May 29, 2012

Miaahahaha...

Somehow, mmg gerak hati aku berkata2 dah masa pi interbiu kat company cap ayam tu. Mcm dorang mesti panggil for 2nd interview..miaahaa..betul sungguh firasat ku. Benar belaka yeaaah.

Hari ni, hari selasa. Means seminggu lepas aku interbiu ari tu dia kol lagi.  Aku dh tau dah mesti nak suruh datang for 2nd interbiu pnye.  First ring aku jeling kat HP nampak no itew..aku sengaja biar dia ring..

2nd time dia kol lagi. After half an hour.  Kesian kan, aku angkat lah. Tapi sbb meenachi ada kat seblah kan, terpksa aku berlari jauh bawak hp tu seblum dapat angkat.

Suara kat phone amoi tua tu mmg polite giler seh. So aku dgr dulu apa dia nak ckp.  Memula dia kata hari  khamis ni free tak? nak kena datang for 2nd interbiu with her boss. Kaf lam ya nga tu lah kan.  So aku biarkan dia abieskan ayat dia dulu..pastu aku jawap...sorry ms x, sebenarnya aku dah terima offer dari company lain, mean aku dah dapat  keje lain (sebenarnya takde pung!!!).  Oh !! dia kata.  And repeat jwapan aku tadi. Mean u have accepted an offer from another company???.. Yes, i am. Polite jer aku jwap..amik kau,

Oh, in that case ok. Thank you. Terus hang up. Aku nak gelak kuat2 tapi kontrol; sbb aku nyorok kat lorong file belakang. Karang org tau pulak aku bergumbira kat situ kan.

Yg benarnya, hati aku sgt puas!!. Mesti bos dia suruh panggil aku dtg jumpe dia. Maklum la, resume aku yg outstanding kelas tu. Lagpun mesti amoi tua tu dah cerita betapa  bagus  nya aku layan dia bersembang..aah, pelis lah....tak sanggup den. Membayangkan keje kat situ.  Dari pada menanggung siksa dan sakit hati segala biarlah aku disini dulu...haiya, tak kuasa nak keje situ u olls.

Aku baru jer forward resume aku kat one of xofficemate aku. Skg dia keje kat one of big oil n gas company.  So, aku cuma menaruh harapan kalau dapat kat situ baguss aaah. Offer??  60% of salary skg..if dapat indahnya dunia. Till that time, biarlah kat sini dulu. Better ye dak.

Tu jela nak update korang...pendek kata, dgn org2 cenggitu bagus kita buat cenggini ..ye dak?. Supaya dia tau, yg company lain kat luar tu 25x lagi bagus dari company dia tu..pasan ..kan???

May 25, 2012

Tak Professional langsung

Benarnya, aku mmg tak berapa sihat jer minggu ni.  Bermula dari Sabtu lepas tekak aku perit dan sakit jer. Pulak tu petang sabtu tu ada janjian dgn akak2 ku untuk jumpa kat umah kakak no2 kat Rantau Panjang Kelang.  Tghari dah rasa semacam. tekak sakit jer.

Bila sampai umah akak, nah kau dia siap buat nasik briyani. Ayam masak merah. Paling best, sbb dia tau adik yg sorang ni tak suka nasik berwarna, dia masak nasik putih, patin lemak tempoyak, sambal petai...perggh!!!...I tell u berasap giler makan. Masing2 tersandar kekenyangan.  Seblum gerak balik malam tu anak2 aku  bole lagi layan seround nasik beriyani u olls.  Kakak aku tu kan berniaga, so mmg dia masak sedap2 sgt..

Hari Ahad tu mmg aku dah rasa demam. So telan PCM pastu layan tido.  Isnin masih larat lagi pi keje.  Dan selasa tu benarnya aku ada interview. Adalah company yg post jawatan kosong kat jobstreet tu panggil interview.  Dah masa tu tak sehat, pagi aku pi amik MC kat klinik lepas lunch aku pi interview tu. Dalam kul 2.

Website company wah canggih , gah u olls, i can tell. Tapi bila dah ada kat situ..hmm endah kabar dari rupa.  Yg interbiew aku ialah dua org caya nun alip.  Satu pempuan muda. Satu pempuan tua. Yg muda tu ok lah, so so. Yg tua tu aku tak tahan.

Ofkos la interview dalam english kan ( beria aku praktis u olls, ingtkot mat salleh ke interview kan).  Memacam dia tanya. Mula2 ok jer. Pastu mula pempuan tua tu melalut meraban ntah ke mana. Ntah apa citer dia dok mengaruk.  Pastu tnya resume aku tu copy and paste ker?..HELLLOOOOOOOO, jng pandang sebelah mata hokay. Ko ingat mentang aku melayu aku tak bole produce resume heybad gitu?  Sah sah aku speaking english kan. Siap bukak sijil2 aku u olls. Tekejut beruk tgk SPM aku ..english dapat berapa..mmg aku tak ada kelulusan tinggi 6 tingkat okay, tpi bukan bermakan i bodoh. tak tau cakap fasih english. Heloooo, wa keje sama mat salleh dah berbelas tahun...

Dah la gitu, dia kata gaji yg aku mintak tu tinggi sangat. Taraf manager kat company dorang. Sengals!! aku dah stated berapa expected salary kat jobstreet tu, kalau korang x leh nak bagi buat hapa panggil aku interview??. buang masa jer tau.

Citer pasal company dia lah...bla bla. Benefitnya ialah..4ratus setahun for medical...Tuk staf je u olls, anak laki suma tak leh!. Pastu no dental, no optical. Bonus sebulan + performance bonus. Pastu kata ada family day company trip lah..bla bla bla.

Tanya aku napa aku nak carik keje lain..Lah, ofkos lah look for better offer and post kan. Sbb post dorang offer tu Admin Exc. So aku expect bole la demand skit2 lebih. Mana tau??.  Bila dia tnya apa benefit apa aku dapat..sbb dia kata gaji aku kat company skg ni dah tinggi. Bila aku kata 3k for medical setahun..anak bini, laki suma leh belasah.  1k utk dental..hentamlah nak wat gigi pelesu ke..kan scalling ka. dan 1k tuk optical ..hantam lah berapa byk spek mau bikin.  Wah, ternganga u olls cina tua tu. Cina yg muda tu kata..wah  bestnya.....

Maksudnya aku dah salah tempat la u olls.  Kalau dorang wiling bagi aku gaji 2x ganda ke kan baru la aku fikir nak keje kat situ..Letak 5k pun kata mahal sgt,..nak nego lagi..dgn benefit gitu? kim salamlah.

Bila dah dgr gitu ofkos la aku nak angkat bontot jer pi. Tpi minah tua tu menceceh2. Tnya laki keje kat mana. Bila aku ckp kat bank tuuuut, dia bole kata..eh lenkali if u keje sini i can asked him to tolong bayar my credit card..APa barang????

Byk lagi la dia menceceh..sampai aku tak terlayan. Belum pasal dia kata aku dok jauh lah, merempit bahaya lah...nanti eksiden bla bla..mcm la dia naek keta tak eksiden? tak mati gitu??

Lagi satu yg bikin panas hati ialah..dia tanya aku solat 5x sehari tak..Aku jwp ofkos..aku kan devoted Muslim aku kata. Pastu yg tua tu kata..dia tak paham kenapa hari jumaat muslim lelaki kena break lama. Pastu kena pi solat jumaat. Management tak suka katanya break lama sangat..ada ke dia kata..kenapa tak leh buat ari lain?? ujung minggu bagai?..wah hati mak dah panas masa ni uols.  Aku jwp la, dalam Al Quran dah sebut solat hari jumaat, hari jumaat lah. Mana bole suka2 tukar?.  Cam korang pi church la (aku tau dia christian sbb dia mentioned) hari ahad. Leh ke pi hari lain?..maklum hati dah panas kan. Rupanya u olls lunch break dia 1/2jam jer. Management cater food (halal katanya) uk staff makan..supaya tak break lama2..tapi dia ada kata, ofkos la kadang bila kita sembang leh  lebh2 ( i can tell haaha)..so its give and take..kepala hotak dia??.  Aku benarnya tak sabar nak blah dari situ. Tpi sbb respek kan, aku diam jer. Dah interbiu jadi 1 jam lebih sbb dia menceceh..melalut cam org giler.

Dia tnya aku kalau nak panggil second interbiu berapa hari nak advance..aku kata lah 2-3 hari..benarnya, kalau dia panggil aku lagi sekali...malas. Katanya ada 2 org engineer melayu kat situ..gamaknya tak pernah berpeluang gi solat jemaat kot dorang tu?.

Dia cerita lagi yg company dia tu jarang org berenti. Suma masuk keje lama ..kalau tak salah aku , terdengar dia kata notis 4 bulan ker..(padanlah?)...

Natijahnya, aku kena carik oil n gas industry jugak. Tak bole blah la nak keje company cekkai cap kaki ayam...nak nak lagi Regional GM dia kaflamya nga...(siap kata tu, hes a very nice in....not like those type??) apatah maksud dia aku tatau..kalau dah kel...sampai mati tatap kel jugak uols.

Setakat nak tau market dan tau company tu camne. Sbb org dah panggil datang, aku datang for interview. Tapi kalau di beri pilihan biarlah aku keje kat sini dari aku join company giler cam tu...

Totally unprofessional langsung!

Wasssalam

May 17, 2012

Lamanya

Pheww...lama sungguh tak update blog.  Bukan saja2. Mmg kebizian sgt melanda lately nih.  Ada masa berlambak2 suma dateline, suma nak kejar. Ada masa berlibur gembira sambil buat keje pelahan2 dan bernyanyi2 gumbira..hamboi...gitu.

I think after many weeks, i can manage my emosi nicely. No more rasa rungutan2 no more rasa benci ataupun menyampah pada kejaan baru ni. All are in good shape i would say. Cuma tu lah, kadang2 fed up bila buat satu kerja tu xleh habis dalam sehari tu dek masalah2 tersangkut.  System yg ada sgt bagus, but how system and org work not so user friendly.

Mmg banyak giler products yg company supply, malangnya tak suma part number tu ada dalam system.  Bila takde, then have to go back manually. Bukak ler segalamala kitab yg ada.  Lebih parah terpaksa duk berjam2 sama mat salleh oz tu to figure out apa part number. Sometimes to figure out apa harga.  Benda2 yg menyangkutkan begini bikin ku panas hati dan stress tau. Sbb keje x leh selesai.

Part of keje lama ku, cam biasa lah. Done on time.  Walaupun byk keje tapi bila team mate mintak tolong akan keje lama, ofkos aku ikhlas membantu.  Nak harap meena ..hmmm, sbok dok layan JLO jer jer suma keje tersangkut.  Sampai one day aku perli dia, ko jaga JLO sorang jer lah. Sales yg lain tu ko tak peduli ye.  Ye la, JLO kan giler kuasa. Since meena tu baru bole la dia gulagulakan ckp memacam. Dgn aku yg super senior ni tak bole. Lagipun meena kan tak tau products apa. Jadik dia buli . Bossy sungguh. Sok kalau jadi bos ntah cam ne la.

One time aku sakit hati sgt. Sbb JLO betul2 kacang lupa kulit. Dah dapat gading bertuah tanduk ni tak berguna lagi..tak pe tak pe..sok sok kalau meena cuti or MC (dahler MC queen tu kan) mesti kat aku juga dia datang mintak tolong..we'll see..we'll see, no hal pnye.

Keje lama aku dah pass kat meena compeletly.  Lega batu jemala aku ni. Tk yah nak risau org nak kejar2 barang..nak kol2 ujung minggu malam buta nak stok.  Now amik ko meena..ko jagalah. Aku pnye part invoicing saja..lain2 i dont want to know.

Tapi biasalah kan, email suma cc kat aku. Aku just read jer la..sometimes action pun kena amik as meena salu lambat nak betindak..selow melow..sebok gebang sana sini kejenya. Kdang2 email tu antar ke dia pun x leh jumpe email tu balik. Tanya kat aku...aku jugak kena fwd kan..kelakar kan.

Tapi thats shows sapa efisien sapa tidak.  As for me, kalau org ask for help aku ikhlas membantu. Lagpun kita kan satu team..tak guna berasa sakit hati dan dengki sesama sendiri. Fair enuff..skg hati aku rasa tenang dan tenteram..rileks jer.

Meena pun kalau ada apa2 dia datang jer tnya aku. Aku pun dgn ikhlas tunjuk.  Apa nak dengki2 kan?.  Aku tunjuk apa yg aku tau.  Lebih2 tu dia sendiri kena usaha.  La ni aku dapt kawan perempuan baru kat office. Dia drafter kat dept lain.  Tapi aku suka sbb ada kwn nk lunch sometimes. Ada kwan nak solat pun. Yg pengting hati aku gembira jer keja skg ni..

TAPI, itu tidak menghalang aku dari terus menerus untuk niat mencari peluang pekerjaan kat tmpat lain. Jobstreet adalah web yg salu aku lawat skg ni.  Byk juga aku antar. Mostly Oil and Gas.  Cuma sometimes tgk resume kena review, 2 , 3 , 4 dan ada sampai 7 kali...tapi tak panggil2...haissh.

Yg ada unsuccessfull pun ya jugak. Berserahjer la pada rezeki. Kalau ada adalah. Kalau takde, dok dendiam. Cuma now aku ada keazaman nak sambung study  balik. Insya Allah next year aku mula. Next year kakak tgkatn 4 so aku bole concentrate study part time..dia  bole tolong2 keje2 umah kan..


Itu je la aku smpat update sementara tunggu 5.45pm SP datang amik..Segalanya2 nampak lancar dan tenang...segalanya mudah insya Allah.

Doa2 kan aku dapat kerja baru yg lebih baik dan lebih byk $$ nya. As aku kerja kuat dan bersungguh2 pada tanggungjwb dan tugas aku dan aku rasa aku berhak nak dapat lebih setimpal dgn usaha2 aku tu.  Till then,...wasalam

May 9, 2012

Tabahlah hati

Kata org times flies.  Kata orang juga, kalau dah lama2 kita kehilangan org yg paling rapat dan kita sayang, as time passed kita pasti leh get over it.  Itu org kata, hakikatnya hanya kita sendiri tau bagaimana rasanya bila kehilangan.

Jujurnya, lepas 7bulan mak dah takde air mata mesti nak mengalir kalau teringat dia. Or kalau rindu dia. Ataupun kalau tengah buat something mcm memasak makanan kegemaran dia, makan somthing yg dia suka. Dan dan tu gak airmata cepat jer.  Mgkin bila dah takde parents kot, perasaan sedih dan hiba tu semakin cepat menyentuh hati. Dan makin cepat buat kita rasa sedih dan nak menangis.

Gitulah jugak aku ni.  Lepas kali terakhir menghadiri pengkebumian arwah mak tu aku x pernah jejak kaki ke kubur dia lagi, walaupun seblum tu sering aku dgn akak kekubur ziarah kubur arwah pak. Byk kali akak ajak pi kubur mak tiap kali balik kampung. Tpi entah kenapa ada jer halangan. Kadang2 keuzuran, kadang2 takde masa sesuai.  Dua minggu lepas, hati ni meronta2 gak nak pi kubur mak.  Perasaan bercampur baur, lutut rasa lemah dan gigil jer nak menjejak kaki buat kesekian kalinya.

After 7 bulan mak tinggalkan kami, aku gagahkan kaki dgn akak nak ziarah.  True enuff, sampai kat gate kubur tu, terasa gigil lutut ku dan kaku. Aku rasa cam tak sanggup sgt. Walaupun hati sangat2 rindukan mak.  Terasa nak berpaling dan balik jer, lebih2 lagi melihat kubur mak dan pak yg semak dek rumput2 yg tumbuh dgn suburnya.

Akak pujuk aku, jom lah. Kita dah sampai kat sini, jom kita masuk. Aku gagahkan kaki.  Keadaan semak samun, rumput yg baru lepas diracun nampaknya. Kami jalan perlahan2 masuk.  Sambil bersih2kan rumput, cabut2 rumput liar kat atas kuburan mak. Kami mula baca yasin. Terpaksa baca dalam keadaan berdiri sbb keadaan rumput yg tinggi sangat tu.  Baru bberapa ayat jer, hati aku mula sebak.  Sedih. Dah tersengkuk2 sambil sedu dan sedan baca dalam kepayahan. Akk aku tgk cool jer. Baca dgn tenang. Takde setitik pun air mata dia. Mgkin sbb dia dah biasa. Sbb dia dah sering ke kubur mak agaknya.

Usai beryasin, kami siram kuburan mak yg kami dah bersihkan. Rumput2 liar yg kami cabut tu sungguh keras, smpai luka jari cuba menarik rumput2 tu suma.  Sampai bersih dan abis rumput tu kami kerjakan.  Sungguh terlupa nak bawak parang ke apa utk bersihkannya.

Sambil cabut2 rumput tu hati merintih dan meluah rasa kerinduan amat sangat pada mak. Betapa ketika ini aku teringat yg setiap kali aku bermasalah dgn pekerjaan dan mencari2 kerjaan lain, pada mak lah aku mengadu. Pada mak aku akan katakan, mak tolong doakan saya dapat kerja lain. Kat tempat lebih baik, gaji lebih baik. Semoga saya gembira dgn pekerjaan baru saya. Saya dah tak bole bersabar lagi. Hati saya sungguh sakit dgn apa yg berlaku skg.  How i wish dapat beritau mak begitu.  Dan mak akan mendoakan yg baik2 untuk saya.  Alhamdulillah, doa mak tak pernah mengecewakan. Sering jer bila aku mengadu dgn mak begitu, tak lama pasti aku dapat pekerjaan baru dgn suasana baru dan sudah tentu lebih lagi ganjarannya.  Dah bberapa kali begitu.  Tapi sekarang, mak dah takde.  Takde lagi doa dari sorang ibu untuk anaknya ini...

Benar, aku berasa sungguh tidak gembira sekarang dgn pekerjaan ku. Entah kenapa, tugasan baru yg lebih mencabar ni semakin hari semakin ku rasa memberi tekanan maha hebat.  Mungkin kerana keadaan org2 disekitar yg buat aku makin hari makin menyampah?. or mungkin juga hati tak mau menerima hakikat yg segala kerja keras aku selama hampir masuk tahun ke 6 di sini langsung tak dihargai?.

Entahlah, aku pun sebenarnya taktau mengapa.  Hati betul2 berat nak menerima tugas dgn ikhlas dan redha. Bukan aku tak mencuba.  Sudah. Hampir 3 minggu sudah. Mmg tugasan selesai, tapi entah kenapa hati ku tak berasa puas. Hati aku x gembira langsung!!.

Persetankan meenachi tu. Aku malas nak memikirkan pasal dia, it just aku x dapat kepuasan langsung nak menggalas tugas baru ni. Mcm seakan sesuatu yg bond or menghalang.  Pendek kata, aku tertekan sbb aku tak gembira...byk sgt sebabnya tak daya aku nak tulis satu persatu.  Yg aku tau, aku dah develop a very good and efficient way to handle my previous work. Everyone notice, everyone aware. Buktinya, sampai skg mereka2 tu masih nak aku buat keje lama dalam diam2. Sbb mereka tak mau berurusan dgn si meenachi yg long winded. Ckp berpanjang lebar, yet...keje tak jalan pun...

Lagi satu insiden buat aku semakin kuat dan tabah ialah ketika officemate aku si botak bercuti seminggu minggu lepas. Sudah jadi kebiasaan aku utk tumpang solat kat bilik botak. Sementelah, dia sendiri beri keizinan kan. Tak pernah sekali dia kunci pintu biliknya wlaupun dia bercuti.

Satu hari minggu lepas, aku masuk bilik tu utk solat zuhur. Aku pasan ada manager cina sekor tu ternampak aku keluar dari bilik botak tu. So aku wat tatau jer la, memikirkan takkan dia tak paham yg aku solat jer kat situ kan.  Mana tau esoknya, si jenab bawak kunci dan mengunci bilik  botak tu..Ya Allah, sedihnya hati aku Allah jer lah yg tahu. Sebab apakah dosa dan salah aku tumpang solat kat situ?? salahke. Sedangkan tuan pnye diri beri keizinan tak ckp apa pun. Atas dasar percaya. Bukan aku masuk bilik tu selongkar apa pun. 5minit jer tuk bersolat salah ker???

Ya Allah, dugaan sungguh.  Selama ni aku bersolat jer kat mana2 cubicle kosong. Tapi skg takde langsung cubicle kosong, sbb suma dah penuh..jadi aku tepaksa cari alternatif lain. Mujur lah lepas tu aku cuti solat..sampai lah botak balik minggu ni.  Syukur lah, aku dah takde masalah sbb botak sendiri mmg tak pernah kisah aku nak solat kat situ. Tapi si jenab kafir vavi tu yg lebih2..Dasar hati kafir kan..mmg jahat sungguh.


Gitulah adanya, hari2 yg ku tempuh di pejabat semakin hari semakin  hebat cabarannya. Aku tau Allah nak menduga aku. Nk menguji. Insya Allah aku sabar, cuma hati ku sakit......Semoga aku diberi kekuatan menempuh segala dugaan mendatang ini..dan juga aku mengharapkan moga2 sbb berlaku ini suma adalah kerana aku nak mendapat yg lebih baik ....insya Allah.




















May 7, 2012

Hero kecil saya...sudah 8 tahun

Alhamdulillah, kalau 8 thn dulu ketika dan saat ini, saya sedang bertarung dia bilik bedah. Masuk OT pukul 10am dan kul 2 lebih baru kuar. Sgt lama. Sangat menyeksakan dan sgt menyakitkan prosesnya. Tpi kesakitan itu berbaloi kerana Allah mengurniakan kami seorang bayi lelaki yg cukup sifat dan sihat walafiat. Mana tak sihat 3.68kg beratnya. Montel sungguh.

Masa scan berkali2 dr kata baby girl. Aku x menaruh harapan dah. Sbb dah ada 2 girls so aku cuma berserah supaya dapat baby yg sihat dan cukup sifat.  Sungguhpun begitu doa tak putus2 semoga Allah mengabulkan doa aku untuk dapat seorang anak lelaki buat penyeri walaupun aku tau 4x scan dr kata ia adalah perempun.

Allah maha kaya dan tahu apa yg tersirat dalam hatiku. Pada masa pembedahan, ketika Dr tunjukkan aku bayi yg baru dikeluarkan dari perut aku tu..aku terperanjat, sedih gembira sampai menangis. Sbb nya bila aku ternampak birdnya tu.  Rasa nak melompat u olls.  Sebaik saja dia keluar Dr bersiap2 mengerjakan perut aku. Sbb aku kena buat proses mengikat sekali. Maklumlah dah 3+1 (satu miscarriage) operate saja, so dr nasihatkan untuk mengikat terus. Bukan keputusan aku tapi keputusan SP demi kepentingan dan keselamatan aku. Mana tau keikhlasan nya itu Allah balas dgn mengurniakan kami sorang bby lelaki yg sehat dan comel.

Mungkin lahir dalam bulan yg sama. Sebenarnya, ketika dr suruh kami pilih tarikh nak operate. Dia beri kami tarikh between 1hb May 2004 - 12 May 2004.  Aku suka hati nak opt for 1hb May sama besday aku. Malangnya Dr kata, sorry. Hari buruh dr tak keje kecuali kecemasan..wakakaka, lawak dr tu ye. Dah la aku admitted 2 minggu seblum beranak..tau tak betapa bosan dok sepital dr ooi. Abes berpuluh novel abis baca tau.  Atas persetujuan aku dgn SP kami pilih 7hb May bersamaan dgn Hari Jumaat, moga2 beri keberkatan insya Allah.

Masa kecik, tak susah nak jaga. Janji kenyang tido lah dia. Masa kecik mmg baby comel dan montel jadi rebutan. Berebut org nak dukung nak cium dan cubit pipi dia. Amal pun tak terkecuali. Mmg montel sgt dia masa tu..putih melepak pulak tu. Kalau bawak balik kg, berebut2 anak buah dan mak mak sedara nya nak mendukung.




Amal punya banyak sifat dan sikap serta peribadi aku. Except bab nakal dan suka mengusik. Sbb aku x begitu pun masa kecik.  Well plan orgnya. Suka bersiap sedia. Contohnya, jadual buku sekolah.  Sekolah hari Isnin, sabtu malam dia dah siapkan sumanya. Begitu juga pakaian sekolah. Mlm seblum sekolah esok tu dia dah siap2 kan singlet, spender dan stoking bersama2 baju sekolah yg nak dipakai. Pendek kata, mmg dia salu jer well planned.

Walaupun nakal dan kadangkala rasa nak cubit jer, tpi aku tau dia mmg sayangkan aku lebih dari segala2nya. Sbbnya apa pun dia nak beritau, cerita or nak apa2 pasti dia akan datang pada aku dan beritau aku dulu dari pada ayahnya. Mgkin dia tau ayahnya rapat dan manja dgn delin, dia mmg conquer aku habis2 san. Tak bagi chance dan peluang langsung kat org lain.

He is a fast learner, sekali jer ckp dia dah tau apa nak buat. Sbb tu kalau nak pesan apa2 mmg sekali ckp jer dia akan ingat. Kalau baby sitter nak apa2 pun harus pesan kat dia. Gerenti sampai.  Sikap manja dia tu mmg sgt mengada2 kenkadang. Tapi being the bongsu aku rasa benda tu normal. Salunya ayahnya marah sbb ktanya aku terlmpau manjakan dia sgt...well, he is my only son kan.

Hari ni, genap udah umur Muhammad Ekhmal Hakeemy 8tahun.   Tiada apa yg mama dan ayah harap dan doakan selain dari jadi anak yg soleh dan berjasa pada ibu bapa....mama dan ayah sgt sayangkan kamu....



May 3, 2012

Welcome to 4series Club

Ya, 1hb May 2012 bermakna genap udah umurku..uhuk uhuk 40years.  Rasa mcm kejap je. Rasa macam baru jer umur 30an ..dah masuk 40an. Sungguh aku cuba menidakkan bahawasanya aku sentiasa merasa muda (ewah, perasan) hakikatnya aged just a numbers tu mmg x bole diterima akal. Sbb apa??..sbb kat IC nah jelas tertera yg aku sekarang ni dgn rasminya dah masuk ke kelab 4series katanya..

Tidak ada apa lah yg aku harapkan menjelang umur tua ni. Selain dari bermohon semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki sentiasa..beroleh kebahagiaan sekeluarga di dunia dan akhirat..semoga sumanya dipermudahkan bagi ku. Ofkos, berharap dapat rezeki kerja baru ker..Baru best kan.

Takde celebration or apa. As i dont want to feel old dgn 4 batang lilin on the cake..just lunch out dgn anak2 dan suami. Kebetulan akak dan anaknya ada kan kami just pi JJ and makan kek kat Secret recipe jer. Baru aku notis..2012 ni rega SR dah naek. Dulu seketul tu RM75 jer. Now RM82.  Nak beli sebjik tu byk sgt, karang tak kehabisan. So aku suruh anak2 pilih once slice of each flavour dorang nak. Dan org dewas just tumpang semangkuk makan..i m not fancy about kek lah bila dah tua2 ni. Let the kids enjoyed it.  Fair la sbb dorang makan sampai abes licin. Tak la membazir. Taun lepas beli seketul, jenuh nak mengabiskan sampai seminggu lebih dalam peti. Sampai dah tak sedap lagi blueberry cheese tu.  So now, apa aku buat kalau anak2 merengek nak SR, beli jer sepotong sorang..tak pun beli sepotong extra. Dorang pun suka beli different2 flavour, bole rasa merasa. Lagi mesra kan?.  Langkah berjimat u ols.  Dah gaji tak naek2 ni kena lah buat gitu kekdahnya kan. Idak la sampai cut budget leisure terusan gitu kan.  At least dapat gak dorang makan kan.

Jadik, takde apa yg spesial ah..being 4 series, aku mengharapkan semoga aku bertambah sabar, matang dan kuat menempuh segala dugaan mendatang..Insya Allah.  For all frineds yg wish besday tu..terima kasih banyak2..Berpuluh msj aku dapat, byk giler post kat FB wishing besday..thank u...atas ingatan korang padaku bahawa aku bertambah tua lagi setaun..uhuk....