February 16, 2012

Addeelyn

Sejak dah tukar sekolah pendidikan khas ni, dah hampir 2 minggu. Syukur Alhamdulillah. Tu je bole aku katakan. Sbbnya, Delin tak lagi refused dan memberontak nak pi sekolah macam selalu.  Takde dah soklan hehari 'Ma, sok sekolah ker?".  All we could said dia sangat gembira dan bersemangat nak pi sekolah.

Masa mood2 dia tengah baik, aku korek rashia sikit2. Tanya camne kat sekolah. Camne kawan2. Camne cikgu suma. Apa aktiviti...apa cikgu ajar..those kind of common questions. Overall tak lagi kedengaran kes2 pembulian dek kawan. Takde lagi org ejek dia bodoh, lembap...dan macam2 lagi.

Saya suka pegi sekolah. Kawan suma baik2. Cikgu pun baik. Kalau saya tak tau, cikgu tunjuk. Cikgu ajar sampai pandai.  Hari Selasa pulak ada sukan, macam2 cikgu ajak main.  Hari rabu ada puteri Islam. Ramai kawan2 pun suma pakai baju pink.  Gitulah komen dia.

Dah takde lagi benda2 pelik dia beli kat kedai buku.  Kalau tak, pemadam lah, pensil lah..buku nota kecik2 ada gambar katun bagai.  Cuma yg ada dlam beg dia buku2 tulis, kotak pensil dgn pensil2 dan kaler yg tak pernah hilang dah. Dah takde org curi atau amik suka2 stationery dia.

Sejak bersekolah khas ni, nampak banyak sgt perubahan ketara pada dia.  Dia lebih mendengar kata berbanding selalu.  Lebih byk bercerita pasal sekolah, pasal kawan pasal cikgu. Kalau tak, payah nak korek citer sbb ada mood je dia bercerita. Mcm dia tak gembira langsung dan tak enjoy langsung pi sekolah biasa tu. 

Dia lebih banyak berkomunikasi dgn seisi rumah.  Walaupun mmg salu jadik mangsa buli Amal, tapi dah nampak protes dan melawan. Kalau tak asik menangis jer, asyik terjerit jer.  Sekarang kalau kena cuit amal atau kena usik..dia pantas melawan. Mempertahankan diri tak kira dgn apa. Nampak dah daya juang membela nasib sendiri berbanding masa dulu, menyerah bulat2.

Sekolah Pendidikan Khas ni pun ada macam2 aktiviti dorang. Perkhemahan lah, melawat sana lah, melawat sini lah.  Masa persekolah pun dorang buat aktiiviti melawat jugak. 2-3 hari lepas Delin mengadu kawan2 suma pi Kelang, melawat apa ntah. Tapi dia tak ikut, mgkin sbb borang kebenaran tu dorang dah pass lama kan, Delin baru join so takde kebenaran parents, tinggallah dia sensorang kat dalam kelas dgn cikgu katanya.

Semlm dia bawak balik borang. Borang perkhemahan katanya.  Eventnya bulan April nanti. Ada la sikit bayaran utk makan. Dia dgn excited kata nak ikut, nak join kawan2 camping.  Wah, nampak dah ada peningkatan kan. Klau tak hapah lantak persatuan apa kat sek biasa tu haram dia nak amik port.

Baguslah, satu perkembangan yg sgt bagus untuk dia meniti masa depan. Semoga lepas ni dia akan lebih berdikari lepas bergaul dengan golongan sebaya nya.  Ada juga dia cerita ada kawan2 yg cacat pendengaran. Down syndrome dan macam2 lagi. Tapi mereka tu kat kelas lain. Cuma sesekali cikgu akan kumpulkan mereka. The best is Delin pandai berbahasa isyarat tangan. Cikgunya ajar untuk berkomunikasi dgn kawan2 cacat pendengaran katanya. Lucu tgk dia menggayakan.  Aku berkali2 pesan baik2 dgn dia, utk tidak memandang hina pada kawan2 yg cacat pada fizikal rupa dan gaya.  Aku pesan padanya, mereka tu Allah jadikan istimewa macam dia juga. Jadi tak bole hina dan pandang rendah pada mereka. Kena hormat dan kawan mereka mcm kawan2 yg lain juga..Ya, mama saya tau. Cikgu pun selalu pesan gitu....wah, bagusnya anak mama yg sorang ini. Dah pandai dan paham. Mungkin sbb itu dia merasa selesa,seronok dan tenang di sekolah pendidikan khas ini.

Dkat sekolah tu pun ada kedai buku, bermacam2 ada jual kat sana. Aku dah tgk masa pi photostat ari tu. Tapi takde satu pun dia beli!.  Hari tu SP kata masa dia amik delin dari sekolah ganti ari Sabtu delin ada kata, kat kedai buku tu Ayah macam2 ada jual. Pensil, buku..bnyk gambar angry bird. Tapi saya tak beli pun. Saya tengok ajer. Cikgu kata kalau nak beli kena tanya mama atau ayah dulu...Kalau masa tu Delin ckp dgn aku, mesti aku dah peluk dia kuat2.. Dan kata, wah anak mama sangat pandai sekarang ni.

Sekarang ni, pagi2 masa nak pakai baju sekolah pun aku akan pakaikan sambil pesan macam2 dgn dia.  Sambil2 sikat rambut, boh bedak ckp menda2 yg elok dan puji dia.  Dulu dia susah sgt nak minum air. Sampai kering merekah bibirnya tu, skg tak lagi.  Hari tu aku ckp, kalau awak minum air bynk nanti bibir awak cantik tak kering. Hari2 aku akan bekalkan ari teh untuk dia. Bila balik aku tgk abes, bila aku tnya dia kata dia minum suma abes. Dan aku akan puji dia..pandai, kan bibir dah tak kering lagi sekarang.

Gitulah adanya, walaupun nak kejut pagi2 tu kadang ada liat sikit, tapi semangat dia nak pegi sekolah sangat membanggakan. Sbb dia tak lagi merengek maupun buat perangai bila nak pi sekolah.

Semoga semuanya ni berkekalan sampai bila2..dan moga Allah terangkan hatinya, bukakan mindanya untuk menerima pelajaran kat situ kan.  Takde lain doa aku selain mau tengok dia belajar, membesar dan hidup dgn gembira.  Biarlah lambat pun IQ pun..Delin tetap bintang hati mama... :)


February 14, 2012

Presepsi dan Pandangan Mata Orang

Aku sangat2 notis perkara ni setiap kali ada majlis makan beramai2 dgn rakan2 sepejabat, bos ke atau sapa jer kat Hotel berbintang-bintang ni.  Skeptikal dan klise sangat aku rasa setiap kali benda2 ni berulang2 berlaku.

Semalam, kedatangan Presiden of the company kat office. Selain dari ada presentation meeting dan macam2 lagi Q and A session of course la ada majlis makan2 yg dibiayai oleh Presiden semestinya.  Presiden of the company.  Multi national US base company kan. Mmg besaaaaaaaar sgt lah pangkatnya dan besssaaaaaaar lagi lah incomenya. Harus lah kan.

Lepas abis sesi pok pek pok pek smlm of kos kami suma dijemput makan tengahari bersama2 En Mike presiden besar tu lah kan. Good looking guy, egyptian and of kos lah ganteng sekali dowh. Selain tu ada beberapa mat salleh, mat tak saleh, melayu, cina dan india.  Antara reramai gitu, akulah sorang wanita muslim terakhir kan dikalangan2 mereka2 itu, bertudung pulak tu.

Benarnya, aku malas nak amik peduli pada pandangan org tiap kali aku melangkah masuk ke mana2 hotel tuk makan bersama2 gerombolan yg kebanyakkannya mat salleh kan. Not a big deal lah bagi aku. What is so great berada dgn mat2 saleh?, aku biasa je. Tak pernah pun nak rasa riak, bangga apatah lagi belagak cam sesetengah org tu..(kawan2 baik gak species gini). Mentang dah keje dgn mat salleh, speaking and loghat pun nak ikut slanga mat salleh. Ape barang?.  Pastu kalau nak komen kat fesbuk org, hamboi berabuk dgn ayat2 mat salleh. Matilah kawan2 fesbuk aku mengutuk..Sapa tu kak?? kekwat semacam jer. Nama LIJAH, gambar kat negeri mat saleh pnye profile. Speking londong tak hengat..tapi nama LIJAH apa keesssss??..Gitula kiranya mulut2 takde insurans geng2 meroyan fesbuk kan.

So, yg penting aku suka tarikan RM nya je. Yg lelain ada aku kesaah?? apa hal nak ckp ikut slang dan gaya dorang. Berlagak kat kawan2 semesia ala2 kekwats ..hmm, its just not me, i tak reti hipokrit ah,  baik jadi diri sendiri. Dng mat salleh ckp mat saleh, dgn org melayu, dgn lokal bantailah cakap melayu kans. Kat fesbuk apatah lagi, nak meroyan bahasa mat salleh mana kena loh..paling tak meroyan bahasa kekwats lagi bagus kanss.

Tiap kali aku melangkah masuk kat tempat makan hotel2 besar gitu, pastilah byk mata2 nakal yg akan melontarkan pandangan pada aku. Kadang tu tgk aku atas bawah, cam aku pakai baju tebalik lah pulak taw.  Setiap kali masuk kat kawasan2 cafe hotel2 berbintang2 tu gak, mesti ramai melayu2 yg gaknya berfikiran sempit dan kolot.  Melihat seolah2 nak terkuar bijik mata.

Terutama kalau ada geng2 minah2 melayu ala2 perasan divas gitu. Tgk aku yg sempoi ni, lagi2 bertudung, pasti pandangan kekwat dilemparkan pada aku. Kesian kan.  Tang layanan pulak kan, kalau pi hotel begitu kadang2 aku malu kena layan dek adek2 waiter dan waiters mcm divas la vivas. Siap nak letakkan napkin, padahal bole je kita buat sendiri tu. Sbb apa?? Sbb ada double standard. Sbb kita datang dgn mat2 sallleh beramai2 gitu, dgn gaya2 keparat mereka yg kdg berkot (ye, u olls smlm presiden company berkot u). Pastilah mereka nak berikan layanan teristimewa katanya kan.

Sbbnya aku tgk kat meja lain takde pun dilayan sebegitu. Ada je meja sebelah tu sekumpulan local cina makan tapi suma pun buat sendiri. Hatta nak suh kutip pinggan kotor pun dorang kena panggil waiter dan waitres boleh?. Sedangkan meja kami ni 4-5 orang standby berdiri dan bersedia berkhidmat katanya.

Kadang2 aku fikir, waiter dan waiters terpaksa menelan layan mcm raja akan customer2 mat salleh mereka. Mest manager dorang bagi arahan skeptikal kan. Layan mat salleh bagus2..?? ye dak. Sebbnya, bberapa kali aku pergi makan kat hotel dgn kawan2 melayu mcm nak taknak jer dorang layan taw. Nak amik order pun kena panggil ler dua tiga kali  baru la datang. Lagi2 nak kutip pinggan kotor hissh, penuh kat meja lum tentu di kutip. Mintak sudu garpu pun maybe berjanggut baru dapat.

Jadik, pada firasat aku, mentaliti kita terutamanya org melayu ni kan, pandang tinggi sgt pada mat2 salleh ni semua sbb apa?. Sampai kan aku yg melayu ni terbabit sama dihormati sedemikian rupa. Berdasarkan pada pengalaman dan pengamatan aku, mat salleh sgt hormat kan org. Tak kira apa bangsa, apa level, apa keje. Tiap kali nak apa dgn penuh sopan (mat salleh educated lah kan, mat salleh non edu, taktau lah pulak).  Mintak baik2. Sabar, takde pun marah2. Tiap kali ucapan Thank You tu tak pernah lekang dari mulut dorang.

Kat Off aku ni contohnya, kalau ada aci cleaner tu datang kutip sampah pun, dorang hormat sungguh.  Takde  pun pandangan skeptikal dan sinis maupun hina. Tak macam mentaliti org kita. Org kutip sampah pun somtimes org pandang hina. Padahal keje dorang tu mulia. Kalau tak sapa nak kutip sampah uolls?

Cleaner2 pun sama.  Kalau kat office aku ni tak kira sapa, drebar kat cleaner kat tak pernah sekali aku dgr mat2 saleh ni jerit, maki atau marah2.  Walaupun kadang salah cleaner tu sendiri, masih lagi dia kata tak ape..tak ape.

Justeru, banyak perkara2 baik aku belajar semenjak dua menjak bercampur gaul dan bekerja dgn org putih dan bangsa2 asing dari negara2 Eropah ni. Ternyata mereka sgt menghormati org. Sbb tu mereka juga diberi penghormatan yg sama. What we give is what we get kan?.

So, aku masih merasa klise dgn pandangan2 mata2 liar  yg terjadi tiap kali bermakanan bersama2 bangsa2 omputih ni.  Hakikat sebenar nya pada aku...yg penting masyukk, gaji bagus, benefit bagus..cukuplah. Pengalaman bekerja dgn suma bangsa tak kira melayu, cina, India maupun bangsa2 lain. If diberi pilihan atau option, pada aku berkerja dgn mat salleh lah paling senang dan mudah walaupun kadang2 terpaksa gak makan hati..biasala kan tu.  Yg pasti kipas2 or bodek2 tak jalan dgn mereka. Sapa buat keje bagus, tu lah dorang suka. Sapa tak berapa bagus tu akan kena tegur dan suruh perbetulkan sampai jadik bagus.

Keje dgn bangsa2 tempatan ni terutama yg berhati busuk dan dengki sgt mengjengkelkan. Terutama kalau yg makan bodek, racist..hissh bikin sakit jiwa dibuatnya.  Jujurnya, kerja dgn mereka lebih mudah dari keje dgn bangsa tempatan..

February 13, 2012

Harapan dan Doa.

Jangan gelak eh bila baca entry ku kali ini.  Jangan pula kata ..haha, tu lah mintak lagi..dah dapat pun..Padan muka..bla bla bla..Aku cuma nak berkongsi jer. Tentang sesuatu yg aku harapkan maybe 20 tahun dulu. Baru sekarang ni jadik kenyataan seh..Haru betul.

20 tahun dulu, masa zaman2 bercinta ala2 Kuch2 Hota Hai kan, aku salu membayangkan kalau nak kawin nak carik lelaki tampan yg keje office. Yg pakai long sleeve bertali leher. Smart jer dgn seluar slack, maybe berkasut Camel or Dr Cardin ke of paling kokak pakai kasut kulit seh.  Tu ada lah anganan ok.  Ala2 hindustan pnye cerita lah. Harapan tu mmg berangan akan the best.  Mmg itulah yg aku harapkan MASA itu.  Wah, berangan tak hagak2 kan. Alah, masa tgh muda tgh naive org kata tak tau lah kehidupan tu bukan atas dasar angan2 jer yek.

Lepas ditakdirkan bertemu jodoh dgn SP kan aku terima je dia seadanya spt mana dia menerima aku dalam hidup dia. Masa tu pun SP mmg a technical / Maintenance guy yg mmg dah ada tersedia uniform dorang tersendiri. Company provide siap dgn safety boot lagi. Biasanya setahun 2x dorang akan dapat uniform. So aku tak pernah susah payah nak pikir gosok baju kemeja ka, suar slack ka..hapa jadah suma tak yah. Sbb uniform tu tak perlu nak gosok.  Gasak je, lgpun keje2 dorang rough mana sesuwai nak pakai lawa2 bagai.

So hampir belas2 tahun juga I had enjoy my mariage life tanpa perlu pikir nak gosok baju keje SP.  Beli kemeja SP pun ala2 untuk jenjlan or nak beraya ke hape. Tu pun mostly dia prefer lagi pakai Tshirt kan. Cuma ada lah 4-5 helai kemeja buat syarat kot nak pi majlis formal ke kan.

Aku tatau la org lain, tapi most of kawan2 aku suma bangsa laki tak ler reti nak beli baju and suar sendiri.  Kena bini gak yg susah payah meredah soping kompleks time2 sales tu nak carik baju keje laki. Klau tak dibelikan sampai ke sudah laki dok pakai baju kaler faded buruk gile.  Ada satu kawan aku lagi parah, laki tu pangkat not bad tapi bini lah yg terkocoh2 sana sini dok survey baju keje dia. Nak tunggu laki tu pi beli sendiri alamat lah gaknya. Lelaki2 malas gini jenis sempoi pakai nan ado jer.  Bini lah yg berasak2 kat sogo kat jusco taim2 sales tu semata2 carikkan laki tercinta baju keje...supaya laki nampak kemas, hensem. Supaya takle org cop, teruknya bini jaga, baju keje buruk nan gitu kan...gaknya lah.

For so many years, aku tak pernah mengalami situasi begini kan. Entah kenapa2 ttba jer harapan aku yg tercipta 20 tahun yg lalu ttiba jadik kenyataan jumaat lepas tu..Aiyooh.

SP bgtau yg dia kena naik ke tingkat 11 - Ke procurement and admin department. Sbb dia kena buat2 keje2 kat dept tu la pulak. Ye la Maintenance dept dah lama redundant sejak sumanya pi amik VSS kan. Since now dia je tinggal sorang.  Yg sorang lagi baru jer tamat sbb pencen. Mau tak mau kenalah dia naik ke tingkat lebih tinggi dan buat keje2 admin pulak kat tingkat 11 tu..Parah.

Best part, boss dia suruh dia start pakai kemeje dan suar slack pi  keje. Instead of uniform biru kegemaran dia buat sekian lama tu.  Pandai je dia ckp dgn bos dia, dia takde baju kemeje, takde slack. Yg ada uniform jer.  So tak pe boss dia kata, aku bagi chance. Ko leh pakai uniform tu dulu tpi mulai bulan March nanti, ko harus pakai kasual mcm org lain jugak..Dussss..

Bila SP ckp dgn aku Jumaat lepas tu gitu, baru la aku tringat..aisehman. After so many years, dgn anak2 yg pakaian sekolah  berlambak2 nak digosok, dgn pakaian aku nak digosok for stock seminggu, now aku kena tambah tenaga tuk gosok baju keje SP pulak.>Adoyaaaaai, paraaaaaaaaah.

Lepas kumbah2 segala mala stock kemeja dan slack2 dia dalam almari, ada lah aku dapat 6 helai short sleeve kemeja dia leh pakai pi keje, ada lah 4-5 lai suar slack. Yg selebihnya 2 almari tshirt dan jeans belaka...Sudaaaah!!!....guess who lah yg kena fikir pasal nak carikan dia kemeje for keje now..suar for keje...and tuk gosok2 suma2 tu...alamak..

Tu diaaa...next time, aku kena hati2 apa2 yg aku harapkan...kalau tak begini jadiknya. Maybe next time aku harap SP jadik kaya raya..so that aku tak yah susah2 payah nak keje..goyang kaki je kat umah jadik mem besar..ok tak??  hiisssh.. padan muka aku kan..

February 9, 2012

Cuti

Later afternoon semalam kami dapat panggilan dari Sekolah Khas yg delin buat assesement dan permohonan nak masuk ke kelas khas tu kan. As diberitahu dalam masa seminggu, tunggu surat dari PPD. Rupanya surat dah keluar tapi kami tak terima. Dan sekolah tu terima dulu. So Pn Rozita kol bgtau suh daftar kan Delin ari ni lah.

Terpaksa la coti ambulan.  Boss terkejut smlm. Mana tak baru je dia antar email pasal dapat bonus bape sen ujung bulan ni kan. Mesti dia ingat protes tak puashati kan.  Alah, syukurlah dapat pun. No komplen. Better than tak dapat langsung kan.  Sama je cam tahun lepas. Adalah sikit. Rezeki anak2.  Yg pasti bole la nak beli beg baru seeh...huhu. Bila kata nak daftar delin ke sek khas baru lah dia kata..oh Ok ok..mujurlah smlm sblom balik secured order yg dinanti2 dah tiba..selamat aku sikit walaupun on and off kena check email dan uruskan sedikit kerjaan dari umah...see berguna gak bawak balik laptop off kan. Selain buat maen game dek bdak2, fesbuk dek mak dan bapak bdak..leh gak buat keje. Nak harap laptop lagi satu tu, kejap lagi nak jadik arwah dah tu dgn wording kat keybod ntah melayang ke mana?...beli baru??  alah, biarlah tak pentung...sayang duit bonus u..huhu

Berbalik pada citer delin pindah sekolah khas. Pagi tadi uruskan pendaftaran yuran dan bagai. Macam2 yg Pn Rozita terangkan. Delin masuk kelas khas no 2.  Kelas suma ada 9.  Jadik kategori 1-9 digunakan. Kelas 1 tu yg budak2 dah bole ikut sylebuss kelas perdana biasa. Kelas delin yg kedua pulak cam bdak2 yg darjah 4-6 yg masih lambat nak captured.  All i can say, she was so happy.  Kelasnya ada 8 org jer.  So tumpuan dan perhatian cikgu lebih lagi lah dari kelas biasa.  Mana tak pagi tadi, dia bangun lansung x yah dikejut taw..bahkan dia bangun sendiri dan tnya..ari ni pegi sekolah lain ker??.  Excited sungguh dia nak ke sekolah baru tu.  Cepat jer mandi dan bersiap. Kalau biasa tu?? adooi,..berjanggut mcm nak pegi perang kejut suh dia mandi dan siap2 taw...

Lepas setel uruskan delin tu, kami pi ke sekolah asal dia. Ye lah nak maklumkan tukar sekolah ke apa kan.  Rupanya tak payah pulang buku2 teks suma u olls, bole je bawak ke sek khas tu. Cuma bagi surat kat sekolah asal tu dan bgtau dah berpindah.

Selesai urusan kat pejabat sekolah asal tu, kami nak carik Pn Ranjit Kaur, guru kelas delin.  Byk sgt delin cerita pasal cikgu ranjit ni. Dari cerita delin sgt baik orgnya. Dia pun ada cerita dgn cikgu ranjit yg dia nak tukar sekolah. Cikgu ranjit kata kat dia, suruh mak datang sekolah jumpa cikgu.  Kata Delin cikgu ranjit lah salu betulkan rambut dia.  Sapukan bdak muka dia kalau ada capuk. Pendek kata, aku pun teruja nk jumpe Pn Ranjit yg delin salu ceritakan tu. Katanya cikgu ranjit tak pernah marah dia. Dia baik.

Masa pi bilik guru, takde pulak cikgu tu. Agaknya mmg rezeki kami lah kan, bila aku pusing je aku nampak seorang wanita berjalan dgn lemah lembut, agak berumur, berketurunan Sikh. Gerak hati menyatakan dialah Pn Ranjit. So aku dgn SP pun dtg dekat dia dan aku tnya. Ni puan Ranjit ke?..Ye, sayaa..dia jwap dgn lembut. Bila aku kata kami parents delin...wah, senyum dia. Oh, ya.

Lama gak kami sembang. Puan Ranjit kata, semlm dia tanya delin. Bila nak tukar sekolah. Amboi pandai delin jwp. Belum lagi cikgu, tunggu surat katanya.  Well, betul lah tu kan. Pn Ranjit kata, mmg dia salu perhatikan delin. Mmg dgn dunianya sendiri.  Kawan2 pun salu asingkan diri dari dia. Delin lebih pada buat hal dia sendiri dan bercakap2 sendiri kat tingkap seolah2 ada kawan katanya.  Salu je dia panggil delin dan elakkan delin dari berkhayal sendiri.

Jadi bila kami cerita kat Pn Ranjit yg dia dah daftar kat sekolah khas kat seblah dia kata. Good for her.  Sekurang2nya dia dapat belajar mengikut tahap kemampuan dia. Maklumlah darjah 4 dah way long untuk bdak kategori slow learner cam delin tu kan. Ntah nape, kalau ckp pasal delin dgn sapa pun, aku ttba je jadi sebak tau. Terutama kalau org tu paham apa yg aku rasakan. Dulu dgn cikgu Sarimah pun gitu.  Bila org yg mengerti keadaan Delin tu, aku rasa gembira campur sedih sbb masih ramai lagi org lain yg paham instead of org kata dan hina macam2 kan pada dia.

Sebelum kami beredar, Cikgu ranjit serahkan buku laporan belajar, fail pribadi delin pada kami.  Sambil ucapkan terima kasih, aku sempat bergurau dgn Cikgu Ranjit, yg delin sayang dan suka sgt dgn dia.  Dia salu je cerita macam2 kat aku pasal dia.  Ketawa gembira Cikgu Ranjit dengar. Dia pun kata, I m glad that dia pegi sekolah khas. Good for her for her future.  Semoga dia berjaya kat sana.  All the best to her katanya.  Aku bersalaman dgn Cikgu ranjit dgn ucapan terima kasih kami teros beredar dari situ.

Tghari bila balik sekolah, wah mcm2 cerita delin bawak. Ternyata dia gembira sgt sekolah kat sana dan tak sabar2 nak sekolah lagi. Nak pergi kantin pun dibantu cikgu katanya. Tapi since dia dah 3 taun kat sekolah biasa so takde masalah langsung tuk dia uruskan diri.

Aku tgk ada 2 kelas tu mmg bdak2 nya mmg tak bole urus diri dan kena bantu.  Tu kelas tahap ke 8 dan ke 9.  Mmg kelas2 ni ada yg down syndrome dan autisme.  Manakala kelas cacat pendengaran terletak agak jauh kat belakang kantin.  Kelas delin suma bdak2 nya cam dia gak. Pandai urus diri sendiri dan tidak berada ditahap teruk. Menurut puan Rozita kelas delin tu guna silibus darjah 2.

Dah selesai suma perkara, lega rasanya.  Biarla delin meneruskan persekolahan kat situ. Byk sungguh aktiviti2 yg sek tu adakan setiap kali.  Pn Rozita siap bgtau bulan April nanti mereka nak buat lawatan ke Singapore -universal studio katanya.  Wah, bestnya kan. Dia pun bgtau buat pasport nanti for delin percuma je sbb ada kad OKU. Khabarnya merekan nak melawat sek vokasional kat jB sbb nak dedahkan bdak2 ni dgn kemahiran vokasional bila dorang dah besar nanti. Bagus kan?.Cumanya aku ni tatau lagi la nnti hati aku ni benarkan ke tak kan..maklumlah. Tahun lepas mereka buat lawatan ke Sabah.  Agaknya byk peruntukkan untuk mereka kan, sbb tu aktiviti2 menarik.jejauh pulak tu. Tu belum campur aktiviti sekolah, melawat kat mana2 tempat kat KL ni..pendek kata penuh lah kalender dorang dgn memacam aktiviti.

Aku terpaksa buatkan buku akaun BSN yg lain utk Delin. Sbb yg hari tu x bole pakai.  Rupanya buku akaun tu akan disimpan oleh sekolah dan setiap kali nak gunakan duit untuk apa2 aktiviti sekolah spt rombongan sambil belajar tu kan, duit elaun kebajikan masyarakat tu lah yg akan dorang gunakan. Cikgu kat sekolah khas tu akan monitor suma duit yg ada dlam tu dan pastikan ianya digunakan untuk murid tu pnye sahaja..Bagusnya..at least mmg pasti wang elaun tu mmg untuk kegunaan mereka jer. So takde lah org lain yg leh amik kesempatan kan.  Bagus proses dan prosedur dorang untk memantau, demi kepentingan kanak2 OKU yg mendapat bantuan bermacam2 dari jab kebajikan masyarakat kan.

I m totally glad and relieved now tat we have done our best for Delin kan.  Pada kawan2 yg ada anak istiwewa mcm delin, jgn putus asa.  Kita kena sama2 bersemangat untuk mendapatkan yg terbaik untuk mereka. Mereka juga punya hak untuk meneruskan kehidupan demi masa depan mereka. For that, kita ibu bapa yg patut sanggup bergolok bergadai segala mala untk mereka.


For now, all i can say Alhamdulillah. Sbb sumanya berjalan lancar. Syukur pada Allah yg buka hati kami, yg buka minda kami utk mencari jalan yg sememangnya dah terbentang di depan mata. Cuma tunggu kita sendiri jer menggerakkannya.  Tu sbb org kata kena sentiasa berusaha for the best kan.

Sementelah mama dgn ayah x keje kan, biasalah bdak2 ni nak bermanja2. Terutamanya si hero jantan tu.  Nak diambik nak diantar. Being a parents kan yg mmg bukan salu dapat antar dan amik, pe salahnya sesekali buat gitu, biarpun terpaksa meredah panas bedengkang dengkung u olls, sampai nak tercabut mata ai ni ha.

Apapun sungguh badan rasa tak sihat dan tak larat. Dengan selsema, sakit kepala dan demam demi anak2 entah kemana hilang semua kesakitan tu. Entah mana kekuatan aku dapat nak meredah panas yg maha dengkung untuk settlekan urusan bank, antar dan amik anak kuar balik sekolah lah tuisyen lah kan.

Alhamdulillah, kerana segala2 ujian yg Allah beri ni semakin memberik kekuatan dan ikatan kasih sayang kami sekeluarga mau kan yg terbaik untuk semua.

Semoga Anak2 besok bila dewasa dapat menghargai segala jasa dan pengorbanan yg kami buat selama ini untuk mereka. AMIN..Segala yg kami buat untuk mereka adalah seikhlas hati demi kasih sayang kami pada mereka amanah Allah....

February 5, 2012

Jangan Salahkan Kita Orang

Hari Sabtu semlam takde plan nak kemana2 pung, alih2 ttba ahkak ku mintak tolong datang umah dia and buatkan something.  Aku ni kadang panas hati dgn adik beradik ni tapi tang dorang mntak tolong tu usahakan gak lah kan nak tolong. Air di cencang kan takkan putus katanya.  Sowilah ahkak geli ye, ko pun x sms awal2 mau mampir ke Rawang.  Lau tak leh buatkan mee bandung ka..cokodok ka and jemput dtg umah.  Hp ai sejak tukar samseng galaxy ari tu, suma contact no tak kuar nama..tu pasal tak kenal. Lenkali nak turun rawang hello awal eeek?

Lepas kenyang tido berejam, lepas asar kami gerak. Plan mmg nak tido umah dia lah kan kat Meru tapinya laki bukan jenis senang2 nak tido umah adik beradik aku (adik beradik dia takpe katanya..huhu x adil). Tapi tak pe lah, aku pun bukan jenis suka tido umah kakak aku tu pung. So lepas siap suma (tolong buatkan paper work untuk plan perniagaan restoran dia benarnya) nak apply loan ke apa. Aku tolong touch up mana2 yg patut jer sbb nak submit ke Tekun ke apa ntah.  Tgh malam pun sanggup gerak balik umah tu.

Hari ni, mmg ada jemputan kawin kat Ampang hilir.  Teman sepejabat SP la. Kedua2nya. Pengantin lelaki dan pempuan keje kat bank yg sama cuma lain department je.  Janji la dgn 2-3 org kawannya nak pi togeder2 dan konvoi dari office.

Aku ni tatau pun si pengantin pempuan nama mimi tu upanya ada keturunan Indon seberang. Padanlah masa sampai tu aku rasa mcm salah majelis jer, pesal ramainya indon. Upenya mak si mimi tu Indon, paknya org tempatan.  Pengantin lelaki dan pmpuan buat satu majlis di dewan. Means mak bapak pengantin lelaki dan pempuan sharing buat kenduri.

Takkan nak pi tangan kosong kan, gelabah gak nak carik adiah barang tea set ke hape kan.  Nak bagi memahal tu tak ler bape mampu. So hagak2 bajet dalam 50hengget katanya.  Kul 10 am byk lagi kedai tak bukak kat Rawang ni tau. Sudahnya singgah je kat Tesco. Maklum nak kejar janji melayu jmpe kat off SP kul 11 kan.

Cari pnye cari dapat lah dinner set.  Tapi set for 2 jer . Cawan dua, pinggan dua, ntah hape lagi. So suma ada 7 sets, taktau apa dalam , tak dan nak suh bukak ke hape. Harap2 takde yg retak ke pecah kan.  Nak kejar masa katanya.

Udah sampai kat opis SP sorang kawan dan familinya dah ada. Tunggu sorang lagi, berjanggut gak.  Hari ni cam haram byk sgt roadblock tau nak masuk KL. Nape ntah tatau.  By time mamat tu sampai dah dekat2 kul 12tghari.

Ngam lah kami org yg terawal sampai. Dewan DBKL kat tasik ampang tu best tmpatnya.  Damai je mengadap tasek.  Makan pun not bad, sedap.  Cuma tak sedap agak ramai sungguh indon.  Dari rupa, gaya berpakaian mmg nampak ketara sangat lah mereka itu indon, Yg anak darana pakai baju kebaa ketat kain batik ikat ala pario, baju jarang berkemban, ish tak sesuai. Lom lagi yg pakai maxi jarang giler transparent, diri kat depan main door. Gila sungguh. Pendek kata, pesen2 depa ni mmg tak semenggah. Yang ada berjubah pun betul2 stylo Indon cam sinetron tu u olls.

Dah sudah makan, konon nak lepak la kejap sementara nunggu kwn2 SP yg lain. Hadiah tadi tu dah diletak kat tmpat special kat entrance. Ada aku tgk ramai org kat situ tapi masih keliru mana satu mak pak pengantin ni.  Dah 2 pasang mak bapak. Harus siapkan 4 sampul surat kan. Dua for SP dua for aku.

Sambil tunggu gitu, tgk lagi fesen show percuma sedara mara pengantin yg hampir 80% indon belaka.  Terasa berada di Jakarta pulak tau.  Dalam sejam lepak kat situ, malas dah nak berdiri lama kami decided nak balik, tapi sebok carik mak pak pengantin takde bole??.  Pi kat depan tanya dorang kata kat belakang.pi belakang tanya katanya kat depan. Haiyoooo mcm bola kami dibuatnya u Olls. Dah la masa kul 1 tu dah ramai sgt yg datang, barisan nak amik nasik tu panjang giler.

Believed me, salu kalu kenduri kita leh agak mak bapak pengantin kan, yg ni langsung tak leh agak. Sbb sedara mara pun dressing vogue cam nak tgk anugerah Juara Lagu u ols.  Baju kurung langsung takde, Suma patter kaftan tu, jubah vogue dan fesen kebaya bandung berkemban tu. Yg ada aku tgk sedang berjalan terselak2 kain batik yg di ikat ala pario tu.Sampai Amal leh kata, ma nampak spender dia ma,pempuan tu..hiissh.

Dah penat kehulu kehilir semata nak salam kaut dgn mak bpak pengantin tapi tak jumpa bole??. Suma pun cam wat tak kesah jer, apalagi...kami blaaaaaaaah la. Haha. Bukan takmo bagi kan. Patut dorang buat satu pintu tuk pihak lelaki, satu tuk pihak pmpuan. Boh signboard kat situ. Kan senang. Ni tak tetamu yg gelabah nak carik tuan rumah..hapaaadaaaa..

So, natijahnya, kami tros balik jer. Duit salam kaut simpan la balik dalam purse kan.  Naseb ler bukan salah kitarong pun.  Kami memenuhi jemputan dan satu kuarga makan dgn kenyang..tima kasih pengantins!.

Dalam sejarah la, pi kendri kwin duit salam kaut tak laku u olls...haha

February 2, 2012

Addeelyn.

Finally, i have a piece and quite time to write in my belog aah. Smlm tu berkobaran semangat nak update dari umah uolls, maklumlah coti tapi sungguh hampeee belaka.  Idak ler dapat bersenang lenang pun. Rushing like mad, sampai aku rasa kulit muka ku yg halus tu panas terbakar dek sunburn u olls. Dahle serum Safi rania abess stok, nak beli adududu RM33.90 tu..nnti dulu lah. Bulan ni byk sudah belanja, so biar la dulu..tak penting tu..pakai je uV cream safi rania yg 2 tu dulu yeee.

Dalam aku bercadang nak piece in quite dok bersejot2 kat off tghari ni , cina2 + yg half cina mengajak aku pi join dorang yee sang kat KLCC. Best part sendiri bayar, tong tong katanya. Hissh tak kosser aku. Aku bukan cina pehal nak buang duit aku yg tentu2nya 50hengget ke atas for that thing? lenla org banjer kan? so aku sengaja bagi alasan takmo join lah...tak rela u.

Pagi tadi pun masa aku sembang2 sama Jlo, cerita perihal delin..bole ke dia kata gini "...eh, so anak u kategori OKU, lepas ni bole la ko dapat tax release..BESTNYE!!!..WTF?..best ada kad OKU ke best sbb dapat tax relief ke or sbb lain??...dalam hati aku nak je kata kalau ko nak tax relief utk anak2 OKU byk, ko beranak lah anak2 OKU byk2 kan..haaa, pastu bole le ko claim tax relief tiap tahun...dem...bodoh pun ya kan..

Okeh, berbalik pada apa aku buat semlam ye.  Pagi2 tu nak bermalas2 pun xleh la u olls, maklum anak2 sekolah kat selangor..aku dok bumi selangor sekolah pagi plak tu.  Idak la aku tergamak cam kawan aku tu anak pi sekolah, dia terbungkang tido lagi. Hissh, tak patut gitu kan. Sian kat anak2 tu. Nak tido pun agak2 lah. Hormat sikit kat anak tu.  Not me u olls..not us laki bini.  Suma pun bangun cam biasa ari keje tu. Buat la apa patut, buatkan air ke, sarapan ke. Roti pun takpe, janji antar dorang kat muka pintu naek bas sekolah, dapat dorang salam peluk cium tu..kan baik begitu.  Berkat hati anak2 nak belajar kans.

Amal mentang lah ayahnya coti, mintak di antar di ambik. Ye lah kasik chance kat anak2 katanya. Hehari nak bermanja ayah antar x leh, coti wilayah leh amik kesempatan.  Sementara ayah antar amal ke sekolah aku sempat facebooking...basuh kain seround, sidai kain.  Kakak dah lama pi naek bas sekolah tapi siap pesan tghari nanti pun nak ayah amik, petang nanti pi KOKO pun nak ayah antar jugak...ye la nak ooi.

Si Delin mmg kami tak sekolahkan semlm. Sbb pukul 9am ada sessi temuduga kat sekolah khas yg dia nak masuk tu.  So sambil buang2 masa kemas2 apa patut, lepas SP balik antar amal sempat lagi basuh kain 2nd round. Pelik aku dng umah aku ni taw, sehari tak basuh pun penuh laudry basket..apalagi seminggu uolls?? fitaam..lepas golek2 bagai dalam kul 8.15am kami kuar umah. Pi serapan kat mamak seround dulu baru pi ke sekolah tu.

Mmg kami dah di nanti rupanya. Borang2 pun dah siap diisi u ools, Pej pendidikan dah  maklumkan kat Puan Rozita tu.  Lama juga kami kat sana..dekat 1.5 jam gitu.  Assesement for Delin, aku kena isi borang bagai.  Byk perkara kami bincangkan.  Puan Rozita sgt calming orgnya, memahami sgt masalah bdak2 cam delin ni. Maklum org berilmu, berpengalaman hands on dgn bdak2 cam ni kan. Bkan mcm org kat PPD tu men taraaaaaam saja.  Dari perbincangan dan assesement delin dia kata delin ok. Tak la terus sgt. Cuma mgkin kadar IQ je way behind.  Ada juga dia ckp maybe nak tmpat kat delin kat darjah 1 - kelas biasa.  Sbb sekolah tu mmg ada sek biasa dan sek khas. 

Ramai org salah sangka, bila antar anak ke kelas khas anak kita akan dicampur dgn bdak2 down sydrome, autistic, lembam cacat dan sebagainya. Sebenarnya presepsi tu suma SALAH.  For u all tahu, aku pun dulu berfikiran negatif macam tu, so takmo delin masok sek khas. Sbb nanti dia akan tanya byk soklan nape org tu cacat bla bla bla.  Sebenarnya sebelum masuk, tu sebb dorang asses dulu kebolehan dan kemampuan bdak2 tu bukan men hantam lanyak dalam satu kelas.

For Delin pnye kes la contohnya..tak semesti dia kena dok kelas utk bdak yg paling lemah/lembam sbb dia dah pandai menulis, membaca mewarna. Infact, dorang bagi puzzles , bagi manik suruh masuk dalam jarum suruh mewarna dan macam2 lagi. She done it with excell.  Beria cikgu2 tu memuji, pandainya..........

Masa kami datang tu ada satu parents bawak anak dia. Umur aku rasa dalam 7-8 tahun kot. Mengidap Cerebal Palsy..for u ols taktau ni mcm cacat akibat sawan tu, anggota badan jadik bengkok2 tu. Dok atas kerusi roda.  Dorang tu datang takde appointment pun but sek tu still terima.  Utk kes2 begitu dorang kata biasanya akan di hantar ke PDK (Pusat pemulihan dalam komuniti) sbb sek yg situ khusus untuk mereka yg ada masalah pendengaran dan pembelajaran jer.  Melihat tu aku betul2 jadik insaf sgt u olls.  Bdk tu x bole berckp..cuma bole senyum. Bila panggil nama pun kdg respon kadang tak.  Paling sedih, pegang pensil, assesmement suma pun dia x bole buat.

Sbb tu kita kena salu muhasabah diri, dugaan bagi kami delin. Normal jer, takde cacat anggota dan cela, cuma pemikiran jer.  Syukur suma tu kan??.  Idak ler teruk kena pakai kerusi roda, tak bole langsung urus diri sendiri. Lagi sedih u ools. Delin suma2 pun bole. Kena salu tgk benda2 macam ni untuk bagi kita insaf dan sedar bahawa dugaan org lain lebih besar dari kita.  Aku tgk parents budak tu Masya Allah...tenang jer dua2 nya, sabar jer. Muka pun cool jer. Mesti sabar dia beratus kali ganda dari kami kan, tu sbb Allah uji mereka gitu. Allah takkan uji hambanya kalau dia tau kita tak le terima. Kena ingat tu selalu.  Lepas tu kami masuk pejabat bincang dgn Puan Rozita. Dia kata dalam masa seminggu, tunggu surat penempatan. Pastu byk la dokumen kena potostat suma 3 salinan. Nak kena bukak akaun BSN pun tuk delin. Byk lagi lah kena buat.  Sementara tu, Puan Rozita kata antar je sek mcm biasa. Once dapat surat nanti baru dtg sek situ.  Tu lah antara cadangan puan Rozita nak masukkan dia kat darjah satu. Dia kata nak cuba setakat mana kemampuan delin..kalau bole move on akan naek ke darjah dua dan seterusnya.

Dia kata lagi, bdak2 begini akan ada tempoh sampai umur 14thn sblom ujian UPSR. Kalau dorang ase layak sit lah for exam, kalau tak tak payah. Kerajaan kita bagus dia kata, peluang untuk org2 OKU ni terbuka sgt luas. Tak leh excel in akedemik bole carik kemahiran lain. Kerajaan akan bantu. Jalan untuk dorang sangat mudah sbb tak bnyak saingan. Pendek kata, sungguh bermotivasi dan hikmah tau kata2 Pn Rozita tu.  Org macam inilah kita perlukan. Dia sendri kata bdak2 begini bukan bodoh, bukan lembap. Dorang pun tak mintak gitu. Kita yg normal ni perlu bimbing dorang dgn sebaik mungkin.

Delin sgt suka dan teruja kat situ. Sekolahnya seronok katanya. Cikgu2 suma baik2. Cara melayan sangat lemah lembut, sopan.  Bdak2 istimewa begitu mmg la kena treat begitu kan. 

Usai urusan lebihkurang dekat kul 10 lebih.  Mana tau kuar je sekolah tu, ttba keta tak leh start. Sudah!!!. Mmg bateri dah kong. Maklum lah dah 3 tahun sejak beli batrinya tak mati2. SP pun ada ckp ari tu, masa balik kg ari tu dia dah beli spare bateri dah pun.  Mujor la dia pandai nak tukar bagai. Lau tak pangge mekanik ntah berapa hengget ratus dia charge.  Panas bedengkang pulak tu smlm  u ools..

Dah siap tu rushing ke kedai pulak. Kakak nak tudung kale itam on last minit request.  Nak ke pekan rawang takut tak smpat sbb kul 11am amal balik sek KAFA. Meredah bebrapa kedai kat Country Homes tu, tak de jual u olls tudung itam..apebender ler.. Dan 3 kedai pi give up lah, kami lepak kedai mamak lagi sekali minum sementara tunggu amal balik. Aku pg2 tu dah kuarkan daging, ikan  bagai nak masak kununya lah kan..mana tau tak dan.

Kul 11am ambik amal balik KAFA dah mengadu hero sorang tu lapar. Mana sempat nak masak lagi kan. Kul 12 lebih nak gi sekolah SK pulak.  So singgah kedai kejap.  Beri dia makan nasik baru balik umah.  Masa balik tu laundry semesin lom sidai. Aku sbok nak masak. Karang kakak balik tghari nak makan.  SP tolong sidai kain sementara amal dgn delim men game kat lappy.

Kul 12.45 pm SP pi antar amal gi sekolah kebangsaan.  Pastu amik kakak yg abes sekolah kul 1tghari.  Masa tu aku dah siap masak pun. Goreng ikan, goreng sayur dan buat dendeng daging. Pukul 1 lebih kakak tiba umah.   Rehat kejap, pastu kena get ready nak pi Ko KO kul 2 lebih. Aku, delin pun ikut sama sbb nak ke BSN bukak akuan for delin pnye elaun OKU nanti.

So, lepas antar kakak pi sekolah kami tros pi pekan Rawang. Selangor keje semlm so urusan banking bole jer. Jenuh u ols, ai menunggu dari kul 3pm kul 4.45 baru dapat giliran. Ramai giler org2 nak amik duit bantuan satu Malaysia tu. Yg tua ramai. Merungut2 dorang, sampai ada yg terlena.  Pukul 5 lebih aku selesai urusan suma2 tu, masih ramai lagi yg nak amik duit bantuan tu. Aku ingat mesti sampai kul 6 lebih kot smlm kaunter bsn baru slesai suma. Selow giler dowwh.

Dari situ teros nak balik . Kena gi sekolah amik kakak yg balik kul 6. Perut aku lapar sungguh. Mana tak makan nasik pun masa kul 11am menyuapkan amal tu. Delin pun merengek lapar.  Dah la dari pekan rawang ke rumah jammeddd hazaaaaaaaaab u ols.

Sementara SP isi minyak kat Petronas, aku amik kesempatan tapau nasi goreng kat kedai sebelah dia tu..sama air. Dah lapar u olls gigil tu.  Dalam jammed gitu sempat gak aku makan, suap delin..dan suap drebar jugak yg kelaparan.  Dalam perjalanan kakak dah kol kata dah bole balik.  Pukul 6.15pm baru kami sampai amik dia, rushing ke masjid jap for Asar.  Pastu lepas Asar pi sek keb amal pulak jemput dia.  Sudah2 suma tu kami pi kedai gambar pulak, nak kena amik gambar delim 4 keping. Sementara nak tunggu siap tu, kedai mamak lagi..(smlm baru aku sedar 3x pi mamak uolls) haha.  Setengah jam siap katanya. So kul 7 dah sudah makan baru lah amik gambar dan balik..


Phewwww.....penat giler u olls. Muka ku ase terbakar panas.  Badan rasa letih dan melekit2 u olls. Tak padan dgn urusan2 tak padan dgn cuti.  Dalam sejarah aku pi urusan kat bank sebgtu lama u oolss.betul2 dalam sejarah.

Apapun sumanya dah selesai.  Tunggu surat penempatan for Delin jer. Seblum get ready dokumen2 yg sekolah tu perlukan dan nak kena ntar.....

What a day!!!


January 31, 2012

Apadaaaa?

Semangat nak menaip tu  kenkdang membuak2. Cumanya kemalasan mengatasi segala. Ye lah, menaip kat ofis yg penuh gangguan kan. Lagipun x senang weh nak berbelog sedangkan keje menanti berderet2 kans...Byk nak taip tapi biasalah tang jari ready kat keyboad je sumenya blank. Menci betul.

Masa hari rabu lepas raya cina hari tu, aku dgn SP amik coti sehari.  Sajer nak ke PPD uruskan pertukaran sekola delin.  Pepagi lepas sarapan kat umah mak kat kg kami gerak pelan2.  Akak kena keje ari rabu tu, so masa akak pegi, kami baru je nak bersiap2 balik.  Kesian tgk anak akak si Yen, tinggal la sensorang dia bila kami balik kan.

Kami pi PPD dalam kul 11 lebih gitu, balik umah kejap antar apa yg patut, basuh kain seraound dua. Kakak pun malas nak ikut katanya. So kami bawak si dua rascal jer lah kan.

Ngam2 sampai kat PPD gombak tu terus kami amik no. Lama gak nak menunggu.  Gaknya dalam kul 12 lebih kot baru nombor giliran kami kena pangge.  Lepas bagi surat, borang apa yg patut, pegawai tu kata encik dok dulu nnti kami panggil bila dah ready.

Bawak dua org rascal yg tak leh dok diam biasalah kan.  Ase nak jer cubit2 dua2 tu. Menjadik sungguh kalau ada dua2. 

Tak lama tu kuarlah pegawai yg incharge..aku tgk nametag nye nama 'Ramlan" - bukan nama sebenar. Mid 50's kot, pendek2. Gelap sikit.  Lepas dia bawak borang tu dia kata delin pnye masalah dyslexia tu kena sekolah kat tasek puteri sbb sekolah tu je ada.  Suprising, pada pemahaman dia dyslexia tu baca hurup2 terbalik2..b and d..e dgn a..cam tulah lebih kurang. Dia argue kenapa kami apply for sek khas kat rumah kami tu.

Katanya sekolah tu untuk kanak2 lembam/lembap!.  Kalau delin masuk situ dia akan bergaul sama2 bdak2 gitu dan dia akan jadi teruk gitu katanya!!.  Bila aku argue kata masalah delin bukan semudah yg dia sangka..aku cerita learning disabilities yg delin hadapi. tau apa dia kata, dr takde tulis tu pun??? dr cuma tick kat dyslexia colum jer. Aku panas hati lah kan..En, cuba cik tgk kat bawah tu..dr tick jugak 'learning disabilities -masalah pembelajaran.

Kami dah cuba selama 3 tahun biar dia kat sekolah biasa. Ternyata dia tak bole encik. Bukan kami suka nak bagi dia msuk sek khas, now dia dah jah 4, dia cuma bole baca lancar tu pun sbb kami usahakan private tutor dan kami usaha sendiri. Dia tak bole carry invironment kat sekolah biasa. Dia tak tau camne nak buat homework, dia tak paham apa cikgu cakap dan beri arahan.  For that 3 years, kami rasa dah cukup for her. Kami tak nak buat eksperiman lagi.  Nnti dia yg tertekan. Afterall kat sekolah pun kena buli jer. Sbb umur dia 10 tahun tapi akal dia masih di tahap 5-6 tahun.  Tu aku kata. Baru dia cam nak terima. But still mengatakan yg kami pasti ke nak antar dia ke sekolah khas bolee??. Surat kebajikan masyarakat dah ada.  Mereka remarks delin as OKU -LD lemah pembelajaran. Tu tak cukup lagi ker?. Dia ingat kami hard up sgt ke dgn RM150 yg dia kena proses tu???...please lah.

Silap org lah kalau bercakap dgn aku kan. SP kata dah betahun kami ulang alik ke hspital infact sekarang pun masih jumpe therapist pakar kat hspital selayang. Kami tau kemampuan anak kami encik. Kami tak mau dia terseksa buat benda yg kami tau dia tak bole buat!!!. lgpun SP kata, saya dah pergi sek khas dgn umah kami tu, mereka yg suruh saya datang sini uruskan pertukaran. Saya harap mereka takde masalah terima anak saya. Lgpun ada 5-7 org lagi budak bermasalah sama mcm anak saya kat sana.

Baru lah terdiam. Then barula dia kata, Ok kalau en pasti tak pe saya akan siapkan surat ke sekolah tu. Sbb nak kena temuduga dng Pn Rozita penyelia sek tu katanya.   En Ramlan tu masuk dalam balik. Kami tunggu lagi for almost 30 min then dia kuar. Bagi surat suh pegi sek kat Pn Rozita tu..SP kata bila tarikhnya? dia kata esok..mende?? sek coti raya cina seminggu tu kan?..eh, katanya ye tak ye..then dia msuk dalam balik bawak surat tu..bolee???

Pas dalam 15 minit dia kuar lagi. Masa tu aku malas nak tunggu kat dalam dah aku tunggu kat luar jer.  Masa nak bagi surat tu SP kata dia tnya lagi..En, pasti ya nak msukkan anak ke sekolah ni??..WTF????. SP jwap selamba..kami dah lama pasti!!!. Then dia kata, ok lepas dapat result dari Pn Rozita kena bawak sini cepat sbb dia bole proses cepat..Ya la tu kan!!

So surat tu menyatakan, delin kena hadiri interview dgn Pn Rozita kat sekolah tu esok 1hb Feb kul 9am.  Aku mmg harap2 sgt delin dapat masuk sekolah tu. Tak kesah lah, lepas ni dia tak mungkin dapat masuk sekolah biasa balik tapi itu lebih baik tuk dia, tuk masa depan dia. Kami tak bole terus2 san seksa emosi dia dan paksa pi sekolah sedangkan hehari dia akan tanya "ma, sok sekolah ker??'..

Yg aku geram nak je aku ckp kat en Ramlan tu..en dyslexia bukan masalah  baca terbalik2 jer..luas lagi pengertian dia...en nak saya ajar en surfing internet cari ke??..hissh

Ni aku paste kat internet..have it read your self .

Dyslexia is a neurologically-based, often familial, disorder which interferes with the acquisition and processing of language. Varying in degrees of severity, it is manifested by difficulties in receptive and expressive language, including phonological processing, in reading, writing, spelling, handwriting, and sometimes in arithmetic.

Dyslexia is not the result of lack of motivation, sensory impairment, inadequate instructional or environmental opportunities, or other limiting conditions, but may occur together with these conditions.

Although dyslexia is lifelong, individuals with dyslexia frequently respond successfully to timely and appropriate intervention
Learning Disability is not a specific term; it is a category containing many specific disabilities, all of which cause learning to be difficult. The following definition of "learning disability" is used for legislative, financial, and educational purposes only.




The term 'learning disability' means a disorder in one or more of the basic processes involved in understanding spoken or written language. It may show up as a problem in listening, thinking, speaking, reading, writing, or spelling or in a person's ability to do math, despite at least average intelligence.



The term does not include children who have learning problems which are primarily the result of visual, hearing, or physical handicaps, or mental retardation, or emotional disturbance, or of environmental, cultural, or economic disadvantage.