January 31, 2012

Apadaaaa?

Semangat nak menaip tu  kenkdang membuak2. Cumanya kemalasan mengatasi segala. Ye lah, menaip kat ofis yg penuh gangguan kan. Lagipun x senang weh nak berbelog sedangkan keje menanti berderet2 kans...Byk nak taip tapi biasalah tang jari ready kat keyboad je sumenya blank. Menci betul.

Masa hari rabu lepas raya cina hari tu, aku dgn SP amik coti sehari.  Sajer nak ke PPD uruskan pertukaran sekola delin.  Pepagi lepas sarapan kat umah mak kat kg kami gerak pelan2.  Akak kena keje ari rabu tu, so masa akak pegi, kami baru je nak bersiap2 balik.  Kesian tgk anak akak si Yen, tinggal la sensorang dia bila kami balik kan.

Kami pi PPD dalam kul 11 lebih gitu, balik umah kejap antar apa yg patut, basuh kain seraound dua. Kakak pun malas nak ikut katanya. So kami bawak si dua rascal jer lah kan.

Ngam2 sampai kat PPD gombak tu terus kami amik no. Lama gak nak menunggu.  Gaknya dalam kul 12 lebih kot baru nombor giliran kami kena pangge.  Lepas bagi surat, borang apa yg patut, pegawai tu kata encik dok dulu nnti kami panggil bila dah ready.

Bawak dua org rascal yg tak leh dok diam biasalah kan.  Ase nak jer cubit2 dua2 tu. Menjadik sungguh kalau ada dua2. 

Tak lama tu kuarlah pegawai yg incharge..aku tgk nametag nye nama 'Ramlan" - bukan nama sebenar. Mid 50's kot, pendek2. Gelap sikit.  Lepas dia bawak borang tu dia kata delin pnye masalah dyslexia tu kena sekolah kat tasek puteri sbb sekolah tu je ada.  Suprising, pada pemahaman dia dyslexia tu baca hurup2 terbalik2..b and d..e dgn a..cam tulah lebih kurang. Dia argue kenapa kami apply for sek khas kat rumah kami tu.

Katanya sekolah tu untuk kanak2 lembam/lembap!.  Kalau delin masuk situ dia akan bergaul sama2 bdak2 gitu dan dia akan jadi teruk gitu katanya!!.  Bila aku argue kata masalah delin bukan semudah yg dia sangka..aku cerita learning disabilities yg delin hadapi. tau apa dia kata, dr takde tulis tu pun??? dr cuma tick kat dyslexia colum jer. Aku panas hati lah kan..En, cuba cik tgk kat bawah tu..dr tick jugak 'learning disabilities -masalah pembelajaran.

Kami dah cuba selama 3 tahun biar dia kat sekolah biasa. Ternyata dia tak bole encik. Bukan kami suka nak bagi dia msuk sek khas, now dia dah jah 4, dia cuma bole baca lancar tu pun sbb kami usahakan private tutor dan kami usaha sendiri. Dia tak bole carry invironment kat sekolah biasa. Dia tak tau camne nak buat homework, dia tak paham apa cikgu cakap dan beri arahan.  For that 3 years, kami rasa dah cukup for her. Kami tak nak buat eksperiman lagi.  Nnti dia yg tertekan. Afterall kat sekolah pun kena buli jer. Sbb umur dia 10 tahun tapi akal dia masih di tahap 5-6 tahun.  Tu aku kata. Baru dia cam nak terima. But still mengatakan yg kami pasti ke nak antar dia ke sekolah khas bolee??. Surat kebajikan masyarakat dah ada.  Mereka remarks delin as OKU -LD lemah pembelajaran. Tu tak cukup lagi ker?. Dia ingat kami hard up sgt ke dgn RM150 yg dia kena proses tu???...please lah.

Silap org lah kalau bercakap dgn aku kan. SP kata dah betahun kami ulang alik ke hspital infact sekarang pun masih jumpe therapist pakar kat hspital selayang. Kami tau kemampuan anak kami encik. Kami tak mau dia terseksa buat benda yg kami tau dia tak bole buat!!!. lgpun SP kata, saya dah pergi sek khas dgn umah kami tu, mereka yg suruh saya datang sini uruskan pertukaran. Saya harap mereka takde masalah terima anak saya. Lgpun ada 5-7 org lagi budak bermasalah sama mcm anak saya kat sana.

Baru lah terdiam. Then barula dia kata, Ok kalau en pasti tak pe saya akan siapkan surat ke sekolah tu. Sbb nak kena temuduga dng Pn Rozita penyelia sek tu katanya.   En Ramlan tu masuk dalam balik. Kami tunggu lagi for almost 30 min then dia kuar. Bagi surat suh pegi sek kat Pn Rozita tu..SP kata bila tarikhnya? dia kata esok..mende?? sek coti raya cina seminggu tu kan?..eh, katanya ye tak ye..then dia msuk dalam balik bawak surat tu..bolee???

Pas dalam 15 minit dia kuar lagi. Masa tu aku malas nak tunggu kat dalam dah aku tunggu kat luar jer.  Masa nak bagi surat tu SP kata dia tnya lagi..En, pasti ya nak msukkan anak ke sekolah ni??..WTF????. SP jwap selamba..kami dah lama pasti!!!. Then dia kata, ok lepas dapat result dari Pn Rozita kena bawak sini cepat sbb dia bole proses cepat..Ya la tu kan!!

So surat tu menyatakan, delin kena hadiri interview dgn Pn Rozita kat sekolah tu esok 1hb Feb kul 9am.  Aku mmg harap2 sgt delin dapat masuk sekolah tu. Tak kesah lah, lepas ni dia tak mungkin dapat masuk sekolah biasa balik tapi itu lebih baik tuk dia, tuk masa depan dia. Kami tak bole terus2 san seksa emosi dia dan paksa pi sekolah sedangkan hehari dia akan tanya "ma, sok sekolah ker??'..

Yg aku geram nak je aku ckp kat en Ramlan tu..en dyslexia bukan masalah  baca terbalik2 jer..luas lagi pengertian dia...en nak saya ajar en surfing internet cari ke??..hissh

Ni aku paste kat internet..have it read your self .

Dyslexia is a neurologically-based, often familial, disorder which interferes with the acquisition and processing of language. Varying in degrees of severity, it is manifested by difficulties in receptive and expressive language, including phonological processing, in reading, writing, spelling, handwriting, and sometimes in arithmetic.

Dyslexia is not the result of lack of motivation, sensory impairment, inadequate instructional or environmental opportunities, or other limiting conditions, but may occur together with these conditions.

Although dyslexia is lifelong, individuals with dyslexia frequently respond successfully to timely and appropriate intervention
Learning Disability is not a specific term; it is a category containing many specific disabilities, all of which cause learning to be difficult. The following definition of "learning disability" is used for legislative, financial, and educational purposes only.




The term 'learning disability' means a disorder in one or more of the basic processes involved in understanding spoken or written language. It may show up as a problem in listening, thinking, speaking, reading, writing, or spelling or in a person's ability to do math, despite at least average intelligence.



The term does not include children who have learning problems which are primarily the result of visual, hearing, or physical handicaps, or mental retardation, or emotional disturbance, or of environmental, cultural, or economic disadvantage.

January 26, 2012

Selesai sudah

Despite kontroversi sana sini pasal nak buat kenduri arwah mak for her 100 hari kan, Alhamdulillah sumanya berjalan lancar.

Thanks to my sis, Sp dan abang/adik ipar serta anak2 buah yg bertungkus lumus tolong kuarkan pinggan, cuci pinggan, lap2 pinggan dan letak semula lepas selesai kenduri..

Lega rasanya bila segalanya selesai.  Walaupun ada adik beradik lain yg buat bodoh dan buat tak peduli terutama 2 abang aku tu, lantak lah dia. Antara dia dgn Allah jer. Jwab la esok.

Since cuti raya cina lama kan. Kenduri satu hari jer, selebihnya kami abiskan aktiviti mencari ikan, memancing belut dan bermanja2 diri kat tmpat facial bagai.

Next entry meh aku tunjuk camne cara2 memancing belut u ools.  Serius sekertu2 umur aku yg lahir dan besar kat bendang ni lah kali pertama dgn cara sebenar kami ikut memancing belut. Sungguh thrill. Ish...

Memory kad kamera DSLR lupa nak bawak jadik aku tak bole nak cerita lanjut tanpa gambar ye..Tunggu lah next entri.

January 19, 2012

Mara oh Mara...

Back in late 90 ke cam tu lah, aku masih naive. Masih tak berapa berapa matang, berakal dan pnye pengetahuan tinggi akan perkara2 di sekeliling, di persekitaran. Maklum lah masa tu baru je anak sorang, awal 20an gitu, baru jugak membina kehidupan org kata.

Masa tu biras aku yg aku pernah citer sebelum2 ni masih dalam bisness.  Interior designer cum contractor for projek2 kerajaan, masa tu bisness dia mmg kababboom, untung banyak2. Bole beli 2-3 biji umah. Boleh beli 6-7 bijik keta u olls, dah tu bagi kat staff2 pakai pulak tu.  Ingat tak citer aku pasal 15thn dulu yg kami bersusah payah naik bas pada pertama kali aku berhariraya sebagai isteri org. Yg kunun nak pinjamkan keta, then buat2 lupa, sampai SP terpaksa menapak ke Pudu Raya di tengahari rembang di bulan puasa!!. Oh, mana mungkin aku bole lupa semuanya tu kan.

Ketika itu, aku dah bekerja dgn sebuah syarikat oil n gas kat KL ni. Dengan pendapatan Alhamdulillah la, cukup byk kalau nak diambil kira pada tahun2 kemelesatan ekonomi masa tu kan.  Kalau nak compared dgn gaji SP masa tu mmg jauh beza. Mgkin atas sbb itu lah biras aku ni mintak pertolongan aku gaknya.

Aku dimintak oleh dia menjadi penjamin. Katanya untuk projek besar yg dorang baru dapat.  Jadi mereka perlukan fund. Fund tu kena dapat as loan from Mara under pinjaman usahawan ke hape ntah.  Mintak tolong aku to be a penjamin to her..(truely aku bodoh betul sbb setuju). Pinjaman sebanyak RM65k.  Melihatkan bisness dia yg mmg masa tu sangat kencang kan, aku berasa yakin lah. Maklum katanya kalau dapat projek tu dorang bole buat settlement terus dgn Mara..KATAnya..

Sbb nak tolong sedara kan, nak nak lagi aku ni baru je dapat jadi keluarga mereka, dalam cuak tu aku setuju gak, sbb dijanjikan untuk memasukkan nama aku dalam share holding the company and akan dapat payment for being director.well...KATAnya lah kan.

Cumanya, maknusia ni mmg ada jenis2 yg suka tanam tebu tepi bibir kan. Suka sgt berjanji dan tak guna otak semasa melafazkan segala janji2 mereka..wait, sabar ye.  Aku ada sbb kenapa melahirkan ayat2 kejam begitu. Korang kena baca sampai abes dulu ok?.

Masa bisness dorang boom, samada dorang lupa or buat2 lupa or sengaja or mmg habitat dorang cepat sangat lupa diri kan. Aku tak salah kan abang ipar aku (abg SP) sbb dia pelajaran tak tinggi.  Takat SRP je, kalau suruh buat keje2 construction mmg dia hebat, tapi in terms of financial management kan mmg biras aku tu lah hebat, maklum org graduated UITM (dulu ITM) katanya.  So, seharusnya dia yg berilmu tu managed the company managed the financially dgn betul kans?.

Dah la janji2 yg dia lafazkan tu haram nak tunai. Directors fees konon?..seingat aku, mmg masa kami beli rumah ada gak kami PINJAM sedikit duit muka sbb duit kami tak cukup, TETAPI kami dah bayar balik semula sebaik saje EPF dapat keluarkan.  Takde pun courtessy nak kata or nak tunai apa yg dia kata masa nak buat pinjaman dgn mara tu kan. Masa tu dah 2-3 years kot after the loan released.

Beli rumah 3-4 biji.  Beli kereta, shopping bagai nak rak tiap kali raya.  Masa tu aku terasa sgt, bila balik raya kat johor tu bukan maen lagi dia shopping pakaian raya anak2 dia. Pulak tu beli memacam permainan tuk anak2 dia yg masa tu dah 3 org. Terkulat2 anak aku masa tgk .Nak tumpang main tak berani.  Bila dia tau kami beli rumah kat rawang kan, macam2 dorang kata. Jauhlah, tempat jin bertendang lah. Mereka kata nape tak beli dekat2 KL. Beli2 dekat area Ampang cam dorang duduk tu.  Besar.

Gaji kami masa tu tak memungkinkan kami beli umah kat KL.  Kalau ada pung rumah flat.  Kami dah puas dok menyewa flat sana sini. Dok setinggan sana sini.  Bila nak beli rumah, kami carik umah atas tanah. Umah yg ada tanah. Terpaksa pulak beli jauh. Sbb tu jer lah yg kami mampu kan.

5 tahun berlalu. Aku masih terima salinan statement of account dari Mara perihal pinjaman tu.  Takde apa2 movement, takde apa2 payment records. Yg ada jumlah pinjaman,  berserta bunga dan baki yg perlu dijelaskan which berjumlah RM67k. Masa tu bisness biras aku tu dah teruk, teruk benar.  Kereta ada dah terjual. Rumah dah terjual jugak 2 bijik.  Pekerja suma lari sbb tak dibayar gaji. Kereta2 yg pekerja pakai tu rosak teruk, sbb tak pernah dijaga. Semuanya di belasah jer. Servis pun haram tak de buat.

Suatu hari, aku dapat surat dari peguam. Surat saman untuk kes ke mahkamah atas pinjaman tu.  Masa tu aku dah berakal, dah matang dan dah tau selok belok surat lawyer ke surat mahkamah ker.  Aku tak puas hati bila disaman dan disuruh ke mahkamah atas sebutan kes pinjaman tu.  Tak bole jadi ni , aku mula kol lawyer tu dan cerita masalah dan  bincang dgnnya. Aku ni benarnya jadik penjamin ke 2 selepas abang ipar aku tu.  Aku ckp kat lawyer tu masalah sebenar dan lawyer tu  bole kata, peminjam langsung tak kol atau berbincang tentang jadual pembayaran. Loyer kata lagi kalau dia tak bole bayar, dia harus datang bincang dgn Mara.  Mara mcm bank jugak bole nego utk terms pembayaran kalau tak mampu nak bayar banyak bayar la sikit. Tapi selama 6 tahun tu haram satu sen pun tak pernah ada pembayaran balik..boleh??

Lepas ckp dgn loyer tu aku jadik panas hati lah kan. Aku hantar smm maut kat biras aku tu.  Aku luahkan rasa tak puashati. Aku kata Akak tak adil buat saya mcm ni.  Saya cuma penjamin dan satu sen dari duit tu pun langsung saya tak makan. Saya cuma tolong sedara jadi penjamin tapi Akak tak bayar langsung, dan sekarang surat mahkamah dah datang. Akak dah aniaya saya mcm ni..tolong lah kak, setelkan cepat.

Begitu ayat aku. Lepas dapat sms tu gelabah lah biras aku tu. Gedebak gedebuk, gitu gini after a while benda tu takjadi dibawak ke mahkamah.  Dan dia ada buat pembayaran kalau tak silap aku 10k kot.

Lama dah tu, aku keep dapat stament Mara, aku tgk tadek perubahan pun dari jumlah RM55k yg tinggal. Stagnant je gitu. Tiap kali jumpe biras aku tu kat kg masa raya, mula la dia cerita susahlah bisness takde lah, org buat dia lah bla bla bla bla. Malas aku nak layan. So aku biarkan jer. Mujurlah Mara tak link kat bank u olls, kalau idak mati lah aku. Nak amik kereta baru aritu mujor lah lepas. Klaulah masa tu nama aku kena blacklist sbb DIA, harus aku meroyan dan amuk.  Lepas pada tu ada la jugak dia sms pasal benda tu.

Mengadu pasal laki dia ke, mengadu pasal apa2 jer lah.  Yg paling banyak pasal umah tangga dia lah. Sampai ke satu tahap aku cakp direct dgn dia...."Saya x mau masuk campur dalam urusan umah tangga akak, SP dah bagi saya amaran jgn campur umah tangga org, sebagai isteri, saya kena ikut" tu jer ayat aku.  Ini adalah biras yg aku citer MIL pi umah dia tu kena kemas umah, lipat kain bagai tu..haaa, dia lah tu.  Biras aku tu salu gak nak korek2 rashia apa MIL ckap or komplen kat aku pasal dia.  Dulu mula2 masa tatau aku sekongkol gak dgn dia citer2 pasal MIL..tetapi lelama bila dah tau luar dalam ..aku malas nak amik port. Afterall, aku tak bermasalah dgn MIL buat apa aku nak carik masalah kans. Aku kan menantu pilihan ..wakakaka...perasan.-ish menyimpang dah citer aku pasal MARA ni.

So, berbalik pada pinjaman Mara tadi tu, hari Jumaat lepas aku dapat surat cinta dari MARA. Dalam surat tu menyatakan bahawa dalam masa 14 hari kalau pinjaman tu tak diselesaikan or tak datang bincang dgn MARA, nama aku akan DISENARAI HITAMKAN dari Mara. Bila dah black list tau2 jer lah. Anak nak masuk MRSM ka UITM ka..aku nak buat pinjaman Mara in the future kaa...mmg totallya tak boleh!!!!.

Aku la ni bukan bole terkejut dan stressed2 begini tau. Sure terus kepala ku akan sakit dibuatnya.  Teros aku rasa adrenalin aku mencanak sbb aku rasa darah aku panaas....my blood dah goes upstairssss!!! Takpe...aku tenangkan diri jap, masak for dinner, mandi dan solat. Lepas makan dalam rilek2 gitu..aku ase dalam dkat2 kul 10 kot, lepas aku ckp2 dgn SP, aku sms biras aku tu.

Ayat2 cam biasa jer. Cuma aku kta dalam SMS tu..Akak, u patut pi Mara bincang dgn dorang pasal payment ni. Klau tak bole bayar, I m sure u bole sit down and figure out camne nak sette benda ni. Tolonglah, saya ada anak kak. Mana tau dorang nak belajar dgn Mara nnti later on. Langusng tak bole pasal benda ni. Mana tau saya nak buat pinjaman bisnes dgn Mara nanti..suma hak2 saya tu akan dinafikan pasal benda ni.  Akak dah aniaya saya..aniaya anak2 saya..(padanlah anak sulong ko tu x dapat masuk MRSM ari tu..result dia bkan main bagus dalam PMR, ko antar pi sek sains..dgn alasan MRSM jauh..padahal entah2 mmg tak bole masuk sbb kena black list -ni getus hati aku lah kan).  Akak x patut buat saya macam ni. Saya tolong akak dulu ikhlas tak harap balasan. Tapi saya juga tak harapkan balasan mcm ni..Haaa, amik kau.

Lepas tu x lama dia reply. Dia kata, bisness dia baru nak naek after 7 years tak bole buat apa2 sbb org aniaya (propa..ada aku kesahhh??) so dia kata dia dah start buat payment sebulan 1k..(taktaulah start bila kan), nnti akak bincang and kol pegawai mara tu. Hari Senin nnti akak jumpe dia. Bila u dpat surat tu?? dia tanya . Sbb patutnya dah reduced sbb akak mmg x pernah missed bayar tiap bulan (ntah betul ntah idak). Baca statement dia tu aku panas lah kan. Sbb?? surat tu bertarikh 31hb December hokay!!..agak2 lah kalau nak propa. Aku jwp. Saya tak tau dan tak mau tau. Yg saya tau surat ni ber tarikh 31hb Dec. 

Lepas tu dia reply lagi sms tu..aku baca dan aku tunjuk SP. Tapi SP kata toksah balas..so aku biarkan je SMS tu..yg panjang lebar dgn segala cerita tok nenek. Dia kata la yg dia dah kol pegawai mara tu..(memalam u olls..kul 10 lebih tu) kata cheque tak clear bla bla bla...Aku tak interested nak tau hokay..

SP suruh aku kol sendiri Mara and asked for statment. Betul ke spt apa yg dia kata. Tapi aku ni tak berkesempatan lagi nak telefon and ditambah lagi aku malas nak bersusah payah setelkan bukan loan aku pun kan.  Walaupun berkemungkinan satu hari nanti korang akan nampak nama aku terpampang kat akhbar sbagi PENJAMIN utk org2 yg tak bayar hutang kan!!!. shelaaka sungguh.


So smlm aku dapat SMS biras aku tu..lebih kurang dia kata gini.  N, akak dah pi jumpe pegawai mara semlam dan dah setelkan.Suma cek2 yg akak dah bayar dorang dah akan di clearkan by this week..dan your name will be remove dari penjamin pnye list..(errrk, aku keliru. Dari penjamin ke dari senarai hitam????) Alhamdulillah, akhirnya sumanya selesai..(errk, lagi sekali aku keliru...dah selesai 55K????).  Aku pi dapur tunjuk SP msg dia tu...lepas SP baca..dia kata..Dont reply.dont say anything...biarkan jer. and make sure u check dgn Mara sendiri...well, aku kan isteri mithali..ofkos lah aku ikut jer...hahaha. Cumanya...ada ke sapa2 baca belog aku ni keje dgn Mara??? yg aku bole mintak tolong checkkan status loan tu sama ada payment ada buat ke tak?...sbb maklumlah, dah terkena banyak kali dgn org yg mulut manis ni kan...aku langsung ...read again..LANGSUNG tak percaya!!!!.  oh, lupa pulak aku nak cerita, lepas kejatuhan bisness dorang rumah yg kat ampang tu dorang jual below cost!!!..siap dgn furniture dalam  umah tu sekali. Aku tak tau or tak paham kenapa dorang jual rumah dgn segalamala perabot tu  kan..jual umah harga murah gile2 pulak..kokye tak payah la jual dgn perabot sekali..tu pasal aku kata buat keje tak fikir guna akal...sudahnya bila org dah beli umah tu baru sebok nak amik balik of kos lah org tu tak mo bagi kan??

Dan the best part is, dorang terpaksa berpindah ke rumah lagi satu. Nun kat Puncak alam tu.  Allah maha adil. Dulu dorang kata umah kami jauh..tmpat jin bertendang..Sekarang??? tiap kali sedara mara nak pi umah dorang..hatta MIL pun nak pegi sana sure dorang merungut2 sbb sgt jauuuuuh...sgt jin bertendang!!! .

Mcm aku citer, invoices bersepah2 dalam kereta. Macamna nak kire bisness, nak kira aliran wang tunai keluar masuk??. Salah sorang anak sedara pernah keje buat akaun syarikat dorang pun kata..haywired ...tak pe, bila dorang ckp invoice2 , bill2 suma kena kumpul dan submit to acc sbb senang nak buat costing, nak buat billing kan..Bila ckp sama mam boss...dorang pulak kena marah..abess camno??...

Bila kita berbisness tak kira kecik ke besar ke..ilmu tu penting.  Amalkan ilmu pun sgt penting jugak. Kalau takde ilmu carik..belajar kan..and praktik.  Sbb bisness is about untung rugi..bukan men taraaaaaaaaaam saja...maka sebb itulah, aku sampai skg lebih suka keje dgn org..tak yah pening pala..cukup bulan dapat gaji..at least secured sikit kehidupan kan....insya Allah..kan org kata..what u give is what u getsss......



January 18, 2012

Terkesima

For the first time ever, I m writing this from home. I think i need to express it here before kepala ku meletup mcam kena bom. Sangat sakit kepala ku ketika ini ok.  Dan telah memberi kesan pada org persekitaran dan berkemungkinan sudah ada yg merajuk kerana nya..aku hanya manusia biasa ok. Yg tak mampu menahan maupun mengubah apa yg dah berlaku dan akan berlaku.

Ingat tak in my entry few days ago, aku meluah kan tak puashati pada sesuatu berkaitan kerja?. Ala berkaitan shipment ke Colombia?.  That was the beginning of it.  Mmg aku mengaku ada mengadu dgn operation pnye org at agen side, but honestly aku tak bermaksud langsung sampai ke tahap itu kan. Its just luahan perasaan akibat terlalu lama menahan.  Bak kata org pendam pnye pendam sampai lah meletup. That was it.

Later in the evening today seblum abes waktu keje, aku tgh bersolat asar.  Aku dgr ada call kat tempat aku kan, tapi aku baru je nak bermula solat so malas aku nak layan. Lantak situ lah kan.  Bila aku dah sudah tu aku balik ke tempat aku ..then aku nmpk msg receptionst to return call to si polan.  Org yg bikin aku headache ari senin tu.

Ingatkan its related pasal kerja tapi telahan aku salah bila aku kol balik je terdengar suaranya tengah menangis.  Dia pun start bercerita. Bos dia (GM) which aku juga kenal mamat tu dek kekerekan nya. Maklumlah dulu kan aku keje kat company agent tu before aku keje kat sini.  GM dia panggil dia. Kabarnya mamat tu tuduh dia tak buat keje, salah satunya GM dia sebut, company aku keje banyak komplen about her work about delayed invoice and the best part is dia quoted sekali nama minah operation yg aku mengadu dah meluahkan ketidakpuasan hati aku tu.  Like i said, dah lama aku notice dia pnye work performance, tapi aku ni malas nak bising2. Cuma sebagai manusia, kadang2 aku meluah jugak pada org yg tau dan biasa berurusan dgn dia. True enough memasing pun  pnye masalah sama.  Sipolan tu aku dgr ramai sgt org komplen so bila aku bercerita dgn org2 lain kat company agent tu memasing pun agree on what ever i have said in my previous entry tu.  Akibat dari tu sumalah GM kerek tu beri tau si polan yg 6% her increment for this year been aborted!!!. Mcmana aku tak terkejut. Sumpah demi Allah taala, ketika aku bercerita dgn kwn operation agent tu aku tak bermaksud sampai begini sekali.  Aku mengharapkan someone could tell si polan akan mutu kerja dia yg telah menyusahkan banyak org so that ada perubahan, tau camne nak respon to email or sms. At least acknowledged ke kan. Mana tau suma rupanya jadik begini. Of kos aku rasa sangat2 bersalah dah cuba menenangkan yg pada ketika itu aku cuma fikir dia as kawan.  Dia sedih, keciwa dan sgt tak sangka. Si GM pulak punya bangang quoted nama org, termasuk nama company aku. Kok ye pun lah kans.  Selepas aku tenangkan dia, dia nampak cam ok sikit. Dia kata dia redha kalau benda tu bukan rezeki dia tapi dia tak bole terima tuduhan yg amat berat yg pada dia tak boleh diterima akal.  Then we put down phone sbb dia nk balik.

Aku cepat2 kol balik minah operation agent tu dan ckp kat dia apa yg terjadi. Aku kta bila aku mengadu kat kau aku tidak expect benda ni akan berlaku sebgini. Dan aku rasa sangat bersalah!!.  Yg aku tak suka dia quoted kami berdua atas tindakannya membatalkan increment org tu. Aku luahkan apa yg aku rasa, sedih, simpati of kos rasa kesian jugak kan. Sbb berpunca dari aku suma nya jadik begini, seolah aku menabur pasir dalam periuk org dalam periuk kawan aku sendiri!!. Bila kwn aku tu dgr, dia kata..sebenarnya na, banyak lagi perkara dalaman yg kau tak tau. Dan aku rasa kau pun tak perlu tau sbb kau org luar. Atas suma sbb2 dan faktor2 itulah GM dia amik tindakan.  Dan bukan salah kau or aku kalau dia dapat tndakan sebegtu.  Kau dan aku takde kuasa nak halang increment ke apa. She herself kena muhasabah diri dia sendiri atas apa yg berlaku. For that, aku tak takut dia kata. Cuma mmg takguna si GM gunakan isu kecil tu sebagai alasan dan tak berani menyatakan sebb lain yg sememangnya melibatkan hal2 dalaman. 

Walaupun mendengar tu aku berasa sedikit lega kan, tapi itu tak dapat membuang rasa bersalah aku atas apa yg berlaku. Mmg banyak sgt komplen yg org lain sampaikan pada GM tu dan apa yg aku sampaikan dan luahkan itu hanyalah 5% punca dari yg lelain. Roughly mmg aku salu dgr rakan2 agent yg lain (yg uruskan barang2 lain) mula mengadu pasal si polan tadi exactly cam aku ceritakan kat previous entry hari tu.  Atas sebab2 lain yg besar yg mungkin aku tatau dan aku takmau tau. Yg itu diluar bidang kuasa aku kan.

Bila dah balik sampai ke rumah, aku pun dah takde mood nak buat apa pun. Takde mood langsung!!. Masak apatah lagi.  Rancangan nak beli barang2 kering kat NSK for kenduri pun dah tertunda. Aku dah list down segalamala nak beli dan tunjuk kat SP, bole dia mintak kat kakak kertas lain dan pen untuk tulis balik semula and asked me apa nak beli??? . Macamana aku tak ttab naek angin dan kepala ku mula sakit semula.  Dah terang dan jelas aku listing satu persatu dan aku dah bincang dgn kakak apa nak beli now dia tak percaya my listing dan nak tulis semula???...lantas aku pun tertinggi tone suara.  Nak tulis berapa kali?? dah i tulis semua kat situ, why nak buat keje 2-3x??.  Mendengar tu gaknya, kawan tu teros sentap. Campak kertas dan pen teros melayang.  Being darah yg dah naek ke kepala dan ttba badan berasa panas boleh??...aku malas nak jawap dan berlalu. Malas nak melayan perasan marah aku tu dan terus meluahkan disini..

At least, it been relieved for now.  It will not be sitting inside my head and meletup...Segalanya bercampur baur now dalam hati aku. Marah, geram dan macam2 lagi yg tak tergambar dek kata. Now i terfikir kata2 kawan agen tadi : Siapa kita nak menghalang dia dari dapat increment tu??. Dia patut muhasabah diri dia sendiri on why this thing happen??. Walaupun betul kan, hati masih lagi berkata kenapa tak start with letter ke warning ke or something else rather than completely stop her increment? 6 % if gaji dia 8k (sbb dia level Manager kan) that about 5ratus lebih dan kali setahun tak ke banyak tu??..Kecut hati kecik aku, sbb terasa aku punca dia tak dapat tu suma kan.. :(

I better stop, amik air sembahyang and solat. At least to cool my self down. 

I missed you Mak

Acapkali, bila aku dengan akak sebok2 pasal nak buat kenduri tahlil arwah mak pasti aku bermimpi kan dia.. :'(.


Malam semlam, setelah baik dari sakit kepala, aku macam  biasa lah. Lepas abess CSI Miami jam seploh je berkira2 nak tido dah. Hari sekolah, paling lewat kul 10mlm mesti zzz, kalau tidak pasti mengundang padah nanti.  Resmi nya Amal, selagi aku tak tido mmg dia tak tido. Cuma tahun ni laen sket bila dia dah bersedia nak tido kat bilik sendiri kongsi sama Delin.  Tiap2 malam kalu tak bergaduh dulu sbolm tido tak sah.  Dari bising2 sampai dua2 senyap. Pasal berebut kipas. Gitulah adanya.  Bergantung pada mood, ada masa baik je teros tido ada masa, kalau tak jerit2 dan memekak tak sah!. Karenah anak2 kans.


Lepas letak kepala walaupun SP masih melayan WWF kegemaran dia kat sports channel, aku baca apa2 yg patut terus hanyut.

Ttba, aku rasa berada macam kat rumah mak kat kampung.  Sebok sgt. Sebok nak buat kenduri tahlil 100 hari mak.  Sepupu2 rapat belah arwah pak datang. Mak uda adik arwah pak pun ada. Aku, akak dan beberapa org lagi jiran mak tengah sebok nak membersihkan ayam, nak perap maklum nak buat ayam goreng berempah kot.

Kat satu sudut pulak, kak ipar aku yg aku tak berapa gemar tu pun ada sama. Dalam hati, apehal perempuan ni sebok2 datang ni, selalu tak pernah pun nak datang menolong ke apa.  Kat satu sudut pulak Imah, jiran sebelah umah mak tgh bersembang dgn sepupu aku. Topik apa tak pasti yg aku tau dorang gelak2 gembira.

Bila aku pusing kat satu sudut plak, aku cam nampak kelibat mak. Sebok gak mencari2 barang. Macam carik2 bawang2 nak bagi jiran2 tu tolong kopek kan.  Mula aku rasa cam pelik, eh..mak??..ni nak buat kenduri 100 hari dia. Nape pulak dia ada kat sini???  Wajahnya aku nampak cam bersih je..gembira dan berseri2. Dia memakai baju blaus bunga2 kecil kale pink bersama kain batik yg sering aku lihat dia pakai dulu tu. Rambutnya tersanggul rapi. Baru je aku nak buka mulut panggil ...Makkkkkk!!!

Sedang aku memikir2 gitu, tiba2 ada orang sentuh tangan aku sambil cuba gerak2 kan...aku pikir sapa pulak la goyang2 tangan aku ni. Lantas aku terkejut!!, terus aku terjaga..

Rupanya anakku si Amal, duduk kat tepi katil aku sambil kata 'Ma, amal haus...amal nak minum' katanya..dalam mamai2 gitu aku pimpin tangan dia ke dapur, tuangkan air teh o yg mmg tiap malam akan dibancuh kakak seblum dia tido...laju je dia minum, kehausan mungkin.  Then terus berjalan ke bilik air . Nak kencing katanya.  Gitula resmi dua org. Si amal dan delin kerap terjaga nak mengejutkan aku nak minum..Bila amal dah sudah dari bilik air, aku cuba nak baring semula, cuba nak lelap kan mata, barangkali nak sambung mimpi tak kesampaian memanggil mak.

Tergerak hati nak melihat alarm clock...arggh!!..dah pukul 5.45am rupanya..Aku bermimpi!!.  Ya, aku mimpikan mak..tak sempat dia memaling muka pada aku....aku dah terjaga..  Ah, rindunya aku pada dia..rindunya aku pada senyuman dia...

Alang2 mau melelapkan mata, alang2 jugak amal dah baring kat sebelah menyempit diantara aku dan SP, aku lantas bangun mandi dan menunaikan solat subuh. Sambil mendoakan semoga roh mak sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt....

Lepas abes berdoa...tak semena2 airmata ku tumpah tanpa di paksa...Mak, aku sgt rindu padamu...moga kau tenang di sana ya mak...Insya Allah, tahlil 100 hari buatmu akan menyusul hujung minggu ni..Insya Allah aku dgn kakak tak pernah akan lupa melaksanakannya..kerana kami sangat kasihkan mu..hanya ini sajalah yg mampu kami lakukan setelah kepergianmu..AlFatihah buat mu mak

January 17, 2012

Sakit Kepala.

Aku taktau samada sakit kepala ku ini ada bersangkut paut sama ubat baru tukar, cuaca or benda2 lain yg mmg bikin aku sakit kepala..taktau.

Tapi lately, means lepas tukar ubat blood pressure tu kepala aku salu je jadik sakit.  Ubat biasa yg aku makan tu dah abes.  Salahkan doktor kat Sg besar tu yg bagi aku ubat dah lah mahal giler, pastu susah giler nak carik kat klinik2 kat KL ni. Sajer je tau dr ni nak suh aku kembali ke klinik dia tu.  Haa la, ubat tu ari tu supply for sebulan dia charge aku RM100 mahe ke tak. Padanlah siap tanya aku ada limit claim tak kat compeni, rupanya nak bagi ubat mahal u olls.. Dasar tau dr tu.

Hari Jumaat lepas tu since ubat tu dah abes kan dah 4-5 klinik tnya takde pun satu yg ada ubat tu aku decided nak pi jumpe dr Najihah kat umah aku tu.  Aku tunjuk la dia ubat tu.  True enuff mmg tak supply pun obat tu katanya.

Dia cek aku punya BP dan masa tu tekanan ok ok je. Tak tinggi sangat tak rendah sangat. In border katanya. Pastu dia soh aku terai ubat dia. Aku pernah dah makan ubat tu dulu. Ok je. So aku amik je obat tu..mahal tak mahal dkat enam puluh gak u olls chargenya. Mujur compeni leh bayar balik kan.

Semalam tu, pepagi masuk keje aku dah angin satu badan. Pus pus pnya. Semuanya pasal kerja. Kenapa ye ada org susah sangat nak paham arahan. Nak baca email betul2. Nak reply email??.  Species2 cm ni mmg menyusahkan org tau. Dah la kalau janji tu manjang je mungkir.  Janji nak bagi report sekian2 tapi sampai kering anak tekak dok mintak sampai penat jari jemari ni antar email mintak.  Mmg la dasar species tak peduli perasaan org lain tau.

Aku dah antar email kat dia lama dah. Suh standby barang and pack ready.  Negara yg nak barang tu ialah Colombia. Negara Amerika Selatan ni mmg susah sikit prosedur import dorang.  Byk kerja, byk dokumen. So since aku antar email tu kat dia A WEEK AGO kan, with details and request dari Colombia tentang rega dorang nak letak...bla bla bla.  Boleh tak dia senyap jer. Tak reply pun email tu kata terima..at least ayat NOTED ke hape kan.  So bila dah seminggu, org sana tanya apa status shipment tu.  Dorang dah beritau dalam email kata invoice kena bagi kat dorang dulu tgk, once ok baru shipped. Very clearyly dorang mentioned in the email tu.

Hari Jumaat lepas tu, aku cam dah fed up dia buat tatau no respons ke apa kan, aku antar email kat dia cc kat segalamala org termasuk Colombia party tu. Boleh tak masa dia masuk keja ari ahad tu pun haram dia nak balas apatah lagi nak fwd the shipping documents tu???...mcm jadah tau.

Hari Isnin tu pepagi masuk keje aku nampak email berterbangan pasal mende tu kan, so aku panas hati lah. Haram tak jawap haram tak bgtau apa status. So aku kol dia.  Bole tak dia kata, eh hari khamis tu dah antar ke KLIA for shipping...wat the jad???...aku naek angin lah. Aku kata, u tak baca ke email dorang tu??? nak invoice dulu then baru dorang consent leh antar ke tak. Kalau ur forwarder dah ship out ke colombia mati lah kita smua aku kata..dia kata, ye ke??..ai tak perasan lah email dorang tu..??? Aku suh dia antar skg juga scan email dokument tu dan suruh forwarder to stop the shipment dulu.

Bila dia antar dokumen tu lagi sekali aku panas hati, tangkap kat urat kepala ku....harga dia letak 7k!!. Sedangkan dalam email tu terang2 dorang suruh letak harga dorang USD11k ++ gitu!!!. Mana lah my blood tak goes upstairs u tell me??. haiyoo.

Ni bukan kali pertama tau. Berkali2 dah dia buat mende yg sama tapi atas perkara lain jugak.  Mana aku tak panas hati. Aku ni as fren cubalah nak cover2 dia kan, tapi kalau tiap kali begini matila mak.  Aku sbb ase nak meletup kepala marah..terpaksa carik tempat nak melepas perasaan.  Aku kol Operation pnye org (we worked with agen. So agen yg kena handle suma ni) lepaskan perasaan geram, panas hati segalamala maki. Dan siap pesan kat kawan tu jgn panjangkan hal ni kat manager dia dulu. Sbb aku just nak luah perasaan jer...sakit betul tau..

Finally, mujur lah tak keluar barang tu lagi. Dan aku terpaksa buat few amendemnt on the dokument sblum sent to Colombia. Lepas dorang dah puashati baru lah sumanya ok. Colombia kata proceed to ship,  kan nasib baek tu. Saje je taw carik nahas.

Pasal insiden ni sampai ke malam kepala aku sakit nyunyut jer...lepas siap suma keje2 sekolah amal, aku solat isyak then telan sebijik ponstan...mujur bangun tadi pagi aku rasa segar..hissh, bahana tau...nyusahkan org lain....

January 16, 2012

Dugaan Hidup kita Tak Sama

Minggu lepas, aku ada besesembang dgn kawan baik aku on the phone. Topiknya ialah anak.  Kawan aku tu anak bongsu dia berumur 2 tahun baru je doktor konpem kan punya masalah autisme.  Korang google la carik maksud autisme tu ye. Malas aku nak citer pepanjang dalam sini.  Dia tak tau anak dia ada masalah tu. Cumanya anaknya tak bercakap langsung. Ma, pa langsung tak kuar dari mulut dia. Nak apa2 dia tunjuk je. Org mengamuk je.  Susah nak pay attention specially on eye contact.

Dalam sembang2 tu, aku share lah pengalaman aku. Ye lah kan Delin pun bermasalah cuma masalahnya laen skit. Dyslexia, tapi still ada kurang lebih persamaan sama autisme. Cuma bezanya, delin bole berckap dan paham sikit apa org ckp.  Anak kawan aku tu langsung.

Since dia dah start terapi dgn pakar kat SJMC kan, dia kena pi session sebulan lebih kurang 2x.  Dr nasihatkan lagi kerap dia pegi lagi bagus.  After a year, baru ada eye contact katanya dgn anak dia tu. Lau tak, langsung takde.  Yg aku kesian kat kawan aku tu ialah, suami dia tak berapa nak bagi support sgt2 lah kalau hal2 mcm ni. Walaupun suami dia tu berjawatan engineer kat Syarikat minyak gergasi kat Msia ni.  In terms of sokongan mmg aku tau dan kenal sgt laki dia tu. Mmg kureng.  Laki jenis sbok dgn men bola dia, sebok dgn aktitiviti internet dia, mmg kadang2 tak amik port langsung pasal anak2 apatah lagi pasal umah.  Pendek kata dari dok umah hari minggu tolong bini jaga anak kan, dia rela spent masa bermain bola sepak dgn kawan2 dia sampai ke malam.

So, akhir2 ni kata kawan aku laki dia dah menunjukkan perubahan sedikit. Dah mula amik berat pasal anak2. Ye lah anak2 dah 3 org kan. Dua dah sekolah takkan la suma bini nak uruskan. Dengan keje, dgn anak kecik yg bermasalah..naya lah kan. Dulu kawan aku salu nangis2 mengadu, bercerita dan meluah perasaan akan sikap dan perangai laki dia tu. Pendek kata, jenis tak bole di ajak berbincang dan jenis panas baran dgn gunakan kuasa veto dia jer sebagai suami.

Maybe umor dah masuk 40an gaknya, kawan aku kata adalah perubahan tu sket.  Syukurlah, gaknya laki dia dah perasan kot yg anak dia bermasalah tu tak leh dibiarkan sgt. Ye lah bdak tu kadang2 katanya gelak sorang2. Senyum sorang2. Kalau skg ni ok lah masih kecik sok2 buatnya sampai ke besar gitu tak ke org kata tak betul pulak kan?.

Since kami pun ada masalah dgn delin, kawan aku tanya lah camne SP punya feel towards delin.  Well, aku bersyukur sgt2 lah, walaupun SP tu bukan lah pekerjaannya dari kolar biru pnye kategori cam laki kawan aku tu at least dia sgt byk membantu samada di segi, masa, sokongan...segala2nya lah.  Bahkan kadang2 kalau ada appoinment delin dgn pakar petuturan yg aku x leh nak pegi, dia ok jer bawak delin sendiri.   Dan SP pulak bukan lah IT savvy cam laki kawan aku tu, maka aku kena usaha lebih sikit lah. Carik artikel kat internet pasal masalah delin tu, print dan cerita dgn dia. Kadang2 kena explain kat dia.  Yelah maklum dia kan tau teknikal jer, mende2 gini makanya aku lah yg kena keje keras sikit.   Even kalau ada perbincangan dgn doktor ke, pakar apa2 kat hspital, dia lebih suka dan selesa biar aku yg handle. Dia kata aku  lebih paham terms dalam bahasa inggeris yg doktor cerita tu. Afterall, aku mmg suka membaca berbanding dia kan.

Semua nya tak menjadi masalah kalau kita saling bantu membantu kan.  Pada kami, delin bukanlah sebagai beban bahkan sebgai ujian dari Allah pada kami sekeluarga.  Pendek kata, Allah takkan beri ujian pada hambanya kalau Dia tau hambanya tak leh terima. Gitulah jugak kawan aku tu kata.  Mesti ada hikmahnya kenapa kita jadik insan terpilih gini.

Since aku ni rajin carik sana sini maklumat, baca sana sini..tanya sana sini, aku jugak suggest kawan aku to do the same.  Autisme ada persatuan dia jugak cam dyslexia.  Bole join the persatuan dan berkenalan dgn parents2 yg pnya masalah yg sama. Boleh bertukar fikiran dan juga menambah ilmu. Skg ni zaman dah maju dgn HP pun leh chat..leh google leh serve.

SP dah daftar delin pun kat kebajikan untuk mendapatkan kad OKU (org kelainan upaya) supaya dia bole masuk sekolah khas.  Disamping tu  banyak keistimewaan yg kerajaan bagi pada golongan OKU.  Aku pun ckp benda yg sama kat kawan aku tu.  Moga2 dgn itu di masa depan anak kita tu senang nak buat apa2 pun kan. Nak berdikari. Kawan aku tu ada gak kata, kalau dia confirm accept dr diagnois anaknya as autisme, makanya insurans tak cover. Bermaksud kalau dia nak teruskan sessi kat SJMC harus lah kuarkan duit poket sendiri gitu.  So dia agak bimbang lah kan.  SJMC tu harus bill bnyak giler. One thing kawan aku ni cepat sgt menyerah nya tau.

Aku kata SJMC tu private hspital.  Kenapa nak pergi private dgn kos yg mahal sedangkan kat hspital kerajaan pun ada pakar jugak. Bayaran jugak minimal jer.  RM5 per visit dgn pakar.  Mcm2 alasan kawan aku tu, katanya kat hspital kerajaan lama menunggu bla bla bla..well, tu lah harga yg kita bayar kan. U gain some U lose some org putih kata.  For me aku dont mind nak pi Hsptal kerajaan pun. Tunggu lama sikit, tapi hasilnya tetap memberangsangkan jugak.  Kalau pi hspital berbayar pun bukan terus terusan bdak tu bole ckp kan?. Delin took 1 year untuk perbetulkan pertuturan dia. Now masih on going lagi. Like i said, we never give up!!.

Lantakla tunggu lama ke apa kan.  Yg penting kita kena berusaha.  Kalau kita tak bersusah payah korban masa tenaga, wang ringgit untuk dia siapa lagi?? and as parents dua2 pun kena kuat, kena tabah. Saling sokong menyokong utk kebaikan anak tu jugak.  Pada aku hendak seribu daya, tak hendak seribu lah dalihnya.

As a friend aku suggest kat dia to discuss dgn dr tu. Pasti doktor tu bole rujukkan ke mana2 hospital kerajaan. Kwan aku tu kata off dia susah nak time off, dtg lewat for appointment kehape, jadiknya kena amik cuti, again kat sini dua2 org kena memain peranan. Kenalah bergilir2 .Kenalah tak turn amik cuti kan kalau tak boleh. Even kami pun salu gak SP amik cuti.  Mcm opis aku tak berapa kesah sgt, sbb dorang tau masalah aku, masalah delin mmg kena pi therapi sebulan sekali or dua kali, so datang lewat skit dorang tak kesah. Lgpun bukan kita menipu pun kan. Aku pasti majikan akan bertolak ansur jer.  Aku beruntung sgt sbb majikan aku sgt prihatin. Tak pernah persoalkan pun kalau aku dtg lewat sbb appointment. Dengan syarat aku maklumla dorang dulu.  Ada masa kami mintak je time chit kat Dr tu as a proved kan.  Ada masa amik jer cuti pun. Takde hal.

Bila Allah beri dugaan pada kita, maka kita adalah insan terpilih dari yg ramai kan.  Justeru kita kena salu berlapang dada dan berdoa.  Semoga segalanya di permudahkan urusan dunia dan akhirat.  Kalau kita as parents tak bersusah payah untuk anak2 begini sapa lagi??.  Mesti ada hikmahnya Allah beri pada kita. Mana kita tau ntah2 anak2 istimewa ni lah yg satu hari esok jga kita sampai ke akhir hayat kan.

I dont mind mengaku ada ada mcm delin. Bahkan I m glad kalau bole share pengalaman, ilmu dan segala benda yg dah kami lalui  untuk kawan2 yg lain. Sbb tu selalu je aku made new friends dgn parents2 yg lain tu kalau terjumpa kat sessi therapist. Yg ada tu putus asa dah, taktau nak buat apa.

Aku cukup taksuka org yg mudah putus asa dan menyerah kalah.  Kita mesti kuat, mesti carik jalan berusaha untuk anak2 cam tu. Bukan dorang mintak pun jadik macam tu . Apalah daya dorang kalau kita parents sendiri tak berusaha untuk mereka.

Tak kira apa masalah anak kita, kita kena selalu beringat.  Sekurangnya Allah tak beri anak2 kita cacat fizikal, tak beri cacat mental kan. Cuma sedikit kekurangan je dari kanak2 yg lain. Ada sebb Allah beri keistimewaan tu pada kita kan.

For us, having delin sgt menguji kesabaran dan kasih sayang antara kami suami isteri dan seisi keluarga. Segala urusan delin kami bergilir2 laksanakan ataupun kami bersama2 laksanakan. Well, mmg cabaran besar lah kan, terutama ada anak2 lain yg perlu perhatian yg sama. Sebagai parents kami cuba buat yg terbaik dan tak pernah beza2kan kasih sayang antara mereka. Sapa yg nakal dan  buat salah perlu di pukul mmg akan dipukul. Yg perlu dimarah mmg akan di marah juga.  Takde istilah dia salah..kalau sorang buat hal, tiga2 akan terima akibatnya. Gitulah.

Nasihat ku pada kawan2 dan diri sendiri, usaha dan ikhtiar. Berdoa banyak2.  Mintak dgn Allah byak2.  Beri kanak2 begini makan supplement, makan kismis, minum jus kurma dan apa saja yg kita rasa bole membantu.  Dulu masa mula2 delin bermasalah hyperactive, kami beri dia examo.  Persedian herba.  Alhamdulillah byk mmbantu. Tapi kena juga aware mende yg bole menymbang pada hyper active tu.  Benda2 manis mcm gula2, air berkarbonat, coklat, aiskerim dan sewaktu dgnnya mmg kami elakkan kalau boleh. Bahkan dirumah pun sama. Kami paksa dia minum air kosong bnyak2. Dan elakkan dia makan junk.  Since dah terbiasa agaknya, sampai skg dia terbiasa so dia pun x suka aiskerim cam bdak lain. Tak suka langsung coklat. Cuma tang gula2 tu lemah sket.

Yg penting, kita as parents pun kena sentiasa berdoa untuk dia. Kena explain betul2 kat anak2 yg lain masalah dia so that yg lain aware. Yg lain paham. Kalau bdak2 takde bermasalah pasti dorang akan tau apa yg kita nak dan maksudkan.

Like us, anak2 yg lain sgt alert dan prihatin.  Kalu keluar ke mana2 ke shopping complex masing2 dah aware dan alert dgn delin. Pantang dia gerak, pasti salah sorang akan cepat jerit beritau.  Pengalaman hilang beberapa kali kat pasar mmg beri kami suma pengajaran. Untunglah, sbb anak2 yg lain tu sgt berkerjasama. Terutama kakak yg sulong yg sentiasa jer byk membantu samada di rumah ataupun di luar.  Yg pasti...apa yg penting..kerjasama..Insya Allah

January 13, 2012

Mari kenal apa itu Kekwat

Aku tatau perkataan kekwat tu berasal dari mana.  Kek aku tau la..Wat tu apa ntah.  Tapi menurut pakar bahasa prof adi kekwats..kekwats itu adalah ala2 berlagak, eksyen sombong sket gitu...kan Adi??..Aku pulak belajar guna pakai perkataan kekwats ni dari fesbuk lah.

Ada satu golongan lagi kat Fesbuk (antara frens2 list aku lah kan) ialah golongan kekwat.  Kekwat pulak ada dua. Kekwat lawak -jadik kekwat semata2 nak buat happening, Kekwat Berlagak giler- Haa, ni betul2 bodoh sombong dan berlagak bagus pnye kekwat neh.

Biasanya kekwats nak buat happening ni berlaku dikalangan yg rapat2 sahaja. Yang bole bertepuk tampar dalam fesbuk tanpa meninggalkan kesan emosi dan spiritual dalam diri memasing. Pendek kata kalau dia kekwats sikit kita tak terasa, sbb kita kenal hati budinya, kita kenal rupa parasnya di luar alam fesbuk (base jumpa huhahuha la kan) jadi kalau dia nak ala2 menyombong dgn stement berlagak dia tu kita pun tak heran dah. Pendek kata, takkan sentap punyalah.

Well, aku ni bukan la jenis cepat sentap. Tapi aku ni jenis cepat menyampah dgn org yg kekwat tak bertempat ni.  First of all, bukan kita yg mengadd dia kan.  Dia yg sebok2 terjoin group kekwats happening ni. Dia add kita pun sbb thru kawan kita. Pendek kata, datang dia kita tak undang, pergi dia kita tak halau. 

Dalam kategori kekwat happening pun ada juga species2 begini. Gurau tak kena tempat, laser tak kena tempat. Bak kata org hagak2 lah nak menulis apa2 pun.  Ni tak, mende yg dia tulis tu sungguh tak masuk akal langsung.  Ko dah tau org tu mmg keja dia memasak kan, agak2 nak bergurau lah pun. Ni tak buat stetmen 'ko ada kurap, sapa lah nak makan kat kedai ko?'..bukan ke melampau bunyinya gurauan itu.  Kok  ye pun kan. Dah tentu fesbuk si tukang masak tu dibaca dek berjuta org, maybe beribu pelanggan yg pernah datang ke kedai dia tuk makan. Tak ke menimbulkan fitnah di situ??

Lagi satu species kekwat ialah, dia rasa dialah je yg pandai. Mentang dia pangkat boss kan. Suma org cakap suma tak betul. Semua pendapat org dia nak sangkal. Walhal kadangkala org letak tu adalah ayat2 mutiara kata pun.  Mesti dia akan jawap and against the other way round.  Aku mmg pasan dah dari mula lagi, tapi like i said wat bodoh kekwat je. Bo layan.

Aku salu letak mutiara kata kat wall dalam bahasa omputih.  Bukan dari aku pun. Mmg ada satu matsalleh tmpat aku ni mmg tiap hari akan email mutiara kata yg berlainan. Jadi kadangkala aku rsa nak share benda2 tu aku post lah kat wall.  Ada jer species kekwat yg akan jawap.  Dalam bahasa inggeris gak, tapi salu je against apa yg tertulis kat situ..Kekwats kan?.  Nak tunjuk lah yg dia pandai sgt bahasa inggeris ke hape taktau lah aku..most of the time aku ignored je apa yg dia reply tu..huh, tak kuasa u olls.

Yg ada pulak sgt kekwats pasal apa mende makan yg kita cerita kat wall.  Bole pulak tu mengata org try to menipu lak pulak sedangkan kadangkala kita tersilap tulis, terlupa nak boh koma ke apa kan.  Tolonglah, particular sgt sampai mencari setiap inci dan penjuru salah orang so that ko bole hentam ..apa tujuan? nak tunjuk kau tu pandai lah kan, ko tu bagus dan tau segala mala lah kan?.  Hissh, malang betul la tabiat ko ni tau.  Yg paling ketara ialah  bila satu hari aku terlupa letak koma..alkisahnya cerita pasal makan jepun kat one of the hotel.  Yg mana ada main course dan buffet. Main coursenya tu aku choose for lobster (yg stuffed with cheese ntah hape jadah tu) dan aku bantai tempura kaw2..best giler tempuranya tu...masa aku tulis citer kat kwan aku makan lobster tempura....aku terlupa letak koma U ools.....wah bukan men lagi dia bantai aku.  Kata aku kantoi menipu makan kat hotel la kununnya kot. Sbb katanya tak pernah org buat lobster tempura. Cuma org buat udang harimau tempura je katanya..See??. Tau lah dia tu SANGAT PANDAI memasak hokay. ADA KELULUSAN UNI utk bidang masakan nih haa...tapi usahlah bongkak sgt u OOls kan..kita bukan la kokak sgt , bukan lah bodoh sangat..dan yg penting hati tak busuk sgt nak memperbodohkan org yg tak pernah makan kat hotel apalagi makan lobster kan...takde niat langsung ...tapi dia pulak lebih2 ..Siap kata kita kantoi menipu..apa barangg??

Dah tu dia kalau citer makan tempat mahal2 cam bongkak sgt. Mcm dia je mampu makan tempat mahal..cam dia je tau menu2 apa yg best. Org len suma taktau. Padahal, org dah makan dan rasa hampir seluruh hotel berbintang2 kat area KL ni takde ckp apa pun. Yg org nak share cuma sedap ke tak, best ke tak tu je.  Idak lah berniat nak bodoh2kan org kampung gitu kan.

Restoran2 besar2 dan mahal tu cam dia jer tau sgt. Padahal nya kita ni off kat depan KLCC jer. Anytime je nak pegi makan2 memana pun...free lagik bila company belanja kanss. Setelah bertahun2 kerja ni manjang je dpat makan kat tempat best2 free..jadik apa barang nak berlagak sgt2 kan. Kalau harap duit sendiri mmg la tak mampu kan.

Bila org cerita pasal makanan, masakan harus je mencelah. Pastu buat statemen2 maut yg kadangkala memalukan org. Pe bende tu?.  Harus lah bila ada peluang mmg aku basuh cukup2 dgn ayat yg sungguh berhemah gitukan.

Kalau kita ni tak ego, rendah hati kan sudah tentu kita bole je terima pendapat org lain dgn hati dan minda yg terbuka.  Bukan susah sgt pun.  Buang ke tepi kejap ego tu.  Mentang ko boss, ko je la salu betul..gitu?..kuli suma salah. Kuli suma bodoh?.  Mana bole ko treat suma org, kwan2 macam ko treat kuli kau kan.  Kawan2 bukan kuli ko. Pay some respect lah pada kawan. Baru kawan2 respect.  Respect ni org earn tau. Imbal balik dari apa yg ko beri kat org. Bukan kena paksaan.  Dah tentu2 ko sombong, bongkak dgn org, tu pasal org pun treat ko the other way round kans..what you give is what you get u ools..Jadik kalau nak org baik dgn ko, ko kena baik dgn org kan..as simple as that.  Rendah hati dan rendah diri dgn org, org pun akan buat gitu dgn ko..

Kadang2 kekwat sgt, kutuk kerajaan memacam.  Tu salah, ni salah..tapi bila kerajaan bagi  bantuan tu ko pi amik..bahkan ko yg memula tunjuk muka nak kutip bantuan tu kan..dasar. Kutuk Pas memacam lah bagai..bila Pas bagi bantuan kewangan, waaah laju jer amik kanss.  Itu lah masalah org kekwat lagi bodoh sombong ni tau.  Susah sgt nak ckp. 

Org meroyan pasal tgk cinta elyssa, pasal Dhia dia kutuk cukup2. Kata apalah layan citer melayu bla blabla. Bila org layan ombak rindu plak..kutuk lagi, apalah tak men lah citer jiwang karats gitu, cite melayu tipu bodoh2 gitu.  Tak logik bla bla..tapi dendiam2 ko sendiri layan tonton.com sampai abess 28 episod kansss?.  Hipokrit sungguh.  Kutuk lagi, org suka tgk citer melayu ni org yg jiwang2 terlampau, layan perasaan sgt lah kununnya..dendiam ko layan novel melayu..cinte pulak tu....ada ke org kutuk2 kau pun? takde kan, walaupun hakikatnya di luar fesbuk berbakul2 pulak kami membahan ko..kakaka, kasian tau org cam ni.  Pelis lah org kata.

Sbb tu bila dapat peluang nak basuh dia cara berhemah kan, aku bagi cukup2. Bukanlah cacian atau makian, sekadar ayat power yg mmg kalau dia baca dia sentap..sohih lah dia org yg macam kekwats bodoh sombong kan. Nak2 lagi ramai pulak yg me'like' komen aku tu tanda bersetuju, aku kira bertambah2 sentap lah dia u ools.

So dua tiga hari ni aku tak tgk dia komen apa2 kat wall aku. Aku pun tak kuasa nak komen apa2 kat wall dia. Afterall, dia yg datang kat fesbuk  aku kan, add aku, tagged aku dgn gambar memacam yg dia makan, dia beli  bla bla bla. Bila dia tak datang lagi kat wall aku pun..."ada aku kesah'??

Jadik, marilah kita sentiasa berasa rendah diri dan rendah hati.  Bahawasanya kita manusia ni sama jer tak kira kita kaya ka miskin ka..bos ka kuli kaa...suma org berhak dihormati.  Kerana apabila kita berikan yg terbaik pada org pada sekeliling...maka yg terbaik lah akan kita dapat sebagai pulangan nyaa...

Sekian...salam hari jumaat...renung2kanlah..selamat beramal U olllsss


January 11, 2012

Bila Propaa..

Aku tatau la org laen. Tapi bagi aku, aku tak suka hidup propa. Means propa lah. Tunjuk kat org memacam bagus jer..tapi hakikatnya.. Ya Allah..tuhan je yg tau.

As a wife terutamanya aku salu remind my self, tak mo post gambar2 tak sepertinya kat fesbuk. Tak mo lah mengata pasangan seumur hidupku kat FB walaupun kadangkala bergaduh bagai nak rak. Berperang ngalahkan perang dunia ketiga.  For me, ada benda yg kena keep P & C tak kira walau apa pun.  Cumanya kalau ibaratnya takde tempat sesuai mengadu ke hape, mengadu lah kat belog kan.  Luahan perasaan. Kadang mengadu kat fb gak, tapi post tu terkwal. Mean org2 tertentu je leh baca leh komen dan leh gitu gini kan.

Hokay, hokay..benarnya aku nak luahkan hati pasal ada kawan2 kat fesbuk yg hidup suka sgt propa.  Seorang wanita ni, mmg suka sgt propa dalam fesbuk konon dia lah paling suci, hati paling bersih dan perangai paling baik. Pendek kata ala2 perempuan melayu terakhir lah kan. Setiap kali post kat fesbuk pasti vogue the vazz gitu.  Pasti menyatakan yg dia pi baca yasin bagai. Mendoakan kebaikan org bla bla bla..tapi hakikatnya u olls mulut macam puaka. Hati busuk macam sampah alam flora dan of kos perangai masya Allah, tuhan je yg tau.

Yang aku tak tahan tu manjang puji diri sendiri. Terover taw. Dialah paling buat kueh sedap, dia lah paling baek hati kunun. Tapi kat luar FB mendajal sungguh.  Tapi gitulah kehidupan kan. Ada org mmg suka di puji suka diampu.  Suka juga menunjuk2 kan bahawasanya dialah paling baik paling sopan...padahal dia lah paling PROPA ok.  Pastu nak tunjuk pulak siap gunakan nama org lain utk menjalankan kerja2 jahat dia ..hm sungguh tak elok kan.  Mesti org yg tak kenal dia ingat suci muci u olls kan..ish..walhal kes2 memalukan dia bersepah org tau.  Dia silap sbb dia ingat org tak taw..kakaka...kasian.

Yg kes kedua pulak, macam bagus jer getus hati kalau tgk gambar yg dia post.  Ala, gambar gelang emas lima inci tebal kan..pastu buat tajuk ..Terima kasih ayang...wallah...sedih sedih u ools.  Sbb gelang tu sendiri yg beli...dia ingat org taktau la kan. Mesti kawan2 lain yg taktau citer sebenar akan  berpikir, wah baeknya laki dia bagi gelang emas adiah besday..tebal 5 inci u ools..(bukan cam ko ahkak geli ooi, kena paw laki dulu..wakakaka.).walhal sebenarnya beli sendiri...

Paling parah, laki pulak jenis langsung tak mo amik tau pasal perbelanjaan rumah, perbelanjaan sekolah anak. Tak mo peduli nak tolong jaga anak pun u olls. Anak berak smpai kertang taik dalam pampers tu. Namun nak tolong cuci dan bersihkan haram.

Bila taim2 sebok nak sekolah pun gitu.  Laki haram takmo peduli pun nak gi sekolah bayar duit yuran ke hapa ..paling parah, anak sebok2 buat persiapan sekolah, dia pi karoke sampai ke pagi..apa barang???  Jadik aku kalau tgk2 benda2 propa begini ase menyampah u olls. Lebih2 lagi kalau kawan tu sendiri salu bercerita kat kita mengadu nasib dia begitu begini tension sama laki yg tak amik peduli langsung bbla bla. And sebagai kawan kita bagi la nasihat ..bagi idea camne nak solved the problem. Tapi ibaratnya cam mencurah air kat daun keladi. Ada masa menangis2 kwan tadi tu mengadu naseb perihal laki dia. Dari mula bercinta, kawin sampai anak 4 ekor, laki dia tak pernah berubah perangai. Dan kawan aku yg sabar tadi tu telan segalanya..konon sbb anak2.

Jadik bila mananya dia post kat fb gambar gelang 5 inci tu dgn statement gitu, aku rasa sungguh lucu. Lantas hati ni mengetus..(getus lagi, berjangkit ahkak geli la ni) hok oloh...nak bgtau suma org laki dia romantik ker hapew ni?..perlu ke nak ckap terima kasih ayang..padahal dia tak add pun lakinya dalam FB dia..cer citer cerciter..  Jadi pada aku niatnya satu je..nak menunjuk2 kan..nak propa..

Org laen tu memacam gak laki  bagi kan ..ye dak ahkak geli??..kiki. Idak ler buat propa statment gitu. Lenla ko add laki ko dalm fb ko itewww......kansss?.

Jadik, aku menyeru kwan2 dan diri sendiri, hentikan lah sifat2 propa ini dari dalam diri kita. Jadik lah diri kita sendiri. Tak perlu hidup dgn pujian2 walhal hakikatnya kita je yg tau.  Biarlah berserderhana org kata.  Kalau nak tunjuk gambar ke hape agak2 lah pada org2 tertentu dan kawan rapat jer. Bukan seluruh alam maya fesbuk ya..takut2 nanti dikhuatiri jadik riak pulak.

Ingat, Allah tak suka org yg riak dan menunjuk2 kebaikan atau apa pun ya...Salam, sekian tazkirah saya..

January 9, 2012

Mari Ukur JJ Anggun

Entry jejaka pasan patutnya hari sabtu tu kan. Tapinya kalau di rumah laptop sudah diconquer dek dua org bdak yg asik bergaduhan tu, aku give up.  Tu pasal ari ni ada dua entry yg ala2 tertangguh gitu adanya.


Alkesahnya kat umah aku tu baru la di buka JJ aka AEON soping kompleks katanya.  Rasminya di bukak masa 19hb Dec tu benarnya. Yg mana pada hari tu, jalan nak balik umah aku jammed tahap giler bab* (ye..ini baru ayat memaki kanss...) yg mana jugak anak2 merengek2 ajak pi pada hari pembukaan rasminya.   Ye lah, si Amal tu dok menghitung hari dan monitor kalender u olls akan grand opening tu kans. Sekeras2 hati bapak takmo gi le kununnya sbb jam terlampau masa balik keje, dgn anak2 maka cair lah hati keras bapak itu. Ya, 19hb itu ada bersamaan hari senin yu olls. Hari Keje.  Mmg tahap gile babas punya pack. Entah cina dari ceruk mana, india dari estet mana dan melayu2 ofkos indon2 dari kongsi mana berpusu2 gak ke sana.  Kami pun salah sorang dari nya.  Masa tu nak beli hape pun x leh. Mmg padat giler. Nak makan pun abess u olls mkanan kat food court nya. Masa tu belum ukur lagi so tak tau ceruk mana ada kedai makan sedap kans.  Janjinya adalah pi lagi lenkali.

Kali kedua pi masa MIL ada kat umah. Saje la bawak org tua tu jalan2 carik makan.  Ke Pizza hut peginya.   Well org tua tu mana pandai makan pizza, saje je cucu nak aniaya ajak ke situ kan, dia on jer.  Masa tu sempat gak silau2 tgk2 mana2 kedai, dok telek2 dan belek apa yg ada kat JJ tu. That was 2nd time pi..

Hari Jumaat lepas tu kan, bdak2 merengek ajak pi makan.  Kononnya nak saturday nite fever la kan, ajak la lagi pi JJ buat kesekian kalinya. For tepat lagi buat kali ke 3.

Hari Jumaat tu lepas maghrib pi ler 5 beranak ni ke JJ.  Makan kat orchid cafe.  Mmg not bad jugak makanannya. Haruslah sgt padan dgn reganya yg agak mahal. RM60hengget for 4 hidangan. Dasar kan, tengah2 bulan pun belanja gitu for makan2 ish..



Ni namanya Chicken thai style rice. Reganya Rm6.90

Apapun teh tarek kat cafe tu walaupun mahal mmg sedap lagi menggiurkan reganya RM3.90......tgk la cawannya..best kan..besar gitu.



Hari sabtu tu pulak, mcm base pepagi pi BF. Balik masak for lunch. Dgn lauk ala2 malas gitu.  Bila dah lepas makan tido berjemaah la jwpnya.  Bila bangun tido tekak aku ni gatal jer nak makan asam laksa. Lebih tepat lagi asam laksa JJ. Aku tau JJ kat mid valley tu laksa dia mmg superb sedap. Jadi dgn konfidennya aku ajak dorang pi JJ lagi tuk minum petang sambil makan laksa u ools..dasar kan..

Mana tau berpusing keliling kat dalam JJ tu tak jumpa pun kedai yg jual laksa. Cam haram je tau sbb apa?? sbb bukan men cantek lagi gambar laksa dalam mangkuk dok buat iklan kat depan food avenue tu. Benci aku.  Bila dah alang2 datang gitu kan, takkan nak kuar pi tmpat lain pulak. Dah la parking JJ tu free sampai 8hb jer. Pas ni lau nak pegi kena bayar 3 hengget kot paking dia.

Nak tak nak, layan jer la apa ada.  Takat mee goreng pedas sama meehun thai.  Kakak layan nasik putih sweet sour ciken. Tu pun dari food avenue lah. Gitu pnye hidangan pun dah makan 30 hengget lebih u olls..harus kopak sakan mak gini kan..






Ni lah gambar2 buat aku sakit hati u ools. Bukan men cantik lagi letak gambar laksa tu..nun kat kepala delin tu..yet, laksanya?? haram takde langsung pun.

Smlm pulak, hari ahad yg syahdu. Mana tak syahdu dah bebrapa hari panas berdengkang smlm tu coce ala2 santai jer. Tk panas sgt. Sedang2 jer.  Bahana layan cite hantu kat citra sampai kul 2 pagi ko, anak beranak bungkang bantai bangun kul bape. Aku pun tersubuh gajah sbb kul 7 baru sadar. Layan lagi..tapi citer hantu siam u olls, kalau layan mmg seram nak mampus..(again, ni ayat memaki ye..hikhik). Dah lewat gak kami kuar bfast.  Benarnya sabtu malam tu tergerak hati dah nak ajak SP ngemas bilik tgah yg mmg delin dah jadikan mcm sarang kucing nak beranak. Dgn kaen baju bersepah. Pening pala aku dah tgknya..so janjinya ari ahad nak mengerjakan suma tu.  Balik BF tu yg dewasa (aku, SP dan kakak) memulakan operasi pembersihan.  Mak ai berbungkus2 sampah u olls. Fengsan.

Dah buat kemas mengemas bagai, takkan mak nak sebok2 masak bagai kan. Lepas sudah sumanya, kami gi kuar makan kat luar je tengahari tu.  Penat nya tak terkata, tapi tgk bilik delin dah kemas sesgt tu aah, rasa puas hati sgt. Lepas ni klau dia menyepah siap ler dia.



Dekat corner tu ada satu almari before this, tapi dok kumbah sana sini sampai tercabut almri tu kami decided nak get rid off je almari tu menyemak.  Lepas dah kemas letak 2 lappy kat situ..Wi fi pun sama lantak ler kamu berdua kat situ nak men game..

Dah balik dari makan tghari kat luar, sambung aktiviti lagi sampai la ke petang.  Kul 3 lebih, kakak start gosok baju sekolah. Minggu ni mmg masak sbb full week hari sekolah, masak ler..mujo ada anak dara aku sorang ni. Rajin gosok baju dia dan adik2. Baju keje aku dgn SP aku gosok sendiri jer, kesian plak kat dia gosok bebyk gitu kan.



Sempat la lelap jap masa kakak gosok baju tu. Ye lah, malam tido kul 2 bahana tgk citer hantu siam kan, harus ting tong kepala mak ni.  Natijahnya, harus tido barang sejam dua kans...

Lepas solat asar dalam kul 6 lebih kot pi balik mengukur JJ buat keakhir kalinya. Sementara parking free SP kata..ye lah tu.  Kali ni kami decided to choose for chicken rice shop pulak u ools.  Kali ni bapak ler  belanja kan, asik mak jer tokeh balak pun bengkrap u olls.  Tgk lah gaya depa ni bukan men lagi kalau dapat keluar ..posing saja.

Dah kemas umah gosok baju siap segala kan, pelagi baru best nak  berjalan mengukur JJ sampai abis.  Sementelah almari bbudak dah kena buang, aku perlu tempat hang baju tuk pakaian sekolah mereka yg dah siap di gosok...melabur lah gak beli tmpat hang baju stainless steel kat jj tu bernilai RM19.90. Harus diingat, kali ini semua perbelanjaan di tanggung oleh dek bapak pulaks..

Gitu gini, jalan sana sini, dah nak maghrib pulak. Ngada2 pulak SP aku ni ajak jalan ukur pasar malam la pulak. So usahan mengukur JJ berakhir dgn jayanya smlm sbb semua ceruk inci dah tau. Siap solat maghrib gitu walupun JJ dgn umah jaraknya 5 min drive. dan pas ni aku tak yah sesusah pi RHB kat pekan rawang meredah segala jam tu sbb kat JJ dah ada RHB cash deposit.. see?? untung gak kan ukur setiap inci dan ruang gitu...



Dan lepas solat kat surau JJ yg luas, bersih dan canteek itu kami gerak ke pasar malam BCH pulak. Ukur dari ujung ke ujung pulak sbb SP katanya nak beli ulam2 man.  Anak2 mengecek mak beli dompet lah, jam lah, selipar lah..memacam lagik tu.Alah takat jam 5 hengget tu, purse 2 hengget buleh je mak layan..See, tu pasal taim beli2 mmg carik mak je sbb mak sgt pemurah u olls....

Bila dah abis ukur tu dah kul 9 mlam.  Natijah betul ukur sana ukur sini sampai sakit kaki aku nih.  Sampai umah sambung lipaat kain yg bertimbun2 tu sampai abess.  Dan selesai suma tugasan kul 10 lebih langsung beradu, mengumpul kekuatan, tenaga dan iltizam utk bersiap siaga melayan rushing selama 5 hari berkerja dan bersekolah berturut2 minggu ni...Masak......

PERASAN !!

Pernah dengar phrase ini " biar kita ditimpa perasaan, jangan kita ditimpa perasan!!". Well said indeed kans?.


Alkisahnya hari jemaat yg syahdu mnggu lepas tu, mcm biasa lah aku diarahkan buat satu tugasan. Iaitu menguruskan satu engineer untuk naik ke rig for offshore job.  Kebiasaannya kalau JLO yg suruh aku buat for sure dia akan bersiapsiaga dari awal2 sgt. Check itu check ini, get ready itu dan ini.  Bit annoying gak kalau dia yg suruh sbb dia kan gabra gitu.  Tapi in other hand bagus gak sbb dia ada good planning, so that seblom engineer pi rig, suma nya udah cukup.  Tau je lah nak pi offshore, safety adalah paling important.  Regardless, other oil company laen prosedur nya. Gitula adanya.  So, the same engineer, an indon guy yg mmg aku kenal sgt2 di perlukan untuk offshore job tapi for other customer.

This customer pulak requirement nya lain dari selalu. Memerlukan engineer pnye safety green kad.  Hak tu mmg kena apply in advance lah of course kan.

Jadahnya, jumaat lepas tu pepagi aku bukan email aku nampak lah ada movement the same mamat indon for the next job.  Aku pulak di arahkan buat arrangement for hotels, flight, inbound transportation bla bla bla..but NO ONE notified yg dia ni kena ada green safety kad tu.  All his details mmg aku ada simpan kan, tapi dorang tak tanya aku mamat ni ada ke dak, so why aku bother nak sibok2.  There are few other engineer yg mmg dah ada green kad tu, tapi dorang choose import from Indon kan.

Aku buat suma arrangement by noon kot, suma siap. Hotel, taxi, flight etc etc.  Ttba one of the sales ppl (lets kol him JP - Jejaka or rather Jantan Perasan) tanya kat aku mamat ni ada green kad ke dak?, automatik lah aku kata takde kan, sbb aku simpan suma engineers details and I HAD Never apply kan pun for him.

Starting with that, suma pun dah gelabah tenuk.  The first chinese manager (lets kol him Mr T-) yg mula2 buat arrangement ni suma dah gelabah giler.  Sbb mmg mamat indon tu confirmed tak leh naek ke offshore lah tanpa the green kad tu.  Shows begins !!!

Si JP pulak, dah tentu2 customer tu dia pnye dia pulak coming to the loop konon nak jadi rescue guy lah kan. Rushing for the process. Rushing the agent yg kena submit menda tu suma dan at the same time rushing aku lah jugak kan.

Process tu required so many things on personal particular of the engineer. Nak gambar, alamat umah, nama bini, alamat and no tepon bla bla bla bla.  The application proces tu baru nak buat tika kala jam 3 ptg.  Of kos lah membebel cik agent aku tu.  Aku pun bebel sama. Si JP pulak penuh keyakinan kata leh setel the matter petang tu gak. Dia lah kunun nak pi jmpe customer tu dan expedite the process.

Aku ni hehari dah datang awal balik lewat, so hari jemaat aku nak la sesekali balik awal. Awal tak awal kul 5 jer.  Bengang lah jugak kan taim nak balik kena rushing gitu gini bagai. Membebel ofkos lah kan. Manusia cam aku bukan mustahil.  Tapi dalam membebel2 pun aku siapkan suma keje, infact aku lewat balik 15-20mins sbb nak buat scanning bagai.  And aku told the cik agent, lepas abess suma aku fwdkan scanning tu aku nak balik.  Cik agen pun sempat gak kol, bebel2 kat aku. Bebel kat JP.  JP biasalah, rasa diri tu bagus sgt, sapa suruh pandai2 kata nak setel tu masa tu gak kan, customer yg dia nak jmpe tu kekdahnya, lepas jemaat teros cabut kot. Langsung hilang.

Masa kecoh2 gitu Mr T manager tu, suka hati dia je cuci tangan. Kul 4 ptg dia balik u olls, tinggalkan suma taik dia untuk kami2 ni buat clearance for him dan cuci la kan. Bengang ke tak??. Dah la at first place ko buat arrangement suka2 taktanya kat orang kan, yet bila dah jadik cam ni, ko lenggang kangkung je lepas tangan. Hangin lah satu badan kan.  Infact, org yg aku paling hangin ialah Mr T lah.  Ni bukan kali pertama dia buat gini.  Sekali dulu pun sama. Marah2 aku pasal org lain tak buat keje. Pasal org lain tak settle the arrangement padahal 3 email aku antar kat org tu, phone kol lagik!. Too bad kalau lembap salahkan pulak kat aku mmg aku marah sokmo lah kan!  So hakikatnya, aku sgt bengang dgn Mr T bukan JP.

Gedabak gedebuk, bila dah ada kat umah. Masa santai2 lepak, aku tulis la kat fb aku statusnya begini :

'Hehari aku masuk awal, balik lewat. Jadik Hari Jumaat aku nak balik awal sket.  Tapi ada pulak kerja urgent yg nak kena buat..so, terbalik lmbat sikit..MENCIK tau!!!. gitulah bunyi post wall aku kat FB. 

Few fren, responds..tanya..laaa..napenye?. Aku spontan jawab.."biasala u ools, species buat keje lembap, last minit rushing org...taim keje salu ilang je....bila ada urgent keje gelabah.tu la dia.." ..gitu ayat aku.  Ce korang baca betul2 tu. Ada ke aku MAKI, CACI, HINA atau yg sewaktu dgnnya??. Ada ke aku tulis, Bab* ke..tenuk ke..celaka ke..Busit ke?? tak der kan??.

Sat2 tu aku dapat PM kat fb . Wah bukan men panjang ayatnya u olls. Dari sapa lagi. Dari JP lah..Pjg nya msj dia siap kata, sampai hati aku maki dan hina dia, tak berkat lah gaji dia  kena maki bla bla bla lagi..HAIYOOO.....

Kalau aku ni pandai sgt, idaklah aku refer pasal dia kan. Sbb dia sorang je rakan sekerja yg aku add kat FB. Dan aku tau dia bole baca tu. If aku ni nak refer pasal dia sah sah aku hide kan post tu kan??.

Bengang jugak aku baca tu. Tapi aku simply jawab balik kat dia.  Aku tak mintak maaf pun mula2 tu. Aku cuma kata, aku tak refer kat ko pun pasal tu. Kalo ko terasa, sori la.

Rupanya, dia termakan cili u olls, sbb dia perasan. Sbbnya perkataan ILANG tu..haa lah kan, dah dia yg salu ilang, masuk opis ikut suka hati, balik pun sama. Kuar ntah kemana2 dgn bdak botak sekor lagi tu. Sampai salu jer org tanya aku mana bdak dua ekor ni??.  So kalau dia terasa dek perkataan ILANG dan LEMBAP tu salah aku ker?? yg hakikatnya si JP ni mmg lembap pun!!!!.  Suma keje nak kena kerah, nak kena ketuk.

Ingat tak ada kat previous entry aku kata invoice 6 bulan baru bole cut, PO setahun baru dapat..Haaaa...tu lah dia keje si JP tu uools. Tapi being melayu la kononnya, Islam lagi, aku salu jer cover line, tolong.  Sbb mmg hakikatnya dia tu lembap, slow cam siput sedut.  Suma keje kena follow up. Kadang naek fed up, naek putus urat tekak ni remind dia. So, mmg dia lah kan. Kalu dia perasan pun mmg harus lah.

Bukan tak pernah aku ckp direct dgn dia to ubah sikap, tapi cam tulah. Berubah kejap, back to square one balik.  Penat dan letih.  Ask lah around team mate, pasti dorang pun bagi fed back sama. So, hakikat wal hakikat org arab kata ye dak??....

Yang buat aku panas hati sgt ialah, kunun tak berkat pendapatan lah kena maki hamun..Helloooooooo, kalu ko keje buat cam lepas batuk di tangga, suma org setelkan. Manjang ko ilang dan ngular, berkaaaaaaaat ker tuh???..tepuk dada tnya sendiri.  Lagpun takde satu pun ayat aku tu memaki hamun ko pun kans! Ko je memang emosional, mmg ko pun layak di gelar, Mamat yg salu perasan!!..mmg pun kan..

January 6, 2012

Sharing is caring


Seminggu dua ni memacam masalah umahtangga orang yg sampai ke telinga aku. Samada itu perkhabaran dari pihak ketiga maupun dari orang itu sendiri. Maklumlah, aku kan biro pengaduan awam ..kikiki.  Tak lah, kalau ada orang or kawan nak cerita meluah perasaan isi hati dorang takkan lah kita tak mo dgar kan. Kalau tak bole memberi idea ataupun nasihat bole je tolong mendengar kan?. Tu pun tolong juga namanya.

Semenjak end Dec ari tu, babysitter aku ( pangkat mak2 dah sbb dah 60lebih umur dia) ada dtg umah. Kebetulan nya masa itu aku tgh keje. Yg ada kat umah SP jer lah dgn anak2.  Gaknya, tertahan menanggung rasa kot, dia bercerita je direct dgn laki aku tu.  Laki aku tu pun, kemudiannya citer lah kat aku balik.  Dari citer laki katanya, anak makcik tu sebok bergaduh laki bini, siap berparang2 nak bertikam2 bagai.  Gitulah katanya kan.  Sampai lebam2 anak makcik tu kena belasah.  Anak makcik tu pulak rupanya selama ni dok coverline laki dia. So mak pak dia tak tau.  Sudahnya bila dah bergaduh sampai nak bertikam2 bagai kan baru lah bocor reshia nya.

Masa ujung minggu lepas tu, jiran ada buat kenduri akikah, so aku terjumpa lah makcik ni.  Personally dia cerita la balik apa yg SP dah citer kat aku hari tu. Kali ni lebih jelas lagi lah kan.  Katanya anak menantu nya ni dah kali kedua benarnya ni. Pertama kali dulu sampai bercerai gak, tapi rujuk semula.  Anak dorang ada 3, yg besar 14th, no 2 -9tahun dan yg kecik tu kurang dari 2 tahun aku rasa.  Since anak2 aku yg dua tu makcik tu yg babysit kan anak2 aku mmg rapat sangat dgn anak2 dia tu.  Ada bberapa kali amal cerita yg Cik Lin (anak mak cik tu) luka2 tangan, kena kaca bagai. Rupanya tu kena belasah dek laki u ools.

Dan laki si Lin ni pulak sudah tangkap cintan sama satu perempuan pinoy (filipino). Katanya maid je keje kat umah org. Tapi jenis org kaya2 dok service kondo ke hape, sudah sangkut sama laki si Lin. Bukan sangkut aje u olls. Sampai dah tahap berzina lah pendek kata.  Ini pengakuan sendiri laki si Lin kat makcik tu.  Bila bercerai kali pertama dulu tu mmg pasal perempuan ni jugak lah.  So, bila masa tu dorang dah berbaik dan rujuk, si laki buat taklik.  Sekiranya dia ada affair semula sama itu pinoy katanya maka jatuhlah talak..Gitu. Taklik tu gaknya diucapakan antara dorang dua jer kot, ntah2 kat dalam bilik tido, atas katil. Masa berbaik2, ntah2 masa nak projek kans..hahaha. Masa tu tak memikir kesan buruk buat taklik gitu. Dasar bodoh pnye jantan kan.

Jadik bulan 10 lepas raya tu, laki si Lin buat onar semula. Bikin affair semula, worst which kali ni benar2 serius giler sampai lah ke pengetahuan si Lin ni.  Bila dah jadi gitu kan, berlaku lah pergaduhan dan pertengkaran.  Tuduh menuduh sampai ke kes nak tikam menikam u olls...Takut taw aku dgr.  Bila dah jadi hal gini, Lin yg masih ada ilmu sikit dan akal tu, pi mengadu dgn maknya. Perihal taklik yg pernah diucapkan dek laki. Pe lagi, abes lah keluar segala mala yg tersirat kan.

Bila dah begitu kan, mahkamah syariah lah tempatnya.  Kes kaunseling dah berjalan, menurut ustaz tu maka jatuhlah taklik tu sbb ia dilakukan dalam keadaan waras. Bahkan laki si lin tu pun mengaku mmg dia cakap gitu. Disaksikan mak dan pak si lin nih.

Bila dah  jadi begini kan, skg ni tunggu kes mahkamah je lah. Sebutan kes kata makcik akan dibuat 10hb depan.  Tapi pada dasarnya, mmg jatuh lah udah talak itu.  Kesian aku dgn makcik tu tau.  Dari cerita makcik tu, mmg si menantu tak pernah kenal tikar semayang u olls. Bukan menantu jer, seluruh keluarga besan mmg tak pernah kenal bahkan taktau langsung nak solat uolls....sedih kan?.  La ni mak si menantu tgh sakit terlantar, tapi dah terlantar tu barulah katanya teringat nak solat, baru nak menyesal selama ni tak pernah solat, tak pernah ajar anak2 solat..akibatnya...

Aku respect kat mak cik ni bukan apa, cucu2 dia tu suma dia jaga betul2. Antar pi sekolah agama. Sampaikan dia citer kat aku, kumpul duit sehari singgit tuk cover bayaran sekolah agama cucu2 dia tu.  Makcik ni laki dia pencen navy, at the same time antar bdak2 pi sekolah-kira buat service transport lah kan, dan juga ada run tadika.  Cucu2 dia Alhamdulillah, umur baru 9 tahun tu tak pernah lagi tinggal solat. Yg besar tu pun sama, lepas nengok nenek terlantar menangis nak solat tak bole maybe buat dia insap. Sbb makcik kata skg ni bdak tu rajin dah solat. Lau tak harus kena bentak2 baru nak buat.

Citer terbaru aku dgr 2-3 hari lepas, makcik ckp dgn aku menantu dia datang umah. Dah lam taim2 maghrib,  kunun nak amik anak2 dia ajak pi kuar makan ke hape. Tapi hagak2 lah, taim ajan berkumandang kan. Habess dibasuh kaw kaw dek makcik menantu dia tu. Best part is besan  yg sakit tu pun bertongkat ada sama. Bersekongkol dgn anak dia tak solat tuh.

Gitulah, kita selalu diingatkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara kan..Sihat seblum sakit, Susah seblum senang, lapang seblum sbok,kaya seblom miskin..dan paling penting hidup sebelum mati.  Kalau kita tak amik iktibar dan peringatan dari 5 perkara ini, ginilah jadiknya.

Sekarang ni makcik kata, tiap kali menantu dia tu datang, dorang saspen suma, ye la takut dia datang meroyan bawak parang ke hape kan.  Since dah jadik gitu, aku nasihatkan buat report polis jer. Mana lah tau takut2 karang jadik lain pulak kan. Dan pada Lin tu aku dah ckp kat dia, cariklah keje. Anak dia yg kecik tupun dah besar, takde masalah nak pi keje. JJ baru tu byk keje kat situ. Sepelaung jer dari umah. Jalan kaki pun sampai.

Yg aku takut sok, si jantan tu meroyan giler talak. Dah pernah berlaku seblum ni tak mustahil berlaku lagi sekali kan.  Dulu masa dia takde keje, keje x menentu, Lin yg tanggung dia, la ni dia dah ada keje bagus, income bagus, kejap jer dia lupa diri.  Semuanya dek kerana penangan pinoy you olls.  Yg aku sakit hati dgr bila makcik kata, dia mengaku nak pinoy tu sbb nak maen jer  boleeh??..celaka sungguh statement tu nak nak lagi dilafazkan kat depan mak mertua ..dasar kan.

Aku doakan semoga semua berjalan lancar kat mahkamah nanti. Bak kata makcik, dia berdoa sgt moga2 nanti mamat tu lepaskan anak dia si Lin tu dgn mudah. Tak mo gantung2 dan seksa ke hape. Ye, lah malas nak drag kes lelama ye dak. Kalau dah tak suka tu dahlah, pisah je lah jalan terbaek.

Afterall, dah berani pukul2, dah berani ugut nak bunuh dan tikam bagai kan. Sekali maybe lah bole maap ..bole ampun kan. Dah masuk kali kedua, kirim salam.  Mak cik kata ustad kat jabatan ugama tu pun marah. Kenapa la org pmpuan ni lembut hati katanya. Dah kena pukul kali pertama tu pun isteri dah berhak tuntut cerai, tuntut hak.  Ni tak katanya, salu je org pmpuan ni tak sampai hati, demi anak2...sudahnya perempuan tu merana, mental dan fizikal. Anak2 apatah lagi.

Itu ustad tu cakap, kalau sekali suami dah setat pukul isteri, nak nak lagi yg tak solat langsung tu kan, tak mustahil benda tu akan terus berulang jugak. Jadi dia salu sgt handle kes2 begini, dia rasa sedih, simpati pada kaum perempuan yg salu jer jadik mangsa.

Kita org perempuan ni dia kata kena tau hak2 kita sebagai isteri. Tak bole suka hati nak belasah, nak pukul nak marah dan tengking. Tu suma faktor2 penderaan tu. Tak kira mental atau fizikal still dianggap penderaan tau.

Isteri tu kan anugerah, bukan hak milik...

Wasalam

January 5, 2012

Mari Minum Air Kosong

Aku salah sorang yg sangat payah nak minum air kosong.  Mungkin lidah dan tekak dah biasa nak air yg berasa kans.  Seingat aku lama gak take time untuk membiasakan diri pulun air kosong bebyk. Dulu ada bdak engineer nama nadia kat off aku ni, pnya masalah sama.  So apa dia buat ialah, dia bukak air karbonate boh dalam botol dia and tambah air kosong.  Gesa nak minum air kosong katanya.

Setelah sekian lama keje kat kompeni ni, aku mula train diri untuk minum air kosong. Air mineral putih. Nampaknya dah berhasil jugak walaupun pada mula mmg payah sgt u olls.  La ni kalau sehari tak dapat minum or habiskan at least sebotol (600ml) kapasiti rasa cam kering sangat badan.  Bila ada masa aku kuar ke KLCC jalan kaki tengah terik ke..or tengah mendung ke for sure smpai off aku kehausan dan bole gulp 600ml air tu sekali jalan je. Bagus kan?.

Kat off aku ni air mineral dia sedap.  Lansung tak berasa or berbau.  Jenama Spritzer ke hape ntah.  Kalau air mineral lain tu sometimes ada rasa payau skit kan..ni tak. Sedap je rasanya.  Kalau aku nak kena menapak ke off SP tu aku akan siap2 isi air mineral tu dalam  botol.  Since ada 2 panas dan sejuk so up to you nak pilih. Sejuk best masa tgh haus dan panas. Panas sedap taim2 musim ujan. Taim2 nak buat teh o panas ke milo ke harus pakai air tu. 

Kalau taim2 sakit tekak, demam ke kans combine kan je dua air panas dan sjuk tuk jadi suam ..gitu.  Off aku ni gak ada karbonated drink . Utk mat2 saleh yg pepagi buta dah tunggang 100+ or diet coke kan.  Tapi sbb aku dah lama insap tuk tidak minum air bergas ..so i couldnt be bothered lah.  Cuma yg aku tak tahan ada species2 kedekut tu kalau kuar makan sanggup tak order air. Sbb apa?? sbb nak jimat, minum kat off..dasar sungguh!!.

Dekat rumah pun mcm dah habit skg ni. Makan nasik je minum je air kosong. Kalau nak air2 bergula atau berperisa tu pun bdk2 jer.  Rasa lebih selesa lepas makan nasik dpat air kosong, plain.  Lbih bagus penghadaman kans.

Delin tu mmg susah sgt nak minum tak kira la air kosong ke air bergula ke. Kadang2 SP terpaksa paksa dan marah dia suh minum. Sampai kering bibir bagai sbb takmo minum air.  Since dulu bibik bela dia, dok sogok air manis je kan, i guess lidah dia pun menolak kalau air tu takde perisa.

Berlainan dgn Amal dan kakak. Dorang mmg kuat minum tak kira air apa, air kosong ka air bergula ka.  Dan aku skg ni kalau travel mesti nak beli 2-3 botol mineral water kecik wat spare.  Ada kecemasan ke kan, mcm sekali tu kami trap dalam jammed, dah bdak 2 org nak terkecing bagai..singgah Petronas mak aai pjng giler que nya..sudahnya kencing je kat tepi longkang tu dan basuh dgn air mineral..huhu.

La ni aku terpikir nak beli 2-3 katon air mineral botol kecik tu. Bila nak travel je sumbat 6-7 botol dalam keta kans.  Samping tuk minuman bole juga digunakan tuk kecemasan. Since tekak demand lidah pun demand air mineral yg sedap2 haruslah mendapatkan Spritzer jugak kan uools.

Seorang dewasa memerlukan 8 gelas air kosong sehari. Bersamaan2 2 liter air lebih kurang..(4 botol mineral besar tu)...jadik kalau aku x leh achieved that, dapat 2 botol besar tu pun ok kan. Nak nak lagi cuaca la menjadi panas berdengkang2..sesuai tuk minum air mineral bebyak ya...