October 9, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..maaf zahir batin

Ehh, bape hari lagi kita dah nak sambut raya kan. Kat opis pun aku cam takde mood lansung nak keje, bkan aku jer kengkwan lain pun same gak..buktinye beremail2 lan sume citer pasal kuih raya, cuti raya, balik raya nasib baik tak hantu raya.
Kepada mika2 yg ada peluang balik kg awal tu tahniah..aku balik umah MIL malam raya. Bukan aku sengaja k, tapi SP kena keje lagi hafday jumaat tu (walaupun dalam hati suke giler)...tapi mgkin plannya jumaat tu aku kena la masak sesekit rendang dan nasik impit. Bakar kek sekit. Apa lak kata mertua kang dak, dahle balik malam raya pastu lenggang kangkung plak. Agaknya doa aku termakbul sbb aku risau gak maklumler raya dgn duit gaji bulan lepas mana nak beli barang untuk masak, mana nak duit raya, nak travel lagi..rupanya Allah mudahkan aku, balik malam raya takyah pening pikir pasal budget2 tu sume..ada takde sket22 duit raya ala kadar.
Smlm aku pi bebuka kat Micasa tu..bolela tahan campared kat corus yg aku pi last year. Byk gak pilihan ada kambing, makanan melayu ulam2..org yg belanja tu pun best jugak sbb sekepla dgn kitorang..aku, id , adi dgn jenab yg pi. Jenab cam biasa lah makan sayuran dan ikan jer..cam kambing!..kami bertiga bergumbira makan scallop, udang, sotong, otak2, ayam, kambing...perrgh best. Kenyang sampai pagi tu..pagi ni aku pun tak lalu nak makan hape..dalam kul 8.30 kot baru kitorng balik. SP jemput aku kat sana..dgn ujan lebat amats. Sampai kat umah dalam kul 10 abang ngah telepon bagitau dia balik raya ni..awalnya ingat dia tak balik sbb ujung bulan 11 nanti kami akan buat kenduri 100 hari arwah bapak...syukur, kalau tak mak tinggal beraya dgn kakak je..aku raya ke 3 baru sampai kakak satu lagi pun gitu..adik pulak tahun ni turn dia balik umah mertua..nasib abang ngah balik idakler mak sunyi dan sedih sgt dipagi raya tu..
Oleh kerna, SP bekerja di bank maka aku hari ni telah membantu rakan2 untuk menukar duit raya, mostly duit RM1 dgn RM5..beratus2 duit dorang nak tukar.
Sbb lepas ni aku malas dah nak tulis kat sini, aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin....semoga selamat di perjalanan....jgn pandu laju2..kang kena saman lansung x leh kurang..sesia jer

October 8, 2007

Hari Minggu Yang Meriah

Sedar tak sedar lagi 5 hari je kita nak raya yek..bestnya, aku x le best nak beraya tapi best sbb nak bercuti selama seminggu..yeeahaha.
Hari Jumaat lepas aku berpluang buka pose kat luar, dgn kwan2 dan somi masing2. Tempat pilihan restoran sunda kat klcc. Dgn meriah betul kami makan nasik lauk sunda, sedap sungguh mostly sbb lapaq kan. Terpaksa ler aku membiarkan kakak buka kat umah sensorang sian dia..aku dah pesankan kat bibik masak ayam kicap tuk dia. Tapi kerna nak memujuk dia gak (rasa bersalah lah tu tinggalkan buka kat umah) aku belikan ler dia pizza hut. Bila dah balik dia excited cuma dia kata, tak best ler ma, buka dgn bibik...buka dgn mama lagi best. Sian pulak aku dgr.
Jadiknya nak tebus rasa bersalah tu ari sabtu aku masak ikan bawal sweet sour kegemaran dia..suka betul dia, lepas siap masak aku bawak dorang sume pi bazar ramadan. Cadangnya nak carik air lencikang last2 terbeli gak kuih muih dan siput sedut. Siput sedut masak lemak tu kegemaran dia dan ayah dia...bahkan 2 orang kenit tu pun suke. Aku tak reti nak makan menatang tu, walaupun nak masak no hal..tapi makan sori, aku geli....oleh sbb SP hari sabtu keje sampai kul 6 petang makanya aku dah siap2 sume juadah nak buka hari tu tepat kul 6.30ptg. Disamping siput sedut, labu masak lemak dgn kobis (boh lada hitam dgn kunyit sket), ikan bawal sweet sour, kalio jering (beli gak kat bazar ni) dgn sambal tempoyak ulam pegaga..wah meriah betul kami makan. Nak nak lagi ujan lebat, selera amats.
Malamnya lepas balik terawikh SP bersedia mengecat umah..dinding2 yang diconteng ituh haruslah di cantikkan gitu tahun ni kale pilihan adalah kale ijau..(cam baju raya kami yang sedondon ijau lumut tuh, )..kami gak kemas umah, sapu habuk yang berkilo kat lampu candelier tuh (ewah...lampu murah yoo)..nak harap bibik mmg tak de nya. lately aku tatau nape bibik pnye work performance makin teruk. Selain umah dah tak sebersih dulu, dapur pun cam tak terurus dah. Tensi aku dibuatnya, nampaknya lepas abis tahun ni bye2 lah...aku rasa dia dah tua sgt dan tak larat nak buat sume2 tu, jadik dia jadi cam ala2 malas jer...
Ari Ahad pulak, aku ajak SP pi selayang. Umah bang long SP amik kuih rya yang ditempah. Kena jugak pi pasar borong sbb aku nak beli daging untuk buat rendang. Raya ni kami balik ke batu pahat pada malam raya sbb ari jumaat SP masih keje. Jadik aku cadang nak masak seskit untuk dibwk balik kg.eeehh bukan aku sengaja tau, mmg ari tu aku kata tak nak balik awal sgt ke Johor, alih2 Allah makbulkan doa aku tu..AMIN..
Masa kat pasar borong, aku cam biasalah jadi gelap mata, tgk ikan, sotong, udang murah2 sgt, tapi aku tahan2 gak dari borong byk2 sbb dah nak cuti lama kan..akhirnya aku beli 2 kilo daging, seekor ayam, 2 kilo paru dan sekilo ikan kembung..tu pun nafsu kata suh beli lagi tapi nafsu poket tak mengizinkan la pulak. On the way nak kuar pasar ternampak siput sedut, beli ler sepeket, ternampak ekor, bli gak RM 11 tak sampai sekilo ternampak ketam selonggok RM10 (adeler dalam 7 ekor besar), beli lah . pastu ternampak sayur bayam dgn kangkung, RM2 mak ai banyak betul sebeban. Aku singgah umah bang long kasik dia separuh bayam dan kangkung.
On the way balik (lupa plak nak bagitau aku pi pasar bawak amal jer, yg lain tinggal) bincang dgn sp nak masak apa..aku teringin nak sup ekor, SP nak makan ketam bercili, kakak pula mesti nak makan siput sedut...sudahnya aku masak sume tapi sket2..ekor tu merebus dari jam 2 sampai jam 6..makan dgn sambal kicap diperahkan limau mmg power betul..siput pun cam tu, bukan main syok dorang makan tau...ketam cam biasa sentiasa abis..manis masam pedas mmg mmbuka selera..
Sebenarnya tu salah satu cara nak bodek kakak gak, sbb ari ni aku nak berbuka kat luar lagi. Dapat jemputan rental car company yg menyewakan keta2 kat mat2 salleh kat opis aku nih ha..jadi aku nak pi Micasa, kenala bodek kakak lagi...sudahnya pagi tadi aku dah masak ayam masak merah untuk dia berbuka hari ni....SP akan berbuka dgn opismate dia sbb drang ada byk keje....aku nak enjoy makan kat micasa ptg ni so jangan jeles.
Oh ya..jumaat lepas aku telah mengadap bos, bukan ape2 tapi mengisi borang untuk mengconfirmkan aku yg dah 6 bulan kat sini (eeh rasa cam baru jek), kembang hati aku bila tgk boss tulis sume average..bahkan kedatangan (aku sampai opis 7.30am tuh) dan punctuality tip top..begitu juga teamwork.MC pun tak pernah .Insya Allah ujung bulan ni dapatler up sket gaji ku itu....AMIN..
Skg baru jam 2.30ptg..aduh lama betul lagi nak buka..perut aku dan main orkestra nih..ni suma penangan berulang alik ke jamban tadi lah...akibat dari sup ekor power tu gaknya........................
Daaaaaaaaaa..
Masa