November 14, 2011

Cuti sekolah dan kampung..

Seminggu dua ni tu jer lah jeritan yg aku dgr kat umah.  Dari pagi, petang ke malam.  Paling malang kalau hari sekolah bila dua2 nya nak start memonteng. Alasannya : ala ma, cikgu kata tak datang pun tak pe..lau dtang pun maen jek..Haaish, malas tau aku dgr alasan gitu. Yg cikgu pun satu, pehal la galakkan anak2 murid tak yah dtang walaupun lagi seminggu jek. Aku cukup tak suka, menjadi habitat memonteng jer tau.

Results periksa dua bdak sekolah rendah dah pun dapat.  Nothing much. Cam base2 jer. Amal dapat no 3 kat sekolah kebangsaan.  Tak de le big deal sgt for me, cuma dia lah yg membig deal kan.  Sbb dapat no three..nak PS three bley??..Sek agama pulak dia dapat nombor bape ntah. doblas ke.  Idak ler dia heboh2 nak mintak adiah bagai kan.  Abess rate 1-3 jer dilyan ye. Lebih2 no way.  Si delin pulak bila amal terkinja2 mintak ps3 sbb dpat no 3 kan..dia dgn bangga pun kata.. Alin pun nak hadiah ma....nak jugak.  Aku tanya ler dapat no bape kak Lin?  dgn gembira dia kata. No 30!!!.  Being her, mesti dia ingat no tu bagus gaknya. Aku pun angguk2..Ya ya, nanti mama beli hadiah adik mama belikan adiah kak lin sekali yaa.. Kakak pulak resultnya tak dapat2 lagi. Aku tak berasa risau sgt kakak tu..salu result so so jer..cuma aku siap warning yg tahun depan tak bole men2 lagi. Tahun depan kena konsentrate ke PMR dah..jgn buat lawak nak dapat result B and C..nak carik nahas..

PS3 ka, PS 4 kena la tunggu gaji. Or tunggu jer bapak dorang gaji lah kan.  Sebetulnya aku bulan ni tersalah budget, tersalah tafsir dan tersalah bulan tau. Bukan apa ari tu masa kenduri tahlil 25hari mak tu taim2 lepas gaji raya hindu tu lah kan. Aku spend tuk beli barang2 kenduri bagai. Pastu aku lupa diri soping gile2 kat avon borong bra sampai dkat seratus lebih.  Pastu borong baju keje kat kedai kat sg besar tu dekat 2 ratus lebih. Pastu beli perfume bagai..pendek kata, aku dah terlupa bahawasanya hari raya haji adalah hari ke 40 mak meninggalkan kami kena buat tahlil lagi sekali dan 7hb itu masih jauh nak tunggu November ends weh..Nangiss nangis.  Jadiknya aku menghitung waktu nak gaji Nov ni, so jgnlah nak demand apa2 sampai la akhir bulan nanti ye. Ape2 mintak sama bapak lu org dulu gitew.

Taim2 ujung nak coti sekolah ni, aku adalah org  yg paling pening pala sekali. Dah 3 tawun tau camtu.  Mana taknya tiap tahun delin asik ilangkan buku teks jer. Ntah kemana dia bawak taktau la. Jenuh aku meredah ateh lemari bawak katil bagai..takjumpe.  Sudahnya tiap tawun jer kena mengganti buku teks dia.  Nak marah pun tak guna bukan leh buat apa. Ada takde dia pandang aku balik terkebil2..buat panas hati jer kans. Malas nak made my blood goes upstairs ganti jer lew.

Seingat aku sejak mak meninggal ni leh kira wekend bape kali kami ada kat umah. Selebihnya balik kg jer la.  Umah dah tak seroopa rumah. Kain tak berlipat bagai.  Dapur tak berkemas. Jadi minggu lepas dan wkend minggu ni mmg kami akan ada jer di rumah. Sementelah kenduri2 tahlil mak suma dah selamat. Lepas ni tunggu kenduri 100 jer pulak which on Januari 2012 nnti. So takde keperluan sgt benarnya nak balik kg. Tapi since ada jer jemputan lah, ada hal lah..jadik sebulan tu bole dikatakan 2-3 balik gak.

Amal dah merungut2 dah seminggu dua ni. Bila nak balik sg besar lagi.  Bosan katanya kat umah. Nak main basikal pun aku x bagi jejauh. Nak maen kat luar pun xleh.  Cuaca pulak asik ujan jer.  Nak kuar tak leh, nak ajak gi jogging pun tak leh.. Bohsan giler katanya..wah pandai betul dia komen sana sini. Aku saje jer pancing dia..napa suka sgt nak balik kg mama kat sungai besar tu??..ni penjelasan dia..

1) Kat Kg ada abang yen....

Abang yen ni sepupu dia. Anak tunggal kepada akak aku.  Mmg dia sgt rapat dan manja . Kalau dah jumpe tu bukan maen meleseh, mengikut je org tu mana nak pegi. Pulak tu, la ni abang yen dah pandai naek moto..manjang jer ajak bang yen meronda2 kg sambil dia bonceng kat belakang. 


2) Bole memancing dan mencari ikan kat sawah..
Pabila balik kg aku tu mmg inilah akitibiti depa 3 beranak. Carik ikan kat bendang, macam memerang jer aku
 tgk. Bukan kira hari tengahari panas bedengkang ke apaa...

3) Boleh maen beskal dan lari2 kat laman ..pagi petang tengahari .. bebas nak kuar masauk men beskal atau nak merayap2 kat halaman yg luas tu..




4) ada arnab... bole maen dan bela arnab. Bagi makan, kasik minum lepas dan tangkap...lgpun ayah dah buat reban dia cantik2 suka tgk arnab turun naek tangga katanya..


Mmg sejak reban baru siap ni, dorang (kanak2) suka dok berjam2 menatap2 arnab2 ni suma. Tgk dorang turun naek bagai...

Sebenarnya, baek aku maupun SP mmg kami suka sgt menghabiskan masa kat kampung ku kat sg besar tu. Sbb suasananya damai, tenang dan tenteram.  Lgpun kalau taim2 macam ni mmg angin sepoi2 bahasa jer. Bila kami melepak2 kat bawah rumah or melepak2 kat halaman taim2 petang2 tu aman dan damai jer rasanya...seronok, tenang dan tak memikir hiruk pikuk riuh kat kota ni. Sangat sesuai untuk menjalani kehidupan yg tenteram dan tenang di sini.  SP asik tanya pasal berbendang..dok sibuk tanya kos2 berbendang dan bagai.  Ada planning lepas pencen nak dok sini ke hape?..lagik la aku suker kanssss.. huhuh

Tapi kan, aku pasti korang pun akan rasa damai dan tenang kalau tgk gambar nih..



Taim2 musim macam ni bley carik ikan taw. Kalau memancing tu kejap jer dapatnya. Mana tak eksaited ooi...

Pastu ada ini..leh jalan2 lepas tension kat sawah..leh menyedut udara yg sangat segar dan bersih...




Dan juga ofkos, yg tak akan dapat di mana2 kecuali kat sg besar...rojak dawood terbaaaaaaaek..



So, as u know..they are so many reasons kenapa aku harus kerap balik ke sg besar lagi dari balik ke batu pahat kansss..lgpun since owang tu sendiri  yg manjang ngajak balik kampung carik ikansss katanya..I kan isteri taat gitu..ikuuuut jer...

Jom balik kg mggu depans...yuuhhu..



2 comments:

HappyIrfa said...

sekali lagi..kg ko mmg best.
harap dapat ikut ko balik kg satu hari nanti..tak malu..huhu
org x ajak pun

Anna said...

Jom Irfa datang kampung ku..ni jemputan rasmi ni..tak yah memalu....not only u, ramai lagi yg teruja nak ikut balik kg..meh kita reramai rombongan cik kiah..