November 11, 2011

Apa ada dgn tarikh ? 11-11-11

Aku mmg dari kalangan org2 yg tak berapa concern sgt lah pasal nombor2 gini.  Ada org sangaat terlbey prihatin akan angka.  Hantaran nak sekian 11,111.11. Kawin pun sama gitu gak. 1-1-11.  Ada org gak sekadar suka2 jer. Ada yg over taksub. Hissh.  For me kalau kebetulan dpat the tarikh tu mmg baguslah, but purposely nak jadi sebutan hissh, bek tak yah ler.  Mcm hantaran contohnya..alahai, ikut sgat kan.

Tapi tang beranak org bersalin biasanya org suka pilih so do i. Bukan apa dapat tarikh cantek gitu senang nak ingat nak as good memory  kan.  Org kalau bersalin ceaserian mcm aku dulu mmg ada chance lah nak pilih tarikh nak beranak hape kan. Kalu bersalin normal, jangan harap lah.  Kuar je bebile masa dia suka kans.

For me, walaupun kami dapat keistimewaan untuk memilih tarikh for anak2 masa dorang nak lahir kan tapi idak ler kami kisah sgt pasal tarikh. Cuma kami memilih untuk hari Jumaat. Hari yg paling afdal dan penghulu segala hari.  Masa Kakak tu tak dapat lah, sbb dia diceaser pun sbb dah due.  Tak kuar2 walaupun kena induce hape. Sudahnya nak elak lemas nah kau kena potong jugak. 

Time Delin dgn Amal mmg kami pilih jumaat.  Biasanya Dr akan bagi tempoh dalam masa seminggu. Lepas cukup term baby tu dia akan bagi kalender. Nah, pilih hari mana ko mau dikerjakan. Gitu. Masa Delin tu kami choose for pagi jumaat. So pepagi buta aku dah standby untuk dikerjaain.  Pukul 10 am jer selamat lah dikeluarkan seorang bayi perempuan yg kecik molek jek.

Taim amal pulak, aku dgn SP mmg dr bagi pilihan antara 1hb -10 hb May 2004 masa tu.  Aku pnye besday kan 1st may, so aku mintak dgn Dr tu bley tak aku nak 1hb.  Dr dgn gelak2 kata...tak bley.  Kecuali kalau kecemasan.  Nape ?? aku tnya lagik?..dia gelak lagi..besday u tu hari buruh la. Mana ada org keje taim hari buruh   Dr pun coti tau. Kecuali kecemasan haaa tu baru bley..cisss.  Musnah harapan nak ada sama besday kans.  So bila dr dah kata gitu, aku dgn SP option for 7hb which hari jumaat gak.  Waktunya...pukul 10am gak.  Tapi sbb bnyk sgt prosedur bagai. Sbb nak tutup operasi kilang sekali katanya..sudahnya, kul 2 ptg baru siap u..masak aku kena kerjakan kat sepital selayang pnye operation room.

Natijahnya, for me tarikh tu tak mencermin apa2. Cuma kalau kebetulan dapat tu kira bonus. Namun beria2 nak choose for that tu idak lah kan.  So pada sapa2 kebetulan beranak, bernikah, ber..ber apa lagi hari ni tahniah ler diucapkan.

Aku terbaca kat FBI pnye fb katanya wifenya akan bersalin hari ni. 11-11-11.  Moga selamaat semuanya.  Hari tu masa anak no 2 dia yg baru lahir meninggal tu sedih gak aku dgr.  Ye la, dah lama menunggu nak 2nd child bila dah lahir ada masalah jantung dan Allah lebih sayangkan dia. Semoga kali ni FBI dan wife akan selamat dapat cahayamata ke 3..insya Allah....

1 comment:

Irfa said...

anak aku lahir ikut suka diorang nak keluar.aku tak kuasa nak ikut tarikh2 ni..tau nak cepat beranak je.hehe