August 27, 2012

Masih mood Raya

Raya tahun ni tak macam biasa.  Sbbnya pertama kali  beraya tanpa mak. Tapi alhamdulillah adik beradik yg lain 5 org dapat berkumpul. Kurang satu..abang long. Putus hubungan ke apa ntah. Walau dok sekampung bberapa hari kat sana aku tak nampak dia lalu depan umah pun apatah lagi nak datang kat umah pusaka jumpa adik beradik.  Nak kami pi umah dia?..dah dia pun tak nampak batang idung guano nak gi umah dia. So, kami biarkan aje..lantak ler situ.  Ada dua perkara jer terlintas kat kepala otak aku sbb2 dia mengelak nak jumpa adik beradik yg lain.

Pertama, takut kami terutamanya aku tnya mana duit2 simpanan arwah mak yg sebanyak 8k tu pegi??.  Kedua, takut kami suma mintak hak2 kami keatas hasil2 kebun sawit arwah mak dan pak.  Takut bayang2 sendiri betul kan. Walhal, kami ni langsung tak hingin nak amik tau pun. Sbb dia yg berdosa tu pasal takut. Bahkan nak lalu dpan umah jugak.  Baik bini sama jer dua kali lima.  Sanggup lalu jalan jauh..macam kami tatau dia nak ngelak kan..biarkan, tengok kan jer. Jng sok masa nk mati merangkak mintak mahap kami adik beradik lain sudah ye.

Raya kami sambut biasa2 jer. Sbb hari jumaat tu akak masih keje. Akulah yg paling awal balik kg, so aku dgn SP sebok buat persiapan seadanya.  Kakak no2 aku pun balik jumaat petang tu.  Abang ngah yg dah 2 tahun tak balik raya tu pun balik jumaat malam tu.  Adik bongsu aku pun ada..punya la secret nya adik bongsu aku tu, sampai bini dia beranak lagi pun haram kami tatau. Tau2 datang jer bawak baby boy sorang..harus tau.  Dah ada 2 org anak perempuan so kalini adik aku dapat sorang baby boy di beri nama Baby Mujahid. Lau arwah mak ada mesti dia suka..

Persiapan raya nan ado. Sbb raya pertama ada baraan lelaki2 dari masjid kan, sbok aku dgn akak buat persiapan. Kami buat hidangan soto jer.  ketupat adalah buat sikit. Tapi kakak no 2 aku tu terlebih pandai buat ketupat..maklum salu mak yg buat..jadik lah ketupat benyek sebb kurang beras gitu.  Tak termakan pun.

Raya kali ni kami korbankan 8 ekor arnab untuk buat rendang. Sbb memasing lelaki umah penakut nak sembelih terpaksa hangkut kat umah mak uda aku.  Munir, menantu mak uda yg tolong sembelih kan. Ada gambar kat FB aku amik proses2 sembelih dan siang arnab tu. 2-3 hari aku post kat Fb memasing kata takut nak tgk dan ngeri so aku privatised kan gambar tu. Kalu korang ase nak tgk bagitau lah nnti aku tag kan.

Aku tolong masakkan jer ..namun makan tidak sama sekali.  Tak gamak. Lgpun ayam ada tak kuasa nak makan arnab bagai. Anak2 kata sedap..heeisss. Aku tulong buatkan rendang arnab. So, kawan fb yg datang beraya petang tu dapat ler merasa ..sedap kan?..tak caya tanya la Syuk..betapa enaknya daging arnab kan..wahaha.  Petang sikit tu aku, akak dan akak ipar pi beraya kat umah2 jiran seblah nyeblah umah mak. Adalah dapat ziarah 5-6 umah sampai ke maghrib tu.

Raya kedua pagi2 kami masak siap2 dan makan. Sbb plan nak beraya kat umah pakcik2 dan makcik2. Sedih la tahun ni sbb mak tade.  Rumah memula kami pi umah mak uda, adik arwah pak.  Kemudian umah adik arwah mak..Pak din.  Pastu kerumah adik beradik arwah pak yg lain.  Masa kat umah pakcik dapat makan kari rusa..wah sedap u olls. Rusa wa berani la nak makan..arnab?? mcm tikus pnye keluarga..x rela u.

Lepas rumah adik arwah pak yg ke 2 kami terus kerumah Mak Cik Pah, kawan baik arwah mak.  Cik pah dah tak berapa sihat, tak leh jalan pun.  Menangis dia tgk kami datang. Peluk aku..peluk akak. Tak sangka dia kata kami melawat dia biarpun mak dah takde..Sedih sgt kat situ, menangis dan berair mata, langsung tak minum or jamah  kuih pun. Sbb cik pah bercerita, menangis..sedih sgt dia mengenangkan mak dah takde..dan dia x sempat jmpa sblum mak meninggal ari tu.

Lpas umah cik pah, kami bergegas balik sbb takut jemuran kebasahan. Walaupun anak bang ngah si fizi ada kat umah, tpi ujan lebat sgt katanya tak sempat angkat jemuran..abess lencun suma, terpaksa basuh semula.  Anak2 bang ngah yg dua orang tu besar sgt dah. Tinggi ngalahkan makcik dia. Byk gmbar tapi blum ada masa nak upload lagi la u ools..

Mlam raya ke dua pas maghrib kami gerak balik rawang. Sbb esoknya nak balik BP kg SP pulak.  Mgkin SP sgt teruja nak balik kg jumpa maknya, kul 5.30am dia dah kejut suma org u olls.  Lpas subuh kami gerak balik ke BP dan tiba umah MIL kul 10 lebih gitu.  Seharian tu rehat jer kat umah tak beraya mana pun. Mlm tu ada kwn SP datang beraya, sepupu2 SP pun ada datang ramai giler sampai kul 11 lebih kot. Masa kami sampai kat umah SP takde org. Suma dah balik ke umah memasing..maklum dah raya ke tiga.  Adik bongsu SP baru balik dari umah MIL dia malam tu..so esoknya kami plan nak beraya ke umah sedara marah SP plak.

Raya ke 4 tu 2 keta penu kami beraya dari kul 10am sampai ler ke 4pm. Pepagi aku dah siap masak segala tapi aku tak pasan MIL ada makan nasik ke tak.  Yg pasti org lain suma makan kenyang2 gitu.  Rupanya pasal MIL x makan nasik seharian tu dia kena serangan gastrik. Mana tak sampai kul 4pm beraya, ada tak de singgah umah adik MIL ada la dia hidang mee goreng sama nasik lauk ayam asam pedas tp aku x pasti MIL makan ke dak.

Bila kami tiba umah kul 5 lebih tu MIL mula muntah2 dah. Semakin teruk, gelabah la aku dgn SP bawak MIL gi klinik.  Pulak tu time raya, byk klinik yg tutup. Terpaksa carik klinik kat bandar.  Melilau gak carik dapatla klinik cina.  MIL dan meracau bagai2 dalam keta sebut yg bukan, muntah tak henti2 terpksa hangkut besen. Aku hangkut anak sulong aku si kakak tuk dok belakang. Dr kat klinik tu suh refer MIL ke hspital tp SP kata bg ubat dulu. Baru aku tau umur MIL 86thn..wah, masih sihat gitu, tp sbb muntah byk sgt dah kering badannya, Dr bagi injection dan ubat2.

Masa dalam perjalanan balik tu meracau2 MIL mintak ampun maaf bagai..halal makan  minum bagai.. takut pulak aku dgr. Rupanya kata biras aku mmg biasa gitu,..mmg gitula MIL ckp klau kena gastrik. gaknya terlampau memikir anak nya yg sorang  (abng SP ) yg tak balik raya, tak kol gitu, menambah stress gaknya.

Hari2 berilkutnya dok umah jer lah. Aku masakkan bubur jer. Ada takde kami beraya malam kat umah2 jiran2 sebelah nyebelah. Bertambah baik keadaan MIL nampaknya.  Hari Khamis tu lepas boring lepak kat umah aku ajak SP keluar menyelinap pi pekena nasik beriani shah kat peserai..briani kambing terbaeek..lepas makan tu kami blik..kuar keja je semata nak makan..haha, tak ajak sesapa pun..yg ikut delin sorang jek.

Hari Jumaat pagi tu kami smpat beraya ke ketiga buah rumah gitu..sbb lepas jumaat kami dah nak gerak ke Gemas pulak. Tido semlm umah akak Sp baru balik kl on sabtu.  Singgah umah akak SP kat nearby kg MIL amik rempeyek kacang tanah sebekas besar giler..abes dok melantak tu jer..tu pasal now sakit tekak giler...

Sampai kat felda palong umah kakak SP dah maghrib pun.. amal start ngadu sakit mulut2. Panas gaknya abess penuh mulut dgn ulcers.  Malam tu aku x leh tido lena bila dia merengek jer kesakitan. Masa dalam perjalanan balik KL tu menjadi2 nangisnya..sempat gak singgah kat tepi jalan tu beli daging salai..gile mahal..sekilo 40 hengget..itik salai rm50 hengget, ayam kg salai rm 20 hengget sekor..aku beli setengah kilo jer daging tu buat syarat...beli petai sikit gak.  Menjaju cari kelinik bila sampai kat senawang. Amal menangis sepanjang jalan sbb sakit. Byk klinik tutup gak sbb raya..finally jumpa...dr bagi ubat sapu mulut dan tahan sakit..on the spot, aku bg ubat tahan sakit tu..mana tau amal alergy sama ubat tu..bengkak giler mata dan muka dia..sudah!!!.

Seblum balik umah kami singgah Hsptal selayang. Ziarah cucu baby sitter yg masuk sepital sbb demam masa raya tu..dua org sekali pulak tu..Sian babysitter aku, kelam kabut dia.

Maghrib baru tiba rumah..penat giler tak leh citer. Kain baju berbondong2 byk nya..tido pun ntah kul baper..Esoknya hari ahad kelam kabut kemas umah yg macam tak serupa hape, mata amal makin membengkak cam alien dah..so pi klinik lagi kat rawang..rupanya dr kata dia allergy sama pain killer tu..amik ubat, pi breakfast dan  pastu  beli barang2 dapur yg mmg dah abes tu.. by kul 2 abang SP yg x balik kg tu singgah umah beraya.  Since tak masak lagi, SP suh  dia tunggu jap sementara aku masak.

Kul 3 lebih kot baru dorang dapat makan.  Pastu petang tu kawan SP pulak datang beraya. mujur sempat kemas urmah gitu..abuk2 berkati2..maklum lah..kain baju toksah ckp la..dua kali melipat tu baru setel..penat sgt aku rasa ..terlampau .  Tpi anak2 gembira sgt sbb tahun ni duit raya paling banyak dorang dapat........

Kemalasan berkerja pun melampau2..mcm biasa aku makan gaji buta....taktau lah sampai bila..aku redha jer...


August 15, 2012

Wordless Wednesday : Sedekah

Aku ni bukanlah dari kategori org yg kedekut gitu.  Agak pemurah dgn anak2 buah, kawan2.  Walaupun kadang bukan dari segi wang ringgit, mungkin tenaga..buah fikiran dan sebagainya aku mmg tak pernah kedekut. Tetapi harus bergantung kepada keadaan org itu lah kan, kalau dia kedekut tahap nak ma*p*s, aku leh lagi jadi 100x kedekut. Tp lau org tu tak pernah berkira dgn aku..aku pun 100x tak berkira.

Agak skeptikal, bila tiap kali tgh makan ada org nak datang minta derma bagai aku berasa kurang senang, terutama kalau org tu nampak sgt sihat walafiat.  Kalau org buta, insya Allah seboleh aku ikhlaskan hati.  Lagi satu kalau nak derma ke maahad bagai, aku salu ikut kata hati. Kalau aku rasa ikhlas aku beri. Kalau tak aku x beri.  Dari pada beri tak ikhlas ye dak..jadi dosa pulak. Nak nak lagi la ni byk sgt org menipu mintak derma kan.

Beberapa malam lepas, ketika malam minggu aku ajak anak2 ikut pi terawekh kat masjid.  Dgn janji nak pi mengeteh kat mamak lepas tu. Pekena teh tarik, sama roti planta ke apa kan.  Since bdk2 agree, aku siap2 bawak  pouch berisi duit sikit. Biasanya mmg pi terawekh aku bawak gak duit. Tp note ringgit2 kecik tu lah kan.  Sbb bila usai solat terawekh 4 rakaat, akan ada budak kecil comel bawak pouch tuk collect sapa nak derma kan.  Pun begitu tak hehari gak aku bawak. Sbb selalu jer lupa.

Jadi malam minggu tu, aku bawak 2 keping note BESAR...beberapa keping note kecik2 singgitu tu.  Aku dah siap asing2kan sekeping note tu kat salah satu compartement tu.  Ada tiga compartement suma.  So kat compartment pertama aku letak HP dan yg tengah note Besar lagi satu tu dgn duit singgit2 tu lah.

Masa bdk kecik datang bawak pouch tu,aku dgn konfiden nak amik note2 singgit tu lah kan. Perasaan aku ada 3 keping so aku amik tnpa tgk dan terus masukkan dalam pouch tu.  Sampai usai solat tarawekh, kami terus ke Restoran mamak kat depan masjid tu.

Since dah jadik kebiasaan aku seblom nak ngoder ke apa, aku bukak purse dulu..so does mlm tu. Aku bkak pouch tu dulu lah. Masa tu la aku pasan tinggal sekeping jer note besar kat compartment yg last tu.  Berulang2 kali aku check...mmg confirm tinggl selai jer note tu. Mean note lagi satu tu secara tak sengaja (hati tak baik kan..niat tu tak betul) masuk kedalam pouch bersama2 note2 kecil tu..

Bukan sedih ke apa, tapi aku ketawa.  Sbbnya, mmg aku dah lama berniat nak sedekah kat masjid dgn note2 besar gitu tapi tak pernah kesampaian.  Sbb hati dipengaruhi setan jahat, tiap kali nak derma mmg note2 kecik jer.

Aku ceritakan kejadian tu kat SP dan anak2 semua dan kami ketawa.  Mujur lah ada sekeping note lagi tuk mengeteh...(Allah maha mengetahui kan, tinggalkan sekeping tuk kami) kalau tidak harus ada yg basuh pinggan.

Aku ckp kat SP..insya Allah ikhlas.  Allah nak beri 10x ganda besar dari tu kot. Sbb tu benda ni terjadi.Dah lama berniat tp tak kesampaian. Agaknya kalau tak berlaku gini, sampai ke sudah tak sedekah ye dak?. Aku  mengharap keredhaan dari Allah atas sedekah yg tidak disengajakan itu..Mudah2an hati ku ikhlas bersedekah.

2-3 malam berikut bila setiausaha masjid buat pengumuman mengucapkan terima kasih atas sumbangan derma segala, aku hanya senyum sendiri dalam hati.. Alhamdulillah. dalam tak sengaja aku telah mendapat pahala berlipat kali ganda kan?...

Jadi ingatlah, note2 kecik jer yg salu masuk dalam kota masjid....note2 besar suma?? pergi ke kompleks membeli belah kan..sesekali note besar pun teringin masuk ke dalam masjid kan?..

Wallahu'alam

August 14, 2012

Ramadhan yg bakal pergi, raya datang kembali

Kurang dari beberapa hari lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.  Entah sempat lagi ke dak kita bertemu Ramadhan tahun depan. Mudahan segala amalan kita di bulan yg mulia ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Sesungguhnya ramadhan tahun ni membawa seribu macam dugaan dan cabaran bukan untuk aku seorang je tapi untuk seluruh keluarga aku yg tercinta.

Awal beberapa hari ramadhan aku dikejutkan dgn berita bahawa jawatan aku akan menjadi redundant, therefore aku takkan diperlukan lagi di syarikat ini.  Tak pasti dari mana kekuatan yg aku dapat menerima berita ini seterusnya menempuhi hari2 yg penuh mencabar di syarikat ini hinggalah ke hari ni.  Aku dgn sabarnya menempuh semua ni dgn tenang, sabar dan redha walhal masa depan kerjaya aku di pertaruhkan periuk nasik ku menjadi taruhan.

Benar, aku pasti sesungguhnya Allah tidak akan  menguji hambanya kalau dia tau mereka tak mampu  nak hadapi.  I guess, akulah insan terpilih itu.  Allah tau aku bole bersabar, bertenang menerima berita tu. Atas sbb itu jugalah aku yg terpilih.   Aku percaya kepada rezeki.  Rezeki kita Allah yg tentukan, bukan sapa2 . Itu juga beri aku kekuatan walaupun aku x pasti bgaimana sukarnya nak mencarik kerja lain sementelah dgn gaji aku yg aku dapat skg. Tapi aku berusaha, berikhtiar memohon dimana2 jer ada peluang. Dapat ke tidak itu perkara kedua sbb pada aku pantang menyerah kalah seblum berjuang..dan sekarang ya, aku sdg berjuang. Mempertahankan hak2 yg sepatutnya menjadi milik aku..Insya Allah

Menempuhi hari2 dipejabat selepas apa yg berlaku memerlukan sejuta kekuatan dalaman.  Menghadapi tekanan2 yg sengaja dibuat supaya aku segera menghantar surat berenti dan melupakan pampasan mungkin menjadi agenda dorang.  Jujur aku katakan, adakalanya aku sgt sedih, down dan merasa sangat di permainkan.  Setelah 5 tahun lbih berkhidmat dgn jujur, cekap dan amanah ini balasan yg dorang beri pada aku.  Ada masa juga aku rasa ingin bangkit membalas dendam atas semua perbuatan jahat org yg benar  benci sampai menganiaya aku sebegitu rupa.  Tapi, aku masih ingat akan Allah, syukurlah.  Dengan segala kepayahan aku cuba untuk tidak menyimpan sakit hati dan dendam bahkan berdoa moga org tersebut akan mendapat balasan yg setimpal.

Hingga ke hari ni, saat ini urusan tu masih belum selesai lagi. Sementelah, jenab beria2 nak sgt aku keluar tpi tak mau nak bayar. Jadik, aku akan terus berada di sini, berdiam diri tanpa berkata apa pun dgn dia, dan cuba sedaya upaya mengelak bertembung muka dgnnya. Bukan benci, tapi hati ku betul2 terluka dan aku tak mau menambah luka dgn melihat mukanya lagi.

Mmg doa aku setiap kali solat, untuk dipermudahkan segala urusan. Agar aku dapat keluar dgn tenang, dan seharusnya atas segala perbuatan ini ada nilainya. Kerana mereka yg memulakan, mereka yg harus mengakhirkannya dgn $$$$.

Justeru dgn silentnya aku sekarang, aku berharap jenab menjadi sgt tertekan dan meroyan..jadik biar cepat dia rasa meluat pada aku dan biar aku cepat2 pergi...

Bulan Ramadhan kali ni jugak, begitu berdisiplin kami mengerjakan solat terawekh di masjid. Mendengar tazkirah dan melaksanakan sampai abes sesungguhnya memberi kemanisan yg tak tergambar dek kata2.  Biarpun selalu kekurangan tido, tp Alhamdulillah baik aku maupun SP kami ok jer. Kesihatan sgt sempurna. Bersyukur dgn Allah, kerana disebalik dugaan nafsu malas nak ke masjid kami berjaya juga mengatasinya.  Now, aku bole merasa alangkah ruginya kalau tidak menafaatkan solat taraweh yg peluangnya cuma datang di bulan Ramadhan.... Alhamdulillah.

Like i said dalam pervious entry, aku merasakan begitu ketaranya titik perubahan dalan diri aku sekarang.  Bertapa aku sendiri kagum dgn kegigihan aku melawan hawa nafsu amarah yg membuak2 didalam hati.  Bila ada masa aku merasa begitu, cepat2 aku amik air sembahyang..istighfar byk2..reda sikit...Mungkin ini berkat punya anak istimewa spt delin. Mengajar aku bersabar dan menerima apa juga dugaan dgn redha. Allah tau, aku bole menempuhinya, sbb itu dia beri pada aku..Pada aku seorang!!.

Ya Allah, disebalik kesedihan kami meraikan raya tahun ni tanpa mak, dan berbagai ujian ko berikan masih lagi kami mampu bersabar dan menghadapi dgn tenang dan redha, terima kasih ya Allah.  Raya tahun ni pasti takkan sama spt seblumnya.

Petang seblum raya kami adik beradik akan berkumpul dirumah pusaka mak. Aku akan balik awal sedikit.  Kesian kakak ku yg jadi tuan rumah sbb Jumaat dia masih kena berkerja lagi.  Sebagai penjaga umah pusaka mak, akak akan jadi tuan rumah.  Dan semestinya secara tak langsung urusan2 dapor suma akan pasti aku dan dia yg uruskan. Dari urusan kepasar, memikirkan menu2 sampai lah masak memasak.  Ptg seblum raya juga kami akan ke kubur mak dan bapak.  Dah dua tahun abang ngah tak beraya kat kampung, tahun ni dia akan balik raya dgn kami sama2.  Pasti bila dah ramai dalam rumah mak nanti meriah dan riuh dgn gelagak2 anak2 ku, anak2 buah.  Pasti agenda utama dorang ialah makan makan makan....

Pagi raya pertama juga, rumah kami jadi rumah kedua dikunjungi org kampung utnk baraan. Kami baru bercadang2 nak buat soto dan mgkin sedikit kuih muih.

Jika tanya persiapan raya aku mmg tak seberapa. Aku cuma dah selesai siapkan baju anak2 dan SP seminggu lepas puasa ari tu, manakala baju aku masih di tukang jahit lagi kat sg besar. Belum siap katanya..kalau tak siap adalah yg beraya berkain batik dan berbaju tshirt buruk u ools.

Kuih2 pun ada aku tempat sedikit kat bff aku kak salmi. Akak juga dah siap beli kudapan2 sebagai tambahan.  Kalau tahun lepas ramai org datang smpai tak cukup kuih, mgkin sbb masa tu mak terlantar sakit dan ramai org datang ziarah...tp tahun ini, pasti berlainan.  Kami pun tak pasti ada ke sedara mara nak datang.  Yg pasti kami akan pi ziarah umah adik arwah mak, dan adik2 arwah bapak.

Raya kedua mlm kami dah nak kena balik ke rawang. Dan subuh pagi raya ke 3 kami kena gerak balik ke batu pahat pulak. Rumah SP. Masa SP kol MIL smlm, sayu jer hati org tua tu sbb tahun ni kami beraya kat sg besar dulu. Siapalah gaknya nak meriahkan rumah, nak masak2 dgn lauk2 yg sedap2 mak kata...sayu aku dgr, tapi sbb tahun ni kali pertama mak takde, kali ni juga lah aku raya kat sg besar, sekurangnya akak tak sunyi sgt beraya 3 beranak. Mana tak, kata akak lepas jer kami cabut balik ke BP dia anak beranak pun nak cabut beraya ke perak umah sedara mara belah suami..sbb dia kata tak mau sedih dek kesunyian dirumah mak.

Jadi di kesempatan ni, aku ucapkan selamat hari raya  maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa semasa menulis dan singgung perasaan korang.....ada umur kita jumpa lagi lepas raya.  Dan tahun ni aku nak beraya sakan 10 hari.  Sebaik saja kembali ke office, aku nak beperang abis2 san..menuntut hak aku sewarjarnya..doakan aku ya..insya Allah..




August 9, 2012

Kalau dah dengki..Mmg Busuk Hati lah

Sebenarnya, tak kira apa bangsa. Tak kira apa agama pun kalau lah ada sikap dengki dan busuk hati dalam jiwa tu mmg akan sampai bila-bila busuk hati.  Gitulah apa yg aku alami sekarang ni.  Maledeni karenah maknusia yg betul2 busuk hati.  Sampai kan aura busuk hati dia tu bole dirasa oleh org sekeliling. Sampaikan org yg tak kenal dia pun bole menyampah.  Tu pasal la, semuanya bermula dari dalam. Kalau  hati bersih, jujur dan sentiasa baik insya Allah aura2 positif tu akan terpancar sinar nya..pasti akan dirasai oleh org yg berada disekitarnya.  Jadi, tak perlu bermuka-muka buat baik..sbb menda tu takkan kekal lama pnye..percayalah.

Smlm, meena bagitau aku satu perkara yg betul2 buat aku lega, relieved sgt.  Sementelah dah few weeks ni semangat aku sangat down lepas apa yg berlaku.  Meena baik dgn Si Kerry, HR representative company kitaorng ni. Maklum lah sama2 kaler..sama2 agama.  Tak kesah lah tu, tp sejak hal aku ni berlaku somehow aku pnye hubungan dgn meena ok dan baik. Dulu mmg aku rasa sakit hati, bengang dgn si meena ni. Tpi sedikit demi sedikit perasaan tu aku buang. Sbb aku tak mau ada perasaan negatif dalam hati.  Dah dia dok sebelah cubicle aku.  Hehari nampak muka kan.  Bila ada sesuatu holding our feelings susah nak berkomunikasi. Susah nak berurusan kerja.  Jadik aku benarnya ok ok jer dgn dia seblum ni, cuma aku tak banyak sgt sharing hal peribadi or apa2 dgn dia.  Tpi hal2 personal aku, family aku dan sewaktu dgnnya mmg dia lebih banyak tau berbanding jenab dan Jlo lah kan.

Since aku salu bermuram durja jer, dia lah tmpat aku kadang2 meluah isi hati aku.  Pasal apa yg dah company buat pada aku. Pasal apa yg si Jenab buat jugak.  Bahkan, kadang2 dia juga beri aku semangat utk sabar tunggu sampai company bagi compensation.  Dia jugak beria2 bgtau jgn sekali2 aku antar surat berenti sbb aku  berhak dapat compensation.   Jadik sejak peristiwa ni bermula, mmg dia tau banyak. Infact dia juga jadik sumber maklumat aku. 

Aku ni benarnya taktau status aku sekarang. Sbb ikutkan awal2nya aku x mau bagi surat,dorang kena bagi aku surat berserta $$$ lah kan.  Tp dah dekat sebulan, senyap jer.  Langsung takde citer apa2 pun.  Patutnya bila dorang dah tau aku taknak terima so called 'offer' dorang ari tu, dorang cepat2 lah pilih option 2 kan.  Lay me off with compensation which equal to 5 bulan gaji (as per year of service, a month salary) + 2 bulan gaji (as termination notice-sapa suh company  bangang tukar dari sebulan ke dua bulan ye dak?) .   Takde apa2 berita langsung. Aku nak sgt tau ..nak sgt tanya si Kerry tapi tak jadi. Sbb aku fikir Kerry pun org company gak kan. So in sense of trust aku cuma ada 50-50 jer kat Kerry.  Tapi, meena yg sgt ngam dgn Kerry. Lagipun Kerry salu jer cerita kat dia memacam benda termasuk betapa buruknya perangai si Jenab tu lah kan.  Meena bgtau aku. Kerry pesan suh sabar jer dulu.  Tunggu. Sbb skg ni it seems jenab betul2 push nak suruh aku keluar cepat dari sini.  Tetapi tak mau  bayar compensation boleh???. Mentang2 dia co pay direct bukan thru agent mcm kitarong, nak jilat bontot (maaf, termencarut lak) nak jimat duit company ler kununnya.  Si Kerry kena push2 sgt bengang lah sgt.  Suka2 nak over rule the law kan. So Kerry sound Jenab direct.  If u want her to leave, make sure company pay her compensation.  Thats the rules, otherwise u cannot force ppl to resign..gitewwww katanya..terlopong la si Jenab..terus tak berani ckp apa2..

Jadik Kerry suh meena ckp kat aku...sabar. Tunggu jer. Soon or later bila dorang dah tak larat, dah menyampah tgk aku..dorang akan kuarkan juga..Dorang akan terpaksa bayar jugak!. Then dia kata, pesan kat aku, bulan2 puasa ni doa byk2. Mintak suma cepat settle, mintak supaya dorang bayar the compensation.  Dia kan kuat sembahyang..i m sure, one day God will answer her prayer..lagi2 bulan puasa ni...haaa, gitu kerry kata.  Kerry dgn meena ni Christian, jadik byk  benda yg dorang lebih paham tentang islam ni. Terutama pasal keberkatan doa di bulan ramadhan. Pasal byk mintak doa ..pasal doa org teraniaya ni pasti di perkenankan...

Bila aku dgr tu dari Meena, aku rasa lega sgt2.  At least, now i know where i stand.  Kat opis ni pun yg aku pasan ignorance kat aku pun si jenab dgn duan jer. Org lain takde apa2 pun, biarpun dorang tau dorang wat cam biasa. Selagi aku ada...mcm tu lah dorang treat aku.  Kadang aku pun keliru nak buat apa2 tu. Sbb aku tau , aku takkan lama di sini. Soon or later aku kena pergi gak kan.  Kerja2 yg aku patut buat tu , aku buat jer cam biasa. Cumanya tak byk sgt dah keje.  Bos baru aku si Chris ganti Duan (duan promoted, tapi still dok kat off ni..nyampah tau..sekongkol sgt sama Jenab) pun treat aku cam biasa jer. Walaupun aku tau..dia tau, aku nak kena nyah dari sini.  Infact, byk benda Chris masih refer dan tnya kat aku. Chris dulu jaga Vietnam dan aku pun pernah support vietnam district dulu.  Masa aku masih dgn boss aku yg dah pencen tu. So Chris know camne keje aku way better dari si jenab buduh tuh.  Tak pelah, aku redha jer.  Selama ni kalau aku rasa mcm sakit hati, benci..bengang nak dok kat off ni now tak lagi. Aku rasa gembira, bahagia sgt2.. Lg2 aku pasan sgt skt Jenab sgt sakit hati dgn aku hokey.  Bila dia lalu2 depan cubicle aku, sengaja aku buat engaged. Kadang aku buat bizi dgn HP aku, padahalnya aku belakon jer.  Ingat dia jer pandai belakn? aku pun boleh la!.

Kalau aku masih teragak2 hari tu  nak submit borang cuti, aku submit jer. Tp aku tak sua kat depan muka jenab. Aku sua kat muka asst dia si meena baru tu. Apa2 nak bagi si jenab aku pass kat minah tu.  Jng nak jumpa tgk muka pun aku tk hengen. Ada masa dia datang kat aku kalau nak tanya apa2..muka manis giler...hissh hipokrit sungguh.  Baru ni pun meena kata jenab cuba nak korek citer kat meena.  Tanya samada aku ckp apa2 tak kat meena. Tp meena kata tadek!.  Aku cuma bgtau dia aku willbe leaving soon tapi tak tau sbb apa.  Bila dia tnya balik kat jenab..apahal sebenarnya ni (walhal meena berlakon jugak) jenab terus diam.  Tak berani ckp apa2.    Mcm2 jenab cakap pasal aku dgn meena..dan meena ckp balik dgn aku, membuat aku bertambah benci dgn dia.  Entah apa dia sakit hati dgn aku sgt taktaulah. Aku tak pernah kacao dia pun.  Mgkin dia cemburu sbb aku senang nak berkwn dgn org lain. Mgkin org lain suka dgn aku dan beritau dia.  Mgkin gak mat2 salleh lain tu salu puji keje aku camne...mgkin org2 kt singapore pun salu puji2 aku dgn dia?? Jujurnya aku taktau pasal apa dia dengki sgt dgn aku ni. Aku ni kuli batak jer yg earning tak sampai gaji dia pun..separuh pun tatau sampai dari gaji dia. Tp cara dia buat aku ni mmg mengejutkan.

Semua vendor2 yg datang berurusan dgn dia kalau berkenalan dgn aku terus jadik kawan aku. Terutama yg melayu2 suma, termasuk lah cleaner2.  Kalau dulu cleaner part time kat sini melayu, aku jadi baik dan rapat sampai skg..tu pun aku rasa dia sakit hati. Sbb dia terminate servis akak tu dan ambik keling jadi cleaner baru...sampai gitu sekali.  Ada satu kakak ni..aku panggil dia kak Noni.  Company amik kereta dari company kak noni keje.  Suma matssalleh kat sini keta mereka sewa.  So company kat noni lah yg bekalkan.  First time jumpe kak noni dulu jenab yg kenalkan.  Ntah camne, aura aku kowt...kami jadi rapat, jadi kawan.  Salu  bertukar2 makanan. Kak noni pun salu bg aku mcam2 makanan. Aku pulak salu  beri kak noni sambal ikan bilis kegemaran dia.  Bak kata kat kak noni kat jenab, aku pnye masakan terbaik..aku pnye sambal bilis WORLD...so jenab sakit hati ke apa ntah, aku tatau.  Last2 kami terpksa sorok2 kalau nak bg apa2. Jumpe pun tanpa pengetahuan dia. Bole dia tnya kat Kak noni, aku ada cerita apa2 tak ..haiyaa...sjak kami jumpe sorok2 ni, kalau kak noni dtg pun aku tak kuar.  Ada takde aku kuar pintu belakang jumpe kak noni kat jamban..or jumpa kat bawah jer.  Jenab pun lepas lama kami tak tunjuk kemesraan kami, dia sebok tanya kak noni..eh now, u orang takde tukar2 makanan lagi kew??...takde!!..tu kak noni jwp..padahal, belakang..muahahha

Minggu ni pun kak noni buat buka puasa untuk customer2 dia.  Dan company ni pun di invite.  Jemputan tu dah di beritau kat jenab.  Pnye la dengki hati jenab,lansung tak tanya aku takpe, tak nya Muslim2 yg lain tu nak pergi ke tak. Bahkan, Jenab suruh, Meena, meena baru dan Raju-company driver tuk attend the buka puasa!!!.  Kelakar kan??. Nampak tak apa yg aku cuba sampaikan?.  Meena pun pelik sbb tu  bila dia cerita kat aku..aku ketawa...Pehal??..invite korang yg tak puasa??..even meena pun sound jenab smlm, kenapa u suruh kita2 yg takpuasa pegi?? bg la kawan2 yg puasa attend...haa, kaw ambik sedasss...

Natijahnya, aku bole lihat sekarang betapa begitu sekali dengki dia dgn aku.  Apa aku dah buat dgn dia pun?...company laki dia jadi real estate agent tuk kondo2 mat salleh for company kitarong pun aku x pernah reveal kat sesapa...takut dgn aku kerw?.  Aku tau bape byk RM dia buat dah kat co ni sejak 7-8 tahun lepas, tapi ada aku peduli ker? ada aku kesah.  Supplier2 kat office ni suma company kroni dia, tp pernah ke aku dengki ke apa?? NEVER U olls. Justeru aku tatau kenapa dia sakit hati sgt dgn aku..kerana aku cantik luar dan dalam?? kerana ramai org suka aku?? atau pun kerana aku ni keje bagus sgt?? ataupun aku ni adalah ancaman pada dia???...Tk tau aku mana satu jawapannya.  Sbb nampak sgt ketara mmg dia lebih lebihkan meena2 kat off ni..smpai gaknya nak penuhkan dgn geng2 meena supaya senang dia di jek? di kipass???  Allahu Alam...aku taktau.

Jadik, korang paham skg kenapa panjang nye aku tulis. Sbb aku sangat2 free and easy..keje aku senang jer skg..ada invoicing nak buat aku buat, takde kalu?? internet, baca tafsir quran ker tak pun baca buku2 motivasi.  Kak Noni ada suggest kat aku supaya mengait atau menjahit kat off, biar dia bertambah sakit hati dan cepat2 nyahkan...malangnya aku ni keras tangan u olls..aku mana reti bikin itu kerja suma??. Jadik aku abiskan masa carik keje woohaaaa.

Sekarang, selagi aku tak dapat keje lain aku akan enjoy good life kat sini. Makan gaji buta....muahahaha.  Bila aku dah dapat keje sok, pandai lah aku nak gertak depa cam ne suh release aku kan....fair tak?? Sgt fair aah.

So, itu jerlah buat kali ini ye u olls, aku nak teruskan aktiviti memburu kerja dan meroyan di fesbuk, mcm biasa..so if korang nak chat ke....boring ker...IM jer aku kat fesbuk..aku available jer anytime...muaaahhahahahahah

August 6, 2012

Kehidupan Bermula di Usia 40?

Alhamdulillah, dgn limpah kurnianya kita masih dipanjangkan umur untuk meneruskan ramadhan buat kesekian kalinya.  Diam tak diam dah 17 Ramadhan ari ni kan.  Sekejap jer masa berlalu. Aku masih meneruskan kehidupan untuk makan gaji bute buat kesekian kalinya.  Apa susah, datang keje cam biasa. Cukup masa balik. Ada keje buat, takde dok dendiam. Buat apa yg patut.

Sebenarnya aku nak cerita perubahan diri tika usia menginjak 40 tahun ni, aku merasa banyak sgt perubahan ketara pada diri aku ni. Alhamdulillah, semuanya ke arah kebaikan. Ke arah positif dan kehidupan yg lebih org kata.

Sejak menginjak usia ni, benarnya aku rasa sangat tua dah.  40 tahun aku genap di bulan May lepas. Ketika itu hati aku berdetik, ish..rasa mcm tua sgt2.  Bila sudah merasa diri tua, automatiknya akan merubah persepsi kita tentang sesuatu perkara tu.  Dan aku bole kata bersyukur, atas ingatan itulah..aku berazam untuk menjadi seorang ibu, isteri seterusnya insan yg baik.

Apa yg aku cerita ni tidak ada kena mengena dgn org lain. Jadik jgnlah korang terasa pulak ye. Ini suma apa yg aku rasa, apa yg aku alami, ikhlas aku nak berkongsi sebagai pedoman dan renungan. 

Jujurnya, aku ni bukanlah kategori org yg sabar sgt. Salu aku ditegur SP, supaya lebih bersabar dan bertenang menghadapi sesuatu perkara.  Contohnya masa mula2 menghadapi masalah perkerjaan aku ni, hampir2 aku putus asa. Hampir aku nak wrapped up dan tinggalkan ni suma. Nak jer aku bungkus barang2 aku dan blah.  Tapi ramai kawan2 menyedarkan aku. SP terutamanya tak putus2 mengucapkan Sabar,  sabar.  Kekuatan aku bertahan ni pun hasil dorongan org2 yg aku sayang. Kalau aku ikutkan hati, agaknya dah lama aku berambus dari sini.  Bila aku bertenang, memikir kembali apa yg berlaku ni aku menyoal diri aku kembali.  Untuk apa kita mengalah? kalau itu bukan salah kita. Persetankan segala2 pandangan2 jahat mereka pada aku..aku tak buat apa salah pun...selagi aku termampu..aku bertahan insya Allah.  Cumanya, bila time2 tak bole solat tu aku rasa pendirian aku agak goyah sikit. Maklum takde dorongan spritual dari dalam org kata.

Selama ini aku bole tabah dan bersabar, menghadapi karenah delin tu.  Apalah sangat dugaan ini?.  Duduk dalam pejabat beraircond, selesa, kemudahan internet segala mala ada.  Datang aje keje macam biasa, takkan ada org yg berani buat apa2 kan?.. Benarnya aku pun tak lah sabar sgt maledeni karenah delin dirumah. Ada masa aku burst dan mengamuk sakan jugak. Terutama kalau dia buat sepah.  Abess pecah isi rumah aku bising. Abess ku bebel.  Tapi hakikatnya, kasih sayang aku padanya tak pernah berubah bukan?..itulah hakikatnya..

Dulu, tahun2 terdahulu kalau tiba bulan Ramdhan aku pergi gak teraweh. Tpi amat berbeza dgn tahun ni. Mana taknya, seblum2 ni kalau pi solat di masjid hati aku merungut2 marah bila imam baca surah2 panjang2.  Hati aku gusar dan tak suka kalau imam sengaja melambatkan solat taraweh semata2 nak beri tazkirah. Hati aku betul2 tak suka.  Ketika sampai di masjid, bila azan isyak dilaungkan, hampir kesuma org bangun dan bersolat sunat dua rakaat.Tapi aku tak pernah buat..Masya Allah, jahil sungguh hati aku ketika itu.  Kemudian bila selesai bersolat isyak, ada lagi dua rakaat solat sunat, pun aku tak pernah buat. Aku rela duduk dendiam dari bersolat sunat menambah pahala..Masya Allah. Dan bila sedang bersolat taraweh, lagi sekali imam membaca surah2 panjang2..aku taksuka. Hati aku merungut.  Hati aku mengatakan tak sabar2 bila la nak abis ni..bila nak abes ni?..jahil kan?.   Dan bila imam membaca surah2 panjang, syaitan mula masuk2 ke dalam hati ku..mula menerawang fikiran ku tidak khusyuk dan memberi tumpuan.  Aku mau segera abes taraweh. Aku mau segera pulang.  Tidak menunggu sehingga abes lapan rakaat dan witir pun!!.

Solat2 sunat tgh malam juga aku malas sgt nak buat, aku malas sgt nak bangun awal.  Pukul 5am baru aku  bangun panas2 apa yg patut kejut mereka for sahur, lepas tu tido balik semula.  Takda pun nak mengaji, membaca surah yassin, hatta melakukan perkara2 sunat. Masya Allah..jahilnya aku membiarkan ramadhan berlalu tanpa mengambil peluang melakukan ibadah2 sunat...Ya Allah, jahatnya hati aku..pasti syaitan2 bertepuk tangan gembira kerana berjaya mempengaruhi aku. Begitu juga ketika berpuasa, amalan membazir berlaku.  Makanan byk di beli di bazar byk tak abes dan terpaksa dibuang kerana basi. Bermacam2 lauk dibeli tpi berakhir ke tong sampah. Masya Allah..betul2 sahabat syaitan kerana membazir. 

Tapi, semenjak usia ku sudah 40 ini..sinar keinsafan ttba terbit dari hati aku.  Mcm aku kata tadi, aku merasa diri aku sudah tua. Dan entah berapa lama lagi waktu yg Allah akan beri.  Melihat Mak sakit dan menjaga nya, melihat dia pergi cukup menghambat keinsafan di hatiku ini.  Betapa berat nak merelakan mak pergi, tapi terpaksa juga.  Melihat Adikku Adi pergi dalam sekelip mata, tak merasa puas lagi nak beramah mesra, bergurau senda dan bergembira menikmati kehidupan, ttba dia pergi..Sungguh aku terkesan kerana pemergiannya umpama mimpi.  Satu jam sbelum dia pergi kami masih lagi bersembang di alam maya.  Bayangkan..

Tapi itulah janjinya. Bila maut itu datang, tak kira. Tidak lewat sesaat maupun cepat sesaat kerana itu sudah janjinya. Itu sudah tertulis.  Justeru aku membayangkan kalaulah aku yg dijemput Allah  begitu, apalah amalan yg aku ada?.  Begitu banyak dosa2 lalu, yg kita sendiri taktau atau tidak perasan?.  Sungguh membuat aku terkesan..amat amat sgt.

Alhamdulillah, aku merasa titik perubahan itu.  Di bulan Ramadhan kali ini, aku berusaha untuk memperbaiki diri sebaik mungkin. Jika dulu sampai ke masjid tat kala menunggu masuk waktu aku duduk berdiam sahaja kali ni aku gagahkan menunaikan solat sunat. Sungguh sukar pada mulanya, tp lepas 2-3 kali sudah menjadi tegal biasa.  Tidak ada masalah.

Ketika solat isyak, tatkala imam membaca surah panjang2..aku memejam mata menghayati setiap bait surah yg dibaca.  Ada kala imam membaca mendayu-dayu sehingga meninggalkan perasaan hiba dan sayu. Bahkan hati sgt tenang dan tidak merungut2 lagi macam dulu. Hati mengharap2 pulak agar imam membaca surah2 yg panjang.

Jika seblum ini aku tak suka dgr takzirah in between solat teraweh dan merungut2 dalam hati, kali ini sudah tidak lagi. Aku tabahkan hati untk mendengar tazkirah dgn penuh rasa khusyuk dan insaf .  Dan jika seblum ini, tak pernah menghabiskan teraweh dgn alasan nak bekerja pada keesokkan hari, dan melayan nafsu mata..sekarang tidak lagi. Alhamdulillah, aku bole menunggu sehingga witir. Hati tidak meronta2 lagi mau pulang. Sudah tidak peduli lagi apa jua rancangan di tv. Sudah tidak peduli samada LCW menang ataupun kalah.

Begitu juga malam2 ramadhan ku.  Ku cuba isikan sebanyak mungkin dgn amalan2 sunat.  Sukar ,mmg sukar pada mulanya tp lama2 ia menjadi biasa. Sampai tidak ada istilah mengantuk lagi dalam kamus hati. Sesudah sahur, hari2 berkerja tidak lagi melayan bantal melelap mata.  Ku isikan dgn benda2 berfaedah. Sama ada melakukan ibadah ataupun mengisi masa dgn membaca surah, buku2 ilmiah.  Alhamdulillah..sungguhpun tidak cukup tidur, tidak pulak tekanan darah ku naik. Semuanya normal belaka. Tidak pulak sakit kepala kerana kekurangan tido spt selalu.

Solat Dhuha, yg sbelum ini tak pernah aku tunaikan pun. Aku dah  mulakan sedikit demi sedikit. Terutama ketika cuti di rumah.  Di pejabat, susah sedikit dek kekangan masa dan tmpat, begitu juga apabila byk mata2 memandang sinis ketika terlihat aku bersolat pada pukul 10am!!.  Insya Allah, ada kelapangan dan izin Allah, aku akan cuba praktikkan lagi biarpun mgkin bukan di bulan Ramadhan nanti.

Amalan2 membazir juga telah kutinggalkan.  Jarang sekali membeli makanan di bazar, jika ada pun aku beli atas permintaan anak2.  Selebihnya aku memasak di rumah. Aku yg malas buat kueh sendiri, sudah mula pelahan2 buat untuk anak2.  Jadi tak perlu lagi pergi ke bazar untuk memborong segala mengikut nafsu tekak.  Cordial2 pun sama.  Bermacam2 perisa aku beli untuk anak2 bertukar2 selera akan minuman setiap kali berbuka. Jadi tak perlu memborong 5-6 jenis air semata2 memenuhi tuntutan nafsu dahaga.  Dan paling penting, Ramadhan kali ni mengajar aku menjadi org yg lebih tenang dan tabah serta sabar menghadapi apa juga dugaan..Terima kasih Ya Allah, kerana memberi ku keinsafan tak terhingga ni. Terima kasih kerana memberi aku kekuatan dan istiqamah dalam menghadapi apa jua dugaan..Kerana Allah itu maha berkuasa. Dia tahu apa yg tersurat dan tersirat, kerana yg baik itu dari nya...yg buruk dan hina tu dari aku sendiri..

Mudah2an, aku diberikan ketetapan hati dalam melaksanakan tanggung jawab yg ada, yg diamanahkan, yg perlu di laksanakan...Insya Allah, mudah2an semuanya akan baik2 sahaja.

August 2, 2012

Keladi Ooh Keladi

Dari masa muda remaja, i hate keladi. Very much.  Sbbnya gatal. Pulak tu nak makan kena siang bagai..sungguh melecehkan sgt2.  Dulu arwah mak rajin sgt. Pe lagi buat keladi masak asam boh cili kering . Dapat pulak makan dgn sambal belacan, ikan sepat masin..wah. Enak.  Tp tu suma arwah mak yg kerjakan. Tak pernah aku buat. 

Masa mengandung delin, aku teringin sangat nak makan keladi masak asam.  Bape lama ngidam baru la dapat makan.  Bila Delin lahir, dia lambat jalan, lambat cakap. Segala2 lambat. Kakinya lembek jer.  Arwah mak ada kata sbb makan keladi..tu pasal lembik..haiyoo mcm2 org tua2 punya prediction tau.

Kalau balik umah MIL pun, ada masa mak mertua masak keladi. Masak asam rebus jugak.  Tp aku x pernah la menyiangnya kan , sbb aku alergi sgt dgn keladi. Gatal!!

Tapi smlm, apakan daya.  Kerana nak jadik isteri mithali kununnya.. sanggup u olls.  Petang2 aku dgn SP salu bersms2. Tanya2 apa nak masak petang ni for buka. Selalu dia lah yg excited nak makan macam2.  Minggu aku dah raya, so napsu nak makan time buka agak kureng . Mana tak tghari sempat melantak dah kat off kan. Smlm siap order Burger Mc D lagi, mana tak kenyang!! huhu.  Tapi susah la u olls kalau x puasa ni. Susah nak makan. Kena la menyorok2.  Tak suke betul. Tp sbb sahur tak leh masuk apa2 alang2 tak puasa tenghari makan la ye dak.

Smlm SP kata dia teringin nak makan keladi..sudah!!, dalam hati aku dah berkata2 jahat. Malas betul la!.  Aku tnya mana nak dapat?.  Dng yakin dia kata chowkit aaarrr.  Maklum ofis dia dkat sgt dgn cowkit tu kan..anytime jer nak beli.  Alang2 tu, aku kirim beli ulam dan belacan sekali.  Bila dah balik tu mula la menyiapkan misi. Menunya, keladi masak lemak kuning dgn ikan haruan dan ulam2 makan sama sambal belacan.   Oh, skg ni SP balik kul 4.30pm so on the dot aku dah turun bawah.  Sampai rumah kul 5 lebih, sempat sgt2 lah nak masak bagai.

SP beli dua ikat keladi.  Daun selom, tenggek burung dan sedikit jering muda.  Mengerjakan keladi mula2 lagi masa buang kulit ari tu dah aku rasa gatal2. Haru betul tau.  So kerjakan segala apa yg patut.  Since hari2 tertentu kakak takde tuisyen aku bole suruh dia turunkan apa yg patut.  Aku dah suruh turunkan ikan haruan dan daging. Sbb aku teringin nak makan daging goreng black pepper la pulak yg digoreng bersama kentang.

Dekat pukul 7 kot siap la segala menu aku.  Nasi?...aku sampai2 rumah jer nasik yg aku masak dulu. Pastu tinggalkan masak lauk2 dan yg lelain tu.  Tugas SP ialah membasuh pinggan dan segala yg ku humban kat sinki. Kakak pulak mmg tugas rasmi dia buat air.  Biasalah, hehari lain2 menu air bdk2 ni. Kejap oren, kejap anggur, kejap sarsi. Ada masa sirap bandung bagai.  SP tetap nak minum Teh O jer hehari tak kira air apa yg ada tu jugak dia nak.


Jadik inilah menu bebuka kami semalam.  Keladi masak kuning dgn ikan haruan, telur dadar, daging goreng lada hitam..ada sambal udang petai semlm pnye. Sambal kicap pun smlm punye dan ulam2 dgn sambal belacan. Yg pasti, smlm amal tambah nasik xtau berapa kali.  Nasik dikuahkan kuah kuning tu pastu dia boh kicap.  Berulang2 kali dia tambah sampai aku suh dia stop.  Aku dgn SP pun bertambah 2 kali smlm. Walaupun tghari aku dah makan..tpi tetap beselera dapat makan sambal belacan..perggh.... Kakak makan sepinggan jer..tapi nasiknya banyak. Tu pasal dia tak tambah lagi.  Dia suka sgt kentang yg digoreng sama daging lada itam tu..tu jer lah lauk dia makan sama sambal belacan.  Delin? hmm budak tu mana puasa. Kata babysitter kat umah dia pun delin x mau makan. Katanya dah makan nasik lemak kat sekolah.  Since Delin tu x paham lagi apa erti puasa..aku biarkan jer dia.  Mana tak, hari pertama tu beria2 dia kata puasa..Bila tnya puasa tak?..PUASA..konfiden jawap tapi mulut mengunyah boleeesss?.  Since akal dia x sampai ke tahap tu lagi , aku biarkan je. Bak kata babysitter aku dia tak reti lagi konsep berpuasa dan maksud puasa.  Sbb tu aku mmg beri dia bawak duit tiap hari. Sbb dia nak beli makanan kat kantin.  Yg Amal pulak sbb terlebih bijak kan, mmg aku suruh puasa betul2.  ALhamdulillah tahun lepas bocor 3 hari..harap2 tahun ni takde. Byk dah tuntutan dia kalau puasa penuh..mati la mak..ahha. 

Benarnya ginilah lauk aku masak hehari for buka. Sempoi dan disukai suma org.  Nk masak pelik2, buat kuih bagai tunggu weekend la. Hari keje nan ado lah ye.  Nak beli?? hmm jeran aku kalau tak terpaksa.  Jumaat lepas tu sbb nak balik kg lepas buka aku tak memasak. Kami pi bazar jer beli makanan. Aduyai, sambal jering sama udang beli 3ringgit betul2 sesudu jer u olls dia bagi..

Pulak tu barang makan mahal sgt kat bazar tu. Rm 30 taktau apa la dapat lauknya. Tak sampai sahur pulak tu. Kalau aku masak gerenti sahur aku takyah bersusah2 masak lagi..cuma panaskan aja.

Hari ni aku plan nak ayam masak merah, tomyam sayuran, sepat goreng garing..-sambal tumis ikan bilis, peria katak goreng garing...janji ada lauk kegemaran bdak2 terutama si Amal yg puasa...kira setel dah. Aku dgn SP apa pun  bole..Kakak pun sama..janji ada sambal ke..ayam masak merah ..jalaaaaan

Gitulah adanya, dari cerita benda2 menyakitkan hati yg berlaku kat opis aku ni kan baik cerita pasal makan.  La ni aku tak peduli apa dorang nak buat pun suka hati jer la. Aku tunggu jer. Kalau dapat offer keje kat tempat lain, baru la aku fikir apa aku nak buat..fair kan?. Selagi dorang tak ckp apa2, nak bayar apa2...aku dok dendiam. Lagi best apaeeee makan gaji buteee..tak gitu??

August 1, 2012

Kat Kampung, where my heart is...

Fed up lah asik dok cite benda yg menyakitkan hati jer kans. Meh kita citer benda2 yg menyeronokkan dan menggembirakan..Sesungguhnya aku berasa sungguh nyaman dan tenang sekali bila berada di kampong. Tak kira kampong aku ke kampong SP. Dua suasana berbeza, kat kg aku dikelilingi sawah padi manakala kat kampong SP dikelilingi dusun buah2 durian, manggis, rambutan dan bermacam2 lagi. Ofkos, looking forward je nak balik kampong kan, apatah lagi kampong sendiri gitu. Anak2 pun begitu. Tiap kali kata nk balik kampong mesti mereka sgt teruja, lebih2 lagi kampong mama kan.

Dah berapa kali terpksa postponed sbb mcm2 hal. Dengan sukan sekolah, kenduri kawin bagai. 3minggu tertangguh. Jadi weekend pertama puasa kami sempatkan juga untuk balik kampong sambil shoping baju melayu lelaki2 terakhir ni. Duk KL berpuluh tahun, soping kompleks bersepah sana sini, tapi hampir tiap tahun tang nak beli baju melayu dgn baju bdk2 pempuan ni aku lebih selesa beli belah kat sg besar. Harga berpatutan, tak sesak sgt. Nk parking senang…leisure2 jer leh pegi soping.

Pepagi sabtu tu, kami pi pasar dulu. Beli apa2 yg patut utk santapan petang berbuka tu. Biasalah, aku kalau pi pasar salu jer gelap mata dan teruja. Mana taknya tgk ikan2 segar2 baru2 naik dari laut, maklum pasar kat sg besar tu sebelah laut jer. Tgk udang2 yg besar2..aduh. Last2 aku beli dua ekor ikan siakap besar, sekilo udang besar..Akak pulak beli ikan cencaru dgn terubuk. Kami gak beli ayam sekor. Biasalah bdk2 kalau tak makan ayam sehari tak cukup syarat lah. Terpandang kat ikan sepat siam yg dijual kat pasar tu. Terdetik gak nak beli tpi hati melarang..so tak jadi!. Rupanya ada sebab u olls.

Lepas balik tu aku bersantai kat bawah rumah mak tu. Wah angin sepoi2 bahasa..bukan bahasa, kuat sgt. Rasa nyaman dan syahdu. Sambil baca paper, melepak2 dgr carta sinar..bahagia sungguh.



Depan umah mak tu pulak ada pokok rembutan yg merah2 menggoda buahnya. Nak nak lagi bulan puasa ni. Merengek2 bdk2 yg sorang ni nak berbuka.. Puas jugak aku menahan, memujuk. Tu mujur tak terjun sekali dalam lumpur walaupun dah hampir dah..Sp kutip dapat la sebesen besar kat bawah ni...aduh..dugaaan puasa..

Sedang kami syok2 bersantai sambil menghiburkan diri dgn lagu2 dari radio kecik nan ado ni...best layan lagu2 sambil angin menyejukkan badan dgn kuat sekali. Cuaca pulak sgt membahang u olls...jadi dok jer dendiam kat bawah rumah tu.
Dalam syiok2 aku dgn akak lepak2 tu kecoh lah bdak2 ni kata 'Ayah dapat byk ikan'..teruja juga aku nak pi jenguk apa kerja dorang panas2 buta ni..Rupanya ini keje dorang u olls. I ni malas la nak berpanas buta kan, so amik payung ala2 putri lilin gitu..
 


Dengan baju elok, suar jeans elok betuah pnye bdak delin. Dia terjun sekali rupanya.  Mentanglah dia tak puasa kan, segera jer terjun.  Amal yg teruja hampir2 cecah kaki dh kat lumpur, tapi aku berjaya tahan. Turun karang pecahlah puasa dia kan. Sayang jer. Dahla sahur makan nasik banyak aku suap..rugi je nanti..
Korang nampak bayang2 tu..tu lah aku berpayung uolls kat situ.  Memula SP tu tak bertopi hape..dgn panas gitu, aku balik amik topi dan hulur kat dia..adaka dgn puasa2 nak bejemur segala kan? tak logik langsung.  Tu kaki yg berdiri belakang delin tu, org sekampung yg bawak lori. Dia lalu tpi sanggup berenti u olls nak tgk apa kerja dorang gagau ikan ni. Dengan dia2 sekali teruja...


Tengok tu..seronok giler delin kutip ikan sepat, ikan haruan, keli dan puyu. Bergerak mengikut salur air yg SP dah keringkan..beria2 tau SP buat aliran tu suma semata2 nak kutip ikan..aduh...


Memula tak banyak, tapi makin banyak makin banyak..dekat sebaldi penuh..Aku dgn akak pnye le gigih menyiang dekat sejam kot baru siap.  Hari Ahad dorang sambung lagi aktiviti . Kali ni lagi byk uolls.. pergh..SP pulak amik ikan tu time kul 3 lebih gitu.  Dah dekat kul 5 kami ni sebok nak masak tuk buka bagai kan..So untuk cepat, akak siapkan bahan tu masak..aku masak suma sepantas dan cergas yg boleh. Sbb SP dah mulakan menyiang ikan sensorang sambil kami siap masak.  Kul 6 kot, aku dah siap masak segala. So aku dng akk hulurkan bantuan.  Ngam2 dah azan u olls baru siap menyiang, membasuh dgn kami mandi sekali..hanyirnya tuhan je lah yg tau, mujur suma pun dah siap, tinggal nak menghidang jer.  Anak dara aku dgn anak bujang akak diberi tugasan nak menghidang sambil siapkan apa yg patut....

besar2 kan...ni yg dipilih oleh SP sbb akak nak siang ikan sepat jer..AKu kena siang yg susah..ikan keli dan ikan puyu..haruan pun susah uolls. Mujor lah arwah mak bekalkan kami dgn skill menyiang ikan yg mebeles..ye lah, calang2 org mana pandai u olls ...tapi  kami?? hmm expert ah, walaupun masa mak ada, mak jer yg salu siang..bila dia dah takde ni....sob sob..Alfatihah buat mak..



Tu jelah aktiviti aku hujung minggu lepas..moga korang enjoy tgk gambar2 aku ni. Masa aku letak kat fb wah teruja semua meka2 nak join carik ikan lagi.  Sesungguhnya dua hari kat sana aku tak fikir langsung pasal keje, pasal sakit hati aku pada sapa2. All i know kami habiskan masa dgn gembira, gelak ketawa dan santai tanpa perlu sakit kepala berfikir benda2 yg menyakitkan hati.

Sesungguhnya dua hari pun tak cukup SP kata nak jelajah segala mala lubuk kat sawah padi tu.  Sementelah padi belum dimesin lagi. Bila dah mesin esok lagi lah byk lopak2 lain kat belakang tu yg kena carik juga ikannya.  SP tak sabar menanti lagi dua minggu untuk menyambung operasi mencarik ikan dia. Walaupun kali ni tujuan balik adalah nak beraya!!.  Mcm tak ingat langsung pun pasal raya ketiga dah nak balik ke kampung dia pulak?.  Anak2 sgt gembira dan enjoy. Biarpun sakit tekak aku bila pantang lepa delin asik nk turun ke lumpur mencarik ikan. Tak kira panas atau tidak.  Imajin baju yg berlumpur yg aku dah campakkan buat kain buruk ..tak sanggup.
 
Aku sungguh lupa pulak nak ambik gambar ternakan arnab kami. Makin banyak. Masa aku balik ari tu pun beranak lagi 7 ekor..yg sedia ada dah besar2 suma. Gamaknya kena buat korban rendang raya ni..sbb tempat dah tak cukup.  Arnab2 ni pulak pantang dicmpurkan dgn jantan dan betina manjang nak buat anak jer taw..tak larat dah..Dah berpuluh ekor...kandang pun dah penuh sesak u olls.
 
Yg jelas, belakang aku masih lagi sakit sampai skg.  Dua hari nak buang bau hanyir kat tangan aku ni..sampai nak termuntah2 aku.  Hasil yg dibawak balik toksah citer..gamaknya sebulan puasa ni makan pun belum tentu abessss...Seronok sungguh berada di kampung...akak pun sgt teruja dan berselera sgt makan. Aku yg sahur x lalu makan nasi ni bila ada kat sana bukan main lagi.....umah mak..where my heart is...semua memori, pengalaman di rumah mak will never be forgotten..biarpun sedih kerana tahun ni pertama kali beraya tanpa mak n bapak....Mak n bapak akan tetap di hati kami sampai bila2...ALfatihah.....