April 30, 2007

Weekend yang tak seindah mana

Hari Sabtu tu, Ujan turun selebat2 masa malamnya. Sbb nak kena pi bank jap check gaji ada ke dak dan tentunya nak dpatkan skit sayur2 ran terpaksalah gak mengagahkan diri untuk kuar pepagi tu. SP kata dia keje tapi aku tgk macam malas jer. So pepagi aku ajak dia pi beli sayur jap. Masa aku pi kat AMbank (tu jelah bank yg ada kat taman perumahan aku), aku rasa syukur dan gembira sgt sbb gaji dah masuk dan bila tgk jumlahnya aku tak henti2 bersyukur kpd Allah. Yer lah lebih 1k dari biasa tu. Tak sabar nak tunggu lagi 6 bulan, sbb lepas confirm ada lagi skit increment.
Lepas kuarkan duit untuk bayar gaji bibik dan bayar hutang2 yang patut kitorang terus pi pasar beli lauk dan sayur2, betul aku kata SP akhirnya malas nak pi keje. Jadinya dok jer lah kat umah. Masa jumaat malam tu kami dah bawak deelin pi doktor, sbb dia batuk2 dan deman. Ekhmal pun sama tapi masa tu dia tak teruk lagi. Masa deelin kat klinik doktor dah bagi nebuliser untuk asthma dia. Nampaknya skg ni sebulan sekali mesti dia kena. Kalau dah kena batuk tak henti dan demam dia tak kebah2. So masa lepas balik pasar tu, badan deelin masih panas dan batuk dah kurang sikit. Sbb doktor bagi ubat batuk dan selsema jer, aku decided nak pi klinik lagi sekali, sbb deman dia turun sket tapi tak turun completely.
Tak de pe aktiviti nak buat kat umah so aku masak dan lepaks tgk tv. SP pulak cam biasa layan aktivit berkebun dia kat tanah yg sekangkang monyet tu. Petang pulak ujan siap dgn petir2...so layan tido jer lah...

April 27, 2007

Makan-makan sambil ngular sket


dah lama sangat dah aku rasa tak update blog ni. Mostly sbb computer n modem kat umah dah kaput dek kerna panahan petir. Kat opis lak bole gak memblog tapi taip2 nak post jer tak jadi2 berkali2 sampai naik fed up. Last2 malas aku nak post.
Hari ni ari keje. Semalam walaupun ramai orang cuti tapi aku keje. Nasib la gak keje bnyk benda2 urgent semalam. Hari ni keje lagi..
Tengahari aku ada janji nak pi lunch dgn kenkwan opis lama kat Ampang Park. 2 Z tu sampai tepat pada masa dijanjikan. Tepat2 kul 12.30tgh. Aku kuar 10 minit sebelum tu dari opis. Naik cab kejap jer sampai.
Makan akt Cozy corner tu takle best sgt takat biasa2 gitu. Aku dgn Z sorang tu order lamb chop, satu Z lagi order Steak. Maka makan lah 3 orang ni sambil bercerita2..seronok nye bergossip sampai tak perasan kejap jer dah pukul 2.
Gamaknya lain kali nak bergosip kena ambik masa tambahan lagi 2 jam kot baru puas hati. Rasa macam sekejap sgt. Banyak benda nak sembang pun tak sempat. Sempat buat ketupat sesekit jer...
Kat Ampang park tu tau jer lah orang ramai kedai pun banyak.. Baik kedai baju accesory dan hp semua ada...harus leka gitu..
Nafsu nak merayau nak menyoping memanglah ada, tapi aku lum gaji lagi, pastu masa pun tak cukup..so by 2.05pm aku dah sampai opis..
Its a good gathering..hopefully lain kali buat lagi..sbb tu pun tak cukup korum tu. Kalau korum cukup baru ler happening..

April 12, 2007

UP-dates


Macam yg aku kata, aku dah mula keje kat tempat baru. Opis baru, kwan2 baru, bos baru segala2 benda baru. Minggu pertama, aku macam agak lost dan blurr sket. Maklumlah product dorang lain. Pastu sistem dorang pun lain, so aku kena mengadaptasikan diri aku untuk duduk dan berkeja selama 8 jam setiap hari kat opis baru ni.
Kalau minggu pertama aku ngantuk gile gaban punye..aku tak pernah rasa cam ni teruk sekali ni lah..baca product sampai mata naik kematu dan rasa nak tidor most of the time. Tak pernah minum kopi pun aku minum gak sbb nak melawan rasa ngantuk. Minggu pertama bnyak belajar benda asas jer. Mostly bit boring.
But not this second week. Aku rasa more enjoy buat keje dan tak de langsung rasa ngantuk. Sbb tak de langsung waktu senggang nak lepaks. Internet browser dah bole guna cuma certain web mmg kena restricted terutama Yahoo. So no more chatting..no more updated blog. Aku cuma bole baca blog orang dan komen. Blog sendiri tak de masa or rather tak der can nak buat. Macam biasa aku rasa tak sah kalau tak pi 3 blog ni. Mak Andeh, Suhaimi Sulaiman dan satu blog lagi..Sultan blog. Aku rasa joining the blog menyeronokkan. Terutama blog suhaimi. Minggu ni dia kisahkan pasal restoran mahbob..tempat yg aku salu pegi dulu2...pastu aku pulak dah join komuniti dia berkomen2 mcm best lak. Kalau korang nak tau aku tulis ni kat dalam emel. Pas aku tulis aku nak anta kat yahoo aku baru aku bole post kat blog aku. Nak harap taip kat umah..harus. Dengan dua orang askar kecik tu jgn harap.
Minggu ni ada banyak citer aku nak kongsi. Selain dari citer keje ada byk benda lain lagi. Ok mula2 citer keje. Bos aku mat salleh. Berbangsa Yahudi dan agak berumur sikit. Dia dah lama kat mesia ni. Dan aku kenal dia by name dah lama gak. Sejak aku keje kat CO D dulu. Dia tak cerewet. Yg penting keje siap dan yg bestnya dia bukan jenis dgr cakap orang. Buktinya kes aku nak keje kat sini dulu. Masa aku dah keje kat sini pun aku masih rasa cam tu. Dia tak pernah marah2 walaupun ada benda tu melibatkan duit ratus2 ribu. Kes barang tak invoice by Co D, since last year. Sinca aku baru nak revise tugas2..aku diarahkan untuk check debtors ageing. Yg mana2 lama tak invoice kena chase kenapa and of course nak chase payment.
Masa aku mula2 anta email kat orang finance CO D, mostly dorang terkejut badak tgk nama aku. Semua pun tertanya2 cam ne lak aku bole keje kat company ni. Tu lah rezeki. Allah Maha Kaya...Kun..Fayakun. Masa aku tgh cek2 tu ada dua invoice yg lum di bill dan tentu lum dapat duit. Since last year. Dan bermulalah episod kacau bilau dah. Orang yg sepatutnya followup benda tu terlupa nak bill customer. Bila aku cek..well dah 6 bulan tu beb baru semua perasan...benda tu overlooked.
Aku ni bukanlah jahat sgt nak kenakan kawan2 kat CO D. Tak terniat langsung pun, cumanya aku hanya menjalankan tugas kan. Kawan2 jugak keje tetap kena buat...kan Amanah tu. Dorang dah bayar aku mahal2 msti aku nak kena keja betul2..maklumlah target aku nak confirm within three months instead of six months..dan aku akan make sure benda tu berlaku..Yakin Boleh Ma...so benda ni dah jadi panas bukan aje kat opis aku tapi kat opis Co D gak. Lepas ni panas la bontot mereka2 yg ter overlooked tu.
Since aku pnye relation dgn kawan2 kat finance masih jitu gitu, aku bole dpat apa saja info yang aku nak. Cuma aku tak nak make the relation become sour aku diam jer...cuma bagitau kat opis aku..akaun kata tak de instruction for them to invoice, so dorang tak buat. Skg ni Co D kena la berusaha membil benda tu dan kenala lak chase customer untuk payment RM300k bukan sikit beb...revenue tu.
Kat opis ni lak sempit..sgt sempit. Kena bersesak2. Aku tak kisah tu semua sbb tempat aku cozy gile tersorok kat belakang. Cumanya aku susah nak semayang. Sbb kena pi surau kat basement 2. Semput gak lah turun naik tangga beb. Pantry pun tak der. So lepas minum letak jer semuar2 kat baldi. Esok pagi2 ada cleaner datang cuci. Nak minum smua ada.. teh tarik, milo, nescafee smua nya 3 in 1. Senang sgt. Biskut pun ada macam2..makan jer apa nak..Satu lagi kat fridge penuh dgn carbonated drink. Coke, diet coke, sprite ntah ape2 lagi. Tapi since aku jarang minum air gas...bole dikatakan tak de minum aku tak kisah.
Bab makan mmg tak der hal. Sejak2 aku terbiasa bawk bekal aku bawk. Lagipun nak makan kat sini susah. Tempat makan dia sempit. Bukanle sedap sgt tapi mahal. So aku bwk jer apa2 patut. Ada nasik nasik lah..tak der kalu..nasik lemak ker..buah ker...kuih beli ke..
Kat opis very the quite..cuma ada dgr bunyi keyboard kena tekan. Kalau tak sesekali bunyi orang sembang...gelak2 tu pun time jumaat jer. lain2 hari senyap..mcm kena langgar garuda...aku ada bwk radio tapi tak berani nak kasik bunyi. Ada tak de aku bunyikan time pagi seblum keje atau time lunch.
Tu jer lah aku punya rutin. Keje mmg bnyak dan mencabar giler. Org bayar kita mahal mesti keje pun gile gaban ye dak?..tak kisah lah tu.
Habis pasal keje...pasal kawan aku pulak yg baru kawin baru2 ni. Aku mmg la dpat jemputan dia, tapi dek kerana jemputan ala2 ajak kambing gitu, aku pun tak pi. Aku cuma wish dia jer..tapi haram dia nak jwap..terima kasih ker TQ ker..gamaknya marah sgt kat aku kot pasal blog dia tu..lantak ko la labu. Since ko pun bo layan aku punye wish, niat aku nak kasi hadiah pun aku kuburkan jauh2..buat apa ye dak..orang tak sudi..terhegeh2. Aku baca le kisah kawin dia kat blog dia. Bukan la nak ngata (sikit jer..dosa gak eh?), semua nya bukak pekung jer..buat apa. Pastu mcm bangga2 diri sgt gitu. Tak best lah..apa gaknya anggapan orang kat majlis dia tu ntah. Salah sorang kawan aku yg pi sana kata, time balik pun takde orang nak kasi berkat..dahler jem berjam2 masa nak pi umah dia..apapun selamatlah ko tipah..kawin gak ko akhirnya. Harap ko dah kawin ni ubahlah perangai kasar ko tu..ko tu dah ada suami. Niat nak pakai tudung terus tu bagus..aku setuju sgt. Selama ni pun aku tak bape suka ko kuar tak pakai tudung..pi opis pakai tudung..mcm main2..harap ko dapat hidayah terus kali ni....
Pasal anak hilang lak. Aku dah rasa cam ne bila alin hilang ari tu. Sabtu lepas masa aku pi KL dgn kakak, org edarkan risalah pasal nazrin yg hilang kat sogo tu. sian kan. Kalau aku msti separuh gila dah. Kisahnya budak tu kuar bejalan sendiri ke arah jalan raja laut. Kat berita ari tu tunjuk gambar CCTW sogo budak tu kuar. Mmg le org dok salahkan mak bapak dia..tapi since aku ada anak baya nazrin tu...si alin yg suka merayau sendiri2 mmg tak bole nak elak. Dah jenis explore nak buat cam ne..ko rantai ler kaki dia cam ne pun kalau nak ilang..ilang gak.
So aku harap jumpe le balik budak tu. Siap ada hadiah lagi org jumpe.
Masa aku baru balik keja baru ni jalan dari Duta tol ke utara jem giler..rupanya ada kemalangan. Pajero jatuh meloncat kat bawah. Khabarnya ada gak budak yg mati. Cam ner bole langgar besi pengadang tu sampai patah...ntah ler...bwk keta gile khinzir la tu kot.
Cukup setakat ni..lain kali update lagi


April 2, 2007

First Day...

Hari ni first day aku kat tempat baru. Tempat baru, kwn baru bos baru..walaupun ari ni 1st day...biasa kat memana tmpat baru aku keja 1st week lepaks tapi kali ni tak de can langsung. First day byk gile keje. Kena buat inventory report etc...belum sempat baca products pun.
Email address pun dorang dah set up. Cuma sedih..tak boleh access internet. Cuma intranet. Habis la tak bole YM tak bole blogging....
Anyway, kat opis semua mat salleh. Ada 2 cina dan melayu cuma aku dgn sorang budak engineer baru...
Nothing much, cuma aku suka sbb sume orang tak sombong.