February 28, 2011

Penat Tak Abis lagi

Sungguh Sabtu n ahad cuti, namun aku rasa still mcm tak cukup.  Mana taknya sabtu bz dari pagi-ptg. Ada takde tido kejap masa tghari.  Sabtu, Amal dgn Delin ada kem solat di sekolah, so lepas antar dorang aku dgn SP pi merendek pi pasar borong selayang. Dah lama sgt tau tak membeli barang basah kat Pasar Borong.

Biasalah, aku mmg jadik gelap mata kalau pi sana. Abis suma aku nak beli.  Tpi memandangkan yg la ni pagi2 hari2 aku masak, jadik aku rasa beli jer ikan berjenis2.  Sejenis tu beli dalam 2-3 ekor.  Mana tak gelap mata, ikan siakap 4 ekor sederhana kecik size cuma RM11 henget jer.  Mau tak gelap mata korang.
ari tu 3 jenis ikan seciput gambar ni ha aku kena bayar RM29. Gile mahal ikan tu. Aku sure sgt akak tu salah kira, tp since tanya balik dia kata Rm29gak, tak kuasa nak gaduh tau. Tp mmg x lojik. Ikan pelaling dgn kerisi tu sekilo RM8.  Dua jenis tu sekilo + Rm6 keli. Baru berapa. Aku suspect akak tu salah bg harga org lain kat aku sbb akak seblah aku tu beli ikan bberapa jenis. Jenis memahal cam bawal tu..

Jadi peluang ke Pasar borong mmg aku tak lepaskan. Tgk ler apa yg aku dapat tangkap dgn hanya budget RM100. Dapat borong cili padi (yg mahal tak hengat gak skg ni).  Aku amik 2-3 ekor je tiap jenis. Kecuali ikan pelaling dgn selar. Sbb ikan tu tahan pun ya, senang pun ya. Senang sbb suma org dalam umah makan.

 Cili+tomato dgn cili api vietnam ni cost me Rm20.70. Bapak mahe.
 Ikan Cencaru-sekilo baru Rm6 jer. Siakap 4 ekor =Rm11.60

Dah hampir 15thn kami kawin ni, mmg keje2 menyiang adalah keje encik ni. Sbb encik ni mmg sabar nak menyiang ikan, udang, sotong dan sewaktu dgnnya. Mem biasalah nak masak dan ngemas sayur2. Lgpun since dia suka nak menyiangkan..relakn jer lah. Dia ni mmg cam  abng sulong dia. Kalau balik pasar mmg dia mengerjakan suma2.

Dah siap siang, basuh bersih2 mmg keje aku ler nak menyusun kat lam peti tu.  Maklumlah aku kena fikir camne nak simpan supaya senang nak masak kan.  Since pagi2 buta nak masak, harus plan dari Isnin - Khamis yg mana satu kat depan yg mana satu kat belakang.  Oh ya, masa kat pasar tu kami nampak sotong katak (rupa cam katak tu) tp sedap. First time aku beli dan masak black pepper. Mmg terbaik. Sotong tu pulak murah jer. RM5 sekilo. Tp kena sabar menyiang sbb ada tulang dan sesungut dia yg nak kena buang.  Udang pulak aku amik sekilo tu pun harga RM13/kg tp besar2 mmg puas hati.

Mesti korang kata byknya kan.  Sbb aku ni jenis malas nak beli sikit2. Bg aku beli sikit kat kedai area umah dah ler mahe, kalau hari keje mmg aku x dan nak singgah2 beli kat memana. Kalau tak pun ari minggu aku pi pasar kat Rawang tu beli ala2 kadar. Tp harga still jadi isu, sbb mmg mahal sikit dari kat pasar borong. Kalau sejenis ikan leh jimat 2-3 ringgit aku rasa lagi berbaloi kalau beli sekali cam ni. Lgpun nanti kan bulan march ada cuti sekolah, dah tentu aku kena masak lebih lagi sbb budak2 ada kat umah.

Ada org kata nanti tak fresh..eleh, busit la tu. Ingat kalau nak sgt fresh boleh ke dapat ikan yg masih hidup2 beli kat pasar tuh?. Kecuali ikan keli la kan.  Jadi bidaah jer kalau beli x segar. Abis kat kedai, kat nSk kat Tesco dan sewaktu dgnnya tu segar la sgt? at least aku beli kat pasar mmg masih segar bugar kan ikan dia.

Hari sabtu setengah hari dah gone pi pasar masak dan sebagainya. Tu belum amik kira membasuh kain baju yg menimbun dan menyental baju sekolah dorang tu kan.

Hari Ahad pulak mmg  patut kami pi kenduri umah kawan SP.Tp since SP sendiri maleh nak pegi katanya, Lgpun projek pasang tiles dia kat dapur tu lum siap. Dia nak menyiapkan dulu.  Masak ler apa yg patut  Still Ahad pun byk keje nak kena buat. Mengemas, membasuh mem...segala2. Aku rasa keje umah mmg tak abis2 dari celik mata sampai pejam mata.

Lepas maghrib, melipat sebeban kain baju pulak. Kakak tolong gosok baju sekolah adik2. Tolong juga gosok 3 helai baju keje aku. By time siap melipat, sebasuhan kat mesin pun siap gak.  Walau pun dah letih sgt2, jam pulak dkat kul 11 masih aku melaratkan diri sidai kain. Kesian pulak kat SP sbb pasang tiles belum siap lagi takkan aku nak suh dia tolong sidai. Nak taknak aku sidai gak.

Siap sidai kain dah kul 11.  Belengas aku rasa. Aku mandi dan solat isyak langsung tido. Gitu jer. 2 hari cuti gone cam tu jer. Tu nasib baek tak kuar mana2 pun. Lau tak lagi penat gaknya.

Mggu depan Isnin aku dgn SP plan nak amik cuti. Nak kena pi sekolah bdak2 settle yuran dan bagai2. Aku juga ada plan nak ajak SP mencari barang yg aku idam2 kan sejak dulu tu..sementelah bon dah dapat sikit ni kan. Nak gak aku beli supaya nampak la hasil penat lelah aku tuh...

Letih mmg letih, tp apakan daya Monday mood suka tak suka kena kerja. Carik makan gitu. 

February 25, 2011

You make me Angry!!

Wah, hari ni Jumaat.  Mmg dari pagi tadi meriah jer aku rasa nak g keje. Maklum esok dah weeknd. Pagi ni plak kami kuar awal sbb naek keta.  So dapat la aku lelap2 mata yg ngantuk tu sejam gitu.  Tapi kegumbiraan aku pagi ni rosak, binasa dan punah dek kerana email tuan bos tau.. menci sesgt..

Mmg aku tau due date revenue submission tuh.  Tpi semlam aku dah ala2 bincang dgn rakan kat Vietnam yg due date dorang bagi tu should be UK time. Maksud, kalau due date 24th Feb, bermaksud 24th Feb waktu London lah.  Aku dgn minah Vnm tu dah agree pun nak submit pagi ni. Bersamaan 24th UK time ok!.

Pagi ni lepas masuk off, terus bukak email.  Nasib baik tak bukak fesbuk dulu tau cam biasa. Ada instict jer kalau ada mende2 penting kat email tu.  Fari enuff. Bole lak bos aku tu letak ayat : ini sgt penting bla bla bla....sbbnya ada email dari mamat UK kata x terima report tu. Tp email mamat tu antar kat suma lokasi kat ASIA ok!. Means suma pun tak antar lagi. Bukan Msia sorang je. Sengal.

Dah ler report tu dia yg patut buat.  Kira aku buat tu cukup baek tau.  Mana de nama kuli2 batak lain kat email tu. Suma pangkat Manager, District Manager..Country Manager.  Cuma aku jer sorang MEJA!!. bukan manager.  Dasar sgt.

Siap letak amaran lagi kata..lenkali bla bla bla..eh, menci..menci ..sgt menci ok.  Mmg lately ni aku rasa nyampah jer dgn bos aku tu tatau nape.  Lepas 5 thn pulak baru ada perasaan begini. Sbb akhir2 ni dia mmg salu jer maen boh nak ckp, nak marah sesuka hati.  Kalau ada tender ke hapa sedap jer dia campak ke sana sini. Padahal dia yg patut buat.  2011 ni aku makin nampak ketara dia cam maleh jer buat apa2.  Appraisal kitroang pun dia buat2 tak tau jer. Tgk lah esok kalau increment takde mau ada nk kena santau nih.

Aku tau ler taun ni umur dia dah 62. Dah Men A Pause ler tuh...dah tua2 kalau makin  lama makin gitulah..grumpy..Nyampah tau..

February 23, 2011

Penyakit No 2

Sungguh, aku jarang2 dijangkiti penyakit no 2 ni. Tapi since last week penyakit ni mmg mcm tak mau pegi jer dari aku nih.  Penyakit no 1 apa?..owh..mesti penyakit M : M a l a s.  Dan penyakit no 2 aku ialah : m e n g a n t u k.

Serius sesgt, aku jarang rasa ngantuk kalau hari2 keje nih. Kecuali bulan poser lah kan. Hak tu laen sbb kena bangkit kul 4 am. Lepas sahur x tido jadik standadlah pagi2 ala2 pisat2 ngantuk gitu.  Tpi kalau bukan bulanp puasa mmg pelik lah.  Sbbnya?. kot kalau aku cuti ke MC ke time ari2 keje kan, puas ler aku dok paksa2 mata nak tido siang kat umah tu..salunya mmg tak bole. Kalau MC plak harus telan ubat selsema atau batuk baru leh. Tu pun kejap jer. Gaknya mmg minda dah set gitu. tu pasal.

Tapi, sejak mggu lepas mmg aku asyik ngantuk jer.  Dah 2 kali hampir2 aku tergolek dog jatuh dari moto tau.  Aku tido awal tak awal tpi cam biasa gak around 10 -10.30pm gitu. bangkit lak kul 5.30am cam biasa.  Tapi bila time2 kat atas moto on de way ke off tu mmg x tertahan2 ngantuk. Rasa nak tongkat jer mata dgn mancis ke apa.

Salu gak SP dok hantuk helmet dia dgn helmet aku.  Kerap kali aku terkezut dan terbuntang mata, tapi kejap jer korang. Selebihnya mata nak terkatup balik. Sajer jer tau.  Semlm tu masa tgh ngantuk sesgt, dah terpejam2 mata gitu, dalam hati..ish lambat betul sampai Jalan Ampang nih..dah x tahan ni..ttba SP berenti kat moto betul2 kat depan Sheraton Imperial tu.  Dkat Uni KL tu. Rupanya pancit lah pulak.

Sbb aku malas nak tunggu. Lgpun dah dekat kul 8am aku ckp kat SP aku jalan kaki je lah.  Lgpun bkan jauh sgt pun.. Sambil eksesais aku dapat buang ngantuk nih...dasar setan tau.  Aku stat jalan laju2..melepasi Rennaissance hotel, Sek Cina, Kubur Jln Ampang then terus ke maya..dalam 15 min gitu aku dah sampai off.  Berpeluh gak tpi yg pasti mengantuk aku terus ilang..Just gone.

Mmg kurang eksesais ler gamaknya nih.  Lemak2 tepu mula mengganas. Tu sbb rasa ngantuk jer sokmo.  Nampak gaya kena stat jalan lagi ni esok lusa...

Tak cukup rehat pun ya aku rasa.  Penat sungguh2. Wekend lepas balik kg, so keje2 umah tangga dah tertunggak gitu.  Maknanya weeknd aku kena ler bertungkus lumus mengemas, mengemop..dan segala2 menge.....maklum org takde bibik gini lah gayanya.  Amal dgn delin pulak lately baju sekolah kotor yg amat. Hampir hari2 pulak kena menyental baju dorang tuh....ish..susah kan jadi seorang isteri dan ibu yg bekerja...sbb kat off dah 9jam bekerja..balik umah pun harus sambung berkerja...never ends org kata..gitula adanya.......

February 22, 2011

Mengapa lelaki berumur 40 ke atas salu tersasar/berubah??

Meh kita baca persoalan, mengapa lelaki miang berumur 40 ke atas dari forum ratu hati yg aku dapat..

1. Biasanya umur 40an ke atas, kedudukan kewangannya mula berlebihan, (jika bergaji besar), dan kedudukan kerjayanya di tangga tertinggi menjawat jawatan Timbalan, Penolong Ketua dan yang setaraf dengan ini, yang mempunyai kuasa di tempat kerjanya. Keadaan begini menyebabkan kegagahan kemachoannya meninggi.
-tapi yg takde wang, pangkat pun sama gak...last2 terjebak ...sapa nak jwb?? Tp bab stabil tu betul la, sbb anak2 dah besar, bini pun tolong support byk..so, wang tu ada lebihan..tu yg menerawang jer tu kan..


2. Apabila dirinya berada di atas ketinggian tangga kerjayanya ini, kuasa berada di tangannya, maka hormon testosterone nya bertambah dan berlebihan apabila dia berada dia pejabat.
-Ego ler tu..nak belagak..nak2 lagi kawan2 dok asyik cucuk manjang..suh test market..


3. Keadaan ini menyebabkan dirinya semula kembali asasinya iaitu Pemburu. Minatnya untuk memburu mula membara. Apa yang dia burukan? Terpulang kepada minat masing-masing. Jika hobinya menyimpan barang antik, maka dia mula menjadikan hobi ini galeri utamanya, jika memancing, dia akan cuba untuk memenangi GP Joran anjuran Berita harian, jika Superbike, dia akan berkonvoi dan menjadi Marshal mengetuai team convoi ke seluruh dunia, DAN jika yang minat perempuan, dia akan memburu perempuan-perempuan muda yang cantik terutama sekali yang susah untuk ditawan. Jika kesemua perkara ini dapat dicapai, maka dia merasai kepuasan yang tidak terhingga.
- Tp it takes two to tango. Lau perempuan2 yg gatal dan gedik x melayan tak jadinya. Org lelaki base ler, pantang org jual murah sikit..mula mengayat..tak gitu?



4. Kembali kita kepada lelaki 40an miang. Lelaki ini berkemungkinan hobinya memburu wanita. Perangainya ini dibawanya seawal persekolahan lagi. Jika anda kenal suami anda sejak di bangku sekolah yang ramai teman wanita di keliling pinggangnya.. maka suami ini berkemungkinan akan menjadi pemburu wanita muda selepas berumur 40an.
-Ala yg tak miang pun, kalau perempuan dok gedik2 ..dok gesel2...mula2 kata tak nak..lelama?..iman sure goyah nak2 lagi perempuan lawa ala2 Nora Danish ke..Nasha ke kan.

5. Seorang pemburu berasa bermotivasi untuk menangkap mangsanya, berusaha berbagai cara untuk mendapatkannya. Disebabkan kedudukannya yg stabil dan hormon jantannya tinggi, maka dorongannya memang hebat untuk menjerat wanita buruannya itu. WALAUPUN DIA ADA ISTERI YANG CANTIK DI RUMAH. Namun mengejar wanita buruan adalah satu nikmat dan kepuasannya. (Walaupun perempuan yg dia buru itu tidak secantik isterinya).
-Salu gitu kan..bini sikit pnye lawa cun melecun..tp lelaki still carik yg lain..still affair dgn perempuan lain..tu pasal apa?..nafsu ler


6. Sebagaimana pemburu binatang, apabila sudah menangkap buruan itu dan menyembelih, maka hilanglah mindanya terhadap binatang buruan itu. Esoknya dia akan mencari binatang yang lain pula. Maka bergitulah si pemburu wanita umur 40an ini, dia amat bermotivasi memburu wanita pilihannya. Dan akan berasa megah menceritakan pada teman2 seangkatannya kejayaannya menangkap wanita muda buruan ini. Apabila telah dapat apa yang dihajati, maka dia akan tinggalkan wanita itu dan mencari wanita lain pula.
- ni lebih kepada pengaruh..kalau kawan2 cucuk jer. Tapi yg ada makin tua makin alim pulak. Tu sbb apa, sbb mereka2 tu ingat Allah..ingat nak beribadat..maklum dah berumur.


7. Mengapa lelaki ini miang di luar rumah dan dingin di dalam rumah dengan isterinya? Ini kerana secara semula jadinya, bila umur meningkat lebih 40an, badannya hanya mengeluarkan hormon testosteronenya 50%. Tahap rendah ini menyebabkan diri lelaki ini menjadi lemah dan stress. Apa lagi jika dia balik ke rumah, dia dileteri atau tidak mendapat sokongan yang boleh membantu dia menambah hormonnya ini. Dia merasakan stres sebab di rumah dia tak dapat tambahan hormon jantannya ini. Tetapi di luar rumah, dia diminati oleh wanita muda dan dapat menguasai mereka dan menyebabkan dia mendapat menambah hormon testosteron yang meningkatkan keceriaanya dan kehebatanya.
- Alah, kadang2 manusia kan..dah ada tapi tak tau mensyukuri..yg Haram jugalah yg dia nak. Maklum setan pangkat besar dok lam kepala gitu..


8. Oleh itu, jika puan-puan inginkan suami 40an tidak miang di luar rumah, pastikan anda membantu suami anda menambahkan hormon testosteronenya setiap kali dia pulang ke rumah dengan:

a) Menyambut dia pulang dengan senyuman dan ucaplah perkataan yang dia rasai anda bahagia kepulangannya dan dirinya dirasai dihargai.
eh, kita pun penat jugak keje tau...kena sama2 memahami dan menghargai ..baru jadi

b) Teruskan beri dia kerehatan, minuman kesukaannya, biarkan dia membaca / nonton TV sesampai di rumah dalam 15-20 minit agar dia dapat mengembalikan kehilangan hormon jantannya.
-Kok bini tak keje bole ler melayan gitu...kalau dua2 keje, dua2 sama penat sampai umah...paham2 jer lah. Suami pun kena salu  bertolak ansur dgn isteri. Jgn nak pentingkan diri sendiri jer.

c) Layanilah dia hingga dia merasai dirinya dihargai. seolah-olah hanya dialah RAJA di rumah yang memberikan kebahagian kepada isteri dan anak2nya. Jangan mengeluarkan perkataan dan perbuatan yang menyebabkan dirinya berasa GAGAL membahagiakan isteri di rumah. Ini menyebabkan dia mencari KEJAYAAN di luar rumah.

-Yg pasti kejayaan tu mesti lah datang dari dua org sekali. Suami dan isteri. Kena lah salu paham memahami, bantu membantu, bertolak ansur, jujur , setia..dan yg paling penting..IMAN tu...dua2pun harus berusaha menyemarakkan cinta bukan serah kat isteri sorang jer..tak gitu??

February 21, 2011

Alam maya Fesbuk

Fesbuk, kalau kita tak salah guna mmg sgt bagus dan bermenafaat.  Yg tak bagus bila org menyalah guna untuk curang lah, menipu lah dan sebagainya.  Fesbuk sebagai medium perantara yg bole mengeratkan silaturrahim jugak.

Aku pun mula2 berfesbuk takat kawan2, sedara mara jer. Tapi sebb kg kelahiran aku kat Sg Besar, maka ada lah yg rajin create page untuk bdak2 berasal dari sana. Pendek cerita, page untuk golongan banjar di Sg besar tak kira, tua muda ..single, double.

Melalui fesbuk BBSB aku kenal ramai kawan2. Mostly adik2 ada jugak abang2..Pakcik2 pun.  Sbb salu aktif kat situ berbicara bahasa kg kami, aku kena lantik pulak jadik admin.  Founder BBSB si Adi yg jovial pulak mmg ada jer idea nya nak memeriahkan BBSB.  Menjadik sungguh lah.

Hari minggu lepas salah sorang admin BBSB melangsungkan majlis perkahwinannya berdekatan dgn kg mak.  Jadik aku amik kesempatan nak join the kenduri langsung bersua muka dgn mereka2 yg happening tuh.

Berjanjian pulak mcm nak buat first blind date gitu.  Lepas masing2 dah jumpa dan berkenal2 lan kami terus pi ke majlis kenduri SS tuh. Mmg dah tak berapa ramai org sbb dah dkat kul 2 lebih gitu. Mmg sengaja waktu itu dipilih supaya pengantin tak sebok bersanding.  Fair enuff, walaupun terpaksa tunggu lama dapat makan dapat berkenalan dgn geng2 sambil beramah mesra dan gumbira sungguh happening.

Salah sorang rakan pulak datang dari Puncak Alam. Tatau ler aku berapa km/hour dia memecut untuk sampai kat majlis. Yg pasti, dgn pertemuan pertama tu aku rasa mcm dah kenal meka2 tu suma lama.  Tak kekok langsung nak bersembang, kutuk mengutuk, puji memuji dan kata mengata.  Mmg happening betul. Terasa macam majlis sendiri pulak.

Taksampai 3 jam pun pertemuan tu, tapi dah berjaya merapatkan silaturrahim antara kami.  Dengan gelak ketawa, gelagat usik mengusik mesti akan memberi kenangan terindah buat semua.. Untuk Adi, zilah, siti dan Zurah harap2 lenkali kita dapat lagi bertemu gini kan.  Buat SS dan isteri, selamat pengantin baru. Semoga kekal sampai akhir hayat.  Buat SP dan Hsbnd zilah..both of u mmg sporting lah. Layan karenah bini masing2 dgn perangai gila2. 

Moga2 lenkali kita bole jumpa lagi cam tu. Mgkin kat majlis Siti Ropeaah pulak.....till that time..layan gambar2 kami posing semlam..Kat bendang gitu..


Lepas makan, pindah meja lain pulak sambung bergebang...bdak2 excited berlompatan di bendang...






  •  Tadaaaaaaaa..........posing sebelum masing2 gerak balik...


     Pose dgn pengantin kat bendang .....



February 16, 2011

Keinginan Vs Keperluan


Aku rasa tiap orang mesti ada keinginan kan.  Nak kan sesuatu utk diri sendiri.  Tapi harus tanya balik pada diri, pada hati, pada akal perlu ke tak mende tu. Betul tak?

Aku dalam dilemma.  Ada satu benda tu mmg dah lama sangat aku nak miliki.  Harganya bole tahan ribu riban gak.  Tapi tiap kali nak proceed jer ada jer halangan.  Kadang duit tu ada tapi sbb rasa tak perlu sgt, niat tu tertahan2.  Aku rasa sejak tahun lepas lagi aku berangan2 nak milikinya.

Ya, aku tau tak harus melayan keinginan sedangkan benda itu idak sgt diperlukan. Tapi, terlintas kat fikiran aku plak, kita dah berkerja keras dgn gigih.  Bila dapat duit lebihan sikit tu, patut tak korang rasa kita pamper diri kita sendiri dulu?. Asyik dok fikir anak2..asyik dok pikir keperluan rumah tangga jer.  Jarang sekali penuhi keperluan diri sendiri.  Ada masa termakan pulak hasutan gini. Lebih2 lagi kalau kawan2 rapat dok cakap benda2 yg sama. Alah, ko dah keje teruk2 sesekali beli la apa ko nak. Bukan selalu pun!!!.  Lemah tul aku dgr ayat2 gini.

Dari org yg lain pulak kata gini : Alah..ko bukan perlu sgt benda tu. Buat apa nak membazir??. Baek la ko simpan duit tu dari buang tak tentu hala.  Kalo bercakp dgn org cam ni..which aku kategorikan kedekut mmg manjanglah dia bagi pendapat gitu ..ye dak?.

Entahlah, aku lum finalise lagi sama ada aku nk beli ke tak. Kalau x beli apa pun duit tu abis gak.  Ada baiknya aku beli something untuk mengubat hati. At least nampak org kata. Lagipun..itu yg aku impikan sekian lama kan..tak salah. Boring esok ko jual kan jer...

Ish ish...aku harap aku bole ler buat decision cepat.  Mula2 mmg seblum aku dgr pendapat org kedekut tu mmg aku nak on jer. Tpi sbb dia lah ckp gitu, langsung aku dah berbelah bagi..cam ne yek?

February 15, 2011

Rumah ku..suka Ku.

Sebenarnya, aku tak berapa pandai nak berbahasa basi.  Aku x pandai nak buat ayat sedap2, best2 mcm orang lain tu.  Aku bukan seorang penulis hatta seorang penyair. Aku hanya org biasa. Yg dulu belajar 3M masa kat sekolah rendah.  Aku dari dulu mmg benci nak tulis diary.  Kalau ada dapat diary pun sure free pnye. Tu pun either aku wat conteng2 or tulis apa2 masa meeting. Conteng ke hapa sbb boring. Mgkin salah satu sbb aku tak suka org baca diary aku kot?..Maybe.

As time flies, umur pun semakin tua aku yg mana aku perlu tempat untuk meluah apa yg terbuku, tersakit, or ter apa2.  Tak bole manjang luah kat rakan2. Sedara mara hatta pasangan kita sendiri. Sbb ada benda2 tu mmg aku x mo kongsi dgn dorang.  Terutama sedara mara. Bahaya. Silap haribulan kita pulak dimanupulasikan.  Tak jugak suma benda kongsi dgn sparring partner kita kan. Sbb kadang2 benda yg kita tak puas hati tu melibatkan dia dan keluarga dia.  Takut2 tersinggung, tersentap or majuk ke kan susah.

Aku ingat aku stat buat blog masa tahun 2007, masa tu aku keje kat Subang 2.  Kawasan perindustrian, keje buat account sungguh boring tahap gaban.  Selalu mmg takde keje.  Time2 ujung bulan jer ada tu pun buat sekali dah siap.  Boring nya Allah jer yg tau sbb aku base keje mengejar dateline. Bz sokmo. Pendek kata, nak pi toilet pun selalu ditahan2 dek kebizian terlampau.  Jugak masa tu kwn2 geng bergebang suma kje jauh2. Susah nak jumpe. Nak telefon selalu pun, dorang bz. Tak syiok lah kan.

Sbb tu sblum 2007 mmg aku takde masa langsung nak berblogging, fotopages ke my spaces ke. Suma aku tak kenal masa tu bahkan taktau langsung u olls.  Blog ni mcm tmpat theraphy untuk diri aku sendiri. Terutama bila anakku Addeelyn punya masalah.  Aku tak mau nak memberatkan SP dgn asyik mengadu pasal delin. Jadik salah satu cara aku luahkan di sini.

Mula2 aku jadi silent reader jer. Bloghopping sana sini dan keep following mana blog yg aku suka tu. Masa tu ada 2-3 blog jer. Lelama, aku jadik follower sana sini. Ada kadang aku komen gak mana2 entry yg aku suka tu..dulu2 aku salu guna annoy, sbb aku x mau org baca blog aku.  Tapi lama2 aku fikir aah, tak kisah lah. Klau org nak baca pun tak ada masalah kan.

Aku tau kebanyakkan benda yg aku tulis tu berkait dgn hidupan seharian, anak2, keje, kwan2.  Selalunya apa yg aku luah tu adalah untuk menghilangkan kebukuan hati aku ni. Terutama bersangkut paut dgn keluarga belah SP.  Aku x bole simply2 nak ckp ketidakpuasan hati aku pada dia, pada org2 yg bersangkut paut dgn dia. Aku rasa its sensitive. Tapi kalaulah ada antara mereka baca blog aku. Apa aku bole buat kan.

Since any blog komen aku link kat email keje aku, satu hari aku dapat review komen. Komen tittle tu tajuk dia GUEST, GUEST, GUEST.  Mmg cerita kat entry tu mmg agak harsh sikit. Tapi itu adalah apa yg aku rasa. Aku x nak menipu diri sendiri berlakon plastik akan apa yg berlaku. Kisahnya ada annoy antar komen : Please delete this entry!!!.  Mula2 aku x bole nak fikir, sapa lah yg letak komen ni.  Sbb kalau tak silap entry ni late 2009 (kalau x silap). Semua yg aku tulis tu berkait dgn kuarga sebelah SP. Aku bengang giler baca komen mangkuk tu, entah camne aku nak delete komen dia aku terdelete terus entry tu..Ciss!!.

Tapi aku nak tulis jer balik apa intipati entry tuh. Which aku suspect mesti orang tu adalah org yg aku x puashati ataupun org yg bersangkut paut dgn dia. 

Meh aku summarise citer tu sikit :  Sedara mara SP ni kadang2 bikin aku panas hati sbb dorang salu nak dtang umah nak mo bgtau awal.  Tak kira ler, adik beradik ke hatta MIL sekalipun.  Ada sekali tu mmg kami plan lama dah nak balik kg aku (aku bgtau sbb ada kenduri), alih2 adik bongsu SP bgtau dorang nak datang umah dgn MIL satu hari seblum date kami nak balik kg tuh.  Aku dah janji dgn mak semua2 plan sbb kami masa tu sebenarnya nak pi jenjalan ke Taiping der...Hotel suma dah book and paid.  Aku agak marah dgn SP sbb aku selalu jer dorang men suka2 redah datang umah.  Bukan aku tak suka. Tpi tau jer lah, aku suka buat suma ber plan. Jadik jgnlah salahkan aku kalau kami takde kat umah..Jadik no choice, SP terpaksa dalam berat hati terus dgn plan kami. Dan dorang turun gak KL.  Alah kat KL bukan takde umah anak yg lain kan..and inilah first time dorang datang kami x ada...Lama jugak korang MIL dok ungkit2 yg dia turun KL kami takde. Katanya kami sengaja mengelak. Padahal, tiap kali dia turun tu x pernah pun kami tak bagi datang, tidor or santai2 kat umah kami tuh...Aku diam kan jer. SP pun sama. Malas nak layan malas nak explain kenapa...biarkan citer tu gone org kata.

Since mende2 gitu dah berlaku, they should learn their lesson kan.  Kalau nak datang umah tu, bgtaulah awal2. Lagi awal lagi senang, sbb kami berdua ni bekerja. Anak2 suma sekolah. Ye lah org nak datang umah, at least aku nak siapkan stok bahan2 mentah kat lam fridge la kan.. Bukan macam setengah org tu, kita datang umah dia kita pulak yg beria2 beli macam2 sbb nak masak takde benda!.  Aku x mo ler sampai ke tahap itu. Tau jer lah family kami ni sempoi. Lau takde lauk makan maggie anak beranak pun orait jer. Tak pun tapau nasik lemak bungkus on the way balik keje, beli burger ke hape. Anak2 tak cerewet SP pun sama..So no hal.  Lgpun dalam fridge tu telor, segala mala nugget hotdog dan sewaktu dgnnya sentiasa ada. Tapi org tua takkan nak layan mende2 gitu ye dak.

2nd occasion pulak kakak SP yg no 3 tu telefon SP di suatu malam. Hari Keje.  Pukul 11 lebih kot masa tu. Masa tu kami anak beranak bergelimpangan kat depan TV dgn tilam toto bagai. Jadik bila telefon tengah2 malam kata nak datang tumpang tido, aku naek angin lah.  Ye lah jam 11 lebih baru nak bertolak dari Johor, by time sampai umah aku pukul 2am. Tak giler ke tu?. Dah la nak keje, bdak2 nak sekolah.  Sbbnya Kakak dia tu nak antar anaknya intvew kat UM lembah Pantai. Padahal anak dara dia ada dok kat Keramat masa tu.  Bila fikir logik, pagi2 esok dorang nak ke Lembah pantai dari Rawang..dgn jammednya dgn taktau jalan ..Akhirnya, SP suruh jer dorang tido kat Keramat tu. Sbb dekat dan senang nak ke Lembah Pantai. ieee. betul tak kuasa tau. Tu pun kira SP tolong gak, antarkan dorang ke Lembah pantai the next day walaupun terpaksa cilok kuar dari off.  Itu antara entry aku kat dalam GUEST 3x tu.

Masa aku tulis tu mmg aku tak puashati sbb tiap kali nak datang dorang buat umah kami macam hotel.  Nak datang men redah jer. Pe salahnya bgtau awal2 ye tak. Senang kami nak fikir nak plan ke hape. Paling tak nak mengemas umah sikit2. Tau jerlah umah ada bdak2 mmg bersepah jer manjang.

Kadang2 aku rasa dorang ni mmg takde manners pun.  Ada sekali tu, salah sorang kakak ipar yg lain pulak tumpang tido sbb nak antar anak register kat Uni. Cam tu gak. Tak bgitau awal.  At least bgtau awal2 bole gak amik cuti ke hape.  Pg2 kami kuar gi keje, aku x kisah dia nak masak apa bawak bekal ke apa. Mmg suma ada kat lam fridge tu..tpi yg tak sedapnya, bila dorang blah dorang x tutup suis kipas, tak tutup suis lampu..yg paling best Gate dgn pintu depan pun x tolong kunci.  Abis camne?. Mujurlah x lama lepas dorang blah tu, kakak balik dari sekolah agama.  Dia lah yg telefon aku bgtau apa jadi masa dia balik.  Abis??. Apa lagi aku nak katakan?  Kalau lah dorang ada sentimen sikit nak fikir mesti tak jadi mcm tu kan. Mujur lah takde org masuk rompak umah ke apa. Kalau tak sapa nak jawap?.

Memang aku tak paham org yg maen tangkap mudah jer suma perkara.  Manners tak ada langsung org kata.  Toksah citer lagi pasal kaen kotor yg dorang tinggalkan merata2. Manjang jer lepas dorang balik aku kutip suma kat lam bilik. Dengan tuala lembap, baju basah kat lam bilik.  Seingat aku, dan aku terus mengingat diri aku, tak pernah aku wat cam tu hatta kat umah MIL pun.  Tak pernah tinggal jer segalamala biar org lain uruskan. Sbb kita patut hormat tuan rumah kan. Hatta umah mak aku pun.  Baju kotor pun kalau nak tinggal aku siap2 pesan kat anak2 letak terus dalam mesin.  Selimut kat umah MIL aku makesure basuhkan dulu.

Jadik, kalau lah tiap kali aku membebel pasal perkara di atas, tak ke SP akan kata aku x suka family dia datang?.  Walaupun bukan gitu maksud aku. Aku terima semua tetamu dlam rumah kecil kami tu dgn tangan terbuka tapi agak2 lah kan.  Benda2 sensitip gini misal nya aku x bole sembarangan ckp. Takut2 SP tersinggung.  Aku x rasa dia tau pun mende2 (yg mgkin dorang anggap remeh) tu. Selalu nya kalau kakak bising2 mengomel aku, itu antara TST (tau sama tau) antara aku dgn dia jer. Aku siap bgtau dia jgn kecoh2. Nanti ayah tak suka..So, sinilah tmpat aku meluahkan segalanya. Ditakdirkan ada antara dorang yg baca...sendiri mau ingat lah kan.

I m not perfect jugak, tapi seboleh2 aku cuba. Dan aku amat org lain jugak berfikir gitu.  Adat dan adab hendak datang, tinggal atau sewaktu dgnnya.  At least kalau ada amalan yg mmg dah biasa tu, kalau tak elok tu ubah2 lah. Kalau tak  mmg jadik biasa dan sebati dalam diri kan.

Rumah kami mmg sentiasa jadik tumpuan terutama anak2 sedara SP dari dulu lagi.  Aku rasa dorang rasa selesa dan lagipun aku rapat dgn dorang.  Bole bercerita apa saja berbanding makcik2 dorang yg lain tu.  Sbb itu bila dorang nak dtang jer, dorang bgtau awal2.  Bole aku siapkan apa yg patut dan masak apa2 menjadi kegemaran dorang.  Noticed in advanced required. Itu yg aku selalu pesan kat anak2 sedara suma.  Mgkin sbb dorang tu paham bahasa dan outgoing, so far no problem. Cuma yg lelain tu..yg dah berumur tu agaknya susah sikit nak kasik ingat....nasib.

Jadik, apa yg aku tulis, apa yg aku cerita kat sini..itu hak aku sebagai tuan pnye blog. Sebagai tuan rumah. Org lain takde hak nak komen nak suh delete ke hapa. Who eats chilis will feel the hot ..tak gitu?. Lepas ni kalau ada antara korang pembaca yg mmg terkena dgn apa yg aku tulis tu, amik lah ingatan.  Sungguh kadang ada bnyak benda tak terluah dek kata2..tapi bila dah terbaca tu..sendiri mau ingatlah kan...

Zaman sekarang ni ,bukan zaman plastik ok.  Aku tak leh nak bermuka2. Seolah2 mcm tak ada pa yg berlaku..pendek kata, mcm nak masuk umah org, harus beri salam, ketuk pintu dulu...takkn maen redah suka2 jer kan..laenlah umah sendiri. Tu pun kena bukak kasut dulu..bukak kunci pago dan sebagainya kan...

Apapun, selamat menyambut maulidur rasul...selamat bercuti.



February 14, 2011

Rencam...

Banyak..banyak sgt sebenarnya benda aku nak tulis kat blog.  Macam2. Dalam kepala ni.  Tpi bila jari2 aku kat keyboard nih..tulis separuh jalan ttba mood aku ke laut.  Dah bberapa kali ari ni, aku tulis...hampir 3-4 rangkap ttba mood hilang..langsung aku jadik malas.

Macam2 dah berlaku dari minggu lepas sampai weekend sampai ari ni, tapi aku tak leh nak visualize kan. Tak bole nak segragate mana satu aku nak citer dulu.  Jadik disebabkan ketensionan aku dgn keje ari ni, aku kena juga luahkan kat tempat yg bole mengurangkan stressed.  Tak elok stressed selalu..aku tau..tapi nak wat cam ne kan.

Dari minggu lepas, aku mmg tak berapa sihat. Badan rasa sakit2. Mcm nak deman. Tekak rasa perit.  Kadang2 aku pikir, aku dah stop minum ais pun tak menjanjikan kesihatan tu yang aku bedal jer.  Yg pasti sebelum sakit tekak mnggu lepas mmg aku rasa haus sentiasa.  Tak pernah pagi2 buta breakfast aku order teh ais. Tapi mggu lepas ada beberapa kali aku minum tuh..Natijahnya aku rasa ni lah..Sakit tekak tahap giler. Dengan batuk dan phelgm yg bertengkek kat tekak buat gatal semacam jer.

Hari Khamis lepas, aku dah dapat email yg aku nanti2 kan. Email pasal B tu lah kan.  Dah bertahun tau aku tak dapat . Last aku dapat masa awal 2009. Tu pun sebulan sebb simpati kot.  Aku terima seadanya.  Yg aku ingat aku beli mesin basuh baru dgn duit tu..sbb kebetulan mesin basuh rosak on the particular time tuh...baser jer kan.  Lepas tu takde.  Aku ni bkan dlam katergori yg layak dapat insentif bonus mcm bdak2 sales yg lain walau pada hakikatnya buat keje support sales macam gila khinzir.  Ye lah, nak pastikan barang2 yg customer nak kuar on time. Nak pastikan segala mala kena invoice on time. Kena bayar on time. Bos bukan tau apa. Lambat payment menyalak n kecoh2 kat aku. Barang takde suruh aku carik kat mana2 kat dunia ni. Keje time ujung minggu toksah nak ckap lah kan.  HP aku tu mmg sentiasa ada jer panggilan nak load out barang time2 hari minggu.  Guess who lah yg uruskan kalau tak aku ni ha.  Ada sekali aku sampai nak gaduh laki bini pasal keje ni tau.  Masa tu cuti hari raya..masa pi beraya umah sedara mara, hp aku asyik berdering ...tak henti. Suma pasal keje. Mmg dasar kan. Mana taknya mamat2 vietnam mana paham bahasa org cuti raya ke tak. SP aku bengang sgt..marah pun ya jgak. Mana tak pi beraya umah org nak citer pasal keje bla bla bla. Berat mata mandang, berat lagi bahu aku mikul kan.  HP tu billnya kompeni bayar, jadik aku rasa x leh nak wat apa.

Tu belum kira time ari minggu. Time nak beronggeng dgn anak2. Time tgk wayang.. tu suma tak terkata. Tapi dek kerana semangat dan komited aku kat keje aku gagahkan jugak.  Cuma aku sgt2 berharap atas segala usaha keras aku berkerja dan mensetelkan segala2 tu dapat balasan setimpal sekurang2nya mengobat hati yg lara kan.  Kenaikan gaji pun sama gak.  Yg aku marah tu, kalau tak de toksah lah cakap2. Buat aku mengharap dan menanti pada yg belum pasti.  Lebih baik x yah cakap aku pun x sakit ati kan. Ni tak. Belum apa2 si Jenab dah sbok ckp kat aku macam2..Sudahnya dekat 8 bulan..NOTHING.  Tu sbb buat aku tambah sakit hati pada mereka2 yg murah air liur nak cakap tapi kosong.  Cakap x serupa bikin pun.

Bos pun sama..ya..mmg aku kata bos aku baek. Tapi tu tak cukup aku rasa nak sokong akan segala keja keras aku jadik org kanan dia.  Bayangkan report yg sepatut dia buat..sbb dia Country manager kan! aku yg galas beban.  Semua aku settlekan pastikan suma report tu di antar. Dia cuma tau bagi arahan selebihnya aku sendiri pandai2 ok.  Bayangkan serata lokasi kat dunia ni, cuma AKU sorang jer KULI BATAK yg submit segalamala revenue report. Yg lain tu suma pangkat country manager belaka.  Bila aku tgk listing email notification yg dorang antar...alahai kerdilnya aku rasa sbb aku sorang jer korang..ASST cabuk.  yg lain tu suma berjawatan besar belaka dan harus di ingat..ORG PUTIH belaka. Ya aku tau, aku patut bangga sbb aku bole buat suma keje2 level dorang tapi bukan ke aku patut di beri ganjaran setara jugak?.  Itu belum lagi amik kira customer bos yg aku kena tolong jaga. Pastikan drilling report dapat. Pastikan suma yg diguna kena invoice dan dibayar.  Belum lagi hassle aku nak layan org putih tahap dewa (customer lah) yg berlagak nak mampus.  Kalau aku yg antar email haram nak jawap. Kalau jawap pun tahap belagak..takde ler nak kata Hi ke, Dear ke..terus jer ke point.  Tak ke double standard tuh?

Kalau antar email kat bos aku hamboi bukan maen. Klau aku antar..mintak antar balik barang..mcm siyal jer dorang jawap. Padahal selalu bos yg suruh aku antar tau.  Suwei ke tak tuh..

Jadik email yg aku dapat menyatakan aku dapat bonus sekian2 tu sgt merobek hati aku.  Mana taknya, geng2 lain pun tak puas hati..kerana ada ORANG yg dapat bonus 6 bulan ko. Sakit ati ke tak.  Kita pnye 2 bulan pun tak sampai..dia dapat byk tuh. Keje wise aku rasa teamwork sama la kan infact aku dgn dept aku lagi byk keje buat oo.  Ya aku tau..korang kata tak bersyukur ke..tak..Aku bersyukur sgt2. Bak kata kawan aku si Zas, alah gaji ko kat sini byk..bonus byk tu pun sama macam 4-5 bulan kat company D tuh...ya aku setuju, tapi hati menjadik sakit tau. Bila ttba org laen yg tak buat apa2 pun dapat gak..mana ler aku nak simpan bengkak dalam hati aku ni.

Closed story pasal tu..jadik masa ari jumaat tu pulak officially dapat ler surat pasal bonus tu.  Yg aku terkejut pulak apasal penandatangan nye bukan org biasa.  Ala si jongang kat company D tuh?..serius aku terkejut gak..Korek pnye korek..La..rasa nak melompat aku n buat tarian ala2 garfields tu sbb apa? si Jongang tu dah berambus..aka..dah BLAH dari company D tu..walaawei.....

Meh aku story pasal si Jongang and company D tu pulak sebagai rentetan citer di atas tuh.  Masa tahun 2000-2005 aku keje kat company D tu. Yg mana Si J tu jadik bos besar kat sana.  Mmg dia tu terknal diktator tahap gaban sbb hatinya yg dengki dan busuk tu.  So org2 selalu jadik mangsa termasuk ler aku ok..Masa time2 increment tu selalu jer x boss aku RP akan kata Si J dah slash amount yg dia proposed tu. Pendek kata kalau RP letak 300rm sampai kat J jadikla dalam 100rm or paling tinggi pun 120rm.. bab promotion apatah lagi. 2x RP proposed aku di promote tapi si J tolak mentah2..dgn macam2 alasan.  Tapi aku x kesah pung.  Aku keje jugak kat sana sampailah terjadi satu peristiwa yg buat aku berenti gak. Seblum aku berenti, x supervisor aku Pak R pun kena sacked gak.  Tang tu lagi sedih.  Terpinga2 org tu time satu hari datang keje ttba dihalang masuk off (pak cik tu x army, datang off maha awal ok!)  last2 kena suh blah tanpa ada soal bicara ke hapa.  Padahal tak sampai seblan seblum tu pak cik tu baru jer dapat 4 bulan bonus ko.  Itu suma kje si J lah sapa lagi.

Tu belum kes aniaya sesama level lagi.  Pendek kata, dgr nama dia jer suma org akan beri one kind of look.  Nak nak lagi perangai dia yg kalau ada annual dinner manjang jer lupa diri. Mabuk2 x hengat pastu pi dari meja ke meja merapu..ish. Mmg buruk tau perangai.  Si J ni bini dia org besar kat one of the big bank kat Msia ni. Pendek kata mmg famous, byk duit..walaupun ada sekali tu aku tgk bini dia macam perempuan tak betul jer.  Betul!. Masa tu ada family day kat pulau pangkor kalau tak silap aku. Bini dia dgn rambut serabai pakai baju merah letak bunga kat kepala..betul2 mcm minah senget..hahaha.  Dan satu lagi yg aku tak leh lupa sampai hari ni ialah, masa aku apply keje kat company skg ni.  Aku dulu apply melalui kwn aku. Tapi masa tu aku serius tak tau yg company D ada agen rasmi.  Masa aku g intervw pun dorang tak ckp so aku tatau.  Rupanya, company aku keje ni kena melalui company D utk segala mala urusan sbb company kami ni International Co yg x bole berurusan untk sesetangah perkara melibat kontrak dgn syarikat2 gergasi kat Msia ni.  Jadik masa seblum company ni panggil aku keje, dorang kol ler dulu reference2 yg aku letak kat resume tu.  Ref pertama ialah Pak Cik R x boss aku yg army tu.  ReF kedua aku pulak si Zas...masa tu Zas masih lagi kat Company D.  Masa dorang dok rujuk sana sini tu, si J sudah dapat tau.  Dek kerana dia menci dgn aku kan, dia influence bos lama aku si Umar supaya jgn amik aku kje..tengok busuk betul hati dia kan?? walhal bukan company dia nak bayar gaji aku. Cuma company aku terpaksa go thru ke company dia on paperwork jer for formality.  Sbb tu lah dia xmo sain offer letter aku.  Jenab sendiri yg bagitau aku.  Sebulan aku tunggu surat tu keluar.  Sampai aku fed up, aku kol jenab berterusterang dgn dia. Klau korang tak nak amik aku keje aku paham. Aku tak kesah. So lebih baik aku tarik diri jer and terima offer dari company lagi satu tu. Company lagi satu tu Company minyak...lagi besar. Cuma taraf jawatan nya kontrak tapi gaji dia mmg x tercapai dek akalku..byk giler beb.  TAPI aku dah janji dgn jenab aku accept the offer dan cuma tunggu surat jer aku tolak offer tu.  Jenab suh aku bersabar.  Sbb jenab dah check around suma kata keja aku bagus. Tip top jadi dorang mmg recommend bagus2 jer.  Akhirnya, sbb Umar berkeras nak amik aku keje, aku dapat jugak Si J tak terkata terpaksa jugak sain surat offer tu. Fitnah dia kata aku menyebabkan company dia rugi 200k tu bohong semata. Seposen pun takde ok.  Yg ada aku rasa aku dok tipu2 sikit2 kat milaege..or tipu2 masa entertain lunch customer which padahal aku ajak kawan2 off n geng2 kamceng makan sedap2 kat restoran mahal2...sorry ler yek. Tapi aku dah lama insap. Sejak aku berenti kat situ x pernah aku menipu lagi. See, tu hikmah aku kena blah. Supaya aku tak banyak buat dosa kecik..hehehe.  Dan yg paling aku gembira, bila Umar offer aku gaji seganda dari yg aku mintak.  Maknanya, gaji yg aku dapat kat company ini menyamai gaji seorang Manager kat company D (ala kompeni kedekut, nama jer manager gaji ciput)..Sbb itu org2 kat sana terutama yg salu dengki tu sakit jer hati bila dgr aku keje kat sini. Jadik principal pulak tu.  Yg mana dorang pulak terpaksa pleased aku bagai nak rak. TAKUT. kalau2 aku antar email komplen ke..aku ngadu kat bos aku ke..gelabah tenuk suma kat sana.  Pendek kata segala email2 aku dipandang serius oleh dorang.  Pendek citer..dont play2 with me...

Jadik selepas apa yg J buat kat suma org aku rasa sekarang ni padan lah muka dia.  Segala2 yg dia ada, pangkat besar tu gone mcm tu jer.  Served him right.  Ni la org kata...as clever as squirrel jumping from tree to tree..once bump to the ground jugak kan..(sepandai2 tupai melompat tu pnye peribahasa tu ler..)  konon nak spent time dgn anak2 n family..P***** lah.  Apahal. Anak2 dara dia yg dua ekor tu dah nak kawin ok. apa hal nak spent time dgn dorang pulak. Klau nak bagi alasan gitu lama dulu patut masa dorang kecik2.  Yg aku dgr salah sorang anak dia tu kureng betul sikit..wallahualam.  Apapun..aku rasa puas hati, dan aku percaya jugak ramai kawan2 aku di luar sana yg tak lagi keje kat situ bertepuk tangan sambil kata..haaa..padan muka ko..

Jadiknya, begitulah adanya.  Walaupun aku ni masih sakit hati dek perihal cerita di atas tu, aku buat gak keje OK.  Idak ler MC, mengular, ponteng atau yg sewaktu dgnnya. Sbb aku hidup atas dasar prinsip. Kalau mende tu bukan rezeki kita tak kira camne pun harus bukan kita pnye.  Walaupun hati mgkin rasa sikit terkilan sbb usaha keras tak berapa nak dihargai..tapi aku pasrah.  Mgkin  ada hikmah atas suma tu. Mgkin gak kot2 aku dapat bon 6 bulan aku jadik gelap mata dan riak. Tidak bersyukur ataupun takbur kan. Ataupun aku gunakan duit tu utnk bukan2. Seperti pi slimworld trim body ke..mana la tau.  Yg pasti things happen for a reason.  Allah maha mengetahui akan apa yg tersirat dan tersurat.  Aku belajar untuk menerima kenyataan ini..dah hakikat, kalau ada rezeki tidak ke mana.  Sungguh aku bersyukur sgt2..dgn apa yg aku ada skg ni.  Cukuplah untk makan pakai, sekolah, leisure anak beranak bahkan kdang2 lebih lagi...syukur dgn rezki kat sini, dapat selesaikan utang2 yg dah settle tuh..

Pendek kata, dengan rezki sebanyak itu buat aku berfikir dan bertafakur sejenak yg itu ada rezeki lebihan dari gaji yg aku dapat tiap2 bulan.  Bersyukur daripada tak dapat langsung.  Bersyukur yg Allah masih lagi mahu beri nikmat pada aku.  Kalau korang tanya apa aku nak buat dgn duit tu..honestly, aku tak rancang or fikir apa2 lagi pun.  Aku cuma terfikir nak dump kat ASB, Tabung haji dan membuat pelaburan emas. Mana tau by tahun depan aku bole menikmati hasilnya kan.  Aku dah lupa segala2 wish list aku nak dapatkan lap top baru, nak dapat Nikon EOS, nak beli Handphone baru ....nak itu nak ini..sebabnya, semua benda2 itu aku tak memerlukan lagi buat masa ini.  Tak jugak nak beli apa2 pun barang umah..serius tak terasa pun.  Cuma aku ada janji nak bawak family makan special sikit...itu jer. Itu dgn duit gaji pun boleh No hal..

Apapun, apa yg ku luahkan ari ni dah mengurangkan rasa dan bisikan2 syaitan dalam kepala ni. Untuk terus mengekomplen mengutuk, mengata dan segala2 me.....tapi Alhamdulillah, dgn ada nya blog aku ini aku dapat mencurahkan apa yg membungkam dalam hati aku ini, segala kegelisahan, kegembiraan dan kekalutan atas rasa tak puas hati dgn apa yg aku dapat...Dan atas sebab itu, aku berasa sungguh tenang hari ni. Aku rasa lebih tenteram utk meneruskan segala yg ku lakukan atas dasar prinsip buat keje biar sampai abis. Tak kira apa.  Cuma mgkin lepas ini percentage kerajinan aku mgkin udah turun sikit, tpi itu tidak bermakna aku tidak buat keje langsung.  Fesbuk fesbuk jugak kan..keje kena buat jugak org kata..dan terlintas jugak kat fikirkan aku nak menghupdate resume..mana tau ttba tergerak hati nak mencuba di tempat lain kan?? Hidup mesti diteruskan kan....Wallahu aalam

February 10, 2011

Puaka vending Machine...








Aku ni bukanlah against the techonolgy tapi kalau technology tu menyusahkan mmg ler beta bengang. Sangat2 bengang. Yg pasti masa pi sekolah amal n delin masa mula2 bukak sekolah tu aku dah terpandang menatang tuh dekat dgn Kedai Koperasi. First thought masa tu aku pikir apa sengal gurubesar sekolah ni dok letak vending machine gini kat sekolah. Apa rasionalnya. Pulak tu betul2 kat depan tempat tumpun suma bdak2 darjah 1 assemble??.



Too Good to be true!!. Now almost hari2 aku rasa tertekan dgr citer amal tiap kali balik dari sekolah. Sbbnya? Delin dok asyik berulang alik kat vending machine tu!. Mana taknya, dia tu mmg taksub sgt2 dan mesin2 masuk duit dan yg sewaktu dengannya. Padehal minum nya tak pun!. Selalu kalau nak odway nak balik kg ke hape, berenti kat hentian RnR tu if nampak machine tu sure terkinja2 nak beli!. End up tak abis. Buang jer air tu. Aku dgn SP pulak mmg jenis tak minum air berkarbonat dan air gas serta yg sewaktu dgnnya for many reason. One of it, aku pnye perut dah nak sampai tahap 4 series ni sensitip. Buatnya minum karang gastrik datang, satu keje pulak.



Tiap hari aku bekalkan belanja utk delin RM2.50. Amal pulak sbb pagi dia sekolah agama means ada 2 session. So aku bekalkan RM2 for each session. Tpi mamat tu pandai. Ada juga dia simpan duit posen2 (syiling) kat lam wallet Naruto dia tu. Selalunya mamat tu mmg jimat. Sek agama belanja singgit. So sek petang ada lah lebihan. Ada la tiga hengget + posen2 tu.



Si Delin pulak mmg aku purposely bagi byk tu sbb dia sek petang jer. Salu aku dgr dan masa aku tunggu amal first few days school tu, dia x ckup duit nak beli makanan dan jajan2...tu sbb aku bagi lebih sikit. Minah tu kalau balik sek pun harus beli asam bagai kat luar pagar tu kan.



Yg tak syioknya, Si delin selalu abiskan duit dia kat vending machine tu. Tak tau ler aku air apa yg dia beli. Yg pasti air gas OK kat situ. Padanlah lately hyperactive dia menjadi2..rupanya bahana vending machine puaka tu lah..Betul la mcm Noor kata, lebih gula akan buat dia more hyper...True lah sgt2 Noor. Aku leh imagine, mesti minum sikit jer pastu buang jer. Dan aku would imagine hari2 dia beli menatang tu sure suma flavour dia dah try.  Mmg nak kena antar surat bantahan kat PIBG ginih.  Mana bole jadik. Tak sesuai bukan kat sekolah ada menda ni..bnyk buruk dari baiknya.  Bahana ni berlarutan dgn mcm2 masalah pda Delin.  Ye lah, delin tu bukan paham..tak tercapai dek akal dia mcm bdak2 normal lain. Amal tu tak mudah simply beli jer..tak pernah pun aku dgr dia beli air kat situ..since akal dia yg memenuhi piawaian..dan kadang2 mcm org tua tuh jadik aku yakin dia paham pesanan aku ..pesanan ayah dia utk tidak minum air gas..apalgi buang RM1.50 dia utk setin air tuh...



Kesian aku kat si Amal. Hari2 mengadu yg Delin mintak duit dgn dia. Mcm dah terbalik pulak kan?. Delin akan naek carik dia kat kelas dan tunggu depan kelas. Dia akan mintak duit dgn amal..sampai adakala org tu belanja beberapa sen jer..SIAN. Pernah sekali aku kata kat Amal, tok sah kasi..Tapi amal kata, selagi tak bagi dia takkan berganjak dari pintu kelas dia. So no choice dia bagi gak dalam berat hati. Bukan sekali mintak..2-3 kali. Sbb dia tak mau Delin diri jer kat depan kelas tu..nanti cikgu marah katanya...ganggu amal nak belajar...selagi tak kasi dia tak gerak u olls...Aduss..



Berkali2, bahkan tiap2 hari aku dok pesan tak mo mintak duit dgn adik, jgn beli air gas bla bla bla....tak jalan jugak!. Hari2 pasti amal akan balik dgn rungutan dan sungutan yg Kak Lin datang kelas dia mintak duit!. Serius, pening dan stressed aku dibuatnya. Dan bila tanya balik kat delin..kenapa buat mcm tu..dia hanya diam terkebil.Adakalanya dia nangis.. Subhanallah...sambil urut2 dada...sabar..sabar.



Kerap kali gak aku ugut dia x mo bagi duit belanja..biarkan dia x leh beli apa2..tapi tak sampai hati pulak. Berkali2 bapak dia tanya ada org mintak duit dia ke tak..dia geleng2 kepala. Bila tanya kat amal, amal kata dia bagi kawan dia...tapi menjerit2 pulak kata takde...."mana ada..Amal tipu". Abis camno?.
Delin ni kdg2 mmg aku pikir.. paham ke tak segala arahan, benda yg kami dok pesan dan bebel hari2. Bila tanya Kak lin paham ke tak..dia jawap PAHAM..tpi esok2 ada lagi citer...
Semlam pnye cerita lagi parah!. Masuk jer 3 org tu kat lam umah, kakak dah bgtau "Ma, ada hal lagi delin buat ari ni....kecoh kat lam van sekolah.. mama, asked amal for details...".
Mendengar tu, Delin dah diam. Dia mengelak2 tgk muka aku..tgk muka bapak dia..Bila amal bercerita dgn dramatiknya..aku rasa nak nangis...sbb apa?..sbb delin nak beli asam tapi tak ada duit..makcik jual asam tu x kasik...dia amik satu dan dia terus lari.........Yg aku marah ni ala2 dah jadi mcm kes mencuri betul tak?.

Puas aku torture, bebel n tanya dia kenapa...kenapa..kenapa. Beritau dia perbuatan tu salah. Mencuri tu berdosa, nanti Allah potong tangan..tanya duit awak yg mama bagi mana?? pasal apa amik kalau x ada duit?...hish...hari2 ada jer dugaan maghrib hari2..syaitan dah mula bisik2 kat telinga..ha, marah dia, maki dia, pukul dia...tapi aku kontrol pelan2 tarik nafas ... maka terkeluarlah ayat : aduh..sakit jantung mama gini kalau hari2..awak nak mama sakit jantung , jatuh pastu mati ker???........whaaaaaaaaa, dia dah stat nangis dgn kuat. (delin mmg emo kalau aku sebut pasal aku nak mati ke apa..sure dia nangis).

Lantaran tu, aku give up. Aku pass baton kat bapak dia to handle..aku harus bertenang, mandi dan solat..seblum aku stressed dan drop dead!, baek aku blaah. Dari bilik air sayup2 aku dgr bapak dia tanya..gitu gini..and yet..aku x dgr pun delin menjawap apa2...
Honestly, aku ni bukanlah penyabar sgt. Sering jer temper aku naik darjah tau. Aku tau tu x bagus utk kesihatan. Takut2 kena darah tinggi karang sapa nak jwp. Bila jadi kes2 gini, mula2 aku handle. Sampai satu tahap aku rasa x bole tahan aku kan pas baton jer. Sbb bapaknya 50x sabar dari maknya ini..harus tu....

So, pagi tadi..dalam kata x mo bagi duit belanja aku letak gak dalam poket baju sekolah dia. Kesian pulak dia nanti. But aku dah pesan to Amal to tolong bayar makcik jual asam tu..pesan to beritau makcik, mak saya mintak maaf pasak kakak saya semlam amik asam x bayar..harap2 amal x lupa..Asam tu reganya sepuluh sen jerk..Tapi tanggapan org dan panggilan org pada delin sebagai PENCURI dari yg aku dgr semlam tu benar2 mengganggu emosi aku. Sudahnya, aku tak cukup tido malam semlm...sambil memikir, air mata aku kuar...Dalam hati aku berdoa..

Ya Allah, berilah kekuatan pada hamba mu ini, berilah aku kesabaran dan ketenangan nak membesarkan Delin ni...kalau ini dugaan kau..aku redha aku Pasrah...cuma aku sgt2 perlukan kesabaran yg tinggi utk menghadapi semua ni.....aku amik air semayang dan solat...mohon ketenangan..mohon kekuatan Iman.....then pastu baring..entah aku rasa aku terlelap for few hours jer.....

















Badut dalam Office..versi lawak sengal pagi2

Ada satu org kat off aku ni. Keje dia angkat telefon, handle courier dan yg sewaktu dgnnya. Dan pulak dia dok kat depan nun..kat reception table near the entrace off tu. Yg aku gelihati, minah ni salu claimed "I m not receptionist. I am an admin". Tak kira la kat kontractor ke, ke sapa2 jer lah yang walk in ke office. Kdg nak termuntah aku kalau dgr berulang2 kali..ada aku kesaaaaaaaaaah??



Lucu bukan??. Dah kalau ko dok kat reception table tu, tak kira apa jawatan ko atau pun nama pos ko..GM ka, Manager ka, Hatta cleaner ka..kalau first2 org masuk mesti org ada thought dia receptionist betul tak??



Tak paham..sungguh aku x paham. Nape? low class sgt ke nama position tu?.X glamer?? Dia tak tau kat one of Oil n Gas company besar kat KL ni company tuh hired receptionist dia dgn RM8k sebulan..bukan 8ratus ye kwn2.....8riban. Ada minah tu kesaah? goyang kaki, angkat kol, amik msg..transfer kol dpat byk tu..keje senang beb...gilos sapa x mo kan.. Sajer jer malas aku nak story kat dia. Buat apa?. For me Aku dun bother pasal tittle or pangkat. Klau pun pangkat aku kerani cabuk gaji 10k sebulan..ada aku kesah dgn tittle tuh?? betul tak..



Dasaaar sgt kan?...Alah, apa nak heran..Species kaler tu mmg stended ler..berlagak, perasan bagus. Tu sbb kalau org kasik apa2 manjang komplen jer..kasik makanan pun sama..kurang itu lah..kurang garam lah..mcm dia pandaaaaaaaai sgt masak, aku terkena bberapa kali dah..sori ler pas tu nak ksik ko makan apa2... Bbrapa hari lepas dia ckp kat aku..dia dapat angpow dari bos aku...dia dtg kat aku citer.dgr eh, aku phrasekan ayat dia sebijik camne dia ckp..."I kan bukan tak bersyukur, berkira atau nak komplen....tapi tahun ni your boss bagi kurang separuh...last year RM100 tahun ni RM50 jer dan manager cina yg kasik tu..kasik rm 20 hengget jer.....:See u olls get what i meant?. Aku gelak jer tak kata apa..sbb???, bos aku kasik aku seratus ringgit..dan manager cina tu kasik aku RM50!..abis citer..hahahha padan muka..dasaaaaar ungrateful dogs kan?.

February 9, 2011

My Arabic dah karats...

Mlam tadi lepas buatkan dorang nasik goreng nenas versi MAMA, depa suma makan dgn seleranya. Sungguh agak pedas sikit tapi amal dgn delin tetap tercungap2 gak makan. Aku?. malam tadi aku x makan pun. Aku tgk dan temankan dorang jer. Aku minum secawan teh dgn 3 keping semekut jacobs kerings. Bukan apa, nak cuba kurang2kan makan sambil2 berdiet dapat kan menjga perut yg dah tak berapa selim ni.



Biasalah, ari sekolah mmg lepas dinner je akan sebok dgn keje2 sekolah dorang. Kakak dgn homework dia yg berlambaks2 tu. Tpi dia buat dendiam jer dalam bilik dia. Kalau ada perlu bantuan atau nak tnya apa2..pandailah dia kuar carik aku kat hall. Amal lah yg paling kritikal. Delin??, hmm manjang jer bila tanya ada homework tak?..TAK ADA. Aku check gak beg dia. Tapi mmg aku ada la nampak buku tulis 2-3 yg dia tulis. Yg selebihnya banyak kosong or dia conteng2. Aku x leh nak salahkan dia. Ari tu dia ada kata ustad marah sbb dia x wat homework. Aku tanya napa?..dia kata "alin x tau nak buat..macamana nak tulis??" Well, dah tahap dia mcm tu kan. Aku pun diam jer lah.



Tpi lately since aku bagi perhatian tolong amal buat homework or rather aku yg buatkan!, dia pun nak menyebok sama. Ada buku2 latihan yg tiap kali kuar pi mana mesti si Delin nak beli sekurang2 satu buku. Buku tahap kanak2 tadika. Mengenal no, mewarna tuh, nampaknya delin suka2 buku2 tu dari keje sekolah dia kan. Dia salu mcm tercabar bila aku bagi perhatian kat amal, mula dia pun sbok tanya itu ini.

Ni lah keje sek agama amal..sila abaikan kaki i yg tak berapa cun tu yek...


Malam tadi, amal ada 3 homework. Dua daripadanya sek agama pnye. Dan satu lagi penulisan dan ejaan sek kebangsaan. Honestly kadang2 aku x sabar nak tunggu dia tulis, aku jer tuliskan. Kaler pun sama. Ada sekali tu aku dgn SP yg mewarna. Mana taknya, dia baring2 rupanya dah tertidor terus. Selalu pun mcm tu. Nak taknak aku sudahkan je. Karang pagi mood x mo g sekolah datang harusss jer kan.



Delin tgh sebok gak nak tnya mende kat buku dia tuh..




So 2 homework sek ugama tu, salah satunya bahasa arab. Kena salin dan baca. Sungguh, dulu masa sekolah aku bole dikatakan terror kan Bahasa Arab. Maklumlah sek agama dari tgkatn 1-5 kan. Cuma dh lama sgt nak praktik lupa. Last pun masa kakak jah satu dulu. La ni kakak dah tgkatan 2 bayangkan pnye lama.



Perkataan mudah macam mata (ainun) datuk (jaddun) Ummun (ibu). Ustazah amal suh dia baca, hafal dan salin. Wah berbelit jugak lidah karats dah skill tuh. Alhamdulillah, walaupun dah lama, still not bad. Masih bole baca . Tu yg penting.



Se delin pulak sebok dgn buku dia. So aku ni macam 2 in 1. Kejap pusing kat amal, kejap pusing kat Delin. Yg nyata delin x mau kalah sbb dia mcm cemburu aku bagi full attention to Amal. Aku..cuba sebaik mgkin mengimbangi keduanya.. Bapak dorang?..dia sebok memanaskan enjin keta kat luar tu. Lgpun bab2 Bahasa Arab dan English mmg dia surrender. Kalau bab maths ke..melukis ke mmg aku suruh dia take care sbb dia mmg pandai melukis pun. Harap aku melukis? silap haribulan nak lukis ayam, jadi dinasour pulak kan.



Lepas abis homework, dua2 pun pengsan. Gitulah dorang kalau hari sekolah. Pukul 9 jer dah ngantuk. Aku biarkan jer dorang tido. Pada masa yg sama aku kutip beg delin and amal dan antar ke blik kakak untuk disusun jadual. Berlaku ketegangan sikit malam tadi antara aku dgn kakak. Sungguh mmg aku tak paham remaja sekarang ni. Byk sgt perangainya..Geram aku mlam tadi. Nanti2 lah bila aku ada feel nak luahkan ketegangan tu aku curahkan. Aku kena pikir dan susun ayat camne nak merealisasikan suasana yg sgt tegang tu.



Sungguh, pukul 10 mlm lepas isyak aku rasa ngantuk sgt2. Tapi aku teringat pulak kaen2 kat mesin yg baru siap dicuci tu. SP pulak sebok membalut buku2 sekolah agama amal yg baru dapt semlm..Bab2 tu mmg aku x minat nak buat. Balut buku pnye hal, biar bapak dorang take care..aku x ada skill nak wat suma2 tu ok.



Dalam mamai ngantuk tu aku gagahkan gak sidai kain. Karang harap kakak tu, entah2 lepas aku marah dia x nak buat harus berbau baju2 tu semua. Aku siap sidai kain dalam 15 minit gitu..terus aku mintak izin SP nak tido dulu. SP ? biasalah hari selasa...kalau nak melayan WWF gusti dia tu apa lagi? dah itu kegemaran dia..biarlah.



Sbb my nerv goes upstairs marahkan kakak, it took me almost 10 mins nak lelap..mana taknya kegeraman aku dgn feel dia skg buat otak aku tak berhenti2 berfikir sambil mengomel................

Dyslexia Part II

One of my blog reader share with me infos on dyslexia.  I was so fortunate that dia seorang guru pemulihan khas yg mmg paham sgt2 masalah kanak2 dyslexia.  Ni aku share kan info yg dia antar thru email. Thank you Noor..its help alot lepas akak baca note tu. Nanti kalau ada lagi jgn lupa share dgn akak ye.

Mmg suma tanda2, symptom2 dan ciri yg ada kat delin menyakinkan masalah yg dia hadapi tu..harap dgn paste all the info and notes Noor kat sini kita sama2 dapat menafaat.  Aku pun nak print satu set cantik2 dan bagi kat Puan Suhana, Penyelia Petang sekolah delin bila aku jumpe dia end of this month.

Here goes..

DISLEKSIA

1.0 Pendahuluan

Masalah disklesia dalam pembelajaran yang wujud kepada kanak-kanak di Malaysia sebenarnya amat menakutkan ibubapa penghidap. Ramai kalangan ibubapa yang gentar dan takut kepada kewujudan masalah ini yang berlaku kepada anak-anak mereka. Mereka beranggapan bahawa penyakit ini adalah satu penyakit seperti kecacatan kekal yang memungkinkan anak-anak mereka tidak dapat menikmati dan mengikuti pembelajaran di sekolah seperti kanak-kanak yang lain. Anggapan ini sebenarnya adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan bagi mengelakkan ada di antara kanak-kanak disleksia ini dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan di sekolah.

Di Malaysia sendiri sebenarnya penyakit ini mula diperkenalkan kepada umum hanya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaaan disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak.

2.0 Definisi

Berikut adalah beberapa definisi disleksia yang didapati daripada beberapa pakar dan sumber rujukan :

Definisi 1

Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation Of Neurology (1968). Menurut definisi ini, disleksia ialah suatu kecelaruan pada kanak-kanak di amna meskipun melalui pengalaman bilik darjah konvesional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan (2006), Apa itu Disleksia?,PTS Professional

Definisi 2

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/DyslexiaBrainTreatmentCure.html

Definisi 3

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh Mereka ini mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=may&storyid=1154953076975

Definisi 4

Sebagian pakar mendefinisikan disleksia sebagai visiual, disleksia auditori dan disleksia kombinasi (visual-auditori). Ada juga yang mendifinisikan disleksia berdasarkan apa yang dipersepsi oleh mereka yang mengalaminya yaitu persepsi pembalikan konsep (suatu kata dipersepsi sebagai lawan katanya), persepsi disorientasi vertical atau horizontal (huruf atau kata berpindah tempat dari depan ke belakang atau sebaliknya, dari barisan atas ke barisan bawah dan sebaliknya), persepsi teks terlihat terbalik seperti di dalam cermin, dan persepsi di mana huruf atau kata-kata tertentu jadi seperti “ menghilang”.

Definisi 5

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-

 Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

 Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa

 Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

Definisi 6

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa. Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:

 mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk

 mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung

 mereka sukar mengeja

 mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik

 mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman

 mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

http://www.das.org.sg/malay/malay.htm

Definisi 7

Di tahun 1994 Orton Dyslexia Society mendefinisikan dyslexia sebagai berikut :“satu diantara beberapa ketidakmampuan belajar, merupakan penyebab utama terjadinya kesulitan berbahasa yaitu kesulitan menguraikan kata tunggal, biasanya menunjukkan ketidak kemampuan dalam memprosesan fonologis. Kesulitan dalam menguraikan kata tunggal ini berkaitan dengan usia dan kemampuan kognitif serta akademik lainnya; itu semua bukan akibat dari ketidakmampuan perkembangan / fase perkembangan secara umum (generalized developmental disability) atau kelemahan penginderaan (sensory impairment). Disleksia ditunjukkan dengan kesulitan yang mencakup bahasa atau disebut juga masalah dalam membaca, dan paling menonjol masalah prestasi dan kemampuan menulis dan mengeja” (Lyon 1995:9)

http://pomg-smbc.blogspot.com/

Definisi 8

Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid yang emmpunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, disleksia ini merupakan satu masalah.

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.





3.0 Masalah-masalah dalam disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

a) Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

b) Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

c) Disleksia visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

 Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t – h f – v

 Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu – tuba

Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem

cat – cat

 Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik



 Bercakap dan mendengar

Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.







 Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :

a. 3 – 5 - 8

b. 9 – 6



 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut.

- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.

- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah .

Secara lebih khusus, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami masalah-masalah berikut :

i. Masalah fonologi

ii. Masalah mengingat perkataan

iii. Masalah penyusunan bersiri

iv. Masalah ingatan jangka pendek

v. Masalah kesedaran sintaks



 Masalah fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran membezakan antara paku dan pasu. Mereka juga tidak dapat mendengar rima akhir yang sama perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataaan yang akhir bunyi akhirnya sama dalam “Jack and Jill went up the hill”, mereka akan menjawab Jack and Jill. Ini juga bermakna mereka keliru dan sukar membezakan harga sesuatu barang dalam bahasa Inggeris, sama ada fifty cents atau fifteen cents. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).



 Masalah mengingat perkataaan

Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. Walaubagaimanapun mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan.



Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatu soalan, mereka tidak dapat menjawab secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama rakan-rakan, malah anggota keluarga dan merujuk individu itu sebagai “kawan saya di sekolah” ataupun “budak lelaki itu”. Ini juga bermaksud mereka sukar mengingati fakta-fakta di sekolah apabila disoal oleh guru. Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses ‘penyebaran’ dalam subjek sains dengan panjang lebar tetapi mengalami kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisme penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan.



 Masalah penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersisri, seperti susunan bulan dalam setahun, sesunan hari dalam seminggu, susunan huruf serta nombor. Justeru mereka mengahdapi masalah dalam mengahafal sifir ataupun mengingat susunannya. Apabila ditanya secara spontan “ berapakah nilai 2 x 4?” Mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai ekpada nombor yang dikehendaki itu. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha, masalah yang sama berlaku dalam operasi pembahagian.



 Masalah ingatan jangka pendek

Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi maslaah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat du stor ingatan jangka pendek yang tidak digunakan pada masa itu. Dalam kata lain, kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh guru. Umpamanya, dalam subjek lukisan, terdapat arahan seperti “Lipat dua kertas manila, potong di garisan tengah dan dan seterusnya.” Apabila arahan itu melibatkan lima langkah ataupun lebih, lazimnya kanak-kanak disleksia terus hilang punca. Ini menyebabkan kanak-kanak itu disangka tidak memberikan perhatian.



 Masalah kesedaran sintaks

Kesedaran sintaks atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada kebolehan memahami sintaks suatu bahasa. Masalah ini wujud pada kanak-kanak disleksia di amna mereka sukar memahami peraturan berkaitan sintaks dalam bahasa. Umpamanua bahasa Inggeris dan bahasa melaysia mempunya peraturan sintaks berbeza, di mana frasa “black cat” dalam bahasa Inggeris disebut sebagai kucing hitam dalam bahasa Malaysia. Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dalam bahasa keduanya apabila peraturan sintaksnya berbeza daripada bahasa pertama.



4.0 Ciri-ciri penghidapnya

Secara amnya, para penghidap disleksia ini akan mengalami ciri-ciri seperti berikut:

i. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

ii. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

iii. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

iv. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

v. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

vi. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

vii. Sering berlaku di kalangan lelaki.

viii. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

ix. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa

Namun demikian, cirri-ciri penghidapnya boleh dipecahkan lagi kepada beberapa peringkat umur atau perkembangan seperti berikut:

a) Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :

i. Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

ii. Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

iii. Mengalami kesukaran sebutan atau rima

iv. Sukar menulis nama sendiri

v. Payah mengenal bentuk atau warna

vi. Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

vii. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

viii. Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

ix. Tidak merangkak semasa bayi

x. Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

xi. Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan Kanak-kanak



b) Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

i. Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira

ii. Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

iii. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik)

a. 15 dengan 51

b. “was” menjadi “saw”

c. ‘b’ dengan ‘d’‘

iv. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

v. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

vi. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

vii. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Secara khususnya ciri-ciri ini boleh diperincikan mengikut peringkat umur seperti berikut :

i. 6 hingga 9 tahun

o Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor

o Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

o Keliru dengan kiri dan kanan

o Tulisan cermin atau terbalik



ii. 9 hingga 12 tahun

o - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

o - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

o Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

o - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

o - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

o - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :

o - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten

o - Kesukaran menulis karangan

o Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

o - Kesukaran mempelajari bahasa lain

o - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

o - Jenis orang yang suka senyap

o - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

o - Kurang kemahiran bersosial



5.0 Punca-punca Disleksia

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

a. Keturunan atau genitik

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

b. Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

c. Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Sehubungan itu, bolehlah disimpulkan bahawa punca Disleksia adalah dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

6.0 Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.



a) Langkah-langkah membantu kanak-kanak Disleksia

• Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya

• Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

• Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

• Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

• Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

• Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

• Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

• Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

• Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

• Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai



b) Apa yang dapat dilakukan

• Adanya komunikasi dan pemahaman yang sama mengenai kanak-kanak disleksia antara ibubapa dan guru

• Kanak-kanak disleksia duduk di barisan paling depan di kelas

• Guru senantiasa mengawasi / mendampingi saat kanak-kanak disleksia diberikan tugas, misalnya guru meminta dibuka mukasurat 15, pastikan anak tidak tertukar dengan membuka mukasurat lain, misalnya halaman 50

• Guru dapat memberikan toleransi pada kanak-kanak disleksia saat menyalin soal di papan tulis sehingga mereka mempunyai waktu lebih banyak untuk menyiapkan latihan (guru dapat memberikan soal dalam bentuk tertulis di kertas)

• Kanak-kanak disleksia yang sudah menunjukkkan usaha keras untuk berlatih dan belajar harus diberikan penghargaan yang sesuai dan proses belajarnya perlu diselit dengan waktu rehat yang cukup.

• Melatih kanak-kanak disleksia menulis sambung sambil memperhatikan cara kanak-kanak disleksia duduk dan memegang pensilnya. Tulisan sambung memudahkan murid membezakan antara huruf yang hampir sama misalnya ’b’ dengan ’d’. Kanak-kanak disleksia harus diperlihatkan terlebih dahulu cara menulis huruf sambung karena kemahiran tersebut tidak dapat diperoleh begitu saja. Pembentukan huruf yang betul sangatlah penting dan kanak-kanak disleksia harus dilatih menulis huruf-huruf yang hampir sama berulang kali. Misalnya huruf-huruf dengan bentuk bulat: ”g, c, o, d, a, s, q”, bentuk zig zag: ”k, v, x, z”, bentuk linear: ”j, t, l, u, y”, bentuk hampir serupa: ”r, n, m, h”.

• Guru dan ibubapa perlu melakukan pendekatan yang berbeza ketika belajar matematik dengan kanak-kanak disleksia, kebanyakan mereka lebih senang menggunakan sistem belajar yang praktikal. Selain itu kita perlu menyedari bahwa kanak-kanak disleksia mempunyai cara yang berbeza dalam menyelesaikan suatu soal matematik, oleh karena itu tidak bijaksana untuk ”memaksakan” cara penyelesaian yang klasik jika cara tersebut sukar diterima oleh kanak-kanak disleksia

• Aspek emosi. Kanak-kanak disleksia dapat menjadi sangat sensitif, terutama jika mereka merasa bahwa mereka berbeza dibanding teman-temannya dan mendapat perlakukan yang berbeza dari gurunya. Lebih buruk lagi jika prestasi akademik mereka menjadi demikian buruk akibat ”perbezaan” yang dimilikinya tersebut. Keadaan ini akan membawa kanak-kanak disleksia menjadi individu dengan ”self-esteem” yang rendah dan tidak percaya diri. Dan jika hal ini tidak segera diatasi akan terus bertambah parah dan menyulitkan proses terapi selanjutnya. Ibubapa dan guru adalah orang-orang terdekat yang dapat membangkitkan semangatnya, memberikan motivasi dan mendukung setiap langkah usaha yang diperlihatkan kanak-kanak disleksia. Jangan sekali-sekali membandingkan kanak-kanak disleksia dengan temannya, atau dengan saudaranya yang tidak disleksia.



7.0 Kesimpulan

Masalah disleksia ini bukanlah satu penyakit yang tidak dapat dirawat dan bukan juga merupakan satu masalah kepada ibubapa dan guru. Kesedaran awal terhadap kanak-kanak yang menghidapi masalah ini akan memungkinkan kanak-kanak disleksia ini mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan yang paling penting guru tahu bagaimana caranya untuk menghadapi dan merawat kanak-kanak disleksia ini.

Kejayaan mendidik kanak-kanak disleksia ini melibatkan pelbagai aspek termasuk penerimaan dan persediaan guru dan ibubapa, latihan guru, perancangan yang teliti bagi perkembangan, penggunaan akreditasi yang eferktif, penggunaan bahan yang praktikal dan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah dan kesedaran pentingnya motivasi.