November 26, 2011

Syioknya makan kenduri

Hari Sabtu, kami mendapat jemputan kawin kat Sg Pusu Gombak.  Kenduri sedara belah2 SP la kiranya.  Kenduri kat kawasan kuarters dan org2 alim gitu kiranya. Suasana dgn ramai yg berserban bagai. Lagu2 nasyid di perdengarkan sangat menyentuh emosi. Dengan banyak nasihat2 dan panduan2 kans.

Kami sampai kat situ around 12 lebih. Walau kuar dari umah kat rawang kul 10 lbih tp dek kejammed terlampau kat rawang, selayang dan MRR tu kans, lewat sgt tiba.  Sesampai jer baru sedara mara jer yg ada. Tetamu lom lagi sbb majlis jamuan makan start at 12.30 pm gitu.


Dengan keadaan perut lapar menempuh jam segala. Bekfest pun ala2 kat mapley jer mmg selera sungguh u olls.  Ada nasik putih, gulai nenas ikan masin, kari ayam, ayam goreng, rendang..ada juga my feveret sambal goreng jawa. Dng sambal belacan dan ulam2 man..mmg mabeles u olls.

Makan 2x tambah tu..alah pedulilah. Sedara kans.  Kami tak lama pun kat situ. Lepas mkan, salam gitu gini balik. Plannya kami nak balik sg besar teros lepas tu.  Best part masa nak balik kak ipar siap dah menapau kan nasik dan lauk2.  Goodies toksah nak ckp la kan.

Trick biasa kalau nak escape dari kenduri sedara mara ialah....bohong sunat kata ada kenduri lain nak kena pegi.  Harus lah u ools, kalau tak kena dok lelama sembang dgn org2 dan sedara mara yg datang ramai dari Johor tu kans. Tk kuasa ai. Lenla kalau MIL ada leh la. Ni takat aku anak beranak, tak kuasa nak beramas mesra sgt kan.


Pukul 1 kot gitu, kami gerak dah. Alasan nak pi kenduri lain kat sg buloh. Cis, menipu tu.  Benarnya nak balik kg sg besar u olls.  Jalan hari sabtu tu mmg jam gila babas. Baek je kami sampai kat Seri Gombak tu mak aaai....panjang nya..jalan kuching jalan kepong..waaaa.

So SP dah take round about kat Jalan hala Kepong tu..tros masuk jalan Selayang. Dah gitu hala terus ke latar Expressway.  6hengget pnye tol pun tak pe lah kan. Tak rela nak terperangkap berjam2 kat jalan kepong sg buloh tu u olls. 

Sempat solat kat hentian latar tu.  Bytime we left dah kul 2 lebih dah.  Tros jer balik ke sg besaar........Bdak2 excited sesgt..tak sabar nak maen beskal, tak sabar nak mancing..dan aku?? tak sabar nak align badan aku ni pi beruruts you alls.

November 25, 2011

Interbiu hari itu

Hari Jemaat tu aku lari jap pi interview. Jahat kan. Nasib lah kan. Aku tak kuar lunch langsung pun. So aku kira kuar kejap gitu apalah sgt kan.  Kul 2 tepat SP datang amik aku kat off lepas jemaat. Campak aku kat Menara StanChart. Punya la..janji interbiu kul 2.30pm mmbawak ke pukul 3 suku gitu.


Yg meninterbiu nya dua org pinoy. (Filipino pmpuan) which aku percaya HR director ke hape ntah. Since dorang ada meeting dgn client kat KLCC katanya jadik lambat interbiu tu stat.  Bersama aku ada 3 org lagi juga interbiu to the same company tapi lelain post.


Ok tak ok satu jam gak lah aku kena belasah di hentam dgn berbagai2 soklan konterversi lagi sensasi.  Termasuk kenapa aku nak carik keje lain bla bla bla.  Aku tak cakp byk pun tapi since dorang tanya aku citer je lah yg betul kan.  Keje ok, bos ok..company jer mcm kedekut nak bagi rewards or merit.  Pastu bila minah sekor tu tgk gaji aku skg..dia tanya bape gaji masa aku stat keje..Bila aku ckp dia melopong...ye lah in 5 years byk tu je adjustments kan. Baru la dia kata, now aku paham nape ko nak carik keje lain..gitu katanya

Company ni sgt lah besar. Tapi blom ada bisness minyak kat Msia ni. Kiranya nak boost the market lah kan.  Dari percakapan tu aku mcm yakin insya Allah bole dapt cumanya aku rasa akan menolak kalau dorang offer...Off dorang sok katanya kat Bangsar. Siap tanya aku ada masalah tak kalau aku kena travel ke sana?, langsung tak de problem lah aku kata kan..maklum aku kan minah rempits u ools.

Lepas gedebak gedebuk, part ni aku dgr teros aku lemah gemalai yu ools.. Mana taknya katanya operasi akan dimulakan April 2012. Tapi dari Jan-March sapa2 yg dapt keje ni akan dihantar training ke Bangkok selama 3 BULAN..ye..harus diulangi 3 BULAN..gilos?? kalau takat balakong ke sg besi ke hatta janda baik bole ler take into consideration kan, leh je ulang2 alik bersakit2 selama 3 bulan. Ni Bangkok lah...guano tuh?. Katanya sistem training tu mmg kat sana. So by Apr lepas suma fully trained baru lah leh work at our own.

Mendengar itu, aku jadi kaciwa u olls. Ye lah, mana mungkin tu nak dok kat Bangkok ..negara banjir tu kan. Mana aku nak pikir anak2 sekolah, umah tangga..suami...Opss...hahaha. ye lah kan berpergian sebegitu lama apakah sang suami memberi keijinan...bkan dekat dek non..

Jadik now, aku mcm mengharap tak dapt jugak. Kalau dapat pun aku kena tanya lagi perlu ke Bangkok tu. Kalau tak perlu then baru aku leh pertimbangkan.  Harus tu. Offer taktau lah berapa kan. Tapi masa dia tanya aku hari tu aku mintak around 30-40% more dari apa aku dapt skg. Alang2 nak berenti biar berbaloi2 kan.  Lgpun aku kena notis 2 bulan beb la ni..Parah tu.

Walau bagaimana pun, pencarian kerja masih diteruskan. Walaupun aku mmg totally takde masalah langsung dgn kerjaan . Cuma aku rasa tak puashati dgn cara company treated jer.  Harus lah ada injakan gaji setiap taun kan walaupun ciput. 


Tapi, sekiranya mana tau boss baru ni ttba nak bagi naik gaji ke..promote ke..then barulah aku menimbang2 utk tidak memberhentikan diri gitu.  Aku plan nak sambung belajar tahun depan insya Allah..memerlukan dana extra tu. So kalau dapat rezki dari lebihan gaji lagi baik kans...

November 24, 2011

Aku, Hijrah dan Harapan

The last time aku pi interview was 5 years ago. Kat company aku keje skg and satu company besar lagi tu. Somehow dua2 pulak dapat tu. Tpi sbb company ni offer dulu and aku agreed. So aku tak leh la gelap mata nak pi tmpat lain sbb aku dah janji nak terima the offer kan.

Honestly, lately ni aku tak berapa ada motivasi nak keje.  Lebih kepada fed up jer.  Walaupun idak lah completely aku tak buat keje langsung kan. Tapi feel tu kureng.  Since last year mmg aku ada gak antar and apply bberapa tmpat tapi masa tu aku tak harap sgt. Mostly sbb aku risau. Kalau aku keja baru sure susah nak ulang alik, cuti dan melawat mak.  Agaknya tu lah hikmahnya tak dapat keje baru pun tahun ni.  Lepas arwah mak meninggal, after aku recovered completely dari kesedihan tu, aku start my hunting again.

Tujuaanya hanyala satu. Nak dapat keje lain yg bole offer much more gaji. Dan dengan lebihan tu nak sambung belajar lagi. Part time basis. Tahun lepas tu pun ada niat tapi tertahan2..like i said suma ni ada hikmah sbb mak.  Aku dah tanam keazaman dalam hati ni, dgn penuh harapan kalau dapat keje lain income lebih mmg nak gunakan half of it pay for the studies. Sebulan yurang 6-7 ratus gitu kan. Kalau nak harap gaji skarang ni? sampai ke sudah.

Secara teknikalnya mmg pengalaman aku kalau tulis kat resume for sure panjang berjela2.  Maklum dah hampir 11 tahun dalam line ni, multitasking pulak tu mcm2 aku bole tambah kat resume. Malangnya pengalaman sajer yg berjela2 kelulusan tak seberapa org tak berapa nak pandang jugak kan.  Setakat sijil tu jer mana la org nak pandang or beri perhatian. Kalau ada pun company besar multinational cam company skg ni. Sbb dorang mmg nak org yg well experience.  Dan oleh sebb itulah jugak aku membuat pemburuan di company2 sebegitu dan sewaktu dgnnya.

Mggu lepas, job hunter dah ada kol pun. Since aku dah setuju nak dia post resume aku kat mana2 company yg suit with pengalaman aku kan.  Semlam dorang kol lagi bgtau ada salah satu company minyak terbesar di Asia Tenggara yg akan stat operasi di Malaysia tahun depan memerlukan seseorang yg bole buat2 tugasan seperti mana yg aku buat sekarang.

Since company tu adalah company luar, org yg nak interview pun mestilah org luar kan.  Secara jujur aku taklah nervous mana pun. Cuma aku ada masa hari ni untuk mempersiapkan diri. Mentally, emotionally.  Termasuk jugak segala2 yg dorang perlukan termasuk salinan slip gaji sekarang u olls. Kalau di tanya pasal harapan of course lah, kalau dapat alangkah bagusnya. Dan bila dah gitu, aku harus pikir perkara2 lain jugak kan.  Stability, benefits dan paling penting persekitarannya.

Terbaru ada satu jawatan yg sgt menarik perhatian aku di market. Company tu pun sama level dgn company aku skg ni kat mata dunia. Cumanya aku perasan setiap tahun kerap sgt jawatan dari syarikat tu keluar.  Haruslah aku check around kan.  Dari maklumat yg aku terima, mmg hot seat tmpat tu. Furthermore, tmpat tu dipenuhi politik2 mak cik2 level. Maybe tiap kali org baru masuk tak tahan..so dorang belah. 

Aku ni bukan dari org yg jenis mudah mengaku kalah akan perkara begini kan. Tapi adakalanya kita kena take that into consideration. Biar betapa byk RM pun dorang sanggup beri GAJI, tapi persekitaran yg kurang sehat begitu haruslah tertekan.  For my level of age kan dgn drah yg dah goes up stairs  begini, aku tak mo amik risiko. Buatnya baru keje kat sana, tak tahan teros nak berenti masak.

Biarlah kalau aku nak berenti dan keje tmpat lain pun for good.  Aku pun bukan muda lagi. Aku harus cari ends of my career path.  Tmpat yg boleh menjanjikan masa depan  yg cemerlang, gemilang kan.  Bull shit lah nak ckap pasal loyalty zaman ni kans.  All are about money dulu then baru loyalty. Ko loyal nak mati pun, keje bagai nak rak and  yet gaji dah gitu sampai mati pe ada hal kan?.  Org yg malas je akan stay and just terima apa yg dapat. Aku x boleh. Aku dah berusaha gigih keje dgn penuh efisien dan dedikasi towards the company, at the same time I want in return as recognition kan.

So, dari semlam aku dah prepared dokumen yg diperlukan dibawak ke interview tu esok.  Selain dari tu mereka juga nak copy sijil2 aku nan ado tu termasuk lah salinan kad pengenalan. Dont worry, aku rakyat malaysia so nothing to worry .

Esok lepas Jumaat SP dah janji nak tolong antar aku ke tempat tu.  Tak lah berapa jauh dari off aku pun cuma nya tghari jalan jam..harus nak menyampaikan ke situ satu hal gak kan..

Cuma sekarang ni aku tgh figure out camne nak belakon.  Ye lah, Jumaat opis aku ni kasual. Suma pakat pakai jeans, baju buruk2 nan ado jer. Aku pun gitu lah gak tiap jumaat.  Nk pulak sok ada interview, haruslah pakai semat2 dan kemas.  Jeans definetely tak boleh kan.  Klau ttba hari jemaat aku pakai 3pcs suit masak nanti dorang suspek terutama si JLO dgn Jenab tu.  Mmg rezeki kan, taim2 nak interview bos aku pulak takde, wah cantik sangat lah kalau nak menyelinap kuar kejap tu.  Tempat tu dekat sgt dgn off aku, tak sesuai pulak nak coti bagai.  Sekejap abis jer interview tu leh aku masuk off balik..gitulah cadangnya..Haruslah aku berjeans gak sok tapi kena pilih kale2 hitam jer. Maklum takmo org suspek. Harus bawak baju spare..time nak gi baru tukar gitu kans?..Hissh susah lah nak belakon ni..maklum ai bukan ada talent nak jadik pelakon wanita terbaik..

By hook or crook aku harus masuk opis gak esok pagi.  Esok submission for revenue. Jadi aku kena siapkan and submit to management sblom kul 12 gitu. Mmg lah bos aku takde, tapi dia dah amanahkan untuk aku submit benda tu on time. Mana bole nak culas2 gitu kan.  Bila nak keja kena la smart gitu. Tak bole lah selfish dan pentingkan diri sgt walaupun kita dah nak blah. Tu je prinsip aku.  Org amik kita keje dgn baik kita pun harus pergi dgn baik dan terhormat. Tak men lah buat onar, bikin sabotaj dan khianat. Tak baek begitu walaupun semarah mana kita dgn company dan org2 kat situ.  Itu jer yg aku pegang dari dulu sampai skg ni. Buat baik dgn org walau kadang2 org buat jahat dgn kita....Allah tu nampak dan maha mengetahui apa yg ada dalam hati kita. Sama ada kita jujur dan ikhlas ke tak, cuma kita dan Allah jer tau. Org lain nak menafsir tu terpulang kat memasing diri dorang kan. Yg penting tepuk dada, tanya hati, tanya Iman...
Interview at 2 lebih plak tu...

So, korang doakan aku ya. Moga ada rezki nak dapat keje baru, gaji baru, baru lah bole memulak perjalanan baru, penghijrahan.  Insya Allah..

November 23, 2011

Aku, Dia dan 15 tahun

Alhamdulillah, syukur hari ni 23hb November genap dah 15 tahun usia perkahwinan kami berdua. 
Tiada apa yg aku harapkan selain dari rumahtangga kami ni kekal hingga ke hujung nyawa..
Terima kasih untuk soulmate ku, kerana masih teguh setia di sisi.
Kau lah teman, kau lah sahabat. Yg sentiasa sabar dan jadik pendengar setia.

Segala dugaan, cabaran, pahit manis kita tempuh dgn sabar dan tenang
Segala kesulitan kita hadapi dgn tabah dan keyakinan
Sama2 ketika susah, sama2 ketika senang
Dan tak pernah berkira dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Semoga kehidupan kita berdua dan anak2 sentiasa dilimpahi barakah
Semoga rumah tangga kita sentiasa berada dalam mawaddah dan rahmah.
Terima kasih juga sbb menerima segala kelebihan dan kekurangan seadanya
Menghadapi segala yg mendatang dgn redha dan ikhlas hati.

Untuk 15 tahun yang penuh warna warni..Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga
Semoga hanya maut jer yg memisahkan kita... AMIN

Terima kasih ..sungguhpun tanpa sebarang kata2..bait2 lagu ini sudah cukup mentafsir segala isi hati..


Iris

by Awie

Dari awal dulu hingga hari ini

Aku pasti seyakinnya pasti

Kau lah satu untuk ku



Kau masih Dewi hatiku, sungguh

Biar sejuta tahun hilang di hari

Usah gusar sayang usah ragu

Aku milikmu



Cinta ku jika kau tanya pada bintang

Gemilauan sinar tak kan hilang

Akan aku sinari duniamu

Moga terpadam sangsi mu oh



Cintaku jika kau lihat tingginya awan

Tak kan tercakar tinggi cintaku

Hanya hati ku tahu apa mahuku

Kan dunia ku pastinya milikmu

Hingga ke akhir hayatku



Kau masih ku cintai, sungguh

Dari hari pertama kau ku nikahi

Aku pasti seyakinya pasti

Engkau milik ku

November 22, 2011

Aku, Bola dan Semangat Malaysia boleh..

Aku mmg tak bape gemar akan bola sepak. Tapi kalau melibatkan Malaysia yg main ttba jer semangat nasionalisma dan patriotik akan ttba naek temperaturenya.  Tak kira lah acara sukan komenwel ke, SEA ka, AFF ka..kalau Msia yg main bola harus kita rakyat sokong 200% tak kira kalah ke menang. Yg penting semangat weh.

So malam tadi sanggup tak tgk citer lelain hape2. 2 jam menonton bola penuh debar. Penuh suspen. Kerap kali adrenalin mencanak2 terutama apabila bola sipi2 nak masuk gawang Indon tapi berjaya ditepis dek Titus bonai.  Licik sungguh si bonai tu. So energetic pe la dia makan gaknya.

Despite seribu provokasi, tekanan emosi dan memacam lagi terhadap pasukan bola Msia and yet dorang buktikan yg they are the best mmg sungguh mengharukan emosi.  Sanggup aku, SP dan kakak tunggu sampai abes x pernah2 tau.  Mana taknya dgn pelbagai berita di baca, didengar terutama pasal busuknya hati mereka pada kita harus tak kita nak tgk dorang kalah dan dimalukan.

And yes, they have been humiliated di depan 100ribu penyokong fanatik dan giler depa. Should see wajah2 sedih dan sugul mereka lepas Msia dinobatkan juara. Should see they cry..ha..served them right kan!!.  Lepas byk cabaran dan rintangan akhirnya Ong Kim Swee dan anak buahnya berjaya membuktikan Malaysia BOLEH. Malaysia MENANG.  Baru lah terpalit segala hinaan dan cacian indons pada Msia sejak dari hari pertama Sukan SEA lagi. Mereka meludah ke langit yet terjatuh atas muka sendiri. Padanlah muka kans.

Sebenarnya bukan acara bola ni jer, byk acara lain pun sama jugak. Kalau korang rajin baca kat blog2, kat internet kat u tube (baca mazidul blog was the best!!) dalam acara2 lain pun, bila Malaysia pnye atlet menang, dan dan jer nak buat saringan ujian dadah WTF??.  Negara2 lain takde pun dorang treat gitu??..kecuali acara silat lah kan, men gigit tinge plak. Nyata dan jelas sekali, org2 indon ni terlebih emosi yg menguasai diri sampai sanggup buat apa saja. Sanggup menggelar Malaysia Maling (pencuri) walhal mereka sendiri yg selalu ditangkap di Malaysia kerana menjadi maling!!. Dasar tak sedar dek untung kan.

Pagi tadi kat MHI pun masa dorang buat liputan kat kedai mapley..takde sekor pun org indon berani nontoon kat luar..kenapa??? sebb mereka takut. Takut kena ganyang dan hantam. Walhal org2 kita sangat bersemangat kesukanan. Tak men lah nak hantam2 gitu kan.  Hakikatnya, org2 indon takut pada bayang2 sendiri kat Malaysia ni. Kat sana bukan maen org2 kita di bantai cukup2 kan.  Kan tak sedar diri tu namanya?

Yang pasti sekarang, pasti berbillion rakyat Indon terpempam kaku.  Sapa suruh jadi org yg tak bertamadun. Belum apa2 dah menghina dan menggelar kita memacam padahal kita sesama serumpun katanya.  Sanggup bakar kaunter tiket. Sanggup merusuh dan mengganggu bas pasukan Msia. Mujurlah pemain tak perlu naek barracuda. Klau tak dalam sejarah tu, nak men bola macam nak pergi berperang lah.

Kita rakyat Malaysia masih punya harga diri. Sungguhpun dihina dan dilabel dgn memacam, idak pulak kita merusuh dan buru suma org indon kat mesia ni dan pukul maupun kerjakan dorang kan?. Tpi kalau kat sana, abes bendera2 kita dibakar, haram nak hormat dan berdiri masa lagu negaraku berkumandang. Justeru mana ada sopan yg sepatutnya ada pada org serumpun katanya?.

Tahniah gak kat Apek. Anda mmg hebat dan terbaik.  Gawang tak bolos lebih biarpun diasak bertubi2 oleh 3 trio indon yg mmg licik mcm tikus belanda tu.  Sakit hati dan suspen tiap kali si bonai tu dapat bola tau.  Si Diego pun sama jugak.  Men tolak2 dan men kasar depa kan. Maklum desperate nak dapat menang. sanggup buat apa saja.

Over all, tahniah to Harimau  muda. Anda suma mmg the best. Terima kasih jugak sbb berjaya memalukan garuda dia depan 100 ribu penyokong yg sememangnya giler nak menang kan. Walaupun bukan nak sombong...tapi tergelak aku dgn SP bila dgr tiket kat stadium tu cuma berharga RM7.50..hahaha. Kalau kat sini with that harga, pasti runtuh stadium weh..Murah giler!!!.  Nak makan pun susah dorang kat Indon tu, with that amount of RM sanggup pulak bergadai nyawa merusuh. Apa daaa..tak dapat tiket tgk jer kat layar besar. I m sure kat stadium dan dimana2 ada kan.  TV3 mmg the best..sbb dapat shoot wajah2 lesu kemaluan akibat kekalahan distadium sendiri...suka giler aku anak beranak tgk muka sedih depa, menangis...sedih..pilu.. baru padan muka kansss.

Harimau muda mmg the best..Malaysia boleh..demi bola, sanggup aku tido kul 12 lebih tau..so hari ni, kepala ada tingtong sikit akibat kekuranga tido. Tapi demi MALAYSIA.....aku rela.........

November 21, 2011

Cuti Sekolah dah tiba

Malas terlampau nak menaip lately ni. Keje idakle bnyak mana pun. Idea ada lah gak sket2, tapi dasar kemalasan terlampau.  Taip2 tak jadi..taip2 tak jadi.  Haru.

Yes, minggu ni dgn rasminya bermula sudah cuti sekolah penggal terakhir untuk tahun ini.  Petanda gembira gak tuk mak2 yg bekerja cam aku ni. Ye lah, pepagi tak perlu rushing2. Tak yah nak packing barang2, bag2 dan memacam lagi. Paling penting, tak yah menyental baju sekolah kotor tahap gaban tu.  Smlm gak operasi membuang kasut2 sekolah bdak2 ni.  Dah teruk benar rupa kasut tu. Koyak rabak.  Menyakitkan mata jer.  So aku soh kakak bungkus2 cmpak je kat tong sampah besar dpan umah.  Kalau masih elok bole je simpan or sedekah kat org ni tak, nangis tgk kasut sekolah delin dgn amal.

Minggu ni gak sepanjang minggu bos takdek. Dia bercuti2 ke Thailand. Tak paham aku nape suka sgt pi sana. Walhal banjir kan. Biar la dia, janji dia bahagia.  Aku pun lagi suka maklum leh keje dengan tenang. Hagak2 malas jer MC jer.

Biasalah, taim coti2 sekolah ni mula ler bebudak merangka2 mana nak pi, mana nak jalan. Kalau Amal mmg la asik ngajak ke hotel bercoti. Yg ada kolam, yg bilik besar bl bla bla. Dia ingat mak bapak dia ni cap duit ke hape? sedap jer.  Tak sabar gak ajak balik kampung. Kejap ajak balik kg aku. Kejap ajak balik kg SP. Kejap ajak pi sana kejap pi sini. Tapi jenuh giler aku memujuk soh dia bersunat coti sekolah ni. Dia tak nak pulak. Hissh bdak ni. Payah

Time cuti gak, aku kena stock up makanan kat umah. Ye lah, dok umah pe la keje dorang. Tgk tv pas tu lapar. So harus pepagi aku masak le apa2 tuk dorang. Jumaat lepas tu aku malas nak masak.  Mana tau Amal telefon aku nenangis kata kelaparan. Padahal kakak ada je masak nasik. Goreng kan telur.  Tapi sedih ktanya sbb mama tak masak apa2 pun. Bertuah pnye bdak.

Sudahnya lepas balik keje jumaat tu menagih ajak ke Mc D bagai.  Malas aku nak pi fastfood kami pi makan kat Restoran Azura je. Puas hati. Kenyang dgn nasik ikan tiga rasa dan memacam. 

Minggu ni gak stat dah jemputan ke kenduri kawin bgai. Sampai bulan Dec nanti banyak sungguh jemputan yg nak kena attend.  Tk tau lagi la dapat pi semua ke tak.  Tgk la cam ne nanti.

Cuti sek kali ni pun malas nk pi jenjalan jejauh and stay kat hotel bagai.  Salunya stay kat hotel pun paling busuk Rm200 dah tentu.  Mcm tawun lepas pi cameron tu, hotels jer 350rm for 2 nites. Mahal.  Skg ni buat startegi baru pi balik ari je.

Tak pun tunggu SP dapat bank nye condo apartment kat PD tu. Bayar semalam 20 hengget..hak tu ok la. Pastu leh masak kat situ. Jimat sket. Bley mandi laut ..bley mandi kolam sampai lebam gak.  Mmg aku bosan dah nak pi PD je manjang, tapi lau murah why not ye dak.

Selamat bercuti sekolah..selamat bersantai



November 17, 2011

Saya Udah bosan

Aku ada seorang kawan ni..(eh, i ramai kawan2 kanss) mmg aku kenal dari umor 18thn sampai lah ke saat ni. Dari jaman dia bercenta taim anak dara dgn mamat muka berjerawat  yg later jadik suami dia tu..sampai lah dia becerai dgn lelaki berjerawat tu..dan kwin pulak semula dgn lelaki lain pulak. Kali ni lelaki bujang trang tang tang ada la juling2 sikit.  Sila bertenang ye, ni bukan mengata just nak menggambarkan pribadi kawan ku ni, kena lah bercerita dari awal supaya korang senang sket nak paham gitu.

Kadang2 aku rasa manusia ni tak tau menilah diri sendiri. Memuhasabah diri tu seblum nak komplen, kutuk maupun mengata org lain. Maksud aku, bila kita lihat kekurangan diri kita tu, seharusnya kita menerima kekurangan org lain itu dgn seadanya bukan?. Tapi tidak kawan aku yg seorang ni.

Seperti teman2 yg lain, dia sgt suka telefon aku.  Sbb apa? tak tau lah tu. Mungkin aku ni pendengar setia, or mungkin kwan2 lain terhibur dgn lawak sengal lagi poyo yg salu aku ceritakan atau mungkin jugak sbb aku ni tau segalamala gossip so dorang leh je tanya gossip anytime??. Idak le apa pun, sbb hobi aku ni membaca suratkhabar dan sewaktu dgnnya kans. Harusslah cerita tau lebih sket. Kawan2 pulak jenis vazz the vass ada jer cerita gossip yg nak disharing dan caring katanya. Believed me, korang jgan riso. Kalau aku ramah tamah giler kat fesbuk dan alam maya tu, kat luar tu insya Allah gitu jugaklah. Aku ni org yg happy go lucky tapi kalau tak kenal mmg sombong lah sikit gitu.

Dia yg paling salu dan kerap tepon aku kat off. Ada masa aku free ada mood ada napsu nak melayan aku layan lah jugak kan. Tapi harus di ingat, aku ni manusia kuli pulak tu kans, ada masa aku bz ada keje kene selesaikan. Ada masa aku tak bersosiyal pun kat FB. Ada masa galak bersosiyal meroyan dan sebgainya hikhik..

Baru2 ni dia kol aku pasal nak cite kes Kak Ja yg bertunang tu kan. Fine, aku paham. Aku teruja dia pun teruja tapi jgnlah lebih2 pulaks.  La ni tiap hari nak tepon aku. Aku pulak naek rimas. Mana taknya kalau dia tepon mau makan berejam. Dia tak pe la, bos salu takde. Aku?? manjang jer bos ada. Nak bergayut lelama tu agak kurang enak di situ. Malu la, taim2 keje nak bergayut kikiki. Harus walaupun bos tak cakap apa...sendiri mau ingat tu.

Yg aku tak bole tahan, kwan aku ni salu merungut, mengadu pasal memacam lah. Musim maid dia lari, pasal maid la dia cite. Musim nak raya, citer pasal baju bagai..ops terlupa kwn aku ni keje secretary kat company besaaar dan at the same time ada bisness part time supply kaen2.  La ni musim dia bercerita pasal suami dia pulaks.  Aku ni bkan apa lah. Aku kalau marah sgt2 dgn laki (SP la kan), geram gi mana pun aku takkan cerita lebih2 kat kwn2..hatta kawan rapat pun pastu gelar laki, bengong, bodoh dan sebagainya mcm dia salu quote laki dia tu lah. For me, Laki tu darjat dia sama tinggi cam mak bapak kita. Syurga bawah tapak kaki laki tau. So, tak kira semarah mana ko dgn laki, tak BOLEH buruk2 kan dia.  Ibarat meludah ke langit org kata, kena muka sendiri (ceh, berperibahasa kau).  Pulak tu mmg lah laki dia tu in terms of sumbangan wang ringgit pada kuarga mmg nan ado lah kan, but still dia suami kans?.

Bila dia bengang dgn laki dia jer, aku lah tmpat dia meluahkan perasaan. Lama dah aku perasan. So far aku tak le sound dia hape. Malas la. Ari tu masa dia kutuk Hajah Esah (bukan nama sebenarnya ya) mak mertua dia tu..bukan maen baek aku nasihatkan . Dengan sgt berhemah tau. Sudahnya aku pulak dimarahinya.. ada ka patut?.

Kisah anak2 dia pulak. Baru ni dia mengadu anak sulong dia dgn xlaki yg berjerawat tu buat hal.  So mengadu lah gitu gini. As kawan aku  nasihatkan dia.  Ye lah, anak dia tu tgh membesar. Pulak tu umah dkat sgt dgn KL, mmg keluar lah kejenya. Pe lagi selama ni kawan2 dia pun ramai pengaruhi dia kans.. dah meroyan dia mengadu dgn aku anak dia ini..anak dia itu..so, aku kata pe kata hantar dia ke kem motivasi.  Kem brainstrom session. Sbb ramai kwn2 aku pnye anak remaja antar ke kem gitu, Alhamdulillah dorang jadik ok.  Jadik dgr sikit ckp mak bapak.  Korang tau apa dia ckp??.. ada ka dia kata, anak dia bukan jahat sgt nak pi hantar ke kem2 gitu. Masya Allah..aku tak kata anak dia jahat pun.  Kem tu kalau yg menjurus pada pengertian solat dan tanggungjwb remaja sgt bagus tau. Biar dorang tu ada rasa jati diri, tanggung jwb dan tidak mudah terpengaruh dgn desakan rakan sebaya kans.  Infact, kalau aku jadik cam dia, RM banyak antar jer kerap2 kan. Laen la cam aku. Tak mampu. Satu kali kem cost mau 5-6ratus tu mana nak cekau duit.

Kereta ko boleh upgrade jer, takkan ler tang tu tak boleh. Nasihat, pendapat dari seorang kawan kan.  Sbb tu aku kata, lelama aku jadik fed up giler. Mana taknya, tiap kali kol aku ada jer benda yg dia nak citer, mostly menjurus ke arah2 menambah dosa .  Citer sipolan2 tahan lagi, tapi tang sumpah seranah pada sang laki, yg tu mmg aku tak leh tahan.  Kalau kita rasa diri kita bagus dan semporna sgt idak le kita berfikiran sedemikian kans.

Nk kata tak pi umrah, dah 2kali pegi. Tapi tak mencerminkan cara dan pribadi org dah menjejak kaki ke tanah suci pun?.  Tak mencermin yg kau mengamalkan apa yg sepatutnya ko buat.  Pi lah umrah 10kali pun kalau menderhaka (kutuk laki tu consider derhaka tu) kat laki gitu rupanya, mmg takde makna.

Padanlah dia selalu mengadu aku hidup dia tak tenang dan tenteram.  Walhal duit banyak tu.  Apa nak bole jer anytime beli. Pulak tu macam2 dugaan. Dgn laki kawin lagi lah..padahal laki tu konpem langsung tak mampu.  Dgn dugaan staff dia larikan duit bagai.  Aku dah ckp kat dia. Tiap satu yg berlaku tu mesti ada sebb. Kita kena salu muhasabah diri kita sendiri. Kita kena salu beringat apa yg kita dah buat, kenapa Allah beri dugaan sebegitu rupa pada kita? Paling penting kenapa hati dan fikiran kau tak pernah tenang??

Mana nak tenang? aura2 positif takde langsung dalam hati dan jiwa kau.  Cuba kau bersiihkan hati dulu, bersihkan jiwa..percayalah, kau akan beroleh segala ketenangan yg kau impikan walaupun mungkin duit tak seberapa ada.  Apa guna ada duit berjuta ditangan, kalau hati tak tenang, jiwa berantakan.  Hubungan dgn mertua, ipar duai sentiasa jer bermasalah?.  Hissh, kalau aku tak mo. Nanti aku cepat dapat sakit jantung. dapat tekanan darah tinggi silap hb kiok kan.

Sbb itu org salu kata hati yg tenang akan melahirkan kehidupan yg tenteram.   Jiwa yg tenteram..seribu dugaan dan masalah mendatang pun ko rilek jer.....untuk mendapat kan tu suma senang jer..Yg  5 waktu tu pelihara....ucapkan benda2 yg baik dan selalu2 lah baca Al Quran..Insya Allah..

tu jelah luahan aku buat masa ni..sekian terima kasih..aku terpaksa suh receptionst tipu aku takde.  Dah 2x dia sms aku kol balik..tapi aku jwp..sori, ari ni aku BZ lah...hehehe, bohong sunat katanya...kuikui

November 16, 2011

Hapday..

Dengan ini dimaklumkan, ari ni aku hapday. Nak pi school ..ala amik duit bantuan yg gomen bagi tu..Ish, tak bek tau..seratus pun duit..kali 3 org ada dah 3 ratus..lepas gak tu kalau nak makan kepci ke mc d ker..hahaha haruss.

Smlm tu aku dah ushar2 bdak2 ni nak pi berjoli dgn duit tiga ratus tu..alah, saje nak test2 bdak2 ni. Bukan maen melenting Amal marah. Katanya gurubesar pesan beli baju sekolah jer duit tu. TAK BOLEH beli mende lain..baiklah nak..mama memain jer.

So, ari ni sungguh ada training kat opis dan ada makan free., tak kuasa ai..lagipun malas nak makan menu yg sama jer bohsan mak.

Jadik, kejap lagi nak siap2 kemas2 dan 1230pm dgn pantas aku nak turun. Ye, SP amik hafday gak. So lepas pi school leh balik umah baring2, golek2...layan tv..hiks...

Cuma nya, tak leh nak join2 geng meroyan kat fesbuk ler hari ni..haissh...

November 15, 2011

Sila Ambik Duit Bantuan Persekolahan

Semalam masa balik sekolah, anak2 kecoh dah riuh dok cerita pasal duit bantuan persekolahan. Ala bantuan yg seghatus hengget setiap murid tu.  Yg si kakak bgtau, parents di suruh datang pada hari khamis kul 10 am kat foyer.  Aku tanya dia sapa nak gi amik tu??, lau kakak amik tak leh?..Mana bleh ma, katanya. Mak atau bapak kena datang pastu kena tunjuk IC bagai.

Yg kecik dua org pulak siap bgi surat jemputan gitu. Yg tak bestnya masa berlainan hari pun berlainan. Ah sudah, sorang hari rabu kul 12 tgh. Yg sorang hari Khamis kul 12.  Kakak pulak hari Khmais gak kul 10am.  Hari gini, camne nak dibuat? takkan semata2 tu kena amik coti 2 hari? melampau lah kan.

Ntahlah, SP tak cakap apa2 pun camna nak amik duit tu.  For total 3 ratus ringgit aku rasa dapat lah sepersalinan baju sekolah sorang.  Tang nak beli beg pun dah tak cukup tu.  Biasanya kami spend dekat seribu ringgit setiap kali nak memulakan sessi persekolahan.  Tu perbelanjaan suma lah termasuk segala mala alat tulis dan ntah hape2 lagi. Belum botol air lah, beg sekolah agama lah, file lah..memacam lagi. Belum juga campur dgn segala buku tulis, buku rujukan dan sewaktu dgnnya.

Ironinya, jumlah seratus sorang murid tu dapat meringankan beban jugak walaupun tak banyak. Sbb nak mendapatkan baju sekolah yg tahan lasak for kegunaan sepanjang tahun biasa aku dapatkan yg elok sikit kat giant ke kat tesco ke.  Selai baju pun almost 30hengget. Tapi kain dan kualitinya bagus.  Cuma tang kasut sekolah tu sampai sekarang aku tak paham. Kenapa ler kualitinya teruk sgt.  Sepasang cost dekat 50hengget pun  belum tentu dapat bertahan sampai abes sekolah setahun.

Last year aku beli delin dan amal sorang dua pasang.  Sepasang berharga dekat 30hengget.  Kalau empat pasang dah seratus lebih. Tapi belum sampai bulan sembilan dah koyak rabak segala apa cer?. Dulu, arwah pak belikan aku kasut sekolah jenama Marco tu, 2 tahun pakai pun elok lagi, tak koyak pun.  Apekah kualiti skg ni tak sebgus dulu or bdak2 sekarang ni mmg maha lasak tu pasal segala mala cepat koyak dan rosak?

Beg sekolah pun sama cerita. Belum sampai 6 bulan dah koyak rabak. Dah terputus tali bagai. Tu pun bukan yg sepuloh hengget aku beli. Yg berpuluh2 kunun untuk tahan. Idak tahan mana pun!!.  Koyak sana, tanggal zip sini.  Kadang2 as parents aku ni pening jer camne lagi nak mendapatkan barang2 persekolahan supaya tahan sepanjang tahun?..takkan nak beli beg sekolah seratus seketul kot? takkan nak beli baju dan kasut sekolah jenama guess pulak?? botak pala kalau gitu.

Yg pastinya, walau cuma anak 3 org bersekolah, masih terasa jugak perbelanjaan persekolahan dorang. Tu once a year jer, belum amik kira belanja sekolah, yuran dan ntah hape2 lagi  kan. Syukurlah kami ada pekerjaan tetap bole lah jugak. Imagine org yg ada 5-6 org anak bersekolah, gaji kecik ..mesti sangat membebankan. Kalau dok kat kg tu tahan lagi lah, kalau dok kat bandar duit cam KL ni ?. Mau tak pening pala tiap tahun??.

For us, kami mmg dah siap allocation utk perbelanjaan awal persekolah setiap tahun. Budget mmg dalam seribu jer setahun. Kiranya menabung sebulan 50 hengget just for persiapan persekolahan.  So by the time tu takle kelam kabut sangat kan.   Mujor lah ada keje, ada gaji kan?.

Kalau nak kata  berjimat dan besederhana, mmg tak lojik. Bole je beli baju sekolah kat mahidin tu. Beli kasut sekolah sepasang 8hengget,tapi pe kekdahnya kalau pakai sebulan lebih dah koyak baju, dah rosak kasutnya?. dah le jenis budak2 yg melasak. Baju sekolah manjang kotor maha dashyat dan perlu di berus dan disental sekuat ati baru nak bersih. Sampai sakit bahu mak ni kans..

Alhamdulillah lah, dapat bantuan tu kan. Karang ada pulak kata tak bersyukur. Ntah cam ada org tu ttiba komen kat fesbuk aku tuduh aku tak  bersyukur lah bagai. Padahal, motipnya aku tag gambar lunch nasik goreng aku kat kengkwan rapat jer. Betapa aku cerita kat dorang nasik goreng aku beli tu  jadik pahit sbb terlampau banyak sawinya..Yg org tu tak pernah komen, tak pernah aku cuit dia pun. Dia add aku pun aku accept sbb dia tu class mate ahli mesorat tingkap..walaupun satu sekolah, aku mmg tak pernah mesra alam pun dgn dia sbb dia senior aku setahun. Alih2 buat komen ayat laser, siap tuduh aku tak bersyukur dapat makan bla bla bla..dah tu siap kata kalau nak komplen sgt byk masak sendiri kat umah!!. Apa barang kan..Nak je aku bahasakan or carutkan tapi kan, malas lah. Malas nak layan org psiko mcm tu. Dah ler asik nak tag pasal game je kat fesbuk aku, ttba bersore ase nak kena baling dgn kasut seploh hengget aku ni pa kess?.. so biarkan jer lah dia meroyan gitu.  Tk lama lagi siap la aku remove jer ko kan.

Itu pasal, kena bersyukur ya kawan2..biarpun seratus tu bgi org kaya mcm sepuloh hengget jer. Tapi bagi kami tetap juga membantu...setidak2nya membantu aku yg mmg sengkek nak tunggu gaji ujung bulan  kans...

As for now, aku dgn SP lom bincang lagi camne nak pi sekolah collect duit tu..sbbnya waktu nya pun odd gitu..kalau takat nak pi sekolah kat rawang tu time lunch pastu nak masuk keje kat KL balik after that mmg totally tak logik langsung taw...aah, nantilah memalam baru pk cam ne. Aku cadang sok amik hafday jer....khamis plak ??ntahler...no idea lagi........

November 14, 2011

Cuti sekolah dan kampung..

Seminggu dua ni tu jer lah jeritan yg aku dgr kat umah.  Dari pagi, petang ke malam.  Paling malang kalau hari sekolah bila dua2 nya nak start memonteng. Alasannya : ala ma, cikgu kata tak datang pun tak pe..lau dtang pun maen jek..Haaish, malas tau aku dgr alasan gitu. Yg cikgu pun satu, pehal la galakkan anak2 murid tak yah dtang walaupun lagi seminggu jek. Aku cukup tak suka, menjadi habitat memonteng jer tau.

Results periksa dua bdak sekolah rendah dah pun dapat.  Nothing much. Cam base2 jer. Amal dapat no 3 kat sekolah kebangsaan.  Tak de le big deal sgt for me, cuma dia lah yg membig deal kan.  Sbb dapat no three..nak PS three bley??..Sek agama pulak dia dapat nombor bape ntah. doblas ke.  Idak ler dia heboh2 nak mintak adiah bagai kan.  Abess rate 1-3 jer dilyan ye. Lebih2 no way.  Si delin pulak bila amal terkinja2 mintak ps3 sbb dpat no 3 kan..dia dgn bangga pun kata.. Alin pun nak hadiah ma....nak jugak.  Aku tanya ler dapat no bape kak Lin?  dgn gembira dia kata. No 30!!!.  Being her, mesti dia ingat no tu bagus gaknya. Aku pun angguk2..Ya ya, nanti mama beli hadiah adik mama belikan adiah kak lin sekali yaa.. Kakak pulak resultnya tak dapat2 lagi. Aku tak berasa risau sgt kakak tu..salu result so so jer..cuma aku siap warning yg tahun depan tak bole men2 lagi. Tahun depan kena konsentrate ke PMR dah..jgn buat lawak nak dapat result B and C..nak carik nahas..

PS3 ka, PS 4 kena la tunggu gaji. Or tunggu jer bapak dorang gaji lah kan.  Sebetulnya aku bulan ni tersalah budget, tersalah tafsir dan tersalah bulan tau. Bukan apa ari tu masa kenduri tahlil 25hari mak tu taim2 lepas gaji raya hindu tu lah kan. Aku spend tuk beli barang2 kenduri bagai. Pastu aku lupa diri soping gile2 kat avon borong bra sampai dkat seratus lebih.  Pastu borong baju keje kat kedai kat sg besar tu dekat 2 ratus lebih. Pastu beli perfume bagai..pendek kata, aku dah terlupa bahawasanya hari raya haji adalah hari ke 40 mak meninggalkan kami kena buat tahlil lagi sekali dan 7hb itu masih jauh nak tunggu November ends weh..Nangiss nangis.  Jadiknya aku menghitung waktu nak gaji Nov ni, so jgnlah nak demand apa2 sampai la akhir bulan nanti ye. Ape2 mintak sama bapak lu org dulu gitew.

Taim2 ujung nak coti sekolah ni, aku adalah org  yg paling pening pala sekali. Dah 3 tawun tau camtu.  Mana taknya tiap tahun delin asik ilangkan buku teks jer. Ntah kemana dia bawak taktau la. Jenuh aku meredah ateh lemari bawak katil bagai..takjumpe.  Sudahnya tiap tawun jer kena mengganti buku teks dia.  Nak marah pun tak guna bukan leh buat apa. Ada takde dia pandang aku balik terkebil2..buat panas hati jer kans. Malas nak made my blood goes upstairs ganti jer lew.

Seingat aku sejak mak meninggal ni leh kira wekend bape kali kami ada kat umah. Selebihnya balik kg jer la.  Umah dah tak seroopa rumah. Kain tak berlipat bagai.  Dapur tak berkemas. Jadi minggu lepas dan wkend minggu ni mmg kami akan ada jer di rumah. Sementelah kenduri2 tahlil mak suma dah selamat. Lepas ni tunggu kenduri 100 jer pulak which on Januari 2012 nnti. So takde keperluan sgt benarnya nak balik kg. Tapi since ada jer jemputan lah, ada hal lah..jadik sebulan tu bole dikatakan 2-3 balik gak.

Amal dah merungut2 dah seminggu dua ni. Bila nak balik sg besar lagi.  Bosan katanya kat umah. Nak main basikal pun aku x bagi jejauh. Nak maen kat luar pun xleh.  Cuaca pulak asik ujan jer.  Nak kuar tak leh, nak ajak gi jogging pun tak leh.. Bohsan giler katanya..wah pandai betul dia komen sana sini. Aku saje jer pancing dia..napa suka sgt nak balik kg mama kat sungai besar tu??..ni penjelasan dia..

1) Kat Kg ada abang yen....

Abang yen ni sepupu dia. Anak tunggal kepada akak aku.  Mmg dia sgt rapat dan manja . Kalau dah jumpe tu bukan maen meleseh, mengikut je org tu mana nak pegi. Pulak tu, la ni abang yen dah pandai naek moto..manjang jer ajak bang yen meronda2 kg sambil dia bonceng kat belakang. 


2) Bole memancing dan mencari ikan kat sawah..
Pabila balik kg aku tu mmg inilah akitibiti depa 3 beranak. Carik ikan kat bendang, macam memerang jer aku
 tgk. Bukan kira hari tengahari panas bedengkang ke apaa...

3) Boleh maen beskal dan lari2 kat laman ..pagi petang tengahari .. bebas nak kuar masauk men beskal atau nak merayap2 kat halaman yg luas tu..




4) ada arnab... bole maen dan bela arnab. Bagi makan, kasik minum lepas dan tangkap...lgpun ayah dah buat reban dia cantik2 suka tgk arnab turun naek tangga katanya..


Mmg sejak reban baru siap ni, dorang (kanak2) suka dok berjam2 menatap2 arnab2 ni suma. Tgk dorang turun naek bagai...

Sebenarnya, baek aku maupun SP mmg kami suka sgt menghabiskan masa kat kampung ku kat sg besar tu. Sbb suasananya damai, tenang dan tenteram.  Lgpun kalau taim2 macam ni mmg angin sepoi2 bahasa jer. Bila kami melepak2 kat bawah rumah or melepak2 kat halaman taim2 petang2 tu aman dan damai jer rasanya...seronok, tenang dan tak memikir hiruk pikuk riuh kat kota ni. Sangat sesuai untuk menjalani kehidupan yg tenteram dan tenang di sini.  SP asik tanya pasal berbendang..dok sibuk tanya kos2 berbendang dan bagai.  Ada planning lepas pencen nak dok sini ke hape?..lagik la aku suker kanssss.. huhuh

Tapi kan, aku pasti korang pun akan rasa damai dan tenang kalau tgk gambar nih..



Taim2 musim macam ni bley carik ikan taw. Kalau memancing tu kejap jer dapatnya. Mana tak eksaited ooi...

Pastu ada ini..leh jalan2 lepas tension kat sawah..leh menyedut udara yg sangat segar dan bersih...




Dan juga ofkos, yg tak akan dapat di mana2 kecuali kat sg besar...rojak dawood terbaaaaaaaek..



So, as u know..they are so many reasons kenapa aku harus kerap balik ke sg besar lagi dari balik ke batu pahat kansss..lgpun since owang tu sendiri  yg manjang ngajak balik kampung carik ikansss katanya..I kan isteri taat gitu..ikuuuut jer...

Jom balik kg mggu depans...yuuhhu..



November 11, 2011

Apa ada dgn tarikh ? 11-11-11

Aku mmg dari kalangan org2 yg tak berapa concern sgt lah pasal nombor2 gini.  Ada org sangaat terlbey prihatin akan angka.  Hantaran nak sekian 11,111.11. Kawin pun sama gitu gak. 1-1-11.  Ada org gak sekadar suka2 jer. Ada yg over taksub. Hissh.  For me kalau kebetulan dpat the tarikh tu mmg baguslah, but purposely nak jadi sebutan hissh, bek tak yah ler.  Mcm hantaran contohnya..alahai, ikut sgat kan.

Tapi tang beranak org bersalin biasanya org suka pilih so do i. Bukan apa dapat tarikh cantek gitu senang nak ingat nak as good memory  kan.  Org kalau bersalin ceaserian mcm aku dulu mmg ada chance lah nak pilih tarikh nak beranak hape kan. Kalu bersalin normal, jangan harap lah.  Kuar je bebile masa dia suka kans.

For me, walaupun kami dapat keistimewaan untuk memilih tarikh for anak2 masa dorang nak lahir kan tapi idak ler kami kisah sgt pasal tarikh. Cuma kami memilih untuk hari Jumaat. Hari yg paling afdal dan penghulu segala hari.  Masa Kakak tu tak dapat lah, sbb dia diceaser pun sbb dah due.  Tak kuar2 walaupun kena induce hape. Sudahnya nak elak lemas nah kau kena potong jugak. 

Time Delin dgn Amal mmg kami pilih jumaat.  Biasanya Dr akan bagi tempoh dalam masa seminggu. Lepas cukup term baby tu dia akan bagi kalender. Nah, pilih hari mana ko mau dikerjakan. Gitu. Masa Delin tu kami choose for pagi jumaat. So pepagi buta aku dah standby untuk dikerjaain.  Pukul 10 am jer selamat lah dikeluarkan seorang bayi perempuan yg kecik molek jek.

Taim amal pulak, aku dgn SP mmg dr bagi pilihan antara 1hb -10 hb May 2004 masa tu.  Aku pnye besday kan 1st may, so aku mintak dgn Dr tu bley tak aku nak 1hb.  Dr dgn gelak2 kata...tak bley.  Kecuali kalau kecemasan.  Nape ?? aku tnya lagik?..dia gelak lagi..besday u tu hari buruh la. Mana ada org keje taim hari buruh   Dr pun coti tau. Kecuali kecemasan haaa tu baru bley..cisss.  Musnah harapan nak ada sama besday kans.  So bila dr dah kata gitu, aku dgn SP option for 7hb which hari jumaat gak.  Waktunya...pukul 10am gak.  Tapi sbb bnyk sgt prosedur bagai. Sbb nak tutup operasi kilang sekali katanya..sudahnya, kul 2 ptg baru siap u..masak aku kena kerjakan kat sepital selayang pnye operation room.

Natijahnya, for me tarikh tu tak mencermin apa2. Cuma kalau kebetulan dapat tu kira bonus. Namun beria2 nak choose for that tu idak lah kan.  So pada sapa2 kebetulan beranak, bernikah, ber..ber apa lagi hari ni tahniah ler diucapkan.

Aku terbaca kat FBI pnye fb katanya wifenya akan bersalin hari ni. 11-11-11.  Moga selamaat semuanya.  Hari tu masa anak no 2 dia yg baru lahir meninggal tu sedih gak aku dgr.  Ye la, dah lama menunggu nak 2nd child bila dah lahir ada masalah jantung dan Allah lebih sayangkan dia. Semoga kali ni FBI dan wife akan selamat dapat cahayamata ke 3..insya Allah....

November 10, 2011

Akhirnya.

Masa zaman bujang, muda belia trang tang tang aku dok kat umah sewa kat Gombak.  Sewa reramai gitu. Maklum gaji pun masa tu ciput. Sewa umah RM300 sebulan 20 years ago consider mahal taw. Nak nak lagi gaji non ado jer.  So dalam rumah tu ada beberapa housemate lagi. Sumanya kengkwn2 masa belajar kat AIM tu lah.  Sumanya one-two years older dari aku.  Semua pun pangkat akak2 jer aku panggil.  Antara ramai2 tu ada sorang ni nama Kak Ja, yg tak kekawin lagi sampai la ni. Imajin, kami suma dah beranak pinak yg ado dah anak 5 u olls dia blum sampai2 lagi jodoh. Yg ada housmate dah kwin lagi buat kali kedua pun, dia masih tak kekawin lagi.

Byk dah org tulung match making. Aku pun tak terkecuali. Ada gak terai2 kenen tapi ntah mana silapnya tak menjadi. Puaslah kak Ja ni mandi bunga, buang saka, jmpa mcm2 org pandai mengobat dgn harapan jodoh sampai. Pendek kata segalamala air dah mandi. Air longkang je takde..Issh, takkan nak mandi air kotor tu kans.

Adik beradik kak Ja pun suma dah kawin ada anak2 pun. Dia je lom. Masa aku sekuarga pi beraya kat umah dia kat Segamat taun lepas mak ayah dia pun siap kata kat SP carik2 kan la kalau ada calon yg sesuai gitu. Sampai gitu sekali. Ye la umor kak Ja dah 40 kans.

Dah banyk kali kak Ja tu kena tipu taw. Dek laki org, dek jantan kabareats penipu tak guna dan memacam lagi.  Being good friend yg digelar Mc Gyver dek kengkwn kepada aku, Kak Ja salu je mintak aku jadik penyiasat ala2 Jamesbond Sepai Leman nak menyiasat lelaki2 yg dia kenal.

Byk kali u olls, suma lelaki yg aku tolong siasat tu kantoi hampeeh. Yg ada penipu kata pegawai bank, padehal despatch jer uolls.  Jgn tanya mana aku menyepai kan. Kena la guna kabel yg ada. Polis, bomba, JPJ hatta apa je kwn2 yg bole tolong siasat aku akan kerah untuk bantuan.

The worst was last few years bila dia mintak tolong aku check satu mamat yg mmg dia dah tangkap cinta abess. Which end up aku melakukan segala penyamaran.  Sampai aku dapat bercakap sendri dgn bini mamat tu yg keje kat celcom JB.  Sampai aku dapat korek citer yg mamat ni benarnya ada 2 bini lain kat KL dan kak Ja bakal mendapat no 4 gitu.  Bini pun dgn sedih citer mamat tak guna tu langsung tak  beri nafkah pada 4 anak kat JB tu.  Mcm2 lagi yg bini mamat tu citer.  Sedih giler kak Ja masa tu. Ye lah dia dah rasa ia2 sgt menjadi. Dah siap tmpat baju melayu tuk mamat tu bagai. Tapi tiap kali suh datang umah je jmpe mak bapak kak Ja memacam excuse. Tu pasal kak Ja cuak dan suruh aku siasat. Rupanya...

Mamat kedua pulak lagi best. Mmg lah umur 40an. Sorang lecturer. Rupa bole tahan hensem, tapi kak Ja mmg rasa tak sedap hati sgt dgn mamat ni. Mmg la dia baik kan. Tpi tiap kali jmpe mamat tu mesti nak park keta somewhere dan sanggup naek keta kancil kak Ja je.  Bila dating je manjang HP off.  Rupanya laki org u olss. Ada anak sorang katanya. Kunu

Tu belum amik kira kes mamat sekampung dia yg keje posmen tu. Mmg dah setuju dah nak bertunang. Kira family arrange lah kan.  Mamat tu pulak ditinggalkan tunangnya.  Mmg dah nak on dah..dah nak jadi dah..ntah lagi beberapa hari nak langsung tunang, mamat tu kata tak jadi.  Sbb apa?? sbb tunang dia yg putuskan tu datang balik merayu nak sambung balik.  Adusss..aku dgr pun sedih, apatah lagi kak Ja kan. Ye menanggung malu yg amat sangat taw.


Dan ada lagi beberapa lelaki lain tu. Jadik kak Ja mcm serik. Kesian aku dgn dia. Tiap kali raya datang umah aku mesti dia ase jauh diri sbb suma dah kwin, ada suami dan anak2 tapi dia masih single mingle gitu.  Lama senyaap..tup tup baru ni kak Ja kol aku jmpt aku ke majlis tunang dia kat segamat sabtu ni.

Ya Allah, aku dgr rasa gembira sgt. Rasa nak menitik airmata, betapa lamanya dah  menanti saat cam ni.  Rupanya calonnya ialah sorang duda anak tiga. Kematian isteri katanya.  Kawan2 kenen2 kan. First jumpa pun bila org tu datang beraya ke segamat masa aidilfitri lalu.  Org tu bawak 3 org anak2 dia.  Anak dia umur between 20-9 thn. Tapi aku tak pasti lelaki ke perempuan. Yg pasti mereka pun menerima kak Ja seadanya.  Kak Ja kata family dia pun dah pi Melaka berkenalan dgn family belah lelaki tu.

Alhamdulillah, mcm aku kata kat Kak Ja. Jodohnya belum sampai dah jodoh sampai kejap jer kan. Mula2 kak Ja takmo bising2 takut tak jadik katanya. Ye lah aku paham. Dia serik pisang berbuah dua kali. Tapi kali ini Insya Allah jadi.  Majlis bertunang akan diadakan sabtu ni. Malangnya aku tak dapat nak hadir.  Majlis kenduri langsung dijangka pada cuti raya cina Januari nanti.  Insya Allah, aku akan booked siap2 tarikh tu nanti. Kami mesti pegi.

Untuk kak Ja, aku sentiasa doakan semoga semuanya berjalan lancar dan terus lansung sampai hari bahagia di satukan nanti. Lpas ni takde le alasan malu nak join reunion sbb single kan.  Hikmah lambat tu benarnya Allah nak beri yg terbaik. Siap dapat terus 3 org anak express sekali tu.  Aku tau Kak Ja nak sgt kawin cepat sbb nak anak2. Maklum lah dia pun bkan muda lagi. Asyik layan anak2 buah je kan, teringin layan anak sendiri pulak.

Aku doakan semoga sumanya baik2 belaka. Dan lepas kawin sok cepat2 dapat anak ye kak Ja. Dapat sorang pun cukuplah. Afterall kak Ja dah ada 3 besar2 plak tu. Yg sulong kat Uni lagi.  Buat bakal suami kak Ja, harap jaga kak Ja bebaik ye. Kak Ja orgnya hati baik, lemah lembut dan sangat hormat kat org. Semoga dia bahagia bila dah berumah tangga nanti Insya Allah....itu lah doa kami..

November 9, 2011

Salam Aidil Adha


Malas sgt nak menaip. Ntah nape. Bahu kanan ni sakit berulang2 jer. Its more to belikat kanan. Salu berurut tu okay lah gak seminggu dua pastu back to sakit again. Sgt menyeksakan kalau ase sakit. Sengal2 nya sampai ke ujung kaki. Nak menulis or menaip pun malas sesgt.Gaknya ni yg org kata ergonomics tu kot. Cara duduk tak betul kat pejabat. Ntahler. Kalu sakit sgt taktahan tu aku makan painkiller je. Lau tak aku biarkan jer.



Ok berbalik kita pada citer coti raya haji nan baru berlalu ni. Aku balik kg aku jer. Sbb nak buat tahlil 40 hari tuk arwah mak. Plan awal mmg nak buat siang and kat umah jer tapi memandangkan coti raya haji org sebok menyembelih korban bagai kan. Tak dapat la tarikh yg lapang dan sesuai. Kalau ada tarikh pun masa hari keje iaitu rabu or khamis jer. So memudahkan kami semua, kami decided buat kat surau jer malam senin tu. Maaflah kat kengkawan fesbuk yg tinggal kat sg besar, tak dapat nak ajak korang datang kenduri. Kami masak dan antar ke surau jer. Insya Allah nnti ada rezeki kenduri 100 hari awal Januari nanti aku panggil korang datang. Masa tu bukan cuti sekolah bukan jugak cuti umum. Just coti weekend jer so aku harap tarikh yg kami dah book tu nanti ON jer. Insya Allah.



Hari raya kali ni pertama2 kalinya kami beraya tanpa mak. Terasa sesgt. Kalu biasa tiap kali nak raya, mak akan riuh dan kecoh suh pi pasar beli ayam beli bahan. Mak gak yg akan sbok masak nasik impit. Suh aku buat rendang, suh akak buat kari ayam bagai. Kali ni takde. Senyap langsung. Infact sabtu tu aku dgn akak pi pasar beli ayam pun just for kenduri the next malam tu. Masak la gak nasik impit sikit. Akak buat kari ayam. Tahun ni cuma aku dan akak2 jer yg ada. Adik lelaki aku dgn family dia raya kat meru kot, tak balik pun. Abang ngah?..tu lagi lah, last lepas mak meninggal ari tu jumpa langsung takde kabar berita, takde sms ke tanya kabar ke hape. Aku baik akak sejak mak takde ni pun malas nak sms2 dia. Dulu bole la just update pasal mak la ni..takde dah. Mcm akak kata, sok2 dia susah takde duit baru lah dia ingat kita..Ye lah tu aku pun ase gitu.



Abang long?..hmm tu lagi la hampeh. Langsung tak nampak batang idung pun datang umah mak. Padahal umah dia selang 4 umah jer. Aku rasa maybe dia takut kalau terserempak aku face to face, aku tnya pasal simpanan mak, pasal duit khairat kematian mak kot..agaknya lah. Akak pun kata camitu. Takut kami tanya. Padehalnya kami langsung tak ada niat dan tak hingin pun nak tau..akak kata belum masanya kita nak bising2. Tunggu masa dan ketika..tunggu dah lihat jer, bape lama lagi dia bole gumbira makan reta tu sensorang kans..



Pagi raya kami 3 beradiks, 3 keluarga biasa2 jer. Meriah dan bising adalah anak2. Pagi2 tu kami just masak nasik lemak, buat sambal. Buat nasik goreng. Kueh raya? langsung takde. Aku ada beli pau, karipap frozen dari BFF aku kak salmi tu. So pagi tu kami kukus dan goreng tu jer lah. Niat nak ke kubur terbantut. Sbb hujan lebat dari malam membawa ke pagi dan sampai ke petang. Lgpun kakak2 uzur. Nantilah bebila ada masa. Kubur tu taim2 ujan mmg lecek satu, pacat tu yg aku tak tahan tu. So biarlah dulu. Afterall, tak pergi kubur pun kami sentiasa jer mendoakan mak dan sedekah yasin.



Majlis korban kat surau kampung pun meriah gak. Ada 4 ekor sumanya. Byk kat org antar ke rumah. Akak no 2 pun masa dia balik tu bawak tulang gearbox. Ntah mana dia beli taktau la. Laki dia mmg hantu sup gearbox walaupun mcm2 penyakit, tapi mcm tak kesah jer. Dia kata 'ala, ubat ada'...tu jer lah phrase dia. Padahal dgn darah tinggi, gout, batu karang dan ntah hape2 lagi. Sungguh tak sayang badan dan tak fikir pasal kesihatan langsung. Tu kadang2 aku pelik gak tgk dia. Maybe dia tak terpikir kot2 ttba ada musibah, camne kuarga dia. Dah le akak aku no2 tu tak keje..Haiish.



Makan sup gearbox mmg sedap. Dgn sambal kicap perahan limau dan bawang goreng dan daun sup mmg mabeles. Tapi aku pun harus beringat, aku ada tekanan darah tinggi. Makan pun kena hati2. Jng melantak beria2 sgt kan. SP pun aku ingatkan..Kolesterol, kolesterol..tapi tiap kali aku ingatkan SP..manjang je abang ipar aku tu akan kata..ala ada ubat...menci tau.



Since pagi dah masak nasik bagai kan, lepas kenyang kami lepaks2 jer. Dgn angin sejuk, ujan. Best nak dok sembang2 jer kat bawah umah mak. SP dah memulakan operasi membina banglo baru tuk arnabs2. Aku, akak2 dan anak2 lepak2 jer. Ada yg men beskal, ada yg tgk tb ada yg mancing.. bila dah dkat2 tgahari tu, dah stat penghantaran daging2 korban pun. Abg ipar yg terlibat bawak balik jugak bnyak tu.

Reban lama dah reput..menunggu masa je nak jahanam..taadaaa...banglo baru dah siap. Ada tangga lagik for depa turun naek taw..





 

Lepas Zuhur, adi kawan fesbuk aku yg family dia buat korban kol. Nak antar 2 kaki lembu yg aku pesan. Nak buat sup lagi. Ingatkan adi bawak kaki jer mana tau dia bagi tulang bahu sekali. Banyak pulak tu. Ingat ada dekat 10kgs kot. Abg ipar yg salu mengerjakan kaki lembu pandai camna nak buatnya. Dia bakar dulu sampai kulit2 tertanggal, pastu dia kikis. Funny bila kuku lembu tu akhirnya tanggal sendiri u olls. Issh, aku tak pernah tau pun. Padanlah dorang bakar dulu rupanyanya tujuannya nak bagi suma tanggal. Sekaki aku tinggalkan kat akak..sekaki lagi aku bawak balik ke Rawang. Weekend ni baru nak mengesop le gamaknya.



Selain makan, tgk tb, pi pasar, masak ...tido tu jer la keje dan aktibiti kami sepanjang cuti. Cuaca tak menentu Kejap panas, kejap ujan kain baju byk yg tak kering gitu. Padi pun tgh menghijau. Tak byk org beraktibiti sawah kecuali meracon. Pendek kata mmg tak de suasana raya sungguh lah.



Hari senin pagi, akak no 2 aku pepagi dah balik. Tinggal lah 2 kuarga jer kat umah. Masak ala2 kadar je kami. Reban arnab pun by noon compeletely siap dah. Teruja anak2 tgk arnab2 tu turun naik. Mana tak SP siap buatkan tangga lagi dalam reban tu. Suma org yg dtang tgk reban tu suma berkenan. Nak menempah tapi maaflah, SP buat tu tuk suka2 anak2 jer. Tk sanggup amik tempahan katanya. 2 hari masa dia ambik nak siapkan. Tu pun sbb besi2 suma dia dah siap2 potong dan drill lubang screw. Kalau tak lagi lama masa dia ambik nak siapkan.



Kami gerak balik ke rawang lepas asar gitu. Tapi sbb jalan sgt jammed dari sekinchan sampai ke tanjong,..pulak tu sampai ke Kuala. Pejalanan biasa amik 2jam paling lama..dah makan 4.5 jam..tu pun tak singgah makan di mana2..aduiii..stressed aku dibuatnya. Tros pening pala ku..



Lepas ni, aku agak free sket on weekend. Sbb next kenduri arwah mak will be in January. So tak perlu sgt aku kerap balik kg. Ada takde maybe ujung bulan ni sbb coti awal muharam dan aku dah plan dgn akak nak bawak bdak2 jalan2 balik ari jer..Lepas mak takde ni, akak lah aku anggap jadik mak..SP pun asik mengajak balik sg besar jer. Maklum la ni musim menghijau cam kat gambar ni sgt sesuai nak memancing.  Saujana mata memandang...ase nyaman, sejok jer mata kans..





















November 3, 2011

Mengamuk, Anak2, Jiran dan Raya Qorban


 
Semalam maghrib, aku diibaratkan bagai bini tarzan yg sedang mengamuk dasyhat. Ibarat begegar segala pokok Ara di hutan alam maya ni. Mana taknya, smlm balik ujan sgtlah lebat. Lebat2 yg takde ampun. Lebat giler2 la pendek kata. By time sampai umah pun udah kul 7. Udah mula dah citer soffiyya tuh. Mencicit masuk umah, gantung name and pass kad keje. Campak tudung kat laundry basket dan tros pi dapur sinsing lengan. Terlupa pulak nak suh kakak kuarkan ayam sblom dia pi sekolah nak masak ayam masak merah. Maklum lah si jantan kecik tu dah behari2 menagih suh buat ayam masak merah. Kalau ayam keras membeku tu mana ada jalan kan.



Tgh sebok kat sink kedengkang kedenkung..cuba menfroskan ikan caru. Plannya nak masuk microwave bakar je ikan tu. Pastu nak masak sambal sardin adabi. 2nd time terai sardin tu mmg sedap. Tak hanyir pung. Pastu goreng bonces dgn kentang..Si Amal lak sebok nak minum milo bagai. So dia dok bukak instant milo tu..pastu mengengada nak masuk dalam pelastik pulak ala kat kedai makan tu. Ntah camne tumpah la pulak. Abes lantai, meja makan dan kusi suma kena. Apalagi melekit2 lah. Hai Yoo...mak mana bleh tahan. Mengamuk la mak. Menjerit mengalahkan bini tarzan tu. Habess suma bebelan kuar dgn jeritan maha kuat. Mujo ujan lebat. Lau tak harus satu taman dgr suara aku mengamuk sakan.



Aku pnye geram, mana nak kejar2 masak nasik bagai. Kemas pinggan mangkuk kat sinki yg dah dibasuh tapi tak disusun. Dgn meja makan berselirat kotor bagai. Ni mesti kes dua bdak pmpuan yg makan pagi tu tak kemas kan. Pe lagi, darah teros tangkap. Naik 100darjah. Hangin satu badan. Amal baseler, kalau singa mengamuk mencicit lari. Aku jerit soh dia amik mop dan lap. Aku campak cawan kat sinki. Aku campak plastik yg dia isi milo tu kat tong sampah. Lantak situ. Sapa suh kasik naek darah. Dah ler kita penat lagi stressed dgn keje. Balik keje lagi masing2 nak buat hal, mmg kena lah sorang sedas kan.



Dah lepas tekan piuk nasi aku lelaju mandi dan solat maghrib. Pastu sambung masak lagik. Smlm dapt la siapkan ikan caru bakar celup cincai kat micro. Cecah sambal kicap semlm tu. Aku perahkan limau dan racik daun limau purut hehalus je dalam sambal tu. Sayur bonces+kentang yg digoreng dan ptong kecik2. Pas tu ada sambal sardin. Taim ujan2 makan kan..harus lapar sesgt memasing. Amal masih kecot nak mengadap muka aku. So dia tak nak makan. Buat2 tido kat depan. Jadik mak kan, marah cam ne pun..kejap jer. Mesti tak sampai ati. Aku pun cam tu lah. Lepas sudah aku makan, aku bawak nasik sepinggan, boh kicap..boh ikan caru boh sambal kicap sket. Aku suapkan dia makan..lau tak karang ngengada komplen sakit perut lah..sakit itu lah..sakit ini lah.



Minggu ni gak, kakak masih pereksa lagi. Hari senin lepas balik sekolah dia mengadu kalkulator nya hilang. Benda tu bkan yg base leh beli less than 10 hengget cap ayam kat maidin tuh. Ni jenis kalkultor bdak2 sekolah sekarang guna..saintifik ke hape. Kat off aku bdak2 engineer suka pakai benda tu wat kira2 total flow area drilling ke ntah hapa. Katanya dia simpan kat beg sekolah. Taim rehat, ada budak curi. Ni bukan kes pertama sbb ramai lagi kawn dia yg lain pun pernah hilang gak.



The next day tu, aku dah mintak SP tolong belikan yg lain. reganya? RM24.90 tu satu. Brand casio. Tak hagak2 mahal. Belanja 4 hari dua bdak tu value tu. So aku peringat kat kakak, lepas ni kalau hilang lagi..tak dapat nak nolong. Aku suh jer dia bawak dalam kocek tiap kali pi rehat. Sbb ada pencuri dalam kelas kan..lau tak buat gitu karang bape byk kali nak beli lagi. Ingat mama cap duit??



Hari Rabu gak Amal excited bawak kertas2 ujian dia balik. Mana tak ..nak tunjuk kertas BM yg dia dapat 100 tu..ingatkan suma seratus..rupanya satu tu jer..yg lelain tu ada lah 80, 90 60 pun ada..Bila dah gitu, delin pun excited gak tunjuk kertas ujian dia. Mujo aku tak pengsan. Suma less than 10% jer. Tapi aku tak la ckp apa2..tak mo komen apa2. Cuma dalam hati tu agak terkilan lah. Sbb nya dia dah pandai baca. Dah lancar pun, napa markah teruk gitu. Masa ujian penggal hari tu, ada gak markah 20 keatas..infact sain dia dapat 50 lebih..parah bdak ni. Padanlah, dia asik lately tnya sok sekolah ke ma? sok sekolah ke?. Aku rasa dia tak nak or rather tak minat gi sekolah gaknya. Bila aku citer kat bbysitter, dia ckp delin ada cerita dgn dia..(delin mmg rapat dan salu citer apa jer perasaan dia kat baby sitter yg dia panggil cikgu tu). Dia tak suka pi sekolah sini, sbb org selalu kacau dia. Org selalu usik dia dan org selalu amik barang2 dia dia kata. Being akal tak setara umur, mgkiin dia tak berani nak ckp apa2. Padanlah asik kena buli jer hehari. Ari tu aku belikan jam barbie, tak dan sehari pi sekolah balik dah takde. Katanya org mintak. Org tu ambik jer tros. Bila aku suruh mintak balik sampai ke sudah tak dapat2 balik. Mujo jam sepuloh hengget jer. Tapi tetap aku tak puashati gak kan.



Dan tiap tahun, bila taim pulangkan buku teks jer mmg aku stressed. Dah 3 tahun gitu. Dari Delin jah satu lagi. Manjang buku hilang. Manjang tak jumpe. Penat aku dari depan ke belakang selongkar bagai. Tak jumpa!!. Tak tau mana dia letak ntah. Mmg tiap tahun kena je ganti buku teks dia. Berpuluh hinggit. Bak kata kakak aku, ko ganti jelah. Senang citer. Nak marah, nak pukul or belasah pun bukan bole dapat apa..dah dia mmg gitu..mcmana lagi kita nak buat..Haissh.



Mmg tahun depan aku akan tukarkan dia ke sekolah lain. Sekolah khas utk bdak2 cam dia. Tak leh jadi gini. Mgkin persekitaran sekolah biasa tak sesuai. Dan mulai tahun depan gak aku nak keep her bz. Antar pi kelas muzik. Belajar piano, belajar keyboard dan hape2 lagi lah. At least menda2 yg dia suka kan..mgkin kemahiran dia kat situ. Aku dah daftarkan pun, cuma tunggu pengesahan jer dari kelas tu. Sbb student tak ramai lagi so dia kena adjust kelas based on student.



Since aku dah janji dgn amal kalau dapat no 1-3, dia bole mintak hadiah smlm dgn bangganya dia kata dia dapat no 3. So dia demand nak PSP. Si Delin gak dgn excited bgtau dia dapat no 40..no last kat kelas la kot. Tapi dia gembira sgt. Mgkin dia ingat no bnyak tu bagus..Sabar jer lah.. Selalu pun kalau aku rewards amal ataupun kakak dgn hadiah kalau dapat no bagus, aku dan SP tak pernah tak beli delin sekali. Aku tak mau dia rasa tersisih. Justeru bila kami dapatkan adiah untuk salah sorang yg dapat no bagus, mmg dia akan kami belikan sekali. Since dia tak cerewet or jenis cincai..beli je apa2 yg dia suka..barbie ke...princess ke ...rega 2-3 hengget pun dah cukup buat dia happy. Bukan dia kesah apa pun. Cumanya aku salu jer bikin dia excited, sbb aku salu wrapped cecantik. So tak de istilah pilih kasih pada suma anak2. Dorang pun macam paham. Tak pernah pun persoal kenapa delin dpat padahal dia tak achieved apa2.. Aku mmg selalu tekankan dgn dorang, delin istimewa. Dia harus dilyan sama rata. Akalnya tak setara umurnya, jadik masing2 kena tau mainkan peranan. Byk benda yg kita ckp, arahan yg kita beri dia tak paham. Kadang2 kena beritau berkali2. Kadang2 dia akan bertanya berkali2...biasa dah tu. Biasa sgt2. Lagi2 kalu dia pegang remote astro. Abes suma di alihnya..kejap alih channel tu kejap channel ini. Kena sabar je lah. Aku salu ingat pesan arwah mak (otomatik jer nak mengalir airmate tringat)..sekarang dia menyusahkan, mana tau bila besar esok dia menyenangkan. Skg pun dah nampak kalau pasal Delin segala2nya mudah bagi dia. Cuma tang pelajaran mmg susah ..tapi tang yg lain..senang jer, mudah jer kan. Betul sgt apa arwah mak kata tu...itu je lah aku doakan utk dia.





Citer pasal jiran plak, aku baru nampak iklan kat luar pagar jiran umah sebelah, house for sale call 012XXXXXXX. Wah, aku lah org paling gumbira tau..sbbnya?? tak lama lagi jiran india aku tu akan kena nyah. Ye lama bape tahun aku sabar gak berjiran dgn derang. Anak jiran tu mmg sekelas dgn delin, tapi aku tension jer kalau dia datang umah. Dah la kuar umah salu tak reti berselipar, masuk umah org sesuka hati. Pijak karpet masuk bilik..adus sakit jiwa mak. Belum amik kira bau semerbak busuk kalau taim semayang derang tu. Kadang2 bau hancing giler. SP kata dorang suka curah air kencing lembu kat depan laman...tatau betul ke dak, tapi mmg bau hancing busuk..mcm kat kadang lembu tu lah. Bau minyak setanggi kalau dorang semayang tu..adusss bikin kapla ku pusing. Belum amik kira pasang radio lagu tamil..pastu nak menghiburkan satu taman. Ada sekali tu masa Michael Jackson mati tu, bukan main dia tribute to MJ maen lagi2 dia dari pagi sampai ke malam. Kuat pulak tu mcm nak pecah tinge..Anak2 bujang dia yg lelaki pulak manjang berlonggok depan umah dgn kawan2 dan buat bising..memekak menyanyi ntah hape memalam. Tension sgt. Tapi kami biarkan jer malas nak begduh. Takut2 silap hb berparang dgn dorang ..takut aku. Jgn memain..samseng ler katakan lagak mereka tu.





Tu je lah citer ari ni. Esok aku baru jer plan nak MC ke coti ke. Sbb sok delin ada appointment kat hspital. Tapi awal2 lagi owng tua kutuk ni dah pesan. Suh bla bla bla..sbb ari ni dia hafday. Nak berjimba kat siam la tu. tak pun nak dpatkan servis kat sana. So nampak gayanya lepas apptment kena hangkut delin datang off la pulak..hadoi...



Di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut aidil adha..selamat berkorban. Dgn sedihnya raya haji ni first taim kami beraya tanpa arwah mak..yatim piatu. Dan hari raya haji nanti genap 40 hari arwah mak meninggalkan kami. Kami takde plan apa2. Just nak pi kubur arwah mak dan pak dipagi raya,selebihnya masak for tahlil 40hari kat surau jer. SP pulak ada plan baik nak bina umah banglo katanya for the rabbits. Plannya dah siap aku tgk..bkan main lagi dia dah siap tiang aluminium yg dah siap discrew bagai. Tinggal nak pasang jer kat kampung nanti.



Padanlah amal tak sesabar tanya bila nak balik kg..mana taknya SP dah siap citer plan dia nak buat banglo arnabs tu cecantik. pastu nak buat tangga utk rabbits tu naik turun. Siap nak buat kan halaman bagai katanya..no wonder memasing excited gitu. Air plak kat kg tgh bnyak la ni sbb baru lepas menabur..sgt canteeek lah nak memancing ikan puyu..



Selamat berhujung minggu panjang u olls...ada umur jumpa lagi.Wsalm



November 2, 2011

Ce kita pikir...

Di saat kebosanan melanda ni..aku jwp la komen kwan blogger just now aku terpikir perkara ini.  Iaitu perkara2 yg peri maha penting dalam kehidupan berumah tangga sehari2. Terutama kalau ada anak...satu, dua, tiga atau 6 or 7 org kans.. Apa yg aku list down ni berdasarkan kepada peri penting nya sumbangan pada kehidupan umah tangga kami khasnya.

1 )  Mesin Basuh

Masa jaman bujang tu kan tak kesah pun takde mesin basuh.  Kalau aku dulu malas. Aku rendam jer kejap dgn sabun pastu gonyoh2 aku bilas and sidai jer. Alah, takat baju keje tu  bau peluh je u olls.  Lenla baju g kebun ke, meredah semak ke kan. Ni baju pakai ala2 jer. Tak yah beria sangat. Tu masa bujang ye!!!.

Masa dah berkawin pulak. Taim mula2 tu mmg takat baju ai dgn yu jer. Masa tu pun aku gatal mulut mintak dgn officemate keje kat Tan Chong nak adiah kawin mesin basuh.   Natijahnya dorang belikan satu. Semi automatic lah kan. Separuh pindah2 tu.  Ish tak suka taw, tapi org dah bagi amik jer lah.

Masa dapat anak sorang, mesin basuh tu masih lagi berkhidmat. Tapikan masa aku bersalin, maklum ler operate tak leh lasak2 gitu. So keje2 menyidai dan membasuh kaen baju En SP yg buat.  Sidai dalam gelap pun tak pe. Masa tu kami dok umah lot kat Gombak. Tmpat sidai kain kat belakang. Kat dapur balkoni. Kami dok tgkat 2 kan.  Jiran2 pulak ramai, rapat2 plak tu. Tu pasal gaknya dia sidai memlam. Takut or malu org nampak. Tak kesah ler tu.  Ntah cam ne nak jadik cerita, satu hari dia membasuh, dia boh kaen baju kat spinner tu. TAPI, dia sudah terlupa lah.. Masa tu plak aku coti berpantang kat kg.  Puasla aku mencari beberapa helai baju yg biasa kami pakai tu tak jumpe2.  Ntah camne satuhari aku bukak mesin pnye spinner tu..mak ai u olls..sampai karats baju2 tu suma...

Tak lama lepas tu mesin tu rosak. So kami beli mesin basuh baru. Ofkos la fully auto kan. Tak kosser mak dah beranak pinak nak guna semi auto lagi.  Aku ingat lagi, masa tu kami beli kat JJ wangsa maju.  Brand LG muatan 6.5kgs.  Paling best u olls, masa tu kami pakai van delica. So kami hangkut sendirik mesin basuh tu.  Sampai kat umah nak naek tingkat dua, I u olls dgn laki bersusah payah mengangkat ke tingkat atas tu..gigeh tu.  So berkhidmat lah mesin tuk utk tmpoh sangat lama. Aku ingat ada dekat 10 tahun kot.  Dari umah sewa kat Gombak, then pindah ke Koperasi polis, masih mesin tu. Infact masa kami dah pindah umah sendiri kat rawang pun masih gigeh dan kental berkhidmat. Dgn anak2 dah tambah bilangan 3 org mesin tu berkhidmat dan bekerja kuat u olls. Bayanglah baju bdak2. Baju mak bapak bdak.  Mmg bagus mesin tu. Sampai lah ke saat dia mmg tros rosak tak mau beroperasi dah.  Aku rasa penghujung tahun 2008 gitu.  Masa tu pulak aku baru jer nyahkan bibik dari hidup kami.  Bayangkan beberapa hari rosak, aku rasa mcm gelisah. Manataknya, nak basuh tangan idakler aku larat dgn pakaian menimbun2 gitu kan.  Dekat 3 hari kot dah rosak, langsung x basuh kaein baju. Nak antar kat dobi?? fengsan kedai dobi sbb banyak sangat.

Kebetulan plak masa tu dapat ler sikit duit bonus. Aku tak hagak2 ajak SP  gi kedai letrik beli mesin basuh baru.  Taktahan mata ngk kaen banyak gitu.  So kami amik brand Toshiba muatan 9.5kgs. Toto, segala mala carpet leh masuk dan basuh. Puas hati. Mesin tu pun keje kuat gak. Maklum kalau hari coti mau 2-3 x round membasuh. Sehari tak membasuh pun fengsan tgk kaein.  Baju sekolah kena rendam dan sental dgn berus, kemudian baru aku campak kat mesin.  Karpet2, kain buruk segalamala pun aku basuh kat sana. Mujor tak masuk kasut sekolah dalam tu kan..


2) Peti Ais.

Sejarah peti ais umah pun sama. Masa bujang aku tak beli pun.  Toshiba fridge versi satu pintu kecik tu SP yg punya. Dia yg beli masa bujang so masa kawin kami guna tu jer lah.  Lama kami guna tu.  Dekat2 7-8 tahun gak, sampai ke satu tahap aku salu bebel sbb peti ais tak muat. Pulak tu frost dia tak hagak2 mcm salji kat kutub utara. Kena frost tebal, sampai sudah nak kuarkan ikan sampai esok pun tak cair.  So, taim2 dapat bonus gak, kami mensurvey peti ais baru kat Seng Heng.  Cuma reganya alahai mahal sesgt, so aku amik easy installment dgn Aeon Credit. Sebulan bayar seratus lebih gitu.  Kami angkat brand LG gak dua pintu besar bagak.  No frost2. Masa tu peti ais takde frost baru je kuar. Kire teknologi baru lah. Mmg besar sgt area letak ikan kat atas tu.  Satu je aku ni tak suka peti ais tmpat ikan ayam dan sewaktu dgnnya kat bawah. Menci aku. Susah nak amik kuar kena nyangkung bagai.  Mcm kat umah mak mertua tu. Seksa.  So aku pnye tmpat lauk2 kat atas. Besar dan luas. Pendek kata kalau takat 10 ekor ayam tu settle lah. Of kos kalau takde mende2 lain lah kat dalam tu. Tak buat air batu bagai kan..semata2 ayam 10 ekor mmg bole muat.

Masa tu peti ais kecik tu masih lagi ada. Kami hidupkan dua2. Konon tu isi sayur2 dan air je.  Ntah camne nak jadikan cerita masa aku mengemas peti ais kat umah arwah mak (size sama cam peti SP beli tu) aku syiok2 ketuk2 frost dia aku dah terketuk tmpat gas dia tu..pe lagi bedesir la kuar gas dia..tros rosak peti arwah mak tu.  Jadik untuk ganti dan jimat kan letrik aku taktentu hala, aku sedekah peti ais SP tu ke kampung aku..ofkos atas persetujuan dia lah kan..

3) Seterika..aka Iron.

Hanya ni sangat penting gak. Terutama pada yg ada laki keje kena pakai kemeja. Kena pakai suar slack. Aku nasib baek. Laki keje pakai uniform so tak yah sbok2 gosok baju. Ada tak de baju keje aku dgn baju sekolah jer.  Sepanjang ni dah 5-6 buah seterika berkhidmat.  Ada brand national aku beli..ada org adiahkan gak.  Ada 2-3 kali meletup seterika2 tu. So far, brand phillips diva tu masih setia berkhidmat setelah bertahun2.  Masa bibik ada dulu dia pakai satu phillips diva..dia kata rosak, takmo hidup. Aku susah payah  beli yg lain yg baru. Mana tau SP baiki wayar seterika tu bole guna plak. So aku ada dua diva skg. Taim2 raya balik kg kat umah mertua mmg aku hangkut satu...



4) Blender

Ckp pasal blender ni, wah byk sungguh blender dalam sejarah umah tangga kami taw. Masa kwin dapat 4-5 bijik kot adiah blender. Dari brand moulinexx sampai ke brand cap ayam bagai. So selama 10 tahun suma pun dah diguna pakai dan rosak.  Terpaksa la ku beli blender lain. Maklum isi umah suma hantu sambal. Mati la kalau takde blender. Tk lalu aku nak menumbuk sambal (ni tumbuk sambal betul tau..guna lesung ya..bkan maksud lain haa) hehari..  Last aku beli blender mahal RM150 sebijik..tapi sakit hati tak sampai bape bulan pakai dah rosak. Bila antar balik kat kedainya kata x leh baiki..motornya rosak.  Sakit hati pnye pasal aku beli brand cap ayam jer....itu lah aku guna sampai sekarang. Beli kat tesco rega RM49.  Masa annual dinner company SP tahun lepas dia menang lucky draw Blender phillips tu.  Mahal mende tu so aku sayang. Guna tuk buah2 dan yg lite2 jer.  Cili tetap guna blender cap ayam beli kat tesco tu. Sayang dgn blender mahal katanya.

4) Periuk nasik

Citer pasal periuk nasik mesti terkenang arwah bapak. Dulu masa dia ada dan sihat, dia suka ajak arwah mak datang KL. Datang umah aku. Kadang2 datang kelang umah kakak aku. So bila aku tau dia ke kelang jer, aku pun akan datang bawak kuarga aku ke sana.  Masa tu lah arwah bapak tolong belikan periuk nasik kecik comel. Jenama i..just nice jer untuk kami anak beranak. Masa kawin pun dapat 2-3 bijik periuk nasik as hadiah. Tapi suma jenis besar2 tu.  So aku simpan jer. Smpai skg ada 2 lagi rice cooker hadiah kwin masih elok dan berfungsi. Periuk yg arwah bapak belikan pun masih ada..masih bole guna lagi.

5)  Televisyen..

TV kat umah kami ada bnyak. Mengalahkan org kaya. Masa aku bujang aku beli satu Singer pnye brand. Bila kami kawin kami beli besar sikit jenama samsung. Pahtu rosak..kami beli jenama toshiba plak.  Toshiba BOMBA.  Bila tv singer tu kami antar kat kampung bagi akak aku guna.  Rezeki pulak, bila lucky draw dinner off SP dia dapat adiah TV kecik 16inch jenama Aiwa.  So tv Aiwa tu kami letak kat lam bilik.  Lama sungguh Toshiba  bomba berkhidmat, gatal pulak nak amik flat screen tv. Tamak sungguh, aku beli yg 42inch pnye.  Jenama LG.  Toshiba bomba tu letak kat dapur buat tgk Nora Elena masa masak ari tu.. Sampai skg pun tv tu masih kat dpur. Ada gak aku belikan VCD player for bdak2 main.

TV Aiwa kecik tu letak kat bilik Kakak. Tpi ntah hape dia godek, tv tu now ada sore jer takde gambar.  Kalau ada citer2 best kat astro, ada plak yg sbok nak layan TV free mka dapurlah tmpatnya. So takde gaduh2 dah takde rebut2 TV dah lagi.

6) Thermal Port- Water pot

Yg ni pun bagi aku sgt penting. Terutama kalau ada baby. Ye lah nak buat air panas, nak buat susu. Tak yah tiap kali nak masak ari manjang. Penat taw. Tgh2 malam nak wat susu sebok kena panaskan air kan . Pehal.  So dalam sejarah hidup aku ber anak2 ni mmg benda ni sgt penting.  Aku tak pernah beli cerek pun kalau korang nak tau. Cerek yg ada hadiah kawin.  Yg pakai tak bape lama pastu rosak. Kalau pakai water port, abis air jer top up. Senang gitu.  Dah 4-5 bijik port gak kami tukar. Bila rosak jer tukar..gitulah adanya. Tak pernah takde port. Belum betul2 rosak mmg aku dah standby beli baru gitu.

7) Kipas angin

Haaa. ni lagi satu. Kalau betul kira taktau bape puluh daa...dari yg hadiah, beli sendiri menang lucky draw. Mcm2 brand. Tapi aku rasa yg paling lama berkhidmat brand Mistral.  Anak2 ada asthma, so umah kami mmg tak pasang aircond pun. Harap kat kipas jer.  Klaau tak kat hall kipas siling tu, kat lam bilik. La ni kat dapur pun aku pasang kipas siling.  Mmg doerang kat umah tu tak leh hidup tanpa kipas taw. Rasa panas dan rimas sgt2. Mula bdak2 mengeluh panas panas.

7) Water heater.

Water heather kami tu dari mula beli sampai skg masih tahan lagi.  Dari mula anak satu smpai anak tiga masih elok lagi. Cuma pulsator dia tu dah pecah sikit2. Tpi masih elok dah bole digunakan lagi...Beli pun tak mahal less then 3 ratus. Bukan berjenama Joven ke hape. Betul2 jenama cap ayam yet masih tahan lagi.


Bagi sejarah kehidupan aku tu lah benda2 yg sgt penting.  Regardless la benda2 lain yg ada tu kan. Mixer lah, oven lah, microwave lah. Belum amik kira breadmaker yg aku beli tapi leh kira buat rotinya tu...tunggu ada mood gaknya setahun sekali kot. Tu pun sbb nak suh uli tepung wat roti canai or wat kulit karipap. Buat roti dan pizza, dah lama kemalasan, mula2 dulu ada lah excited giler2 nak buat. After a while bosan. Malas pun ya.

So, tu lah benda2 penting for diri aku terutamanya.  Kalau benda2 tu suma takde mau patah tangan, kaki dan stressed giler career mummies cam aku ni lah kans...