April 30, 2013

Jangan Main Kutu!!



Dulu aku salu fikir tak pe lah. Join jer main kutu sbb kalau nk harap aku put aside RM400 sebulan to mana2 saving memang tidak lah kan. For many year aku join main kutu with amount beratus. Paling banyak aku pernah main ialah 500 lebih. Tu pun share 2 nama dgn SP dan dapat 3 kali by using 3 portion. Tiap kali seblum smpai turn dapat kutu tu berangan2 lah nak beli memacam dgn duit tu. Ye lah kan dapat segedebuk riban2 gitu tentu syiok leh beli apa jer dalam wish list. Somehow dgn join group kutu gaklah dapat tolong aku top up duit untuk bayar deposit keta baru back in 2011 ari tu. Sakitnya hati Allah jer yg tau bila ada yg jenis culas, bayar lambat. Kdang2 kita yg naik malu dok chase duit kutu berkali2. Fed up sgt aku rasa. Bila kita perlu sgt duit tu dan giliran kita pulak bulan tu..tunggu pnye tunggu sampai 8hb baru dapat. Yg paling sakit hati, bg kita sikit2. Sbb tak abis lagi yg lain2 tu bayar. Sekali bagi rm1200…2-3 hari lagi 2-3 ratus…aduh perit. Sakit hati tau tak. Mana nye impian nk dapat segedebuk duit . Alih2 by time kita dapat balance tu yg duit separuh kita dapat tu pun ntah gone kemana..abis cenggitu jer..sakit hati.



This year, will be the last la aku main ngabiskan group kutu. Kalau tak silap aku June ke July ntah abisnya.Sebulan 4ratus agak besar gak oooi. Sakit gak tiap bulan nak bayar. Mujur la masa aku kena lay off dari tmpat lama hari tu tak sempat pun nganggur lelama. Sebulan jer tpi end up dapat compensation agak byk. Pas tu terus dapat keje kat tmpat baru ni takde le aku terasa sgt nak bayar RM 4 ragtus sebulan kalau tak keje mau parah air mata nok nak bayar byk tu.



Sejak keje tmpat baru pun aku berjaya disiplin kan diri to put aside sikit to savings. Mean aside yg mmg tak sentuh langsung. Biarpun sikit jer sebulan mampu tapi Alhamdulillah, hasilnya ada kan. Lgpun aku dok fikir asik abiskan duit jer…baik la pejam mata simpan sana..simpan sikit. Semua ni bermula lepas aku kena lay off hari tu la. Dapat lah simpan sikit..dan bila aku stat bayar zakat pendatapan lebih dari biasa, aku merasakan sgt keberkatan padan pendapatan. Tak pernah pulak putus duit smpai ke hujung bulan. Ada je rezki mendatang. Lgpun kat off baru ni aku jrang sang jimba2 makan mahal2..byk masa aku abiskan pi gym dgn misi menguruskan badan. So bole la tahan..



Bukan senang tu. Puas gak aku mendisiplinkan diri. Mcm2 wish list nak beli tiap kali ada duit lebih tau. Cuma tahun 2013 ni aku perasan yg aku menjadi semakin kedekut dan berkira pada diri sendiri terutama kalau nak berbelanja pada perkara tak penting. Aku tak berkira langsung kalau anak2 nak beli buku ke atau nak bayar apa2 untuk aktiviti..tp untuk diri aku mmg jarang sekali. Ada sekali tu aku teringin sgt nak beli HP baru samseng Note tu…kononnya tunggu dapat duit lebihan income tax tu kan..tp bila dapat duit tu ttba aku jadi kedekut sgt. Aku fikir tak perlu nak tukar hp. HP yg ada SP bagi masih elok lagi. Pehal nak bergadjet2 sgt kan..tak perlu pun!. Sudahnya aku spend sikit untuk makan2 anak2 beranak..makan angin sikit dan selebihnya masuk dalam simpanan…aku pun benarnya kagum dgn diri aku tau. Kalau 20 tahun dulu aku cenggini mau dalam simpanan aku ada beratus K tau..ish, menyesal tak sudah sbb dulu boros sesangat. Harap dalam KWSP pnye simpanan jer lah ada ratus2..tp ntah dapat ambik ke idak kan?



Sekarang ni aku tgh tunggu durian SP pulak. Ntah bila la nak runtuh gaknya. Berkali2 dah piket untuk dapat back date dorang tu. Tapi belum ada rezeki lagi gaknya. Baru jer aku nak claim 50% dari durian tu tau…haha, apa pulak, kata sleeping partner..mesti la nak dapat portion share 50-50….tak gitu??



Jadik, pada korang yg gemar berkutu2 tu..kalau nak main, jgn main byk2. Takat seratus tu cukuplah aku rasa. Tak perlu nak main kutu sbb konon nak save duit la apa kan. Takyah. Tak de untung pun. Kalau dapat interest lebih tak pe la jugak. Baik korang simpan kat tabung Hj tu..untung2 dapat penuh tabung leh g umrah kan?.



April 17, 2013

OMG..lamanya

Assalam utk semua..yes, Oh My Gucci...lama giler tak menghapdate kat belog ni.  Last post was Feb hari tu..amboi..berkarat lagi berkulat dah tu..Bila dah lama sgt, mesti lupa dah apa2 ntah citer yg nak dikongsi. Just gone with the wind omputih kata.

Dunia pekerjaan aku cam biasa la. Bertambah bizinya semenjak dua menjak ni.  Lepas konpem hari tu langsung aku dah takde can nak membelog. Fesbook pun la ni kadang2 jer bukak. Tu pun kadar nak tgk2. Komen sikit2. Meroyan2 lagi mcm dulu2 ...Nehi.  Jarang2 dah,  Kat rumah pun sama. Bila dah balik kepenatan melampau, tak kuasa nak sentuh PC ke laptop ker.  Hp pulak buat hal so lagi susah nak berfesbok mcm dulu2 tuh.  Tapi, Alhamdullilah semuanya baik2 belaka jer dgn keje baru ni.  Semakin hari semakin mahir dah nak mengenal barang. Nk mengenal Part2 number. Dan semakin mahir nak antar email mintak itu ini.

Bos pulak, mcm gitulah.  Dia pun tak ckp byk. Mgkin sbb aku jarang bawak masalah. Punctual, balik lewat, keje pun kurang dah kesalahan.  Pendek kata, dia pun mcm serahkan kepercayaan pada aku nak handle suma2 perkara.  Makin galak lah clan2 makcik perli2 aku org kuat bos. Ape ada hal kan?.  Mmg aku nak buat keje aku sebaik mgkin, kalau org2 lain yg perli2 tu sbb dorang sakit hati la kot. kansss?.

Pasal keje pulak, baru2 ni aku nak tergelak pun ada. Ingat tak dulu ada kompeni yg aku pi interview ya aku cerita perihal dorang tak suka male staff gi solat jemaat. Ada pertikaian tentang kenapa solat kena buat ari jemaat?, tak leh hari lain?.  Kompeni yg besar tapi yg interview mcm komunis tu...ya, baru ni aku terpanjat gak bila dorang kol HP aku. Tnya aku masih berminat tak dgn jawatan tu.  Well, aku g interview tu mid of last year..dekat setaun dah. Masa dorang panggil 2nd interview pun aku tak berminat nak attend walaupun masa tu aku ada bunga2 masalah dgn kompeni lama kan...sbb aku tak berminat cara dia treat muslim tu.  Dan dorang gak kata aku demand gaji mahal sgt.  Abis, kalu korang nak tukar keje haruslah demand ye dak, laenla kalau kita desperate nak dapat keje ke kan.  Kalau masa tu aku kena buag keje dah maybe la aku terpaksa terima kan.  Minah yg kol aku tu org lain aku rasa.  Dia tnya aku nak tak dtg office dorang jumpa big bos dorang.  Sbb dorang berminat nak hire aku.  Kalau dulu aku turn down the offer, sama gak la kali ni. Aku bgtau dorang aku dah stat keje company lain sejak Nov lepas. Oil and Gas company, happy dgn gaji dan keje aku dan aku tak rasa nak berubah angin lagi buat masa ni.  Aku agaklah kan, maybe dorang dah amik org ..tpi after few months mgkin org tu tak leh cope, cabut lari or apa2 kan.  Carik aku balik.  Keje tu mmg susah. Nak kena deal dgn kilang2 kat Brussel dan Europe jadi kena betul2 fasih ber bahasa inggeris dan harus pantas buat keje. Maklum nak deal dgn customer yg bukan calang2 kan.

I would say keja aku skg pun sama mcm tu.  Kejar date line jer hehari.  Jarang aku dapat balik on the dot kul 5. Salu mesti kul 530 or kul 600 baru nak balik. Mana tak, time2 nak balik tu baru la sebok nak itu ini. Mental betul dgn national oil company ni tau.  Pagi2 kadang aku lepak kangkang tak buat apa..by pukul 5 time tu lah baru nak sebok nak barang. Nak itu ni.  Document preparation yg renyah sikit sbb suma mengikut ISO.  Kena log and register sana sini, baru buat document. Pulak tu nak dpat approval lagi, bla bla bla.  Tapi aku suka apa yg aku buat. So kadang2 bz kadang2 tak. Ada masa sabtu ahad pun kena check email. Ada masa malam2 pun bos akan kol mintak tolong check PO itu ini.  Thats life..aku pun malas nak berkira sgt. Maybe sbb tu bos aku pun tak byk soal dgn aku.

Life wise macam tulah, kalau seorang isteri dan ibu. Mana pernah kerja abes ye dak. Kadang keje2 rumah dah abis. Kita pulak kena kerjakan...opsss...hahaha. Biasa la tu.  Cuma skg ni aku lebih kepada buat keje rumah depending kepada kemampuan. Kalau penat sgt, aku pejam mata jer. Kalau larat aku buat.  SP byk bantu.  Tu meringankan beban aku sebenarnya.  Kakak pulak sejak dah masuk form 4 ni byk home work, kadang tak bole nak expect dia buat itu ini..kena sedia maklum lah.

Delin pulak skg ni penuh jer aktiviti sek dia hehari. Ada jer.  Berkuda lah, berenang lah. Bowling lah.  Sbb nak bg dia biasa dgn semua aktiviti tu kami bagi jer kebenaran. At least biar dia belajar untuk paham dan berdikari kan.

Amal pulak, sejak darjah 3 ni makin byk aktiviti dia.  Mana nak main bola sepak, mana nk main hoki bagai. Pengakap. Belum campur aktiviti2 lain.  Sekolah Kafa lagi.   Pendek kata, masa aku mmg fully occupied nak melayan depa2 tu kalau kat umah. Mana ada masa nk bersantai2 fesbok bagai?

Honestly,skg ni aku jarang masak on weekdays sekarang ni. Bukan apa, main reason sbb aku berdiet tak makan malam dah berbulan ni jadi dorang pun jadi mangsa.  Kadang aku masak gak tp aku cuma tgk jer or aku makan lauk2 jer.  If seharian aku tak makan nasik baru aku makan. If aku dah makan nasik once aku cuba elak2 kan nak makan lagi..tp biasala kadang2 langgar gak. Terutama kalau SP dok banjer makan kat Restoran Suraya tu..hancurrr diet aku.Walaupun nasik sikiiiit jer, tapi selalu hancur dgn kerabu mangga...siakap 3 rasa dan yg lain2 makanan dorang yg superb tu..betul2 hancurrrr.

Aku masih meneruskan aktiviti ke gym. Seminggu 3 atau 2 x.  Tak kisahlah kalau tak turun berat byk pun. Tapi aku rasa sgt fit dan sihat.  Akitiviti aku kat gym pun tak ler teruk2 pnye. Setakat brisk walk, jogging atau pun climbing stairs.  Dulu setengah Km dah semput, now simply 3km sap sap sui..dan masih dapat stamina dan tenaga lagi.  Kadang2 aku bersenam 30 mins jer pastu sambung 20 mins kat sauna.  Rasa sgt sihat sbb berapa ramai org yg bersin batuk, berhingus2 kat office ni Alhamdulillah aku masih sihat tu!!.

Aku pun rasa badan sgt ringan dan senang nak bergerak.  Semenjak rajin bersit up in gak, perut dah turuuuuun byk sgt. Masih gigih lagi nak bagi kempis ketak2..jgn jeles eh..haha. Baju suar2 suma dah longgar. Bangga giler bile suar jeans yg dulu nak msuk pun tak lepas now easily bole kancing gituuu!!.  Hebat kan kuasa senaman..

Cuma yg aku tak pernah terai sampai skg kat gym tu ialah berenang, ada keinginan tpi entah lah, malu ke apa ke aku pun tatau..mcm rasa pelik berenang sorang2 kot..haha.

Sejak mengamalkan gaya hidup sihat (cheeewah haha) aku rasa lebih berkeyakinan.  Minum pun air kosong mineral jer. Fast food?..now sebulan sekali pun susah nak jamah. Kalau anak2 teringin sgt nak makan aku bole tahan tgk jer tau!!.  Dulu mana bole beb. Skg ni aku berjaya mengawal napsu makan.  Sbb amik nasik pun sesikit yg bole.  Lauk sedap2 mana pun aku masih berjaya menahan tau...tu suma berkat U trim yg SP dok belikan supply nya. Dah 2 bulan lebih aku makan. Mmg mengurangkan sungguh selera makan.  Kadang2 rasa tak nak makan langsung. Tapi bila perut dah berbunyi, makan la gak.  Aku kena abiskan lagi sebulan pnye course sbelum berhenti. Now pun aku minum selang2 jer.  Supaya bila stop nnti idak la terkejut kan. Harap2nya bila stop nanti aku masih berjaya mengawal permakanan aku tu kan. 

The biggerst loser yg bermula bulan lepas tu ada sebulan lagi jer seblum ditutup secara rasmi. Like i said earlier bukan hadiah yg jadi kejaran tp lebih kepada untuk mendapatkan berat yg unggul sesuai dgn ketinggian. Bukan dikategori obesiti.

Duh, time bersemangat nak update ni ada jer gangguan.  Gamaknya aku terpaksa berhenti di sini dulu ye. Ada kerjaan yg harus diselesaikan pada kadar segera..sampai ketemu lagi..wasssalm.