September 19, 2011

A very good rest to rejuvanate..

Eversince raya week, kepenatan aku ni tak hilang2 pun. Masih rasa letih, lesu dan fatigue omputih kata.  Tak tau mana salah, mana silap. Perasaan malas nak membuak2.  Jadi, cuti 3 hari dimenafaatkan sepenuhnya utk recharge kembali semangat, tenaga dan keseronokan berkerja.  3 hari which been agreed between me and SP to stay at home.  No open house, no kenduri kendara (walaupun ada jmputan-tp tak bape penting pnye org) walaupun ada bberapa kwn nak datang ke rumah.  Semuanya sbb aku dan SP dilanda syndrome2 di atas itu ya.  Mcm sial celaka je bila aku update status pg ni kat facebook tentang recharging the energy sbb kepenatan coz raya, ada sekor Haji mulut mmg sentiasa celupar yg komen : penat layan laki..siyal betul pnye statement kan. Tak padan dgn hj. Aku dgn pantasnya mendelete. Aku mmg takkan kasik can pada org2 gini terutama si haji mulut takde insurans ni nak suka2 mengotorkan wall aku..ces..

3 hari di rumah. Plan asal mmg nak  balik kg tgk mak. Tapi akak kata x yah. Sbb this week nak balik kenduri jiran seblah mak tu. Lgpun akak kata mak ok2 jer.  Rehat lah je kat umah. Kenduri nanti baru balik sekali.  Anak2 merengek nak ajak pi kepci la, mekdi lah..ada yg ajak memizza la.  Tapinya dgn wang diwalet ada seratus hengget sampai jumaat ni (SP Gaji hikhik) harus dijimat2kan gitu kan. Karang kalau dah kuar seratus hengget mmg x cukup la. So dendiam kat umah. Ubat duka, amik citer HANTU BONCENG kat astro first. Layanlah bdak2 sampai lebam.

Masak, makan dan tido. Itulah kejenya. Hari jumaat tu aku dan seisi umah x de tido, layan tv jer.  Layan CSI dan apa2 yg termissed citer2 kat astro tu.  Jumaat tu gak kakak ada acara beraya kat umah kenkwn sekolah dia. So kul 12 Sp antar dia kat umah kwannya.  Tinggal aku kat umah dgn 2 little rascal bila SP ke masjid.

Pukul 6 lebih kot baru ler kakak msj suh amik dia. Wah hebat dia beraya ke 12 umah katanya.  Bantailah kakak oi.  Hujan petang jumaat membawa pada malam.  Sabtu pun sama, pepagi jer kuar jap pi layan dorang makan roti canai kat port base.  Balik umah, aku masak...kemas umah, basuh kaen ...bla bla. Makan, tido.  Hebad. Sabtu tu seisi umah tido lepas lunch sampai dkat kul 6 gitu. Betul2 layan balas dendam akan ketidak cukupan tido semenjak raya aritu kan.

Hari Ahad pun sama.  Pepagi kami kuar pi carik suratkhbar dan tapau bf. Balik umah, masak. Hari ni special sikit sbb mood nak masak mari membuak2. Lepas hidangan simple2 2 hari, semlm mmg all out.  Buat siakap 3 rasa, sayur goreng, sambal udang, sambal tumis jering, acar kenduri dan sawi bening.  Masing2 kesukaan sbb ada hidangan yg byk utk lunch semlam.  Jadik lepas makan kunun nak layan TV, harus hanyut ke petang gitu.

Yg pasti, thats all i need. A good rest, a good sleep and a good food to rejuvanate.  As today new week dah start, i feel good. I feel fresh.  Baru la ada semangat nak keje dgn semangat membara kan.

Benarnya, aku ada citer best nak share kat blog. Tapi aku kan lom ada idea camna nk mulakan the story.  Selalu kita dgr lelaki buat hal dalam umah tangga kan, kali ni aku ada citer best pasal pempuan yg pulak yg buat hal. Padahal yg lelakinya masya Allah...sebaik2 manusia yg pernah aku jumpe..cite nya mmg agak pelik..tpi hakikatnya itulah..punca perpisahan adalah dek kerana sikap tamak seorang perempuan bergelar isteri..nnti2 bila mood mari aku citer yek...

No comments: