December 20, 2010

Maaf, resahku x terluah..

Ada kala kita punya sesuatu terbuku dalam hati. Tpi kita x tau nak luah kan dgn kata2. Tiada daya bercerita.  Kadangkala kita terpaksa menjeruk rasa dgn berpura-pura.  Sesuatu yg amat berat mau di bicara, sesuatu yg amat pahit untuk diterjemah dgn sebarang kata-kata..hanya kau dah aku yg merasa...

Bimbang nanti bila diluah tersalah bicara. Kerana tidak molek buka pekung di dada. Menepuk air di dulang terpercik muka.

Aku rasa sungguh down skg....., sungguh x terluah dek kata2..kerana aku menahan diri, menjeruk rasa.  Ibarat langit yg tak selalu terang, ttba hujan melanda.  Ibarat air sungai yg mengalir deras selepas hujan begitu berubah warna..

Ada kala, aku ingin nak terbang jauh...jauh ke atas awan, biar tiada siapa yg peduli mau mencari. Tapi aku tiada mampu kerana kakiku masih terantai di situ.  Sesekali ku memandang tinggi ke awan cuba merubat rawan namun tiada kesan..

Sesungguhnya, sesuatu yg tak terluah itu amat berat di tanggung, merobek luka mendalam di tika suasana yg amat suram , aku sering beralah tanpa dgn rasa payah...namun sesekali aku bersuara itu dek kerana aku sudah tidak mampu berpura2. Maafkan aku, atas keterlanjuran kata-kata yg lahir dari minda yg tak tahan lagi berpura.  Hakikatnya, tuk sekian lama kenapa kau masih tak mau mengerti apa yg ada dalam kotak sanubari ini....Ia tak mampu lagi dibohongi...kerana itu, kata2 yg terluah rupanya menitikkan resah dan gundah.


Maafkan aku...aku dah lesu berpura lalu  aku terlanjur kata.  menjeruk rasa dan kau akhirnya yg menjadi mangsa.

Maafkan aku!..

No comments: