10am umah mak penuh pack dgn sedara mara dan jiran tetangga. Suma urusan jenazah berjalan lancar. Bahkan aku ikut sekali membuat persiapan kain kapan dan memandikan jenazah mak.



Masa dah ramai2 datang tu, ramai kawan2 baik mak datang. Masa tu dorang citer2 pasal mak. Betapa selama ni mak sgt gembira dan happy dgn aku. Mak citer aku salu balik kg. Bawak dia jalan2,makan2. Soping. Bahkan mak cite aku salu masak sedap2 kalau balik. Mak mesti beselera makan. Pastu kalau sebulan tu aku tak balik2..mak sentiasa menghitung dan mengira2 bila la aku nak balik kg. Macam2 mak cerita kat kwn2 dia aku beli untuk mak. Kain baju, tudung dan ntah hape2 lagi.



Mendengar tu aku sedih sgt, mengalir air mata. Suma tu aku buat dgn ikhlas sgt nak menggembirakan mak.. Tak sangka mendapat penghargaan paling tinggi pada mak..gembira sbb dapat buat mak bahagia walaupun seketika.



Jenazah mak disolatkan dirumah jer. Di tempat mana mak salu terbaring sakit sejak 2 bulan yg lepas. Aku dgn akak mmg dok mengkaji petanda2 100 hari seblum dijmput Allah. Tak sangka suma petanda tu ada pada mak, tapi kami tak perasan langsung pun. Bila mak dah takde baru kami perasan. Seblum mak sakit dan jatuh terlantar mmg mak langsung takde selera makan..itulah petanda awal sekali.



Pastu mak kerap becakap pasal mati..pasal pendek umur. Smpai ada ketika aku marah mak..nape cakap mcm tu. Mcm tau jer nak mati..padahal mmg betul...mmg mak dah tau dia akan pergi..way long seblum dia jatuh terlantar dan langsung tak berckp. Sebelum terlantar tu kami ada kuar mkan dgn mak dan akak. Aku anak beranak. Kami pi makan kat kedai feveret mak. Selalu kalau mak pi situ mmg beselera sungguh dia makan. Kali tu aku orderkan mak bihun sup, sehirup jer mak kata tak selera. Sempat gak kami pi beli telekung baru kat Aked man. Mak kata mana tau lenkali tak sempat. Mak sempat guna 2x telekung tu. Kunun untuk bulan ramadhan. Mmg selalu tiap tahun sbelum ramadhan aku balik kg. Aku akan kuar bawak mak makan2. Minum2 ABC. Tak sangka tu lah kali terakhir aku boleh buat untuk mak. Sbb 2 hari seblum puasa lepas mak jatuh langsung terlantar.



Selepas selesai mayat dikapankan, masing2 amik peluang cium mak buat kali terakhir. Rasa sejuk je pipi mak...Alhamdulillah, sempurna sungguh mayat mak, mcm mak tido masa kat hspital ketika aku jaga ari tu..sungguh bersih dan takde cela pun jenazah mak..mayat yg nampak berseri2...kuning...syukur Alhamdulillah..aku dgn akak sgt takut kalau ada apa2...maklumlah, kami je yg tau mak kami macamana..macamana mak layan dan jga arwah bapak dulu..mcamana mak kadang2 buat org marah dan tersinggung hati kan..tapi syukurlah, mungkin arwah pak dah ampunkan maka, mgkin org2 lain suma pun dah maafkan apa juga yg mak dah buat semasa hayat...Alhamdulillah...kami syukur sgt2..



Usai solat jenazah..dgn keadaan rumah yg penuh dgn mereka yg mensolatkan mak...jenazah diusung ke kubur. Sedih pilu tuhan jer yg tau perasaan kami semua. Kat kubur suma dah menunggu. Patut aku tak nampak adik lelaki aku tolong angkat jenazah masak mak dimandikan..rupanya dia dah ada di kubur. Rupanya dia ikut sekali kali kubur mak dgn abang ipar suami akak.



Tatkala jenazah diturunkan ke liang lahad, aku dan yg adik beradik lain seikhlas hati merelakan mak bertemu penciptanya. Kami akur dan redha mak hanya dipinjamkan pada kami menumpang kasih dan sayang. Walau dalam duka dan berat hati, kami relakan mak pergi. Kubur mak tak jauh dari kubur arwah pak...beberapa langkah jer. Ketika talkin dbaca, hati diruntun2 sayu..hati mendoakan agar roh mak tenang di sana. Hati juga puas dapat menggembirakan mak, dapat menjaga mak ketika sihat dah sakitnya. Dapat bersama mak di malam2 terakhir nyawanya di ambil kembali kepada penciptanya..



2 bulan mak terlantar sakit. Selama itu akak menjaga dgn ikhlas. Selama itu aku sekeluarga berulang alik kg tanpa kenal jemu, penat maupun lelah. Akak menjaga dgn begitu setia dan ikhlas. Tak tido malam meneman mak kalau mak sakit atau x bole tido. Meneman mak tido tatkala ribut kuat melanda dan mak ketakutan kesorangan.



Juga aku bersyukur sbb dapat buat mak bertemu abang ngah buat kali terakhir seblum dia menghabiskan nafasnya. Mmg benar, dia sgt2 menanti abang ngah balik. Seminggu sebelum pergi, akak kata mak asik merenung pintu dgn sayu. Tapi tak berkata apa2. Aku tau mak rindu abang ngah. Mak menanti2 abang ngah balik masa raya tu tapi keadaan tak mengizinkan.



Bersyukur gak aku sbb gesa abang ngah balik jugak tgk mak. Kalau tidak aku pasti bukan abang ngah jer menyesal seumur hidup bahkan aku juga pasti menyesal tak dapat membantu abang ngah.



Sebagai anak, baik aku maupun akak kami dah jalankan tanggungjwb kami sebaik mungkin seikhlas mungkin. Mgkin sbb itu Allah jemput mak lebih cepat. Allah permudahkan segalanya atas semua doa ikhlas kami buat mak.  Tanpa buat apa2 option pun, mak pergi dengan tenangnya..dapat jmpe abang ngah buat kali terakhir dah cukup berharga bagi kami..hajaat mak tercapai dapat jmpa abg ngah sebelum dia menutup mata.



Akhirnya, semoga roh arwah mak tenang di sana. Jgn risau mak, kami anak2 mak akan sentiasa menitipkan doa dan mensedekahkan yassin setiap masa buat arwah mak, buat arwah pak. Walau dalam sgt berat hati, kami relakan mak pergi. Kami relakan kami relakan perpisahan ini....semoga arwah mak dan arwah pak ditempatkan dikalangan org2 beriman dan bertakwa..Nantikan kami anak2 cucu mak di pintu syurga yaa.. AMIN