August 30, 2010

Shoping nak raya..

Weekend baru ni aku balik kg ku. Sungai Besar. Tujuan utamanya ialah nak rasa berbuka kt kg. Sbbnya mgkin malam raya baru dapat balik dek kekangan kerja.  Bukan aku..tp sparring partner aku.  Dah menjadi tradisi di tmpat keje dia harus bercuti mengikut giliran. Samada ambil awal seblum raya or selepas raya.  Nampaknya dah menjadi tradisi pulak dah masuk 2 tahun dia amik selepas. Sebagai isteri yg solehah...aku ikut jer lah :)

Hari Sabtu pepagi aku anak beranak dgn akak keluar ke pekan. Pegi Pasar beli barang2 basah untk masak buka dan tunggu kedai nak soping baju raya.  Aked Man, tmpat yg paling jadik tumpuan sbb byk pilihan baju melayu, baju kurung dan segala mala. Pening kepala aku, kerna terlampau ramai org walaupun ketika itu baru jer kul 9.30am. Shoping dgn bdak2 mmg menambah pening kepala ku..sini panggil Mama, sana mama..belum lagi nak memilih sorang dah menjerit kat sana.  Tahun ni tema soft purple, jenuh jugak nak mencarik kematchingan.  Dapat ler sorang sepasang.  Itupun entah berapa kedai lepas akid man kami dok survey.  SP dapat sepasang baju melayu ala2 Raihan gitu gak amal. Baju melayu sepasang lengkap sampin dan songkok. Delin dan kakak amik jubah purple. AKu?. entahlah aku takde mood langsung nak beli apa2. Hatta pi kedai kasut pun sorang satu depa rembat tapi aku ttap takde hati nak beli apa pun. Mgkin sbb baju dah ada 5 pasang ataupun mmg aku malas gaknya.

Pnya lah panas hari sabtu tu..end up pukul 11 baru kami balik umah.  Hari ahadnya pulak aku cuma keluar dgn akak jer. Pagi2 aku pi berurut dulu dgn mak. Pukul 9.30am baru aku dgn akak keluar. Aku malas nak naek moto, so aku drive avanza aku..just 2 org jer.  Lepas habis facial, merata kami pi. Mcm2 jugak. Tp takde satu pun aku pnye barang.  Singgah Pasaraya Sakan, dapat gak aku grabbed 4 helai tshirt Polo and Paul Smith untk SP. Sungguh cantik spend about RM80 dapat 4 helai.  Beli barang2 yg mak pesan dah lastly kami pi ke Avon. Ada promosi bagus2 untk pakaian dalam. Endup aku beli berhelai2. Hmmm maklumlah promosi RM10 sehelai . Mana nak dapt apa lagi.

By pukul 2 baru kami jalan balik . Wah cuaca panas dan sg besar jammed bagai nak rak. Sungguh panas bedengkang begitu, org masih tahan bersoping.  Balik dar sg besar, akak terus pengsan. Aku pun. Kami tidor kejap seblum masak for berbuka.  Kami masak lebih sbb aku nak tapau balik umah for sahur.

Lepas buka, kami terus balik ke Rawang dan tiba umah jam 9 malam. Letih sungguh. 

August 23, 2010

Tension..

Semenjak bulan puasa ni aku rasa weekend kami sgt berkualiti. Sbbnya kami hanya dok umah berehat, bergolek2, melayan movie, baca surat khabar....Anak2 pun seronok dan gembira.  Mentelah bulan pose kan idakler bawak dorang pi mana2 pung..buka puasa kat luar pun belum. Sengaja kami save the best for last omputih kata. Minggu2 akhir nak puasa besok baru lah nak try2 buka kat luar. Tu pun ke port biasa kami..Restoran Azura kat Rawang tuh.  Aku dare not take risk pi tmpat lain yg tak ketahuan harga dan rasa makanannya. Restoran Azura mmg port baeek kami sejak dulu lagi. Harga berpatutan lebih2 lagi...mmg sedap.  Seronok rasanya melihat anak2 gembira dapat makan makanan kegemaran dorang. Pulak tu bertambah2 sampai 3 x.  Hari sabtu aku cuma masak kari daging dgn kentang, sayur tumis terung asam, ulam dan sambal belacan.  Amal yg susah sgt nak makan tu bertambah sampai 3 x kerana dapat makan terung asam kegemaran dia. Delin pulak bertambah2 2x sbb ada kari daging. Kakak? well bulan puasa ni mmg dia berselera jer time berbuka mgkin sbb lapar.

Hari Ahad smlm pulak, aku masak sup ayam, sayur pucuk paku tumis, kerabu mangga dan ikan keli goreng sambal. Wah, makin seronok aku tgk bila ketiga2 nya berebut bertambah bila dapat kerabu mangga.  Walaupun mangga yg ala2 masak layu tp mereka tetap suka sgt. Nampak gayanya kena lah mencarik lagi mangga muda untk buat kerabu kerana tu betul2 membuka selera seluruh isi rumah!.


Keseronokan berhujung minggu di rumah memberi semangat baru aku nak start my Monday..tapi semuanya hampess.. Pagi2 lagi bertimbun2 kerja yg kena selesaikan..Tak pe, aku tak kisah tapi dok melayan suku sakat lempab mmg aku tak tahan. Apa barang kalau forwarding agent dok tnye kita berapa berat barang bla bla bla..sedangkan brg tu ada didepan mata dorang?.  Yg satu lagi, cerewet tahap gaban. Macam2 nak diletak kat invoice. Walhal dulu masa aku buat takde pun customer kata itu dan ini..aku sgt2 tak paham....yg sekor pulak tnya sikit nak melenting...adussss....kalau takat 2 or 3 aku tak heran..ni dah doblas dan tigabelas apa halnya..

Fenat..thats all i can say., how i wish i can stay at home...tido, layan movie mcm apa aku buat weeknd td........tp tu semua mana mungkin...jadik terpaksalah aku bersabar..melayan manusia2 yg bermacam2 ragam.......

August 20, 2010

Raya gembira utk aku tahun ni....

Kadang2 ada benda yg tak terluah dek kata2 kan? bunyinya agak klise...tpi tu lah hakikatnya.  Byk sgt benda yg mmg aku tak pernah terluah 100% pada sparring partner aku..kerana aku masih mahu menjaga air mukanya, maruahnya dan keluarganya.

Hakikatnya aku sentiasa mengharapkan dia sendri faham atas apa yg dia lihat dan rasa.  Jadik bila time2 nak raya cam ni aku salu jadi syahdu..terutama kalau balik raya ke selatan nun...nasib baik tahun ni giliran aku..kalau tak mau parah jugak jiwa raga aku.

Aku x bole faham kalau anak2 perempuan yg takde hati pada mak dorang.  Maksud aku, sebgai anak perempuan kita harusnya peka dgn keadaan mak kita sendiri betul tak?. Mcm aku, aku salu teringat mak, kalau nak raya, apa mak masak..apa mak buat...nak jer balik jumpa mak terus..tpi apakan daya ..ada MOU yg dah di cap jarikan.

Well, honestly aku tak leh nampak tu suma pada kakak2 ipar aku.  Kalau time hari raya tu masing2 berlumba2 nak balik kg paling lewat. Pelik tp benar. Sungguhpun dorang ada keluarga, anak cucu sendiri tidakkah perasaan yg aku ada tu patut ada pada depa?...entahlah.

Bila time turn aku balik ke sana, berlumba2 jugak mereka balik selepas kami balik. Means kalau kami balik 2 hari seblum raya, dorang akan balik sehari seblum raya.  Mula2 dulu aku buat2 tak perasan buat2 tak nampak..tp kalau dh 14 thun...aku nampak..jelas dan nyata..semuanya nak escape. Escape menyediakan hidangan raya dan escape keluar duit.

Menantu2 MIL pulak, mmg aku lah yg paling malang keranamenjadi menantu yg paling rajin dan paling suka masak..kerana, setiap kali muka aku ada kt sana...akulah yg jadi mangsa. Kdg2 aku terasa sgt, bila berpuasa kat sana, subuh2 MIL akan kejutkan aku suh masak for sahur!...padahal org lain tak pun?. Anak2 perempuannya sendiri pun...samalah kalau berbuka..begitu jugak.  Pukul 3 ptg dia dah stat uarkan suh aku get ready nak masak for berbuka!.

Makin menjadi2 lagi kalau nak raya. Masing2 akan buat tatau. Maka akulah dgn SP aku kuar duit (biasanya $$ aku) untuk beli barang2 pasar, untk raya.  Bila sampai rumah, aku jugak kena siang, bersihkan dan masak!.  Bayangkan kalau sekali beli 6 ekor ayam..masak sekali pun bole abis.  Adik2 beradik SP berkeluarga besar..Anak2 dara pun besar2...tapi pemalasnya pun BESAR..

Selalu gak aku hint2 kat SP, dia perasan tak...yg setiap kali kami balik sana, aku terasa mcm bibik. Menyiapkan makanan untuk keluarga aku dan 8 keluarga besar yg lain!.  Ada ketika aku belum siap buat sarapan..masing2 melanguk menunggu di meja makan!..cuba korang bayangkan apa aku rasa?.

Sebagai manusia biasa, mmg kdg2 aku sedih. Salu jer aku cuba pujuk hati supaya sabar.  Setahun dulu mgkin...tpi untk sekian kalinya..aku tak mampu!.  Dan akhir2 ni aku perasan SP dah noticed. Kerana itu bila balik ke sana kami tak lama..paling lama 2 malam.  Dan selalu pulang ke sana, kami byk berjlan keluar. Kdg2 kami heret MIL sekali.  Sesungguhnya dulu rumah buruk MIL aku rasa bahagia..tp kini...sebesar dan seindah banglo yg dia tinggal...tidak seindah budi bahasa isi rumah tu.................

Di mana jer aku balik rumah ku or rumah MIL, aku tak kisah ke dapur. Cuma beza dirumah ku..aku dan kakak kami sama2 berbelanja di pasar, merangka menu apa nak masak dan sama2 kedapur.  Suasana sgt meriah...sbb kami bantu mmbantu seadanya....Abang ngah jugak begitu, sama2 menghulur wang semampu dia. Begitu jugak kakak sorang lagi , membantu dgn kudratnya..

Lain padang lain lain belalang..yg pasti aku suka kerana tahun ni aku beraya kat kg ku............dan sosek sosek ku dgr....isi rumah di selatan sana kecoh....risau, gabra kerana takde sapa nak siapkan hidangan for raya..................dalam hati aku bersorak, gembira, ketawa lantas hati jahat aku berkata2...Padanlah muka.....ada aku kesaaaaaaaah???, yeeeehhhhhhhhhhhhhhhhaa

August 17, 2010

Sakit itu penghapus Dosa..

Hari ni masuk hari ke tujuh kita berpuasa, maksudnya dah 7 hari jugalah selsema aku ni tak kebah2.  Di tambah teruk ada batuk pulak. Yg aku rasa phelgm mcm tersangkut kat tekak.  Antibiotik dah hampir nak abis dah, ubat selsema sepapan pun gitu jua. Namun selsema aku cam tu gak.  Aku rasa seluruh muka aku terutama kat T Zone tu rasa gatal amat. Everytime aku bersin, aku rasa seluruh hidung aku gatal2 sungguh!.  Sering gak aku dgr..betapa sakit itu penghapus dosa. Justeru, aku redha. Cuma aku berasa sgt tidak selesa.  Ibadat ku tertanggu. Dah byk hari aku tak berpeluang nak berterawikh, nak solat2 sunat.  Mana taknya, lepas berbuka, aku  mkan ubat. Masuk Isyak aku terus solat. Kesan ubat selsema tu akan buat aku mengantuk amat.  Dan paling aku notice, pukul 2 pagi mesti aku terjaga..hampir tiap2 hari.

Syukur, aku masih larat nak bangun utk menyiapkan makan sahur.  Walaupun setakat panas2 kan makanan..harus kalau aku tak bangun takde yg akan terbangun.  Teringat aku puasa tahun lepas, aku kat Hspital Selayang menjaga Amal yg dimasukkan kat lam wad.  Pukul 4.30pg aku terjaga, aku dah kol SP nak ingtkan supaya bangun sahur. Dia sambut panggilan aku. Mana tau bila ptg dorang dtg nak berbuka kat hspital kakak kata dorang terbangun kul 7.00 pgi!.  Mujur lah hari cuti sekolah, kalau tak kesian kakak.

Mmg susah gaknya nak bangun org2 lelaki nih?.  Kdg2 kejut berkali2 pun tak bergerak2. Ada kala geram jer. Nasib baik ada org perempuan yg terpaksa  rajin mcm aku ni. Klau tak mau ler tak pose.

Berbalik pada sakit aku ni, aku redha ya Allah andai sakitku ini adalah untuk menghapus segala dosa2 aku.  Selesema yg paling lama dalam sejarah..ni mesti kesan dari alergic ke hape..kalau tak biasa sehari dua dah kebah.  Degil betul virus ni.

Dah masuk hari ketujuh ni, cuaca pulak tak menentu. Ada kala panas bedengkang giler adakala pulak ujan selebat2 alam mcm semlm.  Kejammed pulak..mcm  siut hape jer hari hari. Mujur jugak merempit naik motosikal kalu idak entah pukul bape le gamaknya aku tiba kat umah?.

Pagi td masa sahur aku dah uar2 kan..yg hari ni aku malas nak rehat dari masak for buka so since ari ni ada pasar tani, aku pikir nak beli ayam golek setengah bersama nasik ambeng....nasik lemak kecik untk si kecik berdua.  Smlm aku biar addeelyn pi sekolah lepas 4 hari cuti sakit minggu lepas..rupanya dia tak baik lg.  Senja smlm cikgu kelas dia sms bgtau the whole session deelyn hanya tido. Dan dia biarkan jer sbb dia tau mmg deelyn tak sihat sgt lagi. So ari ni, dia bgtau tak payah antar ke sekolah. Biarkan dia baik betul baru lah antar.

Aku kira ni balasan ujian untk kami.  Semoga kami tabah menempuh di bulan Ramadhan Almubarak ni..AMIN

August 16, 2010

Bayar Hutang tidor and ke dapur...

Hari Sabtu lepas, mmg ku bantai dgn mengkada segalamala tidorku. Tk pernah dalam sejarah aku mem'bangkong' org jawa kata hingga jam 11 pg.  Tu dia.  Lepas sahur dan solat aku terus tidor..bangun kejap, sambung lagi tidor, tidor. Seingat aku Hari sabtu aku x byk tgk tv pun. Byknya TV yg tgk aku. Menjelang petang kul 5 baru le aku stat masak, yg sempoi2 jer sbb keinginan nak mengintai bazar ramadan kat Tasek Puteri.  Mmg ramai betul org yg menjual, tp aku sendiri rasa tak selera mana pun nak beli apa2..adatak de, beli air jagung and tepung pelita untk kakak. Selebihnya aku cuma beli kerabu mangga dgn cucur udang jer.

Aku tgk ramai betul yg beli air tebu.  Sejak kecoh2 virus kencing tikus tu, kami mmg banned air tebu. Takut2 kalau2 tebu tu dikencing dek tikus kan.  Lgpun air tebu tak bagus untk tekak, akan menyebabkan batuk dek kerana serdak2 nya tuh.

Aku tak tau org lain, tp aku mmg jarang membeli lauk bulan2 pose sbbnya, Tuan tanah aku tu mana nak makan lauk kedai.  Paliing koman lauk ikan masin pekasam dgn sambal pun jadik tuk dia. Lgpun kalau time berbuka masak lauk esok2 sahur aku panaskan jer..dah berapa hari lebih nasik, aku dapat idea baru tuk tidak membazir. Untk buka aku masak 4 pot. Jadik masa sahur, aku panaskan jer nasik belance yg ngam2 untk 3 org tu..well taktik tu menjadi..so far dah takde balance nasik basi. Sayang jer kan kalau terpaksa ku buang.

Smlm, dari kul 3 ptg aku dh ke dapur. Kakak sbok sgt nak mintak buatkan pengedil.  Mujur ler sempat menuntu ilmu dari bibik (walau secara curi2)..dia kedekut ilmu weeh. Akhirnya kul 6 petang selesai suma keje aku kat dpur. Pengedil, sayur lemak nangka, ikan goreng, sambal belacan...daging masak cincai (yang aku lebur je suma rempah2 jintan, ketumbar segala bwg+ kicap manis + sos sikit).  Tak sangka pulak sedap daging tu.  Salu depa ni tak layan jer, tp smlm hmm bertambah2 nasik. Sahur td pun aku tgk dorang berselera jer makan daging masak cincai aku tu (ntah hape nama aku pun tatau). Hari2 berpuasa aku pasti org lain pun mcm aku pening kepala, apa lah menu nak masak.  Kalau tnye jer org lelaki..jwpannya..entahlah yer..apa pun boleh la..Lg senang ler aku. Maksudnya aku masak ikut apa yg aku rasa nak makan..ikan bosan ganti ayam, bosan ayam ganti daging, udang, sotong, telur...sumanya pun ada. Cuma aku rasa bulan poser ni kalau masak sardin sure tak termakan gaknya...

Hari ini? entahlah, mgkin aku masak ayam masak kicap dgn sambal telur jer gamaknya..terpaksa masak dua jenis lauk kerana kdg2 kakak tu klau dia tak suka, dia tak makan langsung lauk tu.  Mcm ari tu aku buat kurma ayam dgn kentang, sambal bilis kering...sayur cendawan..yg dimakannya cuma nasik dgn kentang jer. Kesian pulak aku tgk. Jadiknya tiap kali aku masak, aku makesure ada satu lauk kesukaan dia. Kalau tak karang mcm takde mood dia makan...kesian pulak aku.

Si Amal pulak, beriya2 nak pose siap bangun sahur, alih2 balik umah gelabah carik air.  Bila aku tnya..aiik? kata poser..dijwpnya..mmg Amal nak pose..tp cikgu (bbysitter aku dipnggilnya) asyik paksa2 amal makan dgn elisha..jadik amal terpaksa makan..ceeeeh..auta!

Deelyn pulak mmg aku tak expect dia pose, lemah sgt aku tgk dia sejak baik demam ni. Biarlah dulu.  Esok2 bila dia dah ready..ok lah tu.

Kalau isi rumah dah biasa nak mak masak..mmg lah mak kena masak jwpnya..no escape. Gaknya air tgn hikmat aku memasak lagi sedap dari kat kedai or bazar....... :)

August 13, 2010

Minggu sakit..minggu tak sihat

Dari awal mggu ni delin tak sihat. Dah bwk ke Hsptal sampai kul 3.30am baru kami balik umah..the next day gi keje cam zombie aku rsa..ngantuk. Followed by puasa, amal dgn aku pulak yg demam...worst, amal dah baik, aku pun..delin masih gitu gak..issh..susah bebenar bdak ni nak makan ubat jenuh aku paksa, dimuntahkannya balik. Bila selsema dia datang, then asthma dia pun dtg..smlm lagi sekali aku pi Hspital, dr kata x ada apa..darah ok, lepas bagi nebuliser dia bg balik. Alang2 aku kat situ, aku pi jmpe dr sekali dgn harapan dapat MC..malangnya....dapat time chit...
Aku tak sedap hati nak tinggalkan delin, so balik rumah aku pi klinik private kat umah..kena RM45, MC pun dapat tnpa byk soal.Dr tu siap tanya bape hari mao??..hamboi best kan..sib baik ler aku ni pekerje cemerlang yg tak suka menipu (puji sendiriler) aku kata hari ni cukupler dr..Kat umah aku monitor delin, menjelang petang dia nampak ok. Aku masak bubur tuk dia, tapi yg makannya amal jer..berselera dia sampai abis seperiuk tu. Aku yg demam panas dgn selsema sayang nak pecah puasa, jadi aku tahankan jer..bdn aku panas sgt smlm. Apa aku buat ialah mandi..berulang2 kali aku mandi akhirnya dapat gak aku teruskan sampai petang...Alhamdulillah. Cuaca sgt panas smlm, bila berbuka aku pulun bergelas2 air, sampai nak pecah perut...akhirnya, makan kemana...sbb perut dah penuh. Aku cuma makan sikit nasik dgn popia jer..selebihnya air air air. Lepas solat isyak, aku pulun makan ubat deman dan selsema..boommm sampai ke pg..sedar2 jam loceng berbunyi utk sahur...sudahnya kemengantuk kan aku akibat ubat selsema tu sampai ke la ni kesannya...aduuu....huwaaa.....zzzzzzzzzzz mujur bole balik awal hari ni dan esok wknd..bole kada segalama tidur...hehehe