December 29, 2010

Bercuti dgn banyak duri dalam hati..

Plan bercuti kali ni sebenarnya Adhoc jer. Sbbnya MIL turun KL. Jadik sengaja nak carik tmpat bwk dia jenjalan kononya.

Apartment yg kami tinggal tu sungguh selesa sekali.  Kat Puncak Arabella Tanah Rata. Sbb kami dapat rate yg bagus so kami decided stay 3hari 2 malam.  Bilik tidur ada 3 sgt selesa. Dua bilik with queenbed dan satu bilik lagi ada 1 single bed.  Dapur dan peralatan suma cukup.Siap ada disediakan gula lagik.

Cuaca asyik ujan mengekang kami nak berjalan2 sgt.  Lagpun MIL tu mcm nak tak nak jer kuar.  Ada takde pi puncak Cameron, pastu singgah taman kaktus dan strawberry.  Ladang teh pulak singgah kejap masa on the way.  Tu pun x turun sbb ujan.

Susah sungguh bawak org tua ni. Regardless tak kira mak aku or mak dia.   Yg pasti, next time there will be no more vacation dgn kehadiran org lain.  Tak syok, sakit ati, makan ati..sumanya ada.  Sometimes aku salu fikir org tua ni terlebih ngengada. Sama macam mak aku gak.  Tanya nak beli apa2 tak?..sayur, jagung, buah?..sumanya tak mo. Mcm duit aku tu tak laku gamaknya.  Tp bila dkat dgn anaknya bukan main lagi memborong. Sungguh aku sakit hati tau.  Padahalnya duit yg aku pegang tu pun duit anak dia juga. Dasar sgt kan.

Masa kat puncak tu mcm2 ada jual dari baju2 sayur2 dan segala mala  hasil Cameron.  Parking susah nak dpat so SP drop aku, amal, kakak dan MIL dulu sementara dia carik parking. Bawak delin.  MIL nak beli tshirt tuk cucu2 kesayangan dia tu kat situ. Tp aku kata kat situ mahal sesgt.  Kalau nak beli nanti turun bawah kat Brinchang bole beli.  Aku rasa dia mcm tersinggung kot aku ckp gitu.  Ye lah tshirt cekai rega sampai rm29.90 kan. Dah ler tak berbaloi dont you expect aku nak beli for your cucu2 yg mak pak dorang kedekut tak hengat tu..please lah. I dont mind spending for dia beli buah ke sayur ke..Ni tak strawberry aku offer nak beli ke tak pun tak mo!.  Lepas SP dapat parking dia terus dtang kat aku. Masa tu aku dah borong sikit2 coklat and sayur2.  MIL masa tu masih x li apa pun!.  Majuk aku rasa.

Aku bawak kakak, alin dan amal pilih2 keychain yg dorang nak. Masa tu aku nampak SP dgn MIL dah pi kat kedai lain. Amboi bukan maen lagi memborong u olls. Sakit tak ati??.  Sungguh aku berusaha cover line muka aku yg bengang ni. Cuba manis2 kan muka.  But maybe SP perasan kot? dont know. Aku beli strawberry 3 kotak with RM30.  Pastu ada la beli buah2 tangan untuk kawan2.

Masa dah turun kat Brinchang dah kul 11 lebih. Aku suggest makan kat food court tu. Masa tu pun aku tnya MIL nak makan apa?. dia geleng kepala.  Tp aku ni malas nak ikut perasaan sgt kan org kata, aku order 2 nasik ayam, kakak order nasik goreng nenas dan aku order sikit satay.

Makan pulak?..susah sgt ke ckp nak makan apa.. Bukan kita expect dia bayar pun?.  Dah tu aku tgk ok jer makan nasik ayam tu. Berselera pun. No doubt masa pagi2  buta aku dah masak nasik kat aprtment siap lauk dan sayur bagai.  Aku dah makan bnyk thats why aku x mo makan berat2.  Tp dia seolah protes mentang aku x mo order dia pun tak. Tp bila diorder ok jer.

Masa ronda2 kat kedai beli tshirt, dia beli empat helai.  Aku sengaja drag SP jauh2 dari situ. Sbb aku mmg x mo bayar pun. Dan aku cuba elakkan SP dari bayar.  Itu untuk cucu2 dia kan. Pe de hal aku nak campur?.  Aku ni  malas nak berkira tapi since mak pak dorang tu bekira..aku pun nak jadi gitu.

Tiap kali balik kg, aku x pernah x beli apa2 untuk makanan/bekalan kami selama mana kami kat kg.  Bila dorang datang umah aku pun sama gak. So, mana rasionalnya?.  Kalau 10 hari kami kat kg means selama tu lah kami kena kuarkan duit beli semua barang2 makan, masak dan melantak.  Dorang??..seboleh2 nak jimat.  Hatta kalau dtg umah aku pun haram nak beli apa..mengabiskan ada. So haruskan aku bermurah dgn org begini?? NO WAY.

Endup MIL beli baju tshirt which way more cheaper dari di atas sana.  4 helai for RM27 ok lah kan?.  Lepas tu kami balik apartment je lepaks. Since Jumaat petang tu dah pi pasar, Sabtu petang tu cuma aku 4 beranak jer yg pi. MIL dgn kakak tinggal.

Malam MIL dah siap ingatkan anak2 yg esok (AHAD) kena bangun awal sbb nak balik. Malas aku nak argue aku diam jer. Masa on the way turun kami pi breakfast dulu.  MIL ikut SP order roti canai. Aku pilih mihun dan nasik goreng untk aku dan kakak n delin. Amal choose for nasik lemak.  Yg aku agak upset ialah menggelabah MIL nak balik katanya takut nanti di tinggalkan oleh adik SP yg baru nak balik dari Slim tu.  Kelam kabut semua org just because dia yg kelam kabut!.  Mlm tu gak aku dgn SP dah pack siap2 sayur2 yg SP beli tu.  Aku sengaja nak protes..tak tau SP noticed ke tak. Aku kata bagi jer suma sayur2 tu pada MIL bawak balik kg. Aku tak rasa nak amik pun!.  But being honest aku bet SP tak paham maksud aku tuh.  Dia cuma amik 3 biji kobis, satu celeri dan satu kobis bunga. Yg lain dia bungkus bagi MIL. RM50 pnye sayur u can imagine berapa byk tu.

Masa on the way turun, amal merengek2 nak ajak singgah ladang teh lagi dan turun bawah nak bergambar. Masa on the way naik ari tu ujan so dorang x berpeluang nak turun bawah.  MIL dah sound dari belakang. Ada apa nak pegi lagi, ari tu kan dah pegi..tak payah pegi lai. Aku diam jer. Aku pujuk amal, x payah pegi lah. Ari tu kita dah pegi. Next time kita pi lagi..kita singgah lagi. 

Mujur amal dengar pujukan aku dan kami terus balik Rawang. By the time sampai dah kul 11. Aku terus masak. MIL menggelabah dok tnya byk kali mana dorang dari Slim x sampai2.   Akhirnya pukul 3 lebih baru dorang sampai.  Dorang rupanya pi ngantar pengantin  bagai.  Fair enuff kan itu sedara mara biras aku biar dia lah nak pi mana. Yg aku kurang gemar, MIL korek dari cucu2 dia mana dorang pegi, siapa yg datang.  Siap buat muka mengejek sbb mak biras aku yg baru kuar hspital tu pun ada sama..Amender ler??..  Anak dia yg buat kenduri, suka hati dia walau pun sakit kan. She has no right to say ANYTHING on that.

Aku mmg noticed MIL ni dia kurang senang kalau anak2 menantu pi memana time dia datang. For her kalau dia datang dorang suma tak bole pi mana-mana.  Masa dia pi umah abang sulong SP dorang nak ke Langkawi. Wah bberapa hari dia mengata dorang tu pi bercuti time2 dia datang.  Aku dah paham sgt perangai dia tu kan, bila dia mengata menantu yg lain aku diam jer. No further comment.  If she can say anything about other DIL mesti dia pun ada mengata aku kan.

Masa dia pi umah abg no 2 SP pun sama.  Dah bgtau dorang tu tak duk umah time cuti sekolah ni, nak jugak tido sana. Sudahnya baru satu malam dah gelisah nak balik umah kami balik.  Udah dikhabarkan gitu. Pulak tu siap bercerita memacam perihal menantu kat sana..which totally aku x suka.

So masa adik SP dah sampai umah dorang nak lepak2 dulu seblum off to BP.  Tp MIL dah gelabah nak balik tak nyempat2 walhal dorang baru sampai!.  Biras aku pun ada bercerita apa yg MIL bising2 bila tido kat umah abang no 2 dorang tu. So many complains!. Until adik SP sendiri pun fed up. So that dorang malas nak layan bawak jer dia antar kat umah kami!. Ish ish..salute aku kat biras aku tu lah, mcmana dia leh tahan dok dgn org tua tu?,. Kalau aku sure dah mereng. Kata biras aku dia malas nak layan so dia diam jer..Boleh?? aku x bole la.  Sdgkan sometimes anak dia sendiri pun fed up nak layan so dorang diam jer..

SP sgt baik dgn mak dia. Sgt2. So aku ni sentiasa berjaga2 agar tak terlepas geram or cakap pasal MIL. Dia sejak2 dah forty ni amat sensitif sgt. Tak bole tersalah cakap sikit majuk.  Jadik aku jadik hipokrit utk konon2 terima semuanya sedangkan dalam hati ni. Hanya Allah yg tau.  Tp nak buat cam ne. Kena berkorban demi org lain kan?.

So lepas kul 5 dorang off ke BP.  Aku suruh jer MIL hangkut segala mala sayur mayur tu.  Ada gak sikit teh aku bagi.  Strawberrry and jem?..takde. Aku cuma beli untuk aku, untk kwn2 ku jer....sorry ya.

Sebelum balik sempat MIL sound kat SP. Next time nak bercuti jgn lupa ajak dia sekali. Huh?? Please!!!. ddalam hati aku "haaa. malam sikit"...pastu ada hati nak suh book kat Cameron lagi so that dia nak pegi lagi ajak sekali anak beranak, ipar duai SP..ooh No way man!!. past is past. PD pnye hal pun lum leh aku lupa ada hati nak suh organise lagi..

For sure, aku dah sound suma org dalam rumah. Next year kita akan pergi bercuti ke tempat2 yg kita belum pernah pegi..Spt, penang, sg petani or perlis or Kelantan. Tak pun kita pi pulau2.  Yg pasti, aku dah sound awal2..kita takkan pegi time cuti sekolah. Kita akan pi time cuti umum or weeknd..Alasan paling kukuh: sbb time cuti sekolah sure pack..Hakikatnya : Aku x ingin orang lain yg tak berkenaan nak mengikut seh..tak kira dari family aku or family dia..full stop!.

December 23, 2010

Pampered your self...you deserved it

Acap kali, aku rasa bukan aku jer bahkan semua wanita berstatus ibu2 berkerja ni selalu melupakan keinginan dan kehendak diri..demi keluarga, lebih senang citer demi anak2 lah. 

Dulu, masa bujang2 gaji tak seberapa banyak mana. Tapi masa tu tak ada komitment selain nak bayar sewa umah, makan dan tambang bas.  Bagi duit kat mak pun masa tu kadar mampu jer..Tak banyak tpi adalah sikit.  Masa tu x yah dok pikir nak bayar duit keta, belanja dapur, bil2..utang2 kad kredit, duit kutu, duit sekolah anak dan macam2 lagi.  Hidup sangat freedom masa tu.  Time dapat gaji jer..wah shopping sakan beli jer apa ku mau.  Sungguh masa tu jumlah gaji kecik tp dek kerana misc tu suma tak de, still bole survive tu.  Aku ingat lagi gaji aku yg pertama masa tu dalam empat ratus ringgit jer..ye lah 20 tahun yg lalu kan..aku beli setiap satu org ahli rumah aku sehelai baju baru.  Masa tu aku rasa bangga siot sbb buat pertama kali aku beli barang untuk org tua aku.

Masa berlalu pantas, aku dah stat hidup berkeluarga.  Masa anak satu agak susah jugak lah. Ye lah baru2 nak memulakan hidup org kata. Sedikit demi sedikit taraf income meningkat sampailah kami mampu beli sebuah rumah kecil dan sederhana, sebuah kereta 2nd hand dan anak2 pun dah bertambah.

Lepas ada anak 1,2 dan seterusnya 3 makin besar komitment.  Dgn perbelanjaan susu, pampers dan sebagainya.  Masa budak2 kecik dorang x reti demand. X reti nak minta Mc D of KFC pun. Makan apa ada.

20 tahun berlalu, anak2 dah makin besar, Alhamdulillah rezeki makin bertambah.  Dan aku sedikit demi sedikit memanjakan diri sendiri.  Setiap kali gaji, kalau aku ada rasa barang aku nak beli aku akan beli.  Biasanya x tiap bulan pun.  Mgkin 2-3 bulan sekali.  Hatta, baju keje pun aku shopping setahun 2-3x jer. Tp sekali shopping mmg all out.

Keutamaan masih lagi pada anak2. Samada makan pakai dorang, persekolahan dan keperluan meka tu. Tp since ada lagi lebihan wang tu ada lah peluang makan angin bawak anak2 dan keluarga.

So, semalam lepas lunch dgn Zas kat KLCC, dia ajak aku meneman dia ke Mark n Spencer. Katanya dah berkenan kat selai baju kat situ..Mmg, baju kat situ cantik2.  Lebih2 lagi kalau body still ada figures, sesuai sgtlah beli kat situ. Harganya hmm mcm biasalah what do u expect kan.

Niat zas nak beli selai tu dah terjadik dua helai.  Baju yg dia suka tu mmg cantik, tp aku nampak ada satu lagi g cantik jugak so aku suggest kat dia pi fittings...Fair enuff...she loved both baju tuh.  Masa dia tgh fittings tu aku dok tunggu kat tepi cashier tu.  Aku nampak satu makcik ni..agak bergaya..aku kira dalam umur 50++ gtu. Tgh dok memilih2 baju dgn sepasang anak dia yg nampak cam teenager dah dan hsbd dia..Aku rasa mereka bukan org sini..probably Brunei berdasarkan pada cara dorang bertutur tuh...U know, dia grabbed jer baju tu cam pilih t shirt kat kedai bundle tuh...knowing the harga kan..ish ish.  Lepas dia nak bayar tu aku rasa ada ler dalam 7-8 helai blouse..yg mmg cantik2..  So akuleh dgr sebijik2 cashier tu kata kat dia berapa jumlah suma..toinggg!!! RM800 lebih oooo...the best part, aku ingat dia nak kuarkan CC..rupanya dia kuarkan cash ko..haaa...gedebuk note seratus tuh...see?.  Maybe dia x fikir byk pasal harga, maybe dia ada byk duit, golongan bangsawan dan ada2 barangkali??...Tapi hakikatnya...dia beli mengikut apa yg dia nak..apa yg dia rasa cantik to her...regardless ye, mak cik ni paka tudung tu..

So, masa Zas nak bayar her baju total of RM308, Mcm cuak jer ..maklum lah that amount kan?....Tp aku sound kat dia, sesekali we deserved it ..We work so hard every min and we deserved on every cents we earned kan??..No need to feel guilty..duit tu camne pun akan abis jugak...Since dulu dah jerih dia sacrified for the children kan..now its the time to pay it back...just pay it to our self!.  We walked out of Mark n Spencer sbb masa dah suntuk..the fact is, Zas gembira sbb dapat beli baju2 yg dia suka..aku tumpang gembira sbb dia gembira..dan both of us sgt gembira sbb this is the payback for our hard work this month... :)

This month, aku cuma belanja diri sendiri ku dgn 2 pasang kain baju kurung corak songket.  Selebihnya aku beli tupperware..Entah nape, giler tupperware aku kalau sekali datang.....abisss!!...True enuff, this month aku spend beratus to get all my tupperware idaman!..huhuhuhu...

Teringat aku akan salah sorang kawan aku yg mintak aku buatkan cekodok bawang dgn sambal bilis untuk dia bberapa bulan yg lalu....aku pun silap, pi letak benda2 tu dalam tupperware dgn harapan dia dapat pulang balik...harapan tinggal harapan.  Entah camne ketiga2 tupperware aku tu HILANG...gone tak tau mana..ada jugak dua tiga kali aku hint pasal tu kat dia.  Dua tiga kali gak dia kata nanti dia gntikan aku yg baru....tpi tu lah kan, kadang2 org tak mau faham yg aku sgt sayang kan tupperware tuh..sbb benda tu limited edition, mmg tak ada lagi kuar...tapi apakan daya aku kan?..aku anggap benda tu tak ada rezeki..cuma lepas tu aku beringat....NEVER bagi org makanan guna tupperware lagi..Gunalah TIPUWARE jer.......well, its mine and have right..betul tak?...

Takde rezeki..maybe 3 hilang..30 lagi aku nak dapat kan?..You never know..Insya Allah





December 20, 2010

Maaf, resahku x terluah..

Ada kala kita punya sesuatu terbuku dalam hati. Tpi kita x tau nak luah kan dgn kata2. Tiada daya bercerita.  Kadangkala kita terpaksa menjeruk rasa dgn berpura-pura.  Sesuatu yg amat berat mau di bicara, sesuatu yg amat pahit untuk diterjemah dgn sebarang kata-kata..hanya kau dah aku yg merasa...

Bimbang nanti bila diluah tersalah bicara. Kerana tidak molek buka pekung di dada. Menepuk air di dulang terpercik muka.

Aku rasa sungguh down skg....., sungguh x terluah dek kata2..kerana aku menahan diri, menjeruk rasa.  Ibarat langit yg tak selalu terang, ttba hujan melanda.  Ibarat air sungai yg mengalir deras selepas hujan begitu berubah warna..

Ada kala, aku ingin nak terbang jauh...jauh ke atas awan, biar tiada siapa yg peduli mau mencari. Tapi aku tiada mampu kerana kakiku masih terantai di situ.  Sesekali ku memandang tinggi ke awan cuba merubat rawan namun tiada kesan..

Sesungguhnya, sesuatu yg tak terluah itu amat berat di tanggung, merobek luka mendalam di tika suasana yg amat suram , aku sering beralah tanpa dgn rasa payah...namun sesekali aku bersuara itu dek kerana aku sudah tidak mampu berpura2. Maafkan aku, atas keterlanjuran kata-kata yg lahir dari minda yg tak tahan lagi berpura.  Hakikatnya, tuk sekian lama kenapa kau masih tak mau mengerti apa yg ada dalam kotak sanubari ini....Ia tak mampu lagi dibohongi...kerana itu, kata2 yg terluah rupanya menitikkan resah dan gundah.


Maafkan aku...aku dah lesu berpura lalu  aku terlanjur kata.  menjeruk rasa dan kau akhirnya yg menjadi mangsa.

Maafkan aku!..

December 17, 2010

Back to School !!!


Parkson Back To School Promotion thumb Parkson Back To School Promotion

Malam tadi kami kuar ke pekan untuk shopping barang2 sekolah anak2.  Lepas dinner kat umah, kami terus kuar ke Pekan.  Tak jauh Pekan Rawang about 8km jer dari rumah.  Entah nape kami mmg tak suka pi shopping barang2 sekolah kat KL sejak dulu lagi.  Pertamanya sbb ari2 gi keje dah masuk KL, jadik lepas keje tak kosser you nak gi sana lagik. 

Keduanya kat KL tu parking susah yg amat. Kalau ada pun jauh nak jalan.  Karang tak pasal2 penat jer.  Jadik untuk kesekian kalinya kami pi ke pekan jer lah.  Senang dan dekat.

Kalau tahun2 sebelum ni ada gak beli kat Mydin, this time aku x mo dah. Mmg barang kat sana murah2 belaka tp kualiti tak bagus.  Kalau kasut tu rega bawah lima hengget tpi pakai sebulan dua dah koyak rabak. Kaen baju pun sama.  Jadik sejak dari tahun lepas mmg kami x dah beli kat mydin kecuali peralatan tulis.  Hak tu mmg harus beli kat mydin sbb murah giler.  Lgpun berbaloi beli alat tulis sekotak sebabun, leh tahan sampai ujung tahun dgn kawalan Stock kontroller lah kan..kalau idak..abisssssss!

So malam tadi kat Parkson, kami settlekan sorang2.  Mula2 pilih kasut sekolah.  Pandai betul si barbie dan si ben 10 buat market yek. Sampai kat kasut sekolah pun boh logo dua benatang tuh.  Delin awal2 lagi dah pegang itu kasut barbie...so amik dua pasang.  Rega sepasang RM25.90.  Amal pun tak mo kalah, Ben 10 jadik pilihannya.  Sambar dua pasang.  Kakak pulak baek pnye dah amik 2 pasang kasut bata, alih2 balik umah baru perasan kasut tu tak termasuk pun!..hapa lah.  Oh with regards si barbie dan ben 10 tuh, sepasang kasut dapat adiah free shopping bag ada gambar 2 ekor menatang tu each boleeeh?..layaaan.

Lepas settle kasut layan baju sekolah amal pulak.  Kami dpatkan 2 pasang untuk sek keb.  Namun baju untuk sek agama takde size. Yg ada saiz kecik sarung nangka.  Harus try segala nya kan.  Dan aku mmg suka beli besar sikit.  Supaya bila besar sikit idakler jadik kecik. Klau bapak dorang tuh maen tangkap muat jer...asal boleh jer. Tu sbb beli kena bawak mak terutama mak cam aku ni ok?..yg each time nak beli tgk kualiti, acukan kat badan, kira rega dalam kepala dan off course budget harus x lari kan gitu?.  For semlam bapak dorang budget RM500.  So selesai amal siap dgn spender bagai terus pulak kat delin.  Malangnya tak ada size pulak utk minah tuh.  Minah tu dah ler saiz kecik mmg susah benor pulak nak carik bajunya.  Memandangkan tak pasti lagi samada dia nak pi sek khas ke atau sambung kat sek biasa, aku cadang beli sepasang jer baju sekolah utk dia dulu. Kasut tu tak kisah lah kan sbb kat sek khas pun dorang pakai kasut sek gak.

Abis baju sekolah, masing2 layan diri nak pilih kotak pensil pulak.  Mcm biasa ler hantu ben10 akan ttp choose for Ben10. Siap dgn tabung air, bekas bekal dan bagai. Ini kalau x bawak bekal tak tau ler aku.  Si hantu barbie pulak sambar satu pencil box barbie ler.  Kakak being a teenager, pilih kaler2 biru sweet.  Beli sikit file, correction tape dan ntah hape2 lagi.  Delin siap complete dgn botol air barbies jugak.

Masa dah nak kira kat counter, aku budget2 lam kepala dalam RM 400 gituh. Sbb bdak salesgirl tu kata ada 10% discount of each item.  Bapak dorang muka cam cuak jer . Sbb dia rasa cam tak cukup jer..Well, serahkan pada yg pakar gitu!!.  Lepas abis kira semua its endup to RM334.90.  See??..I told you dah....sbb ada diskaun tu. Ok lah kan, budget aku 400 tu masih lebih banyak apa...

Lepas kuar dari Parkson tu aku ternampak ada kedai baru baru bukak kat seberang jalan nun.  Besar gitu, jual peralatan dapur. Konon aku ajak SP ke sana nak nengok2 jer nak beli barang2 dapur, kuali periuk belanga bila dapur dah 100% siap nanti.  La ni baru 70% jer, aku terpaksa masak kat dapur yg lantainya tak siap, tingkap tak berpasang dan terpaksa pakai selipar each time kuar masuk..tak pa for the time being...

Masuk pnye masuk itu kedai..Waaaaaaaa sudah bagus. Tersusun suma dgn rapi dan kemas. dan Macam2 segala mala atuk ada jual kat situ.  Keinginan mengsurvey sudah bertukar kepada membeli segala mala barang bersangkutan dapur. Regardless lah dgn 3 org tu kan, ada sajer barang2 lain dorang sambar sekali.  Endup the survey with RM90..heheheh..ala bapak dorang dapat bonus kan?? sesekali harus mengpaw gitu.  Aku dah aimed bberpa barang nak beli next time bila dapur dah settle.  Periuk tak melekat, kuali dan tmpat letak pinggan baru. 

First time shopping sampai kena paksa kuar sbb kedai nak tutup..hahahaha.  Masa nak bayar tu baru perasan kul 10 mlam dah.  Dorang dah tutup lampu kat certain area dan halau keluar.  On the way balik singgah ngeteh kat mamak ali maju.  Mak ai dah dekat pukul 10 lebih pun masih ramai manusia menebeng kat situ....lepas minum2...kami balik sampai umah around 11 gitu.

Well, sampai umah apalagi, membongkar ler berdua tu. Si Amal dgn excitednya mencuba baju, suar, kasut. Mcm yo yo oo jer dia nak sekolah tuh. Tak sabar2 nampaknya.  Tgh get ready nak tido, kami suma gempar sbb cik siti sekor tu mengganas lagi.  Yg sekor dah selamat masuk perangkap a nite before. Ni yg tinggal sekor yg licik yg asyik mengganggu tidor aku.

Bayangkanlah dia leh masuk bilik lalu atas kepala aku. pastu sempat gigit jari SP pulak tu. Mmg nak kena la. Smlm tu hampir2 dapat tangkap tapi dia masih licik. Tak pe..ko tunggulah ye.  Since cik siti dah mengganas bdak 3 yg salu tido kat hall takut.  Semua pindah masuk bilik belakang dan tutup pintu.

Misi memburu akan diteruskan bila kami balik dari kg malam Isnin nanti ye..jaga lu.  Hari ni kami cadang nak balik sg besar kejap. Di samping nak bawak mak jenjalan makan2, kami gak ada misi dgn akak nak ke teluk intan. Akak nak shopping baju sekolah anaknya, aku bole lah carik apa2 yg belum dapat lagi. Selain baju sek agama amal lengkap kena juga tunai janji belikan dorang beg sekolah.......

Tiap2 tahun harga makin naek jer tpi semua tu satu keperluan kan, suka tak suka mmg kena kita sediakan gak.  Aku benarnya mmg ada reserved Rm50 sebulan utk persediaan sekolah dorang ni, tpi since setakat bberapa tahun ni bapak dorang dapat bon bon, aku gunakan lah duit tu tampung apa yang tak cukup nanti..paling idak, bawak ke tahun depan untuk operasi makan angin kan...

Tahun depan aku plan nak up sikit reserved amount utk sekolah tu, kalau nak guna bole jer amik kalau tak biarkan jer dia beranak kat tabung tu kan??...................

December 16, 2010

Aku dilanda kebosanan terlampau..

Buat kesekian kalinya aku dilanda kebosanan terlampau kerana kekurangan kerja..boleh???. Sejak Dec ni agak kurang sikit kerja2 aku dan itu telah menjadikan aku amat boring sesgt.  Ada takde kejap2 nengok fesbuk...boring..nengok blog..bosan jugak.Seingat aku dah lama aku x rasa begini. Sbb kat sini manjang jerk busy tahap gaban sampai nak ke jamban pun takda masa..tapi la ni tak. Teringat aku zaman2 keje kat Shah Alam empat taun yg lepas..gini lah keadaannya.  Keje x berapa ada, taktau apa nak buat. Internet? at certain stage ko akan rasa nak termuntah i tell u.

Sama gak lah aku kat sini now. Sbb tu kalau ada kje mendatang on the spot aku settlekan..dan tunggu lagi keje lain...sambil2 tu wat2 filing yg sikit2 tu...lelama dah siap bosan gak.  Samada aku ni terlampau effisien or mmg nak kena bagi keje banyak2 lagi kot???

Ada masa aku pi baca blog2 yg aku suka..boring aku intai kat fesbuk. Lately pun fesbuk sgt membosankan, tak abis2 dgn komen2 boring.. ada masa aku chat juga dng anak2 sedara SP aku tuh..but lately aku rasa dorang sume tu so pathetic dan membosankan lah.

HP aku pulak on and off berbunyi, mana lagi kalau bukan dari rumah.  Biasalah sejak cuti sekolah ni bdak2 ada kat rumah, sikit pnye hal tepon. Ada aduan tepon. Nk makan tepon. Itulah keje si Amal.  Kadang2 aku marah jugak tapi namanya budak..tak paham bahasa kan.

Cuma towards petang agak slow sikit dia telepon kadang hampir takde call pun.  Tu pun sbb aku rasa samada dorang suma pensan ketiduran atau layan citer2 kat prima.  Ada kala dorang tgk CD Senario..JPBC2. Itulah jer yg diulang2. Bak kata kakak nak termuntah tapi layan jer lah sbb tak kuasa nak bergaduh. Selebihnya kakak bantai dgn delin tido dan amal layan tv sorang2.

Hari ni pulak ujan so suasana kat off sgt sejuk lagilah menambah kemalasan yg ada.  Ada masa aku sengaja jalan2 kat luar off, lompat2 naik2 turun tangga buang masa boleh???. Sure korang baca ni korang jeles sbb korang tu mmg busy terlampau dari mula masuk kje sampai balik ye dak zas?.

As for now, bberapa minit lagi nak kul 4. Gamaknya lately aku menghitung waktu nak balik jer. Bosan betul.  Tak sabar pulak aku nak bercuti supaya bole aku buat apa yg patut kat umah tu selain mengemas harus bersantai2 layan HBO movies kan.

Skg ni aku cuma nak tunggu closing sales for Dec on 29hb jek. Tp nak menunggu 29hb tu ku rasakan lamanya aii lagi. Supaya lepas submission tu bole aku bercuti panjang sampai tahun depan.  Nampak gayanya masa bercuti nanti harus aku carik kembali aura dan kerajinan aku untuk berkerja tu supaya aku tak merasa bosan lagi tahun depan...harap2 nya......

Surat Cinta dari Boss

Semalam petang time2 nak balik gitu, bos datang kat cubicle aku and dok kat depan aku (kat each meja suma ada satu kusi ala2 nak jumpa doktor tu).  Dia tunjuk satu surat yg di atasnya ada nama aku, then daripada bberapa nama besar dalam company.

Rupanya surat pemberitahuan rasmi yg sekarang ni aku adalah termasuk dalam kategori Company Incentive Plan (CIP).  Tak semua org dalam company kami masuk dalam list ni. Well, aku pun baru jer bos masukkan pertengahan tahun ni.  Bila dah ada lam list ni, bila2 ada incentive bon dapat lah tumpang sekali.

Lepas dah nak masuk 5 tahun aku keje kat sini baru ler aku termasuk kat CIP.  Sebelum2 ni bila dorang dapat aku tumpang jer. Tumpang gembira..$$$ takdak!.  Dulu masa Adi ada, tiap kali dorang dapat tu Adi bagi ler aku beberapa ratus. Masa tu company under holdings lain. Skg ni sejak dah under Non Other Vendor (-NOV, syed yg bagi gelaran tuh) aku dgr last dorang dapat Feb baru ni..which aku telan air liur jer.  Aku tau pun sbb si K yg bgtau aku. Nak harap yg lain2 tu..usahkan belanja, nak kasik tau pun hampeh.  Tapi bab keje, invoicing, payment, load out barang2 dorang aku yg uruskan...bukan apa. At least belanja makan tghari kat cafe BSN pun ok. Busuk2 MeK D pun ok kan??..well hati org susah nak predict.

Masa tu K kata dorang dapat dkt 2 bulan.  Tapi tak kisahlah, rezeki dorang. Rezeki aku lum sampai.  Masa awal 2009 aku ada lah dapat bon sikit atas simpati bos aku..(thanks to jenab gak sbb nasihatkan boss aku supaya kasik aku bon sikit).  Ye lah, keje2 sales suma aku buat gak kan? mcm tak adil jer aku x dapat apa2 ..gitu.

So sepanjang 2009-ujung 2010, takde increment takde bonus pun untuk aku.  Harapan increment tu tinggal harapan jer sbb since April smpai sekarang sepuloh sen pun aku x nampak lam gaji aku..makin kurang dek tax adalah.  Keje makin banyak, tanggung jwap makin banyak tp company tak kasik apa2 takkan aku nak mengamuk berparang or meroyan pulak kan? hidup mesti diteruskan org kata.

Tapi aku syukur sgt2..sbb ramai bosses dah admit sumbangan aku pada company ni.  Good remarks aku dapat bukan jer dari direct bos, rakan2 sekerja di negara lain terutama singa betina kat seberang tambak tu, tpi jugak dari geng2 teratas accounting team nun di UK sana.  Gaknya sbb aku ensure all are invoice on time, kejar company D on payment and stuff tu menyenangkan dorang.  Terima kasih jer lah to mereka2 tuh.  Yg penting niat nak menyelesaikan keje dgn ikhlas tu insya Allah org kata.  Lgpun sejak Umar dah tak de, aku mmg buat semua keje2 Country Manager membantu bos aku.  Hatta, org salu ingat aku pulak yg Country Manager  :) . La ni aku ada dgr  ura2 nak tukar nama position aku cam si Pat kat Thailand tu..dulu dia cam aku gak..la ni tittle dia Asst to Country Manager gitu!..Aku x hard up pun pasal tittle tuh. Terutama kalau setakat kasik tittle besar2 gitu gaji cam tu jgak..apa barang kan???.  Since dah tukar2 org dalam company baru ni mcm2 benda gak dorang tukar.  Boss besar pun dah 2-3 x tukar. Dan nampaknya dua org baru ni so far sgt tau dan memahami kalau kita betul2 keje dgn bagus..


Jadik berbalik surat tadi tu, bukanlah surat bagi tau aku dapat 5 bulan bon ke hapa (kot kalau dpt bnyk tuh..wah...heaven oo) just bagi tau yg aku dgn rasminya menjadi ahli  CIP.  Ada lah dia bagi tau pengiraan bonus tu cam ner..sungguh complicated, so aku malas nak pening2 kepala kan..yg aku baca ayat penting ialah...semuanya akan dibayar pada gaji bulan Feb 2011.  Harapan aku untuk increment jugak lah tahun depan. Dapat gak tambah2 simpanan, dapat cover kos delin sekolah kat sekolah khas tu kan. Dan aku harap sgt aku dapat tunaikan hasrat beli dua barang yg mmg dah lama aku idamkan itu...bukan HP  yg kwn2..ada benda lain..dan Insya Allah bulan tu gak turn aku dapat duit kutus...spt aku dah janji dgn anak2..tahun depan bulan May nak ke Pulau Kapas dan aku akan gunakan duit kutus itu...

Sekejap rasa bulan Dec dan tak lama lagi dah nak abis tahun.  Mcm tahun2 sebelum aku tak la menanam azam sgt2..cuma aku berharap sgt tahun depan aku dapat lah lagi bergigih menambah simpanan aku yg tak seberapa tu. Insya Allah.

Persiapan persekolahan anak2 pun belum ready satu pun. Sementelah bapak dorang dapat bon biarlah dia yg uruskan tu semua harus tak dilupa roadtax keta dan insurans yg akan mati bulan Jan nanti. Harus ada allocation jugak tu kan.

Apapun, aku berharap dan berdoa semoga tahun 2011 akan memberi lebih rezeki, kesihatan, kegembiraan dan kebahagian pada aku, anak2 dah keluarga kami. Moga 2011 akan memberi sinar pada kami semua..dan insya Allah kalau delin boleh membaca dan menulis dgn lancar lepas bersekolah khas nanti, aku  berniat nak buat kenduri kesyukuran. Till then, aku sentiasa berdoa moga Allah panjangkan umur kami supaya kami dapat membesarkan anak2, menambah amalan dan ibadat dan supaya hidup kami sekeluarga sentiasa gembira dan ceria...AMIN

December 13, 2010

3 dalam 1

Hari sabtu lepas, kami sekuarga planned nak pi kenduri.  Mengikut kad jemputan yg SP bawak balik ada 2 tempat.  Dua2 di rumah officemate SP.  Satu di umah abang Mad dan satu di umah Nizam.  Kat Kepong dan Batu Caves.  Since SP kata dia nak pi sekali dgn si Ali offmate dia yg dok kat B.Caves tu, aku ikut jer.  Aku ni cadangkan pi kat umah abang mad kat Kepong dulu. Balik baru pi umah nizam. Abang mad majlis kawin anak kedua dia. Manakala kat umah nizam kenduri adik lelakinya.

Mana tau rupanya si Ali sekuarga nak tumpang pi  sekali. Tak kisah ler tu. Si Ali pulak bawak lagi satu kad jemputan umah offmate dorang jugak. Si Berahim.  Adik lelaki si Berahim yg kawin buat kat Dewan Kg Pandan.  Tak kisahlah tu, so kami pi Kg Pandan dulu.  Jalan MRR2 tu cam base ler jammed manjang. Walhal kami turun dari rawang 11.45am.  By time kami gerak dari Bcaves dah dkat 12 lebih.  Jammed pnye pasal 1.30pm  baru kami sampai kat majlis umah berahim.  Since ada 2 umah lagi aku makan sikit jer. Lauknya so so. Ada ayam masak merah, daging kicap, dalca dan acar rampai dan oren.  Air pulak sirap dan teh tarik.  Just nice masa dtg ngam2 pengantin pun bersanding.

Since dewan tu sebelahnya masjid, kami pun lari jap solat zuhur kat situ.  Lepas salam2 bagai, off ke Kepong pulak. Sib baik x jammed. dalam setengah jam dah sampai.  Sesungguhnya tak rugi aku makan sikit kat first house.  Abang mad buat kenduri kat dewan komuniti Bandar Seri Damansara.  Superb!!.  lauk2nya best2 sgt2.  Ayam masak merah, daging dengdeng, dalca sayur, ada papadom dan paling best yg aku suka ada acar buah. Mmg sedap2 lauknya ditambah pulak ada hiburan lifeband.  Desernya bubur kacang yg mmg just nice je dan air sirap.  Abg mad ni driver kepada CEO EON dan mmg baik sgt dgn SP.  Mana taknya abg mad dah keje hampir 25thun kat EON bank dan ramai org suka dgn dia. Ramai sungguh tetamu dia.  Tuan rumah berserba merah.  Lepas makan dgn kenyangnya..kami pun mintak diri beransur sbb nk pi umah nizam pulak.

Pukul 3.45pm kami tiba umah nizam. Majlis mmg dah nak abis. Sbb kat kad jemputan sampai kul 4 ptg.  Pengantin pun dah berlegar2 jer.  Kami disambut nizam. Wah, totally tak bole makan tapi setakat buat syarat org kata aku amik sikit nasikputih. Lauknya, hmm di ketiga2 rumah sumanya ayam masak merah..ada daging, ada sayur lemak nangka, kerabu dan ulam2.  Yg paling best kat umah nizam ialah kerepek pisang.  Sedap sungguh kerepek dia..nyam nyam kami kunyah.

By pukul 4 lebih kami beransur pulang. Antar si Ali dgn kuargannya balik umah dorang off kami ke Rawang..
smpai umah kul 5 ptg lepas solat asar aku terus bum sekejap..kerana malam tu aku malas nk masak kami kuar pi makan kat kedai mamak jer...yg pasti penat seharian pi kenduri..


Hari Ahad pulak kami cuma lepak2 kat umah. Kuar pagi sekejap pi pasar beli sarapan. Balik umah SP masih membeger2 dapur yg baru nak siap tu.  La ni suma dapur dan alat2 memasak aku dah transfer ke dapur baru dan memasak kat situ. Walaupun tak siap sepenuhnya lagi, terpksa berselipar bila nak masak sbb simen dan tiles belum dipasang lagi. Plannya SP nak siapkan ujung bulan ni sambil cuti anak2 naik sekolah.

Harap2 cepat siap supaya bole pecah jer dapur lama tu jadik lapang sikit dapur tu..dan kena lah aku stat buang apa2 yg x perlu disimpan................

Wkend yg agak memenatkan...tu sbb bila tiba hari Isnin, kemalasan bekerja pun mula terasa...

December 8, 2010

Berehat2 di Janda Baik....

Hari mggu lepas aku sefamily ke janda baik. Sajer jer jenjalan.  Takde pun pi kenduri ke hapa..Auta jer kat FB tu sbb malas org2 yg tak berkenaan ikut (sedara mare). Memandangkan kat fesbuk tu ramai sgt sedara mara so kena selalu cover line baaaaaaik pnye.  Bukan mcm org tu, dah ler menipu terang2..last2 post gambar kat fesbuk..pe kejadahnya. Lenkali kena belajar camne nak menipu ye hadek2 ...

Ok, hari sabtu yg renyai2 tuh aku bangun awal pagi dah. Masak apa yg patut.  Mmg plan nak tido semlam kat sana tapi since check in time tu lepas kul 3pm kena lah lepaks somewhere dulu kan.  And SP dah janji dgn officemate dia untuk lepak sambil BBQ kat tepi sungai Janda tu.  Dorang isi rumah pun bkan maen syiok layan tido lepas subuh.  Aku sorang2 kat dapur tu masak ala2 kadar jer. Malas aku nak beria2..lgpun ada benda2 yg mau dibakar kan.

So, aku masak nasik, ada nasik impit tu aku buatkan rendang daging korban kiriman MIL, buat kuah kacang sikit dan off course sambal kicap power.  Dalam kul 9 kot  baru gerak, singgah Batu Caves and jalan sama2 dgn offmate sp tu dan familynya.

Sampai kat sana, kami sewa satu gazebo dgn harga Rm15 dan start bbq. Mmg best lah sbb cuaca agak redup dan air sungai sgt sejuk oooo.  Sambil bermandi manda ada gak kami berbbq. Ada ikan,  udang, kerang dan ayam.. Kwn SP bawak ayam 2 ekor. Jenuh gak abiskan.

Lpas kul 3 masing2 pun dah penat so kami pun kemas2 nak checki in kat Seri Pengantin resort.  Resort ni mmg cantik, tapi aku rasa ratenya mahal dan tak berbaloi dgn servis nya.  Cuma yg best resort tu mengadap tasek. Kat balkoni pulak leh tgk ikan tilapia yg banyak dan besar2. Geram sungguh  bila ikan tu datang dgn byk sekali kalau kita lontarkan roti atau makanannya.

Kolam renang nye pun best jugak. Airnya yg agak suam mmg syiok.  Resort tu penuh dgn pokok2 menghijau. Aku wonder gak sure ular byk.isssh..sib baik tak terjumpa.  Yg kelakar lagi, ingt nak tambah pax for breakfast. Bila pagi pi cafe dia, kami diberitahu sarapan di antar ke bilik..Wah kelass!!.  Cumanya sarapan untuk pax 2 org jer lah kan. Ada 2 pinggan nasik lemak, Dua gelas teh tarik, 4 keping kek.  Mujur la ada baki nasik impit, kuah kacang dan BBQ ikan dan  udang yg bole tambah2. Kalau tak sure lapar weh. Dah la nak kuar jauh amats.

Yang pasti, oklah untuk merehat2 kan badan dan fikiran. Satu malam tido cukuplah. Resort tu pun x ramai org sgt so agak privacy kalau satu famili dok.  Ada pilihan gak samada nak mandi kolam or sungai sbb sungai dekat jer.  Sebelah pool jer. Pool dia pun guna natural water, air sungai. Tu yg best, tertelan tak terasa klorin nya.




Bdak2 seronok, kami pun seronok..aku teringin gak nak dok kat Saufiville or Cheringin Resort kat situ. Tpi rate nya mahal sgt2 (lebih kurang 450rm/nite. Lenla kalau hornymoon kan), tp tmpat tu mmg cantik dan kelasss....

So, lepas bf kami sambung mandi kolam lagi berendam sampai kul 10.30am. By 11am git off kami checkout dan meneruskan perjalanan balik ke rawang..percutian yg singkat yet merilekskan...Akibat terlupa nak mengcharge batteri kamera gunalah HP untk amik gambar setakat nan ado2 jer...

Next vacations will to Cameron Highlands (lagi??) on X mas..aku tak ler suka sgt pun since SP nak bawak mak dia pi nengok sana..layaaaaaaaan. Lgpun kami dpat apartment murah dari kwn SP..so why not??

December 3, 2010

Terlampau sensitif ke aku nih??

Lately, petang balik keje je ujan.  Hampir ari2 pulak tuh.  Ada masa basah sikit2. Ada masa lencun.  Tu lah rutin ku pi keje balik keje merempit.  Kadang, kepala rasa sakit dan bengang mgkin dek kerana ujan kot???.  semlam pun sama ujan gak.  So by the time tiba rumah dah kul 7.15pm gitu.  Bdak2 dah siap mandi, maybe dah siap makan kot layan Ultraman kat 611 Ceria.  Amal merengek ajak makan malam kat luar.  Mula2 aku malas sbb malas nak kuar..tp masa mandi aku fikir balik.  Tak salah nak kuar makan kejap paling koman roti canai. Bdak2 pun sure boring dah dok umah seharian. Give them a chance.

Lepas solat maghrib kami kuar kat Restoran Aqil mamak kat area2 umah tu.  Aku dah noticed dah SP pnye muka laen macam. Macam simpan rasa marah gitu.  Tp aku biarkan jer sangka ku mgkin penat kot??.  Udah masuk kedai mamak sempat lagi tgk VCD haram jual kat depan kedai tu.  Aku rembat Jangan Pandang Belakang Congkak 2.  Bdak2 pun sejak cuti sekolah ni dah berpuluh kali ulang CD Senario tu kat umah so aku fikir why not beli satu.

Masa order makan sambil tunggu2 tu, SP tanya aku.  Pasal si S (ex collegue aku kat opis lama dulu).  S ni mmg salu gak datang umah aku time raya.  Dan ada sekali gak aku pi umah dia.  S salu gak tepon aku kat off sembang2 kosong.  Sesekali jumpe tu pun sbb nak raya, aku tolong tukarkan duit raya. Tapi dia yg datang amik.  SP tanya aku S keje kat mana..aku pun spontan lah jawab..then aku tnya dia nape??..SP kata x de apa2...tak pe aku biarkan jer.

Lepas pekena roti bawang, roti pisang and mee bandung kami off back home.  Dalam keta, aku masih tak puashati apsal out of blue SP tanya pasal S pulak. So aku tnya dia balik.  Rupanya, SP suspek aku pi kuar bekfast dgn si S pagi semalm (pe kejadahnya?????).  Aku punyalah terbakar hati. Tapi aku tahankan jer dulu sbb dalam keta ada bdak2.  What the F**k dia tanya soklan gitu.

Sampai depan gate, kakak turun, amal turun nak bukak kunci tinggal jer delin aku dan SP kat lam keta. Apalgi aku mengamuk sakan dgn SP.  Pe kejadahnya aku nak pi jumpe si S tuh? x ada urusan aku jumpe dia.  Aku jumpe dia setahun sekali tu pun kalau ada duit yg dia minta tolong tukar time2 nak raya..darah aku ttba goes upstairs.  Apa bodohnya, SP suspect aku pi jalan ke Rohas perkasa dan bersarapan dgn si S.Sesuatu yg aku x buat dan semestinya buat aku marah teramat kan??.  Seingat aku pernah sekali je aku lunch dgn S with present kwn aku yg sorang lagi.

Aku paling tak suka kejujuran aku dipersoalkan.  Aku tinggi suara kat SP, eh aku rasa aku yg patut jeles kat U sbb minah gedik tu still keje satu building dgn U and once a while i know dia still contact U. But to give you some freedom I never question and asked on it kan??..what past is past. Pandai2 lah ko sendiri ingat apa yg aku pernah ckap dulu..U asked me the question, U ingat i ni takde perasaan? tak sakit ati?. U sendiri tau I sampai off kul 8 pgi bila mana aku carik masa nak menggatal pi Rohas tu pe kejadahnya???.  Aku malas nak tanya dia kenapa dia fikir sampai gitu sekali. Sbb ni bukan pertama kali. Dah banyak kali benda yg sama berlaku just sbb org bgtau dia nampak aku sekian sekian walhal aku elok jer dok kat off.

Aku just kuar jer dari pintu keta dgn hati yg sakit dan berbungkam. Bdak2 sampai umah jer terus layan CD. Sungguhpun citer tu lucu. Aku x ketawa pun sbb hati aku sgt sakit sekali. Dan dia tau sbb apa!.  Lepas solat isyak aku terus jer layan tido. Tak kuasa aku nak layan kisah cemburu buta gitu....yg pasti kepala aku pagi2 ni ttba jer rasa sakit.  Sungguhpun bangun pagi hati aku dah kurang marah tp masih ada bersisa....aku act cam biasa jer..Being SP yg dah aku kenal tido sebantal selama 14 thn, aku tak nampak lagi any SMS saying sorry pasal semlam. As for me?... Malas aku nak layan!....