May 27, 2011

Cuti - Cuti Malaysia sempena Coti Sekolah....

Tuan Tanah Blog akan bercoti satu minggu sempena cuti sekolah....nak jalan2 cari makan ke UTARA katanya.......
Sampai jumpa lagi seminggu dari sekarang ya...

Selamat Bercuti u olls, selamat bercoti sekolah jugak......
happy2 kan diri , segar2kan badan dgn berehat2 ya.........

Wasalam  & Adios.......

May 26, 2011

Ikhlas tapi Jauh

15 tahun dahulu......... ketika kami mula2 baru kwin. Tak mampu nak beli kereta. Yg mampu masa tu moto Yamaha Cup cai.  Maklum baru memulakan kehidupan. Duit pun baru abis kenduri kendara kan. Dok pulak menyewa umah setinggan yg sewanya masa tu RM280 jer sebulan.  Nak2 lagi  masa tu tahun pertama aku terpaksa ikut somi tercenta beraya kat kg dia.  Tahun pertama berpuasa sebagai suami isteri dan buat kali pertama mabuk2 sbb pregnant anak sulong.

Masa tu abg SP janji nak pinjamkan keta kebal dia (nissan sunny) dia kat kami wat balik kg. Maklum masa tu dia senang, mewah ada 4-5 bijik keta gitu.  Masa tu bisnes dia mmg boom giler. Maklumlah kontraktor kan.  Aku benarnya masa tu x amik port pun urusan SP dgn abg dia. Lau dia nak bagi pinjam keta syukurlah kan.  However (ceh, terspeaking plak), bila tiba masa yg dijanjikan tu abg dia senyap jer. Aku taktau ler lupa ke, or x mau kasik pinjam ke apa lah kan. Tapi dasar aku dgn SP yg sama tak mau mengharap dan menyusahkan org (kami kan sama2 anak no 5 in family..which very reliable and independent gitu) kami decided to balik Johor dgn naek bas dari Pudu raya.

Dgn kapcai buruk tu kami naek dari Gombak ke Pudu raya. Masa tu SP masih berkhidmat dgn Cycle and Carri off kat jalan raja laut tu.   Dgn satu beg besar cam tu, SP antar aku pi pudu. Aku dgn mabuk, muntah tak henti2..maklum pembawaan budak org kata, nak lagi masa tu mmg tahap teruk sgt . Melepek.   Sampai kat Pudu, kami beli 2 tiket bas Transnasional utk balik Batu Pahat.  Lepas tu SP pi naek capcai balik ke off dia sbb nak park moto kat situ. Ye lah cuti panjang kan takkan nak park moto kat puduraya pulak.

Mujur lah tiket yg ada tu kul 3 lebih gitu. Kami pulak gerak pagi.  So aku ni dok tunggu manalah somi tercenta aku tak sampai2 pudu lagi. Plannya dia antar moto, park kat sana then dia naek bas pi pudu. Aku tunggu dia kat Pudu lah.  Lama betul aku tunggu. Maklum 15thn dulu mana ler ada hengpon gitu nak kol2. Kalau nak kol guna public phone jer. Masa tu pulak zaman2 kemelesetan ekonomi kan. Tahun 1997.  Dekat satu jam lebih baru lah aku nampak kelibat SP tercungap2 sampai.  Rupanya, jalan jam teruk. Langsung x jalan kenderaan. Jadi SP jalan kaki menapak dari Jalan Raja Laut - Pudu raya...Ya Allah, nak nangis tau aku masa tu. Sedih sgt. Kesian kat dia dgn puas jalan pulak tgh2 panas. Mana tak by time dia tiba kat pudu dalam kul 1 lebih cam tu.. dalam hati aku masa tu Allah jer lah yg tahu. Langsung aku tak teringat betapa abang dia berjanji nak pinjam keta tapi end up kami cam tu. Susah !!.  The best part, bila kami sampai kat Kg dan beraya, abang dia bole bagi alasan yg masa tu dia sebok x sempat nak bgtau suh amik keta tu kat umah dia. Past is Past kan?.  But believed tu suma beri aku pengalaman paling berharga dalam hidup which..not to mengharap pada org laen tak kira apa pun berlaku...susah senang sendiri tangggung. Susah senang...kami suami isteri tanggung...dari berdikit2 kami berjaya gak beli kenderaan sendiri biarpun 2nd hand..senang utk kami..senang nak bawak baby pi klinik ke or pi baby sitter kalau ujan.  Jujurnya kami tak pernah nak mengungkit atau berkira, tapi kenderaan kami itu besar. Sebuah van delica.  Dgn van itulah kami bantu adik beradik aku , adik beradik SP yg susah dan tak berkenderaan. Bayangkan tiap kali raya sama ada turn ke Johor or ke kampung aku, harus ada adik beradik yg beranak pinak tumpang nak balik sama.  Gitulah adanya selama bberapa tahun..sampai lah akhirnya van itu kemalangan dan kami amik keputusan utk tukar kepada kereta proton saga iswara..2ndhand jugak. Itu jer lah yg termampu kan.

Selepas 15 tahun, Alhamdulillah..kehidupan kami dah bertambah baik rezeki pun dah bertambah sgt2 sejak2 15 tahun tu. Kami dah ada 3 orang anak pun, dah dapat beli sebuah rumah teres kecil untuk kami anak beranak berteduh. Dapat merasa beli sebuah kereta baru buat kesenangan kami dan anak2. Biarpun terpaksa peruntukkan hampir 1 ribu setiap bulan untuk bayar ansuran. Alhamdulillah kami hidup secara sederhana, makan gaji....

Sekian lama itu, bisness abg SP temui kerugian yg amat sgt.  Pelbagai cabaran dan ujian dorang suami isteri tempuhi. Dari pada bisnes, kewangan hatta ke masalah dalaman umah tangga. Pendek kata, mmg hidup dorang susah..terhimpit sgt2. Dgn 5 org anak yg makin membesar cam tu, aku sendiri tak tau camne dorang survive. Aku pun x mau tau. Sbb masa dorang senang tu aku rasa dorang tak beringat utk membeli sedikit harta atau hartanah utk masa dpan. Masa dorang tgh senang dan mewah dorang boroskan suma duit2 tu. Sampai beli 5 buah keta under company dan beri setiap satu staff pakai sampai keta rosak dan kena lanyak. Pendek kata byk money management yg aku lihat tak betul dalam syarikat mereka.  Dalam pada susah tu dorang mintak pinjaman Mara utk pulihkan balik bisness dorang merayu pada aku utk jadi penjamin..which aku pun tk tau kenapa masa tu aku setuju!!. Sudahnya sampai la ni utang itu tak berbayar..dan nama aku telah hitam dalam MARA!.  Aku tak mau ingat benda tu. Biarlah, afterall bukan aku yg meminjam kan?. Pernah sekali gak aku suarakan melalui SMS kekecewaan aku pada biras aku pasal loan tu. Sudahnya nama aku yg busuk sedangkan aku satu sen pun takdapat dari 65k yg dipinjam itu..adilkah pada aku??. Tapi aku redha. Aku diam selagi aku mampu. Buat masa ni aku masih mampu berdiam sbb aku tau dorang mmg tgh susah dan terhimpit skg.

Masa awal bulan March hari tu, abg SP tu telefon nak pinjam kereta baru kami tu. Nak pi menghantar anak sulung dia ke sek sains di Bagan datok. Anak dia tu mmg dapat keputusan cemerlang dari UPSR lagi sampai lah ke PMR.  Ada juga dia kata dapat tawaran ke MRSM tapi dia finally memilih sek sains which katanya low cost dari MRSM.  Mcm lah aku tak tau, yg nama biras aku tu dah kena black list by Mara, so secara automatik nama anak dia pun dinafikan utk masuk MRSM..tapi tak perlu nak hipokrit. Cakap jer hal sebenar kan senang??.

Dalam ikhlas tapi jauh aku lepaskan juga SP beri pinjam kereta kami pada dia.  Alhamdulillah, tak de perkara2 tak diingini berlaku masa tu  hatta saman pun. Aku risau kerana kereta itu atas nama aku..kalau lah ada saman ke atau apa2 berlaku tidakkah aku akan bermasalah kan??.  Dia ambil kereta aku dikala aku telah isi fuel penuh...dan dia tinggalkan kancil dia yg  hidup segan mati tak mau takpe..tapi kering kontang fuel nya..masa kami nak kuar beli barang ..kami isikan sepuloh hengget keta kancil tu!.. Bila dipulangkan kereta kami tu mmg dalam keadaan baek sekali..TAPI fuel nya KERING KONTANG!!..

Dan semlm, benda yg sama berulang lagi. Abg SP telefon kerana nak minjam kereta esok. Untuk jemput anak nya balik dari Sek Sains tu.  Aku tak terkata. Beri salah tak beri pun salah. Dan semestinya SP gak begitu apatah lagi itu adalah abg kandung dia..darah daging dia.  Dalam rela tak rela aku harus jugak melepaskannya walau sekejap.

Kereta2 kami mmg sgt dijaga oleh SP dgn begitu baik dan sayang sekali.Tak kira keta baru ke second hand ke, SP akan belek , bela, jaga lebih dari dia belek dan jaga aku ..BINI dia ni. Pendek kata dia akan jaga, belai dan takkan biar keta tu calar sikit pun. Akan dipastikan enjin nya sentiasa baek. Sentiasa bersih dan kilat2. Walaupun kereta tu mmg duduk dirumah jer kalau time keje.

Harus, dalam rela tak rela aku harus beri jugak kan. Sbb aku kesian. Aku simpati. Wlaupun dulu2 dia tergamak buat kami susah sebegitu. Aku tak.  Dalam selfish aku , masih ada sekelumit simpati gak aku pada dia. Jadik dalam berat hati aku relakan lah jugak.

Malam tadi, seblum keluar makan kami singgah di Petronas. SP nak mengisi fuel. Dgn aku dia berkata..Alah, isi RM30 jer lah. esok2 kalau dia nak bawak pandai2 lah dia isi sendiri..aku terkedu dan terdiam...Senyum dan tak perlu kata apa2..Kerana aku dan SP tau sama tau..

Jadi aku berharap semoga kereta aku tu dibawa dgn elok dan baek2 sahaja...Selain dari umah, tu jerlah harta material yg kami ada ok. Atas penat jerih carik rezeki utk bayar installment bulan2...aku rasa tak salah aku berperasaan sedemikian kan?... Itulah org kata..Hukum Karma. Cuma aku bersyukur sbb hati kami tak mengungkit peristiwa 15 tahun yg lalu......kerana kami berdua cuma menjadi seikhlas yg mungkin. Membantu pada yg memerlukan.........AMIN

Hantu Kak Minah

Kat building off kami ni ada 4 block. East, West, South dan North.  Off kami kat block South. Yg depan sekali. Mana kala off kat West kat belakang which ada higher floor lebih 6 floor dari our off block yg cuma ada 11.  West block tu kalau di buat ukuran pengiraan mmg sama level jer dgn perkuburan Jalan Ampang.  Dari off block aku pun leh nampak jelas kuburan tu cuma agak jauh lah sikit kan.

Last week masa aku coti ari Jemaat, Akak Nor (Supervisor for cleaners) ada kol ajak bf. Tapinya aku coti lah kan. Rupanya dia nak berkesah. Kesah HANTU KAK LIMAH yg cleaner dia jumpa kat West block masa hari Khamis tu.  Kat west tu mmg katanya ada penunggunya. Kat tandas tingkat 7.  Mmg org2 kat sana sedia maklum cuma dorang buat2 taktau je. Since benda tu dok kat lam jamban, gamaknya org pi jamban cepat2 berurusan then blah.

Masa Hari rabu tu, off kat tgkt 7 tu orgnised blood donation. Jadik katanya lepas pendermaan darah tu mende tu mcm agak terganggu lalu mengganggu org laen. Best part sbb aku kamceng dgn Kak Nor, mende2 yg sepatutnya menjadi rashia antara pihak pengurusan bangunan dan maintenance dapat lah aku ketahui.

Kak Minah- the indon cleaner tengah mencuci tandas kat tingkat 13 block tu. Ttba dia kata ada sorang perempuan berbadan gempal rambut panjang dok lalu depan dia, dia pun tak teringat yg floor tu takde tenant. Dia dgn selamba kata kat perempuan tu .  Lalulah...lepas tu dia terus lupa dan pengsan sambil meracau2 katanya.  Sbb Kak Minah yg nampak hantu tu..jadi org dok citer Kak Minah jumpa hantu...dah 10 org sampai menyampai jadiklah HANTU KAK MINAH...ala2 Hantu kak Limah gitus..

Honestly, aku x mau cakap gah dan takbur kata tak takut  lah bla bla bla cam org laen tu. For me, benda2 gini mmg wujud dan ada. Makhluk halus di alam lain sometimes aku pun rasa cuak dan takut hokey nak pi jmban. Nak2 lagi time2 uzur yg mana memungkinkan nak baca ayat kursi ke hape. Klau time leh baca, steady dan agak yakin la sikit kan. Salu la ni aku pi jmban aku cepat2 jer. Ada tak de aku berimaginasi benda2 lain yg tidak menyeramkan.  So that for now, aku dah stop tgk2 citer2 hantu. Kalau aku tgk Anjasmoro pun tang2 hantu2 dia muncul tu wa cepat2 tutup mata hoke..

Minah ck tam receptionist yg tak mau terima kenyataan yg dia dok meja reception tu smlm dgn gahnya ckp dgn aku. Alah, derang ni tipu lah. Bla bla bla..aku tak takut langsung lah hape. Gitu katanya pada aku. Dalam hati aku dok doa2..biarlah dia jumpa makhluk tu. Sbb dia berlagak dan sombong sgt kan. Bila dia dah jumpa nanti baru dia tau langit tu tinggi ke rendah ya.

Pagi tadi masa aku minum kat kafe dgn Kak Nor, dia bisik kat aku yg smlm pak guard tunjuk gambar makhluk tu dari hp dia. Katanya mmg tinggi, besar, rambut panjang dan berbaju hijau lusuh.  Mmg kak Nor kata dia nampak sendiri. Jadik dia pun x berani nak ckp apa2. Lagipun building management soh dia rashiakan and not to be kecoh2.

Semalam pun dia kata, masa cleaner dia cuci tandas tingkat yg sama..masa cleaner scrub tandas tu dgr suara sayup2 kata..tolong..adoi sakit....sakit. Si cleaner agak cuak jengok kat2 kat sebelah takde sapa pulak. Ni cleaner jenis berani skit lah kot.  Bila dia sambung scrub..again suara merayu2 sakit..sakit... so apalagi dia menjerit Allahu Akbar..berkali2..Baca2 apa2 patut. Masa tu dia kata kaki dia cam jammed. Cam ada benda pegang dan tak move pun. Lepas dia jerit2 ayat2 tu..baru lah kaki dia rasa ringan. Dia pun apalagi. Kemas2 barang and ca alip but.

Tmpat tu mmg takde tenant. Tapi toilet kat situ mmg salu kotor. Mcm ada stain kuning2 kat dinding. Sbb tu management suh gak cuci wlaaupun takde org menghuni off tu.  Wallahu Alam kan.

Yg pasti security Manager si Apek sombong tu pun dah tak berani nak buat apa2. Maklum dia tu kan selalu ckp besar dan sombong gitu, lepas beberapa org cleaner sakit dan kena histeria dia menikus. Takut ler tuh.

Sungguhpun block off kami ni sebelah jer..itu tidak menghalang aku untuk rasa takut dan cuak ok. Cuma aku mintak2 menda tu tak mengganggu aku. Aku pun guna pantry room berhampiran toilet tu tuk solat kan. Harap takde apa2 gangguan.  Cuma yg aku sgt moskel..semua kejadian berlaku di tandas perempuan. Nape la benda tu tak dok jer kat Tandas Lelaki kan senang..Ye lah org lelaki kan berani dan tak heran. So kalu nak kacau ke hape gerenti dorang tak takut..kan??? entahlah..Hanya Allah mengetahui nape makhluk ni ttba muncul plak selepas sekian lama takde kes.....maybe ada org bikin onar dan buat kacau kot?. Maklumlah masa acara derma darah hari tu ramai org luar yg menderma dan menggunakan tandas kat situ..mana tau dorang terusik terkacau or terambik barang2 makhluk tu kan?.

Yg aku dgr, dorang dah panggil ustad nak halau benda tu pergi. Dah 2 kali katanya. Dan akan dibuat lagi sabtu ni. Menurut ustad  benda tu bukan penunggu, tapi pendatang yg entah camne tersesat kat situ...gitulah katanya....Wallahua Alam.



May 25, 2011

Bila Mau Abiss daaa

Dari ari Senin lagi, aku sgt bz tau. Bz tahap terlampau. Sampai Isnin tu balik umah aku melepek. Totally letih gila. Keje yg bnyk harus diselesaikan sebelum berjimba nak bercoti panjang kan.

Dah lama rilek2 sbb takde apa sgt keje, ttba bila dah nak bercuti sumanya datang bertimpa2 gitu. Projek Php yg harus diselesaikan. Barang yg harus diantar dan sebagainya. Belum lagi ad hoc job yg ttba datang.  Nak nak lagi org2 gudang yg kdang mmg rasa nak cekik jer.  Kalau tak diketuk x jalan. Blur blur jer.  Shipment 3-4 pun kalau aku tak remind..tak kol balik tak antar balik shipping docs taktau camne jadiknya.

Bila kita refer to the same shipment mula lah mamat tu blur2 aduhai.  Selama ni mmg aku lah jadik tulang belakang jadik mak nak jaga meka2 ni suma utk memastikan segalanya berjlan lancar. Kalau tak hancus.   Kadang2 aku rasa lelah dan letih sgt tau tpi apakan daya, bos2 ni suma bukan tau segala kepayahan dan masalah aku berurusan dgn org2 suma ni.  Lebih baik jaga barang dari jaga org ok.

Belum lagi yg jenis SMS tak reti nak reply. Miss Kol tak reti nak jawap. Email tak berreply.  Tu belum kes minta resend docs berkali2 lagi. Mana lah aku tak penat. Mental dan fizikal.  Dalam pada tu selera makan aku drop mendadak lately.  Taktau sbb aku terlampau letih ke or mmg dah terjadi habit makan sikit2 jer.  Sedar tak sedar, aku dah menyusut banyak. Padanlah masa balik kg 2 mggu lepas ramai tegur aku dah kecut gitu.  Honestly, 5kgs dah gone cam tu jer. Aku pun taktau camne. Yg pasti aku cuma makan nasik sikit jer time lunch. Kadang tak amik nasik pun. Amik yg lite2 bila balik masak. Makan nasik jugak cuma makan sikit jer dah rasa kenyang. Selalu aku makan biskut kering dan milo jer buat alas perut kalau malam2. Kalau  begini sokmo bagus lah sbb rasa ringan. Tapi kalau penyakit..harus tau. Insya Allah hrap tak apa2.  Mgkin jgak akibat byk minum air kosong kat off kot? jadik buat aku rasa kenyang je selalu. Entahlah.

Yg aku masih belum abiskan ni keje2 yg ada...abis 2 keje 6 yg mendatang. Abis bila nya nak sudah kan?. Bukan lah apa penat tau. Penat minda memikirkan nak selesaikan suma tugasan. Bila aku citer kat SP, senang jer dia kat..sound kat bos tu..keja banyak suma beres..pesal gaji x mo kasik naek???...mcm aku berani nak sound bos gitu kan?.

Gaji naek ke tak ke..for me works still goes on. Takkan la aku nak mogok pulak kan.  Terima jer lah. Mungkin belum rezeki,walaupun hati dalam manyak sakit ooo. Keje 4 org campak kat aku suma aku settlekan pesal x leh nak motivate sikit kasik rewards by increment ke hape kan?..naseb..naseb.

Dalam pada terkocoh2 bz pun aku tak kira. Lepas kul 5 jer aku stop all my work. Penat weh. Dan balik dgn jayanya untuk mengejar itu NORA ELENA.  Sempat lagi. SP sgt sporting tau bila sanggup dgr ckp bini dia ni untuk alihkan TV dalam  bilik kat dapur.  Purposely nak suh aku masak at the same time tgk NORA tau.

Tapi takpe, mggu ni mmg takde singgah pasar malam ke or beli makanan apa2 kat luar. Aku sempat balik masak yg sempoi2 utk dinner. Lagi berbaloi penat bila dorang makan dgn licinnya hari2.  Terutama kalau wat menu ayam masak merah ka..ayam masak kicap ka...harus satu periuk selamat.

Natijahnya, aku harus gak submit the revenue report by Friday ni..pas tu baru lah aku bole bertenang dan berfikir untuk berjimba2. Tak sangka pulak Sg Petani yg jauh nun tu time2 coti sekolah manjang full house jer hotelnya. Mujur ada rezeki dapat gak book hotel walaupun bintang tak sebanyak mana..yg penting ada kolam gitu.

So, lagi dua hari bertarung di pejabat ni menyiapkan apa2 yg patut. Lagi dua hari anak2 kena bertarung kat exam sebelum dapat berjimba2 coti sekolah then balik kg ku kat sg besar. Yg pasti bdak2 benarnya tak tau lokasi percutian kali ini...semua pun macam teruja sbb taktau dimanakah sebenarnya destinasi nya. Yg mereka tau nak balik umah Atok mama dan beli arnab baru menggantikan si choco dan koko yg dah selamat dibaham anjing dan dipatuk ular mggu lepas..

Tak sure aku ada mood ke dak nak update these 2 days. Tgk lah dulu camne. If ada mean ada if not..jwpnya lepas balik bercuti lah ya.  Tak sabar nak rejuvenate balik energy dan semangat ni ha. Dah penat sgt ni.  Moga2 Allah permudahkan segala urusan kami..Insya Allah..

May 23, 2011

Long weekend

Jumaat lepas, ada urusan sedikit kat pejabat kerajaan.  Jadik aku amik jer EL. Malas nak apply pastu bersoal jawap dgn polis pencen. Bila amik EL maksudnya ada kecemasan kan..walaupun tak secemas mana. Ape ada hal?..cuti kita banyak belasah jer selagi bole.

Mcm biasa, kami kena la belakon ala2 nak pi keje gitu. Kalau tak ada lah bdak yg liat nak pi school. Liat nak  pi mengaji dan liat nak pi umah baby sitter. Lakonan ala2 menjadik sbb dorang tak tau yg kami berdua benarnya bercoti2.   Sementara nak pi pejabat kerajaan tu kan amik masa lama ..kena lah singgah sarapan dulu.

Port pilihan ialah kat gerai makcik lontong kat Kg batu 16 tuh.  Entah nape gaknya mak cik lontong gaknya tgh jiwa kacau kot, sumanya tak sedap pagi tu. Kuah lontong santannya ala tengik gitu. Kuah kacang pulak cam rasa hangit jer. Mmg totally potong selera walhal tu lah lontong paling sedap dan hebat kat kawasan Rawang tuh. Something is wrong and not right hari tu dgn masakan makcik lontong.  Mee yg SP amik pun cam lemau jer rasanya.  Believed me, memasak ni perlu passion dan rasa ikhlas penuh kasih sayang. Baru le aura tu turun kat makanan. Mcm aku gak, kalau jiwa tgh gundah gulana, kacau sure masakan tak jadi. Tak jadi sedap i mean. Ada jer kurangnya. Kalau tak ok jer. Maklum lah kita masak bukan ikut sukatan. Maen agak2 jer. Maen ikut instict.  Nak boh garam, perasa, nak boh gula. Hatta nak boh asam jawa pung. Sbb tu kalau org tanya aku resepi menda2 yg aku masak, aku x leh nak specific pun sukatan dia. Suma berdasarkan instict gitu tau.

So, aku sgt kaciwa dgn lontong kegemaran aku yg mmg totally tak sedap hari tu.  Sungguh terkilan. Maklumlah perut tgh lapar sesgt kan.  La ni mlm aku jarang makan berat2. Sesekali jer jamah nasik tu pun kuantiti sikit. Paling selalu aku cuma makan biskut dgn air milo jer. Bukan berdiet ke hape..tapi entahlah lately cam terbiasa gitu. Sampai suar2 dah rasa longgar. Sampai mak tegur nape aku mengecut?..which aku suka la kan. Bukan senang nak kurus weh!!..

Lepas tamat urusan tu dalam dkat kul 11 am kami balik umah. Kakak terkejut gak sbb maklum kami pun x ckp kan.  Semua org pun terpaksa belakon hari tu. Sbb takmo itu dua org tau aku dgn ayahnya ada umah. Sempat lah aku masak for lunch seblum kakak pi sekolah. Hidangan ringkas ayam masak kicap, sambal tempoyak, ikan goreng dan goreng sayur..  Bila kakak dah pi sek, SP pi solat jumaat, aku terkulat2 sorang kat umah. Nak siap mengemas depan, dapur, basuh bilik air..wah kalau ada kat umah jer jgn harap aku dapat dok rehat2. Harus banyak keje2 umah yg mesti diselesaikan. Sakit mata gitu melihat.

Dek kerana kaciwa akan lontong makcik tu, aku decided nak buat lontong sendiri gitu. Aku mmg mcm ni. Klau makan somthing yg aku sgt suka ttba rasa tak sedap, harus lepas tu balik umah aku buat sendiri. Baru puas hati.  Since balance nasik impit masa pi PD dulu ada lagi, aku masak jer kat rice cooker gitu.  Plannya esok sabtu leh buat kuah kacang dan kuah lontongnya kan.

Sabtu mcm biasa sgt sbuk dgn urusan umah tangga. Pagi tu sempat lgi kuar dgn anak2 makan roti canai. Balik sambung keje umah. SP masih sebok nak menyiapkan dapor tu. Dah siap kabinet dan pasang pintu. Skg ni tinggal nak cat dan pindahkan fridge ke tmpat lain jer. Jadik sabtu tu mmg itulah pekerjaan kami. Mengemas, mengemas, mengemas.  Since bdak2 selalu menonton VCD kat lam bilik tidor kami tu, aku dah naek fed up sbb each time dorang tgk Cd pasti buat sepah sekali kat lama bilik. For that, aku suggest SP buat satu ruang santai kat area2 dapur tu so that bole letak TV, CD dan hape2 lagi kat sana. Aku dah bosan membebel dgn dua org bdak yg asik bikin kecah bilik tu. Biar jer dorang bikin kecah kat area tu gak. Samping tu senang mak nak tgk citer Nora Elana gitu kan kan?.

Sambil2 tu aku masak for lunch dah buat kuah kacang.  Belum lunch nasik, bdak2 dah lunch nasik impit dah kuah kacang tu. Dorang mmg suka sgt makan benda ni. Sbb tu agak kerap gak aku buat.  Sambal kacang aku tu mmg ada laen sikit sbb aku tambah udang kering. Itulah rashia jadikan dia rasa sedap. Taktau aku sapa yg suggest letak udang kering tu, tapi sejak pertama kali aku cuba sedap terus aku amalkan jer sampai la ni. To our standard yg hantu pedas2 belaka ni mmg harus buat pedas2 gitu. Walaupun tersedu2 si delin makan, tapi still bertambah2 pulak.

Masa lepak2 tgk TV, ada terdgr pasal runtuhan umah anak2 yatim kat ulu langat tuh. Cepat2 aku tukar channel ke Awani 501. Dapat lah berita terkini. Kesian pada anak2 yatim yg tertimbus tu kan. Mmg dah ajal mereka.  Apalah daya kita nak menahan. Mengalir air mata juga aku tgk berita tuh. Tak bole bayangkan mereka tertimbus dan dihempap batu. Moga Allah cucuri rahmat pada roh anak2 ini semua.

Since sabtu tu hujan ribut petir sampai ke petang..TV pun tak berani nak On. suruh bdak2 suma tido aku pun tertidur sama. SP masih kelentang kelentong kat dapur menyambung kerja2 dia tu.  By petang aku terjaga, buat cokodok bawang utk minum petang dan air panas. Sambil dok lepak2 kat dapur teman SP sambil ngap cekodok.

Hari Ahad pagi masing2 solat subuh seawal2 nya dan sambung tidor balik termasuk ler aku sekali. Sedar2 dah kul 9 am cam tu. Sgt lewat dah nak pi breakfast, so aku suh kakak pi kedai beli kelapa dan suratkhbar. Aku buatkan kuah lemak lontong tu. Nasib impit masih ada 2 ketul besar dan kuah kacang semlm masih ada lagi. Sambil tu gorengkan lagi cokodok baki bancuhan semalam tu..  Lepas siap dalam pukul 10 lebih, kami anak beranak sarapan jer kat umah. Tak kuar2. Ada gak SP ajak pi ngeteh, tapi aku dah malas. Sbb dah lewat sgt. Dah dkat kul 10, for sure roti canai pun dah abis kat kedai pak cik tu..roti canai mamak ada lah..tapi kami x berapa gemar. Kami prefer roti canai yg melayu buat terutama kat Tasek Puteri tuh..mmg tersedap di alam maya .

Sambil tu baca paper gak. Rata2 suma mengulas pasal runtuhan kat umah anak yatim tu. Alhamdulillah finally suma dapat dikeluarkan dari runtuhan walaupun semuanya dah meninggal. Innalillah..kepada Allah kita datang kepada Allah kita kembali kan....sedih sgt..

Aku sambung pekerjaan ku yg rutin memasak for lunch. Hidangan ari minggu cam sempoi jer sbb aku dah takde idea nak masak apa..ya la since Jumaat lagi, dgn ayam masak kicap. Sabtu dgn ikan siakap 3 rasa, kerabu mangga, Chap choy..sambal belacana...hari ahadnya aku jadi buntu dan blank..taktau nak masak apa. Sudahnya aku goreng ikan sikit, buat tumis nenas air, asam pedak kembung dan ulam timun sama sambal belacan...sayur? suh jer depa makan sayur lontong tuh..

Gitula pekerjaan aku dari jumaat-ahad. Aku benarnya tak sabar nak tunggu cuti sekolah mggu dpan. Sbb bole aku rilek sikit. Sementelah lagi, aku dgn SP akan bercuti straight seminggu minggu depan sempena coti sekolah. Adalah plan nak berjlan somewehere tapi belum pasti lagi. Semua tu bergantung pada keadaan...ada takde , agenda balik kg tu mmg pasti ada..cuma taktau bila...

Jadik, minggu ni aku harus selesaikan segalamala tugasan seblum pi bercuti panjang..cuti dah lama diapply dan dah diapproved pun...Jadik, satu minggu betul2 nak rehat..............kita ENJOY!!...(ala2 Nora danish kata kat PUTERI tu kan)..

May 19, 2011

Puas Hati..

Lepas dapat si idaman hati hari tu, mana dan lagi nak testing and try.  Mana daknya, cuaca tak menentu. SP pulak sebok menyudahkan keje2 dia kat dapur tu.  So, dah dekat 2 minggu beli tapi tak test2 pun apa hal kan?.   Minggu lepas, petang sabtu dgn cuaca2 ala2 redup gitu aku paksa gak kuar. Purposely for photoshoot. Yg teruja ofkos la tukang amik gambar kan..tapi jgn taktau model2 tu lebih lagi teruja rupanya.

Tempat yg kami tuju ialah Emerald West. Kawasan perumah baru kat Bandar Country Homes. Kawasan kejiranan baru, area2 umah banglo kan. Tapi ada jugak club house, ada tasek dan ada jogging trek. Sesuai gak lah nak lepaskan anak2 yg terkurung kat umah dek sekolah hari2 kan.


Disamping tu gak, ada bberapa keping yg aku snap kat halaman rumah. Benarnya masih explore lagi pasal new toy ni. Maklumlah byk sgt button byk sgt benda nak kena belajar dan tau. Shutter, noise appenture dan ntah hape2 lagi. Masih lagi aku tercarik2 kursus2 pasal DSLR ni kat KL tapi nan ado suma mahal2. Beratus..more than 3 ratus.  Aku nak find yg more reasonable. Murah sikit. After all aku bukan nak buat bisness fotografi ke apa kan. Sajer suka2 tapi at the same time nak make use of advantage of having DSLR kamera.

I dont care lah org kata bulky lah, besar lah.  For me, if you have passion in something, you wont bother pasal apa org nak kata hatta nak kutuk. Yg penting kepuasan diri sendiri lebih utama dari peduli segalamala cakap2 org kan?.  Tepuk dada tnya hati ..Apa aku kesah ye dak?.

So for now, layan lah bberapa keping ni. Today, aku bawak the camera to office. Sedang mencarik2 angle and shoot nak amik gambar KLCC dari pejabat aku nih.. Sajer..For Fun....

Believed me, aku suka sgt amik gambar org..tapi aku tak suka org amik gambar aku..dan aku tak suka gambar aku di ambil...



Aku paling suka shoot wajah delin..so natural. dan juga aksi2 melompat2 tuh.......kan.

May 16, 2011

Pernah Tak Korang Rasa Camne Aku Rasa..

Aku ni bukan byk sgt duit. Bukan jugak byk sgt simpanan wang ok. Tapi adalah jugak sikit2 pun.  Org kata untuk kecemasan gitu.

Tiap2 bulan mmg dah buat standing instruction kat MeiBank2me.com tuh utk asingkan sedikit wang kat simpanan.  Ada la sikit kat ASB..ada kat Tabung Hj..kat situ sikit..kat sini sikit..jumlahnya tu  idak le sebanyak mana pun. Tapi di kala takde uwang..atau memerlukan uwang utk membayar sesuatu di masa kecemasan..mmg salah satu tmpat tu lah aku akan pergi.

Kadang2 aku terpikir, dorang2 kat teller kat kaunter nih kan mmg gaknya jenis buat taktau jer. Jenis x ckp banyak.  Ye lah mana taknya..Contohnya lah kan, dalam ASB kita tu ada seribu.  Kita pulak dok kuarkan sembilan ratus. Idak pulak teller tu kata pesal ko kuarkan byk2 neh??.  Tak pernah Ok..Never org kata.  Kadang2 dalam tu ada lima nam ratus pun, ttba amik tinggal ler sepuloh hengget pun dorang never asked pun kan.

Gaknya mmg dorang dah di train gitu not to be busy body??.  Tapi lah kan, aku pulak yg kadang2 rasa malu. Mana taknya asik kuarkan duit jer.  Masuk 2-3 kali jer..tapi kuarnya berkali2..gitu. Ish ish.

Lagi satu, aku pun suka pi tabung haji gak. Dorang tu sangat cepat buat keje. Sgt cepat berurusan dgn Tabung Haji dari berurusan dgn bank. Mgkin TH lebih cepat dan simple kot urusniaga dia?? manakala bank tu memacam  pulak songehnya. Nak2 lagi time2 lunch ramai org tu taim tu lah nak makan ke hapa. Dah tau time lunch tu bz..tak reti2 nak kuar makan dulu or later ke kan?.

Pernah sekali aku pi tabung haji. Mak aii nombor banyak giler. Bayangkan no skg ialah 1206..no anda ialah 1268..mak aaih berasap tau aku tunggu. Tapi syukurlah tak sampai 1/2 jam dah settle. Cepat dan pantas. Takde pulak dorang sbok2 kalau pun aku kuar 2-3 ratus berkali2..padahal masuk baru sekali..

Cuma aku jer kadang2 rasa termalu..sbb asik bawak kuar duit jer. Hehehe.  Biasalah tu kan, ada je benda yg memerlukan uwang gitu...for me itu lebih baek ..dari merayu2 minjam kat org..mintak tolong kat org. Tak kira lah adik beradik pun.  Jadi sikit ke, byk ke simpanan kita..bayk ke kita kuar or masuk..apa dorang suma peduli..apa dorang susah kan?? Duit kita..kita pnye suker lah.. :)

Selamat bercoti esok ya...esok kalau coce baek, harus disambung aktiviti fotoshooting lagi....kena carik port laen pulak. Model2 free 3 org tuh anytime jer nak suh beraksi..SO far, all i can say..sgt puashati dgn gambar2 yg dah di ambil..cuma nya lum ada kesempatan nak download kat off. Ada juga citer2 nak shoot KLCC dari off..tp since beg nya sgt bulky..sungguh tak sesuai..lenkali bila senang aku kasik korang tgk hasilnya ya......

Selamat Hari Guru...

Dari hari Jumaat lepas, anak2 terutama si Amal merengek2 ajak kuar beli hadiah.  Katanya nak beli for cikgu. Maklumlah Hari Isnin kan hari guru gitu.  Since aku rasa cam lama lagi aku cam wat2 tak dengar jer.

Tapi semlm masing2 dah kecoh ajak2 kuar jugak. Ajak gak nak beli something for cikgu masing2.  Dah tgh2 bulan ni harus beritahu dorang awal2 kan. Budget are limited.  Sorang bole beri to 2 cikgu jer. Abiss?? ada 3 org budak kalau sorang nak beli 5 adiah tak ke botak pala kan??..hehe.

So three of them agreed. Suma org beli dua hadiah jer. Satu for guru kelas dan satu lagi for thier favorite teacher.  Malas nak jalan jejauh kami pi kedai kat area2 taman perumahan kami jer.

Sungguh sebok kedai tu maklumlah suma mak bapak pun dok tolong anak2 memilih hadiah2.  Harga mmg berpatutan lah. Kalau agak budget byk bole jer beli yg mahal2. Kalau tak look jer for item less than 10rm kan?.

Lepas pilih pnye pilih all of them decided to beli tempat letak pensil jer for cikgu2 dorang. Harga pun berpatutan.  So grabbed sorang 2. Suh dorang pilih warna apa yg nak. tak kesah lah sama pun kan?. Lagipun cikgu dorang lelain gitu.


Ingatkan nak suh kedai tu wrapped kan sekali tp memandangkan ramai sgt org aku decided bungkus sendiri jer. Kakak yg pilih wrapper yg ada tulis THANK YOU. I guess thats the best word pun..Lepas maghrib, ni lah all the wrapping presents yg masing2 dah siap2 nak masuk dalam beg. 

Pagi ni semua agak kelam kabut sbb suma kena bersekolah pagi dek kerana sambutan hari guru. Everyone seems excited mungkin sbb nak bagi cikgu2 kesayang dorang hadiah kan?. Semua pergi dgn senyuman tak sabar!!.

Zaman aku sekolah dulu, mana ada duit nak beli hadiah ke apa. Nak mintak mak bapak pun tak sampai hati, maklum mak bapak pun bukan org senang. Dulu2 pun hari guru kat sekolah takde sambutan sgt cam skg. Mcm2 acara meriah. Dulu base2 jer. Paling tak ada berkumpul kat dewan cam tu lah. Aku tak teringat pulak ada majlis2 mcm sekolah anak2 buat la ni.

Selamat Hari Guru pada semua guru2 ku..Cikgu Mohd Noor Kapi ,Cikgu Basri, Cikgu Kamaruzzaman - Cikgu sek rendah kat SK Sri Bahagia..sgt terima k asih pada cikgu2 kat SAMTAJ terutama cikgu Faveret ..Cikgu Jamil...dan suma guru2 yg pernah mengajar aku dari sek rendah, sek menengah ...dan suma guru2 yg mengajar tak kira walaupun masa tu bukan lagi di sekolah..Jasa anda semua tetap di kenang sampai hujung nyawa...

Selamat Hari Guru CIKGU..TERIMA KASIH

May 12, 2011

Tak De Harapan lah.

Dua hari lepas ada mesyuarat tergempar.  Mmg gempar lah sbb yg mempengerusikannya adalah Mat Soleh  yg didatangkan khas.  Mat solleh ni jawatan dia Far East Regional Manager ke cam tu lah.  Meh aku namakan jer dia Mr D.  Very cool, slumber guy but sometimes sombong..aku rasa la. Kenapa aku kata gitu, dulu2 kalau aku antar dia email dia akan reply direct jer..takde ler Dear ....., hatta write nama kita ke kan?.

Tapi semenjak dua menjak dia tau bahawasanya semua jadah report revenue, inventory tu suma di buat oleh DEN ni ..bukan BOSS Den tu, dia mcm dah ada sense of respect.  Tau dah nak sebut Dear.....walaupun bukanlah sebut dear darling kan. hehe.

Jadik, semua org dipanggil menghadiri meeting tergempar itew. Agak suspen gak lah. Maklum ttba jer.  Jadiknya aku pun join ler.  Mula2 dia potpet2 citer pasal dia baru je menghadiri meeting di ibu pejabat kat Houston tu.  Siap bagi tau apa benda yg dorang bincang dan agenda2 tu lah kan. Which mainly pasal sales and operation. Dan ada juga disentuh pasal mulai 2011 pengiraan bonus dikira laen dah. Sbelum ni dikira under worldwide performance..start this year will be on individual performance. Means our are under Asia- Far east.  Area yg paling banyk buat duit katanya!!.

Dekat satu jam bla bla bla.  Tiba pada Q & A session. Byk benda gaklah suma org tanya.  Salah satu yg diutarakan ialah soklan pasak Increment. AKA Kenaikan gaji.  Org yg membangkitkan tak laen tak bukan BOSS DEN tu lah.

Ada ka mamat ni kata, increment tu tak penting!!!. Boleeh?? Dia kata with new  calculation of bonus, kami should enjoy BEESAAAR pnye.  Pasal increment tu mmg tak bole buat apa. Katanya policy company tak bagi increment tiap2 tahun?? What the hell???. Abis kalau 10 tahun gaji ko 3k, takkan selama tu ko nak gaji byk tu kan???  Dia kata dia tak kesah.  Ya lah gaji dia ntah berapa puluh ribu USD kan?.  Hidup dgn elaun segala mala, mmg lah ko x kesah dgn gaji ko tu. Abiss kami suma nih?. dah la suma barang naek. Anak pun makin membesar. Yg ada makin bertambah. Pe hal gaji kat takuk tu jer?. Gomen pun bole dapat at least 50hengget sebulan.  Sikit but at least??. Kami??

Masing2 agak tak puas hati gitu.  Of course lah kan. Aku ni dah 3 tahun gaji tak berganjak gitu jer.  Baru tahun ni gak aku baru masuk list org2 dapat bonus. 2tahun seblum tuh??.  Kalau nak kira bonus yg aku dapat ari tu pun bahagi 12 baru ler 10% jer . Laen la, kalau bonus dapat 4- 5 bulan..maybe takle masing2 sakit hati ye dak??

Di kala ko kata, appreciate staff bbla..busit lah tu. Ni ke cara ko hargai staff.  Busuk2 company cekai pun bole bagi seratus rm kenaikan. Kami??seposen pun takde tau.  Mujurlah SP tu tiap tahun jer gaji dia naek. Bole le cover apa2 yg patu.  Company SP yg union dorang sgt kuat bole dapat 30% annual increment tau. Gaji ciput pun kalau 2-3 tahun dapat jadik banyak jer kan kan?

So, natijahnya...aku jadi malas nak berajin2 sgt pun. Buat sekadar nan ado jer. Abis?? dah 5 tahun kat sini takde satu pun kurang sumbangan aku ..cilok2 ke FB dan blogging tu baser ler kan..alah, bukan salu pun.. Dari sorang pnye keje la ni dah 3-4 org pnye keje aku buat pun.  Mmg la ia menjadikan aku multiskill tpi patut nya aku dapat ler rewards sikit kan. Baru lah hati gumbira nk bekerja.  Ni tak kerah tenaga kita cam  buruh burma pasang rel ketapi ke Thailand.  Bab bagi increment. Kedekut..mana bole jadik.

Benar2 nya aku malas nk melompat pun kat tmpat lain. Tapi kalau lah ini yg berlaku skg. Aku rasa org laen pun rasa bengang..rasa sakit hati kan?.  Apa barang. Keje bertahun2 hapak pun takde?.  Bonus tu  bonus lah..increment tu laen. Itu monthly beb increase..bonus tu segedbak gitu. Lau dapat pun kita dok settle benda2 or utang kan. Yg tiap2 bulan pnye kenaikan tu untuk belanja ari2 maaa.

Dah ler minyak mahal, beras mahal. Gula pun naek harga. Gamaknya nak suh berbasikal pi kje kot. Nk suh makan ubi cam zaman jepun? weii ubi pun mahal la ni kak ooi....nak suh minum air kosong setiap saat...please lah.

So, masing2 mcm berkira dah..mengintai2 peluang mana yg ada. Harus lah kan?. Kalu buatnya 10 tahun kat sini gaji byk tu jer..nak mati mampus??.  So pe lagi..mulakan pemburuan..Memburu keje baru gitu....

Senyum

My self and Delin, sgt suka lagu ni. Bila dgr lagu ni kami dua akan nyanyi sama...dan delin akan beri the most sweetest smiles dia..





Senyum - Malique Too Phat featuring Najwa

Terima kaseeeh

Semoga sumanya baik2 belaka jer pagi ni.  Pg ni aku mulakan hari ku dgn bersenam kerana terpaksa menapak dari Hotel Sheraton ke off.  Kepancitan pulak. Lately mmg salu sgt moto SP pancit. Harus berlegar2 dalam fikiran aku apakah kerana paku2 yg bertaburan di jalan angkara  durjana2 ataupun aku yg semakin berat??..ah tak mgkin i berat..the last weeknd aku balik kg, suma org kata aku dah kurus..so?..taktaulah. Maybe sengaja nak jadik seb supaya aku eksais?. Maklumlah aku ni lately tersgtlah malas bersenam gitu.

Oh, once masuk off aku buka my off email and saw notification on my write up pasal Delin semalam.  Thank you Nor, for all you tulis and thank you for sharing. Kerana pengalaman2 org lain bole dijadikan panduan dan pedoman utk org2 mcam kami kan.

Sesungguhnya aku sendiri tak tau pada mulanya kenapa delin jadik mcm tu.  Tak sama mcm kakaknya.  At first masa dia lambat jalan suma org sebok suh berubat bla bla bla.  Masa kecik saiz badan dia pun sgt kecik. Sgt kurus dan fragile.  Mujur masa tu aku dah pregnant Amal. Jadik nak taknak aku kena amik bibik.  Delin masih kecik aku x bole nak handle mabuk aku yg maha teruk tu. 

Dengan adanya bibik, suma keje umah beres. Bibik pulak jaga delin dgn begitu bagus sekali. Dia akan suap delin makan nasik dgn sup daging hari2.  Masa tu allergic delin teruk sgt. Tak bole makan telur..tak bole makan ayam. Ikan kembung dan macam2 lagi.  Jadi bibik hari2 bagi makan nasik dgn sup daging, sup kentang ataupun tauhu.  Susu mmg totally dia x mau.  Dia akan muntah kalau minum susu. Alternatif aku bagi dia minum milo.

Bila umur dia meningkat sikit, dia salu x sehat. Salu batuk, selsema.  Sampai dr diagnosis dia ada mild asthma.  Badan dia akan keluar rashes2 tebal kat bahagian leher.  Bila berpeluh dia akan bergaru2 sampai melecet kulit dia.  At one time benda tu suma off. Hilang cam tu jer.  Sbb ingt nak bgi dia daya tahan badan yg kuat dari batuk dan selsema dan allergic tu, aku bagi dia scot emulsion.  Selera makan dia mula bertambah. Tapi allergic dia semakin teruk. Semakin tebal rashes2 kat leher dia. Kerap berulang alik ke klinik. Bila letak krim ok..after a while its started again and again.

Masa tu bibik mmg jaga sgt permakanan dia.  Aku tak bole paham kenapa asik berulang2 jer gatal delin tu.  Satu hari, kami pergi ke Klinik.  Dr Ryan yg attend delin tu check dgn aku tarally permakanan delin. Sbb terlampau kerap sgt datang. Pulak tu cream sapu tu ada steroid which tak baik untuk manusia.  Dr Ryan check satu2..tnya ada makan telur, ayam, seafood atau yg sewaktu dgnnya. Aku ckp mmg takde. TOTALLY tak de.  Sembang pnye sembang, entah camne aku tnya kat dr, apa vitamin yg bagus nak bagi delin..thats where aku ntah camne kata kat Dr Ryan aku bg delin scotts emulsion hari2 tapi still delin masih senang dapat selsema...senang rashes lagi.  THATS IT... itu yg Dr Ryan kata...the cod liver oil.  Some kids katanya tak sesuai makan ikan2 Kod yg berasal dari laut dalam yg sejuk.  So, dia suh aku stop bgi tu.  Dia suruh aku bg highdose vitamin C.

Alhamdulillah, sejak berenti scotts emulsion rashes delin terus hilang.  Masa tu pun dia dah setahun lebih umurnya. Berkat doa kami..berkat usaha dan ikhtiar bibik (cecah kaki dia tiap2 pagi kat rumput berembun, bg makan sup kaki ayam hehari, patukkan ikan haruan ke lutut dia, dan byk lagi sampai aku dah lupa) akhirnya delin berjalan. Tapi sampai umurnya 5 tahun pantang tersandung dia akan jatuh. Mmg dia kerap jatuh.  Masa tu aku taktau yg itu ada berkaitan dgn masalah motor2 ligamen pada anggota dia yg tak berapa kuat. Kerana kekuranga kalsium.  Kerana kurang minum susu pada sepatutnya kanak2 diusia dia.

Kalau masa bibik ada suma berkawal dan berjaga pada delin jadi pemakanan dia sgt terhad. Ayam KFC  MekD suma tak boleh, telur apatah lagi kan.. Jadik bila bibik dah nyah dari umah kami, aku belasah jer. Pulun bagi je delin apa yg kami makan.  Aku pernah dgr kalau kita allergic akan satu benda tu belasah jer. Sampai satu tahap sure imun terhadap benda tu akan gone mcm tu jer. Tu berlaku pada aku sendiri. Aku x bole makan udang pada mulanya. Bila makan jer mula gatal2 satu badan...bintat2. Masa bujang mmg aku x makan or x amik langsung.  TAPI, bila dah berkawin..SP pulak hantu seafood dan yg sewktu dgnnya bila time makan jer aku tumpang sekali. Sekali..duakali berkali2..sampai la aku dah tak allergic langsung. Sampai skg bole lantak segala mala seafood dan sewaktu dgnya tanpa problem.  Gitulah dgn Delin.  Sampai skg ni mmg dia takde masalah allergic langsung pun!.  Suma dia makan. Suma dia pulun. Dan dia semakin sihat. Semakin berat pun!.

Vitamin B complex dan multivitamin la ni mmg bg hari2. Tak lupa kismis.  Makan pun dia sgt senang tak memilih.  Bg jer daging, sayur, seafood, sambal suma dia makan. Dia jarang sakit akhir2 ni. Asthma pun dah jarang2 sgt datang.  Minum air kosong tu mmg kena salu dipaksa lau tak tak minum sampai kering bibir tuh.  Air karbonat mmg takde dalam umah.  Kalau keluar pun jarang bagi dia minum. Kalau dia teringin bg seteguk dua jer. Lau tak dia lebih suka jus tembikai, epal ataupun teh o ais.  Kat sekolah pun aku dah tak pernah dgr dari CNN reporter dia beli air kat vending machine tuh.  Gula2 tu kat umah mmg takde. Tpi macam biasalah, namanya bkd2 kan...salu jer penuh dgn trick. Dia makan kat sekolah. Takpun dia sorok. Mcm aku , delin x suka makan coklat.  Dia tak suka aiskerim.  Kueh2 pun dia suka karipap. Tapi dia akan makan isi karipap jer. Kelongsong dia terbiar gitu jer.

Alhamdulillah, antara aku dgn SP mmg takde contradict dalam mendidik anak2. Kalau SP marah aku x masuk campur. Klau SP pukul aku x mo campur jugak.  SP more tu diam tp tegas. Aku lebih suka amik pendekata pyshco. Walaupun aku marah dan bebel2 aku makesure everything i said tu with fakta. Kalau aku x mau anak2 buat sampah or sepah..aku makesure aku pun tak gitu.  Letak tuala sidai ditmpatnya. Apa benda yg diambik harus diletakkan balik. Sapa buat sepah, dia kena kemaskan. Sapa buat kotor or tumpah anything, dia kena bersihkan. So far so good.

Since SP tak berapa bagus bab2 IT, gadget and yg bersangkutan selalunya aku yg akan surf internet, carik maklumat. Klau pi jmpe Dr pun aku yg akan berurusan. Maybe SP selesa begitu agaknya.  Klau hal sekolah, jumpa cikgu or anything...aku lah yg berurusan.  Sbb aku ni ada skill kot?? senang deal dan berurusan dgn org gaknya.  Lagpun aku rasa aku ni jenis tak cerewet dan fussy. Org2 yg berurusan pun senang. Dgn SP sometimes susah sikit. Terutama kalau dia dah naek angin dgn customer services dorang karang..ntah2 hape2 dia sound direct jer..

Hakikat tak dapat diterima org dgn mudah.  Tapi dalam kes delin di sekolah aku bersyukur sgt2 sbb guru2 dia sgt memahami.  Bila aku jumpa dorang (agak kerap gak aku pi sek diskass pasal dia dgn cikgu) mereka dah paham masalah delin. Mereka pun tak memaksa. Takpernah lagi aku dgr delin kena pukul, kena belasah hatta kena maki teruk2 dgn cikgu2 sekolah dia.  Untuk tu aku bersyukur sgt sbb tak pernah lagi Guru besar bertindak seperti yg berlaku mcm yg nor cerita tu. 

Semua2 ni bukan kita mintak kan. Semua nya Allah beri bersebab. Dan sbb itulah aku sentiasa berdoa agar dia baik2 jer.  Setakat ni aku x berapa nmpak lagi kecenderungan dia.  Suma mcm bercampur aduk lagi.  Dia mmg suka games. Suka berjoget2 sana sini. Suka menonton movie, suka music. Suka memasak.  Suma yg memerlukan kreativiti dia suka.  Suma yg bergambar, cantik dan berwarna warni menarik perhatian dia.  Pada umur 9 thn skg ni maybe dia sendiri keliru apa yg dia suka.

Buat masa ni aku taknak hantar dia ke sekolah khas. Sekolah bdak2 cam dia. For me, biar dia bergaul dgn bdak2 biasa di sekolah biasa.  Biarpun disegi akademik masih bertatih lagi tak pe. Aku tak kesah.  Macam aku kata, it took us 3 years sampai ke tahap dia pandai baca sekarang nih. It takes a lot of time, money, effort. Biarlah lambat. Biarlah pelan. Aku cuma harap dia dapat lancar membaca dan menulis at least by tahun depan.  Aku x akan pernah jemu berusaha.

Sekarang ni pun Amal dah sgt lancar membaca. Dia selalu rasa tercabar dgn Amal.  Baru2 ni Amal dah pandai berenang. Dia pun mcm teruja nak pandai jugak. Aku bole lihar riak wajahnya melihat amal berenang di kolam dewasa..dia pun mcm tak sabar2 jugak nak pandai gitu.

Amal ada lah saingan paling sihat bagi dia. Byk yg amal bole buat, dia rasa tercabar dan dia buat. Dan dia boleh!!.  Aku selalu puji delin..selalu suruh dia rajin berusaha.  Pendekatan yg Nor ckp dalam komen tu mmg sgt2 betul.  Ilmu2 dan tips tu suma aku dapat dari pembacaan di internet, aku amalkannya. Dgn penuh ikhlas. Penuh doa . Alhamdulillah. Its really work.  Bdak2 begitu harus dipuji di beri ganjaran. Kredits dan apa2 jugak. Jadik ia menjadi galakkan pada dorang.  Harus tau jugak angin dorang. Tapi aku still tak percaya pada  merotan memukul dan sebagainya.  Sebagai Ibu, aku x sampai hati nak pukul dorang walaupun mulut mgkin kecoh... Takat pukul, cubit sikit2 tu mmg ada. Terutama kalau nakal.  Tapi dalam kes delin aku selalu ckp, terangkan pada dia. Renung dalam matanya. Dan suruh dia jawap paham if paham.  Beberapa kali aku dah cuba.  Selalunya akan berakhir dgn aku dan dia menangis.  Tapi lepas aku marah2 dan terangkan betul2 ..aku peluk dia. Aku pujuk dia baik. Aku beritahu dia, aku sayangkan dia lebih dari segalanya. Aku beritau dia yg suma org dalam rumah tu sgt sayang kan dia jugak.

Bukan senang nak menerangkan pada org laen masalah delin. Hatta pada org terapat dan terdekat dgn kita.  Ada masa mereka memandang hina, seolah2 salah kita sebagai ibu bapa dia jadi  begitu. Aku dah biasa. Sgt biasa. Ada masa aku buat2 tak layan or tak dgr pun. Ada masa jiwa keibuan aku ni sensitif lantas air mata pun jatuh satu persatu.  Bukan mudah jugak nak mintak tolong pada mereka.  Yg memahami tu Alhamdulillah. Yg tak??.

Walau apa pun..anak adalah anugerah Allah paling hebat dalam hidup kita.  Aku bersyukur dalam keadaan delin begitu, dia tak cacat anggota pun. Tak susah pun nak menguruskan.  Cuba lihat org yg ada anak down syndrome, cacat anggota...autisme. Cabaran mereka tu lebih dashyat. Lebih hebat.  Tapi aku?.  maybe 20-30% jer kan. Jadik apalah sgt dugaan delin ni pada kami sekeluarga berbanding org lain?.

Sekali lagi, terima kasih.  Pada orang2 yg sgt memahami. Pada org yg sgt prihatin dan tidak mudah mengejek, memandang hina hatta mengutuk.  Terima kasih  pada mereka yg sanggup berkongsi ilmu, tips, petua atau apa jua yg memberi kebaikan pada Delin.  Aku sendiri tak pernah rasa malu pun tak pernah rasa hina dan rendah diri pun. Bahkan aku rasa bertuah kerana Allah telah memilih untuk mengurniakan Delin pada kami kerana DIA sayangkan kami. Believed me, sejak Delin dilahirkan..rezeki kami sentiasa murah. Rezeki dia pun sentiasa murah...jadik apa lagi nikmat Allah yg kami  boleh dustakan??.

Pada mereka yg punya anak2 istimewa, tak perlu rasa malu untuk menerangkan pada org lain. Tak perlu malu nak mengaku.  Tak perlu simpan2 dan tak mau berkongsi dgn org laen.  Aku pun tak pernah malu nak mengaku yg delin sgt hiperaktif. Siap2 ingatkan kawan2 kalau kami datang umah dorang perihal delin.  Walaupun pada masa sama, aku, ayahnya dan kakak sentiasa mengawasi dia.

Peristiwa hilang di pasar beberapa kali mmg memberi kami ingatan untk tidak leka dan lepa walaupun sesaat.  Salu gak dia kan tinggal dalam kereta dgn Ayahnya kalau aku nak beli barang di pasar atau di mana2. For me itu lebih selamat. Prevention is better than cure org kata.  Pengalaman kecut perut jantung aku bila first time dia hilang.  Masa tu aku dah berfikir bukan2. Merata satu pasar kami menjaju mencarik. Aku, SP, Kakak dan Mak.  Akhirnya kami jumpa dia menyangkung di depan org jual arnab!!. Mujurlah tak hilang.  Selalu jugak aku bgtau dia perihal bdak2 yg hilang..tak jumpa mama ayah..tapi biasalah, bdak2 begini selalu jer lupa. Selalu jer terleka dan alpa.  Kita yg dewasa ni yg harus extra berhati2....

Usaha, ikhtiar dan doa mmg tak pernah putus dari kami...Doa dari aku ibunya tak pernah lekang walau sekalipun.  Tak kira apa keadaan , suasana dan ketika...dia tetap istimewa di mata dan hatiku.  Kerana aku yg mengandung dan melahirkannya....antara ketiga2 nya..mengandungkan dan melahirkan dia yg paling mudah.  Mgkin sbb itu dia sentiasa menyenangkan hati aku....terutama bila dia menyanyi lagu :  Ibu Ibu, engkaulah ratu hati ku..hati ku jadi sayu....rasa sgt syahdu... :)

I have to stop now.  Tiap kali meluahkan isi hati pasal Delin mesti airmata ni tumpah tanpa diminta..selalu jer tersentuh bila berkaitan dgn anak2 terutama dia..Karang  bos nampak pehal minah ni pulak nangis2 bagai kan....

Thank you all..terima kasih kerana sudi berkongsi rasa..terima kasih kerana berkongsi ilmu.....terima kasih atas segalanya...........





May 11, 2011

Addeelyn

Dah lama aku tak citer pasal anak no2 aku yg special tu. Si Delin. Benarnya ada byk sgt citer2 pasal dia, cuma adakala aku rasa mcm malas nak ingat2 hatta malas nak tulis sbb adakalanya citer2 tu suma sgat menyentuh hati nurani aku sebagai seorang ibu. Adakalanya aku cuma menangis sorang2 je dalam hati. Adakalanya aku menangis tatkala memohon kepada yg SATU moga dia sentiasa di kurniakan kesihatan dan akal yg cerdas dan tak memberi masalah kepada org2 disekeliling dia.



Hari ni aku tergerak hati nak cerita pasal dia. Just because pagi tadi dia sgt menyenangkan hati aku yg tgh marah dgn gelagat hero melaya terakhir kat rumah aku tu. Mcm biasa dgn peel dia yg mmg buat aku jerit2 jer 2-3 hari ni. Kebetulan pulak si Delin tido kat luar, jadi dalam kecoh2 gitu dia bangun dan dia turut sama membebel kat adik nya yg sorang tuh.



Mana aku tak marah. Masa nak mandi dahler nak suh mandikan. Bila nak pakai singlet and spender pun nak tunggu aku gak. Dah tu bila dah pakai singlet, aku pakaikan betul dia pi pusing kata baju tu tebalik. Padahal dah betul dia terblik kan balik. Panas jer hati tau. Ayahnya mmg tiap2 pagi dah muncung jer menahan melihat perangai dia. Ada masa ok ..ada masa buat hal. Mmg my blood goes upstairs.



Dan Delin, dgn keadaan aku tgh marah tu dia sgt prihatin. Dia tolong angkatkan segala beg2 yg nak diantar kat baby sitter pnye rumah. Bahkan dia dah baring semula sanggup bangun bila aku mintak tolong hantarkan baldi tmpat aku letak baju sekolah yg aku dah basuh dan sental masa mandi tu. Kakak tolong sidaikan baju tu, delin dgn rela hati dan senyuman antar baldi tu ke bilik air semula. Ya, aku sgt tersentuh. Believed me kemarahan aku terhadap hero melaya terakhir tu ttba jer turun mendadak. Jadi sejuk hati aku..sesejuk air masak kat dalam peti tuh.



Walaupun akhir2 ni aku nampak Delin sgt memberontak dan suka menjerit. Terutama bila Amal selalu jer mengacau. Bergaduh dgn dia. At some stage aku rasa delin mcm bosan dah kena buli sbb itu dia dah mula melawan. Since temper tantrum si Delin ni tak menentu, mmg now dia akan melawan jer. Tapi kalau aku ckp baek2, puji dia dan peluk2 dia..Dia akan ok.Sbb itu kalau dia kena marah dek ayahnya..akulah yg dia  carik!. Kalau dipukul or rotan dek ayah kerana kenakalannya, pada aku jugalah dia menangis dan mengadu...sbb dia tau...aku adalah pelindung dia!!.



Masa balik kg mak mggu lepas, Kakak aku ada kata yg Delin skg ni kalau nak buat apa2 tu ditegur dia mcm buat dhek jer. Buat tak tau. Sampai ada satu hari tu mak membebel riuh satu kampung sbb delin dah bongkar pouch purse dia. Kat dalam purse porch tu mak letak buku periksa tekanan darah dia. Alah buku 555 tu..dulu2 kita wat buku sifir kan. Kat situ gak mak letak duit2 syiling dia. And ada bberapa keping duit singgit. Masa aku tgh layan tido tghari kejap dia menggeledah. (mmg tu hobi si delin ni..menggeledah, tak kira kat mana) sbb tu aku sgt risau kalau bawak dia pi umah sedara mara dan kwn2. Aku siap bgtau dorang hati2 dgn delin tu. Bukan tak ckap tpi tau jer lah bdak istimewa cam dia tu ada dia kesah???



Jadiknya, since dia terjumpa begdompet kecik wat isi duit syiling, abis ler isi2 mak pnye pouch tu disebat dia. Kecoh satu rumah bila mak nampak beg tu bertaburan. Lagi kecoh sbb duit pun dah abis suma. Kdg2 aku pun cam naek angin gak dgn mak nih. Alah takat bape sen ..bape hengget tu jer mcm big deal sgt..mcm dia tak paham delin pnye perangai kan. Entahlah, kadang2 susah nak ckp..terutama bila mak sendiri kan. Aku yg baru bangun tido ni mula la naek angin bila mak bising2..bebel2. Klau radio mak dah bunyi tu kan, suma org pun larik. terutama kakak aku tuh. Dia tu pantang sgt dgr mak kuar sore..sakit tinga katanya so dia blah jejauh.



Bila SP dgr pun dari tgkat atas, dia pun cam tak senang duduk. Aku tgk muka dia dah semacam. Macam geram dan marah sgt kat delin sbb buat gitu. Yg pasti duit tu tak pi mana2 pun. Alah takat 3 ringgit dgn syiling2 tu..bukan besar pnye hal. Cuma when its comes to mak..yg besar kuman pun bole jadi besar gajah. Sbb mak mmg selalu oveer. Aku jerit kat delin , tanya dia mana buku 555 tuh..marah dia nape amik duit tanpa izin??. Kalau kat umah sendiri aku x kesah sbb dah paham sgt. Tapi ni dah consider umah org laen..lepas aku marah tu, delin pulangkan lah duet ringgit tu kat mak..duit syiling dia simpan. Suprisingly, mak kecoh2 pasal buku 555 dia tuh..elok jer mende tu ada dalam porch tu boleeee????



Lagi satu kesah pasal kat sekolah. Cam baser ler. Bila melangkah jer 3 stooges kat lam umah masa balik sekolah means aku pun baru jer sampai dari tmpat keje. Penat, panas suma ada. CNN reporter tak bergaji kat umah aku si Amal tu cam baser ler aku melapor apa jua yg delin dah buat masa kat sekolah. Hari tu dia mengadu pasal delin pi sekolah tak pakai spender. Katanya aku x letak spender kat lam beg baju salin kat umah bbysitter which mmg aku never fail letak..suar pendek pun ada. Ntah camne dia bole pulak tak pakai sepender gitu kan. Pernah sekali dulu masa dia jah satu, dia pi sekolah pun x pakai spender..baby sitter aku pnye saspen bila nampak sepender dia kat depan bilik..dia rush pi sekolah antar and suh delin pakai...yg kes x pakai spender ni pulak bole delin tunjuk2 bontot kat toilet kat kawan2 dia..sib baek kat toilet pmpuan ..MASYA ALLAH. Masa aku nak masuk pagar umah seblum tu pun si Zurka, anak india next door yg sekelas dgn delin ada ckp kat SP : Uncle, uncle..tadi delin kat sek x pakai spender dia x malu tunjuk kat kawan...:. Sp dgr pun naek angin. Yg kat dalam umah pulak CNN tak bergaji potpetpotpet merepot. Aduh!!!, aku sungguh jadik naek angin. Delin dah mula menikus ketakutan. Dia lari sembunyi kat lam bilik. Aku pun masuk bilik marah dia cukup2..bgtau dia yg benda tu x elok, Allah tak suka dan bla bla bla...aku siap ugut dia kalau dia buat lagi, aku antar dia dok dgn atok ayah (belah ayahnya) biar Pak Su dia yg cikgu garang tu pukul dan belasah sbb perangai dia (ugut jer, benarnya aku will NEVER do that, send her apart from me :( ) Dia mula menangis dah. Mcm yg aku baca pasal bdak2 istimewa cam dia tu..kena cakap sambil suruh renung mata kita dalam2.. Lama gak aku mengamuk..dan aku tanya dia paham tak apa aku kata..aku suruh dia jwap sambil renung mata aku dalam2..sampai aku puashati..lastly, aku peluk dia sambil menangis. Bgtau dia jgn buat gitu. Jgn malukan diri sendiri lagi. Jgn buat mama sedih dan sakit hati...dia pun sama nangis gak. Jauh dalam hati aku berdoa..jgnlah benda ni berulang lagi..aku takut sgt2..takut kalau2 ada jantan jahat or gile amik kesempatan...mintak dijauhkan....





Lepas insiden tu..which dah hampir sebulan, takde lagi aku dgr citer pasal x pakai spender. But aku always take precaution gak. Aku suh kakak makesure delin pakai baju dalam dan suar dalam seblum dia antar kat baby sitter. Make sure dia mandi kat umah. So that nnti masa dia nak pakai baju sekolah kat umah babysitter, bole terus je bukak baju tshirt dan terus pakai baju sekolah. Lebih selamat. Untuk bdak mcm Delin tu as ibu aku kena salu berfikir out of the box..diluar jangkauan untuk mengelakkan perkara2 tak diingini berlaku..I MUST be proactive org kata.



Masa aku coti jumaat lepas tu pun, aku ikut SP jemput dorang balik sekolah. Masa dok tunggu dua org kat depan pagar sekolah tu...ada ler 2 org bdak perempuan kecik berbangsa india datang kat aku..tnye gini : Auntie, kenal delin tak??... aiik?? aku cam pelik jer soklan tu..rupanya dia nak mengadu yg delin salu kacau dia..salu cobit dia..sabar jer lah. Aku selamba jer sound dia..Okeh..nanti auntie ckp sama dia jgn kacau awak lagi ye...:)



Masa tu gak ada mak si Chan Kee Hoon (bdak yg pernah koyakkan baju delin dulu) yg mmg hari2 bertunggu tangga kat sekolah tu cuma nak berbonding2 beramah mesra...I tak rela you. Aku sengaja buat2 tak kenal..buat2 tak dengar gitu.. I tak berminat ok nak mesra2 dgn u...pleaseeeee.



Pendek kata, memacam aku dgr. Mcm2 komplen aku dapat. Idaklah aku tak amik berat or layan. Yg mana aku rasa patut sound balik kat delin aku sound. Aku bgtau dia not to kacau org..jgn cubit2 org. Org tak suka. Bak kata kakak aku kat dia..patutlah kwn2 awak tak suka kwan awak sbb awak suka kacau orang kan??...delin just pandang kakak aku dan jelir lidah ..hahaha. Mak pun sama ..tiap kali dia bebel2 marah si delin..selamba kadak jer delin sound aai atuk..bising sgt lah atok ni..kalau tak membebel tak bole ker??..haaa kau. Tu la pasal tuh.



Kat dalam umah mak tu dia cuma takut 2 org jer. Pertama abg ipar aku..somi akak..kedua adik bongsu lelaki aku yg dia panggil Pak Cu. Kalau dorang tegur dia mesti dia mencicit lari..kalau org laen jgn harap. Klau kat belah SP pulak dia sgt manja dgn abang2 dan adik lelaki SP. Ibarat cam bdak umur 3 tahun dok kat riba manja2. Dorang pun mcm paham sgt salu jer layan dia . Tu pasal dia sgt suka.. Dgn MIL pulak dia sgt takut. Sekali jer org tua tu berdehem ..dia terus kecut perut gitu.



Pasal keje sekolah toksah citer. Aku salu gak cek buku2 dia tu..ish, pening pala tgk. Kadang si Zurka siap bgtau aku apa keje sekolah dia. Kalau mcm tu mmg aku make sure dia buat. One thing delin dia x suka menulis. Dia suka gunting2 ..tampal2. Bab tu dia suka sgt. Sbb tu kalau dia pegi kelas pemulihan, balik mesti dia bagitau aku dia seronok sgt pi kelas tu. Maybe pasal tu lah. Bila tanya dia apa citer2 besar esok??..harus dia jwp nak jadi artis hokey!!. Aku pun x mo ckp byk2..aku sokong jer. Tak kisah . Mana tau sok2 aku jadi Manager dia kan...hahahah berangan jer mama ..tu ler salu kakak kata...



Sungguhpun atas segala masalah, kekurangan, komplen, kutukan, ejekan..apa jua pasal delin..aku dah semakin kebah. Semakin tebal telinga utk tidak peduli tu suma. Kerana aku tau..Allah maha mengetahui apa jugak yg tersirat dan tersirat...everything happen for reason..For that, aku redha dan terima seadanya. Semoga dia tetap jadi anak yg baik, solehah dan sentiasa menyenangkan hati kami ibu bapanya ..Insya Allah.



Akhirnya............



Yess!!. Akhirnya jadik milik/reta ku jugak benda di atas itewww.  Smlm masa on the way balik keje, aku pi amik menatang tu kat kedai.  Lama sungguh dah aku memendam rasa nak memilikinya.  Lama jugak nak kumpul duit kat tabung arnab seblum berjaya mendapatnya dan membawa pulang.

Walaupun semalam hati ada sgt offended dgn seseorang yg telah mengomen kat fesbuk pasal menatang kat atas tuh.  Apa motif dia aku tak tau. May be just nak bgtau yg laki dia pun ada beli gak?..do no. Yg pasti aku rasa tersinggung sesgt.  For me, if we dont know anything about anything please dont said it out. Buat malu sendiri jer kan!.

As for me, seblum aku membeli menatang tuh puas dah mensurvey internet. Puas dah dok belek dan banding antara dia dan Ciknon sapa lebih bagus sapa lebih hebat.  Disegi features mmg sama sahaja. Di segi harga ciknon maybe murah sedikit. Tapi berdasarkan maklumat2 yg aku kompol2 dan baca Cikon pnye brand bole suit dgn apa2 jer lense cap ayam..incase lah kan nanti nak tambah lense ke speed light ker.  Manakala Ciknon pulak kena beli original barang dari dorang utk fits kan. Taktau betul ke idak tapi itulah maklumat yg aku baca dan dapat.

So aku spend lebih sikit di segi harga untuk menepati apa yg aku nak.  Alang2 nak beli org kata, beli yg kita rasa bagus.  Bukan mcm org tu citer laki dia beli bla bla bla..bila tanya balik haram tak tau pe bende. Apa barang kan.. Ni set org yg suka menyampuk. Tapi bila org dok citer pasal la senza bole pulak dia kata lasenza tu brand belacan..Tak ke sengal tu kan ??  So, kalau kita nak said out pasal sumthing make sure kita tau apa yg kita cakapkan. Jgn jadik tong kosong ok!.

Lagipun, masa aku tag gambar kamera tu pun kat my closed friends yg mmg tau aku sgt gila2 kan menatang tuh.  Pe hal ttba nak menyampuk into the conversation and make yourself so stupid??.  So, jgnlah marah kalau org kata ko gitu. Sbb ko sendiri yg carik pasal serlahkan kebodohan ko itewww kan?..well, forget about org yg suka jaga tepi kain org tpi tak paham apa yg org citer.....

So, malam tadi aku tidor sgt lena ok!.  Maklum segala yg aku cita2 kan selama ni dah tercapai.  Pnye lah lama. Aku rasa sejak 2007 aku berangan2 beli mende tu.  Selama ni takat mampu beli compact jer kan.  Yg ada skg ni pun brand cikon gak. So i kind of puashati to continue the legacy dalam hidup aku to get cikon jugak. Cumanya, ada org sudah berkira2 mau mewarisi itu compact cikon gitew. Siap awal2 bgtau next monday nak bawak pi school for Hari Guru..hmm, layan kak oi. Jgn ko rosakkan sudah ler.  Mmg ada intention nak antar for service pun compact tu. Button on off mcm dah tak berapa grip. Gambar pun dah mula blur2.  Battery pun mmg nak kena campak ke laut..tau2 jer plan nak beli yg baru sikit...dia mula buat hal pulak. Kalau compact tu leh ada takat 8Megapixel jer..yg ni berganda dari tu..mmg puashati.

Lagi satu yg buat aku tido lena ialah perihal air cooler smlm. Akhirnya kul 9pm kot mamat tu antar mende tu kat umah.  Dia antar naek keta sendiri gamaknya.  Aku ckp kat SP mesti dia takut sbb aku dah  hamun semlm. Klau lah dia x antar malam tadi mmg ada ler kena amuk ari ni. Syukur dh sampai. Kami dapat tidor dgn lena dan selesa malam tadi.  Angin sejuk jer....best!.

Jadiknya, aku dah charge battery camera baru aku tuh. Tapi since advanced sesgt menatang tuh, harus study dulu camne nak amik gambar nak adjust the light dan bagai2 kan.  Terpaksa ler menstudy manual tu dulu sebelum testing shoot mana2 yg patut kan. Mlm tadi aku ada try shoot gambo bdak dua org tuh..pperrgggh!!!,  i tell u..what a nice and sharp picture..Marbelesss gitu....

So, aku dah dapat apa yg aku idam2kan selama ni...korang dah???

May 10, 2011

Cerita perihal perkhidmatan Pelanggan lagi

Baru ni aku pi satu kedai yg mmg GAH dan terkenal dgn barang2 eletriknya.   So dalam nak survey2 tu entah camne aku 'terbeli' (tak sengaja K, terbeli gitu) air cooler.  Almaklum coce2 panas2 gini kan, nak beli aircond karang, berlonggok2 anak2 menempel kat lam  bilik.  Ada tak de beli air cooler jer. Ala2 kipas tapi isi air so angin and udara sejuk gitu.  Rega tak ler mahal mana dalam 3 ratus lebih jer.  Masa aku nak tu takde stok, so kena la order and have to tunggu few days sebelum dapat stok. Mode konon pakai air cooler letrik lagi murah dari pakai aircond. Haruslah kan. Aircond kalau ada mau di on dek bebudak 24/7.

Benda tu kan kecik jer. Bole sgt ler masuk dalam avanza tuh.  Tapi since so called "COMPANY POLICY" katanya, suma barang yg diorder tuh harus di delivery.  Charges delivery tuh bukan murah dek non..RM59. Lau isi petrol kat avanza aku tu..setakuk lagi leh dapat penuh tank ok?.  Since dah tak kasik ngambik sendiri kan..relakan jer lah.

Jiwa meronta dok menunggu2 bile ler nak ngator menatang tuh. Almaklum dah dua malam kami  tiga beranak bertiduran kat hall dek kerana kepanasan terlampau gitu so mmg x sabar ler nak dapat aircooler nih.  Semlam dorang pnye HQ kedai letrik tu kol aku kata nk buat penghantaran esok (which hari ni lah). Aku siap2 ingatkan dia. Pagi kalau nak antar seblum kul 11. Sbb kakak ada kat umah dan lepas kul 12 dia pi sekolah. Petang pulak kalau nak antar lepas kul 7mlm.  Konfiden jer si customer service ni kata. OK ,no problem. Nanti saya sms puan no hp lorry penghantar tu so akak leh nego. Aku ckp kat dia make sure dia tau timing2 tu sbb aku ni laki bini bekerja kan.

Sedang aku santai2 baca Metro, lepas makan nasik goreng hampeh tak seberapa, HP aku ring.  Aku nampak no 016. Tpi mmg pelek sbb takde dalam address book aku no tu. Lau no x kenal ni aku salu jer cuak nak angkat. Bkan apa, buatnya yg kol tu nak jual insuran, jual package percutian..tak kosser den nak layan taw.

So bila aku angkat, org tu tanya nama aku...tanya ada umah tak?..(pe pnye soklan, dah ler tak kenalkan diri aku ingat jantan mana plak ni?)..kata nak antar barang.  OOh..baru ler aku teringat.  Aku kata ler...smlm udah aku kaborkan kat off korang jadual aku ada kat umah kan??..bole pulak drebar tu kata skg ni dia kat Sg Buloh dan nak ke Rawang so bole ngantor barang aku tu sekali, pe jadah?? suka2 ati nk datang ikut suka masa dia kan?. sapa customer skg. Aku pun sound dia, ni waktu keje le, mana ada org kat umah. Ko antar lah lepas kul 7pm.  Bole pulak dia jwp petang dia tak senang!!.  Wah wah...suka ati jer.  Aku kata kalau nak antar mmg seblum kul 11 am atau pun lepas kul 7pm..aku ni bekerja, bukan ngangkang jer kat umah ye . Yg buat aku panas hati, bole pulak dia kata dia antar kat kedai dorang kat Rawang tu pastu aku kutip sendiri..bole??? pe ke jadahnya. Aku pun mula lah bersyarah ala2 ustazah Robiah.  Hey, korang charge aku RM59 for delivery, if korang nak suh aku kutip sendiri bole jer..tpi pulangkan balik duit delivery tuh!!. Dgr sore aku dah naek beberapa harkat, mamat tu bole plak kata itu dia taktau..kena ckp dgn kedai.  Well, well...ahkak pun naek angin lah..Owhh pandai korang kelentong. Masa aku nak beli dan kata nak amik sendiri korang kata x bole. Skg ni korang nak buat shortcut pastu nak leburkan suka2 jer RM59 aku tuh??..dgr aku dah naek angin mamat tu cam slow talk dgn aku..Tak bole kak..nego antara customer dgn drebar jer..kalau akak ok saya bole jer antar kat kedai. Kalau tak kena tunggu akak ada kat umah lah.  Tanya aku bila ada umah..aku kata sabtu ahad aku ada umah..tapi aku nak barang tu cepat..ko kena pikir camne nak antar barang tu kat umah aku hari ni gak. 

Bole dia bgi alasan tak pegi dah area situ..lepas kul 3.  Wah, ada aku kesah???. Aku ni customer, pulak tu aku ni byar ko pnye services tu..pe ke hal aku nak nego dgn ko pulak pasal delivery.  Aku kata gini..ptg ni kalau ko x antar barang tu..aku amuk kat kedai ko. Aku x kira, by hook or by crook ko kena antor jugak. Yg pasti lepas pukul 7.

Dia mcm cuak gitu. Sore cam gigil2 kena sergah dek bini tarzan nih.. aku..haaa, ambek kau.. Aku dah ler tgh angin puspus nih, Ko nak tambah pulak kepanasan hati aku ye. Dah 2 mlm aku ni panas jer nak tido malam. Ko jgn bikin panas. Karang aku mengamuk bawak parang kat kedai baru ko tau..

Aku nak tunggu dah lihat jer. Klau sampai 8mlm dia tak datang antar..siap ko. Aku akan buat amukan talipon kat kedai ko..kalu ko berani buat lah...sambil asah pala parang..kekeke.

Sesekali, mmg kena amuk gitu tau. Biasa dorang nih.  Kita ni nak tolong bangsa sendiri pnye ekonomi..tapi kalau services cam suwei ni pe ke hal ye dak?..Baek buang jer policy korang tu..abih citer, customer tak marah..hati pun x panas gitu.............

May 9, 2011

Perkhidmatan Pelanggan

Kami satu kuarga mmg suka makan. Enjoy sgt makanan very2 much.  Setiap kali nak balik kg ke..berjalan ke mana2 ke mmg dah jadik tabiat nak singgah makan di mana2.  Sbb perjlanan jauh jarang2 sekali buat..bila ada peluang kami sengaja amik kesempatan untuk mencuba makanan di mana2 gerai, restoran di perjlanan kami tu.

Kadang2, makanan kureng sedap takpe. Janji perkhidmatan pelanggan or customer service marbeles.  Tu tandanya customer service tu kadang2 dapat menyembunyikan kekurangan sedap sesuatu makanan tu..setuju??.

Alkisahnya, masa kami nak balik ke Sg Besar pada Jumaat malam minggu lepas kami bercadang nak singgah kat mana2 masa on the way tu. Maklumlah, aku ni kalau dah tau nak pergi meninggalkan umah tak kuasa nak masak bagai. Karang mana memikir nak bersihkan dapur, pinggan mangkuk mana pulak nak pikir pasal lebihan2 makanan tu kalau ada kan?. Jadi jumaat tu dari  bekfes sampai lunch mmg makan kat kedai jek.

Lepas solat maghrib, bungkus kaen baju sekolah anak2 terus campak dalam keta. Maklumlah depa suma sek petang. Balik umah dah kul 7mlm. Rushing soh dorang mandi bagai, tak kuasa gak nak menyental baju2 tu..basuh kasut suma. So, aku dah bagi arahan kat kakak tu bungkus all the kasut sekolah satu pelastik bag and all the baju sekolah satu pelastik lain.  Mmg kena basuh kat kg, kat umah mak ler jawapnya.

Sepanjang perjalanan tu mmg tercari2 gak gerai2 tepi jalan yg belum di singgahi dan di terai2 kan. Hampir suma yg jadik tumpuan org ramai kami dah cuba. So kali ni nak coba kedai yg laen pulak. Pendek kata sepanjang jalan dari Rawang ke Sg Besar 65% kami dah terai dan makan kat sana.  Ada yg sedap ada yg tak.  Cumanya takkan pegi tmpat yg sama for another time kecuali kalau betul2 sedap dan meletup mcm Restoran Azura, restoran kegemaran kami sekeluarga tu..

End up kami singgah kat sebuah gerai bernama Kak Yah Tomyam. Nampak ramai org kat situ. Pda firasat aku dan SP mesti sedap tuh kan??. Masa dah amik tmpat masing2 kat gerai tu datang ler sorang awek ni nak ngambik order.  So aku tnya,

Aku          :  Dik, ada menu tak bole kasik tgk??
Adik         :  Menu takdok kak? (dgn pkat kelantan pnye loghat k)..ahkak nak make gapo?? suma adork!..(ceh konfiden jer)
Aku          :  Okeh, bagi nasik putih 4.. kerabu mangga..belum sempat aku sambung dia potong..
Adik         :  Kabu mangga takdork kok!...
Aku          : eh, tadi kata suma ada?? (my tone dah naek few harkat tu..) tu sbb saya mintak menu..nk tau u all served apa?
Adik         : menu takdork kok, akok nok ada sup2 sumo..tomye..kabu sutung..kabu udang..
Aku          : Ok,...(sbb dia dah lemah lembut gitu..maklum mek kelate kan)..aku pun lembut gak hati..x jadi marah...

So aku order, kembung 3 rasa, sup tulang, kerabu sotong...sayur campur...termasuk air2 sekali....Servis mmg bagus dan tip top sbb cepat jer suma dapat. Rasa masakan pun so so boleh lah. Cuma sup tulang tu..hmm mmg betul2 tulang ok..bole baling anjing lagi..takde daging pun. Harap sup jer..sib baek sedap..

See, sbb service bagus, pantas dan cepat..tak berapa sedap pun jadik sedap. Bila dapat bill bayar RM30hengget lebih pun ati tak sakit..sbb apa??? sbb layanan tu..sbb customer services tu.....

Tempat makan kedua pulak kami singgah masa on the way balik Rawang. Petang semlm.  Ingat kot nak singgah di Warung Ibu kat atas sikit dari Tg Karang tu..tapi tutup lah pulak. So 2nd kedai yg konon nak pi ialah Kedai Soto Pasir Penambang kat Kole selangor. Malangnya tutup gak.  Jadik kami terus jer jalan sampai kat pekan lama Kselangor.  Aku ni sajer jer ajak pi Restoran Ani sup Utara. Sbbnya mmg kat mana2 jer dorang pnye makanan should be standard.  Sambal belacan yg mabeles dihidang bersama nasik putih, telur asin dan aneka pilihan sup. Nak pi tmpat tu kami kena ler buat U turn. Tpi dek teruja nak menerai tu mmg kami sanggup.



Kalau lihat decorating mmg tip top..superb..ala2 kopitiam pnye tuh. TAPI..servis dah ler lembap giler tahap siput sedut, pulak tu restoran tu penuh dgn lalat dan langau. Byk giler2.  Nak tunggu org dtang amik order dah lembap. Pastu tunggu order Ya Allah ya Tuhan..lambat giler.  Org yg sedia makan kat meja depan tu sampai sudah abis sup dorang air baru ler terhegeh2 nak antar.. Lama sungguh.

Jadik bila bdak tu datang amik order, aku pun mengorder nasi sup set 2, kakak order bihun sup utara dan SP order SOTO.  Perasan tak pak Aji kat belakang tu. Group dia datang lambat lagi dari kami. Tapi masa order dorang sampai dulu, aku mula dah hilang sabar. Mana tak..dari kul 6 setengah tunggu sampai kul 7 tak sesampai. Pulak tu org baru dtg bole dapat dulu boleeh???.. mana ada jlan.  Elok jer aku nak panggil bdak tu, order kami pun sampai.  Mcm biasalah kalau makan sup takde sambal kicap mana kick kan. So, kakak pi ler amik  bekas sambal kicap kat main table sebelah cashier tuh...dan2 je dia amik sambal kicap tu mulut potpet bercakap terus ceduk satu sudu campur kat bihun sup dia..Sbb byk lalat gaknya, SP tu cam cuak jer..so dia jenguk kat dalam balang sambal kicap tuh..U olls, ada U.L.A.T ok!!!.  telur lalat and langau yg dah jadik ulat tau kat dalam tu..pe lagi..Sib baek kakak baru mesra2 kan jer bihun tuh....SP panggil bdak waiter tu..tunjuk kat dia.. and at the same time mintak tukar bihun sup lain..What the hack kan??..tmpat cantek dan gah..tapi lalat berterbangan. Pastu meja tak berkemas dgn  pinggan cawan bersepah2. Sdgkan aku nampak tokeh dia lepaks2 jer kat situ dan pekerja2 lalu lalang mundar mandir. tak reti2 ke kemas??..

Masa makan pun harus halau lalat ok. Byk gitu.  Dahler lembap nak antar order lalat banyak, tmpat yg selesa, cantik dan hebat mcm tu pun dah hampeh tau!!.  Rasa sup yg biasa sedap pun langsung dah tak sedap. Apa  barang kan???.  Owner tu melayu..kenapa dorang tak pikir nak buat fogging ker?..amik inisiatif utk bagi lalat dan langau tu suma pegi. Sbb ramai org datang ke kdai tu..cuma masing2 cam tak puashati sbb servis lembap sgt termasuk ler aku dan family.

Dah sudah abis tu, Amal mcm biasa tabiat kalau pi makan nak pi jamban. Aku temankan dia ke tandas. Sempat jenguk2 kat dapur.  Ramai tu pekerja kat dalam tu..bersih pun dapur. Tapi nape kat depan mcm haper??..tak paham la den!!

Dah sudah abis makan,  kami cepat2 blah. Aku pi settlekan bill. Believed me RM39 rasa mahal giler sbb servis yg hampeh dah suasana yg macam makan kat tepi tmpat pembuangan sampah gitu!!.

Dalam meneruskan perjalanan tak abis2 kami mengomen dan black mark Restoran tu . Means tak kan kasi chance. Jgn hrap kami nak singgah lagi OK!.  Lebih baek singgah jer gerai tepi jalan mcm Kak Yan tomyam tu. Sekor lalat pun takde...servis tip top.. makanan tak berapa sedap pun jadik sedap.. Tak ralat nak bayar the same amount kan???.

Tak pe, we learn our lesson..there will be no more next time ye to that kind of Restoran with so hampeeeeh customer servis...

May 8, 2011

Akhirnya Dapat jugak !!

Hari Jumaat 6hb tu aku coti.  Sengaja jer. Lagipun sambutan besday amal harus dibuat hari jemaat. Buat kat sekolah ugama sbb senang dan muridnya tak berapa ramai dari sek kebangsaan. Ada dalam 20 lebih org berbanding 40 lebih org kat sek keb.  Mau kena order kek 3-4 kgs baru cukup gitew kan.

So pagi jumaat tu aku antar kek, goodies bag kat sek agama dia.Aku tunggu kejap snap bberapa keping pictures. Tpi maklumlah bdak2 darjah satu gitu kan..bila nampak aku masuk bawak kek dan goodies dorang terus berkerumun. Sampai susah nak amik gambar gitu....

Hati masih agak panas kat Jumaat tu. Sbb takde tanda2 pun duit kutu tu akan dapat. So back up plan was korek duit simpanan kat tabung ler pe lagi. Hari khamis masa lunch tu aku kuar kejap kuarkan sedikit duit dan beli apa2 yg patut for the besday.

Coce hari Jumaat tu pulak panas membara.   Aku cuma dok dalam umah. Mengemas dapur tu. Maklumlah sejak dapur tu dah 70% siap belum sempat nak kemas pun.  Tingkap dapur pun belum ada. SP cuma tutup dgn plywood jer. Maklumlah dapur buat sendiri. Idakler rushing nak abiskan. Cuma tunggu sabtu ahad dan cuti nak buatnya kan?. Yg pasti dah bole guna untuk memasak dgn selesa pun dapur tu. Forget about the tingkap lah kan. Sok2 kalau ada budget baru ler buat. No hurry sbb sendiri bikin gitu.

Aku tgk2 gak kat FB melalui HP masa tu. Masih lagi berharap dapat lah duit tu seblum balik kg lepas maghrib. Maklum lah, dah balik kg kan..memcam nak beli memacam nak belanja for mak..for dorang tu.  Sekejap2 sambil2 mengemas. Akhirnya dekat pukul 10 lebih baru dapat msj dia dah masukkan duit tu. tu pun 1k jer. The balance 6ratus tu katanya lambat sikit..by lunch katanya.

Aku pun ajak SP kuar, pi bank kuarkan duit dan bayar CC AMbank serta bayar apa yg patut.  Barulah lega hati aku lepas suma tu dah berbayar.  Dan still ada balance bberapa ratus. Cukup untuk balik kg.

Yg pasti, lepas ni aku sedang memkirkan sama ada nak meneruskan kegiatan berkutu2 ni. Sbb ada 2 bulan lagi seblum abis at end of June. Maybe kalau aku nk main pun aku akan request utk dapat2 turn awal2 tu.  Tak berasa sakit hati kan??.   Bak kata org, manusia mmg salu lupa. Bila turn dorang dapat happy2 jer.. tp bila turn kami...suma pun sengaja melewa2..gitulah adanya....

May 7, 2011

Happy Birthday my hero!!

Hari ni 7hb Mei genap umur hero aka lelaki melayu terakhir kecik yg kami beri nama Muhammad Ekhmal Hakeemy atau lebi h manja dia bahasakan diri nya AMAL..kami pun panggil dia begitu .  Betapa 7 tahun lepas masih teringat2 akan bosannya dok kat wad sepital selayang menanti saat ceasarian.  Benarnya aku pilih 1hb May sama dgn besday aku. Tapi malangnya Dr kata..sori hari buruh takde doktor keje kecuali kecemasan. Hahaha. 

Yg best ceaserian section ni, dr akan bagi kita kalender suh pilih bila hb ko nak kena operate.  Biasanya cukup between 38-40weeks.  In my case since suma 3 pun ceaser gitu kan 2 org kakak si hero tu mmg kami pilih pagi jumaat.  So sama lah dgn hero gak. Pagi jumaat yg hening dia lahir ke dunia.  Masa scanned tu dh 4x dr kata pempuan so aku pun x mo amik port sgt. Aku terima ajer janji cukup sifat dan sihat kan.  Sbb tu masa operate tu bila nurse tunjuk kat aku baby tu first sight aku tgk tang burung dia tu aku rasa cam nak menjerit ..melompat kegembiraan gitu.  Mana taknya, lepas tu aku tak bole lagi mengandung atas faktor risiko. Dah 3x ceaser sekali miscarriage mmg sgt tinggi risiko dr kata.  Since SP aku ok jer..dia yg merelakan aku follow jer.  Karang kalau ada apa2 masalah berbangkit dia yg bertanggung jwb. Masa tu aku fikir kalau kali ni perempuan gak..Pasrah jer lah kalau2 tu jadik alasan nak cari port lain aka bini lain.  Apa nk buat kan.  Tapi Allah tu  maha kaya. Doa aku tak putus2 tu dimakbulkan. 2 minggu berkampung kat sepital, berpuluh Novel2 cinta aku abis baca..Alhamdulillah Solat aku sentiasa terjaga.  Sbb malas ke surau aku solat jer seblah katil tu..Pe ada hal kan. Tarik jer curtain tu.

Lpas selamat bersalin pun aku kena tinggal bberapa hari lagi kat sepital. Maklumlah kena jaga lagi. Tpi mmg dugaan kan, luka tu tak kering kena jangkitan plak..so berulang alik ke sepital jer buat dressing. Sib baek masa tu ada bibik so aku betul2 jaga diri aku jer. Baby suma kat bibik.



Masa dia kecik mmg sgt lah kiut lagi tembam. Suma org berebut2 nak pegang dia. Klau balik kg tu aku senang hati goyang kaki sbb suma anak2 sedara berebut2 nak dukung. Nak jaga. Dia pulak jenis belasah jer. Tak takut org so senang nak bawak.  Masa dia kecik, byk masa dia dgn bibik. Masa tu keje aku memerlukan aku keluar daerah sebulan sekurang2nya sekali. Jadik selalu aku berpergian. Bila aku takde dia akan tido dgn ayahnya. Tak pernah tido dgn bibik pun.

Dia mmg cepat serba serbi. Cepat cakap. Cepat jalan..sumanya cepat.  Compared dia dgn delin mmg dia lagi advance.  Delin yg lambat bercakap tu jadik bercakap bila amal stat potpetpet masa umor 4 tahun.  Masa tu bibik selalu bawak dorang dua dok dlam satu stroller.  Delin yg ber saiz kecik tu selalu org sangka depa ni kembar.  Ye lah dah ler jarak umor 1.5thn jer pastu saiz badan lebih kurang.  Baju pun sama size. Masa dorang kecik aku pulak suka beli baju sama. Pakai kan dorang dua sama tshirt..sama seluar. Sbb tu gaknya org ingat depa kembar.

Semakin membesarnya dia jadik sorang budak yg bijak dan keletah. Bijak bercakap biijak jugak autanya.  Masa dia dah masuk tadika pada umor 4thn, bibik dah takde. So aku terpaksa handle dorang sorang2. Dibantu gak SP. Niat tu mmg nak carik maid lain tp malas. Sbb dah serik sgt nak layan karenah minah2 indon ni.  Jadik kami decided letak kat tadika dan petang kat nuseri. Dari umor dia 4 thn sampai la skg ni. Org yg jaga tu jugak adalah owner the tadika so senang sikit aku nak ulang laik sbb sepelaung jer dari umah.

Mgkin sbb kami dok panggil2 nama dia ekhmal..maksud yg sempurna, he turned to be a very cerewet boy. Very the fussy giler and sometimes mmg mengada2. Maklumlah yg bongsu kan.  Tido pun masih nak share dalam same room biarpun terpaksa tido kat bawah. Yg penting memalam nak kencing or bangun harus panggil MAMA  dulu.

Senangnya amal ni, umor 4 thn dia langsung x pakai pampers pun. Masa mlam kalau dia rasa nak kencing dia akan bangun dan pi bilik air sendiri.  Tak pernah pun terkencing kat tilam ke apa. Paling tak dia akan kejut aku suh tgk dia masuk bilik air.  Susu mmg maha kuat minum dia ni. Sampai la ni bangun tido nak susu..nak tido pun nak susu. Kdg2 ayahnya salu jer marah sbb time2 nak susu tu mengada2 terlebih amats gitu.  La ni pun susah dah nak tunggu dia peluk sambil2 cium pipi. Kadang2 terpaksa paksa...kadang2 aku suka tanya soklan..sayang mama tak??..bila dia jawp sayang..aku tanya lagi..banyak mana?? dia akan cakap seluas langit dan bumi..seluas air laut yg membiru..oowwh...tersentuh tau aku dgr..dan aku suka dgr bila dia bagi  jawapan ayat ala2 org tua gitu. Sbb gaya bercakap dia mmg sungguh menggelikan hati sometimes..terutama bila dia membebel2 pada kakak2 nya exactly cam ne aku bebel2 dorang...well, mana tumpah kuah kan?..afterall aku dgn dia sama berbintang TAURUS gitu....dan dia adalah hadiah hari ibu yg paling berharga dalam hidupku..dalam hidup kami..


Jadik..hari ni genap udah umurnya 7 thn. Dah sekolah pun....walaupun kadang2 peel dia bikin mama salu jer sakit kepala..dia tetap satu2nya anak lelaki mama yg telah berjanji nak jaga mama sampai akhir hayat yg berjanji nak bagi mama seribu or dua ribu sebulan..dasar mata duitan mak dia kan..demand sungguh,.  Mama sentiasa doakan dia akan sihat, bijak, cerdik dan jadi anak yg soleh yg sentiasa mendoakan mama dan ayah. Dan menjadi harapan keluarga untuk melindungi dua lagi kakaknya tu..

Selamat hari lahir sayang.....Semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu dunia dan akhirat..Insya Allah..Mama sgt sayang kamu...seluas bumi dan langit..seluas lautan nan membiru..yg tiada tolok bandingnya kasih mama pada kamu di dunia ini.  Kamu lah pewaris generasi kami..........semoga Allah sentiasa melindungimu dan dikurniakan kebahagiaan..dunia dan akhirat..Insya Allah..