December 17, 2008

Tahun 2008 hampir habis dah...

Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung 2008 tak beberapa lama lagi. Banyak dah yg berlaku di sepanjang 2008 ni. Ada suka, duka, gembira, sedih semua ada. Yang paling aku bersyukur ialah di tahun 2008 ni lah aku berjaya melangsaikan segala utang piutang kad kredit yg telah sekian lama sejak aku berhenti keja tahun 2006. Dua tahun bukan masa yg singkat. Tapi dari kesungguhan aku membayar berdikit2 akhirnya habis 3 kad kredit ku bayar yg utangnya berjumlah berbelas ribu. Alhamdulillah. Dan sejak itulah aku rasa hidup aku aman bahagia, takperlu nak pikir nak bayar kad2 yg dah tak bole guna tu. Cuma yg ada skg 2 kad sajer..tu pun jrang digunakan..iaitu digunakan disaat2 kecemasan dan perlu sahaja..selebihnya bayar walaupun takat dua tiga ratus sebulan. Percayalah hikmah dari aku berhenti keje, keje gaji kecik menjadikan aku org yg pandai mengawal hal ehwal kewangan. Aku dah tak boros lagi berbelanja dan beli pada keperluan sahaja. Lagipun di tempat keje baru aku ni, disamping dapat gaji yg lebih aku tak perlu entertain client, tak perlu outstation jadi kad aku langsung tidak digunakan ke arah itu..ada tak de entertain diri sendiri...kenkadang.
Dan dalam tahun 2008 ni lah kami dah tak de bibik. Suma kena buat sendiri, dari pada keje rumah sampailah kesegala2 pasal2 anak2. Masa mula2 bibik takde aku cam kelam kabut gak, tapi akhirnya perlahan2 dah back to control. SP banyak tolong selesaikan keje2 umah, basuh kain, sidai kain basuh bilik air, mengemas sapu sampah....pendek kata kami sekeluarga jadi semakin rapat sbb berkongsi kerja..believed me, aku rasa umah kami terasa aman dan lebih kemas sejak bibik tak de. Belanja dapur dan belanja rumah dah jimat. Kalau dulu gas sebulan sekali kena tukar la ni dah 4 bulan pun gas aku tak abis2. Perbelanjaan barang dapur pulak, dari RM300 sebulan dah jadi RM250 for 3 bulan!!.
Rezeki kami pun makin murah Alhamdullillah. Kami takyah risau pasal bayar loan rumah, sbb EPF dah take over, kami dapat berjalan makan angin sbb ada duit lebih. Tahun ni jugalah kami dapat bercuti ke Cherating, ke Cameron, Ke PD ke melaka dan ke bebrapa tempat lain yg aku sendiri dah lupa...SYukur...

Anak2 pulak dah makin pandai berdikari, kalau dulu masa bibik ada suma bibik bibik..skg tak lagi. 2 org yg kecik tu dah pandai nak kemas mainan sendiri, dah pandai nak letak baju kotor kat mana dan dah pandai tolong angkat kain dari ampaian..satu pencapaian tu..
Dan semestinya, keja aku makin mencabar lagi la ni. Sejak bos aku si Umar tu blah in Feb, mamat wahid dari Algeria yg take over. Dah mamat ni dulu keje dok layan client main golof jer mmg tak reti keje apa pun...jadi aku lah yg kena buat suma macam keje dia. Dari pada sekecik2 filing hinggalah sebesar2 melibatkan P&L dan revenue. Wlaupun kadang2 aku tension tapi aku buat gak. Dan Alhamdulillah tahun ini gaji aku dinaikkan lagi dan by Jan dapat lah skit bonus...
Kesihatan mak pulak lately tak bape bagus, selalu sakit2. Tak taulah mgkin faktor umur ke ataupun mmg Allah sengaja bagi dia sakit supaya dia dok kat umah. Yelah dia tu kalau sihat merata kg dia berjlan. Merata dia lepak. Aku paham sejak bapak takde, dia bosan dirumah tapi aku mmg tak berapa gemar dia bercampur tetangga yg salu kejenya mengumpat. So bila dia tak sihat, dia byk dok dirumah biar dia berehat melayan astor prima atau astro ria..
Tahun ni gak aku antar kakak pi intensif tuition for UPSR kat kg sepanjang cuti sekolah ni. Dapat gak mak teman. Sungguhpun aku bayar mahal, aku harap masa cuti dia tak terbuang jer..lagipun tahun dpn dia nak UPSR, baguslah kalau dia dapat menambah ilmu sket time2 cuti nih..untuk persediaan tahun dpan.
Aku tak nak la menyentuh isu global, pasal tanah runtuh bagai...tu suma aku nak jadikan panduan jer. Cuma yg aku suka harga minyak makin turun....jgn lepas ni naik mencanak sudah....
Hakikatnya, aku mmg tak sabar nak menempuh tahun baru, azam baru dan semestinya nak menghadapi 2009. Kakak ke UPSR dan deelyn ke darjah satu..satu cabaran tu sbb masa kakak dulu 2 minggu aku dok bertunggu tangga kat sekolah..harap2 kali ni takde...
Selamat Tahun baru pada suma....selamat bercuti panjang..ada umur jumpa lagi...