January 14, 2010

Baby sitter ooh Baby sitter

Aku kalau ckp pasal baby sitter ni sometimes lemah. Bkan apa, kdg2 dorang ni too much. And yet aku tak leh nak kata apa just because for kids sake.
La ni, sejak bibik takde lagi aku antar amal dgn delin ke tadika. Since tadika tu ada nursery service aku pun antar lah dorang dua sekali kat situ pg dan petang..Masa dua2 kat tadika dulu aku bayar in total RM430 for dua org termasuk yuran tadika RM80/sorang.
Sejak delin dah masuk jah 1 tahun lepas, yuran tu ada ler kurang sket, tp aku rasa "cikgu R" (baby sitter merangkap cikgu tadika amal) ada jer cara supaya amount yg kami bayar tu maintain at least RM400/ month. Cuba korang kira...tadika amal : rm80, baby sitter RM150 =rm240. Upah baby sitter delin =RM160 +30 (transport ke sekolah). Jadi total tu skg dah jadi RM410. Sejak kakak masuk sek menengah (rm35), aku bg dia naik transport dgn dia jugak lah (hsbnd ckgu R ) Jadiknya skg ni start ujung bulan ni aku bayar RM445.
Untuk bulan Jan awal ni, aku dah kena bayar tadika amal + deposit transport alin dgn kakak Rm365. Again ujung bulan ni aku kena bayar RM445 gak. Aku ni bkan lah berkira sgt, tapi kdg2 CR ni suka jer mencharge aku terlampau2. Mentang2 lah aku jenis tak kisah..tekan abis. Tiap2 bulan aku bayar tadika amal tu. By right sampai bulan Nov lah. Ni tidak. Bulan December pun aku still kena bayar RM80 tu. Dan sepanjang bulan Dec dia bg tuition kat delin pun aku tambah lagi RM50 untuk tu. Yg paling aku tak suka, bulan ni dia kata bayar sekian sekian..ttba bila kita bayar bulan dpan, kata kurang itu lah kurang ini lah...selama 3 tahun ni aku bersabar jer sbb aku memikir, senang aku nak antar atau nak amik dorang dua. Sepelaung jer.
Masa ujung Dec tu, aku ada plan nak antar amal kat tadika lain kat Country Homes. Tak kisah lah yuran berapa. Sbb amal dah boring kat tadika tu. Dah 2 tahun kat situ. Tapi CR ni mcm ada tak suka..aku rasa dia takut income dia dah reduce lah tu. Mula2 amal happy dgn excited nak pi tadika matahari kat country homes tu. Aku pun dah tnye2 yuran. Mmg lah mahal sket RM160/month tapi kalau dia suka apa salahnya kan. For new environment. Mula2 aku tak ckp dgn CR ni nak tukar tadika amal. Tp being an honest kid macam amal yg suka bercerita, terbukak la cerita pasal nak sekolah kat tadika lain. Apalagi, tak sudah2 CR cerita2 yg kurang sedap pasal tadika tu. Mahal lah, tak bagus lah...percaya tak, lepas 3 hari amal sendiri kata kat aku dia tak nak sekolah kat tadika matahari..sbb sekolah tu tak bagus!!. Well, aku malas nak gaduh ke apa, aku just carry on jer lah kat tadika CR tu.
Delin masuk sana masa umur 6 thn. Satu hapah pun dia tak tau. Menulis apatah lagi membaca. Masa bulan dec seblum dia masuk jah satu, aku gelabah bila tau dia tak pandai pegang pensil pun!!. Apatah lagi kenal huruf. Dan ada 2-3 parents lagi yg anak sama delin tukar tadika pd tahun berikutnya. Aku tak nak salahkan sapa2 pasal delin sbb mgkin dia mmg slow, kami berusaha hantar dia ikut program cahayaku kat Tasek Puteri. Start dari Dec -May tiap sabtu ahad kami antar dia 2 jam satu kelas. Alhamdulillah, ada progress walaupun slow tp dia dah kenal huruf..dah tau bunyikan ejaan. Sampai delin abis tahun satu, pencapaian dia very slow. Dia masuk kelas yg last sekali kat sekolah, dan sampai skg masih lagi struggling.
Bila delin dah kenal huruf, CR ada lah ajar dia. Dgn bangganya dia kata delin dah pandai baca, tulis, dah pandai mengeja. Delin sekolah petang so pagi CR bawak dia kat tadika sama dgn amal dan bdak2 lain belajar. Aku bkan apa, CR hari2 dok cerita benda sama..kata delin dah pandai bla bla bla...aku bkan menidakkan usaha dia mengajar delin, tapi dia lupa SETAHUN delin di tadika dia delin tak tau apa2...not even a word!. Dia tak ingat ke, betapa kami bersusah payah antar delin kat tasek puteri tuition, menunggu 2 jam delin abis sambil memancing kat lombong just to kill time!.
As a parent aku rasa aku dah buat yg termampu. Aku dah berkorban masa, tenaga, wang ringgit, tapi aku syukur delin dah pandai sket menulis. Dah mampu buat keje sekolah. Dah tak merayau2 lagi kat sekolah dek kerana boring dok kelas. Delin skg dah berdikari, takde dah bergantung kat kakak. Kakak pun dah sekolah lain.
SP kadang2 bengang jugak pasal CR ni. Pasal duit mostly. Kata SP kalau bab2 duit ni CR selalu jer mcm cekik darah kami. Tapi aku pujuk SP. Setahun jer lagi kita sabar..ataupun kalau amal dapat masuk PRA Sekolah dalam masa terdekat ni, tak payah lah aku bayar yuran tadika lagi. Kdg2 aku takut, kalau kita berkira sgt nanti dia pun gitu. Dah la aku pagi2 buta dah antar, lewat 7 malam baru amik. Kalau ujan lewat lagi. Kalau jem lewat lagi. Jadik aku ckp dgn SP to forget about it. Duit kita bole carik. Kalau dia menipu itu antara dia dgn Allah..kita berserah jer.
No wonder lah aku selalu dgr CR mengeluh. Mengeluh pasal ada parent tak mo bayar yuran tadika. Pasal dia kena tipu. Mcm2 yg melibatkan duit. Mgkin sbb dia amik duit org yg bkan hak dia. Kita ni kdg2 tak sedar, tapi kalau ada kejadian2 gitu seharusnya kita muhasabah diri kita kan. As berniaga ni mmg untung cepat, tapi salah percaturan, kita byk buat dosa.
As for aku, aku rasa hang in there lah dulu. Tak lama pun. By next year kalau delin dah jah 3, kakak dah tgkatan 2...sure dorang bole dah berdikari. At least aku takyah antar baby sitter lagi. Paling tak aku jimat duit or else aku bayar jer kat kakak upah jaga adik..Sure kakak nak pnye.
Lagi satu aku tak tahan, CR ni jenis suka bercakap non stop. Kalau dia stat cerita..abissss....aku salu cuba mengelak2 gak, tapi kadg2 tak leh nak escape. Dia salu buat aku susah hati. Kalau amal or delin sakit, asyik sms...update bla bla bla..padahal ubat2 suma aku dah kasi. Ye lah kalau aku nak balik pun kena pikir gak sbb bkan dkat dari KL nak balik Rawang. Selalu dia over kalau bercerita..demam panas bla bla bla...tp selalu bila aku rushing balik tak teruk mana pun. Kdg2 bdak2 tu tak mo makan pun..sms aku..letih betul. Bkan apa, kalau takat selsema tu biasalah kan. After all, suma ubat aku dah sediakan in advance. Hatta coolfever untuk demam pun aku dah bg..tapi bdak2 demam tak pernah pulak aku tgk dia tampal kat dorang..ish ...
Kdg kalau ikut hati dan perasaan, mau jer aku tukar org lain. Tapi aku tak nak lah. Afterall kami dok satu taman, and senang untuk aku amik dan antar bdak2 tu kalau apa2. Jalan kaki pun kejap je sampai. Kdg2 kalau aku terlambat, aku suruh jer kakak amik . NO hal.
Itulah, dalam hidup ni aku rasa kita kena give and take. Kalau aku berkeras sgt pun tak boleh. Jadi selama aku bergantung dgn dia, kenalah aku terima. Aku rasa tu lebih senang. Aku pun hidup tenang. Kalau tak sure macam2 hal kan..
Walaupun aku tak pasti berapa lama lg aku nak bergantung dgn baby sitter, tapi aku sentiasa berdoa moga Allah murahkan rezeki kami berdua, supaya kami takde masalah nak membayar segala mala perbelanjaan berkaitan anak2 ni.. Anak2 ni Allah kurniakan dorang dgn rezeki masing2...mgkin mmg rezeki dorang nak duk sana, dan mungkin jugak mmg rezeki CR datang dari aku...Wallahu A'lam..............

No comments: