February 21, 2011

Alam maya Fesbuk

Fesbuk, kalau kita tak salah guna mmg sgt bagus dan bermenafaat.  Yg tak bagus bila org menyalah guna untuk curang lah, menipu lah dan sebagainya.  Fesbuk sebagai medium perantara yg bole mengeratkan silaturrahim jugak.

Aku pun mula2 berfesbuk takat kawan2, sedara mara jer. Tapi sebb kg kelahiran aku kat Sg Besar, maka ada lah yg rajin create page untuk bdak2 berasal dari sana. Pendek cerita, page untuk golongan banjar di Sg besar tak kira, tua muda ..single, double.

Melalui fesbuk BBSB aku kenal ramai kawan2. Mostly adik2 ada jugak abang2..Pakcik2 pun.  Sbb salu aktif kat situ berbicara bahasa kg kami, aku kena lantik pulak jadik admin.  Founder BBSB si Adi yg jovial pulak mmg ada jer idea nya nak memeriahkan BBSB.  Menjadik sungguh lah.

Hari minggu lepas salah sorang admin BBSB melangsungkan majlis perkahwinannya berdekatan dgn kg mak.  Jadik aku amik kesempatan nak join the kenduri langsung bersua muka dgn mereka2 yg happening tuh.

Berjanjian pulak mcm nak buat first blind date gitu.  Lepas masing2 dah jumpa dan berkenal2 lan kami terus pi ke majlis kenduri SS tuh. Mmg dah tak berapa ramai org sbb dah dkat kul 2 lebih gitu. Mmg sengaja waktu itu dipilih supaya pengantin tak sebok bersanding.  Fair enuff, walaupun terpaksa tunggu lama dapat makan dapat berkenalan dgn geng2 sambil beramah mesra dan gumbira sungguh happening.

Salah sorang rakan pulak datang dari Puncak Alam. Tatau ler aku berapa km/hour dia memecut untuk sampai kat majlis. Yg pasti, dgn pertemuan pertama tu aku rasa mcm dah kenal meka2 tu suma lama.  Tak kekok langsung nak bersembang, kutuk mengutuk, puji memuji dan kata mengata.  Mmg happening betul. Terasa macam majlis sendiri pulak.

Taksampai 3 jam pun pertemuan tu, tapi dah berjaya merapatkan silaturrahim antara kami.  Dengan gelak ketawa, gelagat usik mengusik mesti akan memberi kenangan terindah buat semua.. Untuk Adi, zilah, siti dan Zurah harap2 lenkali kita dapat lagi bertemu gini kan.  Buat SS dan isteri, selamat pengantin baru. Semoga kekal sampai akhir hayat.  Buat SP dan Hsbnd zilah..both of u mmg sporting lah. Layan karenah bini masing2 dgn perangai gila2. 

Moga2 lenkali kita bole jumpa lagi cam tu. Mgkin kat majlis Siti Ropeaah pulak.....till that time..layan gambar2 kami posing semlam..Kat bendang gitu..


Lepas makan, pindah meja lain pulak sambung bergebang...bdak2 excited berlompatan di bendang...






  •  Tadaaaaaaaa..........posing sebelum masing2 gerak balik...


     Pose dgn pengantin kat bendang .....



2 comments:

*Miss Geli^ said...

fesbuk jugak bole guna untuk skodeng ex bf yang baru kawen baru baru ni..pastu mula la sentap tengah majlis kawen grand..

tapi takpe, yang penting kekawan aku ckp, aku lagi cantik dari wife dia..

eh eh...bole gitu? hahahhaha

Anna said...

wah ye eh.....yg penting U lagi cantik dari wife dia. hahahaa