August 17, 2010

Sakit itu penghapus Dosa..

Hari ni masuk hari ke tujuh kita berpuasa, maksudnya dah 7 hari jugalah selsema aku ni tak kebah2.  Di tambah teruk ada batuk pulak. Yg aku rasa phelgm mcm tersangkut kat tekak.  Antibiotik dah hampir nak abis dah, ubat selsema sepapan pun gitu jua. Namun selsema aku cam tu gak.  Aku rasa seluruh muka aku terutama kat T Zone tu rasa gatal amat. Everytime aku bersin, aku rasa seluruh hidung aku gatal2 sungguh!.  Sering gak aku dgr..betapa sakit itu penghapus dosa. Justeru, aku redha. Cuma aku berasa sgt tidak selesa.  Ibadat ku tertanggu. Dah byk hari aku tak berpeluang nak berterawikh, nak solat2 sunat.  Mana taknya, lepas berbuka, aku  mkan ubat. Masuk Isyak aku terus solat. Kesan ubat selsema tu akan buat aku mengantuk amat.  Dan paling aku notice, pukul 2 pagi mesti aku terjaga..hampir tiap2 hari.

Syukur, aku masih larat nak bangun utk menyiapkan makan sahur.  Walaupun setakat panas2 kan makanan..harus kalau aku tak bangun takde yg akan terbangun.  Teringat aku puasa tahun lepas, aku kat Hspital Selayang menjaga Amal yg dimasukkan kat lam wad.  Pukul 4.30pg aku terjaga, aku dah kol SP nak ingtkan supaya bangun sahur. Dia sambut panggilan aku. Mana tau bila ptg dorang dtg nak berbuka kat hspital kakak kata dorang terbangun kul 7.00 pgi!.  Mujur lah hari cuti sekolah, kalau tak kesian kakak.

Mmg susah gaknya nak bangun org2 lelaki nih?.  Kdg2 kejut berkali2 pun tak bergerak2. Ada kala geram jer. Nasib baik ada org perempuan yg terpaksa  rajin mcm aku ni. Klau tak mau ler tak pose.

Berbalik pada sakit aku ni, aku redha ya Allah andai sakitku ini adalah untuk menghapus segala dosa2 aku.  Selesema yg paling lama dalam sejarah..ni mesti kesan dari alergic ke hape..kalau tak biasa sehari dua dah kebah.  Degil betul virus ni.

Dah masuk hari ketujuh ni, cuaca pulak tak menentu. Ada kala panas bedengkang giler adakala pulak ujan selebat2 alam mcm semlm.  Kejammed pulak..mcm  siut hape jer hari hari. Mujur jugak merempit naik motosikal kalu idak entah pukul bape le gamaknya aku tiba kat umah?.

Pagi td masa sahur aku dah uar2 kan..yg hari ni aku malas nak rehat dari masak for buka so since ari ni ada pasar tani, aku pikir nak beli ayam golek setengah bersama nasik ambeng....nasik lemak kecik untk si kecik berdua.  Smlm aku biar addeelyn pi sekolah lepas 4 hari cuti sakit minggu lepas..rupanya dia tak baik lg.  Senja smlm cikgu kelas dia sms bgtau the whole session deelyn hanya tido. Dan dia biarkan jer sbb dia tau mmg deelyn tak sihat sgt lagi. So ari ni, dia bgtau tak payah antar ke sekolah. Biarkan dia baik betul baru lah antar.

Aku kira ni balasan ujian untk kami.  Semoga kami tabah menempuh di bulan Ramadhan Almubarak ni..AMIN

No comments: