January 21, 2010

Maybe I need a break..Good Break

Semalam kami pi keje bawak keta iswara lama tu. Sbbnya ada org dari Melaka nak nengok. Rupanya ngk2 terus pi puspakom terus pi amik keta tu bawak balik Melaka. Dia bayar sket duit so that SP hold geran sampai dia bayar abis. As a result, terpakse le kami berdua2 an balik naek komuter.

Mula2 aku kuar jalan dari off aku terus ke Raja Laut. Berpeluh jugak nak sampai. Kalau naik kenderaan awam mmg tak leh pakai and buang masa sbb jammed. So aku decided naik kaki sendri jer. Setengah jam jalan sampai off SP kat Rj laut. Lepak kejap minum2..then jalan lagi. Kali ni nak ke The mall pulak amik komuter dari sana...rasa nak tercabut kaki aku. Maybe 2-3 kilo gamaknya lemak aku terbakar. Time2 balik keje biasaler Komuter manjang penuh. Tapi takler penuh mcm sardin. So so jer. Kami naik kul 7 pnye komuter, by time reach Rawang dah dkat 7.45pm. Dah siap aku kol kakak, suh amik adik2..suh depa mandi. With demand dorang nak Mc D pulok for dinner. Rasa mcm those day zaman bercenta2 pulak..jalan dua2 melintas jalan...cuma idak ler pegang2 tgn all the time!!...eeeh, melampau terlebih lomantik pulak gitu..over..time2 lintas jalan tu pegang lah..lepas tu jalan jer cam biasa..ha haha..Sampai kat Rawang, we all dah kelaparan. So kami singgah makan dulu. Lpas tu baru ler pi MC D tapau tuk bdak2 tuh. Ingat kot nak amik bas jer, tapi almaklumler kaki aku sakit jalan pnye jauh we all decided naek teksi sapu jer..Not bad RM15 ko...takpe lah sekali sekala, sakit kaki pnye pasal sanggup aku bayar...

Quite kelakar bila takde keta kat laman..lapang jer. Anak2 sbok tnye mana keta ..mana keta...terlebih advanced..amal tnye SP.."ayah kunci keta baru dah dpat dah?"...ish ish ish tak sabar dia. Penat nya aku tuhan jer yg tau...pengsan terus sampai pg.

And pg ni, tekak aku rasa semacam skit, bdan pun sama..kepala dah berat semacam...haai..ni suma tanda2 aku nak selsema, nak batuk nak demam. Gamaknya soon ler tu. Aku dah tentu tak leh MC, sbb boss takde. Esok pulak jumaat, byk benda kena buat. Ada takde, balik kang makan antibiotik jer..mau nya sabtu ahad ni aku terlepek. Bagusler....keta pun takde. Jadik dok umah je dendiam....lgpun bkan selalu gitu..sesekali pe salahnya.

Aku rasa, I need a break...long break..kena berehat lama sket. Byk sgt keje aku lately byk sgt benda aku kena settle....jadiknya aku dah apply cuti, 29 Jan tu mmg company off and 1 hb tu Hari Wilayah....aku mmg dah plan nak gi PD jadik aku sambung jer sampai 2hb Feb. Its a good start for us in new year..ada rezeki beli kereta baru. Tak pernah amik kereta totally baru this will be our first time. Selama ni keta 2nd hand jer yg mampu. Alhamdulillah, rezeki kami, rezeki anak2 tercapai hajat gak....Bulan ni takkan start lg the installment...so bulan ni bole man2 dulu...bulan depan..siap ler ....Apapun, syukur. Allah murahkan rezeki kami dapat menikmatinya...................

January 18, 2010

Mind our own Smell!!

Salah satu perkara yg aku agak pantang ialah bau-bauan. Taktau nape hidung ku ini sgt sensitive dgn bau2 terutama bau2 busuk atau pun yg kurang menyenangkan. Contohnya kat lam bilik, kalau ada bau kepam or busuk aku akan carik sampai jumpe mana puncanya. Selagi aku tak jumpa selagi tu lah aku tak akan puashati. Kat dapur pun sama, ada sekali tu aku tersmell bau busuk yg aku suspect bau cik siti mati. Bila aku ckp dgn SP dia tak caya. 2-3 hari lepas tu mmg true enough cik siti dah terkorban sampai ber***. eei..

Kalau kat lam bilik air pun sama. Kepantangan aku kalau bau2 busuk ada. Kalau bdak2 lepas guna or kencing, pantang aku kalau tak diflush atau pun disiram. Sbb tu aku penggeli dgn tandas. Cuma 2 tandas jer yg aku mmg tahan..Satu kat umah, satu kat pejabat. Klau nak terbe*** tapi aku bole tahan selagi tu aku takkan buang. Kecuali kalau tak tahan sgt. No choice. Cuma kat Petronas petrol pump je yg aku rasa tandas depa bersih. Tu pun tak semua.

Skg aku nak citer pasal bau badan pulak, or bau baju. Pagi tadi lepas aku kuar dari breakfast kat canteen off aku aku berjlan kat belakang sorang kakak ni. Pakai baju kurung, nampak neat, cuma bila aku makin hampir mcm nak pengsan aku. Baunya dia. Aku rasa bau baju yg tak kering, dicampur dgn bau bdan/peluh dia mmg aku nak pitam rasanya. Tgk handbang bole tahan bergaya..taktauler kalau non ori. Tp aku tak leh bayangkan kalau dia pi off mesti semua org lari ....

Kdg2 aku rasa dorang ni tak perasan bau bdan or ketiak dorang tu. Pakaila deodoran ke apa. Alah takat minyak wangi Avon or bodyshop tu aku rasa semua org mampu nak beli. Kalau tak pun beli je deodoran ketiak avon yg wangi tu..selesai masalah. Kita bekerja, bercampur dgn macam2 org, mesti kita tak mau org rasa tak selesa dgn kita. Bau mulut or nafas pun sama. Mesti kita rasa tersinggung bila kita bukak mulut org tutup hidung ye tak?. As for me, aku sentiasa ada cloret dgn aku. Kalau aku rasa aku makan benda2 berbau mesti aku cepat2 kunyah clorets. Bos aku pun cam tu. Sentiasa dia ada mentos dgn clorets dalam bilik dia.

Dulu masa kat off lama aku, ada sorang mamat ni bau keti... dia masya Allah. Pendek kata kalau dia masuk off sure org tau. Terutama aku sbb masa tu aku dok kat pintu masuk..Bila dia dtang je aku mesti rasa nak pengsan. Muka hensem tapi baunya sungguh kurang menyenangkan!. Ada rasa aku nak bagi deodoran je kat dia. Mcm kalau kita naik LRT atau komuter, aduhai baunya...kalau pagi2 tu tahan sikit suma wangi...tapi kalau balik, i tell u...nak termuntah. Lebih2 lagi kalu yg diri sebelah kita mat bangla..aduss....

As for me, aku sgt mementingkan bau2 yg sedap. Pertama, aku dah biasa dulu berkerja jumpe client. Mesti kalau nak pro, haruslah ada bau wangi kan. Keduanya, mmg hidung aku ni sensitif bangat akan bau2an. Jadi untuk kesedapan aroma hidung aku sendiri. Ketiganya, kat off pun aku selalu berurusan dgn bosses2 mat salleh. Jadi aku nak sentiasa berasa disenangi bila org nak dekat.

Aku ni mmg bermasalah cepat berpeluh dan bau peluh kadang2 kurang memberangsangkan. Sbb tu aku juga amik kira jenis kain yg aku pakai pada baju2 aku. Mostly aku selesa pakai cotton oxford sbb selesa. Dan aku juga pantang belengas. Aku akan mandi berkali2 sehari kalau aku rasa tak selesa..hatta memalam pun.

Aku dont mind spend few hundreds untuk beli perfume yg baunya aku suka. Disamping aku rasa yakin dgn diri aku juga rasa bersemangat bila pagi2 nak gi kerja ada bau2an floral yg menyegarkan...itu salah satu motivasi diri selain dari pakai baju yg berwarna2 cerah dan ceria.

Byk kali jugak masa naik lif, aku ditanya perfume apa aku pakai..dorang kata bau nya sedap. Begitu jugak kawan2 pejabat. Semua mereka kata bau perfume aku sesuai dan match jer walaupun aku tukar. Resmi aku, pakai perfume sampai abis baru tukar yg lain. Aku tak percaya, hari ni pakai lain esok pakai lain or lusa pakai lain. Ye lah, perfume tu mahal, idakle aku buang duit beli 2-3. Mcm2 jenis aku dah pakai. Harga pun bole tahan mahalnya. Dari JP ke Ck, dari Ck ke Dior....akhirnya terkini aku tukar ke Elizabeth Arden pulak. Believe me Pretty by AE mmg perfume tersedap baunya setakat ini. Masa aku beli pun ada promo mega sales..RM238 for 2 botol. satu 50ml dan satu 30ml.

Sekali beli perfume, setahun dua tak payah beli pun. Baunya lasting dan sedap, tak yah susah hati nak pakai byk jenis. Kalau nak berkira hargalah kan..cuba kita bahagikan RM238/setahun = RM22.33/sehari, kalau /24 pulak cuma RM9.96/sehari. Takkan lah itu pun nak berkira kan...as for me, Alah membeli menang memakai..yg penting kita rasa puashati, bermotivasi.

January 15, 2010

Pinjam meminjam..

Sejak aku zaman dok bujang2 lagi, mmg aku dah biasa sgt dgn kes pinjam meminjam nih. Aku masih ingat masih tu aku keje kat Farmasi. Memandangkan bos aku masa tu alim, kenalah pakai baju kurung, bertudung dan yang sewaktu dgn title menutup aurat tuh. Masa tu mmg aku ada byk baju kurung. Mostly, mak buat masa aku sekolah2. Sebahagiannya baju kakak2 aku. Dalam 8 org dok menyewa umah bujang aku tuh, ada sekor minah kelate ni mmg suka pakai baju aku. Pertamanya sbb saiz aku dgn dia sama, keduanya sbb baju2 kurung aku masa tu masih cantik2 lagi. Kwn2 yg lain sama saiz pun depa bertukar2 baju kurung gak. Yela zaman tu keje dgn gaji RM450 sebulan mana mampu nak bergaya sakan. Ada takde make up pun beli pasar malam pnye.
Masa tu pun aku baru jer belajar2 pandai beli barang2 dalaman sendiri. Ye lah selama 18 thn bergantung kat mak bapak, bila dah tercampak kat KL. Pandai2 lah nak idup. Mmg aku tak suka dan kurang gemar bab pinjam2 baju nih. Tp kadang2 bila balik keje ternampak dorang pun balik keje pakai baju kurung aku..apa aku nak kata kan. Dalam paksa kena rela gak.
Msa tu kami menyewa kat Gombak setia. Jiran kami kak Nor (dah berkeluarga anak satu) pun salu gak minjam kat kami..mostly barang2 dapur. Kdg2 gula lah, garam lah, kunyit lah. Ye lah hsband kak Nor tu keje, mgkin barang dah abis dia takde duit nak beli kot. But most of the time burn jer lah. Idakle kami mintak balik pun. Kira sedekah jer lah.
Dari kes adik beradik pun sama jugak kes minjam ni. For me mostly minjam duit. Tak kira lah abang ke, kakak ke, adik ke, aku jer salu jadi mangsa. Yg kdg2 malas nak ckp sbbnya pinjam tu jarang ada pulang balik. Dan aku being a good soul...kira sedekah jer lah kan.
Cerita pasal bab pinjam meminjam ni, aku suprised di zaman maju dan moden ni ada lagi org cam tu. Bkan takat minjam periuk belanga jer,..hatta sampai ke baju u olls. Nak kata semekin mustahil lah. Bercuti sampaike mana2...tpi tang bergaya sanggup nak meminjam. Tak sanggup aku. Dan ada kwn2 pulak yg mmg tak sampai hati nak kata NO. Sudahnya menjadi habit pulak. Time nak pakai ...tau jer mana nak pinjam. Bkan takat dia jer...anak beranak pulak tu..haiii,
Aku mmg dari kecik, Arwah bapak mmg marah sgt kalau minjam2 apa2 ni dari org luar. Adik beradik tahan lah lagi, tapi kalau sampai jiran tetangga, kwn2 mmg pantang dia. Masa dulu jiran mak selalu pinjam blender, pinjam kuali. Dan time2 nak raya tu pinjam lah acuan kuih lah, acuan itu lah acuan ini.
Kalau dah pandai bergaya, mestilah pandai nak cari kan. Beli jer lah. Tak payah la susah2 kan hati org nak pinjam. Lagipun so unhygienic aku rasa. Baju berkongsi2 peluh gitu eei ..buatnya ada kurap ke hape..kan ke naya.
Lg satu aku cukup tak suka org nak pinjam gadget. Laptop ke, kamera digital ke..handphone ke. Sbbnya kdg2 dorang ni tak peduli nak jaga sbb barang org bkan barang dia. Pengalaman aku pinjmkan kamera sampai patah mmg aku tak leh lupa sampai mati. Dah ler aku beli kamera tu pnye ler mahal (masa tu) pulak tu dipinjam patah pulak. Lepas aku beli kamera lain yg canggih, mmg aku tak kan beri sesiapa pun pinjam lagi dah.
Kdg2 dorang ni tak pikir. Tak takut kot2 masa pinjam tu rosak ke. Jatuh ker. Video camera contohnya, tuanpnye barang jga sungguh baik tp ada org yg muka tebal ask for pinjam. Kalau dah tau nak guna, pandai2 lah nak beli kan.
Kereta pun sama. Aku dgn SP mmg bkan habit nak pinjam kereta org. Org pinjam kereta kami adalah..ye lah buatnya masa pinjam tu langgar org, rosak ke keta tu kan ke jadi satu kerje nak ganti. Moral of the story, jgnlah pinjam benda2 yg tak sepatutnya di pinjam...melainkan kalau terpaksa. Kot2 nak pinjam pinggan mangkuk periuk belanga untuk kenduri kendara kat kg ke, tu lain cerita, tu pun kena makesure masa pulangkan nanti seperti mana sebelumnya....
Hentikanlah tabiat pinjam2 meminjam barang2 nih. Terutama melibatkan pakaian. Tak sehat aktiviti tu. Lgpun mgkin org yg kita pinjam tu terpaksa tanpa rela jer bagi sbb dok nag nag dia. Kalau rasa nak pakai, nak guna or nak bergaya beli lah sendiri. Bkan tak mampu. Masing2 ada keje, ada gaji takkan anak2 dara nak bergaya pun sanggup pinjam org pnye....LU pikir lah sendiri.......

January 14, 2010

Baby sitter ooh Baby sitter

Aku kalau ckp pasal baby sitter ni sometimes lemah. Bkan apa, kdg2 dorang ni too much. And yet aku tak leh nak kata apa just because for kids sake.
La ni, sejak bibik takde lagi aku antar amal dgn delin ke tadika. Since tadika tu ada nursery service aku pun antar lah dorang dua sekali kat situ pg dan petang..Masa dua2 kat tadika dulu aku bayar in total RM430 for dua org termasuk yuran tadika RM80/sorang.
Sejak delin dah masuk jah 1 tahun lepas, yuran tu ada ler kurang sket, tp aku rasa "cikgu R" (baby sitter merangkap cikgu tadika amal) ada jer cara supaya amount yg kami bayar tu maintain at least RM400/ month. Cuba korang kira...tadika amal : rm80, baby sitter RM150 =rm240. Upah baby sitter delin =RM160 +30 (transport ke sekolah). Jadi total tu skg dah jadi RM410. Sejak kakak masuk sek menengah (rm35), aku bg dia naik transport dgn dia jugak lah (hsbnd ckgu R ) Jadiknya skg ni start ujung bulan ni aku bayar RM445.
Untuk bulan Jan awal ni, aku dah kena bayar tadika amal + deposit transport alin dgn kakak Rm365. Again ujung bulan ni aku kena bayar RM445 gak. Aku ni bkan lah berkira sgt, tapi kdg2 CR ni suka jer mencharge aku terlampau2. Mentang2 lah aku jenis tak kisah..tekan abis. Tiap2 bulan aku bayar tadika amal tu. By right sampai bulan Nov lah. Ni tidak. Bulan December pun aku still kena bayar RM80 tu. Dan sepanjang bulan Dec dia bg tuition kat delin pun aku tambah lagi RM50 untuk tu. Yg paling aku tak suka, bulan ni dia kata bayar sekian sekian..ttba bila kita bayar bulan dpan, kata kurang itu lah kurang ini lah...selama 3 tahun ni aku bersabar jer sbb aku memikir, senang aku nak antar atau nak amik dorang dua. Sepelaung jer.
Masa ujung Dec tu, aku ada plan nak antar amal kat tadika lain kat Country Homes. Tak kisah lah yuran berapa. Sbb amal dah boring kat tadika tu. Dah 2 tahun kat situ. Tapi CR ni mcm ada tak suka..aku rasa dia takut income dia dah reduce lah tu. Mula2 amal happy dgn excited nak pi tadika matahari kat country homes tu. Aku pun dah tnye2 yuran. Mmg lah mahal sket RM160/month tapi kalau dia suka apa salahnya kan. For new environment. Mula2 aku tak ckp dgn CR ni nak tukar tadika amal. Tp being an honest kid macam amal yg suka bercerita, terbukak la cerita pasal nak sekolah kat tadika lain. Apalagi, tak sudah2 CR cerita2 yg kurang sedap pasal tadika tu. Mahal lah, tak bagus lah...percaya tak, lepas 3 hari amal sendiri kata kat aku dia tak nak sekolah kat tadika matahari..sbb sekolah tu tak bagus!!. Well, aku malas nak gaduh ke apa, aku just carry on jer lah kat tadika CR tu.
Delin masuk sana masa umur 6 thn. Satu hapah pun dia tak tau. Menulis apatah lagi membaca. Masa bulan dec seblum dia masuk jah satu, aku gelabah bila tau dia tak pandai pegang pensil pun!!. Apatah lagi kenal huruf. Dan ada 2-3 parents lagi yg anak sama delin tukar tadika pd tahun berikutnya. Aku tak nak salahkan sapa2 pasal delin sbb mgkin dia mmg slow, kami berusaha hantar dia ikut program cahayaku kat Tasek Puteri. Start dari Dec -May tiap sabtu ahad kami antar dia 2 jam satu kelas. Alhamdulillah, ada progress walaupun slow tp dia dah kenal huruf..dah tau bunyikan ejaan. Sampai delin abis tahun satu, pencapaian dia very slow. Dia masuk kelas yg last sekali kat sekolah, dan sampai skg masih lagi struggling.
Bila delin dah kenal huruf, CR ada lah ajar dia. Dgn bangganya dia kata delin dah pandai baca, tulis, dah pandai mengeja. Delin sekolah petang so pagi CR bawak dia kat tadika sama dgn amal dan bdak2 lain belajar. Aku bkan apa, CR hari2 dok cerita benda sama..kata delin dah pandai bla bla bla...aku bkan menidakkan usaha dia mengajar delin, tapi dia lupa SETAHUN delin di tadika dia delin tak tau apa2...not even a word!. Dia tak ingat ke, betapa kami bersusah payah antar delin kat tasek puteri tuition, menunggu 2 jam delin abis sambil memancing kat lombong just to kill time!.
As a parent aku rasa aku dah buat yg termampu. Aku dah berkorban masa, tenaga, wang ringgit, tapi aku syukur delin dah pandai sket menulis. Dah mampu buat keje sekolah. Dah tak merayau2 lagi kat sekolah dek kerana boring dok kelas. Delin skg dah berdikari, takde dah bergantung kat kakak. Kakak pun dah sekolah lain.
SP kadang2 bengang jugak pasal CR ni. Pasal duit mostly. Kata SP kalau bab2 duit ni CR selalu jer mcm cekik darah kami. Tapi aku pujuk SP. Setahun jer lagi kita sabar..ataupun kalau amal dapat masuk PRA Sekolah dalam masa terdekat ni, tak payah lah aku bayar yuran tadika lagi. Kdg2 aku takut, kalau kita berkira sgt nanti dia pun gitu. Dah la aku pagi2 buta dah antar, lewat 7 malam baru amik. Kalau ujan lewat lagi. Kalau jem lewat lagi. Jadik aku ckp dgn SP to forget about it. Duit kita bole carik. Kalau dia menipu itu antara dia dgn Allah..kita berserah jer.
No wonder lah aku selalu dgr CR mengeluh. Mengeluh pasal ada parent tak mo bayar yuran tadika. Pasal dia kena tipu. Mcm2 yg melibatkan duit. Mgkin sbb dia amik duit org yg bkan hak dia. Kita ni kdg2 tak sedar, tapi kalau ada kejadian2 gitu seharusnya kita muhasabah diri kita kan. As berniaga ni mmg untung cepat, tapi salah percaturan, kita byk buat dosa.
As for aku, aku rasa hang in there lah dulu. Tak lama pun. By next year kalau delin dah jah 3, kakak dah tgkatan 2...sure dorang bole dah berdikari. At least aku takyah antar baby sitter lagi. Paling tak aku jimat duit or else aku bayar jer kat kakak upah jaga adik..Sure kakak nak pnye.
Lagi satu aku tak tahan, CR ni jenis suka bercakap non stop. Kalau dia stat cerita..abissss....aku salu cuba mengelak2 gak, tapi kadg2 tak leh nak escape. Dia salu buat aku susah hati. Kalau amal or delin sakit, asyik sms...update bla bla bla..padahal ubat2 suma aku dah kasi. Ye lah kalau aku nak balik pun kena pikir gak sbb bkan dkat dari KL nak balik Rawang. Selalu dia over kalau bercerita..demam panas bla bla bla...tp selalu bila aku rushing balik tak teruk mana pun. Kdg2 bdak2 tu tak mo makan pun..sms aku..letih betul. Bkan apa, kalau takat selsema tu biasalah kan. After all, suma ubat aku dah sediakan in advance. Hatta coolfever untuk demam pun aku dah bg..tapi bdak2 demam tak pernah pulak aku tgk dia tampal kat dorang..ish ...
Kdg kalau ikut hati dan perasaan, mau jer aku tukar org lain. Tapi aku tak nak lah. Afterall kami dok satu taman, and senang untuk aku amik dan antar bdak2 tu kalau apa2. Jalan kaki pun kejap je sampai. Kdg2 kalau aku terlambat, aku suruh jer kakak amik . NO hal.
Itulah, dalam hidup ni aku rasa kita kena give and take. Kalau aku berkeras sgt pun tak boleh. Jadi selama aku bergantung dgn dia, kenalah aku terima. Aku rasa tu lebih senang. Aku pun hidup tenang. Kalau tak sure macam2 hal kan..
Walaupun aku tak pasti berapa lama lg aku nak bergantung dgn baby sitter, tapi aku sentiasa berdoa moga Allah murahkan rezeki kami berdua, supaya kami takde masalah nak membayar segala mala perbelanjaan berkaitan anak2 ni.. Anak2 ni Allah kurniakan dorang dgn rezeki masing2...mgkin mmg rezeki dorang nak duk sana, dan mungkin jugak mmg rezeki CR datang dari aku...Wallahu A'lam..............

January 13, 2010

Syndrome "M:

Sungguh jeles kenkadang aku tgk blog2 org lain. Ada jer citer depa tu update. Aku ni bkan takde aktiviti or takde modal cerita, sebenarnya banyak giler, tpi tu lah kalau syndrome M dah datang alamat hancuslah segala mala.

Recently mcm2 berlaku di awal tahun 2010 ni. Pendek kata benda yg unexpected pun iya jugak. Awal2 tahun gini sbok dgn sekolah, sebok dgn keje. Tpi benarnya aku mcm takde semangat langsung nak berkeja bersungguh2 bkan aku tak coba tapi sehari ke sehari ada jer dtg rasa malas aku tu. Keje aku dah makin byk, tapi management takde pun announce nak kasik bon ke, kasik increment ke. Hatta appraisal pun takde buat lagi tahun ni. Kecewa??..mmg aku kecewa sbb aku rasa sepanjang tahun 2009 yg mencabar pun sales still ada. Still consider byk. Tp management seolah2 mcm buat2 tak nampak jer. Sejak dah merge ni mcm tu lah. Semua2 di catu, semua kalau bole tak nak kasi. Mmg gitula adanya yahudi ni gaknya.
Aku cuba sehari ke sehari menjadi rajin. Mmg ada lah kalau urgent2 tu aku buat. Tapi yg tak urgent tu aku put a side. Mostly filing. Malas benar aku.
Baru2 ni, officemate SP sebok ajak berpiknik ke janda baik. Ni kali kedua dah dia ajak. Jadi aku pun tak byk soal pi jer lah. Since nak meramaikan or supaya aku tak rasa odd, aku ajak 2 anak buat SP join sekali. Nak pi piknik, bagi aku mestilah nak sedia makanan seadanya. Ya lah bwk bdak2 lepas mandi for sure dorang nak makan. AKu pun gitu gak. Time nampak air jer,perut mmg ttba akan lapar gak. So baik pnye plan satu pagi sabtu kami rancang nak gi.
Hari keje aku dah bangun awal, takde le aku nak bangun kul 6 de hari sabtu. Since nak piknik pun take lah our own sweet time. Anak2 buah SP dari mlm dah bersms dgn aku. Dorang nak bawak nasik lemak. Aku plan nak masak sambal tumis udang, masak nasik putih dgn mee goreng jer. One thing nak pi mana2 aku tak suka kalau kena push..cepat cepat..sbbnya aku nak masak, aku tak suka rushing2..man man org kata. Kwn SP ni dah sbok kol2 pepagi buta ajak gi. Mula aku berangin..(rupanya ada punca..) aku kata kalau nak pi pun, tunggulah aku siap masak dulu, buat air. SP mcm dah gelabah sbb kawan dia syik kol jer.
Kakak pun masa tu masih sakit perut lagi, tp kami angkut gak. By time janji dgn anak buah sp kat tol gombak terus le kami jalan ke Janda baik tu. Perjalanan agak jauh. Lagi bengang aku bila ikut kwn SP drive sampai ke ulu banat mana daa...Kawan sp ni ada 3 org anak gak kecik2 lagi. Sebelum tu pulak SP sebok nak suruh beli kerang kat pasar selayang..nak bbq bagai la kat sana beria2...
Yg aku bertambah angin, spot yg dipilih tu jauh gilenya. Berbatu2 pulak sungainya. Mmg la airnya jernih tapi tak sesuai dgn bdak2 nak mandi. Pulak tu arus deras. Agak bahaya. Sesampai kat sana, buka la apa patut. Since aku rushing idakle kami sempat sarapan. Dtg jer terus bukak suma dan makan..suprisingly, kwn SP tu tak bawak hape pun..not even biskut or air kosong..betul2 lenggang kangkung bawak perut you....Nasib baik anak buah SP ada bwk nasik lemak, so makanan ada lah lebih. Aku bukan lah kesah sgt, tp aku bengang padanlah dok rush2 nak pegi sgt. Rupanya tak prepare or tak bwak apa2 padanlah gelabah cepat..siut betul.
Dah makan takkan tak meng offer ye dak..offer lah. Sama2 lah makan. Aku tak berkira pun pasal makanan, pasal suma tp aku bengang sbb rushing aku. dah le bini tak keje, mesti bole prepare something at least..ni tak, dah le tak bawk apa2 byk cokodok pulak.
Lepas puas mandi ( cis mana bole berenang ke apa..berbatu2) dalam kul 3 kami kemas2 siap gerak nak balik..Ni aku lgi angin. Langsung tak tolong kemas pun ada ka patut????? nasib baik anak2 buah SP ada, bole la gak dorang tolong pack.
Pendek kata, kalau setakat nak mandi air terjun aku rsa kat Ulu Yam or Serendah much much better..tak yah jauh2 gi ke janda baik tu..tak yah aku kelam kabut...
Lain kali, kirim salam ler aku nak join pi berpiknik dgn korang weeh....malam Sket,