November 17, 2009

membebel......

Aku taktau korang perasan tak. Kdg2 ada setengah org tu dia rasa dia hebat sgt, pandai sgt, cantik sgt. Sampaikan kalau dia bercerita kita ni langsung takde chance nak mencelah, else kalau bercerita tak ingat dunia. Tak tau org nak rushing ke, nak terkucil ker dia keep pot pet pot pet...sometimes aku tak tahan betul!!..
Kat tempat keje aku ni ha. Kalau korang notice cerita2 aku seblum ni ada byk kali aku cerita pasal dia. Alah J LO. The main reason aku panggil dia gitu sbb dia suka sgt mendedah top part dia tu. Walhalnya takde le besar sgt pun. Tapi yer lah kalau dah benda tu ditayang2 lurah dendam nye apeke hal ye dak. Sbb itulah aku gelar dia begitu.
JLO ni dulu dengki sgt dgn aku. Sampai insiden aku kena warning pasal gospen, gospan tu. Lepas insiden tu aku mmg menyendiri jer kat off ni, tapi aku malas nak pikir sgt pasal insiden tu. Pendek kata aku dah lupa. Tak memberi kesan apa2 kat aku. Life must goes on org kata.
Jadik, aku skg ni buat cam base jer. Buat je keja aku. Yg aku perasan JLO pulak semakin baik dan mesra alam dgn aku. Tapi aku sentiasa mengingatkan diri aku..'always ada border'..jadik mostly cerita2 tu tk de kena mengena dgn sapa2 kat off ni samada yg hidup atau mati. Aku elakkan terlepas dan termengata apa dgn dia. Paling idak mengomel and mengata pasal bos and Jenab jer lah...tapi still under controllabe org kata.
Si Jlo ni lately suka bercerita dgn aku perihal keluarga dia. Anak2 dia, laki dia hatta maid dia. Dari cerita aku dgr dari dia maid dia mmg bengap tahap gaban lah..(tak tau le benar ke dak kan?) nasib ler. Kata si JLO ni dia kena masak byk2 malam and the next day dia gi keje, maid dia panaskan je untuk anak2 dia. Taktauler betul ke tak kan. Malas aku nak pikir.
Lg satu tabiat si JLO ni aku rasa dia ni berlagak sket. Kalau bercerita pasal apa2 yg grand2 jer. Yg bagus2 and mahal jer. Bra and panty Marc and Spencer lah, pakai pinggan mangkuk noritake lah..dok umah harga 850k Rm lah. Tapi aku ni iya lah. Cuma bila dah selalu dgr aku jadik muak lah pulak. Kalau cerita bab2 masak memasak pulak, dia akan cerita betapa pandainya dia masak kurma lah, rendang lah mcm2 lagi. Pada aku dia ni ada sikap bongkak sket. Tak mau kalah dgn org.
Sejak akhir2 aku 'baik' dgn dia nih bkan main galak lagi dia nak bergebang dgn aku. Kdg2 aku rasa rimas dgn bosan pulak. Ye lah kadang dia datang menebeng dok dpn meja aku...masa tu pulak aku tgh ber YM ke ber FB ke ber Blog ke, kan ke mengganggu je. Pastu kalau dah stat cerita tak hengat dunia, pnye le payah nak abis.
Ada masa pulak, kdg2 kejap2 panggil aku masuk bilik dia. Cerita pasal keje sikit jer, selebihnya tu lah..cerita2 nonsense tu..malas betul aku. Kalau dulu haram dia nak amik apa2 aku bwak makanan n letak kat pantry tu. Skg ni ko pelawa jer dgn segera dia amik. Aku taktau lah nape. Tp baguslah. Ye lah selama ni org dok kata aku bwak makanan dok boh guna2 kat makanan tu..ish...takde kojer eeh. Yg menyebar cerita pasal tu pulak la ni tak cukup tanah nak berbaik semula dgn aku lepas kwn dia kena lay off tu. Tak cukup dgn tu, kalau nampak makanan kat tmpat aku tanpa segan silu mintak.."tak takut guna2 ker"??? moskel pulak aku. Dah ler gitu mcm takde rasa segan or malu jer dgn aku. Dah menganiaya aku memacam ttba buat mcmtakde pe pulak..manusia...
As for aku, kena sekali sampai mati akan ku ingat. Takat hai hai bai bai tu bole ler. More than that..sorry naik lorry yek. Minggu kena p ni mood aku mmg tunggang tebalik. Dgn rasa malas, rasa ngantuk..segala mala rasa suma ada....mentelah pulak bos dah pg charge battery dia kat Thailand tu spjg minggu ni..apalagi raya hindu ler aku.
Sementara nunggu2 UPSR kakak keluar ni, blum lagik isi borang apa2. Result sek agamanya bole tahan dan melayakkan dia dok sek men agama, tapi aku rasa patut tunggu UPSR results Khamis ni seblum buat final decision. Aku mmg nak dia dok sek agama kat Rawang tu. Mmg lah kena dok asrama tapi dkat dgn rumah, so every week bole balik. Apa2 hal pun senang aku nak gi. Kalau aku biar dia sek dkat2 rumah bkan tak bole...tapi dia tak bole nak belajar. Dua org rascals tu asyik mengacau. Dan itu permintaan kakak sendiri yg dia nak dok asrama. Dia nak merasa berdikari. Aku dgn SP pada dasarnya setuju dgn syarat sek tu mesti dkat2 dgn rumah jer..jadik senang kami nak menengoknya.....
Cuti sekolah dah nak start. Tak sabar aku. Sbbnya aku akan bercuti pjg masa raya hj nanti di kg ku. Nak berehat2 nak berjlan2 kepantai ker. Di samping tu bdak2 bole dikawal sket. Takut aku dgn kes bdak sekolah kakak kena culik minggu lepas. Nasib baik dilepaskan itupun lepas 3 hari. Nasib baik jugak tak dia apa2kan. Yg aku risau bkan pasal kakak, tapi delin. Takut2 dia tu ikut jer sapa2 yg ajak dia..tapi since insiden tu kakak kata sekolah dorang dah amik langkah ketat. Bdak2 x dibenarkan keluar dari pagar sekolah selagi bas2 sekolah tak datang. N pemandu2 bas sekolah kena tunggu dpn pagar kira2 bdak2 yg naik bas masing2. Nasib baik delin tak naik bas. Kalau tak sure kena tinggal. Naik dgn uncle safe sket sbb ada bberapa org bdak jer so uncle bole make sure sapa yg naik sapa yg tak....
Cuti sekolah jugak nanti kakak ada kat rumah, bole lah aku harap buat2 keje mengemas2 umah, lipat kain, basuh pinggan...hatta gosok baju keje aku. Since aku dah janji nk menggaji dia sepanjang cuti sek ni between RM150-200 dia sungguh teruja. Sungguh excited. Aku plan nak bayar deposit RM 50 ujung bulan ni. Biar dia seronok..ringan gak beban aku terkocoh2. At least dia bole masak nasik dulu and keluarkan apa2 patut. Else aku masak jer pagi sbelum gi keje..balik panaskan. Tak sabar nak becuti pjg nih..mood cuti pun dah mari...

November 16, 2009

Guest, Guests....

Before my mind blown up, baik lah aku meluahkannya kat sini. Early2 Monday blues ni for sure kengkwn bz tahap blue, no point carik dorang utk meluahkan perasaan ku...as well write it all here.
Semua org yg rapat and kenal to me mesti tau what kind of person aku ni. Aku not a type yg berkira or stuff and most of the time i felt aku terlebih pemurah pulak not to all "my family" (hubby's family inclusive yer) but sometimes i felt ppl are taking advantage on me too much..mean too way much.
We had bit of misunderstanding few weeks back, which aku decided to keep my self quitely, takmo bercakp to my life partner except on important things jer. The main reason?..aaah as usual "the IR" that i most of the time i refused.. but we managed to settle it over before mak dia datang last saturday. So things are on as normal.
MIL are coming down dgn si H adik SP and the clans lah. Tujuannya nak ambik degree from the Open Uni yg dia dok amik few years. Ye lah, cikgu skg ni mana ada pakai maktab cert lagi, so nk tak nak kena further studies out campus lah. Things dah abis, so its the time to KONVO lah. It will be done in PWTC, tomorrow morning.
Memula bila aku dgr berita dorang nak turun, i feel ala..oklah. Sat and Sun and Monday sure dorang dh blah balik kg. Sekolah not cuti kan. Mana tau they will be staying until Tuesday. Aku tak kisah ler pasal MIL tu kan, wlaupun most of the time wording dia tu mcm zaaaas jer panasnya aku bole buat2 lupa or buat2 tak dgr beb. Nak wat camne like my mom pun ada kelemahan2 dia..so I have to bear with it.
Early Saturday morning, aku dgn SP pi pasar Rawang, carik lah apa2 patut for stock. Org nak dtang kan. So aku lepas masak2 suma kami lepaks lah tunggu tetamus tu. Lepas lunch around kul 2 gitu, aku dah stat menguli tepung pulak nak buat roti kacang merah. Saje buat2 untuk minum teh petang and since SP tak keje n ada org nak dtg.
Menunggu org ni kan kdg2 membosankan. Ye lah org yg nak dtg tu pun takde guts nak bgtau agak2 kul bape sampai..kul bape bertolak. Not like my sister, kalau nak dtg for sure ittenary complete. Bkan apa menyenangkan org lain nak tido ke, nak wat apa ke...lgpun bg peluang tuan rumah tu tak tertunggu2 mcm org Bo......
SP pun sanggup tak keje Sat tu sbb inilah. If not, kalau dia keje pun ok. Mana taknya dorang sampai jam 7.30pm. Angin satu kepala dan badan aku yg dok siap2 masak n menlanguk menunggu dari pukul 2 ptg tu.
Its just a beginning, bila dorang dah sampai tu mcm biasalah. Adik SP tu akan terus meluru kat dapur nak makan. Dia mmg suka sambal yg aku masak ( yg aku dok jenuh ajaq bini dia tapi hampeh tu) so does MIL gak. Since dorang ni ada anak kecik yg MIL jga dah ler rapat2 and anak2 kecik dia tu quite problematic. Mengamuk manjang. Nak tido harus dibuai and ditepuk2 bontotnya..kalau tak haram tak mau tido..hatta meraban mengamuk. Yg sorang lagi tu ok sket tpi still gak sbb too close jaraknya. Yg dua lagi which yg sulong darjah 3 and no 2 darjah 1. Being a kids biasalah mulut sometimes but aku tak paham kenapa yg no 1 mmg mulut dia terlebih laser n celupar dari mulut bdak2 yg sebayanya. Mmg dari kecik gitu. Bdak tu mmg lah pandai, manjang no 1 jer periksa tapi disegi perangai dan tutur kata aku mmg tak berapa berkenan. Bongkak and so call juga takbur. Selalu memandang rendah pada bdk2 lain bkan jer anak2 aku tpi anak2 buah yg lain. For that, aku kdg2 bengang sbb parents dia mcm tak tegur or perbetulkan benda2 yg tak sepatutnya untk bdak level umur 9 thn to talk to an adult that way.
Yg buat aku tambah tension ialah inlaws tu. Dah ler kalau aku balik kg sana, as tetamu aku wat "suma" I mean SEMUA ni dia dtg umah aku pun nak jadik boss jugak nak buat aku ni seolah2 adik2 dia yg bole diinstruct itu ini. Dah ler sikap pemalas thap dewa yg dari dulu sampai skg tak berubah. Ada ke patut, makan pun takle tolong basuh pinggan sebijik tu. Lepas bg makan anak2 dia apa2 just dump everything kat sink. Mana aku tak panas hati. Aku ni bkan ada maid kat umah, tolong2 la. I dont expect dia tolong masak or anything ok?. Tapi takkan tolong buat air teh, basuh cawan or kemas lepas makan pun tak boleh. Give me a break lah. Ada satu ketika aku dgn SP tgh mkan tghari (well dia dgn laki dia dah mentedarah dulu tak ajak2 pun) dia dok instruct SP amik air lah untuk dia..amik itu lah amik inilah..Please lah, aku pun tak pernah suruh2 unless kalau betul2 benda tu perlu. My sakit hati, aku tgh dok bancuh teh (yg dah kali ke 3 aku buat) puting botol anak dia dok jatuh tepi aku, dia dok diri sebelah, bole suruh aku amikkan!. Aku wat bodoh jer, then she repeating again the instruction. MY GOD dia ni tak paham org pnye body language ke??...anak dia mmg kuat minum air teh. From morning breakfast aku dok wat, sampai aku dgn SP pun missed nak minum. Bangun tido, anak dia tak mengamuk apa pun , no guts nak tolong tgk2 aku wat apa, basuh pinggan ke. Just lepak jer kat lam blik. Aduh..betul2 menguji aku pnye kesabaran.
I always terima tetamu, specially akak2 SP or anak2 buah dia but no as worst as this one. Dah la makan minum org suma sediakan. WTF betul lah. The last time dorang dtg sini, aku balik dari keje pukul 7 mlm, rushing masak for dinner. Walhal dia dari pukul 3 ptg tak masak apa2 pun just masak maggie untuk dia makan?..masa tu dia takde anak kecik sekali tu pun??. MIL kata kat aku masa aku balik keje, dia tak masak apa pun. So aku terpaksa rushing memasak, endup yg paling pantas makan is who?. Aku cukup angin masa tu. Lepas that incident everytime aku dgr dia nak dtg aku phobia. Kok ye pun malas, MIL need to makan, takkan takat masak nasik, goreng ikan and sayur tak bole..
Since MIL jarang dapat peluang nak turun KL, she planned nak tido rumah aku semalm, umah abang SP no 2 semlam and last umah abg SP yg sulong semalam. Who knows, my inlaws ni tak nak tido rumah org lain. Means nak tido umah kitaorang jer. Sbb??..mcm yg aku ckp kat atas lah. Kat umah aku ada everything.Yet tinggal suap kat mulut jer. Kat umah org lain malu kot??.
Jadik semlam MIL sudah ajak pi Puncak Alam umah abg SP yg no 2. Since Inlaw tu kata taknak tido sana, after lunch we all siap2 nak gi. Nak kena gi Open Uni dulu amik wardrobe for the Convo and then trus pi Puncak alam. Masa ready2 nak masuk keta, Adik Sp tnye kat dia mana bag2 suma? dia dok belenggang bawak anak dgn beg kecik. Mana tau hsband nya kata bwak suma bag sbb nak tido puncak alam. Aku bagai nak gila gelak dalam hati. Nampak sgt takde muafakat dalam plan nak tido mana and mana. Adik SP dgn MIL seems mmg nak tido sana tapi dia tak pun. Apa lagi, sbb dia tu tak berani nak melawan suaminya..masuk balik umah kelam kabut pack suma brang and sumbat dalam keta baru depa tu..aku gelak, suka gembira suma lah sbb dorang dah nak blah.
So we all pe open uni amik wardrobe and drive terus ke Puncak Alam. Masa dah sampai kat sna pulak ttba si inlaw ni dok whisper kat aku, Kak we all nak ikut akak balik nanti nak tido rawang balik. Aku pnye angin dan terkjut (or rather menyampah) terdiam tanpa kata apa, tapi hati dan muka ku hanya tuhan jer yg tau. Dalam hati..cis abis ler...
Inlaw aku yg kat puncak alam ni pun takde maid so anak 5 org just imagine seteruk aku jugak but dia tak keje so at least. We all bisik2 kat dapur cerita2. Dia pun mcm tension n bengang that dorang tak nak tido umah dia mcm lah dia kata umah dia takde benda. Yg ianya aku kata, kat umah aku dia jadi raja, so kat umah tu malu lah kot?..we all had a good laugh pasal tu. Psal kes anak dia kena air panas hari tu pun jadi perbualan kitaorang. Menengokkan cara dia nak jaga 2 bdak kecik at one time pun kelam kabut, how do we feel kalau MIL yg jaga aiyoo..dgn karenah baby asyik dok mengamuk i tell u, aku pun stress. Dah ler gitu lenkali nak beranak tu plan2 lah baik. Else amik je indon ye dak?.
Based dari cerita2 aku dgr, Inlaw aku ni pernah wat statement ni kat one of kakak SP " sib baik MIL ada nak jaga 2 bdak nih, kalau tak berapa RM ler nak kena bayar org jaga".... masa aku dok whisper inlaw sorang lagi tu kami gelak then ckp, patutlah kena air panas anak dia hari tu. Niat tak betul, konon nak jimat duit sanggup menyusah MIL. MIL tu dgn blood pressure dgn gastrik mana tak stress org tua tu..ish..ish.
Lepas makan suma2 dalam kul 6.30pm aku ajak SP balik. Dgn nak ujan, esok nak sekolah nak keje aku bg excuse lah. Ingtkan MIL tinggal sana n the rest of the clans nak ikut balik. Ttba inlaw tu bg tau, nanti malm2 dorang datang umah kitorang balik "insya Allah" katanya. Aku tatau la dia dgr ke aku sembang kat dapur pasal dia or dia dgr aku sembang dgn MIL pasal dorang takmo tido sana..nasib lah kan. Tapi masa aku solat Asar tu aku minta dgn Allah moga2 dorang x dtg lagi tido umah aku. Sbbnya aku rasa tak ikhlas nak menerima dorang dan aku takmo jadi dosa pulak sbb aku dok merungut2 dalam hati...
Endup we all jer balik. Sampai umah dalam 7.30pm. Tapi dalam hati aku tak kisahlah dia nak dtg balik ke tak. Nasib lah. Cuma jauh disudut hati aku harap2 dia tak dtg. Dgn ujan lebat, we all happy giler anak beranak dah sampai umah. Rasa peace..rasa bebas..rasa gembira...SP pun sama aku rasa..aku bole nampak riak muka dia mcm free gitu.
Sambil aku layan CSI, aku dgn sp borak2...SP ada ckp dtg ke dak dorang nih..aku bg statement. Aku bkan tak suka dorang nak tido sini lg tapi its not fair to MIL. Kasilah dia chance nak tido umah anak yg lain and i think they should gak. Bukan selalu datang. Mmg lah dok umah org tak selesa (sendiri patut pikir pasal tu) but biasalah. As i said bukan selalu pun..sambil layan2 main juta ria dgn kakak, amal dan SP (delin dah pensan tido) phone umah bunyi. Kakak yg angkat, it seems in law tu kol. Kata x jadi dtg, sbb baby mengamuk. Konon dorang malas nak jalan malam2..tapi ada statement "anak sulong dia merajuk sbb tak jadi pi tido kat rawang"...ha ha ha..there u go..Doa aku Allah makbulkan. Mmg aku tak welcome dorang lagi. So they have to figure our mana dorang nak tido that nite and the other nite kan...
Sometimes kita kena pikir dan muhasabah diri kita sendiri. Kenapa mengapa...jgnlah ingat korang tu dah jadi cikgu korang tu perfect sgt. Korang tu bagus, and pandai. Pikirkanlah pasal org lain jugak,.fikirkan kenapa inlaws2 anak2 sedara suma takmo ngam dgn kita..pasal kita sombong ke, pasal anak kita ke..pasal apaa2 pun..yg penting kita kena selalu muhasabah diri kita. Kita fikir dan amik tau apa dan mcmana anak2 kita tu,kalau ada tak betul tegur, pukul or what ever. Jgn biarkan anak2 kita jadi org yg sombong dan bongkak. Biarkan dorang sentiasa jadi rendah diri. Honestly, anak2 pun bkan lah baik sgt tapi kalau ada yg aku rasa tak kena or tak betul for sure kena sebijik pnye. Aku tak kira. After all anak2 kita tu cermin pribadi kita. Mcmna kita mcm tu lah anak kita...so fikirlah sendri kalau2 anak2 dah sombong dan bongkak gitu..dari mana dorang dapat?..pgi2 makan pengat..sendiri mau ingat..
Ooh, I feel good now, I feel released. Mcm satu benda berat dah keluar dari dalam dadaku ni..baru la aku bole breath smoothly now...................
and cant wait for Selasa, biar dorang balik kg ... :)

November 10, 2009

Kalau Dah Sampai masa di jemput ALLAH

Lama dah tak tulis apa2 kat sini. Rather busy or malas sama jer. Kadang2 dah tulis byk2 ttba pulak rasa takde mood nak letak. As aku dok type kat outlook dulu then and then aku transfer kat blog. Cumanya kdg2 tu..nak menaip malas.

Minggu lepas ada tiga kematian berturut2 bagi org2 yg aku kenal and some of them mmg rapat. Mula2 kawan mak, Cik Wa. Cik Wa meninggal hari Khamis lepas. Cik Wa ni sekampung. Bole dikatakan kawan rapat mak. Kalau kami buat kenduri kendara mesti dia datang menolong or rewang. Dia pun everytime jumpa aku sure bertanya khabar. Cik wa ni ada kencing manis. Jari kakinya dah kena potong pun. Masa hari minggu tu khabarnya dia pi kenduri kat Perak. Balik tu terus demam dan koma dua hari. Tau2 hari ketiga dah meninggal. Masa aku dapat SMS kakak ku pun dah tghari .Innalillah.

Hari Jumaat pulak, Kakak pepagi dah meng SMS aku. "Hari ni suami kak Rahmah pulak meninggal"..Innallillah. Kak Rahmah kawan pejabat akak. Selalu juga aku jumpa kalau aku balik kg time hari keje. Selalunya aku singgah jap off akak sengaja je. Kdg ajak dia lunch kadar sekadar beli barang kat mini market bawah off akak tu. Suami kak Rahmah tu lagi setahun nak pencen. Khabarnya dia mmg ada sakit hati mcm Hepatitis A tu lah. Dok berulang alik jer Sg Besar ke SJMC.

Hari Sabtu, aku busy dgn aktiviti apa lagi kalau bukan mengemas rumah. Penat betul dari dapur sampai ke bilik air sampai ke bilik. Dok mengemas kain baju, memop, mengemas dapur. Yg aku tension kadang2 tak sampai setengah jam mengemas kat hall depa buat sepah lagi. Mmg tension aku. Sempat gak aku melipat segala mala kain yg dah lama tak terurus kat lam bilik tu. By the time siap pun dah kul 2. Nasib baik aku dah siap2 masak pg tu. SP keje jadik sempat aku buatkan meehun goreng buat bekal dia. Bdak2 pulak mcm biasa hari sabtu aku buat je nasik lemak. Makanlah dorang sampai petang. Bila dah pukul 4 tu baru aku masak untuk SP balik makan. Hujan pulak turun lebat masa ari sabtu tu. Kilat memancar2. Aku ada niat nak buat kek ke, roti ker. tapinya aku dah penat tahap gaban so aku lupakan jer. Itu pun kain kat bilik tengah tu belum siap lagi. Bilik tengah tu mmg aku letak baju2 sekolah bdak2 dan baju2 kerje jer. Jadikan bilik menggosok. Cuma ada byk kain baju tak berlipat..ni baju masa raya lah, baju bdak2 lah...berbakul2 pening aku. Masa ari sabtu tu, akak SP yg kat kg tu..Kak Rose (yg aku ada cerita di entry sebelum tu) menelefon bertanya khabar mgkin dia ingat SP ada. Aku baru je nak melelap mata kejap. Sambil gosip2 cerita gak perihal adik bongsu depa yg MIL dok sekali tu. Sampai la ni takde pun amik org jaga anak dia. Khabarnya minggu ni MIL nak turun sini dgn depa anak beranak...isssh...i dont mind MIL tu, tapi the inlaws tu males betul nak layan. Adik bongsu SP tu nak konvo kat PWTC. (dia amik degree pendidikan). Bak kata kak Rose, lepas dapat degree tu gaknya dapat mengajar sek menengah makin tinggiler tocang dia. Lepas kes anak dia kena air panas tu, hubungan dorang masih cam tu..dingin..sedih gak dgr keluhan kak Rose. Mmg tak reti berterima kasih betul adik SP tu..keras hati mcm batu taktau camne nak buat lagi. Bini pun sama. Makin jadi batu api pulak..ish malas aku nak pikir.

Hari ahad, dalam pukul 7.30 akak ku SMS ...."Salam, abang jamaludin meninggal malam td, kebumi pukul 10 nanti". Jenuh ler aku menggugah suma org termasuk SP. Abg jamaladin (AJ) ni sepupu aku belah arwah bapak. Arwah mak Abg Jamaludin tu kakak sulung arwah bapak. Since rumah dia kt Tg karang jer aku ajak SP suma pegi. Akak dgn mak dah bertolak pagi2 lagi dari kg kesana. By pukul 9.30 lebih kami sampai dah kat sana. AKu dapat jumpa mak, Mak uda, mak cik, pak cik paksu suma sekali adik beradik arwah bapak. Sempat aku bersalam dgn kak Maya isteri AJ. AJ ni org nya sempoi, lawak, tak pernah menyakitkan hati org. Kami suma kalau raya mmg tak ketinggalan singgah beraya kat umah dia. Masa raya baru ni pun kami sempat jumpa. Sempat dia beseloroh gelak bergurau. Walaupun umur dah dkat 50 lebih tapi masih mcm dulu mcm muda2...happy jer. AJ ni badannya gemuk besar dan dia ada bercerita yg penyakit dia cuma gout jer. Ada takde semput. Siapa sangka pertemuan kami masa raya tu yg terakhir, dan hari tu AJ meninggalkan kami suma. Alhamdulillah kak Maya kata AJ meninggal senang jer..sakit dada..sesak nafas dalam pukul 9 malam. Lepas bwk ke hospital dalam kul 11 Allah jemput dia..Innalillah.

Lepas selesai sembahyang mayat, mayat dibawa keluar naik van jenazah. Kami pun suma beransur2. Since akak yg bawak keta, kami plan nak mengeteh kat kedai2 dekat2 area tu jer sblum balik. Pegilah kami, mak, akak dan Mak uda yg tumpang akak ke Kedai Kassim. Dorang makan nasik, bdak2 order iceblended. Seronok gak dapat jumpe mak sambil makan2. Mana taknya dah lama gak tak jumpe...by 11 kami bersurai. Aku terus balik ke Rawang..akak drive back ke Sg besar.


Kalau dah sampai ajal kita, tak terlewat seminit pun. Mcm tu lah yg tercatat dalam Al Quran. Kita je tatau nasib kita kelak. Mudahan dipermudahkan..................ALfatihah untuk semua...AMIN