September 30, 2011

Hingga ke liang lahad...aku menjadi saksi.


Hari Khamis 22hb Sept 2011

Malam tu akak kol aku meluahkan rasa susah hati sbb mak dah banyak hari demam. langsung x mau makan dan minum. Badan dah sgt lembek. Aku suh akak panggil abang long datang dan bawak mak ke hspital. Tapi mak menolak. Mak tak nak. Bini abg long pun macam2. Kata mak tak mau toksah paksa bla bla bla. Aku dgr hati jadik sakit, so aku dah ckp dgn akak, esok pepagi aku balik then kita angkat je mak antar ke hspital. Sepanjang malam akak tak tido. Mak merengek tidak selesa. Maybe kesakitan. Malam tu aku anak beranak tido kat hall luar. Packed barang2 apa patut. Esok pagi mesti gerak balik.

Hari Jumaat 23hb Sept 2011

Pepagi lagi aku dah inform babysitter yg bdak2 tak akan datang. Aku kena balik kg. Mak sakit. Seingat aku kami sampai kat umah mak jam 9 lebih. Langsung tak berenti di mana2 utk breakfast ke apa. Mujo ada roti butterscoth aku beli semlam tu. Bdak2 makan tu sementara nak sampai umah mak. Kakak dah siap2kan barang2 dan baju2 dia dan mak. Mmg kami yakin mak kena admitted.


Masa sampai mak totally tak bermaya. Aku pujuk mak pi hospital dia geleng kepala. Naluri aku kata, this time mak mesti pgi. Mak nampak kering sgt2. Aku mintak adik lelaki yg baru sampai, aku, akak dan SP angkat mak dalam kereta kami. Kami rush ke hspital Sabak Bernam. Pi emergency and mak tros dripped sbb kering sesgt. Tunggu result darah dah kencing, kami pi kantin jap isi perut. masa tu dah kul11 lebih dah.


By kul 12pm confirmed mak kena admitted. Total dehydration yg teruk sesgt. Kering yg amat. Mak ditempatkan kat wad 2. Katil no 13. Abg long dgn bini dia sampai pun petang sgt masa tu. Akak no 2 pun sampai dari Kelang. Cuma abang ngah jer aku lum bgtau mak admitted.


Mlm tu aku ckp dgn akak biar aku jaga. Sbb semlaman tu akak tak tido kat umah jaga mak. Mak mmg totally tak tido dah bebrapa malam. Tido2 ayam jer. Tghari tu aku balik umah mak kejap. Petang lepas asar baru kami pi hspital semula. Balik amik barang2 cam flask, cawan sudu bagai. Lepas admitted, mak kena dripped. 4 botol air masuk tpi kencing dia tak keluar pun. Aku pun x pasan masa bila dorang pasang tiub kencing.


Pukul 5.30ptg masa aku sampai kat hspital Dr tgh mengerjakan mak. Kata Dr kuman dah menyerang salur kencing mak. Dan dah sampai ke jantung. Tekanan darah mak sgt2 rendah. Dr terpksa masukkan wayar dari lengan mak direct ke jantung. Dorang terpksa buat gitu utk biar ubat tu di drop direct ke jantung. Masa dr pasang mak melawan. Sampai tercabut wayar tu. Dua kali dr buat baru ler ok. Masa tu kami taktau keadaan mak sebenarnya semakin serius dah.


Ptg tu ramai org datang melwat mak. Jiran2, kawan2 dan sedara mara pun ada yg datang. Lepas habis waktu melawat kul 7.30pm suma balik. Aku je tinggal kat wad. Aku akan bermalam diwad jaga mak. Masa tu mak masih sedar. Aku mintak izin dia nak kuar pi solat isyak jap dia acknowledged dan angguk kepala. Masa tu mak masih sedar lagi. Dan dia tau aku yg jaga dia.


Sepanjang malam mak tak tido. Tgnnya asik bergerak2 menggenggam2 mcm kebas. Tak henti2. Sampai kul 2 pagi pun x tido lagi. Aku menangis sorang2 sedih sesgt. Surah yassin pulak lupa nak bawak. Sebenarnya aku hafal yasin hampir 30 ayat tp taktau napa malam tu sampai ayat ke 7 jer aku totally blank. Aku totally LUPA. Atas nasihat kwan2 aku baca jer apa yg aku ingat. Ayat kursi berpuluh2 kali, ayat 3 kul apatah lagi..aku pegang tangan mak supaya dia tak gerak2..








Aku sempat snap gambar ni. Aku masa tu baring kat kosi malas yg hspital sediakan tu. Dalam buntu gitu aku pegang tangan mak. Mak genggam erat dan kuat sgt2. Pukul 2.30am, baru mak tertido sampai ke pagi. Aku pun dapat lelap dalam sejam dua gitu. Dalam susah2 hati runsing gitu ada kawan2 yg SMS dan reply kat FB suh  bertenang dan baca apa2 yg patut. Terima kasih sesgt. Sekurangnya itu meringan beban kerisauan aku yg totally tgh blank giler.
Setiap jam nurse datang check. Setiap masa gak aku lap2 badan mak. Panas sgt. Aku basahkan towel letak kat seluruh badannya. Lap sampai basah katil sampai basah selimut dan baju dia. Sampai bau masam aku rasa mak masa tu. Setiap detik mak haus nak minum. Jadi aku layankan jer. Aku beri mak minum dgn straw. Beria2 dia menghisap straw lagak mcm betul2 kehausan. Masa ni dah berbotol2 air di drip kat badan dia and yet dia still rasa haus dan nak minum lagi dan lagi. Mak meracau2 malam tu. Mcm berckp dgn seseorang. Mcam beritau sesorang. Matanya meliar jer. Ada sekali tu dia bisik kat aku.."nak balik umah"..tpi aku pujuk dia. Mak kena sihat, kena dok hspital dulu. Cepat baik baru kita balik. Sambil aku usap2 air basahkan kepala dia..masa tu dia diam jer.



Hari Sabtu 24hb Sept

 
Pepagi lagi SP dah sampai. Dia datang dgn anak2 dan bawak akak sekali. Akak no 2 ada buatkan bubur yg diblend halus. Pagi tu mak makan bubur bnyak sgt. Minum pun. Tghari beri makan bubur lagi, pun dia makan. Petang pun beri kueh lembek2 tu dia makan. Byk sgt.

Malam tu giliran akak jaga. Aku balik umah mak dgn SP dan anak2 dan akak no 2. Aku dgn akak suruh akak no 2 jaga mak malam tu, tp suami akak no 2 mengada. Byk songeh. Mcm tak beri. Tak pe, akak kata biar dia jaga. Dia suruh aku rehat balik umah dulu and tido.Sampai kat umah aku tido mati..semati2nya. Penat, mengantuk dan amat sgt. Pukul 4 am aku tersedar akak sms dari hspital beritau mak demam lagi. Dia gak pesan bawak bberapa barang. Lepas jaga tu aku langsung x leh tido. So, aku bangun buat tahajjud buat hajat..minta supaya mak cepat baik. Lepas tu aku terlelap sekejap sampai waktu subuh.

Pepagi lagi, aku SP, anak2 dan suami akak pi hspital. Lama kami berkampung kat sana. Sampai ke petang pun masih ramai org datang melawat mak. Mlm tu turn aku pulak yg jaga. Petang sabtu tu mak masih kenal org, masih leh makan dan minum, tpi byk masa mak tido jer. Penat gaknya. Akak no 2 tu kami bagi dia chance jaga mak malam minggu tu. Sbb ahad ptg mmg dia kena balik kelang. Byk sgt alasan dia. Anak tak mau tinggallah. Padahal anak dah umur 4 tahun pun. Walhal yg benarnya laki dia tak beri. Mmg abg ipar aku yg sorang ni mengada lebih. Mentang bini tak keje suma nak suh bini siapkan. Gaknya kalau bole nak suh suapkan nasik ke mulut. nyampah!. Akak agak marah bila dgr abg ipar aku tu x benarkan bini dia jaga mak. So akak kata, ikut suka hati kau lah. Malas nak gaduh2 aku ckp kat akak biar jer la aku yg tunggu sementara aku ada ni. Syukur sungguh2 sbb aku dan akak ada sorang suami yg sgt memahami dan bertolak ansur. Baek SP maupun abang Ipar yg sorang lagi tu tak kesah pun kami bergilir2 jaga mak dan tak balik umah. Bahkan abang ipar kat umah, sanggup pulak tolong kemas umah, basuh kaen,sidai dan angkat kain tanpa di suruh pun. Walaupun dalam sebok dgn keje dia kat sawah, dia sanggup pulak buat suma tu. SP aku pun sama. Sangat bertolak ansur. Urus anak2. Makan pakai dorang. Ulang alik ke hspital walaupun tak jauh mana tpi mcm biasa jer. Takde langsung rungutan mau pun sungutan. Anak2 pun sama. Seharian berkampung kat hspital angkut segalamala tikar bantal. Tapi dorang tak merengek nak balik pun sbb masing2 suma tau situasi. Petang sabtu tu gak abg long satu kuarga datang. Puas org kampung mengata dan mengutuk dia. Mana tak biarkan mak sampai gitu sekali dan tak bawak hspital. Nak tunggu adik2 perempuan gak yg uruskan. Aku benarnya tak le sakit ati sgt dgn abang long cuma aku sgt sakit hati dgn bininya tu. Malam Jumaat tu abang long dah ready nak bawak mak pi hspital..bini pulak macam2..sudahnya tk jadi. Sakit sungguh tau hati.



Hari Ahad 25hb Sept

Pagi2 lagi aku, SP dan anak2 dah pi hspital. Kantin time2 sabtu ahad mmg bengong kat hspital tu tutup pulak. Org jual air mmg takde peliknya vending mesin pun tak de. So pagi2 lagi aku ckp kat SP kena  sampai sana. Nanti akak x sarapan hape pun. Lepas sampai akak kata mak dan ditukar cadar. Dia dah lap. Cuma baju mak sejak jumaat tu tak berganti. Sbb wayar dan drip sana sini. Susah nak bukak baju tu. Akhirnya aku dgn akak gunting and buang je baju yg mak pakai kat lam gambar tu. Tukarkan dgn baju hspital.


Tengahari, akak no 2 datang dgn abang long datang. Jadik aku dgn akak dan SP serta anak2 dan abang ipar amik chance pi makan kejap keluar. Terpaksa ke pekan sabak. Lepas makan kami balik ke hspital dan baring kat surau kejap. Dapat lelap mata dalam setengah jam. Menghilang penat dan mengantuk.


Ahad tu jugak masih ada ramai org2 kg yg datang melihat. Sedara mara pun. Rupanya, hari Ahad tu mak dah tak mau makan langsung pun. Tak mau minum. Masa maghrib tu aku notice dah mulut mak senget ke sebelah kiri dan mak tak bole sedut air pakai straw dah!!. Masa tu mak dah kena stroke rupanya..aku titik air bberapa drops guna straw. Mak tersedak. Menangis aku tgk mak. Aku usap2 rambut mak suruh mak istighfar bebyak. Bacakan surah Al kursi. Baca memacam ayat yg aku ingat. Malam tu mak getting worse. Mata dia meliar mcm tak tentu hala. Aku baca yassin kalau tak silap 3x, aku buat air yasin raup kat muka mak. Pujuk mak pelan2. Tapi mak masih x mau tido. Aku apatah lagi. Aku tatau mana pegi rasa penat dan mengantuk aku. Yg pasti aku mmg tak bole tido langsung. Penat baca baca yassin aku pasang ayat2 quran kat teling mak pakai HP. Beri dia dengar surah yasin berkali. Akhirnya aku pasangkan surah al Baqarah yg ada beratus ayat tu. 2 jam baru abis surah tu. Akhirnya kul 4.30pm mak tido. Mujurlah petang tu aku kuar makan kejap kat luar. Kalau tak sampai sudah aku x makan dan minum. Setitik air pun tak lalu masuk dalam tekak tgk keadaan mak. Sungguh menyeksakan aku tgk. Sungguh aku bersedih sesgt. Sensorang pulak kat hspital. Nak sms SP mau pun akak x sampai hati. Takut mengejutkan dorang pulak dari tido nanti. Aku usap pala mak tiup ayat2 kursi kat telinga dia sambil istighfar kat telinga mak dan dgn penuh keikhlasan aku baca segala2 mala surah yg aku tau sambil usap2 rambut mak dgn air yasin. Akhirnya kul 4.30am mak tertido dalam kepayahan. Masa mak dah tertido tu aku cuba2 gak lelap mata. Tak ingat beberapa minit ntah dapat pejam. Mata ngantuk sesgt. Tapi tiap kali aku pejam mata, aku asik2 nak tgk keadaan mak. Jadik sudahnya aku langsung tak tido betul2 pun. Mak tido sesgt. Mcm letih benar. Baru hati aku lega. Setiap 2 jam nurse datang ronda. Amik BP amik degupan jantung. Ada masa check2 drip air kat mak.



Hari Isnin - 26 Sept 2011.



Pukul 4 am, aku masih tak leh tido. Kebetulan pulak hari ni besday SP. Jadik dalam syahdu subuh2 aku sms wish dia. Tak sempat nak buat apa2 pun. Dek kesibukan uruskan mak ke hspital dan jaga mak. Hanya mampu wish jer. Tapi SP pun sgt memahami. Dia kata, takpe. Yg penting kita setelkan hal mak dulu. Mende2 lain tak penting pun.



Pukul6 pagi SP sms lagi. Tanya nak makan apa2 tak. Aku just mintak akak buatkan mak bubur nasek halus je. Pagi Isnin tu plannya akak nak keje. Since aku masih cuti lagi, jadik aku kta biar lah aku jaga. Isnin mlam tu kononnya nak balik KL dah sbb selasa aku kena stat keje. Kakak pulak mmg plan nak masuk kje Isnin tu dan settle apa2 patut dan amik cuti straight sampai jumaat. SP datang dalam kul 8 kot cam tu. Masa tu aku dah tapau mee goreng dgn teh tarik dari kantin. Mak cik dpan katil mak yg jaga adiknya tu ajak aku meneman dia ke kantin. So aku pun beli ala2 kadar for BF kununya. Masa tu mak masih tido. Dalam tido mata mak terbukak. Pelan2 aku katupkan dgn jari. Sambil tu lap2 bdan dia sbb masih panas. Perut mak panas sgt. Aku amik tuala basah dan lap2 badan mak. Aku amik tuala basah letak kat pala mak. Sambil lap2 kat ketiak mak juga. Mmg panas sgt.. Tak lama tu SP pun sampai. Betul2 aku dgn dia share minum teh tarik yg aku tapau tu. Nak makan mmg takde selera. Akak ada bekalkan bubur untk mak jugak. Masa tu akak dah on the way ke off dia. Anak2 SP tinggalkan je kat umah. Dia tak sampai ati katanya biar aku sensorang kat hspital. Jadik dia datang dulu sendiri pastu nanti tghari dia balik amik anak2 kejap.Anak2 pun masa ditinggalkan kat umah masih tido sumanya.



Lepas minum teh tarek tu, nak makan pun tak lalu. Aku pun x makan neither SP. Dia kata nak balik umah dulu sbb tak bole berlama2 kat hspital. Bukan waktu melawat lagi kan. Mmg kena halau dek pak guard balik. Janjinya kul 12.30pm SP akan datang lagi dgn anak2 sekali. Pagi tu aku termenung sambil baca2 majalah lama. Mak masih tido. Masa nurse datang tukar cadar, tukar baju pun mak masih tido. Mcm lena sesgt. Mcm tak sedar dan tak leh buka mata pun. Lambat pulak doktor datang ronda pagi tu. Dkat pukul 10 am kot baru sampai. Masa dr tu sampai lah, baru la aku tau mak benarnya kena stroke dah. Dr usik2 kaki kiri dan kanan..mak respon mcm geli. Tpi mata masih pejam. Dr panggil berulang2 kali mak tak respon. Mata terpejam . Aku taktau masa tu mak dah tahap nak koma. Sbb respon kat belah kanan bahu dan tangan dah takde!.



Lepas ckp2 dgn nurse dan sorang dr lagi, Dr ckp dgn aku kena transfer mak ke Kelang. Sbb dorang nak tau ada bleeding kat brain tak. Kena buat CT scan sbb mak dan confirmed stroke dalam tido. Dr suruh aku bersiap2 nak gerak dan dan tu gak. Tapi aku mintak tempoh. Sbb kena inform akak dulu, kena informed abang long. Kena bagitau SP. Dah suruh SP kemas2 suma pakaian dan kaen baju. Sbb will be no time utk aku balik and pack apa. Kena terus gerak dan tak leh buang masa pun.



Panik aku kejap. Tapi aku berjaya bertenang. Kol sorang2 satu persatu, kol akak kat off. Akak rush balik umah amik apa patut. Kebetulan SP blom betolak ke hspital lagi dgn anak2. So akak naek dgn dia sekali. Tak lama pas tu dorang sampai, abang long laki bini pun sampai. Aku bgtau Dr 12.30pm kami ready to go to hspital kelang. Akak will teman mak dalam ambulan.



Penuh sabar kami tunggu kat luar. Memacam tiub dorang masukkan kat tekak dan hidung mak. Akk yg menunggu rasa takut dan cuak. Sambil tu dia bersms2 aku. Masa tu aku teringat kan abang ngah. Aku cepat2 sms dia. Suh dia pi hspital kelang terus. Mak kritikal. Suh dia datang sorang2 jer. X yah angkut bini dan anak2 sedara yg bini dia jaga tu. Abang ngah reply. Dia kesesakan, takde duit. Mmg aku dah agak tu sbb masa hari sabtu tu akak no 2 pun ada sms dia. Dia bg jawapan sama. So, aku kata SMS no akaun. Aku akan bank in RM2ratus hengget. Yg penting dia mesti balik jumpa mak!.



Dah kelam kabut nak tunggu ambulan bagai, aku approach abang long. Suh dia tolong bank in kan duit kat akaun abang ngah. Aku kena rushing follow ambulan dari belakang. Afterall ada byk duit mak yg abang long pegang. Biar dia bank ini kan dari duit tu.



Ambulan gerak laju giler. Pukul 2 kot dorang dah sampai hspital. Kami tiba kul 2 lebih dekat2 kul 3 petang cam tu. Mak ditempatkan di zon kritikal. Masa tu mmg keadaan mak sgt kritikal. Akak kata dalam ambulan suma drop. Darah, tekanan jantung dan oksigen. Panik dr yg ada kat dalam ambulan tu. Masa aku tiba kat hspital kelang, akak no 2 sekuarga dah ada kat sana. Since dorang dok dekat kelang, senang dan cepat jer nk datang. Menunggu dalam bilik khas seblah kawasan kritikal sgt mencemaskan. Mana tak, ada beberapa keluarga lain kat dalam tu. Tiap kali wakil keluarga di panggil dr, suma akan suspens. Ada msa menangis. Ada beberapa kematian juga berlaku masa tu. Bayangkan keadaan bilik tu. Penuh suspens. Ada yg pengsan, ada yg pitam bila terima berita kematian org tersayang....



Bersambung.....





































September 22, 2011

Mari teruskan kehidupan.

Semlam seperti yg aku janji kat SP aku tu sebagai bukti lah kan yg aku ni tak mengada2 kan cerita, aku print kan segala mala msj yg ada kat lam fesbuk dia tu. Lama gak dia baca. Terkial2. Kan aku dah kata, dia tak akan paham singkatan yg si DH (depserate hwife) tu tulis. Mmg aku dah agak. Aku kan dah lama hidup makan, tido sebantal dgn dia. So aku tau sgt. Shortform..shorthand ni mmg dia tak reti. Aku pun x reti gak ler but at least aku ni terer sikit jer dari dia. Dah lama sgt terkial2 membaca kan, aku pun offer diri bacakan.  Siap dgn gaya ala2 drama Queen gitu aku baca, dgn tonasi ala2 merayu...siap irama lagi taw.. Haha, natijahnya aku dgn dia, Amal dan Delin ketawa terkekek.  Maklum mama kalau dah buat drama..dasat. Kalah Sheila Rusly u olls. Kakak toksah ckp lah, lepas makan mmg dok dalam  bilik jer keja dia. Kadang buat keje sekolah kadang layan lagu2 Justin biiber lah ntah hape2 lagi dia buat. Jarang sgt dia lepak2 kat depan kalau time hari sekolah. Mostly sbb keje sekolah dia melambak2...

Sambil tu kan, aku amik la peluang nak brainwash SP secara halus. Secara indirectly org kata.  Mcm aku kata, mmg dia x mau aku jwp lagi dah msj  DH tu.  Biarkan dia meroyan katanya. Kalau ikut hati mmg aku nak jer terus sembur kan. Tapi, laki tak beri izin..berdosa kans?.

Aku terai2 lagi korek berdasarkan apa yg DH tulis.  Yg nyata, sbb SP kan pelupa. Benda2 baru berlaku pun leh lupa inikan pulak dah 20tahun lepas. Kok dia nipu ke kan?..biaq pi lah pun, after all aku dah dapat dia..hahaha tu lah suka sgt makan kepala ikan kan.  Jadik dari butir2 yg dia sebut aku pun memikirkan logiknya akan apa yg di claimed dek DH.  Mmg betul, masa sebelum SP keje kat building tu pun kami dah lama berkwn secara serius I mean.  Dah masa tunang pun sama. Mmg masa tu pun tak pernah kuar citer2 pasal minah ni.  Jadik kami masih terfikir tang mana dia kata tu.  Tak pe lah kan. Kalau betul pun dorang pernah ada hubungan dulu..for me let bygone be bygones. Wat apa nak ungkit2. Seolah2 masih mengharap pada org yg dah ada anak bini???.

Its always takes 2 to tango aku kata kat SP. Kalaulah sorang mengedik, sorang melayan haruslah menjadi. Cuba sorang gedik or gatal camne pun tapi kalau sorang tak melayan mesti tak jadi punya.  Mcm kat citer hantu bonceng pnye dialog tu kan..kalau tepuk sbelah tangan mesti tak jadi..ni mesti korang tepuk amai2 nih..gitu katanya.

Sesambil tu gak aku amik peluang nak perli gak. Mcm kes skandal u dulu kan aku kat..memula u nk terai2 market, nak test2 laku ke dak..pastu nak memain le kunun sudahnya kan jadik berantakan kita dibuatnya.  So kena selalu ingat, jangan coba2 nak carik masalah kata ku...Walau dalam nada gurau dan gelak2..dalam maksudnya tu...

Tak payah lah nak kenang2 benda yg dah lepas tu kan. Dah jadik sejarah. Bukan tak bole kenang. Cuma kita amik iktibar jer dari setiap benda2 yg lepas dan dah berlaku tu.   Ni tak, dah 20 tahun pun masih nak mengenang cinte zaman2 giler remaje apa barang.  Lagipun masing2 dah kawin pun..regardless la ko takde anak ke kan...tapi org laen ada. Ko patut fikir org laen.

Aku pun pelik camne lak minah ni bole jumpa SP dan add dia. Dari yg SP ckp tu maybe ada betulnya. Probably salah sorang bdak2 bank tmpat SP keje tu kakak dia ke..sedara mara dia ke. So bila nampak SP ada kat fesbuk gaknya cepat2 mengadd..labu labu...

Jadik, perbincangan DH nama ema tu berakhir kat situ lah.  Aku dan SP agree dah nak tutup buku pasal dia. Tak payah nak pening2 memikir masalah dia kan. Biar jer dia meroyan menanti jawapan yg ditunggu2 tak kunjung tiba. 

Lebih baek kami fikir pasal nak meng makeover umah kami yg penuh dgn contengan tu.  Kisahnya masa hari raya ari tu ada kwn SP datang beraya anak beranak kat umah. Anak dia yg paling kecik nama Adelia sgt chubby dan comel nampak white board kat dinding dgn gembira menconteng. Bukan kat whiteboard tapi kat dinding. Mujo la, mmg kami plan nak tukar cat pun cuma tak sempat2 jer.  Gelabah kawan SP masa anak dia conteng tu. Ye lah, msti dia ingat cat raya.

Umah kami lapang cam padang golf. Takde sopa perabut yg ada pun takat 2 kusi tangan dan 2 kusi jati. Mmg tak selesa nak melepak sambil baca suratkhabar tau kalau dok kat situ.  Jadiknya, plan meng ushar sopa mmg dah ada dalam list. Roughly mmg dah dapat apa patern or camne patern yg nak. Cuma masih menjalankan survey utk mendapatkan the best price of kos lah yg paling murah gitu kan.. Moga2 sumanya dapat diselesaikan dalam masa terdekat ni kan..Insya Allah


September 21, 2011

Desperate Housewife??

Menarik sungguh tajuk di atas kan kan?. Bagi peminat tegar DH sure akan rasa teruja. Honestly, aku x pernah sesaja nak tgk or concentrate citer tu walaupun promo kawan2 kata citer tu best ke hape...tapi aku mmg tak minat.  Ok, kat bawah ni ada conversation in FB msj antara SP dgn so called 'kawan' lama (ni SP yg quoted) but to that women she quoted dia as 'x awek' gitu.  Aku nak korang baca conversation ni dari mula sampai ke last.  Benarnya dan sejujur2nya aku ni tak rasa sangsi atau apa apa pun pada Sleeping partner aku tu . Sbb apa??..SBB conversation ini adalah di antara 'AKU' yg berlabel as SP.  Korang baca dulu then baru aku sambung the cerita ok.


Kan, tulus jer conversation tu dari mula. At first place pun mmg minah tu nak add dia. Ingat tak cerita ari tu aku kata ada org nak add SP in fesbuk and claim as X awek.  Mula2 SP kata x kenal, so aku print gambar minah tu bawak balik dan automatik SP kata..aaah, dia ni kenal. Bukan X awek la..Kawan katanya.. Aku pun x pernah selindung2 dgn SP kalau ada kwan2 lama dia cari kat fesbuk, kwn sekolah, kawan kat IKM dan macam2 kawan lagi.  SP bukan selalu dapat bukak fesbuk dia. Kalau bukak pun guess who tolong bukak kan?? of kos la isteri terchennta dia ni kan.  Fesbuk pnye pasword pun manjang jer lupo..camne tuh.

Ok, meh berbalik pada msj di atas tu, mmg tiap kali aku reply aku akan citer balik kat SP apa yg aku jwp. Ada masa aku printkan jer bawak balik. As we agreed, our marriage relations telus dan tak ada apa2 selindung jadi baik aku atau dia kami tak pernah sembunyi hal2 yg di consider sensitip  begini.. Lepas last msj diatas tu smlm petang sblum balik keje, aku jenguk kat fesbuk SP. Saje nak tgk2 kot2 ada kwn2 msj ke, adik beradik dia or sedara mara ke kan..and hati aku berdegup mcm lari 500m bila tgk msj minah ni...see kat bawah..




Like I said, mmg jantung aku kencang betul degup masa baca tu, tapi aku tarik napas panjang2 dan pelan2 lepaskan.  Why should i marah kat SP kan?? bukan salah dia minah tu  nak tulis sebegitu.  Dalam hati aku, wah mmg tak sabar nak  balik dan bersemuka dgn SP nak korek segala mala citer yg minah tu katakan kat msj tu...harus lah mak tak jwap balik msj itu kan. Kena lah siasat dulu maaa.

Lagipun bila dah dewasa (kertu) ni tak bole la ttba melenting tak tentu pasal kan. Dah tentu SP tak bersalah langsung dalam ini cerita.  Sbb bukan dia pun yg bermsj2 sama itu wanita..tetapi AKU kan.

Di sepanjang jalan merempit balik ke rumah. Aku masih berjaya berlagak cam biasa gile2.  Ye lah,ada masa masa merempit nampak minah nampak spender membonceng, ada kalau keta besa yg menghimpit2 sampai kat divider yg bikin amarah.  Pantang nampak tak kena kat mata aku dan SP sure lah jadik topik kan.  Gelak2 gumbira di sepanjang jalan kenangan balik ke rumahku syurga ku..kekeke.

Bila dah dekat2 sampai kat area umah tu aku stat small conversation dulu pasal minah nama Ema tu lah kan.  Soklan aku pada SP simple jer..Apakah benar apa yg Ema katakan mcm kat dalam msj dia tu yg SP selalu ajak dia kwin dulu dan apakah benar2 dulu SP chenta maut sama dia??.  Tapi jwapan SP cukup menyenangkan hati aku...sempoi jer dia jwp " Kalau ai tak chenta dan kaseh sama kamu, buat apa kita kwin ..dan dah nak masuk 15 tahun kita masih bertahan??"  -katanya..well, of kos aku gelak dan ckp kat dia ye eh,...terharu ai tau. Ok, kita pi amik anak2 dulu kat baby sitter. Karang balik lepas2 makan kita sambung balik cerita ni eh.  Segala yg ai ckp dgn u tu benar belaka tau. Takde sikit pun ai ubah msj si Ema tu...cumanya tadi ai nak print server plak down..slow je aku kata..SP agreed and kata..Okeh..tapi ai tetap tak puashati yg dia kata ai yg beria2 ajak dia kwin selalu..masa bile tu gaknya....takpe..takpe aku kata..karang kita cite panjang lebar.

Being a good mother and wife "yg PANDAI & SUKA MASAK" (tak tahan, capital letter tu ..huhu) aku cam base jer balik umah gantung apa yg patut terus jer kedapur. Nak menyiapkan hidangan makan malam keluarga yg tinggal di umah no 10 tu kan.  Smlm lauk simple jer, Ikan tahu masak kicap. Sayur bayam tumis, ulam timun dan sambal cecah kicap.

Usai makan, kemas dan tgk buletin utama separuh kami kat TV dapo nak gerak ke hall. Kunun nak sambung berita lah malangnya astruk di conquer oleh bdak amal dan delin sbb layan Cicak Man 2.   Susah nak sambung topik kisah desperate housewife tu, aku ajak SP lepak dalam keta..biar senang nak berbicara kan..sambil pasang ekon, on radio pulak lagu2 centa gitu, sesuai sgt kan. Bdak dua mula2 pelik, ingt kami nak pi jalan mana..sesekali Delin masuk dalam keta. Tp sbb dia mmbising mengganggu perbincangan serius kami, kami halau dia kuar.  Tak lama plak tu Amal pulak datang kaco.  Tak tahan sejuk econ dia masuk balik dalam umah layan cicak man.

Masa ni lah, kami bersembang dari hati ke hati..sambil ai korek2 citer lampau la.  Setau aku lah, mmg ada satu pmpuan jer yg SP chenta dulu. Nama Ina..masa tu aku dgn SP lom ada apa2 hubungan langsung. Tapi aku kenal SP melalui sepupu dia yg jadik kwn kami masa belajar.  Aku pernah jmpe dia dating kat lebuh Ampang masa tu. Siap pakai baju sama lagik oo!. Masa tu aku kat dlam bas mini.  Mmg aku nampak jelas dia. Tp masa tu takde apa2 hubungan so aku x kesah pun.

SP ttap tak puashati bila aku kata minah tu claim yg dia asik ajak kwin jer dulu masa berkwn. Kata SP dia pernah keluar sekali jer dgn minah tu. Tu pun sbb housmate si Zul dok mengushar si Izan (cousin minah tu yg mcm dia tulis kat msj tu).  Dan tu lah dia kata pertama kali kuar pi dataran merdeka. Lepas tu takde pun jumpa2 lagi. Masa tu pun betul2 baru abis belajar kat iKM.  Baru bape bulan keje, tak lojik langsung dia sbok ajak2 kawin. Dan dia tak ingat pun pernah dating mcm minah tu claim dalam msj dia.  Aku kata, mgkin dia tersalah org tak?, maybe Zul yg janji dgn dia...hahaha, ketawa besar kami berdua.  Ye lah, agak kelakar bila sorang perempuan, isteri org pulak tu buat statement ala2 gitu. Mcm gersang jer.

Mmg setau aku, Izan yg dikatakan tu aku pernah berckp kat phone satu waktu dulu. Masa tu aku baru lepas beranak anak sulong. Izan telefon kat umah nak jemput pi kenduri kawin dia kat perak.  Masa tu aku pikir Izan ni kwn SP masa kat IKM mana lah aku tau sejarah dorang kan. Kalau masa tu aku tau kisah dia dgn minah ni sure aku melenting habess gaknya., masa tu muda. Darah tgh  hot manjang nak marah. But now, as 15 tahun dah hidup bersama2 menempuh segala suka dan duka...aku rasa more calm, more matured dan tak cepat melenting. Anything tak puashati jer kami bincang secara openly. Takde selindung2 lah. 

Pengalaman kehadiran org ke 3 ketika usia perkahwinan masuk 10 tahun benar2 beri pengajaran cukup bermakna buat SP dan juga buat aku.  Dari situ kami sentiasa cuba perbaiki hubungan dan sentiasa muhasabah diri.

Perbincangan dalam keta berlangsung dekat satu jam cis, termissed 30 min cinta ELyssa tapi tak pe..ni hal lagi penting dari Cinta Elyssa kan. Dari perbincangan tu gak kami dok imbas2 balik kisah2 lama. Kisah2 masa mula2 bercenta, bertunang dan berkwin sampai lah ke hari ini.  Aku juga dgn  jujur bgtau dia mmg aku ada add bekas2 pakwe kwn2 lelaki. Tapi masing2 pun jujur dan telus. Idak ler pernah pulak aku jadi desperate housewife cam minah ni. Org dah tak moh udah ler. After all, ko pun dah kwin kan. Apa lagi ko nak.  Aku selamba jer kata, maybe sbb dia kwin dgn askar..salu laki takde kot..so desperado lalu diiringi derai kami  berdua ketawa kat lam keta gitu.  Yg penting masing2 dah ada kehidupan masing2, ada anak isteri dan keluarga kan. Tak perlu nak ungkit2 atau ulang2 kisah2 yg lalu tu. Biarlah suma tu jadik sejarah.  Dah tertulis jodoh kita begitu.  Walaupun camne pun ko claim kan "sy taulah sy x tau masak..itu dulu, tapi sekarang nak buat katering pun bleh' ...???? apa kes? Adakah dgn dia mengclaim diri dia sebegitu  org nak balik kat dia ker. Ataupun dia rasa dia lagi hebat dari ai??..wakakakaa..pelisss.  Jadik ko pun tau dah salah satu alasan kenapa ko bukan intan terpilih dek SP ku terchenta tu..sbb KO X PANDAI MASAK...kakakaka

Kans?..sungguh lucu pulak aku rasa.  Lucu sebab lepas hampir 20 tahun ada lagi org cenggini. 20 tahun dulu umur SP 21thn. La ni umur dia dah masuk 41thn. Jadi apa rasional dia menggungkit kesah lampau2 tu. Kisah zaman giler2 remaja katanya.

Wake up la Mrs..jgnlah buat maruah seorang perempuan semurah dan sedesperado begitu. Malu weeh.  Konklusinya aku tnya SP :  So u nak ai jwp guano msj minah neh?...nak explain suma ke apa. Mudah je jwpan SP..tak payah balas !!.  Aku tnya lagi ke ko nak mintak no tel dia?? SP jwp lagi : Takde keje!!. Hati ai ni dah penuh...dah takde ruang tuk org laen..GITU katanya...kakakaa..tapi aku kata, cengginilah. Biarkan dulu 3-4 hari, pas tu baru lah ai jawap camni :  Barang yg lepas tu tok sah lah dikenang2 lagi. Semua dah jadik sejarah..Saya dah ada kehidupan saya dan Alhamdulillah setakat ni kami baek2 saje..kan?. Tapi tidak sekali pun aku akan jwp soklan yg dia tanya tu.  Ataupun mebe aku nak berterus terang gini jer. Maaflah, sebenarnya selama ni awak tertipu. Sbb org yg bermsj dgn awak ni bukan lah SP tapi saya adalah isterinya  yg terchenta..agak2 apa reaksi dia yek?...Siyan ko ema ooi...

Tungguuuuuuuuuuuuuu .....kakakaka


September 20, 2011

Apa yg kita beri, itu jugak yg kita dapat..

Ada orang (merujuk pada org2 di sekeliling ku lah kan), mulut dia laser bukan maen. Ckap maen lepas ikut sedap mulut jer..tapi hati dia baik.  At least, dia tak pernah dengki2 kat org. Dia ikhlas dalam berkawan.  Masa kita susah.. masa kita senang.  Dia sentiasa jer jadi teman dan sahabat sejati. Kadang2 kita tegur dia dgn ikhlas tanpa niat apa2. Dia ikhlas pulak terima dgn hati terbuka.  For me, aku suka berkawan dgn org mcm ni. Lebih tulus dari org yg mulut mak ai semanis air karbonat yg pnye 9 sudu teh gula tu. Tapi hati masya Allah..jahat tahap gaban.  Jahat tak pe, dengki nak mampus.

Being keje dah merata2 tempat, pi merata tempat beri peluang untuk aku menambah kawan dan sahabat. Tu belum amik kira sahabat kenai kat fesbuk lagi. Kwn atas kawan. Kawan atas sedara dan memcam lagi lah. Yg penting berkawan biar beribu, hatta bejuta pun..Setialah pada yg satu jer....hikhik

Aku nak bercerita, perihal seorang yg bukan saja mulut jahat, tapi hati dan segala perbuatannya pun jahat jugak.

Ada sorang mamat ni, pangkat manager kat opis SP.  Since nama pun manager kan, mmg la kita hormat dan respect. Tapi aku ni dah lama sgt kenal dia.  Dari zaman2 SP  bujang sampai la ni. Pendek kata satu jer tak berkenan dgn mulut dia yg celupar kadang laser tak bertempat.  Ingatkan mulut jer jahat cam setengah org tu, tapi tak sangka hati lebih jahat lagi.

Bila mana dia berambus dari bank tmpat SP keje kan, abes disabotaj nya mentenen kat building tu.  Yg last, apa mende dia buat ntah sampai  black out satu bangunan tu. Sampai takde air satu  bangunan tu.  Tak pernah2 dalam sejarah.  Tangki sebesar2 bagak kat atas bangunan menampung seluruh keperluan tenant sebanyak 24 floors kering kontang!. Something dah dibeger kat pump tu so air tak bole naek ke tank.  Sama cam kes eletrik gak. Ntah apa mende dia godek sampai terbakar main suis.

Mmg dorang x tuduh dia pun, tapi since last day dia hari khamis lepas tu dan followed by Jumaat -long wkend cuti ari mesia kan. Dia ada datang opis. Captured by CCTW. Reported by sekuriti guard mmg dia ada datang opis dgn alasan nak amik barang. Tak leh nak salahkan guard sbb dorang pun taktau dia dah berenti. Sbbnya? dia tak bagitau kat org..tak bagitau kat anak2 buah pun. Berambus gitu jer tnpa pesan tanpa proper handover. Bole pulak segala2 file2 pasal servicing dan report pun GONE sama...moskel bukan.

Pelik aku dgn sesetengah org ni. Kok ye pun sakit hati or rather gaknya nak sembunyikan segala perbuatan jahat selama ni kot kat management pun. Idakla perlu mensabotaj rakan2 berbangsa melayu Islam pulak tu. Kelam kabut dibuatnya meka 2- 3 hari ni dek kerja dia.  Tak senang tido, tak senang duduk org dibuatnya termasuk lah partner aku tu.  Kesian aku dgr keluhan dia betapa dorang suma sgt dalam kesusahan nak kembalikan operasi building on track dek bahana sabatoj si polan.

Masuk cara baik, keluarlah cara baik kan.  Seelok dorang bayar gaji dan beri segala benefit setiap bulan tu.  Tk ingat ke selama bberapa tahun berkhidmat dia di layan baek tapi apa yg di buat??.  Rupanya barulah terbongkar segala kegiatan tak bermoral nya. Merosakkan peralatan bangunan semata utk mendapatkan yg baru.  Aku pasti, dgn adanya pembelian peralatan baru harus dia juga pnye kepentingan dan percentage.  Selama ini semua org tutup sebelah mata akan kegiatan dia. Ternyata hari ni dia tak mampu menyelindung lagi.  Ketika audit besar2 bakal di jalankan di akhir bulan ini buat dia panas. Buat dia menggelabah dan sanggup berhenti sedangkan gaji bulan september belum keluar pun.

Nah, terbukti bukan. Klau selama ini berkhidmat dgn jujur dan telus pasti dia tidak melakukan semua itu.  Perpindahan ke tempat lain diharapkan memberikan keuntungan padanya. Padahal tidak seorang pun pasti samada benar2 dia mendapat tawaran lain atau sekadar melarikan diri dari kesalahan dan kesilapan yg selama ini di tutup?.

Aku tau lama dah. Dari dulu lagi mmg dia yg menganiaya SP. Sejak zaman C&C dulu lagi aku dah tau. Betapa selama beberapa tahun hak kenaikan gaji SP bahkan hak mendapat bonus SP pun dinafikan dek angkara dia. Tapi SP tak pernah melenting. Dia hanya diam bersabar dan amik pendekatan tunggu dan lihat. Kalau aku?? udah lama aku berambus pergi carik keje lain.  Apa perlu tunggu di situ kan?. Tapi tidak SP. Dia sgt sabar dan redha. Tak pernah aku dgr dia merungut pun walau selama bberapa tahun di C&C dia tak pernah merasa satu sen pun duit increment apatah lagi duit bonus.  Benar lah janji Allah. DIA sentiasa bersama dgn org2 yg sabar.  Kini setelah sekian lama bersabar, Allah beri kembali segala nikmat yg dinafikan angkara dengki dan hasadnya hati seorang insan bernama manusia.

Semenjak berkhidmat di bank rezekinya murah. Kenaikan gaji sebanyak 20-30% dinikmati setiap tahun tanpa sekali pun missed. Belum lagi di campur dgn segala backdate2 yg dia dapat semenjak diambil berkhidmat dgn bank.  Belum jugak diambik kira segala fix bonus yg dia dapat nikmati setiap 15 Dec. Sedangkan si Polan??..Hidupnya tak pernah karuan. Manjang bermasalah kewangan. Manjang di kejar bank2 dek hutang2 kredit kad yg tak pernah susut. 

Dan bila mana rezeki kami semakin murah, kami dapat beli sebuah kereta baru. Dia pun x mau kalah. Beli jugak. Sebuah pacuan 4 roda berharga beratus ribu.  Rata2 menyatakan tu suma hasil duit kopi yg diambil dari segala kontraktor yg berurusan dgnnya di bangunan tu.  Tidak pernah sekali pun aku dgr SP bercerita perihal si polan..cerita2 tak elok dan tak enak. Bahkan banyak cerita2 aku dgr dari rakan2 sekerja SP yg laen yg selalu jer bercerita dgn aku tentang kekaguman dorang akan kesabaran dan ke'cool' an SP biarpun di aniaya oleh si polan dgn bermacam2 cara.

Sesungguhnya janji ALLAH untuk bersama2 org yg sabar itu benar.   Sekarang, terbukti sudah. Aku sungguh rasa puas hati sbb ALLAH membalas segala perbuatannya terhadap SP terhadap kami sekeluarga selama ini.  Barulah aku mula dgr cerita2 perihal apa jugak yg si polan buat pada SP dari mulut SP sendiri. Kalau tidak?? jgn harap nak cerita in details nak beri bunga2 pun tak.

Aku kira jauh disudut hati SP dia bersyukur kerana segala kesabaran dia menerima segala dugaan angkara si polan sekarang sudah terbukti kebenarannya. Dan baru kini buat pertama kalinya, aku bole lihat dia tersenyum bila bercerita yg si Polan sudah pergi bersama2 keangkuhan dan tipu muslihatnya yg selama ini terselindung.  Allahu'alam.

Moga cerita di atas beri pengajaran pada kita utk tidak mendengki, khianat dan menganiaya sesama manusia tak kira apa bangsa lebih2 lagi bangsa seagama.  Hidup kita ni ibarat roda. Ada masa kita berada di atas, ada masa kita berada di bawah.  What u gave is what u get...ingat lah selalu  Allah sentiasa bersama org2 yg sabar dan doa org teraniaya tu makbul....

Di Celah2 Kehidupan...


Minggu ni aku tak berapa bz sangat di pejabat. Adalah keje2 yg mesti disudahkan tu tapi idak ler terkejar2 macam selalu. Smooth jer aku rasa. Kalau ada yg masih tertunda pun bukan sebb aku tapi sebb org laen yg lembap buat keje. Sampai berbuih dok ckp, remind pasal keje dia yg masih tak settle dan tersangkut melibatkan org laen. My style, malas nak kecoh2 kat bos karang kita dianggap aniaya kawan2 pulak kan. Tugas memasing sendiri mau ingat. Yg pasti if my tugas I'll make sure its a done deal. Supaya idak ler sesak pala nak memikir kemudian hari nanti.



Ada banyak masa nak berfb maupun layan tonton. Tapi entahlah, takde mood mengular buat masa ni. Wlaupun tak berapa busy aku leh jer layan2 filing ke, kemas2 file ke ataupun update apa2 yg perlu. Kalau nak layan tonton tu tunggu time lunch atau pun lepas kul 5 ptg. Time2 traffic internet tak busy. Dan bos pun udah pulang. So idakle mengganggu tugasan.



Benarnya terlampau banyak pengajaran dan pengalaman yg aku kutip disepanjang mnggu lepas dan minggu ni yg tak tercoret dek kata2. Betapa banyak benda yg berlaku di sekeliling ni kadang2 buat kita insaf dan sedar betapa beruntungnya kita. Betapa bersyukurnya kita.



Bila mana sorang teman rapat meluahkan kebosananya hidup dgn pasangan yg dah dikahwini selama hampir 25thn yg asik bertukar kerja. Yg tak pernah memikirkan tanggungjwb pada keluarga, pada anak2. Bahkan tak pernah nak terpikir untuk beribadat tatkala umur mencapai tahap pencen. Luahan kekecewaan yg mmg tak tergambar dek kata2. Berat mata ku yg memandang lagi berat bahunya yg memikul. Sbb itu org kata attitude kita sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan sampai kita menutup mata. Sesungguhnya betul sangat penyataan itu.



Dan kesah seorang rakan sepejabat yg meluahkan kesedihan dan kerinduan pada anak2 angkara attitude isteri yg sentiasa tamak haloba dalam suma perkara. Sehingga sanggup mereka2 cerita yg mengaibkan perihal suami sendiri untuk meraih simpati. Sehingga habes seluruh keluarga isteri membencinya dek kerana cerita2 fitnah yg tersebar. Dan bila mana akhirnya kebenaran itu terbongkar dgn sendiri. Lalu masing2 menghulur maaf tanda kesal termakan dek cerita2 hasil kepakaran pyscho seorang isteri yg pnye degree in physcology lantas menyalah gunakan ilmunya itu utk menphysco anak2nya utk membenci ayah mereka sendiri dan menpyscho org2 laen yg ada disekitarnya juga. Sesungguhnya rugilah org yg tamak dan haloba dalam hidupnya itu. Sekarang, sendri yg akan menanggung akibat. Si suami sudah penat bersabar selama 10 tahun ini untuk mempertahankan mahligai yg dibina atas dasar cinta dan penyelesaian yg dimurka Allah tapi terpaksa di ambil...menjatuhkan talak walaupun dgn hati maha berat. Bagi si suami cukuplah segala derita yg dia telan selama 10 tahun terpinggir dari keluarga dan adik beradiknya..tidak sempat menatap wajah ibu tersayang di saat nazaknya si ibu...selama 10 tahun jgak si suami menelan segala duka dan kepahitan serta kekesalan....dia tak mampu lagi bertahan. Segala wang ringgit yg diberikan selama ini kepada si isteri rupanya tidak pernah mencukupi!!. Kerana si isteri sgt tamak dan haloba. Benar org kata kan, rosaknya seorang anak lelaki utk berbakti pada ibunya adalah kerana isterinya...itulah yg berlaku. Si suami sgt2 menyesal kerana sejak berkahwin dgn si isteri, segala peruntukkan wang bulanan utk arwah si ibu rupanya di potong sang isteri sedikit demi sedikit sampai tak ada langsung!!!. Isteri apakah itu? menantu apakah itu?. Segala amanah yg diberi suami utk menguruskan kewangan telah disalah gunakan utk kepentingan diri sendiri?. Tk cukup dgn itu, anak2 dihasut dan dinafikan hak utk bertemu ayah kandung mereka sendiri?. Mendengar luahan hati temanku itu, aku jadi sedih sayu dan insaf. Kesian sungguh dia menanggung segala derita dan seksa kerinduan pada anak2nya..padanlah tiap kali dia melihat gambar aku dan anak2 di meja kerja aku ..aku bole nampak segala kesayuan hatinya..aah, betapa rindunya seorang ayah pada anak2 yg dikasihinya...Sabar lah Awie..mcm aku kata, mengalah bukan bermakna kita kalah kan...mengalah kita dgn bermaruah. Rugi nya seorang isteri melepaskan seorang suami yg sabar, tenang bertanggung jwab hanya kerana egonya. Rugilah dia melepaskan seorang ayah yg sentiasa berdoa akan kesejahteraan keluarganya walau seteruk mana pun onar yg dilakukan oleh isterinya. Ruginya sorang isteri yg melepaskan seorang lelaki yg sentiasa bersolat hajat dan taubat setiap kali selepas solat 5 waktunya!!!. Rugi benar lah org yg melepaskan seorang ayah yg sangat kasih dan cinta pada anak2nya sehingga sanggup berkorban terpisah beribu batu jauh dari anak2nya kerana ego seorang wanita yg tamak kan?.



Gitulah rencahnya kehidupan. Bahagian dan dugaan masing2. Lalu dari cerita2 yg kita kutip di kiri dan kanan kita, buat kita insaf dan sedar. Bersyukurnya kita tidak diduga sedemikian rupa. Bersyukur yg kita Alhamdulillah menempuh kehidupan berkeluarga dgn tenang dan damai. Betapa kita sentiasa dapat bersama dan bermanja dgn anak2. Betapa kita pnya pasangan yg sgt bertanggungjwab dan sabar yg tak pernah mementingkan diri sendiri...Dugaan yg Allah beri pada kita dari berbagai bentuk dan rupa. Adakalanya kita sendiri tak pernah terfikir yg kita akan menempuh semua itu kan?. Tapi ia datang jugak tanpa di mintak. Sbb itu sebgai hambanya kita kena selalu redha dan bermuhasabah diri untuk mensyukuri segala nikmat yg Allah beri Insya Allah. Moga2 yg dikongsikan di sini beri kita pedoman dan panduan untuk meneruskan kehidupan kita kan. Insya Allah



September 19, 2011

A very good rest to rejuvanate..

Eversince raya week, kepenatan aku ni tak hilang2 pun. Masih rasa letih, lesu dan fatigue omputih kata.  Tak tau mana salah, mana silap. Perasaan malas nak membuak2.  Jadi, cuti 3 hari dimenafaatkan sepenuhnya utk recharge kembali semangat, tenaga dan keseronokan berkerja.  3 hari which been agreed between me and SP to stay at home.  No open house, no kenduri kendara (walaupun ada jmputan-tp tak bape penting pnye org) walaupun ada bberapa kwn nak datang ke rumah.  Semuanya sbb aku dan SP dilanda syndrome2 di atas itu ya.  Mcm sial celaka je bila aku update status pg ni kat facebook tentang recharging the energy sbb kepenatan coz raya, ada sekor Haji mulut mmg sentiasa celupar yg komen : penat layan laki..siyal betul pnye statement kan. Tak padan dgn hj. Aku dgn pantasnya mendelete. Aku mmg takkan kasik can pada org2 gini terutama si haji mulut takde insurans ni nak suka2 mengotorkan wall aku..ces..

3 hari di rumah. Plan asal mmg nak  balik kg tgk mak. Tapi akak kata x yah. Sbb this week nak balik kenduri jiran seblah mak tu. Lgpun akak kata mak ok2 jer.  Rehat lah je kat umah. Kenduri nanti baru balik sekali.  Anak2 merengek nak ajak pi kepci la, mekdi lah..ada yg ajak memizza la.  Tapinya dgn wang diwalet ada seratus hengget sampai jumaat ni (SP Gaji hikhik) harus dijimat2kan gitu kan. Karang kalau dah kuar seratus hengget mmg x cukup la. So dendiam kat umah. Ubat duka, amik citer HANTU BONCENG kat astro first. Layanlah bdak2 sampai lebam.

Masak, makan dan tido. Itulah kejenya. Hari jumaat tu aku dan seisi umah x de tido, layan tv jer.  Layan CSI dan apa2 yg termissed citer2 kat astro tu.  Jumaat tu gak kakak ada acara beraya kat umah kenkwn sekolah dia. So kul 12 Sp antar dia kat umah kwannya.  Tinggal aku kat umah dgn 2 little rascal bila SP ke masjid.

Pukul 6 lebih kot baru ler kakak msj suh amik dia. Wah hebat dia beraya ke 12 umah katanya.  Bantailah kakak oi.  Hujan petang jumaat membawa pada malam.  Sabtu pun sama, pepagi jer kuar jap pi layan dorang makan roti canai kat port base.  Balik umah, aku masak...kemas umah, basuh kaen ...bla bla. Makan, tido.  Hebad. Sabtu tu seisi umah tido lepas lunch sampai dkat kul 6 gitu. Betul2 layan balas dendam akan ketidak cukupan tido semenjak raya aritu kan.

Hari Ahad pun sama.  Pepagi kami kuar pi carik suratkhbar dan tapau bf. Balik umah, masak. Hari ni special sikit sbb mood nak masak mari membuak2. Lepas hidangan simple2 2 hari, semlm mmg all out.  Buat siakap 3 rasa, sayur goreng, sambal udang, sambal tumis jering, acar kenduri dan sawi bening.  Masing2 kesukaan sbb ada hidangan yg byk utk lunch semlam.  Jadik lepas makan kunun nak layan TV, harus hanyut ke petang gitu.

Yg pasti, thats all i need. A good rest, a good sleep and a good food to rejuvanate.  As today new week dah start, i feel good. I feel fresh.  Baru la ada semangat nak keje dgn semangat membara kan.

Benarnya, aku ada citer best nak share kat blog. Tapi aku kan lom ada idea camna nk mulakan the story.  Selalu kita dgr lelaki buat hal dalam umah tangga kan, kali ni aku ada citer best pasal pempuan yg pulak yg buat hal. Padahal yg lelakinya masya Allah...sebaik2 manusia yg pernah aku jumpe..cite nya mmg agak pelik..tpi hakikatnya itulah..punca perpisahan adalah dek kerana sikap tamak seorang perempuan bergelar isteri..nnti2 bila mood mari aku citer yek...

September 15, 2011

Versi Nasi Goreng x Paham Bahasa



Silalah lihat gambar di atas.  Ada tak rasa yg nenas tu akan buat org mati tercekik kalau org yg makan tu takde gigi...Sib baek gigi2 aku ni masih teguh dan kukuh gitu kan. Kalu tak haruss ada ambulance ninong2 datang kat wisma ni nak hangkut aku pi hspital lak.

Kat area off segitiga mahal nak mampus area KLCC ni kan nak makan harus kena standby paling busuk ler sepuloh hengget for lunch. Kalu nak murah, kena rajin berjalan dan menapak. Samada kat foodcourt PBB seblah tu..tak pun ke BSN pnye cafe. Kena melintas jalan, dek panas bedengkang jerubu lagi kan, so tak kuasa.

Pilihan terakhir ialah kafe Pak Ngah kat wisma ni.  Mmg dari dulu kafe ni pilihan terakhir. Murah mmg lah murah tapi kalau tak sedap langsung pe ke hal ye dak.  Selalu, kalau fail nak membekal mmg aku beli kat kafe pak ngah gak tapi harus yg goreng2 jer..tak pun nasik ayam. Murah mmg murah, rasa tak le teruk sgt cam lauk2 nasik campur dia yg takdak taste langsung tu.

Most of the time, aku asked for nasik goreng jer. Lau tak goreng kampung goreng biasa atau pun goreng nenas -cam di atas.  Since kafe tu ada jual buah potong2 gitu kan,masa aku order nasik goreng pedas tu aku suh kakak indon tu boh nenas tu sekali..Potong kecik2, goreng sama nasik tu ya..pesan aku..dia angguk2 cam tanda paham. Teros dia hangkut masuk dapur. Krung greng2 aku dgr..x sampai seminit dah siap..tros kat dalam bekas polisterin tu lah kan.

Sesampai kat opis bila bukak..mak ai. Ni nak buat aku tercekik ke hape? pnya la besar gajah nenas dia. Tu lom campur batang sawi yg kena potong 4 inci panjang gitu...haissh!!. Sabar jer lah derang nih. Tu pasal aku bg nama nasik goreng x paham bahse. Sbb?? ni bukan kali pertama..dah 4-5x aku order menda yg sama ginilah jadiknya. Gaknya dorang ni tak penah pi kedai siam kot. Ce tngk camne nasik goreng nenas depa..ptong  halus2 tu supaya rasa manis nenas dan masam tu bersatu dgn nasik yg pedas tu..apaadaaa...bukan berkira sgt pasal harga lah kan, tapi tulunglah paham sikit kehendak pelanggan.

Bukan susah sgt pun..masa goreng nasik tu chop chop nenas tu campak..otherwise humban jer kan?.  Ase jer nak turun dapur dorang dan tunjuk cara camne nak buat nasik goreng nenas tau.

Sabar jer lah.  Mujorlah, kelaparan dan terpaksa makan kan, lau tidak......

September 14, 2011

Happy Birthday Addeelyn


9 tahun dulu, pada tarikh ini, Mama lahirkan Delin kat Pusrawi Jalan Ipoh.  Antara 3 anak2 mama, Delin di panggil anak paling mahal. Sbb dilahirkan kat private hsptal berbanding yg lain . Kat Hspital Kjaan.  Mgkin rezeki mama dgn ayah murah masa tu, so mampu nak bersalin kat tempat mahal. Lgpun jarak Delin dgn kakak beza sgt jauh. Hampir 6 tahun.  So, mama dgn ayah ada masa nak kumpul2 duit.  Lgpun mama mmg berangan2 nak bersalin normal. Kununnya pi private lah dgn harapan dapat package 3hari 2malam gitu.

Antara anak2 mama, mmg masa mengandungkan Delin mama tak berapa teruk sgt mabuk berbanding masa mengandungkan kakak dan adik. Cuma mama tak ada selera sgt nak makan masa tu.  Selalu jer mama makan mee..dan mende2 remeh yg lain berbanding nasik.  Mgkin sbb tu Delin suka sgt makan mee, spaghetti, bihun dan  yg lelain sewaktu dgnnya tu kan.

Pendek kata, mmg kurang masalah sgt masa pregnantkan delin. Suma berjalan lancar jer.  Mana tau pada hari sepatutnya nak bersalin Dr Daud kata Delin breech (songsang).  Dan sampai masa ditetapkan nak bersalin pun Delin still breech jugak.  Berdasarkan pada kira2 Dr mmg katanya dah cukup matang. 

Pada hari bersalin secara ceasarian tu, Dr Daud takde. Dia bercuti. Jadik Dr Adilah yg take over.  Maklum dah lama lepas bersalin kakak mama jadi amat takut sgt bila tiba hari nak kena ceaser tu.  Dan masa dah ceaser tu pun betapa susahnya Dr nak tolak delin keluar.  Kepala Delin dok dalam rusuk.  Jenuh gak dorang dok tolak2 sampai keluar.  Kelakarnya masa operate tu, citer Winter Sonata mmg tngh digilai suma org termasuk mama.  Termasuk pakar bedah dan pakar bius jugak!.  Bayangkan masa dorang tgh sibok nak mengerjakan mama, dorang bole cerita2 dan sinopsis pasal citer winter sonata lagi..dasar kan.

Lepas delin dilahirkan, dalam masa 3 hari jer luka mama teros baik. Bole berjalan dgn steady berbanding lepas bersalin kakak..dan bill hspital mencecah 4k..mujo ada duit.  Masa tu arwah atok ada lagi..jadik arwah atok Aji lah yg uruskan bersihkan uri dan tanam uri delin kat kg. Mgkin pasal tu gak Delin kidal?. Kerana arwah atok aji gak kidal. Masa menanam uri katanya atok guna tangan kiri..mgkin sbb tu gak Delin sgt rapat dgn arwah atok Aji kan..mmg, arwah atok aji sgt sayangkan delin tau. Selalu jer dia tanya kan delin kalau lama kita x balik kg ...

Dari lahir Delin mmg tak beri masalah pada mama. Tak kuat menangis langsung pun.  Senang sgt nak jaga. Bila bibik ada lagi senangkan?. Sbb bibik sgt rapat dgn delin. Bibik suap delin makan sampai kenyang. Bibik makesure delin tak makan bukan2 sbb alergic dan ada asthma kan.

Tak berapa byk kenangan masa delin kecil yg mama ingat sgt. Sbb masa umor delin setahun lebih, mama dah mengandungkan adik.  Mengandungkan adik pulak mmg menguji segala mala mental fizikal dan spiritual mama. Sbb mama mabuk sgt teruk sampai terpaksa masuk hspital dek muntah non stop.  Sukar dan byk sgt cabaran masa mengandungkan adik berbanding delin. Maybe sbb tu adik more nakal dari delin.

Walaupun serba kekurangan dari fikizal sbb saiz kecik dan kurus dan kekurangan disegi akedemik, walau baru pandai baca walaupun tak lancar tapi atas usaha tak pernah jemu mama, ayah dan seluruh ahli keluarga kita ia berhasil jugak. Yg penting atas usaha delin sendiri, skg delin dah pandai baca suratkhbar, buku bahkan dah bole baca sarikata kat TV kan.  Utk tu mama sgt bangga dengan delin tau. Mama tau, delin berusaha bersungguh2 untuk seiring dgn adik..



Nanti, bila delin dah besar sikit dan tinggi sikit, mama akan antar belajar ke kelas piano/organ ye.  Mama pun tak sangka yg delin ada bakat selama ni.  Tak sangka masa kat umah mak teh raya ari tu, delin petik organ kat umah mak teh..ada irama...sampai suma org pun terkejut tau..tak sangka anak mama ada bakat terpendam dalam muzik ya. Padanlah selalu jer tekinja2 kalau dgr muzik. Insya Allah, nanti mama antar delin pi kelas yamaha music kat umah kita tu ye. Tp kena tunggu besar dan tinggi sikit, sbb kaki delin x sampai nak cecah pedal kat bawah tu ye..

Mama ucapkan selamat hari lahir yg ke 9 tahun pada anak mama ni.  Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa beroleh kesihatan terbaek. Semoga menjadi anak yg solehah dunia dan akhirat.  Semoga delin sentiasa menjadi anak yg menyenangkan hati mama. Walaupun kadang2 salu bikin mama naek angin kerana hobi yg suka menggeledah tu.

Mama dan ayah tak pernah beza2 kan kaseh sayang kami pada delin. Semua anak2 mama sama rata jer. Suma anak2 mama sayang dan kaseh dunia akhirat.  Sbb hanya korang lah harta paling bernilai yg kami ada..
Nnti kita buat besday sekali sama ayah dan kakak ye....mcm mama janji sbb 3in1 pnye celebration kita akan buat yg best pnye.

Selamat Hari Jadi Sayang...Semoga hidupmu sentiasa ceria dan diberkati Insya Allah..






September 13, 2011

Mari buat sambal cili api yg meletops tu..langkah demi langkah....

Ok, seperti yg dijanjikan pada Muni...ni akak bagi cara2 mmbuat sambal cili api yg pedas lagi  meletops tu.  AMARAN : utk org yg tahan pedas maut jer tau..kalau tak tahan pedas..harus gunakan cili ijau campur sikit cili api ye..Lau nak pedas maut lagi..guna cili api kocik cam kat bawah ni..sure kuar api dan asap cam naga tasek cini...



Walaupun begitu pedas kami mmg suka sgt lau dapat cili ni. Cumanya kat KL ni susah nak dapat. Ada masa ada..ada masa langsung takde pun.

Arite, meh kita tgk bahan2 yg diperlukan..


Bahan2 utama, Cili padi -ikut bape byk nak buat..since ni buat utk anak2 buah tapau bawak balik..so byk sikit ler.

Ikan bilis - kalau dapat yg kecik2  jepun 'yg mahal' (mcm tagline si Jlo pulak kan) lagi best dan rangup
Bawang putih, bawang merah dan bawang besar..
Sedikit belacan.. bergantung pada bape byk cili..lau sikit, boh sikit jer lah
Blender kan bahan2 dalam mangkuk kaca tu..dgn sedikit air..agak2 leh gerak blender tu.
lau byk sgt air, nnti lanyau (ala2 lemau)..kurang sedap..

Goreng ikan bilis garing dulu..pastu angkat...toskan


Pahtu tumiskan cili  yg dah diblender dgn bahan2 tadi tu. Make sure minyaknya ngam2 utk menumis. Kurang minyak kalu, sambal tak sedap sbb tak cukup masak. Tumis sampai agak2 garing..masa ni seisi umah sure bersin2 ya...



 
Pastu masukkan air asam jawa pekat..kacau lagi. Api mestilah perlahan jer...jgn sampai hangus ye. Karang tak sedap pulak rasanya..





Pastu masukkan gula, ikut kesukaan memasing. Jgn byk sangat ye, nnti kencing manis plak..agak2 .Lepas tambah garam, gula dan perasa tu..rasa la sendiri. Kalau ase nak manis tambah lagi..lau tak ikut lidah sendiri jek.



Dah masuk segala mala tu biar lagi sambal masak dgn api perlahan. Sambil once a while kacau2 takut hangus..sampai dah terbit minyak tu. Kalau lagi lama masak lagi lama dia tahan. Ada masa sambal kat umah tahan seminggu lebih. Tak rosak pun. Dan kalau nak bagus lagi tumis guna minyak canola atau bunga matahari. Sbb kalau kita simpan kat peti, sambal tu tak beku pun..minyak dia stay cam tu jer. Bkan cam minyak biasa..putih2 lemak tu kan..tu kelebihan minyak2 mahal ni. Mmg kalau nak buat smbal aku guna minyak tu jer..no kolesterol katanya..fair lah kan. Kalau minyak putih2 beku tu gaknya dalam jantung kita pun cam gitu jugak.



Agak2 dah garing, sambal dah masak mengikut rasa gerak hati ...masukkan ikan bilis  yg digoreng tadi tu.  My style, bila buat sambal  bilis tak kira cili kering atau cili apa pun last sekali baru masukkan ikan bilis..gaul2 kejap then angkat..baru ler garing dan terangkat dowh sambalnya..rangup ikan bilis 'Yang Mahal' itu kan..kakakaka...


 Ini lah ropanya, sambal cili api yg dah siap..sedap kalau dapat makan dgn nasik panas..boh kicap..ada telur goreng, ikan goreng, ikan masin atau apa pun..mmg best..mmg terangkat tau!!.

Ramai org tanya mana aku dapat resepi ni..well, ni cerita sebenarnya....

Masa aku sek rendah (jah 6 ke cam tu-issh tuanya aku rasa..lama dah tu), aku dgn kawan2 pi beraya umah ustad aku..nama dia ustad Miswan.  Ustad ni mmg purely jawa..wife dia pun. So masa beraya kat umah dia tu wife dia ajak makan tengahari ..lauk sempoi2 termasuk la sambal ni. Tu lah first time dalam hidup aku dapat rasa sambal yg aku rasa paling sedap dalam dunia.  Cumanya masa aku makan sambal tu aku tak rasa ada manis2 gule. Mmg tak letak gula gaknya.. Tpi mmg sedap giler.

Aku ni masa zaman anak dara mmg 'rajin' malas terlampau kan, idakler ada chance nak masak kat dapur pun. Lgpun dulu mak pakai dpur kayu..mana mgkin dia bgi maen masak2 gitu..lenla skg,dapur ges..sekali ketik jer..leh jer. 

Masa sek menengah pun sama ..mana ada aku ke dapur. CNN Mak membebel hehari..tapi aku buat dek jer..sampai lah aku tercmpak belajar kat KL kemudian bekeja..dok umah bujang sendiri. Masa ni lah aku buat eksperimen pertama pasal sambal ni...first time coba mmg menjadi ...mmg kawan2 bujang aku sgt teruja dgnnya..

Bila dah kwin apatah lagi, sbb seisi umah terutama SP perut jawa yg hehari craving for sambal. Aku pun sama..anak2 yg  lain pun sama..kecuali delin (tp la ni pun dah terai2 makan sambal sotong..sambal udang) terpksa la ni aku adjust2 kasi x bape pedas. Jadik being a mother cum chef harus kreatif mereka cipta sambal2 laen  kan. Idak ler satu jenis sambal tumis jer boring pulak nanti..

Since day 1 jadi menantu terhormat MIL, mmg sambal ni lah yg aku salu buat atas permintaan kaum kerabat dan rakan2 terdekat yg pernah merasanya.  Ada yg gelar sambal itam (sbb kale gelap), ada yg panggil sambal belacan tumis...ada kalau panggil sambal meletops..tak kesah ler pun apa nama dorang nak beri..yg pasti anak2 buah belah SP terutama yg lelaki suruh bini memasing utk menuntut ilmu sambal ni sbb meka sukerr sesgt.

Sambal ni kalau ditambah jering muda..atau jering tua yg di tumbuk ala2 tak hancur hatta petai pun (bg yg suka la kan..sbb aku tau ramai tak suka 2 menda yg berbau harum nih )...mmg terbaaaaaaaekk...(kata boboboy....)..

Cubalah...moga2 mendapat hasil memberangsangkan....sharing is caring. Mana tau lepas ni korang pulak jadik feveret sedara mara belah somi untuk menyediakan resepi sambal meletops ini kan????

Selamat mencobaaaaaaaaaaa..













P

Madu itu racun..racun itu madu??

Berapa lama gaknya seorang wanita yg sanggup bermadu secara rashia dgn suami org dapat bertahan sabar dgn keadaan dan permasalahan dia?. Maksud aku berapa lama gaknya dia tahan ditinggalkan, dinafikan hak bukan saja pada hari2 biasa tapi jugak pada hari raya. Bape lama pulak dia akan sanggup telan kata2nya diawal perkahwinan rashia dulu? yg kononnya tak mengharapkan apa2 selain dari menumpang kaseh (kununnya), a shoulder to cry on (ceeh) atau pun tempat untuk berkongsi segala suka dan duka (dalam mimpi ler) tatkala jiwa tertekan emosi terbeban?. Sedangkan nak dapat jumpe si laki seminggu sekali hatta sebulan sekali pun payah?. Takat kalau dapat jumpa pun cuma semalam dua, bak kata bdak2 offshore "balik antar air" (shelaka betul ayat dorang ni, mmg dari dulu aku menci sgt dgn phrase ni tau) pastu blah.



Tapi gitulah hakikat kehidupan, mula2 belum dapat mmg sanggup lah bukan saja renangi lautan api bahkan sanggup mengorbankan perasaan rindu, dendam kasmaran kunun demi cinta. Konon tak perlu sgt wang ringgit si laki sbb dia pun mampu...Ye, maybe mula2 boleh lah kata memacam, janji memacam. Tapi trust me, lepas setahun or paling lama 2 tahun (entah2 tak sampai bape bulan) dah start merungut2?.



Gitulah yg berlaku pada sorang teman aku. Dulu masa dia nak kwin dgn sipolan sebagai isteri kedua dia tak xmo konon aku tau. Sbb dia tau mmg aku akan tak setuju dan agak marah. Seblum2 tu masa dia dah start2 rapat dgn mamat tu dan sering turun KL (alasan pi belajar kelas part time sesama) sama2 mmg aku dah suspect something. Tapi bila aku tanya ada apa2 tak? cepat jer menafikan. We are friends...just frens x lebih dari tu..walhal tak sampai setahun pun gitu..suddenly, dia sendiri buat pengakuan dah kawin dgn mamat tu secara rashia.secara sulit. Mamat tu dah berkawin ok!!, anak pun dah 5 org. Dah kwin selama 20thun pulak tu !!, mmg lah aku tau dorang dulu love bird masa kat ITM. Lepas masing buat haluan memasing kawin dan bina kuarga sendiri masing2 masing berhubungan. Bila mana suami kawan aku tu meninggal dunia, kawan aku tu sgt sedih, bermuram. Selalu jer meluahkan rasa rindu pada arwah suaminya. Rasa hati yg sering memanggil2 dan mengenang memori 17tahun hidup bersama. Mana tau tak sampai 2 tahun pemergian suaminya dia kawin secara sulit dgn mamat kekasih lamanya itu!!!.



Skemanya, dulu beria2 menyatakan pendirian kunun nk menumpang kaseh ketika kesunyian dan kekosongan jiwa dan langsung tidak mau mengharap $$$ kerana katanya dia berkerjaya, harta2 peninggalan arwah suami pun masih byk..Hatta KWSP arwah suami pun beratus ribu adanya. Pulak tu bulan2 mendapat pencen ilat dari perkeso kerana kematian suaminya. Tapi sekarang??



Aku dah dgr bunga2 rungutan dari dia. Walaupun hakikatnya, dalam hati nak jer aku sembur balik semula lantas memulangkan paku buah keras padanya. Tapi biarlah..aku pulangkan dalam hati aku jer. Walau disudut hati ada ketika bersuara "padanlah muka, ini jalan yg kau pilih kan..rasakan sendiri".....

Sudah mula merungut sbb si laki payah gile nak datang jumpe..mungkin mengharap2 si laki menghantar air?? hehehe, bila mana tgh berduka, mengharap bahu suami untuk menumpang kepala??..bahu entah kemana. Bila mana taim2 raya, ditinggalkan terkontang kanting sendirian. Maybe lepas raya ke 10 baru si laki menampakkan muka?.



Paling sukar, bila diri sendiri pnya dua anak perempuan yg meningkat remaja yg membataskan aurat2nya dgn si bapa tiri. Paling rumit pulak bila tiap kali si laki memunculkan diri, dia terpaksa amik cuti!. Sbbnya, memikirkan anak2 di rumah akan ditinggalkan bersama bapak tiri?. Yg si laki pulak, dah 20 tahun kawin, barulah nak kata bini tua tak pandai masak lah, malas mengemas lah. Bossy lah itu lah..inilah. Suma yg tak baik tentang bini tua di kabarkan pada bini muda?? padahal, sebagai lelaki, ketua keluarga bukankah ko ada hak nak mendidik dan mengajar isteri tu?. Memperbetulkan mana yg kurang dan salah. Itu kan kuasa seorang lelaki bergelar suami?. Kalau sendiri tidak dapat membentuk isteri dan membiarkan isteri terus2 san menjadi sedemikian rupa bukankah itu bukti yg si suami gagal melaksanakan tugas dan amanah yg Allah berikan?? Kemon lah, dah 20thn takkan tak reti nak didik isteri untuk jadi sempurna. Anak2 dah 5 org pun..dah umur 20 tahun yg sulong. Baru sekarang nak merungut dan bercerita pada org laen?. Apa pnye lelaki ini?



Dah 2 tahun berkawin secara rashia, masih tak mendaftarkan di pejabat ugama. Alasannya takut kena tindakan undang2. Sbb si Laki penjawat awam..penjawat pasukan keselamatan dan berpoligami secara sulit adalah melanggar tindakan tatatertib. Silap hb bole dikenakan tindakan. Tapi tidakkah memikirkan hak seorang isteri yg lagi satu tu? kata cinta.



Ketika si laki sakit dan dimasukkan hspital, kawan aku x leh nak dtang melawat sbb takut isteri tua tau. Maka terpaksa antar anak lelaki menjadi wakil melawatnya...tu mujur sakit?? kalau mati bagaimana?. Takkan tak nak melawat ketika itu?. Aku persoalkan pada kawan aku tu..kalau apa2 terjadi pada si laki gi mana?. Ternyata, dia terdiam. Tiada jawapn utk itu. Kalau si laki dijemput Allah, gi mana hak2 nya dalam harta dan KWSP???? takkan mau berdiam diri? sampai bila..Lagi sekali..dia langsung tiada jawapan untuk itu.



Mmg aku dgn kawan aku tu rapat..tpi jujurnya, aku tak berkenan dgn si laki. Pada aku, si laki sangat menjual ikan (selfish) dan pentingkan dirinya sendiri, perasaannya dan nafsunya sahaja. Iya kan?. kalau tidak masakan sampai saat ini masih lagi nak merashiakan. Masih nak menafikan hak kwn aku utk jumpa mak dan bapak mertuanya??? mana keadilannya?



Mcm pernah aku cerita di satu entry dulu, ketika aku dan kwan aku sedang minum petang dan melepak kat kedai mamak, si laki datang join. Ketika itu kawan aku kata dia agak kenyang tapi dia bercadang nak share rojak mamak dgn si laki dan silaki angguk tanda agree. Lalu, aku order 2 pinggan rojak. Bila sampai si laki makan rojak tu sendiri dgn nikmatnya sehingga abis licin (lagak lapar sgt kot?)..kwn aku cuma terkebil2 tgk dan menjeling. Akhirnya, aku dan dia berkongsi rojak aku pulak!!.



Mana bukti kata nak sharing is caring nya??. Ntah, aku tak nampak langsung what is great about the man. 4 tahun aku kenal si laki..dari seblom dorang kwin sampai dah kawin dgn kawan aku tu..masih lagi cam tu jer..mcm mat poyo yg sgt takut bini !!!. Bini tuanya. Sampai tiap kali bini tua akan kol mcm polis pencen and yet, masih berjaya si laki kwin rashia gitu...



Gitulah, asam garam dunia. Yg selalu dilukakan dan dikecewakan hatinya itu seorang perempuan. Padehal, yg mengecewakan itu juga ada lah seorang perempuan yg lain. Jadik di mana bukti mengatakan hanya perempuan mengetahui hati seorang perempuan?? busit jer statement tu..bgi aku, yg jadi penghancur itulah namanya perempuan..Lelaki walaupun tak suma, tp tidak dinafikan ramai yg ego dan pentingkan diri sendiri..ramai juga yg tak peduli perasaan org laen..walaupun mmg ada yg betul2 baik, bertanggungjwb dan setia..tapi nisbahnya sedikit kan...



Tepuk dada tanya selera..itulah jalan yg dipilih..itulah yg kau dapat. Usahlah mengharapkan lebih2 padahal ko sendiri tau, yg ko telah mengambil hak orglaen secara tidak jujur..secara sembunyi kan. Kau sendiri yg memilih utk melukakan hati kaum sejenis, lantas skg ni giliran kau pulak makan hati....

what you gave is what you get kan?..what comes around, goes around..

September 12, 2011

Hujung minggu di bulan rayaaa....




Hari Sabtu

After few times buat open house during raya, aku mmg totally give up dah nak buat lagi. Dia pnye hassle dan penat mmg tak terkata. Dan set2 kawan2 pulak mmg menanti2 kalau aku panggil open house sbb dorang suker sgt nak datang and makan apa jugak juadah yang aku hidangkan (which most of the time request for lunch menu with kampung pnye masakan). Dulu2 masa bibik ada boler aje kerah dia. Siapkan bahan2. Kemas, basuh2 apa yg patutlah kan. Lepas bibik blah ada satu tahun tu aku terai handle sendiri, ofkos dibantu oleh tuan besar dan mem kecik kan. Mmg..tak terkata keletihan terlampau. Dari penyediaan bahan2 mentah, sampai ke masak memasak, idang mengidang. Basuh membasuh dan kemas mengemas. Fengsan!! thats the correct word to describe..penat smpai demam kekdahnya.



So lepas dari tu, aku mmg serik dah nak buat open house bagai. If ada kwan nak datang, just bgtau jer awal2. Bole nak masak apa2 kan. Biasa kwn2 yg mmg dah tiap tahun datang, akan request special menu lah..lau tak lunch menu..ofkos Soto yg siap dgn begedil.



Last saturday, saje ada 2-3 frens nak dtang beraya. Sabtu petang katanya. So aku ckp dgn SP, kita panggil lah jiran melayu kita yg 2 umah tu..pastu baby sitter pnye family, ustazah yg ngajar anak2 ngaji n family.. kalau tak mmg agak2 aku dalam 15 org ler (termasuk kanak2) kawan2 yg nak beraya tu. 4 family suma cam tu lah.



Jadi utk memudahkan tuan rumah dan tetamu..untuk kenyang katanya aku tnye kat SP dgn Kakak apa menu selain dari kewajipan buat soto lah kan. Aku bg option antara nasik lemak or nasik tomato or nasik ayam...since everyone opt for nasik lemak. Thats the menu. Soto dan nasik lemak..untuk tmbahan aku wat rendang tok sikit (sikit tak sikit, 2kg daging...jenuh nak memotong gak tu)



Dari hari Khamis lagi kami prepare dan beli bahan2 mentah sikit2. Hari Jumaat pun sama. Jumaat malam tu operasi bermula. Masak nasik impit. Kalau nak buat soto, nasik impitnya harus lembut2 sikit kan. Kalau brand yg femes cam adabi ka, nona ka...nasiknya keras amats tau. Kakak aku bagitau pakai nasik impit brand SANTAN (yg buat santan segera tu) dia kata bagus..mmg betul lah, nasiknya x keras sgt..tak lembut sgt..just nice. Mlm tu aku tido kul 12 malam, laki bini campur anak yg besar tu sbok. Sempat aku wat rendang tok, blender cili kering, rebus ayam kg..dan prepare apa2 yg patut utk dimasak esok pagi.



Sabtu pagi kul 6 aku dah bangun. Agenda pertama masak nasik lemak dulu dan masukkan dalam bekas tahan panas tu..di ikuti, masak kuah soto..buat pegedil..pegedil nak wat senang je bebahannya tp nak menggentel dan membulat2 kan tu mmg take long time. Lg2 kalau aku sorang jer menggentelnya kan. Dulu ada bibik..suruh je dia buat ..suma siap..skg?? sendiri jadi bibik ya. Aku i ngat ada lah dkat seratus bijik kot..kecik2 je aku wat takut tak cukup..bila dah agak siang sikit baruler isi umah yg laen bangun..



Since aku sbok kat dpur masak.. SP dgn anak2 mengemas umah, lap apa2 yg patut..buat habuk apa2 yg patut. Kunun xmo nak pakai disposal pinggan dan mangkuk tp entah camne tergerak hati plak nak guna. Tu pun lepas dah siap msak kul 12 tghari tu. Naseeb baekkk..lau tak masak nak basuh..

Pukul 11.45 siap suma hidangan..siap kat atas meja hall depan pun..Menu : Nasik lemak set with telur rebus..ada sambal bilis, smbal sotong dan sayur kacang...Soto set : suun goreng, begedil dan bihun celulr..of kos siap dgn sambal kecapnya..ada nasek impit dan rendang tok yg terlbih lada hitam..jadik pedas dan sgt berasap walaupun kata kakak rasanya mmg mabeles..tp lidah terangkat sbb pedas..



Kul 12 aku ajak SP pi kedai jap. Carik mangkuk, sudu dan pinggan campak buang. Cepat2 beli dan balik umah. X dan ngeteh ke hape pun tau. Tk lama kami sampai umah anak2 buah SP yg salu datang tido kat umah tu smpai. Syukur betul dorang ada. Byk tolong basuh2 cawan dan kemas serta top up lauk2 apa yg patut.



Start kul 12 lebih, masa aku dgn SP tgh syiok makan tengahari kat dapur..ttba dah ada tetamu datang. Siap bg salam dan terus masuk sbb pintu mmg nganga luas kan..rupany Nurul n family..Nurul ialah offmate SP, dia dok kat country homes jer. Tahun lepas masa dia datang beraya, aku x leh hidang apa2. Sbb masa tu lepas eksiden jatuh moto tu..so masa dia dtang dia n hsbnd makan kueh raya jer..Jadik tahun ni mmg kami ajak dia dtg sbb dia nak sgt makan soto yg aku buat katanya.



Org mula2 yg datang ofkos sempat layan lama..Nurul bawak baby dia Adam. Baby dia mula2 sampai tu tido. So sempat lah dorang menikmati hidangan dgn tenang dan releks. Sudah je dorang kenyang, Adam mula merengek sbb dah boring. By Zuhur kot, dorang balik.



Kul 2 ptg..Cikgu raja (baby sitter bdak2 ) datang sefamili. Tgh dorang makan, jiran selang 5 pintu En Hanafi n family plak sampai. Riuh la rumah meriah dgn yg lelaki berborak sakan dgn suami ckgu raja yg bercerita pengalaman belayar selama 3 bulan dalam bulan puasa tahun lepas tu. Aku, cikgu raja dan wife en Hanafi borak2 dan gossip2 pasal memacam..bdak2 smbil makan melayan channel cartoon. Dalam kul 3 lebih kot baru dorang beransur balik dah. Dpat lah kami rehat jap sambil makan2 lagi dgn anak2 buah SP..ngok2 ngek2..dtang pulak jiran sebelah umah Hanafi, Hassan and wife dan mak mertua dia. Lama gak kami borak2..pastu dorang terpaksa mintak diri sbb sedara mara dorang sampai. Hassan nak wat open house esoknya tu so bz lah bagai maklum nk buat siap bakar satay bagai. Wife baru Hassan ni org tengganu (ada dulu aku citer pasal citer Hassan kat old entry, kisah wife dia yg halau dia kuar and kawin dgn pekerja dia tu..la ni umah tu Hassan dapat dgn perintah mahkamah x bini dgn laki dia terpaksa berambus lah kan) so beria2 mak mertua Hassan suh kami dtg untk merasa hidangan asli terengganu dan Perak katanya....



Kul 4 lebih, ex offmate aku kak Ita sampai dgn family nya. Kak Ita mmg kewajipan mesti tiap tahun datang umah aku. Sbb umah dia pun ada kat area2 Country homes walaupun wknd house jer . Hari keje mmg dia ada kat Bangsar jer. Dok kat kuarters KTM.. dgn kak ita mmg panjang ler gossip dan citer2 sensasi gitu..tak lama plak si Zura n family sampai. Zura ni aku kenal kat Hspital Selayang masa tunggu giliran beranak kan Amal..sapa sangka kami jadik sahabat selama 7 tahun lebih dah..(seumur Amal dgn Emmer -anak yg sama2 kami mengandung masa tu). Ntah camne kekdahnya, Kak ita dgn zura dari kg yg sama kat n9 tu..apa lagi waresssssssss kuar lah bahso eh.



Yg best plak, laki si zura ni keturunan rawa..yg laki kat ita pun !!!. Hamboi betul2 happening bila dua suku sakat dah jumpe. Kuar segala bahso nogri eh. Anak2 zura enjoy sgt makan soto dgn begedil. Sampai zura terpaksa remind anak2 dia..udah2 lah tu..byk ketul dah..



Dah stat suku sakat keturunan kuar..mmg dari 2 jam membawak 3 jam pun tak sedar kan. Dkat kul 7 kot baru suma gerak beransur2 dari umah aku. Time maghrib dapat rehat jap, mandi dan solat. Teringat lagi sorang kawan aku si zilah..dan kawan SP si Bob lom smpai. So kami panaskan apa2 yg ptut, top up mana yg perlu. Dah lepas siap2 tu, terpacul si Andy pulak (kwn SP) dgn familynya. Andy ni anak kepada cikgu raja (babysitter kami). Dulu SP dgn Andy keje satu building. Andy kat Mobikom masa tu..SP dgn C & C. Stat tu dorang berkwan..lama tu. 10-12 tahun lepas. Kebetulan pulak, sbb bdak2 sek tadika n nursery kat umah mak dia, dia pulak rapat dgn SP.



Family andy besar gak. Anak dia 5 orang..4 besar2..sorang jer baru setahun lebih baru jalan kot. Andy and family mmg craving for nasik lemak. Sbb mmg ada plan nak makan nasik lemak katanya..aleh2 mak dia kata kat umah kitarong served nasik lemak..kebetulan dia balik umah mak dia, dia pi umah kami sekali..enjoy habess. Pe lagi dapat makan soto dgn pegedil..the real java pnye hidangan kan.



Lepas Andy balik, Bob kol SP kata datang lewat sikit. Zilah pun sama msj aku datang lewat sikit. Family bob datang dalam kul 10 cam tu. Ramai!!. dgn 3 family anak buah dia....mmg penuh umah kami yg comel tu...X lama tu pulak zilah pun sampai..makan2 borak2 bagai...sedar2 kul 11 lebih masa tu..Bob n geng balik. Tinggal la zilah jer dgn family dia..borak pnye syok sambil tgk citer kelakar ooh haram kat TV3..sedar2 alamak2 dah dkat kul 12 tu..anak2 merengek2 nak tido dan mengantuk. Which akhirnya amal hanyut kat situ gak..Sempat aku bekalkan zilah pegedil sikit bersama sambal tumis jering yg aku janji kat dia tu..



Lepas suma dah balik..aktiviti menclean and clear. Mila (anak buah SP) tolong setel basuh2 cawan..aku akak dan anak buah SP sorang lagi si Rina mengemas hall. SP mengemas sampah sarap. Lepas suma clear..pe lagi bentang toto bergelimpangan dorang suma dgn anak2 kat luar..Penat sungguh!!!..tak terkata gitu.







Hari Ahad



Bila mana suma masih lena diulit mimpi, aku dah bangun. Lepas solat subuh kemas2 dan panas2kan apa yg patut. Tak buat brekfast pun sbb baki nasik impit n rendang masih ada lagi. Sambal bilis nasik lemak pun masih byk gak. Bila dah siap suma, kemas pinggan mangkuk dan bekas2 makanan..baru lah suma berperingkat2 bangun. Mila dgn rajin tolong goreng pisang..pisang tanduk bawak dari kg SP ari tu dah masak.



Lepas baca suratkhabar aku terus berkira2 untuk masak for lunch pulak. Menu lunch ialah kerabu mangga, paceri nenas, ikan bakar..dan sayur campur. Ofkos tak lupa pekasam ikansepat..lawan dgn paceri nenas mmg menjadik tol. Aku sempat buatkan sambal belacan tumis tuk dorang gak..oh, ada sorang teman FB mintak beritau resepi sambal belacan tumis meletop aku ari tu..so, sempat snap gambar dan tunjuk cecara buat sambal tu..nnti akak post kat next entry ya Muni...



Janji si Cah (anak buah SP sorang lagi, adik si Mila) nk dtg lunch sekali. Tp x sesampai. Jam dah kul 1 lebih . So SP kata makan jer la dulu. Karang dia datang suh dia makan dgn hsbd dia je. Mujo x tunggu u olls, lau tak masak..sampai kul 2 lebih pun x sesampai. Kami masing2 dah bersadai kat dpn tv bebaring2..



Jiran kami si Hanafi msj kat SP suh pi open house umah Hassan masa tu gak. Katanya takut lmbat karang ramai org. Pe lagi aku dgn anak2 buah SP bergegas bersiap tros pi umah Hassan. Mak aaih, menu2 dia mmg happening giler2 u olls. Ada nasik minyak, nasik dagang, gulai tongkol rendang daging ayam ..ada laksam, ada laksa, solok lada...acar... Ada agar2 yg bermacam2 jenis...Ada satay...smpai taktau mana satu nak pilih..Terlampau byk!!!. Patulah ramai tukang masak hassan import..menu nya byk giler..



Kami makan nasik impit dgn satay..aku coba sikit laksam yg mmg sedap..aku coba laksa penang yg mmg terangkat. Nasik2 mmg x lalu nak makan dah..maklum dah makan kat umah masa lunch kan. Rsa sikit agar2 dan kek2 yg berwarna warni...ya Allah..kenyang teramats. Kejap je kami kat sana..pas aku salam2 dgn wife n mak mertua hassan, kami balik umah...tukar baju sambil sambung bersadai kat hall. Sempat aku tido kejap dalam satu jam. Si cah pulak tak sesampai. Dah ler kul 5 janji nak gerak ke Selayang umah abang sulong SP plak.



Lama sgt tunggu Cah kami decided nak gerak dulu and suruh cah gerak dari umah kwn dia Sg buloh tu tros pi selayang and jmpe kat sana. So kesudahannya, Cah tak jadi sampai beraya kat umah!!. Lama sgt tunggu dia dari pagi..ropanya dia beraya umah sedara suami dia, kena tunggu makcik2 itu ini sampai nak tgk baby dia si adiib tu.padanlah seharian!!!..lama tol.



Sampai kat Selayang dah kul 6 lebih. Biras aku dah siap buatkan mee kari pulak tu. Pelagi balun ler. Cah pun sampai tak lama tu..masa kat situ aku ada nampak satu balang acar buah biras aku dah buat..acar buah dia mmg terbaaaek..aku siap kata nanti nak bungkus sikit bawak balik..mana tau sampai masa balik, tuan rumah lupa plak..aku nak ingatkan tapi MALU..terkilan tu x dapat tapau sikit..



Lepas solat maghrib, SP tel Mak Cik dia..(adik MIL) tnya ada kat umah ke tak. Kalau ada kami nak beraya kat umah dia kat Seri Gombak. Sp tak bgtau yg ramai mengekor..sbb niat nak beraya jer kan, idakler expect dia hidang apa2. Lgpun dah kenyang tu!!.



Rezeki bdak2..sampai kat umah Makcik Yah, anak dia dah siap order2 Pizza..tp dia ingat family kami jer yg datang so dia oder 2 pizza kecik jer..terkejut dia kami datang 3 kereta..Tp umah mak cik yah ada macam2 makanan..macam2 kueh raya..siap famos amos biskut pun ada. Kbetulan anak Mak cik yah takde umah..so mmg kami jer dgn Makcik Yah. Riuh rendah dibuatnya. Mak Cik yah siap kuarkan lontong, serunding daging dan kuah kacang..(kebtulan mmg smlm tu dia masak tu sbb ada org dtang beraya)..wah apa lagi..masing2 pilih apa nk makan. Bdak2 ofkos pilih pizza kan. Kami org2 dewasa rasa lontong, makan kek lapis dari Bandung yg bermacam2 jenis. Menantu Mak Cik yah ni mak bapaknya asal dari Bandung. So byk giler makanan yg diimport dari sana tu.



Berlama2 kat situ pun x leh lah kan. Sbb esoknya nak keje..Kul 9.45pm kami gerak balik. Anak2 buah SP dgn haluan masing2 balik ke keramat..kami balik ke rwang. Gedebak gedebuk lepas smpai umah solat bagai...akhirnya kul 11 lebih baru aku tido..letih giler!!!..letak pala tros jalan. Bdak2 apatah lagi si Delin yg tak berapa sihat sbb selesema dan batuk....amal pun sama..dari dalam keta tros diangkat kat katil memasing..fensan . Tak sedar..cuma kakak jer yg sambung tgk movie ntah sampai kul bape.



What a hectic weekend. Penat giler2...mujo mggu ni keje 4 ari jer. Bdak2 pulak sek rendah coti, sbb ada UPSR. Tak sabar nak tunggu jemaat..nak rilek2..ptg jumaat ada 3 umah mau pegi ooo...sabtu ahad pun agenda dah penuh!. Till that time, kena rehat2 cukup2..full blast..Lau tak cukup rehat gak..siaplah aku nak MC je kan? pe ade hal ye dak?...