May 25, 2012

Tak Professional langsung

Benarnya, aku mmg tak berapa sihat jer minggu ni.  Bermula dari Sabtu lepas tekak aku perit dan sakit jer. Pulak tu petang sabtu tu ada janjian dgn akak2 ku untuk jumpa kat umah kakak no2 kat Rantau Panjang Kelang.  Tghari dah rasa semacam. tekak sakit jer.

Bila sampai umah akak, nah kau dia siap buat nasik briyani. Ayam masak merah. Paling best, sbb dia tau adik yg sorang ni tak suka nasik berwarna, dia masak nasik putih, patin lemak tempoyak, sambal petai...perggh!!!...I tell u berasap giler makan. Masing2 tersandar kekenyangan.  Seblum gerak balik malam tu anak2 aku  bole lagi layan seround nasik beriyani u olls.  Kakak aku tu kan berniaga, so mmg dia masak sedap2 sgt..

Hari Ahad tu mmg aku dah rasa demam. So telan PCM pastu layan tido.  Isnin masih larat lagi pi keje.  Dan selasa tu benarnya aku ada interview. Adalah company yg post jawatan kosong kat jobstreet tu panggil interview.  Dah masa tu tak sehat, pagi aku pi amik MC kat klinik lepas lunch aku pi interview tu. Dalam kul 2.

Website company wah canggih , gah u olls, i can tell. Tapi bila dah ada kat situ..hmm endah kabar dari rupa.  Yg interbiew aku ialah dua org caya nun alip.  Satu pempuan muda. Satu pempuan tua. Yg muda tu ok lah, so so. Yg tua tu aku tak tahan.

Ofkos la interview dalam english kan ( beria aku praktis u olls, ingtkot mat salleh ke interview kan).  Memacam dia tanya. Mula2 ok jer. Pastu mula pempuan tua tu melalut meraban ntah ke mana. Ntah apa citer dia dok mengaruk.  Pastu tnya resume aku tu copy and paste ker?..HELLLOOOOOOOO, jng pandang sebelah mata hokay. Ko ingat mentang aku melayu aku tak bole produce resume heybad gitu?  Sah sah aku speaking english kan. Siap bukak sijil2 aku u olls. Tekejut beruk tgk SPM aku ..english dapat berapa..mmg aku tak ada kelulusan tinggi 6 tingkat okay, tpi bukan bermakan i bodoh. tak tau cakap fasih english. Heloooo, wa keje sama mat salleh dah berbelas tahun...

Dah la gitu, dia kata gaji yg aku mintak tu tinggi sangat. Taraf manager kat company dorang. Sengals!! aku dah stated berapa expected salary kat jobstreet tu, kalau korang x leh nak bagi buat hapa panggil aku interview??. buang masa jer tau.

Citer pasal company dia lah...bla bla. Benefitnya ialah..4ratus setahun for medical...Tuk staf je u olls, anak laki suma tak leh!. Pastu no dental, no optical. Bonus sebulan + performance bonus. Pastu kata ada family day company trip lah..bla bla bla.

Tanya aku napa aku nak carik keje lain..Lah, ofkos lah look for better offer and post kan. Sbb post dorang offer tu Admin Exc. So aku expect bole la demand skit2 lebih. Mana tau??.  Bila dia tnya apa benefit apa aku dapat..sbb dia kata gaji aku kat company skg ni dah tinggi. Bila aku kata 3k for medical setahun..anak bini, laki suma leh belasah.  1k utk dental..hentamlah nak wat gigi pelesu ke..kan scalling ka. dan 1k tuk optical ..hantam lah berapa byk spek mau bikin.  Wah, ternganga u olls cina tua tu. Cina yg muda tu kata..wah  bestnya.....

Maksudnya aku dah salah tempat la u olls.  Kalau dorang wiling bagi aku gaji 2x ganda ke kan baru la aku fikir nak keje kat situ..Letak 5k pun kata mahal sgt,..nak nego lagi..dgn benefit gitu? kim salamlah.

Bila dah dgr gitu ofkos la aku nak angkat bontot jer pi. Tpi minah tua tu menceceh2. Tnya laki keje kat mana. Bila aku ckp kat bank tuuuut, dia bole kata..eh lenkali if u keje sini i can asked him to tolong bayar my credit card..APa barang????

Byk lagi la dia menceceh..sampai aku tak terlayan. Belum pasal dia kata aku dok jauh lah, merempit bahaya lah...nanti eksiden bla bla..mcm la dia naek keta tak eksiden? tak mati gitu??

Lagi satu yg bikin panas hati ialah..dia tanya aku solat 5x sehari tak..Aku jwp ofkos..aku kan devoted Muslim aku kata. Pastu yg tua tu kata..dia tak paham kenapa hari jumaat muslim lelaki kena break lama. Pastu kena pi solat jumaat. Management tak suka katanya break lama sangat..ada ke dia kata..kenapa tak leh buat ari lain?? ujung minggu bagai?..wah hati mak dah panas masa ni uols.  Aku jwp la, dalam Al Quran dah sebut solat hari jumaat, hari jumaat lah. Mana bole suka2 tukar?.  Cam korang pi church la (aku tau dia christian sbb dia mentioned) hari ahad. Leh ke pi hari lain?..maklum hati dah panas kan. Rupanya u olls lunch break dia 1/2jam jer. Management cater food (halal katanya) uk staff makan..supaya tak break lama2..tapi dia ada kata, ofkos la kadang bila kita sembang leh  lebh2 ( i can tell haaha)..so its give and take..kepala hotak dia??.  Aku benarnya tak sabar nak blah dari situ. Tpi sbb respek kan, aku diam jer. Dah interbiu jadi 1 jam lebih sbb dia menceceh..melalut cam org giler.

Dia tnya aku kalau nak panggil second interbiu berapa hari nak advance..aku kata lah 2-3 hari..benarnya, kalau dia panggil aku lagi sekali...malas. Katanya ada 2 org engineer melayu kat situ..gamaknya tak pernah berpeluang gi solat jemaat kot dorang tu?.

Dia cerita lagi yg company dia tu jarang org berenti. Suma masuk keje lama ..kalau tak salah aku , terdengar dia kata notis 4 bulan ker..(padanlah?)...

Natijahnya, aku kena carik oil n gas industry jugak. Tak bole blah la nak keje company cekkai cap kaki ayam...nak nak lagi Regional GM dia kaflamya nga...(siap kata tu, hes a very nice in....not like those type??) apatah maksud dia aku tatau..kalau dah kel...sampai mati tatap kel jugak uols.

Setakat nak tau market dan tau company tu camne. Sbb org dah panggil datang, aku datang for interview. Tapi kalau di beri pilihan biarlah aku keje kat sini dari aku join company giler cam tu...

Totally unprofessional langsung!

Wasssalam

5 comments:

Irfa said...

ni baru betul indah khabar dr rupaa
w.pun aku x dtg intebiu tu..aku pun rasa dah cukup brsyukur dgn keje aku skrg.nak solat pun berkira?huhu..patutlah ada kawan aku kata 'ko untung..ada surau lagi dalam opis.tinggal nak buat ngan tak nak je..aku bentang sejadah tepi meja je utk solat'.insaf kejap

Cik Sizu said...

saya pun pernah intvw salah tempat...guna jb priority application kekonon bayar cepat sikit pnggil intvw, dari 3company pegi intvw, 2company duk pertikai pasai gaji, kann dah tulis dlm resume..takkan lah kita nak gaji kurang dari sekarang?

Anna said...

Irfa,
we never know untill kita sendiri alami.gitulah adanya..Still aku rasa my company benefit is the best..kalau takat itu nak claim company korang heybad..pelis lah..jauh panggang dari keretapi...

Cik Sizu..
tu la pasal..org nak berenti ofkos for good deed kan..takat lebih seratus dua baek tak payah..terang2 letak kat situ bape kita nak...lagi nak nego2..i feel buang my masa..baik le i tido je kat umah kans...

NenetPenne (NP) said...

kadang2 kita rasa rumput kat rumah sebelah tu cantik walhal sebenarnya bila tengok dekat2..laaa rumput plastik, patutlah hijau manjang....

tapi bukan semua laaa kan...

eh dah namanya solat jumaat mestilah hari jumaat... tapi dia tak boleh nak timbulkan isu agama masa interview.. ni dah kira melampau nih... sib baik u cekap membalas...

kita kalau nak pindah kerja mestilah cari yang bagi better offer, yang bagi gaji lebih..kalau gaji lebih kurang dgn company lama, baik stay kat company lama..lagipun kita dah masak dgn perangai orang kat company lama... tu pasal i stay je kat company i ni selama 20 tahun...

u seee . cha ya nun alif memang kadang2 suka underestimate orang melayu, nak2 lagi kalau pompuan pakai tudung...

eh i pulak terover..sorry..geram punya pasal...

tetiba nak cari company oil n gas jugaklah... tunggu abis degree nanti....

Anna said...

Net,
ye pepatah omputih ada kata.. The grass is always greener on the other side of the fence tu tidak benar sepenuhnya...kalau kita nak blah ofkos lah kita cari yg offer much much better kan. We all kat oil n gas ni kalau nak blah ofkos carik paling kurang 30-50% more...tu pun tgk benefit. Kalau benefit kaw kaw..30% bole consider..But most of my fren salu blah for double salary..tu yg best tu...Mcm dorang gak...i pun nak carik much much better..lau tak buat apa blah ye dak?? Oil n gas industry mmg bayar gaji tinggi..pastu benefit dia peergh..yg ada lagi best dari company kitaorang net..siap ada mcm2 lagi tu....at least kami pnye pun dah kira baguss sesgt tuh..if company lain offer me with same benefit..extra 50% ..wah i more than happy..baru berbaloi kan..if dapat seganda..lagi lar..raya hindu u olls..kikiki..Try lah.Its a good and promising industry net...