June 27, 2012

Hukum Karma

Pernah dgr Hukum Karma??..hukum alam yg terjadi dgn sendirinya.  Maksudnya, apa jua yg berlaku terjadi secara semulajadi dek hukum alam. Tak perlu susah payah nak balas perbuatan jahat org kat kita..satu hari pasti jadi hukum karma. Until that time comes...just hang on there, bersabar dan bertawakal jer..Doa dgn Allah byk2 Insya Allah.

Memula aku kena assign buat tugasan baru, hati aku ada sikit upset dan terkilan. Sampai hati dorang buat aku begitu. Aku suka dan sayangkan sgt keje2 aku tu, tapi ada org lain semata nak letak kroni dia, sanggup reaarange tugasan yg aku dah buat sekian lama. Sedih masa tu tau.

Tapi, aku amik pendekatan Redha dan Pasrah jer.  Dan berserah pada Allah swt semoga ada hikmah atas suma2 ni terjadi dan teruskan tugasan aku yg baru dgn seribu kepayahan.  Nak get used to the system,to paham the product. To kenal customer2 baru. Kenal rakan2 sekerja kat seberang tambak yg baru.  Dan suma tu aku buat dgn ikhlas. Takde merungut. Kalau merungut pun pada diri sendiri jer sbb sukarnya nak memahami sesuatu produk tu. Dan peri penting nak paham how the JDE System works.  Hampir2 aku give up tapi semangat aku yg kental dan tak mudah menyerah kalah aku dapat lalui semua dgn mudah. See??..semua kena buat dgn ikhlas baru sumanya ok.

Dan, Allah pnye segala rancangan terperinci atas suma ni.  Aku sendiri tak tefikir dan tergambar  yg skg ni keja aku sgt menyenangkan. Rileks, santai. Sempat main agry bird bagai tau. Haa. Dan peri penting ak bole gelak guling2 dalam hati tgk gelagat dorang bikin keje lama aku . Kelam kelibut giler.  Dulu 5 tahun aku buat keje tu tak pulak gitu ropanya.  Dgn Meena yg gelabah vavi..dgn JLO yg bagi meena gelabah tiap masa..siap involve boss suma dalam perihal pergerakkan stok. Apa barang??...aduh..kadang letih lagi nak muntah tgk dua cap ling ni bikin keje..havouc giler!!

As permerhati terhormat, aku tgk jer.   Ada masa aku gelak berdekah2 sorang bila tgk email si meena.  Dah suma org now pissed off nak berurusan dgn dia. Sbb cara dia antar email, cara dia tulis, cara dia ckp.  Suma org dah tk kuasaaa nak layan u olls.

Ada sekali tu org gudang kat labuan kol aku just nak mengadu nasib. Seksa sungguh nak keje dgn meena. Antar satu email pas tu kol berpuluh juta kali, sampai pening org tu nak buat keje. Sampai keliru org tu.  Tapi apa aku bole buat?..selain dari gelak jer dari jauh.

Bila dah buat satu2 salah tu meena buat bodoh jer. Takde pun terfikir nak selesaikan masalah.  Sikit-sikit tanya kat org itu ini..tak bole nak act based on email yg di cc kat dia. Suma nak kena ketuk. Lembap..sungguh lempap, tu pun bole perasan dia tu pandai sgt ..haissh.

As i can tell, bulan ni sales kitaorang langsung takde. Means KOSONG....aku bkan nak ckp apa la..Selalu teruk2 pun tak pernah kosong Alhamdulillah, Allah sentiasa beri kemurahan masa aku jaga barang tu. At least mesti ada seratus-dua ratus ribu sales.  Sbb apa?. arrangement tip top. Meet the dateline pastu dapat bantuan dari org2 kat plant, kat gudang.  Its the way kita deal dgn org.  So takde le barang antar ada problem. Barang salah...itu tak ada..ni tak de...haisssh, aku tgk pun nak pitam..

Jadik, aku tak perlu berasa apa apa..bahkan melainkan gembira jer skg ni. Keje tak stressded. Bos mat salleh aku tolong tu baik. Buat quoation byk pun santai dan releks jer..besst booh.

Ada masa aku dgn mamat tu sembang2 kosong..cerita memacam..cerita pasal kampung dia kat Perth tu..pendek kata, buat keje less headache less hassle. Kan ke Allah tu maha mengetahui, diberinya aku kelapangan hati, kesenangan dalam melaksanakan segala tugas2 san.

Namun, jauh di sudut hati aku ni..aku masih terus berdoa dan berdoa semoga rezeki ku murah dan dapat offer lebih baik kat tmpat lain.  Ajis baru jer blah awal minggu ni. Kabarnya dia dapat offer dari tmpat lain dan company patut amik 2 months notices..instead dorang suruh blah awal dan bayar 2 bulan gaji..kan best begitu??..

Sampai saat rezeki aku mendatang, aku tetap teruskan usaha dan berikhtiar apply mana2 ada peluang tu..dan skg berserah jer pada Allah, jika ada rezeki..Insya Allah tak kemana..


June 18, 2012

Musim tak sihat

Wah, betul genap sebulan tau aku tak sihat.  Badan rasa tak sedap jer. Batuk selsema yg tak berkesudahan. Ditambah lagi dgn keadaan  jerebu, makin teruk. Dr kata sbb aku ada history asthma tu sbb take longer time to baik dan worst dgn keadaan cuaca.

Sebulan ni kalau perut aku leh bersuara pasti dia kan kata, apalagi lah ubat tuan aku telan ni weh. Tak abes2. Ye, aku rasa cam bahan eksperimen sbb bermacam2 ubat Dr bagi dan suh terai. Belum campur 2x injection, berkali2 nebuliser buat kat klinik, buat kat umah. Tapi masih belum baik betul. Redha jer lah, moga2 ni bole hapuskan dosa2 silam kan.

Cuma rasa tak selesa. Nak tido, nak makan nak apapun tak bleh.  Bila malam tido salu terjaga kalau dah start batuk.  Siang pulak makan tanpa deria rasa. Taktau rasa masin ke pedas ke sedap ke tak ke. Ase numb je deria aku ni. Yg sedap pun jadik tak sedap. Tekak tgh mogok katanya.  Ntah bape kgs gaknya bole hilang..huuu.

Hari sabtu lepas, sebab ada jemputan kenduri kat umah abg SP, aku tak masak. So amik peluang kemas umah sepenuh2nya. Buang segala mala habuk yg dah berkati kilo.  Anak2 pun aku kerah tolong sekali.  Siap pakai mask bagai masa membersihkan . Mujo ada vacuum lega sikit tugasan.

By kul 1 tghari siap baru kami mandi dan bersiap2 pi kenduri.  Kat kenduri tu pulak cuaca teruk. Jerebu tebal sgt membuat aku sukar nak bernafas. Makanan bukan maen banyak lagi biras aku sediakan, tpi sbb deria rasa nan ado makan smbal belacan pun cam takde kesan jer...tak berasa.

Abes majlis dalam kul 6 lebih gitu, rush pulak pi keramat. Antar sikit lauk kat mila anak buah SP yg tak dapat nakjoin.  Pas maghrib baru kami gerak balik umah.

Dah bdak2 merengek2 ajak tgk Madagascar, lgpun aku dah janji sbb dorang tolong kemas umah kan. Sampai umah dalam kul 8 lebih gitu aku terus kol TGV, tanya show kol bape ada kat JJ depan umah kami tu.  Niat nak tgk 3D terpksa di batal sbb mahal giler u olls tiketnya. Amik jer yg biasa.

Lepas mandi, solat isyak kul 9 gitu kami gerak. Alah dekat dgn umah, 5 min jer sampai.  Ramai giler org nak beli tiket maklum baru seminggu panggung tu bukak..sure org kat situ suma excited terlebih la.  Show kkul 10pm.

Sementara 30 min nk tunggu kami lepak minum2 teh tarik sambil makan roti jer.  Sbb aircond sejuk kot dalam tu, makin galak dan menjadi2 batuk aku.  Ceritanya kelakar. Ramai yg tgk suma bawak anak2 jer. Imagine yg gelak lebih2 adalah org2 tua jer.  Si delin terutamanya excited giler. Ketawa kuat mcm panggung umah dia jer..enjoy sgt2.

Dkat kul 12 baru kami balik umah..suma fengsan tahap dewa, tapi dalam kul 2 lebih aku dgn amal terjaga dek batuk2 non stop sampai la ke pagi.

Ahad pagi aku dgn SP pi NSK carik bekalan barang dapo. Sbb ada anak buah SP nak datang kena masak special sikit lah kan. Mana tau, ahad turn SP pulak demam..tumbang.

Dengan aku masih semput, amal pun sama..Jumaat mlm tu pun aku dgn amal dua beranak pi  klinik amik nebuliser dah. Now giliran SP pulak tak sihat. Kakak pun sama. Cirit birit, senggugut bagai. Suma mcm zombie jer dok umah dendiam tak keluar dek jerebu pun teruk sgt Ahad tu.

Lpas lunch dan lepak2 anak buah SP balik kami sambung tido berjemaah...kain menimbun tak berlipat, tapi sbb tak larat, tak kuasa aku nak layan. Tunggu ada mood sok la.

Today, masih batuk lagi....aku rasa tak bole bernapas dgn selesa dek gangguan semput ni taw...Moga2 cepat lah abes semput ni..Moga2 juga ujan turun kasik clear jerebu ni kan..

June 14, 2012

We Just can't Have everything in this world

I am a good listener, that's what I am...bole jugak bg pendapat and tips terutama nak menenangkan kawan2 yg sedang bermuram durja dan bersusah hati, thanks to Dr HM Tuah atas buku2 motivasi dia yg sering aku baca.  Hidup ini mmg lah tak seindah yg kita sangka dan harapkan..thats totally true.

Semalam or sehari seblum semlam one of my BFF kol. Seblum dia kol tu dia post kat FB tentang sejambak bunga ros yg dia terima as  her besday present.  I thot, its from the husband.  Rupanya bukan. Its from a good friend of her.

Mengharapkan sesuatu yg special dan istimewa dari sang suami maklum besday kan, laki pulak bukan calang2 org..Pengurus besar, gaji 15-20k sebulan. I would expect special price, or at least special treat dinner kat hotel walalalwei.  Tak macam kita, gaji suami kecik so tak leh harap2 1001 wonders for besday. Paling koman dinner kat JJ foodcourt or KFC...but some small celebration with anak2..anything will do with me..Ucapan dan ingatan dah ckup, syukurlah..i never failed to get it every year tak kira annivesary ke besday ke..Hadiah?? mmg takde.  As for us, kalau rasa nak bagi hadiah tu tak yah tunggu special occasion. Dpat duit lebih, bole jer beli....

Berbalik pada cerita kawan ku tadi...dia kol meluahkan segala isi hati terbuku.  Sedihnya, cuma ucapan kat FB jer laki bagi. Banjer makan?? hmm ada lah, BURGER MALAYSIA katanya..for the past 5 years dia kwin (my fren ni Janda anak dua..laki duda anak tiga). Lakinya sgt berkira...pendek kata sgt kedekut.  Padahal masa lom kawin bkan maen antar bunga bagai..

Funny is, gaji laki dia bukan sikit beb.  Dok penthouse kondo. Cuma sbb laki dia tu berkira dan kikir (kedekut) hidup dia makan hati ulam jantung. Mentang kwn aku keje..satu sen pun tak pernah bagi u olls. In sense of duit nafkah ke apa. Ada takde beli barang2 or baju raya or barang dapur..tu pun seboleh2 kwn aku tu ketuk kow kow.

Other than that?? jgn harap.  Aku biasa dgr citer2 begini dari kawan2.  Kesian nya dorang lagi la kalau tak kje. Gaji lagi 5 angka pun takkan takat campak seribu kat bini tak leh??.  Dah la bini buat suma keje kat umah, balik keje gigeh masak hidang laki makan..in returns? langsung takdak.

Kata kwn aku, laki dia very good in ignorance. Hint2 bagai kat fb pun perli2 sindir bagai..buat bodoh tatau. Aku tanya pernah tak heart to heart talk??..pernah katanya berkali2..tapi tak guna. Sbb laki sgt ego..maklum gaji besar kans. Nak nak lagi kwn aku tu tiga beranak tumpang rumah dia..Wah x leh lebih skit..berkira u  olls.

Sampai nak beli apa2 pun barang umah kena mintak izin dulu??..harus laki kata x yah..tpi bila kata, i guna duit i ...bole jer..nampak??.  Haish..tak berkat ooi gaji laki gitu.  Kan rezeki laki tu kena share sma bini??.

Lagi satu, kwn aku salu merungut yg laki dia payah giler nak suruh tolong buat2 keje umah. Kena bising2 merajuk, mengamuk baru lah buat..tu pun sekejap jer..lepas tu turn balik the same. Nafkah zahir batin lebih dari ckup kata kwn aku..hari hari mau pun layan juga..tapi bab2 lain..alahai..

Nak suh tolong masuk baju dalam mesin pun bercenta, walhal bukan susah sgt. Masa ada maid dulu, kawan aku yg bayar gaji bukan laki dia u olls..Keta pun bulan2 dia bayar sendiri. Nak pi memana naik my Vi kwan aku tu, haram nak contribute duit minyak u olls.. bayangkan kikirnya laki!!!

Paling sadis kwn aku citer, bbebaru ni dorang pi bercuti kat Kuantan. Kira hornymoon, for a week. Masa kat sana tgk2 batik beria2 sang laki suh beli...beli la...bila lagi...laki bayar u olls!!. TAPI, bila dapat statement of CCard, laki menyumpah...dengggg katnya..byk giler expenses kat Kuantan...tau tak korang, lepas dgr laki menyumpah2 gitu dia pnye bengang..SMS kat laki, I dah transfer 1k to you...tau apa lagi jwp?? Yeah, thats better..help me out..Shelaka ke tak?? aiyoooo.

And bila kawan aku masuk hspital baru ni, sbb kandungan luar rahim..kena operate dan buang..bill hspital cecah 6k..laki claim la company..tapi dah terlebih..sbb over the bduget..kena bayar 2k to company..pun menyumpah seranah laki u olls..bab tu kawan aku buat bodoh..sbb apa??...mmg dia patut bayar kan??..ape ada hal 2k against gaji 5angka u olls!!

Byk lagi benda lain yg aku sendiri pun tak sanggup nk dgr. Belum citer kenduri kendara, bagai...suma pun laki pejam mata jer..takmo kuar duit. Hari raya, kwn aku ajak2 sedara mara dtg umah beraya..bahan2 pasar suma dia beli duit dia u olls..sadisss kan?


Untunglah jugak laki tak bergaji besar kan. Tapi ringan tulang tolong basuh pinggan. Basuh kuali. Kemas dapur masa kita bersilat memasak. Tolong basuh kain, sidah kain..walaupun tak pernah sekali tolong lipat..tak pe...sbb dia dah  byk tolong kita pun tak rasa apa...bila kita sakit, laki tolong ambikkan nasik..masakkan telur kicap tuk bini yg demam dan tak larat...somehow, telur masak kicap tu aku rasa sedap giler dlam dunia u olls. Thought is matter...kalau hati ikhlas buat apa, insya Allah.


Ni la kakak aku salu ckp, bila aku kata bestnya kalau dapat laki gaji besar..aku x yah keje. xyah susah payah fikir pasal duit..goyang kaki..which bila kakak aku kata..ko patut bersyukur, kalau laki gaji besar gitu..ttba carik bini lain camne?? baik lah sederhana cam skg..maklum lelaki (sorry eh, tak suma lelaki aku tau..haha) ego tinggi..bila gaji besar $$ banyak harus byk pulak cabang nye..Which i totally agreee...Ada sbb ALLAH tak beri kat kita suma kan..Allah maha mengetahui.

Jadik, kalau suami2 korang tak leh  bagi hadiah memahal time besday time annivesary (lau bole pun lagi besst aah) bersyukurlah, kalu suami korang sgt memahami dan menyenangkan hati..bole membantu time kita sakit, time kita susah..thats the real kebahagiaan tau.  Bole pulak bantu anak2, tolong mandikan, basuh berak anak..tukar pampers..dukung anak...bersyukur lah..Sbb duit tu mmg penting, tapi  bukan segala2. Cukup makan, cukup pakai..hidup sederhana, cukup lah..

Susah sama susah..senang sama senang barulah kemanisan hidup berkeluarga. Keperluan anak2 didahulukan dari keperluan diri sendiri laki bini. Terutama kalau melibatkan persekolahan anak2. Rela bergolok bergadai kans.

Jadi, hidup kita ni tak selalunya indah semata. Ada masa, kita kena terima hakikat yg Allah tau apa yg baik tuk kita...Sebagai hamba ni kita kena kaji balik..apa sebab Allah beri kita ujian gitu. Kaji hubungan kita dgn Allah, kaji solat kita..Yg aku tau kawan aku tu suma ok..cuma bab solat, bab aurat masih lagi kena byk perbaiki..Dah laki tak pernah solat..tpi puasa penuh pulak ..moskel betul.  Camne tuh?. Segunung duit pun kalau Allah tak berkati umah tangga..apa gunanya..

Nak nak pulak kwn aku tu ada anak dgn laki lain kan. Ofkos sbgai manusia normal, mesti laki dia terfikir apa hal aku nak sebok2 kan anak2 tiri..bukan anak2 aku...well, u never know apa yg ada dalam hati org kans..

Jadi, kita renungkan semula apa yg aku ckp tu..jaga hubungan kita dgn Pencipta, jaga hubungan kita dgn org sekliling..baru lah Insya Allah mendapat keberkatan dunia maupun akhirat...amin




June 13, 2012

Si Bodoh lagi sombong


Aku ni tak la jahat sgt pun kan, tak mau ajar org yg betul2 bodoh camne nak buat kije. Tapi kalau dah org tu jenis bodoh sombong apa lagi nak kata?? Selain padan muka ko..rasssain lor. Memula aku mmg malas nak masuk cmpur dgn meena pasal keje2 dia. Tapi mak ni sakit hati ok sbb tgk org yg mmg betul2 bodoh, taktau nak buat keje and yet sombong pulak tu. Bila kita tunjuk dan bgtau camne nak buat tak mo dgr. Well dgr ckp JLO lebh lagi dari dgr ckp org yg dah buat keje yg sama selama 5 tahun. Jadik, kalau ada masalah berbangkit, masalah terbangkit…sendiri mau ingat lah kan.



Dah lah hari senin lepas dia MC. Suma keje2 dia kita kena cover. Mc pulak tu siap antar email bagai, citer panjang lebar. Hello…larat pulak nak bukak email antar ke serata alam maya bgtau dia tak sehat?..Konon hari ahad dapat jangkitan kuman kat tekak, pastu pi klinik, pah tu dr bg ubat pah tu dr suh MC hari senin sbb nak amik darah bagai …pah tu..pah tu..Iye, gitula adanya email dia. Siap CC kepada suma rakan team dan of kos antar kat bos ..hissh, muntah taw.



Jadi hari senin tu ada lah email2 kena buat. Sbb dia tak de, aku ni follow up lah. Suruh org gudang get ready with all the listing of barang2 yg dijangka nak keluar ke tempat kastemer. Timing belum tau. Si manager pula antar email tak lengkap. Tu takde, harga takde..



So smlm bila si meena masuk keje, si manager pulak MC sbb suspected chicken pox katanya. Nak dijadikan cerita, pukul 3 lebih gitu aku dgr panggilan dari gudang ke meena. Tnya pasal barang2 tu. Korang tau meena jwp..taktau lah, I baru masuk keje ari ni..ai pun taktau bila dorang nak..



Apparently, lepas meena ckp gitu, org gudang tu give up lah. So, dia write email to meena, to manager and cc kat aku. Mintak segala mala dokumen for the load out. Aku dah tau cerita, buat bodoh jer. Sengaja nak protes dalam diam, aku reply email tu berserta dokumen2 suma.





Petang sikit org gudang tu kol HP aku, melahirkan rasa bengang dia. Sbb kastermer dah kol nak barang tu, yet harga pun takde, dokumen panggil keluar pun takde. Terpaksa lah aku buat walau dalam tak rela gitu kan. Tepon si manager blab la..manger pun sengal. Buat keje separuh2,,meyusahkan org.



Korang ada rasa sakit hati tak dgr?. Bukan main hari tu bgtau aku direct pasal barang2 tu biar dia buat..Now pe kejadahnya??. Rekod kelam kabut, bila aku antar email justified semua, pandai pulak bagi seribu alasan. Konon masa ni aku baru sehari join the dept so aku tatau. Ape ke bodohnya alasan. Da ko hehari dok layan stok2 tu beria2 mengcheck bagai..masih lagi tak nak mengaku yg ko tu buat keje cam taik?. Pas tu taik ko suma kasik org cuci. Mentanglah ko dah kipas smua org kan..dasar kel*** mmg sial tau.



Bila kita ckp pasal satu perkara ada jer jawapannya…lepas ni lantak ko ler..pi mati katak tergolek la ko…malas aku nak amik port..dasar, dah la bodoh…sombong pulak tu..sesuai sgt…







June 4, 2012

Ramblings..

Lately ni aku tak berapa sihat. Batuk tak sudah2.  Most probably sbb asthma datang kembali lah.  Bayangkan hampir 2 minggu tidor terganggu dek batuk tak henti2.  Nafas cam tersangkut2.  Bila amik nebuliser bberapa kali baru la rasa lega sikit but batuk tu tak gone compeletely. Gatal jer ase tekak ni.  Malam seblom tido aku minum madu satu sudu besar, bangun tido pun gitu.   Tapi masih lagi tak baik2.  Masih ada saki baki batuk  yg salah sikit jer mula start balik.  I guess dah berumur ni sistem pertahanan badan pun tak berapa nak gah lagi mcam muda2 dulu kan. Now kena disiplin balik mandi air panas haaissh...

Kehidupan biasalah, mmg tak pernah susut dgn suma aktiviti.  Baik di rumah maupun di office, keja keja keja never ending story. Nak nak lagi dah lepas renovation, nak mengemas satu hal.  Habuk2 zaman batu buat keadaan batuk yg nak baik berulang lagi.  Apa nak buat?.

As for kerjaan baru. For now, aku cam malas nak memikir sgt. Sbbnya, just follow by its flow.  Lagpun tak lah desperate sgt masih mampu mengawal emosi walaupun hati adakalanya sakit tak terkata. Sabar jer lah. Tu jer yg mampu.

Aku buat kerja je cam biasa. Cuma bila tgk si meena handle keje lama aku tu kadang hati jadi cam sakit. Sbb lambat nak bertindak. Pastu suma pun nak kena monitor.  After a while, i try not to amik tau keje yg bukan hal aku. Lantak ko situ. Which ever relates to my keje baru aku buat tindakan. Other than that biarlah dia sendiri tanggung. Tak kuasa.

Minggu lepas tu, ada satu insiden bila JLO dan si Tai sebok2 pasal stocks. Which dah lama gak aku tak amik port tapi but i still have a good memory on it.  Aku bole jawap stock tu reserved tuk siapa, pulang dari customer mana dan sapa nak seterusnya. Dalam si meena gelabah2 nak mencari jawapan, nah aku beri jawapan lagi lagi di sokong oleh JLO. JLO pun not bad in terms of ingat bebarang dia.  So meena sgt terkesima dan malu. Sbbnya dia yg jaga barang2 tu. Mencatit segala mala, merekod segala mala tapi suma pun tak bole pakai...boleh??. Jadi dari insiden tu aku tgk meena sgt kemaluan amat sgt.  Tu lah, jgn cepat sgt mengaku hebat. Baru sikit jer dah keliru. Belum lagi 10 urgent projek datang satu kali mau pitam.  Meena pulak aku rasa terover interms of nak build relation ship dgn org2 kat gudang.  Ada ka dalam official email boh, Hi Bro, Yes Bro..No bro??..apa  barang. Dalam email official NEVER letak mende2 pelik gitu. Buat dek gelak org jer. Kok ye pun nak beramas mesra kan?.  Dia nak ikut style org tapi tak kena tempat. Copyright org pnye idea is not good huh.  Botak bole buat begitu sbb dia biasa dah. Yg ko nak follow apa hal? takde identiti langsung.

Aku kalau bersembang on the phone mmg ramah mesra jer dgn bdak2 warehouse tu, tapi dalam email yg di cc ke serata org dan alam maya sungguh tak sesuai.  Hissh. Tapi, malas aku nak ckp apa2. Biar dia lah. Bak kata si Mimi bdak gudang di singapore..geli aah kak, nak panggil2 kita bro.. Sering saja dia internal mess ku tidak jawap..bilang si Mimi..jejaka tampan dari seberang tambak.  Aku dgn mimi baru kenal setahun. Berurusan kerja dan barang2. Tapi kami rapat cam adik beradik. Bole kongsi cerita dan rasa. Sering bergossipan bersama.  Dan ofkos, mimi sering bantu aku, aku pun sering bantu dalam urusan kerja. Tapi itu hubungan rakan sekerja yg dibina atas dasar persefahaman, kejujuran dan keihklasan. Takde niat sembunyi.  Dgn mimi, aku bole bicara apa saja.  Kecuali hal personal aka rumah tangga..hehe, suma atas urusan kerja.  Keluahan, tensi or barangkali luahan sakit hati juga kami kongsi bersama. Biar tak pernah jumpa, kami udah bertukar2 gambar utk melihat lebih dekat orgnya.

Justeru, bila si meena cuba bina relationship with mimi, dia merasakan yg meena keterlaluan. Sbb tak kenal ttba nak terlebih2 bermesra2 aan gitu..si Mimi pula, bila lihat gambar kami beramai2..adaka dia kta aku nampak lebih mudah dari si meena..hahaha..paling worst, si mimi bole pulak komplen  yg si meena tak pernah terfikir kan cukur bulu kaki?? aah, si mimi..yg lucu yet sgt berterus terang.  Sikap terbuka dan telus dia buat aku kadang2 ketawa...

Mungkin sbb SP masih menunggu2 peluang kerja lebih bagus, biarlah aku beralah dulu sampai dia betul2 dapat stabiliti dalam kerjaannya. Bank dah arahkan dia untuk report kat anak syarikat yg menguruskan maintenance dan services and yet, offer letter official belum mendapat lagi.  Surat perletakan jawatan ke bank pun belum bole nak beri, sbb belum dpat kepastian dari syarikat yg lagi satu.  Bak kata SP silap hb ..bulan ni dia mendapat gaji dari 2 syarikat segali gus...heybad hahaha.

Pada masa sama, ada syarikat2 lain yg panggil dia temuduga pun dia tetap pergi. Sekadar melihat2 peluang lain mungkin.   Harapan aku, semoga dia mendapat tawaran gaji lumayan. Insya Allah. Hampir berbelas tahun gaji aku mgkin lebih tinggi dari dia.  Dan itu semua tidak pernah menjadi masalah serius pun dalam rumah tangga kami. Kerana pada aku keikhlasan tu penting.  Tak kira gaji siapa  yg banyak, dalam rumah tangga harus ada imbang balik dan tolak ansur.  Sometimes aku pun pelik sbb gaji dia yg kurang dari aku tu dia mampu uruskan dgn baik sekali. Bahkan, adakala aku pulak yg tak cukup duit dan mengharap simpati dari nya..Kejam kan? ..haha, you money is my money..my money is truly mine..gitu!!. Yg pasti dia masih mampu nak beri duit poket beberapa ratus..that is much better kan?. Sbb itu lah aku kata, aku tak pernah berkira dgnnya nak keluar duit tak kira  untuk apa..Thats what marriage are kan?.  Ramai kawan2 aku tak pernah merasa even seratus dua dari suami mereka sebagai duit poket..just because gaji meraka bnyak...just because laki2 mereka merasakan mereka tak perlu wang?. Pelik aah dunia ini..Pelik juga lelaki kan. Yg ada bergaji berbelas ribu. Isteri tak keje, tapi nak beri sebulan 2 ratus pun berkira??..apa kah punya suami?. Justeru, aku sgt bersyukur dan beruntung...aku masih menikmati suma itu..Alhamdulillah..

As i said, keje ku sgt rileks skg ni. Walaupun kadang2 bizi...selalunya sgt free. Bole fb, bole chating sama kawan2 rapat..bole apa saja.  Best kan?

Aku noticed satu perkara. Masa meena cuti lama minggu lepas, dia tak ckp pi Vietnam. Konon nak rashia tapi ada org menyampaikan padaku...haa..lepas balik cuti, dia sakit. Dan si Jenab sound dia direct ja..ko ni kan, tiap kali balik dari cuti mesti sakit..ahaha..terkesima. Padan muka haha.

Dan aku juga perasan, bila meena takde jenab dgn aku baik2 jer. Tak de pun tanda2 bengang atau tak suka..tpi bila meena ada pasti lain .  Memula aku tak terfikir apa...tp kata2 kawan baik aku tempohari membuat aku terfikir...dia kata, meena mesti dah racun jenab mcm2...u never know..could be true.

So, masa meena takde aku personally jumpe je si jenab yg tgh good mood. Tanya kat dia bila agaknya bole dapat sedikit kenaikan gaji. Dah 4 tahun takde apa2 pun walapun seposen.  Jujurnya jenab kata, mmg dia perasan tapi company policy mmg kata takde so takda siapa buat apa2 pun. Tapinya dia akan usulkan kat boss..katanya. Aku sengaja hint2 kan kat dia yg, kalau berterusan begini mana mungkin org akan tahan...with better offer i might reconsider...tu aku kata kat dia. Tgklah cam ne...

Jumaat lepas, ketika bos duan mengajak kami suma lunch di maya hotel, dia buat pengumuman yg sgt mengejutkan...bukan pada aku..tapi pada JLO dan Meena.  Dia mengumumkan bahawa dia akan dinaikkan pangkat untk menjadi Business development Manager dan tempat nya akan diganti oleh org lain yg belum pasti siapa..Somehow dalam hati aku rasa si Tai yg akan naik?? mungkin kah. Sbb company org putih biasalah akan letak org putih jugak..tadak sekali2 akan biarkan local or asian dok hierachy paling tinggi dlam Malaysia operation.  Who ever its is, aku tak peduli. Cuma kalau si Tai tu mmg mati la...sbb dia tu dah la pelupa, blur..haissh.

Org yg paling terkejut monkey mestilah JLO. Sbb dia mesti rasa dah kautim dgn boss. Dah berbonding2..sgt understanding. Sbb setiap hari  pasti 4-5 x dia akan pi masuk bilik boss dan ckp2..bos pun sikit2 aja cari dia..so, imagine kalau org lain datang?? harus JLO gelabah monkey. Nak nak lagi kalau org tu cam bos lama aku yg dah pence tu..Yg langsung tak makan bodek?? masak...haha. Si meena pun sama 2 x 5..essh, tgk cara dia berckp dgn boss kadang buat aku meluat dan nak muntah..Kipassss, tak bole ke ckp jer biasa..tak perlu nak up2 sgt..ish.  Aku tak paham sungguh maknusia2 yg hipokrit kipas vontot boss terlebih2 ni..tak tahan weh aku tgk...

Another story, that i would like to share.  Aku ni jenis mudah berkawan dgn sapa saja. Kalau dari kawan2 office lama pun gitulah. Cuma harus ingat, kadang ada set2 org yg tak bole ngam dgn org lain. Yg sorang tak ngam dgn A. Si A tak ngam dgn B..sedangkan aku kawan kedua2nya. Baik pulak tu..Rapat pulak tu. Sering jer aku tersepit tau. Bukan sekali dua..berpuluh2 kali. Kelebihan aku jujur dan ikhlas dalam berkawan dan tak pernah mengadu domba biar mereka bergaduh. Si A mengadu pasal B dgn aku. Si B juga mengadu perihal si A dgn aku.  Tapi idak la pulak aku jadi batu api sampai keduanya bergaduh kan?...Aku ibarat org tgh yg sentiasa cuba berbaik2 dgn kedua2 pihak...kerana kedua2 pun kwan baik. Ada kelebihan ada kekurangan memasing.


Recent incident,  Si A beritau aku dia telah ditawarkan kenaikan pangkat di deparment si B (oh, A dan B sama keje kat sama company -lebih tepat X company lama aku).   Pada aku Si A deserved it, sbb dia dah lama kat situ..dah berbelas tahun. Dan si A sgt gigih sampai sanggup belajar part time (like me both cuma keje guna sijil SPM jer). Baru2 ni si A dah dapat diploma dia. So despite of carik keje lain she decide to stay dan boss besar dia baru2 ni offer dia untuk kenaikan pangkat kat dept si B. Si A sgt outspoken, ramai org tak suka padanya sbb laser..tapi pada aku dia seorang kawan yg baik, understanding dan sgt suka menolong org yg dalam kesusahan.

Si B pulak, orgnya baik hati..tpi ada sedikit perasan dengki..maybe 10% of hati baik dia tu adalah kedengkian.. Tak selaser si B, tapi salu ber masalah.  Dalam membuat keputusan or apa2.  Imagine kalau pi shopping dgn dia pasti pitam dok meredah berbelas kedai, tapi satu hapah pun tak beli  boleh?..sbb dia sgt fussy dan cerewet..as i would say...org yg sgt sgt penuh dgn alasan.  Cerita masalah apa pun dgn kita kadang sampai berair mata, tapi bila kita suarakan idea atau tips..tak pernah nak amik port. Dalam kehidupan sehari2..dalam pekerjaan hatta dalam umah tangga..gitulah.  Baru ni si B adalah menelefon dan bercerita kat aku. Yg boss dia beritau dia pnya gred dah touch siling. Means kalau dia nak naek lagi, dia kena belajar or amik course so that setimpal dgn apa yg akan ditawarkan.  For me, its a good peluang sgt. Sbb company akan biaya perbelanjaan sambung belajar part time tu. Bukan susah sgt pun. Kelas weeknd jer. If kita rasa nak buat mesti bole..tapi like i said Si B penuh dgn alasan. Mcm2 alasan dia beri kat boss dia. Bahawasanya, dia tak mau further studies dgn segala2 alasan dia tu lah..so in that case bos dia kata....nothing much dia bole buat.  Kerana...like he said..its touch the siling sudah......

Jadi bila Si A beritau aku  berita gembira dia...aku pun tumpang gembira juga lah.  Mana tau si B telefon aku cuba korek rashia whats happening bila melihat satu hari si A datang ke department dia berbincang dgn GM dia...harus dia nak korek dari aku paa halnya kan?.  Since aku dah berjanji dgn A untuk tidak berbincang , berckp or bercerita pasal ni dgn A..until it confirmed..aku decided to keep my self silently.  Menghormati permintaan si A, sbb katanya 1 July baru official.

Tak berjaya la si B korek apa2 dari aku. Sbb aku sendiri dah pegang janji dgn A kan..tapi minggu lepas bila A telefon aku cerita satu benda yg buat aku ketawa sendirian..dunia oh dunia.  Kabarnya si B beritau somebody kat deparment dia..yg boss besar dia tawarkan jawatan /promotion tu kat dia....in this case the tittle is an assistant manager. Si B kata dia menolak sbb tak sanggup amik responsibility..tak sanggup tanggung tugasan berat as AM.  Jadik katanya dia menolak jawatan itu..???? walhal, cerita sebenarnya ialah...bos dia suruh sambung belajar (mgkin bos dia x beritau pun lagi nak offer jwatan AM tu mungkin??) tapi dia sendiri menolak dgn bulat2...Jadi bila si A dgr gosep2 murahan itu, dia kembali bercerita pada aku..bahawsanya org anggap dia sudah potong jalan si B...Aku yg tau hal sebenarnya bercerita kat si A...kerana si B sendiri mengaku dgn aku dia x mau sambung belajar.  Aku sendiri dgr terkejut. Kalau aku di tmpat B, aku terima dgn rela  hati. Maybe susah sekejap lah kan..tapi 12 bulan tak lama mana pun..if u determined nak buat, pasti bole.  Aku marah B, melepaskan peluang yg datang begitu. Sedangkan aku ni mengharap benda begini berlaku dalam company aku...but its not happening. For me B sgt beruntung...dapat peluang depan mata, tak yah kuar duit..suma company tanggung..tapi dia yg tak nak..with reason..FULL OF EXCUSE..anak lah, rumah lah..laki lah....haissh


Jadi dari cerita aku di atas, dapat tak korang simpulkan..yg peluang tu kadang2 datang sekali jer dalam hidup kita. Kalau kita lepaskan peluang yg ada, kita tatau bila pulak kita dpat lagi gitu?.  Peluang yg kita lepaskan diberi kat org lain. Justeru bila org lain dapat..kenapa perlu ada perasaan dengki dan irihati??.

Keduanya adalah kawan...kawan baik. Seorang yg menerima peluang yg diberi dgn penuh keazaman, iktikad dan kesungguhan...manakala yg seorang lagi menolak dgn 1001 alasan.....

Dalam hidup kita ni, mmg tak smua benda tu senang..tak suma benda pun susah jugak kan?.  Asalkan kita nak buat dan nekad mesti kita dapat lalui dgn tenang dan yakin.  Sbb semua tu beralaskan usaha gigih dan ikhtiar...kita cuma makan gaji kan?..

Renungkanlah..