June 11, 2007

UNLUCKY MONDAY

Jemaat lepas aku kat opis ada byk keje. Sbb ramai yg tak de kat opis, so aku macam lipas kudung. Dah le keje aku banyak, nak kena attend org dtang bunyi ding dong kat opis. OM aku cuti. Kat opis kami takdak receptionist. Pintu lak jenis all the time lock sbb byk no the unwanted solicitor (salesman la tu). So bila bunyi loceng kena tekan remote baru pintu tu terbukak. Ari jumaat tu mmg aku pegang remote tu sepanjang hari sbb pepagi aku sensorang kat opis, cuma lepas lunch je boss aku ada dgn adi dan satu lagi mat saleh. 4 orang. Akulah angkat call berlari kat pintu tgk sapa datang..well memang nasib aku lah nak kena tu.
Ada satu mamat call before lunch pasal pokok. Opis ada order pokok nak letak kat opislah, aku kata OM tak de cuti..dia kata takpe..dia nak deliver jer. Aku pun sibuk so aku assume mesti OM dah buat arrangement. Aku pun tak terpikir langsung nak called OM. Alah takkan pasal bende kecik sesikit nak call dia kan..aku assume .
Bila dorang datang anta aku dgn adi terima jer lah..lantak korang lah nak letak mana. According to mamat yg antar tu dah ada plan dia tau nak letak mana..aku pun oklah. Aku tgh busy nak siapkan listing untuk inventory so aku tak bother sangat, si adi yang pilih2 pokok mana nak letak bilik mana. End of story.
Pepagi ni dtang mana tau aku kena tiaw..dahle pagi ni aku bad mood, PMS pas tu access kad tertinggal kat umah, melangak kat depan pintu opis dari kul 7.30am..tension wa. Nasib baik aku ada sempat bergossip dgn si Zas, gossip panas gile..tapi tak bole exposed pasai apa..biarlah rashia.
Minah OM tu marah aku nape tak called dia, dia kata dia blum sign agreement pun dgn toke pokok tu sbb dia nak ambik dari company lain..ceh. mana aku tau. Dia pun tak cakap dia nak ambik company lain. Hari tu aku ingat dia kata nak proceed the company yg ni sbb company lama tu pokok2 dia nak mampus...pepagi ni dia kata kat aku dia dah agreed nak amik pokok kat company lama yg pokok dia tak subur tu...ishhh pening aku cam ni..lainkali cakaplah....org tak susah. Dia ingat dia tak de aku kat opis ni goyang kaki ke?..dia tak tau aku sampai tak kuar lunch hari jumaat tu sbb tak de org kat opis..wa makan maggie tau..
Nasib baik aku release tension dah. Sbb pepgi amoi kat opis singapore message aku pepagi, kitorang chatting (intercompany bole msn) syok ler mngumpat dan gossip sbb minah tu pun ada masalah sama dgn OM dia yg kerek semacam tu..aku deal gak dgn OM dia pasal inventory. So dah tau perangai teruk lagi minah tu dari OM aku. OM aku cerewet dia lagi cerewet GABAN. Minah kwn aku tu pun position cam aku gak, mak bpak org mesia yg dah berpaling tadah jadi rakyat singapore tapi ipoh mali..so aku bole berbicara melayu dgn dia...kalu pure singporean jgn harap nak ckp melayu beb....cakap omputih sokmo..yg rakyat mesia kat sini pun org ckp melayu tak paham, asyik nak cakap omputih jer...kena translate tiap kali kita ckp melayu.
Minggu lepas gak aku tensi sbb opis mate aku bergaduh dgn laki dia-kira kes umahtangga lah ni, tapi yg si suami lak siap datang2 opis 2-3 kali, pastu bergaduh dgn bini dia (klik aku) nasib baik kat dalam bilik dak ler dengar tapi bab laki dia buat opis cam umah sendiri aku tak bape gemar. Akupun kekdg ada masalah umahtangga gak tapi tak ler sampai serang kat opis..settle le kat luar.
Bile org2 bercakap belakang, tak suka..tapi dia tak tau sbb perbuatan dorang tu mengganggu kitorang nak buat keje ni ha..bole le buat bodo pejam mata, tapi kenyataan mana bole ko nafikan. Nasib masa tu boss tak der dan ada 2-3 ketul orang jer kat opis ni. Buat nye boss besar ada kan haru...
Tulah nasib aku di pagi Isnin yg malang ni...apapun aku tak ler stress sgt cuma berbintat *bengkek* dalam hati ni ha sbb pantang nek moyang aku kena sembur pepagi...rezeki tak masuk dan benda tu dah buat muka aku masam jer..dahler aku jenis tak leh sorok kalau marah..camner aku nak HIPOKRIT buat muka manis walhal hati ni ha....berbintat gile..
Takpe..aku ingat nak amik air semayang jap lagi supaya setan2 ni pegi....maknanya tak lama lagi PMS lah ni kot...

June 6, 2007

Macam Macam Aznil eh silap... Macam2 Aku




Dah lama sangat aku tak berpeluang nak update blog aku nih. Kawan2 pun tnya nape jengok2 blog tak dak citer dari aku. Well mmg dah lama sgt dah. Dalam masa tu pun macam-macam berlaku yg aku pun dah lupa nak update.






Aku sibuk dengan keje, apalagi opis pindah jadi byk masa kena luangkan untuk mempack dan unpack, mengemas files gitu gini. Dalam masa sebulan tu pulak macam2 berlaku. Anak kepada kawan baik aku si Eni kawin pun aku tak dapat pegi, kawan2 kat CoD jadi kaya sbb share dorang naik lah, aku jumpe kawan lama lah, bapak pnye condition teruklah, dapat anak sedara baru lah. Dapat cucu saudara baru dan macam-macam lagi. Dah jadi rojak berserabut tak tau mana satu nak citer dulu.






Tak pelah aku ingat mulakan dgn citer pasal dapat anak sedara baru. Kakak no 2 aku tu dah lama nak baby, tapi sejak anak ke2 dia lepas 11 tahun barulah dapat sorang lagi ni. Baby boy. Aku berkesempatan pi Hospital Kelang jumpe dia. Janji dgn kakak sulung jumpe kat sana, mak dah tentu tak leh nak pi sbb jaga bapak, jadi aku rasa kesian kalau tak der orang dtg jengok dia. Kebetulan pulu Ar sepupu aku datang dgn family dia. Masa pagi tu aku dah siap2 masak nasik bawak bekal. Lauk ayam masak merah sayur, sambal dan air minum. Mana tau kot2 budak2 lapar. Makanan kat hospital tau jer lah. Time2 hari minggu melawat sure ramai orang tak terbeli kat kantin tu kang. Lupa pulak nama baby tu NurHidayat AlImaan.






Instict nak bwk nasik dan lauk lebih rupanya berbaloi sbb ada Ar dengan family so kitorang sempat piknik kat surau hospital kelang. Since baby under observation sbb dah lemas dan akak pulak terpaksa dioperate. Kami sempat jumpe akak kat wad pas tu intai baby dari tingkap, sbb icu wad dilarang masuk kecuali baby parents.






Habis kisah kakak aku, kisah anak sedara SP pulak si Milah. Milah ni dulu jaga budak2 kejap masa bibik balik kg. Dia pun baru bersalin dapat baby girl. Aku dah distribute kat dia barang2 baby yang masih elok. Mcm playmate, baju2 deelyn dan barang2 mainan untuk baby girl. Yg barang2 amal aku bagi kat kakak aku tu. Nama anak si Milah perrghh Shaizatul Shazreen Natasya....berbelit lidah.






Kisah pindah opis pulak, opis aku ni semua salu takde kat opis. ada 3 orang melayu pun salu attend meeting kat tempat client. Yg mat saleh lagi haram takde langsung kat opis. Yg tinggal aku dgn opis manager, maka kamilah yang penat mempack, uruskan perpindahan. Dorang2 sume tau datang dok kat bilik opis baru yg cantik dan besar ni jer..aku??...seminggu urat2 badan aku sakit giler. Terpaksa pi berurut.
Masa berurut tu punyalah sakit, sbb makcik tu kata urat aku dah stress dah.






Citer pasal share pulak, co d dah offer pinkform awal april haritu kat staff dorang termasuk ler beberapa org kat sini. Tapi tidak aku, sbb aku baru join. Kawan2 kat opis D joli katak sbb harga share dorang dah naik dekat dua ganda..kira untung gaban lah tu..tahniah lah korang..rezeki korang la tuh. Aku ni masih stuggle nak abiskan bayar utang2 kad kredit aku yg ada tu ha..pelan2 abislah. By end of the year aku bole joli katak beeb....






Aku kat opis baru macam biasa, cuma rasa selesa sket dari opis lama, sbb tmpat aku luas dan besar, pastu aku bole on radio aku all the time. Walau aku dok sensorang kat pigeon hall dilindungi partition, kengkwn lain dok kat bilik, tapi aku suka sbb dorang salu datang lepak kat tempat aku gebang2 sambil kunyah kudapan kerepek pisang, rempeyek dan ntah hape2 lagi. Since kat tempat keje aku ni bab makan minum mewah, milo 3in1, nescaffe3in1, tehtarik 3 in1 dan tak campur lagi air2 gas yg bercarton2 kat pantry tu. Coke, diet coke, sprite dan ntah hape lagi. Sbb mat saleh suka minum tu sume jadi company mmg beli benda2 tu byk every month.






Kadang2 opis manager aku suh aku amik 2-3 tin bawak balik bagi kat bdak2. Salunya ari jumaat mesti dia suh aku kutip beberapa tin bwk balik. Bab biskut lak bertin2, macam2 oat meal high fiber, mix ...first time aku keje kat co yg pemurah betul bab makan minum staff. Baru ni ada permintaan untuk 100plus, terus lepas tu tambah lagi air bergas tu kat opis. Aku jarang bahkan tak minum air gas, tapi bile teringin aku biasa minum diet coke jer.






Kami pulak mmg jarang kuar lunch. Biasa makan kat opis atau dorang makan biskut jer. Aku kadang bawak nasik dari umah. Panaskan jer. Kadang gak dorang makan maggie, siap cili api, sos cili, kicap...well guess who yang bawak dan supply..mestila
aku............






Kat almari aku penuh mamee, mee sedap, mee goreng dan hape2 lagi makanan Junk...sbb time aku shopping barang dapur biasa aku beli 3-4 paket mee segera dan sepeket aku simpan kat opis.






Ari jumaat hari paling aku suka. sbb ari jumat sume orang terutama bos2 balik awal..kul 4 petang. lepas bos chau, kami 2-3 kuli ni lepak nyembang..kadang2 aku pun tumpang balik sama. Kul 430ptg aku dah bole balik.






Minggu ni kat opis very quite. Bos aku tak dak, 3 org pi training. Ada pi outstation ada cuti..so tinggal 2-3 kepala jer. Termasuk si adi, budak paling loyar buruk kat opis ni...seronok gak ngemas sambil santai2 sbb bos tak dak. Lapar makan, haus buat air...best gitu.






Tapi dalam pada tu aku pun kena sedia untuk worldwide inventory, suspen gak sbb dgr2 last year ada 3 barang missing in action. Harap kali ni tak de...sementara nak tunggu 23hb June, aku rasa masih ada masa nak happy hour lagi. Minggu depan ada farewell lunch untk one of the manager yg kena transfer kat Holland office. Pastu minggu lagi satu manager baru matsaleh dari balik papan nak masuk. Dan ada satu manager baru lagi dari US..dgr2 nama dia Roger....Well, mari kita tgk hensem ke dak
dia..setakat ni sume hansem2 belaka mat2 saleh kat sini, kecuali bos aku..kaaakkaaa.....sbb dia dah tua....sori yek bos. Yg lelain sume muda. Ada satu tu aku suka betul tgk muka dia, hensem..sekali pandang macam itu pelakon Bradd Pitt cuma badan dia berisi siket jer dari brad...haaa kebetulan pulak nama dia pun brad....






Oklah, sehingga lain masa, aku bole update korang lagi dgn citer2 aku...member2 kat bangsar..bile nak open table sebb share naik ni..........aku tunggguuuuuuu.



















Dah Sebulan berlalu...baru bole hupdate

I am a year Older on Labour Day
1 May hari tu hari besday aku yg ke 35. I am not that concern about the numbers..but the fact of getting older tu agak merisaukan..(sebenarnya tak nak ngaku dah makin tua waaakkkaaaaa)..tak de celebrate besar2 ran weh..sbb seluruh dunia dah meraikannya..bersempena hari pekerja dan Besday aku...muuaaahhhhhaaaaaa..takde present dari sp pun cuma wish jer..aahh dah tua2 tak payah la..sbb time2 SP loaded dia akan bagi aku duit..tak kira besday ke dak untuk beli apa ku Suka..terutama time2 bonus tu..oklah tu kan..cuma hari Isnin 30 April tu aku teringin benar nak makan Ayam goreng MC D so aku dgn SP pi celebrate makan2 kat MC D Titiwangsa tu..saje..jadilah kan..siap tapau untuk anak2 sekali tu..
Aku tak ler teruja sgt sambut bila dah tetua ni, tapi anak2 excited. Nak suh belanja makan2 jalang jalang....so cuti 1 hb tu planned nak pi tgk spiderman..tapi terpaksa di cancel. Sbbnya Amal dan Deelyn masih asthma..tak sesuwei nak bwk masuk panggung gitu..kang dibuatnya semput bebudak tu harus,. Lepas anta bibik balik cuti 2 hari ke Ampang, kitorang pi jenjalan kat Tasek Perdana..of courselah lepas makan yg consider makan pagi dan tghari..siap ada ulam bagai kat Bndar Baru Ampang..sedap dan murah.
Pi Tasek perdana pun dah kul 11 tghari..panas pulak tu..lepaskan 3 org budak tu bermain puas2..sian aku tgg deelyn. Nafas dia ala-ala pendek gitu. Tapi hasrat nak main masih ada..dia nampak betul tak sihat..bdan cekeding giler..kat tasek ramai betul org beriadah dan ramai mat saleh bergedering kat situ.
Sbb malas nak jalan naikler ketapi bodoh pusing taman, bayar 20 sen jer..sorang ok lah..pusing2 taman burung, rama2, rusa, oked.masjid negara planetarium..pusing jer tak masuk pun...it was fun..tak penat dok jer pusing. Murah pun murah. Nak pi zoo dahla mahal menatang2 sume tak menarik..mcm dah nak mati jer ....
Yg penting anak2 happy dan enjoy. Walaupun besday mum biasa2 jer...lepas balik sampai umah kul 12. 45tgh sume pensan..sampai petang..Pukul 4 sume ngadu lapar..padanlah makan nasik pagi jer..lepas tu tak makan lagi, aku masak la sayur buat sambal sikit goreng telur..pukul 6 ptg makan..aku layan tv sampai mlm...perasan nak tgk onsert AF, rupanya ari Selasa....rasa mcm ari sabtu lah..
Malam tu anak beranak layan tgk tv..aku ingat citer Kingkong kot..esoknya cuti lagi hari Wesak..aku teringat kat si aji..R. Dia pnya besday 2 hb..the reaon was dulu masa kat co D aku selalu celebrate togeder2 dgn dia...hepi besday aji...'
Pagi2 pegi pasar carik ikan sket, sambil bwk budak2 ngeteh kat mamak Ali Maju Rawang, ada pi sana makanlah nasik lemak kakak kat depn restoran tu limpa rendang dia superb beb.sedap giler...balik umah siang ikan, masak, basuh kain...makan. tghari tu kitorang bakar ikan cencaru dgn ayam cicah sambal kicap...yyummmy.
Aktiviti biasa, laayan tv dan tido....pukul 5 bibik pun sampai....so berakhir lah cuti 2 hari yg tak kemana2 mostly sbb budak2 sakit...
Kpd kengkwn yg wish besdah thru SMS tu Tengkiu..very much ler.soriler reply pakai HP SP...Line aku dah kena barr by Maxis. Sajer malas nak bayar..ingat nak convert to Prepaid. Post paid bil charge ntah hape2...calls aku RM30 hengget tak sampai tapi charges lain dkat RM80 mana bole jadi..so aku nak biar jer dulu...sampai hati aku bulat kata nak convert baru aku convert..kena bayar lagi RM35 tu nak convert...Maxis ..Maxis..buat duit sajer korang yek..