June 30, 2011

Nonsense pnye Terma & Syarat..

Tak kesahlah kalau ada org nak label kami typical parents. Yg pasti as parents kami sentiasa mahu yg terbaik untuk anak2. Well, anak2 pun bukan ramaikan. Tu je lah 3 org yg ada. Paling penting bagi kami untuk anak2 ialah keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa setiap masa dan ketika tak kira di mana jua mereka berada....


Mlm tadi, kakak hulur borang dari sekolah utk program bercamping katanya. Dia tu mmg kalau ada apa2 program ke hape, mesti hulur surat kat mama dulu. Maklumlah mama kan sgt berkuasa dalam rumah. Kadang ayah tak bagi pun kalau pi kat mama salu jer bagi. Salu jer flexible. Hatta, kat supermarket nak amik apa2 pun harus dapat greenlight mama dulu. Masa aku baca form tu aku dah nampak dah. Pihak sekolah nak buat kat Hutan Lipur Lagong. Kat Selayang berdekatan IPD Gombak tu. Kawasan org asli kat situ. Biasa, mmg kami biasa sgt sgt dgn tempat tu DULU. Sekarang tak lagi . Sbbnya ada satu insiden yg mmg buat kami laki bini serik nak ke tempat tu...ni later kita cerita ye.


Berbalik pada borang tu tadi. Bayarannya adalah sebanyak RM40/ sekapla. Tarikhnya 15-17 July ker. Based on diary mmg takde plan nak kemana2 pun tarikh tu. Basically aku cam ok jer kalau dia nak pegi. Cuma untuk menghormati Ketua Presiden dalam rumah harus mintak greenlight dia dulu gitu..Lepas dinner, sambil duk2 lepak dpn TV layan berita yg sokmo citer politiks jer tu aku suh SP dok tgk form tu. Aku, pada basicnya ikut jer kalau dia bagi bagilah. Lau tak tak lah.


Wah, lama gak dia baca gitu. Bila sampai kat part Bukit Lagong tu terus dia tak setuju. Dah stat mengomel2 sendiri aku suh dia panggil kakak untuk sit and talk. Maklum kakak malam2 byk keje sekolah dan akan duk berkurung dalam bilik dia sampai siap suma keje baru dia kuar..

Aku biar father n daughter to have a talk..Dan ayahnya terangkan satu persatu pro and cons pasal kenapa dia tak beri keizinan pi camping tu.

 
Bayaran sebanyak RM40 tu bukan satu masalah besar pun. tetapi dia suruh kakak consider point2 :

i) buat camping kat Hutan Lagong.

Hutan yg pada dia sgt memberi kesan pada kami sekeluarga. Sbbnya??, dulu dia mmg selalu ajak kami pi sana mandi. Almost tiap ahad manjang jer ajak pi sana. Aku mmg malas nak pegi sgt tp sbb dorang suka air sungai jeram dan berbatu aku ikut jer. Hari Sabtu atau ahad lepas breakfast, beli paper kami pi sana. Sajer lepaks2. Dia dgn anak2 salu main air, kadang2 mandi. Kadang2 tangkap anak2 ikan yg byk kat sungai tu..aku? salu aku lepak kat wakaf jer baca paper. 10x pegi adalah sekali aku rendam2 kaki. Selebihnya aku tgk jer. Kat situ tmpat perkampungan org asli. Takde tempat nak salin baju ke apa. Tandas yg ada mcm nak roboh dan kotor amat. Hari minggu mmg ramai org bawak anak2 pi sana. Airnya jernih dan surut..sesuai tuk bdk2 kecik maen2 air. Dalam byk2 kali pegi the last time kami pi sana bdak2 ok2 jer. Aku ingat lagi dorang happy dapat sauk anak ikan kat situ byk betul. Amal dgn delin siap mandi manda dan ikut ayahnya meredah tepi2 air sungai tu. The next day, Amal komplen sakit perut. Sakit amat2 sampai guling2 menangis. Aku sampai amik EL sbb risau tgk keadaan dia. Sakit perut dan muntah2 non stop. Menangis jer. Malam pun x leh tido. Aku terpaksa letak tangan aku atas perut the whole nite. Sampai tido pun tak lena.kejap2 dia merengek aku terjaga. Dia kata sakit...makan takmau. Makan muntahkan balik. 2x kami bawak dia pi klinik, dr bagi ubat sakit perut memacam..tapi langsung tak baek. Malah cam tu la keadaan dia..3-4 hari dia cam tu...dah pi klinik tak jalan jugak, kami decided to cuba cara tradisional pulak. Kami bawak dia jumpa abg Onn. Abg Onn ni keje dgn SP satu off. Cuma lain dept. Dia mmg pandai mengobatkan org. Lepas citer kat abg onn apa yg dah berlaku, abang onn bgi sikit air. Untuk Amal mandi dan minum. Pastu dia letak kapur kat perut amal tu. Sambil baca2 selawat. Menurut abg onn, amal dan mengganggu tmpat permainan makhluk halus kat utan tu. Terpijak benda apa ntah. Kami sekadar ikhtiar sbb dah cuba ubat moden tak jalan kan. Yg aku pasti masa tu kalau letak telinga kat perut amal bole dgr seolah2 air sungai menderu2 dalam perut dia tu. Tiap kali dia bergerak rasa sakit. Tu sbb dia menangis. Tu sbb dia tak mau makan. Sbb perut dia tak sedap..sakit, sakit katanya..



Alhamdulilah lepas berubat tu, dia beransur baik dan pulih. Dan dan bole pi sekolah pun. Mujur masa tu sekolah tadika jer. Jadik tak sekolah 2-3 hari pun tak le teruk sgt ketinggalan. Yg aku suka, lepas peristiwa tu SP stop dah ajak kami pi tempat2 gitu. Stop juga pi tmpat2 yg ada sungai ke, utan ke..seingat aku lepas insiden tu mmg langsung kami x pi dah air terjun dan yg sewaktu dgnnya kat area2 berhampiran situ. Khabarnya tempat tu mmg keras. Sbb kawasan hutan simpan yg mmg jarang org pegi sgt. Lagpun kawasan tu mmg agak terpencil sgt2..Kalau dorang nak mandi hangkut jer pi KLCC tu haa abis cerita. Tp lepas kes tu pun bdak2 tak pernah mengajak pi air terjun or sungai pun!.



Jadik, pasal kes tu SP bit skeptikal sikit pasal hutan2 ni..dia tak mau menda yg sama berulang lagi pada anak2. Lebih2 lagi kakak nak pegi 3hari, tido dan bermalam pulak kat kawasan Lagong tu.



ii) SP cukup tak berkenan dgn Terma dan Syarat yg pihak sekolah tulis kat borang tu..ginila lebih kurang terms n condiditons nya...



Dengan ini saya ......................(nama ibu/bapa/penjga) kepada pelajar bernama ................................. dari tingkatan............dgn IKHLAS (sengaja aku UPPERCASE kan) membenarkan anak di bawah jagaan saya untuk mengikut program perkhemahan yg akan di adakan di Hutan Lagong pada 15hb-17hb July 2011. Dengan ini juga saya tidak akan membuat sebarang tuntutan mahupun gantirugi atas apa juga KEMALANGAN/KECELAKAAN mahupun KEMATIAN sekiranya berlaku sesuatu yg buruk disepanjang program perkhemahan ini. Saya juga tidak akan mengambil apa2 jua tindakan sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini terhadap anak di bawah jagaan saya dalam program ini kepada pihak sekolah dan bla bla bla...pjg lagi ayat dia..aku pun dah lupa..



Ayah terangkan dgn jelas pada kakak nape. Memberi contoh pada insiden pelajar2 yg lemas dihanyutkan arus deras masa ikut camping tak lama dulu kat Perak tu. Kalau lah hilang di hutan, jatuh kemalangan, patah kaki tangan leher hatta bawak kematian kata ayah, sapa yg nak bertanggung jawab?. Dengan sapa kita nak salahkan?. Terms and condition mcm ni mmg mesti buat suma mak bapak susah hati. Buatnya sampai membawa kematian ke apa?. Mmg kita x bole melawan takdir tapi kalau benda itu bole kita elakkan kita patut buat kan?.



Kalaulah camping tu buat kat padang sekolah ke, ayah dont mind beri kebenaran. Sbb kurang risikonya. Lebih selamat keadaannya. Ayah tak teragak2 beri keizinan mcm perkhemahan perdana yg sekolah kakak buat masa kakak darjah 6 dulu kan?. Ini tak, tmpat tu sgt berisiko..ayah dan mama cuma ada 3 org anak jer tau. Ayah dan mama takmau ada perkara buruk berlaku pada anak2 hanya kerana lalai dan lewa dalam memikir perkara2 yg berisiko cam tu..



Lepas sessi brainstorm tu, ayah bagi kakak masa sampai esok utk fikir sama ada nak terus pergi ke tak. Tapi kakak sgt understanding dan matang..terus jer dia bagi jawapan kalau mcm tu, dia dgn ikhlas hati tak mau pegi. Sbb dia pun takut risiko yg ayah dah ckapkan tu...



Lega kami mendengar...jadik mama beri cadangan untuk ayah beri RM40 tu pada kakak sebagai ganti dan bukti pada kakak bahawa duit bukan segalanya..apa yg penting anak2 selamat dan sejahtera dah cukup. Dan mama bagi cadangan lagi best...iaitu untuk pi spend duit tu utk tengok Transformer 3 ............





Gitulah adanya, drama terma dan syarat kat umah no 10 malam tadi...again its a win win situation org kata. Memberi kepuasan hati pada kedua belah pihak tanpa menyakitkan mahupun melukai hati kedua belah pihak.  Moga kakak paham kenapa dan mengapa kami tak berapa bersetuju untuk dia menyertai aktiviti2 begini.....







June 29, 2011

Giler Kentang pnya mahal

Maklum la semalam hari gaji kan. Mak2 terpaksa pi shopping barang dapur gak.  Bukan apa, mmg SP ada beri duit utk belanja dapur gitu, tapi rasa tak best jer. Biasalah mmg tak cukup. Jadik untk keselesaan membeli belah dan mengelak masalah tak puashati berbangkit, salu aku tunggu time aku pnye gaji..which 3 hari later dari SP. Maklum SP tu ala2 tiru gomen gak 24 or 25hb dah gajian. Aku pulak harus tunggu 28hb gitu.

Bila shopping takde kekangan budget dek contribution wang org laen, ati ada senang lah nak beli belah kan. Terutama barang2 dapur yg la ni mencanak2 giler2 pnye rega.

Mujur gomen gaji awal bulan ni yek?? so ari weken lepas sure dorang serbu NSK cam selalu tu.  Best sikit nak shopping malam tadi bila NSK agak clear dari penjawat2 kerajaan yg membeli belah..ada lapang sikit gitu.

Berbanding bulan lepas budget bulan ni mmg agak besar. Maklum ada barang yg beli 2 bulan sekali tu dah abis bulan ni kan, harus lah mentop up gitu.  Smlm dgn barang banyak ni spend about tiga ratus lebih boleh?? giler pnye mahal barang2 makan la ni. 

Bila tgk harga2 bawang ..mak aiih..sekilo 6 hengget tu bawang putih yg bakar tu.. Bawang kecik rose tu pun dah 6 hengget gak. Tak berani amik byk2 weh..cukup2 jer. Bwang besar amik lebih sikit sbb murah. Dah cam bangla pulak kan makan bawang bebyk gitu..


Gile panjang listing. Among tu aku check sesatu tadi.  Wah barang makan budak2 jer dkat seratus hengget. Dgn biskut, susu, nugget dan sewaktu dgnnya.  Dah byk bulan tak beli kan dorang barang2 makan mengarut tu tau. Kesian pulak kan.  Salu dorang tanya nape tak beli..dah 3-4 bulan tak beli, bulan ni kasik can la beli gak sikit.

Ni baru barang2 kering dapur jer. Ikan, udang dan sewaktu belum lagi. Gamaknya nak suh makan lauk telur jer ke hehari?. telur pun dah naek rega ok. Gred C or B pun dah lapan ringgit lebih.  Masak.  Sardin pun aku terpaksa beli yg local pnye. Sbb mostly made in china, made in thailand . Takut pulak kehalalnya.  Lagipun brand pertima tu dibuat oleh org melayu kita. Nak support melayu katanya walau mahal sikit reganya.

Org berkeluarga cam kami ni kena ada stok simpanan makanan sikit. Cam sardin, telur, tepung. Harus tu. Ye la ada anak2 nak membesar ni mmg gitulah keadaannya.  Mujur sabun basuh dan toiletries tu beli 2-3 bulan sekali bole tahan. Lau tak mau botak pala.

Beras pulak, bukan nak menidakkan beras tempatan kan. Mmg aku dulu2 nak support la beli beras jati dan sewaktu dgnnya..alih2 masak pagi, by petang balik umah dah basi. Takke sakit hati namanya. Salu buang jer nasik tu..walhal patutnya bole tahan sampai petang. Bole la panaskan ke, goreng ke ..Ni tak. Lepas pada tu aku tak kisah beli beras mahal sikit... at least sampai esok pun tak basi. Bole jer recycle balik semula..

Lagipun 10kg beras yg aku beli tu salu tahan sampai sebulan lebih gitu. Jadik agak jimat jugak. Bila masak pun bole digoreng time petang2 tu sgt menyenangkan keja aku ni.  Cuma skg ni aku terpaksa masak lauk rebus2 je la nampaknya. Mana tak dgn masalah kolesterol jahat SP yg tak berubah2 dok carta teratas..ditambah dgn tekanan darah aku yg ala2 nak naek ni harus berhati2 jga makan sikit kan.

Minyak pun sama, kena beli minyak sunflower.  Kat umah ni aku dan suma suka makan sambal tumis. Kalau pakai minyak biasa sgt tak baek. Eksperimen yg aku buat sendiri bila sambal simpan kat peti kan, yg ditumis dgn minyak bunga matahari minyak nye stay jer tak beku pun..cuba minyak  biasa mau putih2 membeku. Imejen cam tu ler gaknya minyak kat dalam darah kita yg menyumbang pada penyakit terutama jantung.

Untuk bdak2 aku salu masak pakai minyak biasa tu. Terutama kalau dorang nak makan cekodok lah, goreng kentang lah.  Cumanya kalau pakai minyak matahari tu goreng2 tak bape cantik. tak mau garing..cam meresap minyak jer.

Semlam kat NSK gak aku beli ayam sikit. Beli isi ayam dan beli bahagian peha dan kepak. Beli ayam sekor dah la mahal, bahagian2 dorang tak makan tu mmg tak dimakan langsung. Mana tak dah suma berebut kepak dan peha jer..beli je bahagian tu..bole je goreng tak bergaduh masa nak makan.

Aku dgn SP makan ikan mostly. Singgang ke, panggang ke bakar ke.  Bdak2 jer mmg hantu ayam. Sokmo nak makan ayam masak merah lah, goreng berempah lah. Kalau ikut aku, goreng bawang boh cili campur ikan bilis jer dah cukup. Namanya bdak2 ..ayam tu satu mesti. Bukan dorang kira ayam mahal ke naek harga ke...dorang cuma tau..Mama, ayam masak merah takde?? tu jer lah soklan maut.

Bekalan paling selamat ialah beli ikan bilis bebyk. Kalau malas masak ke takde mood ke buat jer nasik lemak sambal ikan bilis..tak pun goreng bilis, boh bawang n cili campur kicap..hehe.Kentang pun aku mmg salu beli lebih. Maklum bdk2 pun suka kentang. Goreng2 bawang campur oregano ke, goreng bercili ke, tak pun campur dgn ayam masak kicap, kari ..bole jer. Paling dorang gemar goreng sambal campur tempe, ikan bilis dan kacang..ala2 sambal goreng.

Jadiknya, kena lah pandai budget for mak2 cam kami ni kan..barang makin mahal gaji tak naik2..apa nak dikata?? redha jer lah..





June 28, 2011

Situasi menang-menang namanya...

Ingat tak lagi entry pasal nak buat kenduri arwah pak tempohari??.  Yg mana mak kunun2 nak buat mejlis kat umah. Waktu tengahari hari Ahad.  Baik akak maupun aku sgt tidak setuju taw. Ye lah, buat kat umah bukan keje senang.  Mana memikir nak mengemas umah, punggah pinggan mangkuk periuk belanga, cawan sudu senduk bagai.  Nak membasuh satu hal, nak mengemas lepas kenduri pun satu hal jugak. Sapa yg nak mengemasnya?. Kalau tak aku dgn akak.  Pulak tu buat ari Ahad, sure aku pulak terkocoh2 nak balik KL pulaknya petang tu kan.  Jadik kami merangka satu rancangan jahat. Menggagalkan plan itu. Ye lah pepandai jer abg long pi racun mak sedemikian rupa. Padahal dia tak amik port pun pasal nak beli barang2, nak siap bagaikan.  Sungguh selama ni aku dgn akak buat dgn seadanya seikhlasnya. Mujur ada suami2 yg suka dan redha nak menolong walaupun kadang2 abang ipar tu merungut2 bila org kampung perli2 yg dia tuan rumah instead of sepatutnya abang long lah kan..takpe, janji dia nak nolong. Harapkan SP tak boleh lah, dia bukan org kg situ dan dok kat kg ku kan.

Jadik masa aku balik jumaat malam tu aku, mak dah setuju nak buat kat surau jer. TAPI, dia tetap nak panggil kawan2 ahli mesyuarat tingkap nak datang petang esok for tolong memasak.  Walaupun akak tak bape setuju kan, tapi aku pujuk dia. For this time kita ikut jer lah keinginan mak tu. After all, kita pun leh rilek aku kata. Ye lah bila kawan2 mak dah datang for sure dorang siang menyiang dan masak memasak kan..Kami leh goyang kaki...

Pagi2 sabtu tu, aku, akak, SP dan anak2 pi pasar beli barang2 perlu. Semua dah tulis lengkap. Mak x ikot, sbb katanya kaki tak berapa kuat nak jalan..alah, mak tu nak tunggu kenkwn dtg tu la..Mak dah siap tempah kuih seri muka bagai, buat tapai lah.  Since ni hajat dia nak kenduri, semua perbelanjaan disponsor oleh mak.  Mak mmg niat dah lama. Cuma masa tu gaknya duit tu kena freeze kat akaun, jadi dia tak kata apa2 bila aku dgn akak menguruskan suma kenduri seblum2 ni.  Mak beri aku lima ratus hengget.  Tu pun mak suh beli 10 ekor ayam..byk giler!!.  Katanya nak beri berkat (bekal) kat kenkwn dia yg datang tu ...aku rasa masih byk tu. The last time kami beli 3 ekor pun byk asenya..so aku suh reduced ke 7 ekor..mak pulak kata..beli 8 lah..so aku beli lah 8 ekor gitu..biar dia puas hati kan.  Menu for the kenduri ialah, ayam masak merah, sambal udang, kari ikan, acar darat (timun n nenas) dan sambal goreng jawa.So lengkap sudah bahan2 beli suma tu. Ada la sikit aku dgn akak top up duit kami. Duit mak 150rm aku bg kat dia balik as balance..

By time kami sampai umah pun dah tghari. Terus jer kami masak for lunch.  Pukul 3 kot, kwn2 mak dah stat datang dan potong2 apa yg patut.  In total ada 10 org pempuan sumanya.  Termasuk ler kak Hipar aku yg sorang tu..Since ayam dah banyak, aku dgn akak cancel plan buat kari ikan tu..Org2 yg datang tu cuma masak ayam, buat acar dan buat sambal goreng.  Sambal udang tu aku dgn akak masak sendiri lepas dorang suma balik.

Pukul 5 lebih sumanya dah siap. Complete lah dgn suma kwn2 mak tu makan nasik dan bawak berkat pulang memasing.  Gembira jer aku tgk riak wajah muka mak tu. Maybe puashati kot hajat dia dah terlaksana.  Yg aku cukup tak gemar, kak Hipar aku tu masa org suh dia join makan nasik bole pulak dia balik!.  Mmg gitulah peel dia tiap kali kalau datang umah mak.  Terutama kalau tolong2 time kenduri. Aku pelik sgt nape dia x mo makan..apekah takut aku mandrem?. ye lah maklum dia kan dgn aku mcm takut sgt..takut aku sound dia cam dulu2 masa dia dok kat umah mak kot??. Ye lah, dok dgn mak satu, masa tu arwah pak masih sehat lagi pemalas masya Allah. Mana aku tak marah, kalau aku balik kg tu pagi2 mak terkontang kanting buat sarapan kat dapur dia haram nak turun tolong ke hape. Makan pulak men tinggal jer sisa2 pinggan2 berlonggok..sekali dua aku tgk aku sabar je. Tiap kali tgk mana bole tahan tgk org kuda2kan mak kita kan. Mau aku tak mengamuk??.  Yg aku ingat ada sekali aku balik kg malam masa tu aku tgk pinggan sisa dia makan tu bersepah kat meja makan. Aku tanya mak sapa makan..mak diam jer..aku tau lah mesti dia tu..aku humban pinggan tu melayang kat sinki sambil aku mengamuk marah2.. Apa?? ingt mak aku amah dia?.  Lepas incident tu dia mmg takut giler dgn aku. Kadang x angkat muka pun..ada aku kesah?..citer tu dah lama in fact aku dah lupa lepas dia berambus kuar dari umah mak...tpi dia rasa bersalah kot? naseb la kan..so dia sengaja buat sakit hati kami bila org siap2 nak mengidang makanan for makan dia balik.  Lantak ler dia. Mak ada berkata2 gak..depan kwn2 mak aku sound mak..Biarkan jer dia mak, dia takmo makan tak perlu paksa2..betul tak?.Believed me, abang long muncul time2 nak maghrib tu sbb nk tnya nak tolong masakkan nasik ke tak?..aku sound jer x yah. Kami masak pakai periuk kecik jer..dah siap pun aku kata..tnpa ckp byk dia blah balik jer..

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Ramai org kat surau datang for the tahlil. Semuanya di uruskan oleh abang ipar aku dgn SP.  Sampai org tnya pesal tuan rumah pnye anak aka abng long tak datang pun??. well..nak ckp apa kan?..lauk2 suma yg dibawa ke surau abis.  Nasik pun ada balance sikit jer.  Syukur lah...Hari ahad tu pagi kami kuar sarapan dan jenjalan kat pekan..aku bawak mak sekali.  Jelas sekali, dia rasa cam puas sesgt sbb hajat dia tercapai dah....jadik takde bebelan atau omelan pun pasal kenduri tu..Syukur semua berjalan lancar..syukur gak aku sbb aku dgn akak dah berjaya memenuhi keinginan dia tu kan...

Tu lah, aku kata kat akak..kadang2 kita kena beralah. Kita ikut jer la apa mak nak tu. Kalau benda tu tak memudaratkan dia.  Ni lah namanya win win situation..kita tak rugi apa2 pun kalau memenuhi kehendak dia kan. Kalaulah kami tak ikut apa dia nak, mau dia meraban mengadu kat jiran2 kami ni tak amik kesah hati dan perasaan dia tu..(mcm selalu tu..benda2 kecik pun jadik isu besar). Maklum org tua ni kadang2 mmg karenah mengalahkan budak2 kan. Kita ni kena salu sbar. Masa kwn2 ahli mesuarat tingkap mak datang tolong masak tu pun ada gak dorang citer2..Dorang pun sedia maklum yg kadang2 mak tu terover dalam meluah tak puashati pasal anak2..pasal benda kecik2..Dah namanya org tua kan..dorang pun nasihatkan kami bersabar je..berdoa byk2.  Mcm aku kata, kalau benda tu dapat memuaskan hati dia, menyenangkan fikiran dan keinginan dia dan tidak memudaratkan kita ikut jer lah...

Ni lah kalinya, aku balik kg aku tak dgr mak merungut, mengata or meluah tak  puashati pasal org tu..pasal anak2 yg lain..pasal mende kecik yg dia tak patut terlampau pikir sgt..sbb apa?? sbb aku rasa dia sgt puashati dapat mencapai apa yg dia inginkan untuk kenduri kali ni...Jelas sekali, bila dia kata kat aku : Lega hati mak, syukur lah sumanya selamat....semuanya berjalan lancar..lepas ni bole mak tidor lena:  gitulah katanya....

Baik aku, akak maupun SP mmg kali ni semua pun realise mak tak byk merungut or komplen mcm selalu...sbb apa??..sbb kami ikut kehendak dia...walaupun pada masa sama kami jugak beri pandangan dan cadangan supaya ia tidak berbangkit kemudian hari..yg pasti mmg betul2 win win situation...tak susah kan?..Lagi senang hati aku  bila kami nak bertolak balik ahad petang tu mak senyum lebar jer.......

June 27, 2011

Cuti Ambulance...tipu2 yg menjadik betol..

Aku dah mintak cuti sebenarnya for Jumaat.  Maklum ada appointment kat Hspital Selayang tuk Delin, tapi since susah sgt nak kasik cuti wlaupun cuti tu kita punya, aku plan nak MC jer. Mana tau, hari jumaat betul2 sakit kepala tahap dewa. Mcm biasa tu. Berdenyut2 ..ase nak pecah pala.  Cumanya masa pagi tu tak ler teruk mana. Tahap baser org kata.  So pegi gak appointment kul 10am tu.  Aku dgn SP tersampai awal pulak kat sepital tu.  Delin cam biasa lah, excited jer nak pegi sepital.  Ingt kot jmpa pakar kanak2 ke hape. Mana tau rupanya dia rujuk kat Speech therapist aka pakar pertuturan.  Appointment kul 10 benarnya, tapi masa kami naek kat wad 6 A tmpat pakar tu takde org pun. Walaupun nampak satu kapel dng sorang anak ada jer dok kat luar wad tu.  Terus jer pakar tu suh masuk.

Mcm2 dia tanya kat Delin. Sbb nak tau tahap pelat dia tu.  Suh jelir lidah, kuar lidah tarik lidah..memacam lagi lah senaman lidah.  Pas tu dia bagi satu kertas dan pensil. Dia bagi arahan kat delin to lukis, kotak..ada bola..bola kat luar..bola kat dalam.  Dari satu arahan sampai ke 3-4 arahan pada suatu masa.  As usual, first time jumpe delin cam takut2 diam jer. Tanya satu, jawap satu. Bila dia dah stat mesra dgn pakar tu..oh pakar tu muda lagi, sorang pmpuan which aku rasa budak muda lagi.  Bukan maen lagi dia bercerita dan bersembang walaupun pakar tu x berapa paham..aku lah terpaksa translate.  Therapy session tu dkat 1 jam. Dia ajar camne nak tekan lidah delin and let her sebut huruf2 yg dia pelat tu. For permulaan, huruf K.  Ada bberapa perkataan dia tulis suh praktis kat umah. Minggu dpan Jumaat kena datang jumpa lagi..

Sbb ari jumaat, petang bdak suma sekolah. Masa ptg sikit tu lah aku pi klinik dgn SP. Kunun2 baru nak amik MC gitu with komplen sakit pala lah kan.  Mana tau lepas dr check BP, mak aiik, tinggi tuh..pastu dia cek lagi sekali ada turun sikit. Dalam 160/100 gitu..consider tinggi tu.  Agaknya selama ni mmg tekanan aku tinggi tu sbb sakit pala jer. Lately pun aku rasa cam stressed sgt2 dgn keje, dgn memacam lah. Kadang2 bdk2 bersepah pun buat aku sgt stressed dan dan jer kepala mula sakit dan berdenyut2 tu. Mata ase bengkak jer..rupanya my blood betul2 go upstairs.

Lepas consult dgn dr tu dia tnya lah aku pnye sleeping habit, makan, work habit suma2..dia kata jgn stressed2 sgt sbb tu akan menjadikan tekanan lagi naek.  Suh aku jaga makan, kurangkan garam, kurangkan daging bla bla bla..dia bg aku ubat darah tinggi for 10 days..dan suh aku dtg balik semula lepas 10 hari. Nak tgk tekanan ok ke back to normal ke tak. Kalau tak ok, means aku kena sambung ubat sampai bebila..kalau ok, tak payah..so aku on medication now. Kepala masih ada sakit denyut2 gak..terutama bila tension ke, stressed ke...which aku pun noticed lately aku salu senang jer nak marah2...so kena bertenang selalu ya..

Hari sabtu tu since aku ada kat kampung, aku amik kesempatan berurut kat makcik feveret kat kg mak tu..dgn tekanan darah naek, belakang sakit dapat berurut selama satu jam lebih mmg relieved i tell u...ase ringan sikit kepala bila dia urut leher belakang tu.  Byk angin dalam  badan katanya...dan nasihatkan aku mandi air panas selalu.

Its a great relieved dapat extra coti satu hari...walaupun pagi ni owang tua ni muka cam hape.  Marah sbb aku mc jumaat tu, marah sbb aku lambat sampai opis pagi ni...alah, ada aku kesah?? pedulik la kan..janji keje aku selesai....

June 23, 2011

Ini Entry Meroyan

Sungguh tau.  Pepagi dah busy dgn segalamala tugasan yg tak pernah abis ni. Bos pulak cam biasa manjang jer nak manja2 terlampau sgt.  Aku ni bukan contract administrator. Dah bertahun kata nak amik sorang buat keje ni tapi tak nampak hapah bayang. Interview calon2 bukan men ramai lagi, sekor pun tak de?. Tak paham dorang ni.

Dalam paksa dan tak rela terpaksa la patik ni menanggung nya.  Patik tak kesah kalau lah  buat extra keje ni tapi harus lah extra $$$ kan?.  Well, harus mata duitan sekarang nih.  Barang2 dapur giler kentang mahe wei. Belum campur duit2 nak spare for belanja sekolah lagi.  Lepas ni harus pi kedai barang2 satu melesia yg khabarnya murah giler2..Maklum nak jimat.  Ada cik bedah kepoh kata rega sardin besar ada brand kat super market rega RM6.20 setong kat kedai satu melesia tu katanya RM2.99 jer taw..mau tak murah???. Tapi haruslah pulak nak pi subang jaya ke kelana jaya ke tempat tu..tak kuasa!!. By time sampai minyak keta aku mebe mahe 2x ganda dari rega yg nak dijimatkan tu kan?.  Ce bukak satu kat jalan TAR ke..kat Raja Laut ke tmpat org senang nak pegi. Pi bukak kat area org2 kaya subang tu wat hape.  Camne golongan rakyat marhein cam kami ni nak pi sana tu??  eh, ter meroyan pulak kan..sahih meroyan dah ni.

Dah ler team mate sorang ni aku aser nak ketuk jer. Ari tu dia kata aku salah harga, padehal nya dia yg salah.  Dah aku ikut Purchase order kan. Mana harga ntah dia refer. Sudahnya dah jadik kelam kabut pulak.  Dia pnye customer bole pulak dia lupa. Aku kena refresh memory dia jer tiap kali. Hampeh betul.  Dah ler keje  yg sedia berlambak ni suma takde org nak tolong kan kan?.

Semlam entah apa mimpi si Jenab the OM tu, ttba nak belanja makan plak.  Aku?? since org kedekut nak belanja makan tu follow jer lah.  Makan jer kat cafe 5 bintang bawah off ni ha. Nape aku kata 5*? sbb tu cafe Maya Hotel yg pnye. Kira dorang bukak cawangan kat off ni lah maklum owner buildingnya sama tuan.  Aku pi bertiga dgn ck tam n jenab.  Aku sempoi nak makan nasik goreng jer. Sbb suma ada lengkap.  Nasik goreng mahal pnye sepinggan RM18 hengget gitu harus ada satay lah, telur mata, udang XXL 6 ekor cam tu.  Malas la nak paw lebih2 kan order tu dgn air kosong jer. Well juice pun segelas 6hengget..tak payah lah. Lagipun aku lately ni suka sky juice jer org kata..sedap per.  Si Jenab ni mmg salu kata tu tak makan, ni tak makan..so cerewet u know..dia order nasik set dgn ikan dori ke hape ntah.  Big portion gak.  Baser ler org cina ni makan mmg tak minum air pnye set...aku dah baser dah.  Ck tam order sama cam aku gak. So kami mmg enjoy giler nasik goreng tu. Maklum lapar tu. Pg2 makan bf seketul kueh jer kan..  Mmg aku cukup kenyang sgt smlm membawak ke malam tak dinner pun tau.

Yg amat kelakar si jenab tu, makan nasik x abis. Naek kat off lepas lunch tu tak sampai setengah jam gitu aku dgr org panaskan sumthing kat microwave..betul la dia. Panaskan kek ..pastu ngap lagi bape pc ntah..wah pelik aku..badan kecik cam mila, makan nasik x leh abis, tapi naik kat off ase lapar..sian. Tu lah nak belakon konon x kuat makan tp makan diri sendir. Ce tgk cam aku dgn ck tam, selamber jer licing. Tinggal batang satay dan kulit udang jer.  Aku ase Jenab tu nak sgt makan nasik goreng tu..tp kontrol sbb salu eksyen ngat tak makan goreng2 kunun..haha, makan ati ..

Yg aku tak suka ialah, kalau pun nak belanja org ikhlas la. Tak perlu nak citer2 kat suma org. Ish dasar tau.  Bila jumpa 2-3 ekor mat salleh siap ckp makan kat bawah dgn kami..Kami makan nasik goreng yg dorang gembur2 kan sgt sedap tu..mmg lah rega RM18 sepinggan kalau tak sedap bakor jer kedai tu kan...dah kecoh2 satu off dia belanja..ish ...tak ikhlas tau.mencik org cam ni.  TAPI, lantak dia lah ikhlas ke dak kan?..yg penting aku kenyang, ck tam pun kata dia sgt kenyang..lebih dari tu..lantak dak??.

Itu jer entry meroyan hari ni...sbb banyak keje, banyak pulak ragam nak layan mereka2 yg byk songeh ni..sekian terima kasih...

p/s : dok missed ayam penyet kat KLCC jer la ni..ntah apa mandrem kat nasik tu asik teringat2 jer..tgh2 bulan biasa cam tu..menci tau..duit tinggal 50hengget jer nak sampai ujung minggu ni, tekak memacam nak makan...sama cam you la Net...hehehe

June 21, 2011

Macam-Macam..

Dua-tiga hari ni aku ase agak down. Agak low motivation org kata. Mana taknya, partner in crime aku dah antar resignation letter. Ya, dia nak berenti sbb nak pursue other opportunity kat negara lain dan ofkos dgn damn good offer yg company ni x leh nak lawan dan position yg agak gilang gemilang gak la. Yes, dia seorang lelaki berbangsa cina yg sangat menghormati Islam. Bahkan ada satu masa tu mmg hampir2 dia memeluk islam dan kawin dgn awek melayu dia namun tak jadi.  NUR belum datang dalam hatinya.  Dia buat aku senang nak bercerita, mengadu kadang meluah isi hati pasal suasana pejabat, pasal keje yg tertangguh ataupun team member yg salu buat onar.  Tak pernah pun apa yg aku cerita, terkeluar bermaksud dia sgt memahami yg kadang2 kita perlu kawan untuk sekadar merelease tension kat tmpat keje.  Now dia pergi ke tempat lain.  Lepas ni takda lagi tmpat aku nak bercerita hal2 semasa, bergossip perihal keje, pelanggan dan yg sewaktu dgnnya.  Selamat Jalan K, all the best utk ko.  Keep in touch. Thank you sbb jadik kawan dan pendengar di pejabat yg setia dan amanah.

Back to normal routine, mggu ni aku agak moody dan crancky sikit. Hari ahad tu aku anak beranak bantai tido lepas lunch sampai dkat kul 6. Natijahnya malam aku x leh tido.  Puas golek sana pusing sini. Ala2 tido ayam. Mujur Isnin tu Amal tak sekolah agama sbb cuti.  Anak2 suma pun sama tak leh tido. Dorang leh bantai layan HBO sampai kul 1 pagi. Aku dah lama tergolek berpusing sana sini still x leh tido.  Bila aku tertido pun ala2 tido ayam.  Sudahnya kul 6 am terjaga aku tak cukup tido. Bila tak cukup tido kepala sakit mood pun rasa tak sudah.

Sampai off pulak ck tam kecoh2 pasal K nak berenti keje.  Langsung aku tak terkejut benarnya. Sbb dah lama aku dgn K sembang2 kosong pasal bertukar keja ni. Infact dia sendiri mengaku kat aku kalau ada offer bagus dia tak teragak2 nak terima.  Engineering line pnye pengalaman maybe beri banyak kelebihan pada dia untuk dapat peluang bagus kat syarikat pesaing. Mereka mampu nak bayar may 2-3 x ganda dari yg dia dapt sekarang so why not kan?.  Dia gak lah yg racun aku suh intai2 peluang kat tmpat lain. Suh aku pursue kot2 ada good opportunity kat tmpat lain.  Suh aku accept on any offer. Suggest aku to letak 40-50% expected salary kalau nak blah. Which aku dah stat buat pun. Ada bberapa permohonan aku dah antar namun nampaknya belum ada rezeki lagi kot.

Aku takmo ckp pasal demotivation in the company lagi. Sedia maklum lepas 5thn takde perubahan pun pada jawatan, level mahupun pendapatan, jadik ckp2 lagi pasal ni buat sakit hati jer. After all, rezeki tu ada di mana2, cuma kita kena usaha lebih sikit mencarinya.

Sepanjang 5tahun di sini, setelah beberapa kali bertukar holding company, inilah yg paling teruk sekali aku rasa.  Bila mana ramai sungguh org2 lama dalam management team satu persatu angkat kaki. Mana tak, dorang kat atas sana langsung tak pernah fikir nak menaikkan semangat local dan org bawahan yg selama ni bertungkus lumus berkhidmat. Tak ada perhargaan sewajarnya, manakan org mau bertahan.  Bila org dah sedia angkat kaki, sendiri mau ingat.

Minggu ni gak, aku dgn kakak mmg bercadang nak buat sedikit kenduri tahlil untuk arwah pak. Rancangan awalnya nak masak jer kat umah pastu antar jer kat surau. Less hassle.  Tapi pagi2 lagi akak dah sms beritahu rancangan mak nak buat besar2 pulak. Nak buat ari minggu dan panggil satu kampung.  Kakak meluahkan rasa tak puashati. Mana tak, mak agaknya dah berbincang dgn abang long.  Bukan masalah besar pun takat nak masak utk 50 - 100 org keatas. Aku dgn akak bole jer settle. Cuma bila abang long memandai2 suggest kat mak gitu padahal dia sikit pun tak contribute tenaga mestilah akak jadik sakit hati.  Nak2 lagi bini abg long sendiri yg selama ni pun tak pernah nak amik port.

Mana nak kuarkan pinggan mangkuk, kemas basuh dan cuci. Plak tu lepas kenduri kang nak kemas basuh dan cuci. Kali terakhir buat kenduri kat rumah, aku dgn kakak mcm nak terpatah pinggang rasanya. Mak toksah ckp lah kan, dia cuma tau bagi arahan jer.  Kita pun x harap dia tolong2 dek kudratnya tu. Tapi abang long laki bininya tu haram nak menolong ke hapa.  Duit toksah citer lah kan.  Pasal duit pun aku dgn akak x pernah berkira. Selama ni pun kami gak yg kuar duit, beli barang sampai soal masak memasak.

Mak pulak mmg gemar sgt panggil geng2 dia kalau nak buat kenduri kat umah. Bukan apa, geng2 dia yg suka mengata org dan mengumpat tu aku dgn kakak mmg tak berapa gemar.  Sambil memasak pot pet2 ..memacam hal org diperkata wat tambah dosa.  Padehal aku dgn kakak bole jer masak no hal at all.

Pjg pulak sms akak pagi ni. Meluah isi hati dia dgn sikap mak.  Mak mmg kadang over. Kadang2 berbicara tak fikir hati org lain.  Mcm aku salu kata dia salu lebihkan anak2 lelaki. Padahal dalam segala segi dorang mcm wat tatau jer.  Urusan antar mak ke klinik ulang alik setiap bulan pun akak yg uruskan.  Akak sanggup amik cuti atau masuk keje lambat semata2 utk mak. Tapi mak tu, mcm biasa lah tak nampak tu suma.

Yg paling aku tak gemar mak salu sgt merungut.  Bila dia nak makan apa, aku atau akak beli jer tanpa banyak soal. Tapi bila dah dibeli nanti byk pulak komplennya. Byk pulak sungutan. Mcm tak bersyukur jer kadang2 aku rasa. Tapi tu lah sikap dia.  Sikap dari dalam diri dia, apa daya kami nak mengubahnya kan?.

Jadik hari jumaat malam minggu ni, aku akan balik kampung. Sambil nak pujuk2 mak.  Maybe ikut jer kehendak dia buat kenduri kat rumah tapi tak perlu jemput ramai2 sgt org perempuan. Cukup sekadar 2-3 org terdekat sebelah menyebelah.  Selebihnya jemput jemaah masjid buat tahlil di rumah.

Aku pujuk akak, ikut jer lah kehendak mak buat kat rumah. Karang tak diikut panjang pulak rajuknya.  Karang abis dia mengadu satu kampung pulak kami tak mo ikut keinginan dia kan.  Biarlah, kalau itu yg dia kehendak ikut jer lah. Takut2 nanti jadik isu besar pulak kan.

Pagi2 lagi akak kata mak dah suh akak bgtau aku rancangan nak kenduri ahad ni.   Mmg dah ada plan pun masa aku balik ari tu nak buat ujung minggu ni cumanya rancangan asal nak buat sabtu malam ahad kat surau jer.  Tapi since dah jadik gini, kena re plan balik.

Aku baik akak tak ada hal pun nak memasak utk kenduri. Kami dah biasa pun. Menentukan apa nak masak, berapa jenis menu.  Cuma kadang2 mak tu jer yg over sgt.  Kelam kabut tak pasal2.  Kalau aku, akak, SP dan abang ipar bole jer settlekan. Dari urusan ke pasar, siang menyiang sampai ke masak memasak suma biasa kami uruskan sendiri takde masalah.

Karenah org tua ni kadang mmg menguji sgt kesabaran kita. Terutama kakak yg dok sekali dgn mak. Sedangkan aku balik sesekali ni pun salu jer tersentap dgn kata2 mak tu. Tapi sebagai anak aku telan jer lah. Aku sabar jer lah. Tak guna nak melawan. Klau menda tu tak mendatang mudarat ikut jer lah.  Cuma bila dah melibatkan hal2 mengata dan bercerita hal2 org laen yg tak baek mmg bab tu aku tak leh kompromi. Salu jer aku sound direct dan tepat kat mak, tok sah sbok2 hal org. Tok sah mengata org sedangkan kita sendiri pun x berapa sempurna.  Ikut kan hati yg marah mmg rasa jer nak boikot takmo balik kg pun. Tapi mana bole gitu. Seburuk mana pun dia tetap mak kami, tetap org yg mengandung sembilan bulan dan melahirkan kami. Mgkin ujian dari Allah pada kami dgn sikap dan feelnya kan. Sebagai anak kami kena terima dgn sabar dan redha.  Mmg tanggung jwb menjaga mak tu pada bahu anak2 lelaki. Tapi kami pun x serah bulat2 apatah lagi dorang anak2 lelaki ni susah nak ckp dek kekakangan bini masing2.  Kami sebagai anak perempuan ni sedaya mungkin menjaga mak selagi hayat dia ada.

Lagipun aku sendiri rasa segan pada SP. Sedangkan dia sendiri bole begitu sabar, tenang melayan karenah mak yg kadang2 kalau ikut hati memang tak le kata.   Sabar nak ikut jer mana mak nak pegi kalau kami bawak mak keluar tu.  Sabar nak dgr mak pot pet2 dalam keta sepanjang perjalanan.  Tak berkira pulak perihal wang ringgit nak belanja mak makan hatta nak bershopping barang2 dapur mak.  Atas sebab itu aku sendiri rasa aku harus 10x sabar dari SP menangani mak aku sendiri kan.  Sbb itu jugaklah aku tak kisah pun nak layan MIL sebaik mungkin sebagaimana SP melayan mak aku kan.  Itu jugaklah aku kata kat akak pagi tadi.  Kita kena banyak2 bersabar dgn karenah mak tu. Mmg mencabar sgt. Tapi Allah pasti tau apa tersirat dan tersurat kan. Allah nak menguji sejauh mana kita tabah, sabar dan tenang nak melayan segala kehendak, karenah, peel, perangai dan apa jua yg bersangkut paut dgn mak.  Selagi mak masih hidup ni kan. Agar esok2 bila dia dah takde kita rasa puas sbb dah berbakti pada dia.  Somehow each time akak mengadu dan meluah perasaan pasal mak kami sama2 sedih...sbb kami pasti akan teringat pada arwah Pak.  Betapa semasa hayat Pak, mak tak macam ni pun. Pak berjaya mendidik dan membimbing mak jadi isteri yg taat, tak banyak ckp, tak banyak komplen.. Cuma bila dah lama arwah pak takde, semakin begitulah keadaan mak..Mgkin sbb tak ada sapa lagi nak membimbing mak?...atau mungkin ini lah bahagian kami anak2 perempuan untuk bersabar dan bertawakal sepanjang menjga mak selagi hayat dia dikandung badan...everything happen for a reason!...Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah SWT..dan yg buruk tu datang dari kita sendiri kan..Wallahu A'alam..

June 17, 2011

Nora Elena..abis sudah

Semalam aku berjaya pujuk En SP balik awal semata2 Nora Elena hokey.  Salu kul 6 baru dia sampai amik aku kat off.  Ngam2 kul 7 akan sampai umah kalau takde halangan di jalan. Tapi semlm aku ajak dia balik kul 5.30pm. Aku kata kat dia Nora Elena last episod hari ni. Wah sukenya bila dia kata oraits. 5.30pm kita balik...sampai umah pun still awal. Pukul 6.30pm. Sempat buat nasik padprik sebelum dok depan tv concentrate kat Nora Elena..

Pagi ni aku rasa nak meluahkan puashati pada pengakhiran cerita tu semlm. So aku decide to say thank u kat tv3. Dgn harapan lenkali dorang tukar slot tu kat masa lain. Bukan pukul 7 cam selalu. Huru hara mak mengejar tau tiap hari.  Meh layan apa yg i email kat gua.com pagi tadi....enjoice ye...



Terima Kasih TV3 Kerana "Nora Elena"

0 Comments

by Gua.com.my
17 Jun 2011
in HIBURAN, BERITA HANGAT,



Rupanya belum reda lagi demam drama Nora Elena yang baru saja selesai ditayangkan di TV3 semalam. Hari ini GUA menerima email penonton yang cukup teruja dengan jalan cerita drama yang diangkat dari sebuah novel bertajuk Kasih Yang Suci itu.






Tahniah & Syabas team Nora Elena, Terima Kasih TV3


 
Saya pasti la ni satu Malaya sudah relieved, lega dan suka sebab sudah berakhirnya Nora Elena petang semalam. Lepas ni tiada lagi terkocoh-kocoh balik mengejar Nora Elena setiap pukul 7pm Isnin - Khamis macam saya. Takde lagi ibu2 yg memasak sambil berlari2 anak menonton Nora Elena. Tak de lagi yg tunggu iklan keluar untuk mandi. Takde juga yg menunggu iklan untuk menunaikan solat maghrib ya. Lega sudah. Lega juga sbb ia berakhir dgn happy ending. Bukan seperti dirumourskan kat internet smlm yg Nora Elena akan mati. Mujur lah, kalau tak harus ada yg mogok dan tunjuk perasaan meroyan sambil mengutuk2 sbb ia ended tak seperti yg terdapat di dalam novel adaptasi Kasih Yg suci.



 


Adaptasi Yang Memikat

Saya dah baca novel asal cerita ini. Mmg sangat panjang babnya dgn beratus2 muka surat. Risau juga kalau Nora Elena akan mencedok sepenuhnya novel tersebut. Mau makan 6-7 bulan terpaksa kami ni melara nak tunggu habis kan. Mujurlah ia cuma adaptasi longgar yg masih ada mengekalkan beberapa watak penting walaupun mungkin ada perubahan pada nama2 watak tersebut.

Terima kasih TV3, kerana telah menyiarkan drama yg telah mencetuskan fenomena baru selepas Nur Kasih. Kalau Nur Kasih hampir sempurna tanpa kecacatan yg ketara dan masih menjadi sebutan ramai. Malahan NKTV juga telah mencatat kutipan pecah panggung yg amat dibanggakan. Percayalah penonton2 Nur Kasih ratanya adalah peminat tegar drama tersebut.



Fenomena Di Laman Sosial

Begitu juga pada drama Nora Elena yg telah mencetus kegilaan baru selepas Nur Kasih. Lihat saja di tweet, di fb dan mana2 blog rata2 suma bercerita perihal Nora Elena. Jujur saya katakan, disegi promosi dan provokasi penonton ia telah mencetus rasa peminat nak tau dan melihat apakah sambungan seterusnya. Lantas, ramai yg tak sabar menanti Nora Elena muncul setiap hari. Rawan hati rasanya kalau setiap hari khamis. Kerana terpaksa menunggu hari Isnin untuk tahu cerita seterusnya. Rating Tv3 juga mencanak naik kerana promosi dan provokasi penonton2 di luar sana.

Ketika Nora Elena mula ditayangkan, saya sendiri kurang memberi perhatian. Antara tgk dan tidak. Tetapi selepas episod ke enam ditambah pulak provokasi rakan2 di fb. Ttba saya sendiri menjadi peminat tegar dan sanggup mengulang episod 1-10 semula untuk melihat semula dgn penuh perhatian satu persatu. Terima kasih tv3, kerana tonton.com.my, kami peminat yg tertinggal episod bole mengulang lihat semula. Bahkan dari situ jugalah penonton bole dapat mengesan kesilapan didalam drama tersebut. Contoh paling ketara ialah ketika kad jemputan kawin Nora Elena dgn Seth. Jika menonton secara live nescaya penonton tak perasan kan?.

 
Begitu juga saya. Tapi apabila dihebohkan di blog dan dapat pulak melihatnya ditonton, ianya nampak ketara sgt. Syabas TV3 kerana mensajikan drama yg menarik. Lebih menarik dari segala cerita karut marut dan tahyul tak kira samada terbitan negara jiran maupun dari negara kita sendiri. Ini adalah bukti bahawa tv3 sgt prihatin kehendak penonton yg mmg sukakan drama2 sebegini yg meruntun perasaan dan jiwa.


 

Syabas Pasukan Nora Elena


Untuk team Nora Elena pulak, korang mmg best. Pengarah, penulis skrip dan pelakon2 khasnya telah membawa watak dgn begitu berkesan sekali. Sebgaimana berjuta wanita terkesima dgn kehebatan Aaron membawa watak Seth. Kelembutan Siti Saleha yg secara bersahaja membawa watak Nora dgn sebegitu superb harus di berikan markah penuh. Ditambah lagi dgn pelakon pembantu spt Wan Norsyarmila yg berjaya membawa watak Yvonne dgn begitu hebat dan gedik sampai semua org merasa sgt menyampah dan benci dgn Yvonne. Pendek kata rasa jer nak tarik2 rambut si Yvonne tu kan. Begitu juga watak Insp. Amir yg dibawa oleh Erry Putra menyokong jalan cerita Nora Elena dgn begitu menarik sekali. Tahniah jugak untuk Maizura Ideris, penulis skrip cerita ini yg dapat mengolah novel Kasih yg suci untuk digarapa sebgitu ringkas dan padat untuk menghasilkan Nora Elena yg menjadi kegilaan peminat2 yg menonton.

 
Novel Nora Elena Laris Bak Goreng Pisang Panas
 
Impak cerita ini juga menyebabkan Novel Kasih yg Suci karya Meen Zulaikha laku bagai goreng pisang panas. Ramai kawan2 saya yg beria2 dan bersungguh mendapatkan novel ini. Mereka rata2 tak sabar nak mengetahui ending Nora Elena . Saya membaca novel ini pun beberapa tahun yg lalu dan hampir lupa jalan cerita nya. Percubaan untuk mendapatkan novel ini di kedai buku di kawasan tmpat tinggal saya juga gagal kerana semuanya habis di pasaran!. Lihat betapa hebatnya penangan Nora Elena bukan. Ia merupakan rezeki kepada penulisnya kerana ia telah diulang cetak semata2 kerana NORA Elena muncul di TV3.


Kredibiliti Pelakon

Tidak dapat dinafikan, kelebihan pelakon2 nya menjadi tarikan paling kuat. Pelakon baru, yg org suka seperti Aaron Aziz dan Siti Saleha juga merupakan penyumbang utama. Jujur saya katakan, sekiranya pelakon itu saya kurang minat dan gemar penuh pulak dgn kontraversi saya sendiri tak tertarik nak mengetahui apatah lagi mengikuti cerita tersebut. Selepas berakhirnya drama begitukah cinta, diganti pula dgn Cinta antara kita yg punya jalan cerita yg bagus pada saya.

Cumanya pelakon2nya adakalanya menyebabkan saya kurang minat untk menarik mata dari menonton. Kalau begitukah cinta saya mgkin beri 75% komitment menjadik pengikut manakala untuk cinta antara kita dek kerana pelakonnya yg saya kurang gemar komitmen saya tak sampai pun 30%. Justeru, saya kira pelakon2 yg melakonkan watak dalam setiap drama juga harus diambil kira oleh pengarah.

Promo dan provokasi juga perlu. Promosi untuk cerita baru mengganti Nora Elena di slot Akasia sudahpun keluar, tapi saya masih kurang terpengaruh lagi untuk menonton dek kerana kontroversi pelakon utamanya. Setelah menonton drama2 terdahulu pelakon tersebut memang berjaya membawa watak dgn baik cumanya cerita peribadi pelakon sedikit sebanyak menyumbang kepada keinginan penonton sama ada ingin melihatnya atau tidak. Percayalah, bukan sahaja golongan hawa terpempan dgn drama Nora Elena, golongan lelaki juga tak terkecuali. Bukan bangsa melayu sahaja menjadi pengikut, bahkan rakan2 berbangsa cina dan lain2 juga menjadi penonton setia. Itu lah bukti keberkesanan promosi dan provokasi dari mulut ke mulut dari cyber ke cyber.

Perlu Tukar Slot Akasia

CUMA, menjadi harapan saya yg tv3 dapat mempertimbangkan waktu slot AKASIA untuk ditukar siaran ke waktu yg lain. Waktu jam 7 ptg itu agak kurang sesuai dan kritikal pada saya. Masakan tidak, berkejar2 dari pejabat nak sampai ke rumah.

Ramai juga kawan2 yg ketinggalan terpaksa menonton siaran tertunda di tonton. Masakan sama menonton live dan siaran tertunda kan?. Waktu puncak selepas Buletin utama saya fikir lebih sesuai dan santai. Jam 9-10pm adalah waktu bagi ibu2 dan isteri2 macam saya untuk berehat sambil menonton tv selepas bertungkus lumus menyediakan makan malam. Ada masa juga membantu anak2 menyiapkan kerja sekolah mereka kan. Waktu jam 7 tu lah kami ibu2 dan isteri2 ni akan bersilat menyungsing lengan didapur menyiapkan hidangan malam (walaupun ada kala ibu2 spt saya mengelat dgn bersiap sedia menapau makanan di pasar malam :) Hebat nya penangan Nora dan Seth Tan. DAN juga perkara paling penting ialah waktu solat maghrib untuk yg beragama Islam. Masa tu jugaklah nak mandi selepas pulang dari bekerja. Justeru, saya amat mengharapkan agar Tv3 dapat mempertimbangkan waktu siaran Akasia untuk ditukar ke waktu lain yg lebih sesuai dan santai.


Lega Nora Elena Sudah Berakhir

Akhirnya, saya berasa sangat lega kerana berakhir sudah seksa Nora Elena pada saya, kawan2 dan penonton2 setianya. Termasuk jugak kepada semua ahli keluarga saya. Masakan tidak, setiap hari kami lima beranak termasuk suami akan setia menunggu dihadapan TV untuk mengetahui apakah kisah selanjutnya dalam Nora Elena.

Syabas untuk semua . Ini pasti memberi semangat kepada semua pengarah dan produser di Malaysia untuk menerbitkan drama2 melayu yg berkualiti. Juga menjadi pendorong untuk stesen lain untuk menyiarkan cerita2 berkualiti seterusnya menaikkan rating penonton di stesen masing2. Syabas juga untuk pelakon2 drama Nora Elena. Anda semua mmg hebat. Percayalah, selepas ini drama2 lain yg anda lakonkan pasti akan menarik penonton terkesima untuk melihat lakonan anda. Majulah drama melayu untuk negara...Dari melayu untuk semua...
 

Seperti drama Asmara contohnya menjadikan ia sgt menarik untuk ditonton lantas disambung pula dgn Asmara 2. Cuma bila endingnya tidak seperti yg diharapkan oleh penonton iaitu happy ending, saya sgt kecewa. Saya ingin sangat lihat Asmara dan Zalia bersatu semula namun dalam Asmara ia tidak berlaku. Drama is a drama. Meluahkan rasa tak puas hati cuma tak perlu la rasa meroyan gila gila.

 
 
Life is a drama..Drama is a life org kata. Sebagai penonton yg matang, pasti kita bole terima apa saja. Tak perlu nak mengamuk atau tak puashati.







Bagi peminat Nora Elena, anda masih boleh menyaksikan drama tersebut di www.tonton.com.my.

Astro ooh Astro

Mase mula2 kami pindah kat umah sendiri yg dibeli kat Rawang tahun 1999 dulu, siaran TV mmg terok sgt. Terok giler2 lah pendek kata.  Kalau dapat pun TV3 jer. Masa tu citer best2 kat TV8 tapi haram nak dapat tgk.  Tv1 or 2 apatah lagi. Masa tu Tv kecik ala2 21inchi yg bulky tu lah kan. So tak heran sgt lah pun.

Bila dah lelama, TV yg ada tu 2 kali kena panahan petir hati jadi sakit asik dok repair . Elok kejap seminggu pastu mati lagi. Masa tu TV kami jenama samsung.  Dah kali kedua terbakar lagi dan terus x leh repair jadi semakin bengang. Kami pun beli la tv baru. Jenama Toshiba BOMBA bersaiz 29 inchi.

Masa ni dah ok sikit. TV3, TV7 dan TV 8 dah dapat dgn jelas. Tapi TV1 dan 2 tetap macam tu gak.  Ada masa dapat ada masa langsung tak dapat.  Dek kerana bdak2 suka tgk gerak khas kan, beli juga antenna luar. Dapatlah tgk skit. Tapi TV1 hareeem tak pernah tgk langsung.

Masa AF 1 dan 2 muncul aku tak heran dan tak amik port pun. Tapi bila AF3 bermula, wah ditambah pulak provokasi akan demam TSUMAWI, aku pun takmo la ketinggalan. Abis kat off org dok citer pasal mawi jer mana bole tahan.  Aku rasa lepas konsert ke 3 AF3 kot baru aku masukkan astro.  Pun masih lagi guna TV toshiba tu lah. Masa tu tv tu punya on button dah loose dikerjaain bdak kecik dua org tu. Sampai SP terpaksa sendal dgn lidi kat tmpat on and off dia tu.  Kalau nak bukak or tutup harus kena tutup kat switch gitu.  Teruk betul.  Masa tu aku amik package astro basic jer.  Aku bayar dalam RM59.90 kot ada addtional dgn Movie dan discovery ke.

Lama gak kami guna TV tu. Sampai satu masa SP dapat cabutan bertuah masa annual dinner company dia. TV aiwa 14inch yg siap dgn Briteks lagi. Tp since TV dah ada kat luar aku letak jer tv tu dlam bilik. Time2 nak tido tu ada gak tgk2 tv kecik tu.  Bila ada duit sikit, belagak lah kan.  Ditambah pulak kat kg akak dah beli LCD 32 inch gitu.  Gambar cantik dan jelas. Aku pun nak beli gak.  Sudahnya kami beli LCD sze besar lagi kat kg. Sama kat kedai akak beli tv dia dgn good bargain dan price gitu.

Bila dah ada LCD tv wah..tak rock la kan tak tgk in High Defination pnye kuasa.  Mula la setan2 menghasut suh tukar astro beyond pulak. Nak nak lagi bila pi umah anak buah SP tgk astro beyond pnye gambar..kelassssssss gitu.  Oh, masa ada astro biasa tu, kerap kali kalau balik kg mak or pi jenjalan tido kat hotel mana, bole jer plug kad tu kat mana2 dekoder.  Kat umah mak tu ada dekoder gak tapi kadnya adik dah terminate. SO bila balik kg kami msukkan kad kami dalam tu bole je layan astro kan.  First time lepas menukar ke Beyond, bawak kad balik kg. Langsung tak leh guna. Ingatkan dekoder tu rosak ke hapa.  Bila dah jadik cam tu rasa tak puas hati aku kol customer service dorang...Guess What?? kalau korang dah tukar ke beyond, kad tu tak bole diguna di dekoder lain kecuali dekoder dirumah anda sahaja!!.  Mau aku tak angin.   Ada ka patut  cam tu?. Napa tak cakap siang2 dan terang masa promo org suh tukar dari astro biasa ke  beyond kan?.  Kalaulah aku tau hareem aku nk tukar. Dah lek kena add lagi dua puluh hengget for the service tu. 

Bila hujan rintik2 pun siaran tak de. So kembali jer kat Tv lama. Pe guna bayar servis mahal2 gitu kan?. Sakit ati tak.  So bila ada ura2 nak naek harga lagi mau org tak melenting?.  Dah la 6% tax dah sedia charge kat kita ni nak revise harga lagi.  Khabrnya astro dah untung berjuta2 tahun lepas. Mana tak untung??? citer itu2 gak...servis hampeh gak tapi feesnya mengalahkan kabel tv kat US.

Ribut di parlimen pasal astro ni. Bantahan demi bantahan org suarakan kat Tv3, kat paper dan alam cyber. Maksudnya ramai yg tak bersetuju dgn harga yg nak dinaikkan kalau servis masih di takuk lama.

Semlm kat buletin Utama ada seorang pengirim email juga menyatakan rasa tak puas hati terhdap charges astro sedangkan servis nya masih begitu juga. Cadangan beliau supaya astro mengambil pendekatan berbeza untuk mengenakan bayaran sgt aku setuju. Beliau mencadangkan supaya Astro mengenakan bayaran untuk siaran2 yg ingin ditonton sahaja. Ala2 astro first. Ala2 bil telefon gitu.. Byk mana kita guna, itu lah yg kita bayar. Fleksibel kan gitu.

Kalau lah charge tu mahal tapi citer bagus2. Siaran pun bagus aku pasti takkan ada org komplen termasuklah aku ni kan.  Skg ni pun kami bayar hampir seratus lebih sebulan, kalau dinaikkan lagi mau meningkat lagi kan.  Aku cuma ada dua option jer kalau dorang naikkan charge lagi. Pertama terminate jer + 3 package yg sedia ada ni (walaupun dgn berat hati to let go, HBO, discovery dan ESPN kan) dan kembali pada package asal RM37.90.  Ataupun terminate jer astro terus dan install UnIFI kat umah. Aku rasa lagi puashati kan.

Harapnya SKMM tak meluluskan permohonan dorang nak menaikkan harga yg sedia ada tu. Bahkan dorang patut turunkan harga ataupun pertingkatkan servis lagi. Cerita2 Movie yg baru2.  Bukan cerita zaman tok kaduk sebelum perang maupun citer yg dah 119 kali diulang tayang.

June 16, 2011

Sendal di pagi hari

Pagi tadi aku ok jer. Emosi pun ok. Walaupun semedang jer angin amarah terkuar.  Time2 tunggu bulan turun ke riba ni camtulah. Nak nak lagi dah ala2 nak masuk kategori empat series ni time2 gini mmg tertekan jer emosi.  Dah 2 hari berturut time2 maghrib jer setan masuk dalam pala.  Mana tak bdak2 dua tu manjang nak bergaduh dan memekak kat meja makan.  Dah ler taim2 tu dok sebok nak konsentrasi kat Nora Elena n Seth, kadang sambil lari2 masak lagi.

So pabila dua org bergaduh kat dpan meja makan walaupun dah siap2 tapaukan meka roti or laksa, hati jadi panas. Kepala jadi besar. Mula la nak mengamuk lantas melontarkan suara yg pnye pitching tahap tertinggi gitu.  Bberapa hari dah aku nak say sorry kat SP sbb termengamuk tatkala senja menjelma, tapi dak berkesempatan.  Sebok nak tolong si Amal settle homework lah, nak sidai kain lah. SP masih lagi sebok buat pintu kabinet tok dapur tu. So by time dia siap buat keje tu aku dah siap2 nak tido.  Lately pun aku noticed bila tido tak cukup kepala aku mula sakit dan tingtong. Mula aser nak menyembor orang jer kan.  Mujurlah aku dgn SP takde masalah.  Kami ok2 jer.  Mesra cam biasa. Lau tak mau perang dunia ke sebelas melanda.  Alhamdulillah tak.

Pagi ni aku cam biasa lah masuk awal seblum 8.30am.  Pagi2 aku base nak sort2 or baca email dulu mana yg patut. Mana yg nak kena amik tindakan gitu kan.  Lepas kul 8.30am aku dgr kecoh2 kat depan tu tapi cam biase malas nak amik port. Maklum mood swing tgh mendatang kan.

Tak lama tu aku dapat internal messenger dari Ck Tam..pjg dia tulis. Aku benarnya baca tapi malas nak layan. Lebih kurang dia bgtau smlm dia spray phone dia, pastu pagi ni berduyun2 anak lipas datang kat meja reception dia. So dia konon nak tukar phone dia dgn phone lain. Phone lain tu pulak kotor, dia nak lap ke hape kedulu. Suh aku angkat tolong angkat talipun lah hape..pjg berjela dia tulis. Aku mula nak naek angin. Dahla ko masuk lambat ada hati nak bagi aku msg sedemikian rupa kan??.. pala aku tgh panas...dalaman pun tgh panas. Aku buat tatau jer msg dia tu. Ek idak Onk pun idak.  Hati dah membara2 ni.  So aku tukar status BUSY aku kepada status AWAY dan cepat2 aku pi kat meja binding.  Benarnya ada copy tender aku nak kena bind dari smlm tapi malas nak buat.  Sajer la aku pi situ buat. Sbbnya ? malas nak layan msj ck tam, malas jugak nak angkat tepon. Amik kau..

Dah tu, bila beremosi buat keje tak concentrate. Dah ler beratus2 muka surat tender copy tu. Dah buat lubang nak buat comb binding bole pulak tersilap u ools. Terbalik lah pulak. Comb ring tu terkecik so tak muat lah pulak...Haiisssh bertambah2 amarah la pulak. Sudahnya, aku tak jadi buat binding tu. Aku bukak balik. Aku balik kat meja aku, tarik napas dan bertenang.. Aku cek balik email tender tu nak menentukan dan betulkan pages dia.  Buat pelan2. Tapi kepala masih sakit nyut2 lagi.

Betul la tak paham  bahse Cik tam ni..dah org x jwp msj dia kan. Agak2lah org busy ke, takde mood ke. Takkan tak reti baca body language?..menyebok gak datang kat meja nak ajak bergossip mengumpat bagai. Aduhai...sakit jiwa betul lah.  Langsung mood aku nak buat kje langsung hilang dibawa angin.

Sib baik kat fesbuk ada huru hara sikit pasal surat terbuka cik geli kat GUA tu. Mengobat gak hati yg maha panas ni kan. Rasa lega. Rasa relieved gak sikit walaupun x sepenuhnya...Aku pi cek email yahoo aku.  Ada pulak notification pasal keje kosong yg sungguh menarik hati dan meruntun jiwa utk aku apply.  Apatah lagi 2 hari lepas ada meeting tergempar  citer pasal betapa tightnya bisness company skg ni. Bos siap kata we are 300k behind the target. Push bdak2 sales tu jual byk2 lagi. Katanya kalau berterusan begini kemungkinan cost cutting akan dijalankan. Cost cutting mean lay off la tu. Khabarnya plant kat US and Spore sana pun dah stat laying off ppl.

Benarnya aku tak de ler ase tergugat sangat coz aku percaya pada rezeki. Kalau ada rezekia adalah kan. Kalau takde nak wat cam ne?. Cumanya aku tak paham nape bos x leh pikir. Dok push org jual2..buat keje, tapi hapak in return ko tak mau buat apa2 pada kami yg dah masuk tahun ke 4 takde increment langsung nih?.  Aku dapat rasa sedemotivated aku nak keje walaupun nak tak nak buat jugak tapi aku pun bdk2 lain pun rasa cenggitu.

Dahla dengan tekanan2 gini, ko langsung takmo amik inisiatif nak encourage anak2 buah ni supaya bergigih lagi.  Senang jer nak kasi motivatisi. Bg la increment 5-10% aku bet suma org bersemangat waja nak buat keje betul tak?.  Jadik pagi tadi aku ternampak satu jawatan yg menarik perhatian aku. Cumanya company pesaing lah kan. Off dorang pulak kat bawah satu floor jer dari off aku. Mula2 aku cuak gak nak apply. Buatnya dorang ckp kat bos aku mati la mak.  Tapi aku fikir on positif side lah kan. Aku bukan desperate sgt nak carik keje lain. Hakikatnya aku suka sgt keje aku kat sini nih..tapi kalau company laen wiling to offer gaji 40-50% more dari aku dapat kat sini, job scope lebih kurang sama..or less dari apa aku buat kat sini (menurut kata iklan tu lah kan) walhal aku kat sini buat keje 3x ganda dari apa dorang nyatakan kat iklan tu. Jadi pada aku NO HARM for trying. Mana tau dapat plak nanti. Wah leh mak raya hindu gitooooo.  Dgn harga barang2 naek mencanak suma, bagus jugak kalau dapat lebihan 2-3ribu hengget sebulan ye dop?.

Kok nya dorang pecah rashia ke boss aku (maklum mat salleh ni baser ler bukan leh dendiam..kat sana pun mat salleh byk baek2 pulak dgn mat salleh2 kat sini) aku dah reka citer baaaaik pnye. Bukan nya aku yg carik ..JOB HUNTER yg offer katanya...Ok dok idea tu?.  Arrgh, tok sah fikir byk2 tu sekali. Yg penting aku dah antar resume aku tu pagi tadi. Dapat ke tak belakang kira ok. Yg penting, aku mencuba nasib. Mana tau ada rezeki keje kat sana..Dapat pulak keje dgn Xboss aku yg baek hati tu...(Ya, x boss aku si Umar janggut ada kat sana...Umar janggut tu dulu bos aku kat sini seblum Org tua KFC ni take over...) till then doa2kan ler murah rejeki ye...


Masak betul org pempuan ni kan.  Mmg mood swing dan emosi sungguh tiap bulan. Nak nak lagi ditengah2 bulan rembang, gerhana pulak tu.  Org laki mana paham hal2 gini kan..Hanya org pmpuan jer yg memahami situasi gini..dak gitu??

June 15, 2011

Dugaan nak menunaikan Solat

Di satu hari sabtu, kami anak beranak pi kenduri kat Jalan Semarak.  Masa pegi tu pun dah kul 12 lebih. Di tambah dgn jammed kat Rawang tu nak kuar kan, by time kami sampai kat kenduri tu dah kul sat lebih gitu.  Usai makan dan menjamu selera dgn hidangan yg disediakan tuan rumah yg kebetulan salah sorang kawan rapat kami pun beredar nak pulang.  Masa tu jam dah dkat kul 2 lebih gitu. 

Aku cadangkan kat SP tuk singgah kat memana masjid nak solat Zuhur.  Memula SP nak singgah kat masjid di tepi jalan area2 Jalan Kuching tu. Tapi aku ckp kat SP aku kurang gemar solat di masjid tu. Selain tempat solat perempuan yg tersorok kat belakang keadaan tempat amik air semayang pun agak kureng bersih di situ. Ada 2 kali kot aku solat kat situ masa on the way balik keje satu masa dulu.  So, aku ckp kat SP to carik tmpat lain jer.  Otherwise pi jer kat Petronas station yg mmg salu ada menyediakan surau.

Sbb pernah bersolat kat Caltex Selayang dulu, walaupun tmpatnya agak sempit aku masih selesa ke situ. Sbb bersih dan tempat amik air sembahyang yg sememangnya ada kat dalam bilik solat tu amat memudahkan.  SP mmg singgah kat Caltex tu tapi ntah camne dia ubah fikiran dan memandu keluar.  Katanya nak solat kat Masjid area selayang indah. Tempat kami mengantar anak sedara SP nikah dulu tu.

Kami masuk ikut simpang pertama lepas caltex tu. Mmg nampak dah masjid kaler biru yg besar tu. Ntah camne bila dah masuk dalam kawasan taman tu kami totally lost.  Dah tak nampak langsung mana masjid tu.  Finally ada jumpa macam madrasah cam tu, tapi berkonci plak.  2 madrasah kami jumpe tapi keduanya berkunci pulak.  SP terus drive lagi sampai lah kami masuk kat dalam kawasan taman yg aku percaya area kepong dah tu.  Dah area cina konfem lah takde masjid ke apa kan.  So dia drive balik keluar dari situ masuk pulak ke dalam simpang hutan FRIM tu.  Mmg ada nampak besar sgt sign MASJID Frim lebih kurang 500m tapi tak jumpa pulak masjid tu. Yg kami jumpa ialah pintu  masuk or gate entrance kat FRIM tu..so SP pusing balik teruskan perjalanan sampai lah ke flat PPR kat area2 dalam tu.  Thank God ada madrasah yg aku percaya untuk penduduk2 kat PPR tu lah. Dengan konfiden SP turunkan kami kat sana. Sbb takde parking konon dia nak biar aku dan kakak solat dulu manakala dia tunggu lam keta.  Mana tau u olls, dah masuk kat dalam madrasah tu, pintunya suma berkunci jugak.

Hati aku dah panas. Dgn cuaca tghari yg membahang, aku cuba pujuk hati utk bersabar.  Ini betul2 dugaan ni.  Samada kami give up utk bersolat zuhur ataupun kami meneruskan pencarian nak bersolat kat mana2 masjid.  SP pun drive keluar balik dari kawasan tu drive menyusur Hspital Selayang dan terus masuk kat area IPD Gombak tu.  Nekad kami nak pergi ke Masjid yg terletak kat Bandar Baru Selayang tu.

Alhamdulillah, menjelang kul 3 setengah barulah kami akhirnya sampai kat masjid yg sememangnya tersedia dan terbuka utnk sapa2 jer umat nya untuk menunaikan solat.  Syukurlah, dapat jugak kami semua menunaikan Solat Zuhur biarpun waktu dah hampir menunjukkan pukul 3.40ptg.

Ironiknya, aku tak salahkan AJK surau or masjid yg mengunci pintu. Sbb mungkin ramai sangat pencuri gaknya kan. Cuma aku tak bole paham kenapa dalam taman2 perumahan pun signboard pun tak berapa jelas.  Ini di bandar besar Kuala Lumpur bukan di kampung.   Bahkan aku dah berjalan kemerata tempat di kg2 lebih mudah nak menunaikan solat kerana disepanjang perjalanan bersepah masjid di kiri dan kanan.

Kalau korang ada baca blog sedara Mazidul Akmal mesti tau perihal surau di bawah tangga tu.  pi jenguk kat sini http://www.mazidulakmal.com/2011/06/di-bawah-tangga.html .  Sama jer keadaan surau kat bangunan tempat aku bekerja ni pun.  Since tuan punya kafir surau pun buat asal melepas batuk kat tangga. Dah la kedudukan dia basement tmpat parking, suasana yg gelap menyukarkan kaum wanita utk berjalan berseorangan kalau nak bersolat di sana.  Padehal, ada 4 blok bangunan di sini. Tak bole ke siapkan surau yg lebih selesa dan sesuai di salah satu tingkat tu?.  Tu pasal byk sgt kes2 hantu yg org nampak kat bangunan ni.  Sedangkan ada satu block tu dari level 13-17 kosong belaka. Apasalah sacrifice salah satu floor tu utk buat surau yg proper kan?. Maklum owner nya bukan Islam kan.  Kalau nak tau tokong mereka sembahyang pulak dia buat setingkat tinggi dari Surau di basement tu!.  Dulu2 mula2 keje kat sini mmg aku terpaksa pegi ke surau tu wlaupun aku tak suka. Lelama, aku solat jer mana ada tempat kat dlam pejabat ni. Dulu ada bilik kosong, tapi bila bilik suma dah penuh aku guna bilik kecik 4mx4m jer luasnya utk aku solat. Mak cik cleaner tolong aku bersihkan tempat tu, mop dan cuci lantainya.  Org laen pun x gunakan bilik tu.  Part time cleaner yg bukan islam buat kat off aku ni pun tak guna basin kat dlam tu sbb dia tau aku solat di situ.

Kalau kat office SP, sungguh selesa sekali suraunya.  Setengah floor di tgkat dua ditukar menjadi surau.  Ramai kakitangan Islam kat sana tu sbb komunitinya kuat dan aktif.  Ramai jemaahnya. Mereka gak salu menganjurkan aktiviti usrah, kuliah agama time2 lunch tu.  Selesa dgn aircond, tmpat amik air semayang yg bersih.  Aku suka kalau dapat solat di situ. Walaupun tak selalu pegi ke sana, aku masih tinggalkan sepasang telekung kat surau tu incase kalau aku terkesana dan nak bersolat kan.

Asalkan tempat tu bersih dan suci dari segala najis, kita masih bole bersolat bukan. Yg penting niat nak bersolat tuh.  Dalam pejabat aku ni ada bberapa kerat melayu dan berugama Islam jugak tapi aku taktau samada dorang solat di tmpat lain atau pun tak solat langsung.  Masing2 dah besar, dah jadik bapak org pun kan. Bab Solat ni sendiri mau ingat. Salah sekor mamat kat dept aku ni pun mengaku sendiri dia jarang mengerjakan solat.   Salu merasa gundah jer katanya hati dia.  Aku dah beritahu bnyak kali..kalau ada masalah, hati tak tenang dan tenteram amik air semayang dan tunaikan solat..namun nampaknya setakat ni tak pernah lagi...biarlah kan. Solat itu tiang agama..so sendiri mau ingat.

Aktibiti kureng sehat #1 Menebeng sesama jiran tetangga sambil Gossip

Masa aku jaman kecik2 dulu, mak salu jer menebeng dgn jejiran seblah menyeblah umah. Maklum umah kat kawasan kg. Kawasan bendang, ptang2 dek angin sepoi2 tu sambil2 bakar sampah sempat ler gospen gospan sedas dua.  Kerap kali gak aku dgn adik akan maen2 dekat sekitar2 makcik2 tu menebeng sambil cerita2.  Well, jaman dulu tak macam sekarang ok. Tak byk benda nak digossip pendekkan maupun digossipanjangkan. Ada takde citer pasal bendang, pasal umah sapa kenduri2..jarang aku dgr dorang mengompats ke hape. Sungguh ilmiah dorang dulu tau.

But, as time passby. Aku pun masa tu dah rumaja.  Salu pulak menyelinap kuar main atau panjat pokok pelam depan umah. Tak pun berkubang kat parit sambil berenang dgn adik dan geng2nya.  Pasai tu la aku pandai berenang sampai sekarang ni ye..sbb akitibiti berkubang tu ler.  Mmg aku dulu ala2 tomboy jer. Ikut jer adik laki aku mana dorang main. Maen layang2 menggagau ikan, mancing. Dulu pegang cacing wat umpan steady jer. Skg??ish geli mak taw. Apa lagi yg aku tak buat. Suma aku dah rasa.  Masa tu aku pun dah tak suka menebeng kalau mak dan jejiran ada kat halaman.  Sbb cerita dah mula menyimpang. Dah mula mengata org tu. Mengata org ni.  Selalu gak Arwah pak sound mak directly. Direct to the ampang point org skg ni kata..Udah2 lah mengumpat2 org tu. Tak baek. Wat tambah dosa jer arwah pak kata.  Dah hari2 bertahun2 aku dgr arwah pak dok asik ulang2 jer sure mak pun bosan dan mak pun mengurangkan akitbiti tak sehat dia tu lah sampai beberapa lama. Ada gak puluhan tahun kot. Bila nak sembang dgn kawan2 ke mak salu tgk kiri kanan. Takut2 arwah pak dgr harus kena sound direct kan.

I guess, pasal itulah aku tak suka bergebang dgn jenjiran. Tak suka dok lepak2 kat depan pagar umah dan tembok sambil gossip org tu gossip org ni.  Masa tinggal kat umah setinggan dulu I tell u salu jer aku tgk surirumah tangga ni akan ada satu port tuk dorang lepaks2 petang2. Kerap kali aku balik keje pot pet2 dorang mengumpat org kat tmbok tu.  Aku mmg tak suka. Menyampah sgt tgk species menembok ni tau.

Bila dah kwin pulak, aku pernah dok umah flat. Pernah dok umah lot, pernah gak dok umah setinggan so called umah kg style kat area2 Gombak tuh.  Kat situ lagi la dasat u ools.  Pagi dan petang, manjang jer akan ada kumpulan longgokkan makcik2 nih bergosip bagai. Sebok citer pasal org tu pasal org nih.  Naek bosan dgrnya tau.  Sbb aku ni berkerja, masa yg ada mmg penuh dgn mana nak kemas umah, nak masak bagai mana nak layan anak lagi so aku mmg tak pernah masuk campur dan malas nak masuk campur. Kalau ada aktibiti pun sala En SP yg  pgi. Aku malas.  Biarlah org nak label aku kera sumbang ke..kera sombong ke, yg pasti baek aku tido layan tibi dari nak buat aktibiti tak berpaedah gitu kan?.

Sampailah satu ketika, bila kami pindah kat umah sendiri. Area umah taman.  Masa mula2 pindah tu mmg tak kenal sesapa pun. Gelabah gak nak carik babysitter jaga kakak yg masa tu baru umur 3-4 tahun gitu.  Until aku 'terbekenalan' dgn jiran selang 3 pintu dari umah kami.  Seorang suriumah tangga anak sorang. Dari hai2 tegur2 gitu, ntah camne setuju pulak nak jaga kakak sementara kami pi keje.  Mula2 aku ingat ok lah kan.  Mana tau hari pertama antar kat umah dia, Masya Allah...masa aku balik amik kakak dgn kotor dan comot. Pastu dgn tak mandinya...punya lah aku bengang, sampai the 2nd day aku kata kat dia aku dapat bby sitter kat area off. Padehal kami terpaksa antar kakak kat umah biras aku kat selayang.  Serik aku tgk rupa anak aku cam anak indon tepi jalan jer. Baru sehari tu. Kalau sebulan setahun?? mampus..

Since aku ada sejarah antar anak tuk dia jaga sehari lah kan, minah tu ingat kami dah mesra2 alam gitu.  Tiap petang lepas aku sampai umah dari tmpat keje, dia dah standby tunggu depan tembok kat pagar umah aku.  Adusss!!.  Dia pulak jenis tak paham body language. Ye lah org balik keje kan. Sebok nak masak ke apa, dia dok sbok nak ajak aku bersembang hape..Hampeh betul.

Salu jer aku ngelak. Balik keje cepat2 aku masuk umah.  Bila dia datang kat pagar tnya SP mana aku, SP salu bohong kata aku sbok mandikan anak, solat bagai. Padahal kadang2 aku nyorok belakang pintu.  Sabtu Ahad paling kritikal taw.  Siap tunggu dpan pagar gitu.  Sabtu Ahad aku tak berani keluar memunculkan diri. Hatta nak sidai kain. Salu aku sidai kain malam2 jer. So siang2 aku tutup pagar, grill pintu dan langsir rapat2..ala2 takde org. Masa tu pulak Sabtu SP keje..mmg aku suh dia mangga jer terus pagar depan.

Dalam pada tu sempat gak sekali tu pinjam keta u olls. Baru sehari jaga anak aku dah memcam. Nak pinjam duit bagai..Pelissssss!.  Lelama dia gaknya dah penat. Yg aku tau, tak lama lepas tu dia pindah dari situ pun.  Lega gile u Ools..  Sejak daripada tu aku mmg sentiasa pastikan aku x berbaik2 sgt dgn jiran2 lebih2. Kalau ada pun takat borak2 time datang umah raya or time dorang datang umah aku jer.  Lelain takde. Kalau ada kegiatan taman pun mmg aku x mo pi dan malas nak campur. Sbbnya malas nak cmpur.  Serik aku dgn suma2 tu..

Skg ni bila balik keje je mesti aku kena lalu satu taman seblum taman aku tuh..Wah meriah kat taman tu dgn surirumah2 tangga melepak dan bergebang hehari w/o fail.  Padahal masa aku lalu tu dkat2 kul 7 dah. Tak reti2 nak balik umah??. Nak mandi ke siap for maghrib ke. Masih lagi gebang2 dgn gumbira kat jalan.  Tak malu ke dgn org yg lalu lalang.  Sori to say ya...mentaliti umah flat jer aku rasa.  Sbbnya salu masalah camni kat umah flat jer.  Ada kwan kau dok flat PPR smpai terpksa antar anak dara dia dok kat umah kakak dia kat kg. Sbb apa?? sbb tu lah. Dgn remaja yg bercampur tanpa ada mak pak peduli..mana tak mak2 pun sama bergebang mengata org itu ini. Sebok hal org sampai hal anak2 sendiri hal kain sendiri terabai kan?.

Bukan nak pandang rendah pada surirumah tangga begini, tapi cubalah fikir dan jadi proaktif sikit buat benda2 berfaedah.  Masak ke, baca buku ke...fesbuk pun ok dari bergebang ngata org itu ini kan. Tak pun layan jer sineteron Indon tu..Sure dorang tak tgk NORA ELENA kan? lau tak tak bergebang gitu lah sampai kul 7.30pm..

Sesungguhnya kau respect kat surirumah2 yg takde mentaliti gini. Believed, selalu surirumah berkualiti gini dulu mesti pernah keje.  Sbb tu fikiran dorang agak matang dan boleh consider benda2 yg tak bagus dan sihat untk diamalkan.  Tak caya ce tnya geng2 lepak tu?..sure dorang tu mostly fulltime houswife dari mula kwin sampai la tu.

Kadang2 kita tak bole nak cepat ikut dan terpengaruh sgt dgn jenjiran nih kawan2. Biarkan jer depa tu. Klau depa kta kita sombong biarlah dia. Afterall bukan borang bagi kita makan. Bukan dorang kasik kita duit kan?. Yg lebih bagus kita tak bersubahat tambah2 dosa kering mengata org itu ini kan.

Apa aku kesah dorang nak kata. Hidup kita, cara kita. Org laen tak berhak nak masuk campur.  Aku menyeru surirumah2 yg byk masa tu isilah dgn perkara2 berfaedah.  Modal paling murah, dok dalam umah tgk tv.  Kan senang. Tak pun tido ke hape. Mengemas ke hape.  Tak pun belajar buat roti ke..muffin ke..biskut ke. Untung2 leh tambah pendapatan..tak gitu?.

Harap2 sok2 kalau aku dah jadi surirumah sepenuh masa, aku tak terjebak dgn aktibiti tak sehat tu.  Kan ke baik join jemaah masjid bertadarus ke, belajar ugama ke...bukak restoran ke..bukak cafe ke..tak pun buat makanan antar kat kedai2 tu...lagi bagus kan?....jadiklah ibu, isteri, wanita yg berwawasan. Proaktif dan tidak membuang masa sesia..Wallahuaalam...


June 13, 2011

Jimmy Shanley...kesiannya dia.


Kalau korang ada baca paper semalam kat Metro Ahad kalau tak silap mesti korang pun rasa sedih camne aku rasa...for details korang bacalah kat link Nara :  Luahan hati seorang insan bernama Jimmy Shanley http://beautifulnara.com/luahan-hati-seorang-insan-bernama-jimmy-shanley


Berat mata kita yg membaca dan melihat pastinya berat lagi lara dan bahu dia yg memikul. Selalu kita akan simpati akan duka dan lara yg ditanggung seorang wanita jika ditinggalkan dek suami, tapi yg ni terbalik pulak.  Mmg sejak dorang lepas kawin lagi aku dah baca macam2 rumours pasal umah tangga dorang. Aku ingat tu gossip semata2 tapi sebenarnya itu adalah kenyataan yg paling pahit nak ditelan oleh seorang lelaki baik yg pada pandangan mata aku sgt budiman bernama Jimmy Shanley.

Setelah majlis gah gilang gemilang perkahwinan diadakan di KLCC Convention. Setelah beratus ribu abis, gini akhirnya?.  For belah perempuan maybe duit bukan masalah besar kerana mereka mmg sangat kaya raya.  Maybe beratus ribu ibarat dua tiga puluh hengget jer.

Apapun  yg telah berlaku antara mereka aku heran. Takkan takde sekelumit kasih dan simpati di hati sang isteri terhadap suami yg merawan mencari2 apakah kesilapan yg telah dilakukannya hingga tergamak si isteri menghukum sedemikian rupa. Kalau dah kawin 3-4 tahun ok lah kan. Ni tak. Dalam masa 10 hari suma dah berubah.  At the first place kenapa setuju nak kawin kalau tak suka??.

Dulu2 Jimmy senyap jer tak pernah nak cerita atau buka aib pasal kelakuan isteri dia. Tapi mgkin setelah sekian lama bersabar, dia tak tertanggung lagi...korang bole baca detail kat link tu nanti ye..

Yg aku pelik, mana kuasa ibu dan bapak si isteri?. Bukankah si ibu yg beria2 nak menjodohkan dia dulu. Takkan bila benda cam ni berlaku dia terus memihak pada anak dia?. Ye lah anak tunggal kesayangan. Tapi tak tau ke dia hukum seorang isteri yg nusyuz meninggalkan suami begitu jer. Sampai kan dah nak bersalin ni pun khabarnya keluarga belah isteri masih bermain teka teki.

Apapun, sabarlah yg Jimmy. Allah sentiasa bersama org2 yg sabar . Ingatlah doa org yg teraniaya itu makbul.  Pasti ada hikmah kenapa suma ini berlaku. Mgkin dia bukan perempuan terbaik utk kamu. Mgkin kamu akan jumpe org lain yg lebih baek dan sempurna yg bole mentaati kamu dan menunaikan hak kamu sebgai suami?. Hanya Allah SWT yg tahu.

Cari jer lah pengganti. Tak guna menanti org yg sombong dah tak sudi.  Masih ramai perempuan2 yg baik di luar sana. Berdoa lah byk2 moga satu hari nanti aku bertemunya dan membina semula sebuah keluarga yg bahagia atas kehancuran lalu..

Buat keluarga belah isteri dia tu..Insaflah.  Sekiranya Jimmy bersalah, maafkan lah dia.  Lupakan kisah silam. Jika tak mau nak kembali kat dia pun..berilah dia hak sekurang2nya sebagai bapa kepada anak yg bakal lahir nanti.....

Rugilah seorang wanita bergelar isteri tak mau menerima seorang lelaki bernama suami yg sayang dan kasih kan dia dgn sepenuh hati dan masih menanti dgn sabar wlaupun sudah berbulan2 lamanya...Lelaki seperti inilah yg sering menjadi dambaan wanita utk digelar suami..bukan semua org beruntung begitu..Namun, bukan suma org tau bersyukur dgn apa yg dah Allah beri padanya kan?..Wallahu Alam.