February 29, 2012

Manusia yg macam2

Lately, aku rasa sungguh tertekan tau. Bukan dgn keje aku. Tapi dgn org2 yg pejabat tempat aku membanting tulang dan otak ni.  Semenjak dua menjak bos baru ni salesman sekalian pnya agresif sgt lain macam. Sangat lain macam energeticnya.  Bila dah masing2 over energetic kan, mau tak mau tempias jugak dgn org marhaein mcm aku ni.

Insiden demi insiden buat aku mcm bohsan nak melayan mereka2 yg suka rush org macam org gile ni.  Pandai cakap jer. Tak tau underground pnye process org keje cam ne.  All they want to know dorang je lah yg betul. Benci sgt.

Keje biasalah, ada masa screwed ada masa ok. Cuma aku betul2 tak paham kenapa lately ni selalu sgt screwed.  Selalu sgt dorang sent email beterbangan yg menyakitkan hati org lain. Terutama, agent2 aduh. One thing the only customer yg salu bikin havouc ni kan..the typical national oil company..tu gelaran yg dorang  beri kat company tu.  Suma mat2 salleh kat tempat aku puin bosan nak deal dgn dorang.

Kalau pasal rushing org no 1. Sbb apa ?? takde proper planning. Kalau nak barang tu manjang cakap hari ni nak esok. Macam aku simpan kat belakang umah kan.  Kdg2 barang tu maha berat giler, airfrieght pun kadang2 tak lepas camno.

Bila dah berlaku gitu, nak mengamuk nak meroyan. Macam bapak ko pnye airlines company??? bodoh sgt tau.  Bos baru ni pulak mmg otak salesman. Jual Jual Jual..lain2  belakang kira. Mana bole cam tu. Jual pun nak kena ada mcm2.  Terutama bila nak invoice nak cross charge kt mana. Nak PO for billing. Bukan men hantam saja.

Ntah, sengal..ttba minta cepat pastu tak smpai nak antar email meroyan cam org lepas beranak apa hal??.  Aku malas nak amik port fikir sgt pasal tu dan nak baca email yg menyakitkan hati mata dan telinga. Lantak ko situ. Kalau kita dah buat arrangement canteeek, ttba tak jalan sbb ada je yg menghalang...aku rasa salesman tu patut fikir. Nape tiap kali barang dia screwed jer?.   Ha la ckp pasal rezeki rezeki...tapi solat haram tak mo buat dan amik port. Org ajak solat jumaat leh pulak buat lawak bodoh. Munafik sungguh.  Dah la ckp tak serupa bikin.  Apa janji tk pernah nak amik berat.  Dia patut fikir kenapa lately rezki kurang menyebelahi dia. Ada jer benda yg jadi penghalang.  Abess umur dah masuk 30 takkan x bole fikir sendiri kan.  Hidup kita makin pendek masanya, mcm2 Allah tak bagi tanda tapi tak muhasabah diri jugak taktau ler nak kata...

So, ada aku kesah dia nak antar email mcm org meroyan lepas beranak?.. sbb aku berpegang pada satu jer. Kalau hati kita bersih, niat kita ikhlas dan Solat menjadi paksinya...Insya Allah....kalau itu pun ko buat tak paham lagi..tak dapek den nak menolong kansss?


Sekian..kepala saya terus sakit kerana peristiwa ini..yg sangat mencengkam kebosanan....

February 24, 2012

Luahan Hati ku

Sometimes aku rasa aku ni terlampau helpful sangat.  Bukan tak bagus, bagus.  Aku pun helpful bila rasa ikhlas datang dari sudut hati aku.  Ada masa bila hati kecik berkata2 tak ikhlas, cepat2 aku back my self up takut2 nanti jadik dosa sbb merungut2 dan mengomel2. Jadik bahan pulak ye dak.

Among good friend and relatives mmg mereka sedia maklum sgt aku ni very helpful sangat tau. Kadang2 SP pun selalu je marah aku kerna baik sgt pada org tak bertempat, lantas selalu jer orang amik kesempatan kan.  Aku sering jugak salah menilai dan mentafsir niat2 kebaikan org pada aku.  Yg mana kebanyakkannya amik kesempatan.

Jadik for once, aku nak jadik selfish. Untuk tidak mau memikir pasal org lain yg menyusahkan hidup aku terutamanya. Kalau bole tak mo ada hubungan langsung (which is mustahil), tak mo telefon or SMS kalau takde urusan.  Gitulah sakitnya hati aku ni.

I can be so nice to people tpi once they being nasty to me, I can be 100 times nasty more that they are. So janganlah cuba2 nak add kat fesbuk ker, nak SMS2 berbaik2 ker. Hatta, jgn la cuba2 nak beramas mesra dgn aku.  Aku bukan hipokrit ok. Kalau aku panas hati, sakit hati or bengang I cannot hide it from. Tak kira dari segi tutur kata (walaupun tak maki caci) still kata2 aku pada dua mngkin pnye tone berbeda. Or body languange aku akan menunjukkan signal that I m menyampah with you!!.

Ingat lagi kes MARA oh MARA tempohari, kes masih tak selesai.  Kalau si peminjam dah SMS memacam dgn janji segala bulan bintang ker, jwapan aku to her tetap sama..GO TO HELL..

Baru2 ni aku dapat statement dari pihak MARA, ye masih dihantar ke rumah. Ke alamat rumah no 10 tu. Istana kecik tempat keluarga ku berlindung dan berteduh. Mmg rumah yg kecil dan sempit, tapi kami tak pernah menyusahkan hidup orang lain. Kami hidup sekeluarga Alhamdulillah bahagia dan gembira walaupun cara sederhana.  Kami takde rumah besar mcm kau. Teres dua tingkat lengkap dgn renovasi dalaman. Kami tak mampu. Tapi kami tak pernah menyusahkan org lain sbb kami selesa dgn hidup kami.

Mendapat salinan penyata tu terus buat kebencian aku pada dia semakin meluap2..(pi mampus la sedara ke, biras ke hape kan).  As u oll nak tau, sepanjang 2011 cuma dua kali pembayaran di buat.  Berjumlah seribu setiap satunya. Jadi mana rasionalnya bila dia kata membayar setiap bulan???. Kemonlah, kalau ko bodoh, jangan cuba perbodohkan org lain ok.  Kalau ko takde buat pembayaran secara konsisten, toksah nk propa kata ko bayar tak pernah missed!!.  Regardless kalau kereta dah lama kena tarik tau. Kalau rumah dah lama kena sita dek Majlis perbandaran.

Ada hati pulak nak kata nama aku dah remove dari senarai blacklist mara. Oooi, ko bodoh ke apa??. Black list tu takkan hilang selagi ko tak buat settlement. As simple as that.  Sorry to say la. Kalu ko nak tunjuk alim ulamak dgn post macam2 kat wall fesbuk ko dengan segala2 kata2 hikmah ala2 org alim. Sori lah, aku geli nak baca. Muak.  Cerita pasal ugama cerita pasal amalan. Sedangkan ko sendiri tak pernah fikir, tak pernah amik berat pun pasal apa2!!. Not even pasal anak2 ko sendiri kan.

Kalau aku tak accept ko as fesbuk fren pun itu hak aku. Ko rasa aku buat perkara kejam ker?? berbanding perkara kejam yg ko buat kat aku sekian lama?.  Dah masuk 10 tahun tau.  Dah masuk sekian lama aku jadi kambing hitam ko tapi ko tak berbuat apa2 pun untuk sekurangnya memikir pasal org lain. Memikir pasal aku ni ha!!.

Sudah2lah skema ayat2 suci kat facebook tu. Aku ni naik muak dan meluat nak baca.  Bicara pasal hak sesama muslim sesama sedara, tapi adakah ko pernah fikir pasal apa yg ko dah buat?? pada aku, pada org lain jugak??

Maaflah, aku ni tak rasa aku sempurna, aku baik sgt. Tapi aku tak pernah menganiaya org. Apatah lagi sedara sendiri sebegini rupa.  Aku tak pernah menyusahkan pun hidup ko selama ko senang dulu kan. Bahkan kami bertatih dari bawah membina kehidupan kami sekeluarga tanpa pernah menganiaya org lain termasuk sedara mara sendiri. Kami sentiasa ikhlaskan hati dgn sedara mara kami. Mungkin sbb itulah sedara mara suma suka kat kami?. Mungkin sbb itulah anak2 sedara pun menghormati kami spt mereka hormat mak bapak mereka. Mungkin sbb itu kami rapat mcm kawan dan bole bercerita apa saja. Mungkin sbb itulah, mereka sentiasa dtang berziarah ke rumah kami tak kira samada raya atau pun tidak. Sbb apa?? sbb kami care dan kami ikhlas menerima mereka. Sbb kami sentiasa peduli dan amik tau hal mereka.

Jadi kalau anak2 buah dan sedara mara tak datang umah ko, ko patut fikir sendiri kenapa.  Beria2 ko suruh sedara datang ke rumah, tapi taim mereka datang ko keluar dan tak balik2.  Ko tau tak betapa kami ni sentiasa jer jadik tmpat sedara mara mengadu dan meluah perihal dan perilaku ko tu?

Sbb itu walau dah dkat 18 tahun korang kwin ko masih tak kenal sedara mara seblah suami ko. Sbb apa?? sbb ko tak pernah nak peduli dan amik tau kan.  Sbb ko fikir diri ko sendiri jer. Hatta bila suami ko sendiri membeku mcm ais batu, pun ko masih nak menafikan apa salah ko..apa dosa ko sampai suami ko berdiam diri sebgitu lama?...Aku tau segala mala cerita dan sejarah ko tu. Tapi aku sengaja tak mau cerita dan amik tau.  Sengaja aku tak nak amik tau. Walaupun byk sgt cerita ya aku tau.

Skg ni kat fesbuk ko pun..bukan main lagi.  Bkan aku tak baca. Walaupun aku dah blocked ko, tapi aku masih bole tgk lagi wall ko yg sgt suci tu.  Masih aku bole tgk lelaki yg antar ko anak beranak balik ke kg MIL ari tu. Walaupun suami ko ada sama. Sampai jenuh MIL menyiasat dan bertanya kat aku sapa lelaki yg ikut antar ko anak beranak tu.  Sampai ber I dan You kat depan suami dan mertua sendiri, sampai kami suma terpinga dan ternganga lantas terfikir apakah???

Paling sadis, bila pi ke fesbuk ko kan...klik kat lelaki tersebut bukan maen byk gambar ko dia simpan kat profile dia.  Mentang2 lah suami ko buta IT tak tau berfesbuk. Tapi ko jangan lupa, Allah tu maha kaya.  Dia nak tunjuk kejap aje tau. Ko tak insaf2 dan kenang balik perkara yg ko dah buat 10 tahun yg lalu.  Apekah tujuan seorang lelaki menyimpan gambar isteri org lain dalam fesbuknya? cuba ko jwp?.

Jadik, bila ko bicara perihal iman, perihal kasih sayang, perihal ketaatan seorang isteri, ttba aku cuak dan nak tergelak...sambil geleng2 kan kepala...

Sudah2 lah, bawak2 la insaf. Bawak2lah bertaubat dan ingat Allah lagi. Tak guna ko mengaji Alquran hari2, solat sampai melecet lutut tapi amalan2 tu tak menghalang dari perbuatan mungkar kau tu.  Cuba jwp aku..apa hukum seorang isteri mengaji seharian, tapi tanggungjwb sebagai isteri untuk menjaga suami dan anak2 tak terlaksana..cuba jawap?.  Tu suma ibadah tau.  Taat pada suami, menjaga kebajikan suami, keperluannya bukankah satu kewajipan?. Menyediakan anak2 ke sekolah juga satu ibadah bukan?.  Apekah membiarkan suami mengurus anak2 dan rumah tangga tunggang langgang sedangkan ko bole membatu tanpa rasa apa2 bersalah. Lantas ada masalah berbangkit dalam umah tangga cepat aje ko menyalahkan suami mu sorang?

Ingatlah Allah tu maha kaya dan Adil. Aku tak pernah mendoakan perkara2 tak baik pada ko.  Aku tak pernah berdengki dgn ko.  Tapi sering jer Allah balas musibah pada ko, takkan ko tak bole nak berfikir sejenak dan bermuhasabah diri. Kenapa Allah beri mcm2 dugaan pada ko.  Mana kan tidak, smpai kes ke mahkamah semata2 ko bawa kereta cukai jalan nya dah mati?. Nampak sgt ko tak pernah amik port or peduli pasal benda2 sekeliling kan?. Sampai keta yg hehari ko bawak tu pun ko tak sedar takde roadtax?.

Ckp pun tak guna kan. Tapi aku nak ko tau, bahawasanya Allah tu sentiasa Adil pada hambanya.  Aku malas nak berbuat apa2. Nak bising pukul canang serata kampung tentang apa ko dah buat pada aku. Malas aku nk menambah lagi kemeluatan sedara mara pada ko dgn segala yg mmg mereka meluat sejak dari dulu lagi.  Dan sebagai manusia yg bukan hipokrit, aku tak reti nak berpura2 untuk menyukai kau, nak beramah mesra dgn kau mcm dulu, sbb mmg sejak dulu lagi terus terang aku katakan aku tak pernah ikhlas pun nak meramah mesra..semuanya aku lakukan sbb terpaksa...demi menjaga airmuka seorang lelaki yg bergelar SUAMI..

Sekian terima kasih.

February 21, 2012

Jadi Hebat di mata mereka

I believed leader ship by an example.  Kepimpinan melalui teladan org kata.  Tak kira kat mana pun kalau kita nak suruh org buat sesuatu, patuhi arahan ...kita kena patuh dulu.  Tak guna jadik ketam, mengajar anak berjalan betul tapi dia sendiri jalan sengat kan.  Being a mother, a wife bekerja pulak tu mmg kadang2 menuntut segala tenaga dan upaya nak selesaikan banyak perkara. Tak kira di rumah, di pejabat. Kerja harus diselesaikan. Kalau kat opis kita kuli kan, mesti setelkan suma keje. Kat umah benarnya kita bos.  Suka hati nak buat apa, nak kemas umah ke dak. Nak lipat kain ke dak. Nak masak ke dak. Tapi  bole ke kita buat begitu??..Jwapan nya tentulah TIDAK sama sekali.  Terutama kalau kita sendiri pnya kepantangan akan sesuatu perkara, hingga selagi tak selesai tak leh tido malam..gitu.

Aku ingat lagi masa mula2 bibik takder 4 tahun yg lalu. Masa tu bdak2 dua org tu kecik lagi. Baru masuk nurseri jer. Amal 4 tahun. Delin 5 tahun. Kakak masa tu pun dalam darjah 5 baru. Jadik bila suma keje2 umah mostly bibik buat. Aku goyang kaki?? no no, aku keje aku masak jer.  Sbb mmg aku x bagi bibik masak tuk kami makan. Tuk budak2 tak pe..tuk kami takut kene mandrem hekhekhek.

First 2-3 bulan tu, Ya Allah, aku rasa penat sgt. Mana terkejar nak masak. Nk siapkan anak2 ke umah pengasuh, kena nursery.  Mana nak uruskan baju keje , nak basuh gosok dan lipat  bagai.  Kakak masih terlalu kecil nak menumpang harap meringan beban.  SP dah cukup bnyk meringankan tugasan umah tangga.  Dia tolong basuh kain, sidai kain. Basuh pinggan. Sental bilik air. Kdg2 aku sebok masak dia uruskan anak2 mandi bagai kan.  I tell you, masa tu aku rasa penat sgt.  Bnyk kali gak aku sambil basuh pinggan kat dapur aku menangis. Sbb kepenatan!.  Tak terkejar aku nak buat suma perkara.  Hari keje toksah ckp la, umah kami mcm tongkang pecah, mcm umah kongsi indon yg dibina kat tepi sungai.  Bersepah giler. Ada masa aku kemas ari minggu jer. Tapi dgn dua org yg tengah membesar masa tu, umah bersepah dgn sampah memacam.  Kat sofa tu sampai memacam terselit u olls kat celah2 dia.  Pendek kata, silap hb anak sawa bertelur, anak dinasor pun keluar gak.

2-3 bulan pertama nak membiasakan sungguh seksa.  Kerap gak malam aku sedih sgt sbb aku x leh nak buat suma benda. Sbb aku betul2 exhausted.  Mmg ada fikir nak amik bibik lagi, tapi ntah nape somehow tak jadi pulak.  Ada jugak nak panggil org datang kemas dan basuh umah, tapi tak jadi.  SP tak berapa setuju.  Sejak bibik takde mmg hidup kami sgt privacy sgt.  Suka hati nak seksi ke seksa ke kat umah. Nak bergelimpangan kat hall pun takpe. Dulu kalau ada bibik sgt terbatas perlakuan, bila dia takde bebass2 sgt.  After some time, entah camne aku rasa buat mana yg aku rasa bole buat. Yg tak bole tu aku biarkan. Lantak la situ. Menimbun2 kain x berlipat aku tahankan mata tengoknya sbb aku betul2 tak larat.

Masa tu aku mintak pendapat kawan2 yg takde maid camne dorang managed.  Dari situ aku dapat idea sikit2. Berbincang dgn SP dgn kakak yg masa tu  baru jah 5 tu untk overcome. Sampai aku comeout with time table tau tugasan memasing. 

After 6 month, everything run smoothly.  Aku dah tau camne nak kontrol keje2 suma.  Terpaksa menggosok baju untuk suma org once a week. Supaya aku tak terkocoh2. Masa tu bdak2 dah sekolah . Ada sekolah tadika jugak so kena siapkan baju tuala dorang sekali.

Believed me, practise made perfect.  Sumanya berjalan lancar. Dan aku semakin cekap mana nak cilok2 buat keje umah smbil masak. Sambil sental bilik air di hari sabtu pun sempat basuh kain. Sempat sapu sampah.  Masa tu SP hari sabtu keje, jadik tinggallah aku dgn 3 org anak yg masih kecik2 nak managed suma.  Sambil tu nak pastikan masak for lunch sbb kul 2 SP balik.

Adakala, lepas makan ari sabtu tu aku keletihan sgt dan tido pengsan. Terutama kalau SP balik petang tu. Kadang2 dia yg kejut aku bila dia sampai umah. Sampai gitu sekali.

Now, aku bole menarik nafas lega dah. Sbb selepas bibik takde masing2 dah ada tugas dan tanggung jwb yg memasing kena buat dan amik peranan.  Bdak2 yg kecik tu aku biasakan dorang utk masukkan baju kotor dalam laundry basket. Pinggan lepas makan tu kalau x leh basuh, buang sampahnya. Pinggan letak je kat sinki.  Bilik air, lepas guna mesti nak flush.  Sampah yg bersepah, sapa buat dia kena kutip dan buang dalam tong, kasut sekolah, memasing punya tugas nak basuh setiap kali hari sabtu.

Dan paling aku syukur, kakak bole sgt diharap dah. Kemas umah, kemas dapur. Sometimes memasak utk adik2nya. Bahkan cekap dah dia buat spagheti.  Pandai dah buat sambal tumis ikan bilis biarpun belum sampai tahap piawaian ataupun nak melawan sambal tumis mama kan.

Baju2 sekolah, sometimes baju2 keje dia tolong gosokkan.  Sidai kain dan lipat kain juga.  Kdang2 kemaskan pinggan mangkuk kat dpur untuk diletak kat tempatnya. Buat air.  Dan macam2 lagi.  Sekurangnya ringan beban aku sikit.  SP tetap mcm dulu. Tolong sidai kain, basuh pinggan kuali dan periuk belanga. Paling penting sental  bilik air sampai putih bersinar2.

Kepantangan aku ialah bilik air kotor, melendir2 dan melekit dgn kotoran. Selalunya seminggu sekali sental tapi ada masa tak tahan sgt. Maklumlah bdak2 yg mengguna kan. Sambil mandi aku sental kiri kanan tepi belakang bilik air tu sampai bersih.

Mujo gaklah seisi umah tak cerewet. Sapa2 yg ada hati nak komplen pasal makan ke...pasal lauk pauk ke pasal masakan ker...siap la kena dgr ceramah aku kans. Abess lah citer sahara, citer afrika aku kuarkan..Tu belum lagi Bersamamu yg makan nasik dgn kicap jer kan.  Pendek kata, hari keje dorang makan jer apa yg aku masak. Apa yg aku beli or apa yg aku bawak balik. Jgn byk kondem.

Ada masa mood baik, aku bangun pepagi masak, pastu masak nasik lebih sikit. Maklum kakak tu kuat makan la ni, so balance nasik tu balik keje aku gorengkan jer.  Nasik goreng aku belasah jer apa yg ada.  Kalau ada ikan ka, ayam ka..haa kau sumbat jer sekali .  Kadang sayur apa yg ada pun aku campak sekali. Mcm smlm tu aku goreng nasik, aku tumbuk ikan koreng balance smlm tu, ayam goreng balance pagi. Tumbuk sama bawang merah bawang putih boh cili sikit.  Pastu potong sikit sayuran yg ada ..lebur je dalam nasik goreng tu. Ala, kalau kita buat dgn penuh ikhlas dan kasih sayang, percayalah sumanya akn jadi sedap jer. Buktinya, nasik goreng semalam sebesen abess teros. Sebutir pun x tinggal tau. Walhal takat makan nasik goreng sama kicap dan sambal ikan bilis balance pagi jer tu.  Ada masa pulak aku buat jer nasik paprik.  Masal nasik then wat jer papdrik.  Lambat ler segala ayam, daging, udang ka sotong ka apa yg ada lah dalam peti tu. Boh sayur sikit, masak...siap padprik. Lengkap suma ada. Masak satu kali jer kan senang.

Kadang malas sgt pun or bdak2 kata dah kenyang, aku buat kan jer magie goreng ker. Lau tak tapau burger jer sorang sebijik sudah.  Lau tgh2 loaded tu makan lah kat luar kan. Klau tengah2 bulan gerhana, haa makan la apa yg ada jer dalam umah tu.

Sebagai ibu dan isteri aku bersyukur sgt sbb mereka kat umah tu tak cerewet.  Jenis men boh jer la apa yg ada. Bkan cam kawan2 aku. Anak dorang tu tak makan ni tak makan. Laki pulak kalau takde rendang ayam bagai tak makan..hissh. Mengada taw

Paling senang la aku nak handle dorang kat umah.  Kadang dinner buat sup ayam jer, buat smbal kicap dan celur mee or meehun. Siap.  Pendek kata, aku buat mana dan mana ada mood jer. Klau aku malas tu mmg takde apa la. Mamak ler jwpnya.

Yg penting baik anak2 maupun laki jenis tak kecah sgt. Jenis tak cerewet pun.  Mengambil pendekatan kena sentiasa bersyukur wlaupun dgn apa yg ada atas meja, kalau nak makan..sila. Kalau taknak, jgn bising2 ..diam jer. tak payah makan. Senang.

My BFF ketawa dan hairan tgk camne aku bole jadikan kakak pandai masak buat keje umah segala. Anaknya sebaya kakak, goreng telur pun menangis mcm mati laki kekdahnya kata dia.  Maklum dia tu tak kje jadik bila disuruh anak dara tulung buat keje umah pantas je dia jwp..Ibu tu bukan  buat apa pun kat umah...hakikatnya u olls dok umah sepenuh masa lagi seksa u...tak sanggup i..Tu la dia mintak tip camne aku bole buat kakak sebgitu rupa. Well, aku salu buat cerita2 sedih dgn kakak.  Cerita betapa penatnya keje, balik umah nak buat segala. So suma org kena paham dan tolong mama.  Karang tak memasal mama collapse sensorang.  Mula2 tu susah gak uools.  Bebel jer mulut ni. Tapi lelama tu Alhamdulillah. Kdg tak payah cakap pun pandai jer dia buat.  Tapi of kos aku ada bagi upah sikit kan.

Kalau cuti sekolah tu, adik2nya suma x mau pi baby sitter jadi aku bayar portion duit tu kat dia. Tu yang dia happy tu buat keje tak yah disuruh maklum ada gaji.

Sbb tu kita as a mother kena salu tunjuk kat anak2 kita hebat. Kalau nak suruh dorang jaga kebersihan umah, kita sendiri jgn tunjuk buang sampah merata2. Letak cawan merata2.  Kalau kita buat tu Insya Allah, kalau kita tegur mereka, mereka akn cepat jer buat.

Sapa  buat salah, buat smpah di rumah mereka tu kena bersihkan. Kena kutip, kena sapu hatta kena lap or mop kalau kotorkan lantai. Baru betul.  Kalau tiga2 tuduh menuduh..tiga2 sekali kena buat suma. Kalau bergaduh or salah sorang buat hal mmg tu yg kena.

Pendek kata, aku syukur sgt2 now. Dari pengalaman pahit, maung ada bibik takde bibik now kami bole managed dah. Infact kalau nak balik lambat dari keje ada hal or urusan, kakak ada jer bole bantu uruskan adik2nya. pastikan mereka mandi, makan, kunci rumah dah sebagainya.

Tapi bukan senang nak sampai ke tahap ini . Sbb tu aku kata, kita kena sentiasa merasa hebat untk nampak hebat dan jadi hebat, terutama di mata anak2 kan..

Kalau hari minggu or cuti tu kan, aku masak la yg best2..kadang 5-6 lauk sekali.  Salah satu langkah balas dendam at the same time penuhi apa2 permintaan dan selera anak2. Maklumlah 3 org citarasa campur mak bapak dah 5 citrasa tu yg ada 5-6 jenis lauk tu just tu memenuhi tekak memasing.

Gitulah adanya..hidup camne2 susah pun nak managed kalau kita berusaha dan tawakal pasti bole. Kalau saya bole, org lain pun boleh. Anda tentu bole jugak kan..yeeh, malaysia boleh..

February 20, 2012

Spoilt Mood Hari Isnin

Biasalah, tiap kali hari Ahad kan, aku cuba ubah mind set untuk mencintai hari Isnin. Iaitu esoknya. Sbb Hari Isnin hari permulaan bagi seminggu nak berkeja dan sebagainya. Untuk bersekolah jugak. Jadi Hari Ahad aku pastikan suma2nya setel. Dari hal gosok menggosok baju keje stok tuk seminggu, baju2 sekolah, lipatan2 kain yg tak pernah nya abes juga benda2 lain tu. Maklum minggu yg panjang katanya.

Mujor la jugek baju2 sekolah kakak yg tolong gosokkan. Dulu kalau aku gosok baju keje aku je kan, la ni ada tugas tambahan. Gosok baju kemeja SP tuk stok seminggu jugek. Tu lah dia, nak wat guano, redhakan jer ler.

So, pagi Isnin dgn semangat penuh membara, suka dan gumbira aku datang melangkah kaki masuk keje. Salu hari Senin jugak aku akan naik opis awal, sort email2 dulu apa yg patut. Tgk listing dulu la apa nak buat dan sebgainya. Aku sungguh elak2 hari senin to be a menyampah person, moody dan semua yg negatif2 tu kan.  TETAPI, selalu nya je JLO akan menspoiltkan mood aku yg berbunga2 tu.

Mcm pagi ni, datang keje penuh semangat membara, tau2 jer JLO kecoooo.  Mmg la pasal keje, tapi taktau nape dia tu kan kalau benda2 kecik suka nak besar2kan. Kalau benda2 mudah nak susah2kan ..nape tah habit dia cam tu.

Klau benda tu simple dia suka meng complicated kan.  Nak cakap apa2 tu tak  bole la straight to the point, mesti nak citer grandmother story bagai..sungguh long winded taw.  Dia mmg begitu ke hapa ntah, dalam meeting pun sama begitulah peelnya. Mujo aku ni jenis sabar tau. Kalau org lain dah lama gaduh gaknya.

Benarnya aku malas nak lyan sgt. For me berurusan dgn dia pasal keje je tapi cukup mengelak nak stat ckp apa2 ..alamat la..berjanggut dia pot pet pot pet ..kadangkala terpaksa nipu nak  pi jamban sbb malas nk dgr mulut dia yg bising tu..haissh.

So now, suma benda dah setel, tapi masih aku x de mood nak pandang wajah JLO apatah lagi nak bersemuka. Sungguh dan cukup mengjengkelkan lah dgn peel dia ni..sabar je la.

Dah la tukang jaga pintu dan angkat phone seminggu ni takdak..harus aku kena buat suma perkara2 yg aku tak suka tu pun..tapi aku takde pilihan. Maklum multi tasking katanya.  Yg tukang jaga phone dan sewaktu tu berjimba2 kat India u olls for a week..wah bonus lom dpat dah celebrate dulu ye.

Semoga seminggu ni aku diberi kesabaran tahap paling tinggi sbb nak layan2 suma benda2 tak penting yg bakal menggugat kekuatan hati dan diri ni...jgn meroyan sudeeeh.

February 16, 2012

Addeelyn

Sejak dah tukar sekolah pendidikan khas ni, dah hampir 2 minggu. Syukur Alhamdulillah. Tu je bole aku katakan. Sbbnya, Delin tak lagi refused dan memberontak nak pi sekolah macam selalu.  Takde dah soklan hehari 'Ma, sok sekolah ker?".  All we could said dia sangat gembira dan bersemangat nak pi sekolah.

Masa mood2 dia tengah baik, aku korek rashia sikit2. Tanya camne kat sekolah. Camne kawan2. Camne cikgu suma. Apa aktiviti...apa cikgu ajar..those kind of common questions. Overall tak lagi kedengaran kes2 pembulian dek kawan. Takde lagi org ejek dia bodoh, lembap...dan macam2 lagi.

Saya suka pegi sekolah. Kawan suma baik2. Cikgu pun baik. Kalau saya tak tau, cikgu tunjuk. Cikgu ajar sampai pandai.  Hari Selasa pulak ada sukan, macam2 cikgu ajak main.  Hari rabu ada puteri Islam. Ramai kawan2 pun suma pakai baju pink.  Gitulah komen dia.

Dah takde lagi benda2 pelik dia beli kat kedai buku.  Kalau tak, pemadam lah, pensil lah..buku nota kecik2 ada gambar katun bagai.  Cuma yg ada dlam beg dia buku2 tulis, kotak pensil dgn pensil2 dan kaler yg tak pernah hilang dah. Dah takde org curi atau amik suka2 stationery dia.

Sejak bersekolah khas ni, nampak banyak sgt perubahan ketara pada dia.  Dia lebih mendengar kata berbanding selalu.  Lebih byk bercerita pasal sekolah, pasal kawan pasal cikgu. Kalau tak, payah nak korek citer sbb ada mood je dia bercerita. Mcm dia tak gembira langsung dan tak enjoy langsung pi sekolah biasa tu. 

Dia lebih banyak berkomunikasi dgn seisi rumah.  Walaupun mmg salu jadik mangsa buli Amal, tapi dah nampak protes dan melawan. Kalau tak asik menangis jer, asyik terjerit jer.  Sekarang kalau kena cuit amal atau kena usik..dia pantas melawan. Mempertahankan diri tak kira dgn apa. Nampak dah daya juang membela nasib sendiri berbanding masa dulu, menyerah bulat2.

Sekolah Pendidikan Khas ni pun ada macam2 aktiviti dorang. Perkhemahan lah, melawat sana lah, melawat sini lah.  Masa persekolah pun dorang buat aktiiviti melawat jugak. 2-3 hari lepas Delin mengadu kawan2 suma pi Kelang, melawat apa ntah. Tapi dia tak ikut, mgkin sbb borang kebenaran tu dorang dah pass lama kan, Delin baru join so takde kebenaran parents, tinggallah dia sensorang kat dalam kelas dgn cikgu katanya.

Semlm dia bawak balik borang. Borang perkhemahan katanya.  Eventnya bulan April nanti. Ada la sikit bayaran utk makan. Dia dgn excited kata nak ikut, nak join kawan2 camping.  Wah, nampak dah ada peningkatan kan. Klau tak hapah lantak persatuan apa kat sek biasa tu haram dia nak amik port.

Baguslah, satu perkembangan yg sgt bagus untuk dia meniti masa depan. Semoga lepas ni dia akan lebih berdikari lepas bergaul dengan golongan sebaya nya.  Ada juga dia cerita ada kawan2 yg cacat pendengaran. Down syndrome dan macam2 lagi. Tapi mereka tu kat kelas lain. Cuma sesekali cikgu akan kumpulkan mereka. The best is Delin pandai berbahasa isyarat tangan. Cikgunya ajar untuk berkomunikasi dgn kawan2 cacat pendengaran katanya. Lucu tgk dia menggayakan.  Aku berkali2 pesan baik2 dgn dia, utk tidak memandang hina pada kawan2 yg cacat pada fizikal rupa dan gaya.  Aku pesan padanya, mereka tu Allah jadikan istimewa macam dia juga. Jadi tak bole hina dan pandang rendah pada mereka. Kena hormat dan kawan mereka mcm kawan2 yg lain juga..Ya, mama saya tau. Cikgu pun selalu pesan gitu....wah, bagusnya anak mama yg sorang ini. Dah pandai dan paham. Mungkin sbb itu dia merasa selesa,seronok dan tenang di sekolah pendidikan khas ini.

Dkat sekolah tu pun ada kedai buku, bermacam2 ada jual kat sana. Aku dah tgk masa pi photostat ari tu. Tapi takde satu pun dia beli!.  Hari tu SP kata masa dia amik delin dari sekolah ganti ari Sabtu delin ada kata, kat kedai buku tu Ayah macam2 ada jual. Pensil, buku..bnyk gambar angry bird. Tapi saya tak beli pun. Saya tengok ajer. Cikgu kata kalau nak beli kena tanya mama atau ayah dulu...Kalau masa tu Delin ckp dgn aku, mesti aku dah peluk dia kuat2.. Dan kata, wah anak mama sangat pandai sekarang ni.

Sekarang ni, pagi2 masa nak pakai baju sekolah pun aku akan pakaikan sambil pesan macam2 dgn dia.  Sambil2 sikat rambut, boh bedak ckp menda2 yg elok dan puji dia.  Dulu dia susah sgt nak minum air. Sampai kering merekah bibirnya tu, skg tak lagi.  Hari tu aku ckp, kalau awak minum air bynk nanti bibir awak cantik tak kering. Hari2 aku akan bekalkan ari teh untuk dia. Bila balik aku tgk abes, bila aku tnya dia kata dia minum suma abes. Dan aku akan puji dia..pandai, kan bibir dah tak kering lagi sekarang.

Gitulah adanya, walaupun nak kejut pagi2 tu kadang ada liat sikit, tapi semangat dia nak pegi sekolah sangat membanggakan. Sbb dia tak lagi merengek maupun buat perangai bila nak pi sekolah.

Semoga semuanya ni berkekalan sampai bila2..dan moga Allah terangkan hatinya, bukakan mindanya untuk menerima pelajaran kat situ kan.  Takde lain doa aku selain mau tengok dia belajar, membesar dan hidup dgn gembira.  Biarlah lambat pun IQ pun..Delin tetap bintang hati mama... :)


February 14, 2012

Presepsi dan Pandangan Mata Orang

Aku sangat2 notis perkara ni setiap kali ada majlis makan beramai2 dgn rakan2 sepejabat, bos ke atau sapa jer kat Hotel berbintang-bintang ni.  Skeptikal dan klise sangat aku rasa setiap kali benda2 ni berulang2 berlaku.

Semalam, kedatangan Presiden of the company kat office. Selain dari ada presentation meeting dan macam2 lagi Q and A session of course la ada majlis makan2 yg dibiayai oleh Presiden semestinya.  Presiden of the company.  Multi national US base company kan. Mmg besaaaaaaaar sgt lah pangkatnya dan besssaaaaaaar lagi lah incomenya. Harus lah kan.

Lepas abis sesi pok pek pok pek smlm of kos kami suma dijemput makan tengahari bersama2 En Mike presiden besar tu lah kan. Good looking guy, egyptian and of kos lah ganteng sekali dowh. Selain tu ada beberapa mat salleh, mat tak saleh, melayu, cina dan india.  Antara reramai gitu, akulah sorang wanita muslim terakhir kan dikalangan2 mereka2 itu, bertudung pulak tu.

Benarnya, aku malas nak amik peduli pada pandangan org tiap kali aku melangkah masuk ke mana2 hotel tuk makan bersama2 gerombolan yg kebanyakkannya mat salleh kan. Not a big deal lah bagi aku. What is so great berada dgn mat2 saleh?, aku biasa je. Tak pernah pun nak rasa riak, bangga apatah lagi belagak cam sesetengah org tu..(kawan2 baik gak species gini). Mentang dah keje dgn mat salleh, speaking and loghat pun nak ikut slanga mat salleh. Ape barang?.  Pastu kalau nak komen kat fesbuk org, hamboi berabuk dgn ayat2 mat salleh. Matilah kawan2 fesbuk aku mengutuk..Sapa tu kak?? kekwat semacam jer. Nama LIJAH, gambar kat negeri mat saleh pnye profile. Speking londong tak hengat..tapi nama LIJAH apa keesssss??..Gitula kiranya mulut2 takde insurans geng2 meroyan fesbuk kan.

So, yg penting aku suka tarikan RM nya je. Yg lelain ada aku kesaah?? apa hal nak ckp ikut slang dan gaya dorang. Berlagak kat kawan2 semesia ala2 kekwats ..hmm, its just not me, i tak reti hipokrit ah,  baik jadi diri sendiri. Dng mat salleh ckp mat saleh, dgn org melayu, dgn lokal bantailah cakap melayu kans. Kat fesbuk apatah lagi, nak meroyan bahasa mat salleh mana kena loh..paling tak meroyan bahasa kekwats lagi bagus kanss.

Tiap kali aku melangkah masuk kat tempat makan hotel2 besar gitu, pastilah byk mata2 nakal yg akan melontarkan pandangan pada aku. Kadang tu tgk aku atas bawah, cam aku pakai baju tebalik lah pulak taw.  Setiap kali masuk kat kawasan2 cafe hotel2 berbintang2 tu gak, mesti ramai melayu2 yg gaknya berfikiran sempit dan kolot.  Melihat seolah2 nak terkuar bijik mata.

Terutama kalau ada geng2 minah2 melayu ala2 perasan divas gitu. Tgk aku yg sempoi ni, lagi2 bertudung, pasti pandangan kekwat dilemparkan pada aku. Kesian kan.  Tang layanan pulak kan, kalau pi hotel begitu kadang2 aku malu kena layan dek adek2 waiter dan waiters mcm divas la vivas. Siap nak letakkan napkin, padahal bole je kita buat sendiri tu. Sbb apa?? Sbb ada double standard. Sbb kita datang dgn mat2 sallleh beramai2 gitu, dgn gaya2 keparat mereka yg kdg berkot (ye, u olls smlm presiden company berkot u). Pastilah mereka nak berikan layanan teristimewa katanya kan.

Sbbnya aku tgk kat meja lain takde pun dilayan sebegitu. Ada je meja sebelah tu sekumpulan local cina makan tapi suma pun buat sendiri. Hatta nak suh kutip pinggan kotor pun dorang kena panggil waiter dan waitres boleh?. Sedangkan meja kami ni 4-5 orang standby berdiri dan bersedia berkhidmat katanya.

Kadang2 aku fikir, waiter dan waiters terpaksa menelan layan mcm raja akan customer2 mat salleh mereka. Mest manager dorang bagi arahan skeptikal kan. Layan mat salleh bagus2..?? ye dak. Sebbnya, bberapa kali aku pergi makan kat hotel dgn kawan2 melayu mcm nak taknak jer dorang layan taw. Nak amik order pun kena panggil ler dua tiga kali  baru la datang. Lagi2 nak kutip pinggan kotor hissh, penuh kat meja lum tentu di kutip. Mintak sudu garpu pun maybe berjanggut baru dapat.

Jadik, pada firasat aku, mentaliti kita terutamanya org melayu ni kan, pandang tinggi sgt pada mat2 salleh ni semua sbb apa?. Sampai kan aku yg melayu ni terbabit sama dihormati sedemikian rupa. Berdasarkan pada pengalaman dan pengamatan aku, mat salleh sgt hormat kan org. Tak kira apa bangsa, apa level, apa keje. Tiap kali nak apa dgn penuh sopan (mat salleh educated lah kan, mat salleh non edu, taktau lah pulak).  Mintak baik2. Sabar, takde pun marah2. Tiap kali ucapan Thank You tu tak pernah lekang dari mulut dorang.

Kat Off aku ni contohnya, kalau ada aci cleaner tu datang kutip sampah pun, dorang hormat sungguh.  Takde  pun pandangan skeptikal dan sinis maupun hina. Tak macam mentaliti org kita. Org kutip sampah pun somtimes org pandang hina. Padahal keje dorang tu mulia. Kalau tak sapa nak kutip sampah uolls?

Cleaner2 pun sama.  Kalau kat office aku ni tak kira sapa, drebar kat cleaner kat tak pernah sekali aku dgr mat2 saleh ni jerit, maki atau marah2.  Walaupun kadang salah cleaner tu sendiri, masih lagi dia kata tak ape..tak ape.

Justeru, banyak perkara2 baik aku belajar semenjak dua menjak bercampur gaul dan bekerja dgn org putih dan bangsa2 asing dari negara2 Eropah ni. Ternyata mereka sgt menghormati org. Sbb tu mereka juga diberi penghormatan yg sama. What we give is what we get kan?.

So, aku masih merasa klise dgn pandangan2 mata2 liar  yg terjadi tiap kali bermakanan bersama2 bangsa2 omputih ni.  Hakikat sebenar nya pada aku...yg penting masyukk, gaji bagus, benefit bagus..cukuplah. Pengalaman bekerja dgn suma bangsa tak kira melayu, cina, India maupun bangsa2 lain. If diberi pilihan atau option, pada aku berkerja dgn mat salleh lah paling senang dan mudah walaupun kadang2 terpaksa gak makan hati..biasala kan tu.  Yg pasti kipas2 or bodek2 tak jalan dgn mereka. Sapa buat keje bagus, tu lah dorang suka. Sapa tak berapa bagus tu akan kena tegur dan suruh perbetulkan sampai jadik bagus.

Keje dgn bangsa2 tempatan ni terutama yg berhati busuk dan dengki sgt mengjengkelkan. Terutama kalau yg makan bodek, racist..hissh bikin sakit jiwa dibuatnya.  Jujurnya, kerja dgn mereka lebih mudah dari keje dgn bangsa tempatan..

February 13, 2012

Harapan dan Doa.

Jangan gelak eh bila baca entry ku kali ini.  Jangan pula kata ..haha, tu lah mintak lagi..dah dapat pun..Padan muka..bla bla bla..Aku cuma nak berkongsi jer. Tentang sesuatu yg aku harapkan maybe 20 tahun dulu. Baru sekarang ni jadik kenyataan seh..Haru betul.

20 tahun dulu, masa zaman2 bercinta ala2 Kuch2 Hota Hai kan, aku salu membayangkan kalau nak kawin nak carik lelaki tampan yg keje office. Yg pakai long sleeve bertali leher. Smart jer dgn seluar slack, maybe berkasut Camel or Dr Cardin ke of paling kokak pakai kasut kulit seh.  Tu ada lah anganan ok.  Ala2 hindustan pnye cerita lah. Harapan tu mmg berangan akan the best.  Mmg itulah yg aku harapkan MASA itu.  Wah, berangan tak hagak2 kan. Alah, masa tgh muda tgh naive org kata tak tau lah kehidupan tu bukan atas dasar angan2 jer yek.

Lepas ditakdirkan bertemu jodoh dgn SP kan aku terima je dia seadanya spt mana dia menerima aku dalam hidup dia. Masa tu pun SP mmg a technical / Maintenance guy yg mmg dah ada tersedia uniform dorang tersendiri. Company provide siap dgn safety boot lagi. Biasanya setahun 2x dorang akan dapat uniform. So aku tak pernah susah payah nak pikir gosok baju kemeja ka, suar slack ka..hapa jadah suma tak yah. Sbb uniform tu tak perlu nak gosok.  Gasak je, lgpun keje2 dorang rough mana sesuwai nak pakai lawa2 bagai.

So hampir belas2 tahun juga I had enjoy my mariage life tanpa perlu pikir nak gosok baju keje SP.  Beli kemeja SP pun ala2 untuk jenjlan or nak beraya ke hape. Tu pun mostly dia prefer lagi pakai Tshirt kan. Cuma ada lah 4-5 helai kemeja buat syarat kot nak pi majlis formal ke kan.

Aku tatau la org lain, tapi most of kawan2 aku suma bangsa laki tak ler reti nak beli baju and suar sendiri.  Kena bini gak yg susah payah meredah soping kompleks time2 sales tu nak carik baju keje laki. Klau tak dibelikan sampai ke sudah laki dok pakai baju kaler faded buruk gile.  Ada satu kawan aku lagi parah, laki tu pangkat not bad tapi bini lah yg terkocoh2 sana sini dok survey baju keje dia. Nak tunggu laki tu pi beli sendiri alamat lah gaknya. Lelaki2 malas gini jenis sempoi pakai nan ado jer.  Bini lah yg berasak2 kat sogo kat jusco taim2 sales tu semata2 carikkan laki tercinta baju keje...supaya laki nampak kemas, hensem. Supaya takle org cop, teruknya bini jaga, baju keje buruk nan gitu kan...gaknya lah.

For so many years, aku tak pernah mengalami situasi begini kan. Entah kenapa2 ttba jer harapan aku yg tercipta 20 tahun yg lalu ttiba jadik kenyataan jumaat lepas tu..Aiyooh.

SP bgtau yg dia kena naik ke tingkat 11 - Ke procurement and admin department. Sbb dia kena buat2 keje2 kat dept tu la pulak. Ye la Maintenance dept dah lama redundant sejak sumanya pi amik VSS kan. Since now dia je tinggal sorang.  Yg sorang lagi baru jer tamat sbb pencen. Mau tak mau kenalah dia naik ke tingkat lebih tinggi dan buat keje2 admin pulak kat tingkat 11 tu..Parah.

Best part, boss dia suruh dia start pakai kemeje dan suar slack pi  keje. Instead of uniform biru kegemaran dia buat sekian lama tu.  Pandai je dia ckp dgn bos dia, dia takde baju kemeje, takde slack. Yg ada uniform jer.  So tak pe boss dia kata, aku bagi chance. Ko leh pakai uniform tu dulu tpi mulai bulan March nanti, ko harus pakai kasual mcm org lain jugak..Dussss..

Bila SP ckp dgn aku Jumaat lepas tu gitu, baru la aku tringat..aisehman. After so many years, dgn anak2 yg pakaian sekolah  berlambak2 nak digosok, dgn pakaian aku nak digosok for stock seminggu, now aku kena tambah tenaga tuk gosok baju keje SP pulak.>Adoyaaaaai, paraaaaaaaaah.

Lepas kumbah2 segala mala stock kemeja dan slack2 dia dalam almari, ada lah aku dapat 6 helai short sleeve kemeja dia leh pakai pi keje, ada lah 4-5 lai suar slack. Yg selebihnya 2 almari tshirt dan jeans belaka...Sudaaaah!!!....guess who lah yg kena fikir pasal nak carikan dia kemeje for keje now..suar for keje...and tuk gosok2 suma2 tu...alamak..

Tu diaaa...next time, aku kena hati2 apa2 yg aku harapkan...kalau tak begini jadiknya. Maybe next time aku harap SP jadik kaya raya..so that aku tak yah susah2 payah nak keje..goyang kaki je kat umah jadik mem besar..ok tak??  hiisssh.. padan muka aku kan..

February 9, 2012

Cuti

Later afternoon semalam kami dapat panggilan dari Sekolah Khas yg delin buat assesement dan permohonan nak masuk ke kelas khas tu kan. As diberitahu dalam masa seminggu, tunggu surat dari PPD. Rupanya surat dah keluar tapi kami tak terima. Dan sekolah tu terima dulu. So Pn Rozita kol bgtau suh daftar kan Delin ari ni lah.

Terpaksa la coti ambulan.  Boss terkejut smlm. Mana tak baru je dia antar email pasal dapat bonus bape sen ujung bulan ni kan. Mesti dia ingat protes tak puashati kan.  Alah, syukurlah dapat pun. No komplen. Better than tak dapat langsung kan.  Sama je cam tahun lepas. Adalah sikit. Rezeki anak2.  Yg pasti bole la nak beli beg baru seeh...huhu. Bila kata nak daftar delin ke sek khas baru lah dia kata..oh Ok ok..mujurlah smlm sblom balik secured order yg dinanti2 dah tiba..selamat aku sikit walaupun on and off kena check email dan uruskan sedikit kerjaan dari umah...see berguna gak bawak balik laptop off kan. Selain buat maen game dek bdak2, fesbuk dek mak dan bapak bdak..leh gak buat keje. Nak harap laptop lagi satu tu, kejap lagi nak jadik arwah dah tu dgn wording kat keybod ntah melayang ke mana?...beli baru??  alah, biarlah tak pentung...sayang duit bonus u..huhu

Berbalik pada citer delin pindah sekolah khas. Pagi tadi uruskan pendaftaran yuran dan bagai. Macam2 yg Pn Rozita terangkan. Delin masuk kelas khas no 2.  Kelas suma ada 9.  Jadik kategori 1-9 digunakan. Kelas 1 tu yg budak2 dah bole ikut sylebuss kelas perdana biasa. Kelas delin yg kedua pulak cam bdak2 yg darjah 4-6 yg masih lambat nak captured.  All i can say, she was so happy.  Kelasnya ada 8 org jer.  So tumpuan dan perhatian cikgu lebih lagi lah dari kelas biasa.  Mana tak pagi tadi, dia bangun lansung x yah dikejut taw..bahkan dia bangun sendiri dan tnya..ari ni pegi sekolah lain ker??.  Excited sungguh dia nak ke sekolah baru tu.  Cepat jer mandi dan bersiap. Kalau biasa tu?? adooi,..berjanggut mcm nak pegi perang kejut suh dia mandi dan siap2 taw...

Lepas setel uruskan delin tu, kami pi ke sekolah asal dia. Ye lah nak maklumkan tukar sekolah ke apa kan.  Rupanya tak payah pulang buku2 teks suma u olls, bole je bawak ke sek khas tu. Cuma bagi surat kat sekolah asal tu dan bgtau dah berpindah.

Selesai urusan kat pejabat sekolah asal tu, kami nak carik Pn Ranjit Kaur, guru kelas delin.  Byk sgt delin cerita pasal cikgu ranjit ni. Dari cerita delin sgt baik orgnya. Dia pun ada cerita dgn cikgu ranjit yg dia nak tukar sekolah. Cikgu ranjit kata kat dia, suruh mak datang sekolah jumpa cikgu.  Kata Delin cikgu ranjit lah salu betulkan rambut dia.  Sapukan bdak muka dia kalau ada capuk. Pendek kata, aku pun teruja nk jumpe Pn Ranjit yg delin salu ceritakan tu. Katanya cikgu ranjit tak pernah marah dia. Dia baik.

Masa pi bilik guru, takde pulak cikgu tu. Agaknya mmg rezeki kami lah kan, bila aku pusing je aku nampak seorang wanita berjalan dgn lemah lembut, agak berumur, berketurunan Sikh. Gerak hati menyatakan dialah Pn Ranjit. So aku dgn SP pun dtg dekat dia dan aku tnya. Ni puan Ranjit ke?..Ye, sayaa..dia jwap dgn lembut. Bila aku kata kami parents delin...wah, senyum dia. Oh, ya.

Lama gak kami sembang. Puan Ranjit kata, semlm dia tanya delin. Bila nak tukar sekolah. Amboi pandai delin jwp. Belum lagi cikgu, tunggu surat katanya.  Well, betul lah tu kan. Pn Ranjit kata, mmg dia salu perhatikan delin. Mmg dgn dunianya sendiri.  Kawan2 pun salu asingkan diri dari dia. Delin lebih pada buat hal dia sendiri dan bercakap2 sendiri kat tingkap seolah2 ada kawan katanya.  Salu je dia panggil delin dan elakkan delin dari berkhayal sendiri.

Jadi bila kami cerita kat Pn Ranjit yg dia dah daftar kat sekolah khas kat seblah dia kata. Good for her.  Sekurang2nya dia dapat belajar mengikut tahap kemampuan dia. Maklumlah darjah 4 dah way long untuk bdak kategori slow learner cam delin tu kan. Ntah nape, kalau ckp pasal delin dgn sapa pun, aku ttba je jadi sebak tau. Terutama kalau org tu paham apa yg aku rasakan. Dulu dgn cikgu Sarimah pun gitu.  Bila org yg mengerti keadaan Delin tu, aku rasa gembira campur sedih sbb masih ramai lagi org lain yg paham instead of org kata dan hina macam2 kan pada dia.

Sebelum kami beredar, Cikgu ranjit serahkan buku laporan belajar, fail pribadi delin pada kami.  Sambil ucapkan terima kasih, aku sempat bergurau dgn Cikgu Ranjit, yg delin sayang dan suka sgt dgn dia.  Dia salu je cerita macam2 kat aku pasal dia.  Ketawa gembira Cikgu Ranjit dengar. Dia pun kata, I m glad that dia pegi sekolah khas. Good for her for her future.  Semoga dia berjaya kat sana.  All the best to her katanya.  Aku bersalaman dgn Cikgu ranjit dgn ucapan terima kasih kami teros beredar dari situ.

Tghari bila balik sekolah, wah mcm2 cerita delin bawak. Ternyata dia gembira sgt sekolah kat sana dan tak sabar2 nak sekolah lagi. Nak pergi kantin pun dibantu cikgu katanya. Tapi since dia dah 3 taun kat sekolah biasa so takde masalah langsung tuk dia uruskan diri.

Aku tgk ada 2 kelas tu mmg bdak2 nya mmg tak bole urus diri dan kena bantu.  Tu kelas tahap ke 8 dan ke 9.  Mmg kelas2 ni ada yg down syndrome dan autisme.  Manakala kelas cacat pendengaran terletak agak jauh kat belakang kantin.  Kelas delin suma bdak2 nya cam dia gak. Pandai urus diri sendiri dan tidak berada ditahap teruk. Menurut puan Rozita kelas delin tu guna silibus darjah 2.

Dah selesai suma perkara, lega rasanya.  Biarla delin meneruskan persekolahan kat situ. Byk sungguh aktiviti2 yg sek tu adakan setiap kali.  Pn Rozita siap bgtau bulan April nanti mereka nak buat lawatan ke Singapore -universal studio katanya.  Wah, bestnya kan. Dia pun bgtau buat pasport nanti for delin percuma je sbb ada kad OKU. Khabarnya merekan nak melawat sek vokasional kat jB sbb nak dedahkan bdak2 ni dgn kemahiran vokasional bila dorang dah besar nanti. Bagus kan?.Cumanya aku ni tatau lagi la nnti hati aku ni benarkan ke tak kan..maklumlah. Tahun lepas mereka buat lawatan ke Sabah.  Agaknya byk peruntukkan untuk mereka kan, sbb tu aktiviti2 menarik.jejauh pulak tu. Tu belum campur aktiviti sekolah, melawat kat mana2 tempat kat KL ni..pendek kata penuh lah kalender dorang dgn memacam aktiviti.

Aku terpaksa buatkan buku akaun BSN yg lain utk Delin. Sbb yg hari tu x bole pakai.  Rupanya buku akaun tu akan disimpan oleh sekolah dan setiap kali nak gunakan duit untuk apa2 aktiviti sekolah spt rombongan sambil belajar tu kan, duit elaun kebajikan masyarakat tu lah yg akan dorang gunakan. Cikgu kat sekolah khas tu akan monitor suma duit yg ada dlam tu dan pastikan ianya digunakan untuk murid tu pnye sahaja..Bagusnya..at least mmg pasti wang elaun tu mmg untuk kegunaan mereka jer. So takde lah org lain yg leh amik kesempatan kan.  Bagus proses dan prosedur dorang untk memantau, demi kepentingan kanak2 OKU yg mendapat bantuan bermacam2 dari jab kebajikan masyarakat kan.

I m totally glad and relieved now tat we have done our best for Delin kan.  Pada kawan2 yg ada anak istiwewa mcm delin, jgn putus asa.  Kita kena sama2 bersemangat untuk mendapatkan yg terbaik untuk mereka. Mereka juga punya hak untuk meneruskan kehidupan demi masa depan mereka. For that, kita ibu bapa yg patut sanggup bergolok bergadai segala mala untk mereka.


For now, all i can say Alhamdulillah. Sbb sumanya berjalan lancar. Syukur pada Allah yg buka hati kami, yg buka minda kami utk mencari jalan yg sememangnya dah terbentang di depan mata. Cuma tunggu kita sendiri jer menggerakkannya.  Tu sbb org kata kena sentiasa berusaha for the best kan.

Sementelah mama dgn ayah x keje kan, biasalah bdak2 ni nak bermanja2. Terutamanya si hero jantan tu.  Nak diambik nak diantar. Being a parents kan yg mmg bukan salu dapat antar dan amik, pe salahnya sesekali buat gitu, biarpun terpaksa meredah panas bedengkang dengkung u olls, sampai nak tercabut mata ai ni ha.

Apapun sungguh badan rasa tak sihat dan tak larat. Dengan selsema, sakit kepala dan demam demi anak2 entah kemana hilang semua kesakitan tu. Entah mana kekuatan aku dapat nak meredah panas yg maha dengkung untuk settlekan urusan bank, antar dan amik anak kuar balik sekolah lah tuisyen lah kan.

Alhamdulillah, kerana segala2 ujian yg Allah beri ni semakin memberik kekuatan dan ikatan kasih sayang kami sekeluarga mau kan yg terbaik untuk semua.

Semoga Anak2 besok bila dewasa dapat menghargai segala jasa dan pengorbanan yg kami buat selama ini untuk mereka. AMIN..Segala yg kami buat untuk mereka adalah seikhlas hati demi kasih sayang kami pada mereka amanah Allah....

February 5, 2012

Jangan Salahkan Kita Orang

Hari Sabtu semlam takde plan nak kemana2 pung, alih2 ttba ahkak ku mintak tolong datang umah dia and buatkan something.  Aku ni kadang panas hati dgn adik beradik ni tapi tang dorang mntak tolong tu usahakan gak lah kan nak tolong. Air di cencang kan takkan putus katanya.  Sowilah ahkak geli ye, ko pun x sms awal2 mau mampir ke Rawang.  Lau tak leh buatkan mee bandung ka..cokodok ka and jemput dtg umah.  Hp ai sejak tukar samseng galaxy ari tu, suma contact no tak kuar nama..tu pasal tak kenal. Lenkali nak turun rawang hello awal eeek?

Lepas kenyang tido berejam, lepas asar kami gerak. Plan mmg nak tido umah dia lah kan kat Meru tapinya laki bukan jenis senang2 nak tido umah adik beradik aku (adik beradik dia takpe katanya..huhu x adil). Tapi tak pe lah, aku pun bukan jenis suka tido umah kakak aku tu pung. So lepas siap suma (tolong buatkan paper work untuk plan perniagaan restoran dia benarnya) nak apply loan ke apa. Aku tolong touch up mana2 yg patut jer sbb nak submit ke Tekun ke apa ntah.  Tgh malam pun sanggup gerak balik umah tu.

Hari ni, mmg ada jemputan kawin kat Ampang hilir.  Teman sepejabat SP la. Kedua2nya. Pengantin lelaki dan pempuan keje kat bank yg sama cuma lain department je.  Janji la dgn 2-3 org kawannya nak pi togeder2 dan konvoi dari office.

Aku ni tatau pun si pengantin pempuan nama mimi tu upanya ada keturunan Indon seberang. Padanlah masa sampai tu aku rasa mcm salah majelis jer, pesal ramainya indon. Upenya mak si mimi tu Indon, paknya org tempatan.  Pengantin lelaki dan pmpuan buat satu majlis di dewan. Means mak bapak pengantin lelaki dan pempuan sharing buat kenduri.

Takkan nak pi tangan kosong kan, gelabah gak nak carik adiah barang tea set ke hape kan.  Nak bagi memahal tu tak ler bape mampu. So hagak2 bajet dalam 50hengget katanya.  Kul 10 am byk lagi kedai tak bukak kat Rawang ni tau. Sudahnya singgah je kat Tesco. Maklum nak kejar janji melayu jmpe kat off SP kul 11 kan.

Cari pnye cari dapat lah dinner set.  Tapi set for 2 jer . Cawan dua, pinggan dua, ntah hape lagi. So suma ada 7 sets, taktau apa dalam , tak dan nak suh bukak ke hape. Harap2 takde yg retak ke pecah kan.  Nak kejar masa katanya.

Udah sampai kat opis SP sorang kawan dan familinya dah ada. Tunggu sorang lagi, berjanggut gak.  Hari ni cam haram byk sgt roadblock tau nak masuk KL. Nape ntah tatau.  By time mamat tu sampai dah dekat2 kul 12tghari.

Ngam lah kami org yg terawal sampai. Dewan DBKL kat tasik ampang tu best tmpatnya.  Damai je mengadap tasek.  Makan pun not bad, sedap.  Cuma tak sedap agak ramai sungguh indon.  Dari rupa, gaya berpakaian mmg nampak ketara sangat lah mereka itu indon, Yg anak darana pakai baju kebaa ketat kain batik ikat ala pario, baju jarang berkemban, ish tak sesuai. Lom lagi yg pakai maxi jarang giler transparent, diri kat depan main door. Gila sungguh. Pendek kata, pesen2 depa ni mmg tak semenggah. Yang ada berjubah pun betul2 stylo Indon cam sinetron tu u olls.

Dah sudah makan, konon nak lepak la kejap sementara nunggu kwn2 SP yg lain. Hadiah tadi tu dah diletak kat tmpat special kat entrance. Ada aku tgk ramai org kat situ tapi masih keliru mana satu mak pak pengantin ni.  Dah 2 pasang mak bapak. Harus siapkan 4 sampul surat kan. Dua for SP dua for aku.

Sambil tunggu gitu, tgk lagi fesen show percuma sedara mara pengantin yg hampir 80% indon belaka.  Terasa berada di Jakarta pulak tau.  Dalam sejam lepak kat situ, malas dah nak berdiri lama kami decided nak balik, tapi sebok carik mak pak pengantin takde bole??.  Pi kat depan tanya dorang kata kat belakang.pi belakang tanya katanya kat depan. Haiyoooo mcm bola kami dibuatnya u Olls. Dah la masa kul 1 tu dah ramai sgt yg datang, barisan nak amik nasik tu panjang giler.

Believed me, salu kalu kenduri kita leh agak mak bapak pengantin kan, yg ni langsung tak leh agak. Sbb sedara mara pun dressing vogue cam nak tgk anugerah Juara Lagu u ols.  Baju kurung langsung takde, Suma patter kaftan tu, jubah vogue dan fesen kebaya bandung berkemban tu. Yg ada aku tgk sedang berjalan terselak2 kain batik yg di ikat ala pario tu.Sampai Amal leh kata, ma nampak spender dia ma,pempuan tu..hiissh.

Dah penat kehulu kehilir semata nak salam kaut dgn mak bpak pengantin tapi tak jumpa bole??. Suma pun cam wat tak kesah jer, apalagi...kami blaaaaaaaah la. Haha. Bukan takmo bagi kan. Patut dorang buat satu pintu tuk pihak lelaki, satu tuk pihak pmpuan. Boh signboard kat situ. Kan senang. Ni tak tetamu yg gelabah nak carik tuan rumah..hapaaadaaaa..

So, natijahnya, kami tros balik jer. Duit salam kaut simpan la balik dalam purse kan.  Naseb ler bukan salah kitarong pun.  Kami memenuhi jemputan dan satu kuarga makan dgn kenyang..tima kasih pengantins!.

Dalam sejarah la, pi kendri kwin duit salam kaut tak laku u olls...haha

February 2, 2012

Addeelyn.

Finally, i have a piece and quite time to write in my belog aah. Smlm tu berkobaran semangat nak update dari umah uolls, maklumlah coti tapi sungguh hampeee belaka.  Idak ler dapat bersenang lenang pun. Rushing like mad, sampai aku rasa kulit muka ku yg halus tu panas terbakar dek sunburn u olls. Dahle serum Safi rania abess stok, nak beli adududu RM33.90 tu..nnti dulu lah. Bulan ni byk sudah belanja, so biar la dulu..tak penting tu..pakai je uV cream safi rania yg 2 tu dulu yeee.

Dalam aku bercadang nak piece in quite dok bersejot2 kat off tghari ni , cina2 + yg half cina mengajak aku pi join dorang yee sang kat KLCC. Best part sendiri bayar, tong tong katanya. Hissh tak kosser aku. Aku bukan cina pehal nak buang duit aku yg tentu2nya 50hengget ke atas for that thing? lenla org banjer kan? so aku sengaja bagi alasan takmo join lah...tak rela u.

Pagi tadi pun masa aku sembang2 sama Jlo, cerita perihal delin..bole ke dia kata gini "...eh, so anak u kategori OKU, lepas ni bole la ko dapat tax release..BESTNYE!!!..WTF?..best ada kad OKU ke best sbb dapat tax relief ke or sbb lain??...dalam hati aku nak je kata kalau ko nak tax relief utk anak2 OKU byk, ko beranak lah anak2 OKU byk2 kan..haaa, pastu bole le ko claim tax relief tiap tahun...dem...bodoh pun ya kan..

Okeh, berbalik pada apa aku buat semlam ye.  Pagi2 tu nak bermalas2 pun xleh la u olls, maklum anak2 sekolah kat selangor..aku dok bumi selangor sekolah pagi plak tu.  Idak la aku tergamak cam kawan aku tu anak pi sekolah, dia terbungkang tido lagi. Hissh, tak patut gitu kan. Sian kat anak2 tu. Nak tido pun agak2 lah. Hormat sikit kat anak tu.  Not me u olls..not us laki bini.  Suma pun bangun cam biasa ari keje tu. Buat la apa patut, buatkan air ke, sarapan ke. Roti pun takpe, janji antar dorang kat muka pintu naek bas sekolah, dapat dorang salam peluk cium tu..kan baik begitu.  Berkat hati anak2 nak belajar kans.

Amal mentang lah ayahnya coti, mintak di antar di ambik. Ye lah kasik chance kat anak2 katanya. Hehari nak bermanja ayah antar x leh, coti wilayah leh amik kesempatan.  Sementara ayah antar amal ke sekolah aku sempat facebooking...basuh kain seround, sidai kain.  Kakak dah lama pi naek bas sekolah tapi siap pesan tghari nanti pun nak ayah amik, petang nanti pi KOKO pun nak ayah antar jugak...ye la nak ooi.

Si Delin mmg kami tak sekolahkan semlm. Sbb pukul 9am ada sessi temuduga kat sekolah khas yg dia nak masuk tu.  So sambil buang2 masa kemas2 apa patut, lepas SP balik antar amal sempat lagi basuh kain 2nd round. Pelik aku dng umah aku ni taw, sehari tak basuh pun penuh laudry basket..apalagi seminggu uolls?? fitaam..lepas golek2 bagai dalam kul 8.15am kami kuar umah. Pi serapan kat mamak seround dulu baru pi ke sekolah tu.

Mmg kami dah di nanti rupanya. Borang2 pun dah siap diisi u ools, Pej pendidikan dah  maklumkan kat Puan Rozita tu.  Lama juga kami kat sana..dekat 1.5 jam gitu.  Assesement for Delin, aku kena isi borang bagai.  Byk perkara kami bincangkan.  Puan Rozita sgt calming orgnya, memahami sgt masalah bdak2 cam delin ni. Maklum org berilmu, berpengalaman hands on dgn bdak2 cam ni kan. Bkan mcm org kat PPD tu men taraaaaaam saja.  Dari perbincangan dan assesement delin dia kata delin ok. Tak la terus sgt. Cuma mgkin kadar IQ je way behind.  Ada juga dia ckp maybe nak tmpat kat delin kat darjah 1 - kelas biasa.  Sbb sekolah tu mmg ada sek biasa dan sek khas. 

Ramai org salah sangka, bila antar anak ke kelas khas anak kita akan dicampur dgn bdak2 down sydrome, autistic, lembam cacat dan sebagainya. Sebenarnya presepsi tu suma SALAH.  For u all tahu, aku pun dulu berfikiran negatif macam tu, so takmo delin masok sek khas. Sbb nanti dia akan tanya byk soklan nape org tu cacat bla bla bla.  Sebenarnya sebelum masuk, tu sebb dorang asses dulu kebolehan dan kemampuan bdak2 tu bukan men hantam lanyak dalam satu kelas.

For Delin pnye kes la contohnya..tak semesti dia kena dok kelas utk bdak yg paling lemah/lembam sbb dia dah pandai menulis, membaca mewarna. Infact, dorang bagi puzzles , bagi manik suruh masuk dalam jarum suruh mewarna dan macam2 lagi. She done it with excell.  Beria cikgu2 tu memuji, pandainya..........

Masa kami datang tu ada satu parents bawak anak dia. Umur aku rasa dalam 7-8 tahun kot. Mengidap Cerebal Palsy..for u ols taktau ni mcm cacat akibat sawan tu, anggota badan jadik bengkok2 tu. Dok atas kerusi roda.  Dorang tu datang takde appointment pun but sek tu still terima.  Utk kes2 begitu dorang kata biasanya akan di hantar ke PDK (Pusat pemulihan dalam komuniti) sbb sek yg situ khusus untuk mereka yg ada masalah pendengaran dan pembelajaran jer.  Melihat tu aku betul2 jadik insaf sgt u olls.  Bdk tu x bole berckp..cuma bole senyum. Bila panggil nama pun kdg respon kadang tak.  Paling sedih, pegang pensil, assesmement suma pun dia x bole buat.

Sbb tu kita kena salu muhasabah diri, dugaan bagi kami delin. Normal jer, takde cacat anggota dan cela, cuma pemikiran jer.  Syukur suma tu kan??.  Idak ler teruk kena pakai kerusi roda, tak bole langsung urus diri sendiri. Lagi sedih u ools. Delin suma2 pun bole. Kena salu tgk benda2 macam ni untuk bagi kita insaf dan sedar bahawa dugaan org lain lebih besar dari kita.  Aku tgk parents budak tu Masya Allah...tenang jer dua2 nya, sabar jer. Muka pun cool jer. Mesti sabar dia beratus kali ganda dari kami kan, tu sbb Allah uji mereka gitu. Allah takkan uji hambanya kalau dia tau kita tak le terima. Kena ingat tu selalu.  Lepas tu kami masuk pejabat bincang dgn Puan Rozita. Dia kata dalam masa seminggu, tunggu surat penempatan. Pastu byk la dokumen kena potostat suma 3 salinan. Nak kena bukak akaun BSN pun tuk delin. Byk lagi lah kena buat.  Sementara tu, Puan Rozita kata antar je sek mcm biasa. Once dapat surat nanti baru dtg sek situ.  Tu lah antara cadangan puan Rozita nak masukkan dia kat darjah satu. Dia kata nak cuba setakat mana kemampuan delin..kalau bole move on akan naek ke darjah dua dan seterusnya.

Dia kata lagi, bdak2 begini akan ada tempoh sampai umur 14thn sblom ujian UPSR. Kalau dorang ase layak sit lah for exam, kalau tak tak payah. Kerajaan kita bagus dia kata, peluang untuk org2 OKU ni terbuka sgt luas. Tak leh excel in akedemik bole carik kemahiran lain. Kerajaan akan bantu. Jalan untuk dorang sangat mudah sbb tak bnyak saingan. Pendek kata, sungguh bermotivasi dan hikmah tau kata2 Pn Rozita tu.  Org macam inilah kita perlukan. Dia sendri kata bdak2 begini bukan bodoh, bukan lembap. Dorang pun tak mintak gitu. Kita yg normal ni perlu bimbing dorang dgn sebaik mungkin.

Delin sgt suka dan teruja kat situ. Sekolahnya seronok katanya. Cikgu2 suma baik2. Cara melayan sangat lemah lembut, sopan.  Bdak2 istimewa begitu mmg la kena treat begitu kan. 

Usai urusan lebihkurang dekat kul 10 lebih.  Mana tau kuar je sekolah tu, ttba keta tak leh start. Sudah!!!. Mmg bateri dah kong. Maklum lah dah 3 tahun sejak beli batrinya tak mati2. SP pun ada ckp ari tu, masa balik kg ari tu dia dah beli spare bateri dah pun.  Mujor la dia pandai nak tukar bagai. Lau tak pangge mekanik ntah berapa hengget ratus dia charge.  Panas bedengkang pulak tu smlm  u ools..

Dah siap tu rushing ke kedai pulak. Kakak nak tudung kale itam on last minit request.  Nak ke pekan rawang takut tak smpat sbb kul 11am amal balik sek KAFA. Meredah bebrapa kedai kat Country Homes tu, tak de jual u olls tudung itam..apebender ler.. Dan 3 kedai pi give up lah, kami lepak kedai mamak lagi sekali minum sementara tunggu amal balik. Aku pg2 tu dah kuarkan daging, ikan  bagai nak masak kununya lah kan..mana tau tak dan.

Kul 11am ambik amal balik KAFA dah mengadu hero sorang tu lapar. Mana sempat nak masak lagi kan. Kul 12 lebih nak gi sekolah SK pulak.  So singgah kedai kejap.  Beri dia makan nasik baru balik umah.  Masa balik tu laundry semesin lom sidai. Aku sbok nak masak. Karang kakak balik tghari nak makan.  SP tolong sidai kain sementara amal dgn delim men game kat lappy.

Kul 12.45 pm SP pi antar amal gi sekolah kebangsaan.  Pastu amik kakak yg abes sekolah kul 1tghari.  Masa tu aku dah siap masak pun. Goreng ikan, goreng sayur dan buat dendeng daging. Pukul 1 lebih kakak tiba umah.   Rehat kejap, pastu kena get ready nak pi Ko KO kul 2 lebih. Aku, delin pun ikut sama sbb nak ke BSN bukak akuan for delin pnye elaun OKU nanti.

So, lepas antar kakak pi sekolah kami tros pi pekan Rawang. Selangor keje semlm so urusan banking bole jer. Jenuh u ols, ai menunggu dari kul 3pm kul 4.45 baru dapat giliran. Ramai giler org2 nak amik duit bantuan satu Malaysia tu. Yg tua ramai. Merungut2 dorang, sampai ada yg terlena.  Pukul 5 lebih aku selesai urusan suma2 tu, masih ramai lagi yg nak amik duit bantuan tu. Aku ingat mesti sampai kul 6 lebih kot smlm kaunter bsn baru slesai suma. Selow giler dowwh.

Dari situ teros nak balik . Kena gi sekolah amik kakak yg balik kul 6. Perut aku lapar sungguh. Mana tak makan nasik pun masa kul 11am menyuapkan amal tu. Delin pun merengek lapar.  Dah la dari pekan rawang ke rumah jammeddd hazaaaaaaaaab u ols.

Sementara SP isi minyak kat Petronas, aku amik kesempatan tapau nasi goreng kat kedai sebelah dia tu..sama air. Dah lapar u olls gigil tu.  Dalam jammed gitu sempat gak aku makan, suap delin..dan suap drebar jugak yg kelaparan.  Dalam perjalanan kakak dah kol kata dah bole balik.  Pukul 6.15pm baru kami sampai amik dia, rushing ke masjid jap for Asar.  Pastu lepas Asar pi sek keb amal pulak jemput dia.  Sudah2 suma tu kami pi kedai gambar pulak, nak kena amik gambar delim 4 keping. Sementara nak tunggu siap tu, kedai mamak lagi..(smlm baru aku sedar 3x pi mamak uolls) haha.  Setengah jam siap katanya. So kul 7 dah sudah makan baru lah amik gambar dan balik..


Phewwww.....penat giler u olls. Muka ku ase terbakar panas.  Badan rasa letih dan melekit2 u olls. Tak padan dgn urusan2 tak padan dgn cuti.  Dalam sejarah aku pi urusan kat bank sebgtu lama u oolss.betul2 dalam sejarah.

Apapun sumanya dah selesai.  Tunggu surat penempatan for Delin jer. Seblum get ready dokumen2 yg sekolah tu perlukan dan nak kena ntar.....

What a day!!!