August 24, 2009

Ramadhan datang Lagi.......

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...Dengan rahmatMu
oh Tuhanku...Ku tempuh jua
Bila dgr lagu Man Bai dgn Raihan tu rasa sayu jer........


Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 3 Ramadan. Syukur Alhamdulillah dapat juga menempuh ramadan kali. First day ramadan aku mendapat SMS dari kawan ku Salmi. Memberitahu bahawa suami kepada Has (salah sorang classmate masa form 5) meninggal dunia kerana kemalangan. Kisahnya arwah suami Has tu balik keje masa dekat jalan bengkang bengkok kat Batang Berjuntai tu di langgar. Sedihnya aku dgr. Dugaan paling hebat dia awal ramadan ini untuk Has. Cerita Salmi, masa dia datang menziarah tu Has masih kat Hospital. Anak2 nya yg 3 org tu menangis jer. Aku tak bole bayangkan. Kalau dah ajal sekejap jer. Nasib kita ni tatau lagi mcmna.

First Terawikh aku x dapat pegi sbb masih lagi uzur, Alhamdulillah dapat berpuasa Ramadan tahun ni. Harap2 dapat lah puasa penuh Insya Allah. Malam kedua aku pi berterawikh kat Masjid dkat umah aku. Mcm tahun2 lepas awal2 ni mmg penuh sgt2. Sampai takde tempat untuk jemaah perempuan. Nasib aku pg awal sket, dapat lah port kat ujung2 tu. Azam tahun ni moga dapat penuh pi terawikh Insya Allah.

Tapi yg tak syoknya, lepas 4 rakaat ada tazkirah. Makan masa 45minit baru sambung lagi 4 rakaat then tazkirah lagi. Kata SP masa mlam mula2 pun mcm tu, endup habis dkat pukul 10 lebih. Aku tak paham, kenapa mesti buat tazkirah ketika terawikh. Dan benda2 yg nak ditazkirah tu benda2 yg org suma sedia maklum pasal kelebihan puasa, terawikh qimaullail dsb..bkan tak bole cuma personally aku rasa tak kena. Pulak tu masa solat isyak, imam baca surah yg pjg2. Hinggakan aku sendiri dah hilang khusyuk. Akhirnya lepas 4 rakaat jer aku balik and sambung lgi 4 rakaat kat umah. Masa aku nak kuar dari masjid tu aku dgr lah org yg bagi tazkirah tu kata, org yg solat terawikh 4 rakaat then x dgr tazkirah tak mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Siapa dia nak menyatakan tu?..Berkat dan rahmat tu hak Allah. Biarlah Allah yg menentukan. As for me, aku tak nak sambung. Lagipun aku bawak bdak2 yg bukan bole stand still lelama. Lgpun aku sambung lagi 4 rakaat kat rumah. Biarlah Allah yg menentukan samada pahala, berkat atau dosa sesorang itu..
Malam tadi terawikh sungguh seronok, selain solat isyak imam baca ayat2 pendek dan mudah ketika berterawikh pun begitu. Ayat yg mudah2..dan sekejap jer dah abis 8 rakaat. Aku tak mampu nak tunggu sampai 20 rakaat. Mcm biasalah bdak dua org tu cepat mengantuk dan tak bole lelama. Itupun nasib ada bawak buku untuk keep them busy. Tapi tu lah bdak2 mmg tak bole nye dok diam..ada jer. Lagpun hari keje payahlah sket, nak bangun awal kena tido awal..hasilnya balik terawikh jer buummm terus terlena....

Alhamdulillah, puasa ni jugak aku diberikan kekuatan untuk bangun qiamullail...solat sunat. Harap2 berterusan sampai akhir ramadan. Mcm tahun2 lepas, tahun ni pun aku masak, lebih jimat lagipun lauk tu bole disimpan untuk sahur. Kecuali saat2 kecemasan. Memandang skg ni cuti sekolah aku tak susah hati. Kakak ada di rumah and aku dah train dia masak nasik. Menjelang pkul 4 ptg aku kol lah dia suh kuarkan apa2 yg patut..
Kalau first day dah makan ikan kukus, hari kedua daging black pepper dgn paceri terung...smlm agak sempoi. Sambal tumis cili apa, kerabu mangga dgn telur dadar jer..simple mudah dan tak byk keja nak buat..hari ni Insya Allah, ayam masak merah dgn sayur peria udang. Sambal masih byk lagi dan maybe ikan masin..senang jer..bila lapar suma bole makan..kan???
Sahur pulak aku ni mmg tak bape selera nak makan. Org kata makan sesuap dua buat syarat. Sbb itu aku make sure bila berbuka aku makan kenyang..so bila sahur tak makan, or minum milo jer pun dah cukup..

Dah 2 hari puasa kat umah, bantai tido....harini berkerja pulak. Takde apa2 beza cuma agak boring sbb bila puasa mesti rasa sejuk sgt2 aircond ni. dah pakai 3 layer pun masih rasa sejuk.

Semoga dapat mengekalkan konsistensi aku beribadat dalam bulan ramadan kali ni...anak2 pun dah sibuk nak beli kasut raya..selagi tak beli tak berenti lah dorang dok ulang2... Weeknd ni ada cuti so panjang sket, Insya Allah nak balik berbuka kat kg aku. Maybe masa tu lah dok silau2 baju kurung untuk diriku sendiri! ....dan baju melayu untuk kedua hero2 aku tu...


August 20, 2009

Apa Daaaa.....

Lately, aku ditahap bosan gaban pasal tempat keje aku nih. Bukan apa, tau la tgh cut cost tapi takkan lah sampai begitu sekali, sampai nak menulis cari pen pun takde. Dont tell me kat situ pun nak cutcost? bape sen sgt ker reganya. Seingat aku dari mula keje dulu aku perasan dah yg makcik tukang order tuh kedekut. Ada pen best2 order simpan dalam laci dia. Paling tak kalau mat2 saleh kasik yg mahal2 tang kami kulikang mintak ni, bercinta. Dulu2 aku notice adalah gak dia beli pen, pensil, pemadam and pembaris. Lately, mula2 pen takde, then solufentape...now suma pun takde. Kat almari stationery simpan stok tu yg ada cuma fasterner, stapler refill, sebatang pensil 2B dan dua bijik pemadam..aaah please lah.

Since aku ni dah fed up everytime mintak byk sgt cengeih dan cengkadanya, akhirnya aku decided nak beli pen dan alat tulis sendiri. Beli jer kat mydin..berapa RM jer dah byk aku dapat...dan everytime dia datang kat meja aku,sengaja aku tayang pen2 berbundle2 or berkotak yg aku beli...and bos aku pun mcm notis. Suma pen2 tu aku dok label dgn nama aku. Yer lah harta aku kan!...ciis cheaps..

Satu hari receptionist aku mintak pen dgn dia. Tau apa dia kata: nanti bila2 mat saleh tu travel kat mana2 aku suh dorang amik pen2 free kat hotel tu...eeek leeeeh apa barang lah minah tu. Skg ni aku rasa terlampau sgt lah dia tu. Kadang aku bengang dan berang dgn dia, aku malas nak layan. Malas nak peduli...nak2 lagi muka cam sial jer hari2.

Lagi satu aku cukup tak suka kalau dia berckp dgn JLO. Klau bercakap tu mau makan berjam2. Dari berdiri sampai duduk kadang sampai 1 jam sanggup. Tak lain mengumpat, mengata org...komplen bla bla bla....sbbnya depan cakap C#0*. Kalau tak de niat mengata org apsal tak cakp omptuih je ye dak.

Dan everytime dorang berborak berjam2 gitu, mesti ada kes..mcm kes aku kena warning haritu cam tulah. Receptionst kata lepas bergebang berjam jam for sure ada yg kena. Honestly aku mmg bengang dgn JLO tapi aku lagi bengang dgn minah sekor tuh. Apa benda org lain ckp suma tak caya, suma tak mo dgr tapi kalau JLO ckp suma caya..suma iye. Tu sbb satuhari aku x tahan aku sound jer direct si minah tu..kalau ko nak tau citer ko tnye kat aku, tapi aku ckp ko tak percaya WTF ko tnye aku gitu.

Bukan sorang dua yg komplen pasal perangai JLO tu, bahkan customer komplain pun. Tapi everytime konon2 dia tnye aku nak mengesahkan, bila aku dah cerita tak percaya...so what the hack kan.

Satu contoh, few months back JLO ada buat trip ke whse. Dah la pakai baju jarang menambakkan baju dalam, pendek pulak tu. Jadi bila dok alih2 check2 barang tertonggeng2 nampaklah lurah B*nt*t dia tu. Semua pekerja lelaki kat tmpat tu feel disturbed. Itu pun aku cerita kat dia, tapi apa dia buat?...takde apa pun. Takde pun ckp kat bos..tapi kalau pasal aku JLO komplen cepatnya sampai ke boss. Mcm kes Adi hari tu pun cam tu gak. Dia tau sapa yg salah, tapi dia tutup sebelah mata jer. Walhal byk kali aku perasan dia cucuk aku suh mengadu kat boss pasal JLO sejak zaman bos janggut aku tu lagi tapi nasib baik lah aku ni ada akal lagi...mujurlah aku x ikut or dgr apa dia ckp....celaka k*f*r mmg hobi dorang nak melaga2 kan sesama sendiri. Aku masih berpegang pada prinsip berani kerana benar....dan kalau org nak jadi anjing menyalak bukit biarlah kita jadi batu dibawah dok dendiam....jgn dok ikut nak jadik anjing gak.....mengalah bukan bererti kalah org kata bahkan berdiam diri dan mengalah itulah adalah satu kemenangan.

Lama2 aku fikir, bosan nak melayan karenah depa dua tu, aku buat bodoh jer. Wat tatau...sampai masa ada peluang lain berambus jer.....aku sgt cintakan kerja aku nih..sangat mmberi kepuasan tapi pada masa yg sama aku feel so sick dgn environment dan org2 disini.................
Ya Allah bagilah aku ketenangan dan kesabaran.......AMIN

August 18, 2009

Of Letting her Go..


Minggu lepas kakak pas borang untuk diisi. Borang permohonan ke sekolah berasrama penuh. Dalam borang tu ada lah senarai senarai sekolah berasrama penuh yg bole di pohon berpandukan kepada keputusan UPSR percubaan. Memula aku tak ler rasa apa2..sbb mgkin formality sekolah nak pas borang tu. Tapi semlam aku rasa one kind pulak sbbnya kawan baik kakak si Nurul tu dtang. It seems dorang dah berpakat dgn sorang kawan lagi si Alia untuk choose sekolah asrama mana dorang nak..and one of the top choice was Sek Berasrama Penuh Sabak Bernam. Si Alia ada ramai relative kat sana...si Nurul pun...dan kakak of course lah sbb kg aku...tempat kelahiran dan rumah mak kat sana....

So aku masih samar2, terpikir nak let her go dgn umur yg muda cam tu. Rasa berat hati pulak. Ye lah nanti masa nak bersama mesti terhad, mesti payah nak plan kemana2..sbb kalau nak kemana2 or makan apa2 asyik terkenangkan kat dia pulak..n will missed kalau sorang tak de kat umah..Walaupun kalau ada pun asyik bergaduh, memekak..dan aku akan dan ayah dia akan dok membebel remind pasal solat, remind pasal basuh kasut or remind suh tolong buat susu adik....

Honestly, aku tak bape confident untuk dia dapat 5A, berdasarkan keputusan percubaan dan ujian..paling2 pun aku rasa 2A or 3A but aku tak nak bgatu dia..taknak confident level dia tergugat gitu...everytime dia tnye nak bagi apa kalau dapat 5 A..jwpn aku senang jer.......bawak mai balik slip UPSR with 5 A then we discuss apa nak...selagi takde ...No 5A, no slip, no talking..


Aaah, time flies so fast..sekejap jer dia dah masuk 13th years..dah jadi teenager pun..rasa mcm baru jer tgk dia merangkak....tgk dia belajar jalan..now she has grown up..and I m become more older..ehek ehek..




And this morning masa on the bike...pikiran aku asyik melayang pasal tu.......................towards nak sampai masa singgah kat Petronas aku sound kat SP....I dont think I m ready to let her go....Been thinking to send her to normal sek men nearby our area....and once PMR result then only decided where she want to go..SP knowing his calm and cool..only mengangguk........................

Sebenarnya.......aku tak ready lagi nak melepaskan dia ..too young...tahun lepas cuti penggal ke 3 masa dia duduk di kg dgn atok for 6 weeks (tu pun 2-3 x balik Rawang) aku rasa mcm tak best..mcm aku kata, nak makan kat mana2 restoran asyik teringat kat dia...makan apa2 kat umah pun kalau lauk kesukaan dia ada, teringat kat dia.....lagi2 dua bdak kenit tu.......asyik nak kol jer......................................................

August 5, 2009

Selesema B*b* @ H1N1






Malam semalam, lepas maghrib aku bawak amal ke Hospital Selayang. Batuk dia semakin teruk, bertalu2 tak berhenti2. Sejak Jumaat lepas dia demam panas, tapi since demam dah takde, batuk pulak. Kesian kat dia, aku pun decided dgn SP nak bwak dia pi hospital terus.


Syukurlah kakak dah besar dan bole diharap, aku suruh dia bawak delin pi mengaji and bawak kunci rumah manalah tau balik lwat pulak. Masa kami sampai kat kecemasan Hospital tu..mak aii pnye le ramai org yg rata2 pakai mask suma. Kat emergency tu mana kes kemalangan ambulan antar org sakit dan macam2 lagi. Jadik dorang dah buat satu kaunter khas dgn bilik rawatan khas untuk H1N1. Masa pendaftaran tu lagi dorang dah kasik mask suh pakai. Masa tu lebih kurang kul 8.45pm amal dapat no 255..usssh byk no tu. Tgk jelah gambar kat atas tu...ramai giler.






Ni pulak bilik pemeriksaan, punya lah ramai orang berkerumun yg rata2 bdk2 kecik demam panas tak kurang jugak org2 dewasa. Siapa2 yg demam tu immdiately dorang amik darah, kalau tak demam dorang terus suh amik ubat kat sebelah bilik dr tu. Ramai betul aku tgk yg dapat MC. berbuku2 MC hospital diguna smlm.
Penat berdiri aku duduk, penat duduk aku jalan..gitulah sementara nunggu giliran. Pulak tu kena pakai mask, aku rasa rimas betul susah nak bernafas dan rasa sungguh tak selesa.
Lebih kurang pukul 11, baru la clear cket dan masa tu barulah dapat giliran nama amal dia panggil. Dah tertidor, berbaring bagai si amal sbb ngantuk. At same time kami kol umah jugak nak tau bdak2 kat umah tu..It seems dorang dah bentang tilam dpan tv dan delin pun dah tido. Lepas periksa by Dr, amal disuh amik ubat. Dan kalau dalam masa 3 hari masih demam lagi, kena dtang hospital lagi..itu yg dr suruh. Amal dapat ubat batuk demam dgn antibiotik.
Suma selesai around 11.15pm. By the time sampai umah dah dkat pukul 12. Punyalah mengantuk penat..mana kain baju tak dan nak melipat, nak kemas dapur. seminggu dua sejak tak sihat ni rumah mcm kapal karam and aku mmg totally tak tahan tgk..tapi tak daya apa nak buat..taksabar nak tunggu sabtu. Tapi since batuk aku semakin menjadi2 ni taktau lah cam ne..
dgn keadaan yg berasap gini, aku takut jer batuk aku bertukar menjadi semput pulak..............aku rasa semakin serius dah H1n1 ni and better sapa2 nak gi mana2 tu tangguhkan dulu. Keadaan tak berapa bagus la ni. Patut dok dirumah je.
Sekolah anak2 aku semalam pun dah bekalkan mask. Harap2 delin tak jdik teruk batuk dia tuh, kalau tidak gamaknya kena dok kat wad lagi lah naya..boss aku pulak masih bercuti. Aku harap2 dia balik lambat lagi..he he he..