October 28, 2010

Amal

Amal mmg pandai bercakap. Di samping suka bercerita (sampai x leh simpan rashia), dia juga pandai berbahasa standard bahasa buku.  Contohnya : gambar kwin kami dulu2..dia panggil Gambar perkahwinan..bju kawin aku pun dia kata baju perkahwinan mama.. Aku taktau macamana dia bole guna ayat mcm tu, yg pasti aku tau dia suka sgt tgk cerita2 kat Ceria tu.  Mgkin dari situ.  Tak pe, lagipun berbanding dgn Alin, Amal nampaknya cepat segala gala.  Dia dah pandai membaca dan menulis.

Satu yg kadang2 aku tak tahan ialah mulut dia bercerita tu.  Kadang2 benda2 yg aku x sangka dia nak ckp pun dia akan cerita jugak.  Masa mula2 kami nak beli keta baru, kami x berani nak bukak mulut. Cuma dia yg sbok bertanya bila kami do sebok menelek2 brochure toyota avanza tu.  Akhirnya lepas dah confirm semua, tinggal nak amik keta baru jer kami pun share cerita tu dgn anak2.  Wah apa lagi, hari berikutnya abis dah tersebar cerita yg kami beli kereta baru avanza kaler hijau lagi.  Aduh...Seingat aku sejak bdak2 dah besar2 ni pun kami x pernah bergaduh di rumah. Kok ada perselisihan paham pun kami cuba sorokkan dan selesaikan di luar.  Sbb aku takut kot2 karang satu taman pulak bole tau weh.

Selalu jugak amal akan cerita dan mengadu pasal kakak2nya.  Pasal Kak lin makan kat umah ustazah masa ngaji, pasal kak ling mengacau alisha, pasal macam2 lagi lah.  Pendek kata apa yg dia tau, apa yg dia nampak sure akan tersampai jugak.

Satu hari dia bercerita pasal si Khairul.  Khairul ni bdak sama tadika dgn dia.  Mak bapak Khairul ni Indon.  Kisahnya Khairul ni salu lewat bayar yuran tadika. Cikgu dok pesan kat dia suh mak bapak khairul ni byar sikit2 pun tak pe.  Yg aku tau Khairul ni ada sorang abang lagi.  Kata Amal, bapak Khairul keje kat kebun banyak ubi.  Cikgu salu pesan suruh Khairul ckp dgn bapak dia cikgu nak beli ubi.  Smlam Amal bercerita lagi pasal Khairul.  Pasal dia berkongsi mee goreng dia dgn Khairul. Pasal dia berkongsi ayam goreng yg ada kat lam mee tu dgn Khairul.  Dia kata, khairul salu ckap mak bapak dia x ada duit. Nak makan pun susah. Sedih pulak aku dgr.  Kadang2 ada juga si Khairul ni dtg rumah. Biasanya hari sabtu.  Klau dia datang aku suruh jer dia makan nasik.  Makan biskut atau amik ais kerim atau vitagen atau apa yg ada kat lam fridge tu.

Aku selalu ingatkan anak2 jgn membazir buang makanan.  Cuba tgk Khairul. Mak ayah tak ada duit, orang susah. Nak makan ayam selalu pun x dapat.  Nampaknya Amal sgt paham apa yg aku cuba kata.  Seboleh dia nak kongsi apa jugak makanan yg dia ada dgn Khairul.

Aku kesian bila dgr benda2 cam ni.  Ye lah, kita ni makan tak pernah x ada. Apa nak semua bole jer beli walau tak mewah tapi tak susah mcm dorang tu.  Yuran tadika anak pun bole missed nak bayar maksudnya makan apatah lagi kan?.

Aku baru berkira2 mgkin nak suruh mak si Khairul dtg cuci rumah sebulan 3x ke. Jadik bole aku beri sedikit upah. Bole dia buat beli makanan. Bole aku releks sikit.  Aku belum ada kesempatan nak jumpa mak si khairul lagi nak tanya dia.  Insya Allah cuti sekolah nanti kot.

Bberapa kali terserempak dgn mak khairul, aku rasa mgkin dia lebih muda dari aku.  Cuma sbb susah, dia nampak lebih tua dari usia dia.  Bersyukur kita kan, ada kje, ada gaji anak2 tak pernah merasa makan tak berlauk tak pernah missed makan fast food.   Kdg2 ada masa jlan makan angin.

Rezeki dan nasib kita tak sama kan..Justeru, kita harus sentiasa ingat..Harus sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada.. Insya Allah

October 19, 2010

Terlampau baikhati kah aku ini???

Kalau korang baca blog aku yg awal2 dulu mesti korang tau betapa aku menempuh suka duka untuk terus bertahan selama 5 tahun di syarikat aku berkerja skg ni..Ada satu makhluk kat office aku ni yg tak pernah insaf dari perbuatan dia menganiaya, mencucuk ataupun membatu apikan org yg dia dengkikan.

Aku pernah terkena dulu.  Siap bos panggil dan warning aku atas tuduhan menyebarkan gossip2 tidak sihat di dalam pejabat ini.  Walhal, bila aku tnya bos balik apa benda yg aku ckp sampai aku kena begini sekali?..jwapan bos mudah. Dia taktau apa benda dan tak mau tau yg pasti dia tak mau ada perkara2 remeh yg akan menjadikan office ni tempat yg tak harmoni.

Aku terima teguran bos tu seadanya.  Aku mengaku, kadang2 aku tension kat click pasal keje dan cuba meluahkan di meja makan.  Aku kira, siapa pun yg mendengar harus menganggap itu semua keluhan aku dan tak seharusnya menyampaikan kepada empunya badan menjadi batu api.  Tidak kah si batu api yg patut menjadi kepala jahat bukan aku?.  Kalaulah apa yg aku luahkan itu di salah tafsir oleh org lain dek kerana si batu api salah aku kah itu???

Lepas sekian lama, aku buang rasa marah, dendam ku terhdap si J LO jauh2.  Niat aku cuma tak mau mengeruhkan keadaan di tempat keje.  Selama mana kita harus bermusuh sedangkan kita hari2 jumpe ye dak?.  Aku dah berjaya buang perasaan aku tu jauh2..hinggalah ....hari ini.

Si JLO ni dah termengandung pulak tahun ni.  Khabarnya bakal beranak bulan Jan nanti.  Sejak dia mengandung sumpah demi Allah aku tak pernah ingat perbuatan2 jahat dia pada aku dulu.  Hatta, sejak dia mengandung nih, aku tak kisah nak belikan dia apa2 makanan dgn ikhlas. Tanpa harap apa2.

Baru ni dia teringin nak makan kopok leko, kebetulan aku ada nampak org jual. Aku belikan dia.  Aku belanja dia nasik lemak yg dia teringin.  Niat aku ikhlas. Lagpun dia kan mengandung!. Kesian.

Tpi pagi ni hati aku sungguh panas dan terbakar.  Rakan sekerja dtg memberitahu aku, supaya berhati2 bila berbicara dgn JLO.  Kerana sudah ada gossip2 fitnah pasal rakan sekerja yg lain sampai ke telinga si jenab.  Si jenab pulak menanya ke rakan sekerja ku itu..apa cerita.

Terkesima aku...sesungguhnya aku ada meluahkan rasa tak puas hati pada si A kerana skg ni aku rasa dia tak bersungguh berkerja. Terutama ketika follow up invoice dgn pelanggan.  Aku ada kata, si A skg kerap berangan, janji macm2 tapi selalu tak buat pun.  Dan aku dah give dgn si A, aku skg kalau follow up apa2 pasal client dia, aku akan antar email dan CC bos.  Baru lah kerja tu jalan.  Si JLO pulak aku tatau sudah pusing cerita, sampai jenab sangka aku menyebar cerita x baik pasal si A.

Aduhai....apalah malang or shall i call my self BODOH??..sbb cepat sgt melupakan kejahatan JLO pada aku?  Yg pasti, aku tak mo menyimpan dendam.  Tapi inikah balasan nya?  JLo berbaik2 dgn aku, cuma untk menikam aku lagi buat ke sekian kalinya??.  Aku tak paham apa yg JLO dengkikan sgt dgn aku nih??.  Kalau customer dia sendiri kata nak berurusan dgn aku masa dia cuti beranak  nanti..itu salah aku kah??.  Aku baik dgn suma org tak kira pelanggan, kawan atau lawan.  Mgkin sbb itu dorang senang berurusan dgn aku...aku berkerja dgn ikhlas dan jujur. Tanpa ada niat lain.  Sbb itulah mereka suma suka dgn aku..bukan customer JLO sahaja..bahkan customer org lain juga..bahkan customer boss jugak..itu salah aku kah???.

Boss jugak begitu..tiap kali aku buat keje untuk customer dia, dia sgt puashati...dia salu memuji.  Salah aku kah kalau dia memuji sbb aku buat kje ku dgn jujur?.  Kalau aku MC, atau emergency aku msg bos...bos akan balas msg aku samada OK ataupun panjang lebar....salah aku kah?.  Salah aku ke kalau bos sendiri tak pernah jwb sms dia kalau dia on MC or EL?.

Entahlah, buntu aku memikir..salah aku kah semua itu.  Dia sendiri tak berjaya nak urus kerjanya sendiri..salu ada masalah anak, umah tangga..maid. Salah aku jugak?.  Aku percaya, sbb hati dia salu dengki dan busuk Allah mmg salu beri kesusahan pada dia..dapat maid mcm keldai.  Anak2 mcm setan??. Nasib baik dia bukan Islam.  Klau dak mau jer aku bersolat hajat mintak Allah beri balasan.  Nak je aku doakan dia dapat anak esok...tak sempurna..tapi dia bukan Islam..jadik segala kejahatan dia tu mmg dari hati nya yg hitam dan jahat!!..

Ya Allah, lindungilah aku. Beri lah aku kekuatan menghadapi suma ni..jauhkan aku dari fitnah, dengki dan irihati. Jadikan aku sentiasa rendah diri, ikhlas dan Jujur.....insya Allah....

October 18, 2010

Rentetan itu..........

Rentetan dari cerita hari Jumaat tu ialah; aku akhirnya lembut hati dan telah mentransfer duit kat acc maybank abang ngah tuh.  Aku cuba jer ikhlas kan diri nak menolong dia.  Tpi akibat dari itu, aku dah tak cukup duit nk beri mak masa balik kg hari sabtu tuh.  Mujur ada CC, dapat gak aku belikan mak barang2 dapur dia...masa dia nak bagi duit balik kat aku..aku kata x yah lah mak, simpan jer duit tu wat belanja.  Aku ckp jer dgn mak perihal anak kesayangan dia tu x berduit.  Bulan ni jer dah 2 x mintak tolong kat aku..jadi aku x mo mak ingat aku mmg x nak bagi dia duit belanja..walaupun aku tau duit mak masih ada lagi...Mak geleng2 kepala tpi no further comments...

Aku fikir, mgkin anak sedara aku tu betul2 takde duit nak makan. Mintak kat abah, abah pulak tak berduit. Jadik Abahnya mencarik aku kan..Lembut gak hati aku walaupun pada awalnya geram sesgt.  Aku ni geram bukan apa, aku rasa mustahil akak ipar aku tu tak berduit. Kalau balik kg tu, menyoping sajer kejenya.  Pulak tu time nak raya bisness biskut raya bukan maen lagi pulun.  Well dia sendiri cerita dgn kitrang ni bape ribu dapat kan..tak sakit ati kalau tiap kali abang aku tu tak berduit, aku jugak ditujunya.

Knowing abang aku tu, aku tak rasa dia ckp dgn  bini dia kalau dia tak berduit ke hapa.  Buktinya kalau balik kg tu, dia hulur duit dgn mak pun time2 bini takde.  Moskel aku dorang ni.  Abang aku tu pulak jenis pendiam tak byk cerita.  Lgpun dia sndiri kata, dgn bini dia x leh citer lebih. Karang abis satu antero melaya sedara mara belah dia tau.  Kak ipar aku tu pun dgn adik2 dan akaknya kalau bercerita, or mengumpats mengalahkan kak Nam doblas tau.

Jadik, lepas aku diskass dgn SP aku dia kata bagilah.  Aku pun bagi. Masa balik keje ari jumaat tu aku pi masukkan kat deposit cash tu.  Harap2 dapat ler membantu dia sikit walaupun hati aku was2 yg anak buah aku tu tak cukup duit nak beli rokok.  Lepas aku masuk duit tu, aku msg abg ngah bgtau. 

Hari Sabtu tu pagi2 lagi aku bangun, sidai kain dan kemas apa patut.  Lepas suma siap baru ler kami gerak balik kg.  Sengaja aku mlas nak berkejar2.  Lebih kurang kul 9 lepas sarapan baru kami jalan.  By time sampai umah mak dah kul 10.30am.  Kebetulan ada kenduri kat kg mmg akak dah pesan tuk bawak baju kurung nak gi situ.  SP dan yg lain x mo gi. Mak pun sama x mo gi, katanya sakit perut. So aku dgn akak masak ler dulu. Pukul 12 baru jer kami gerak pi kenduri.  Yg kenduri tu  bole dikategorikan org ada2 jugak, tapi lauk kendurinya alahai idak sepertinya.  Cuma ada ayam goreng, sambal goreng dan daging masak merah.  No sambal belacan no ulam.  Aku rasa kalau takat nak tambah tu orait jer.  Tp mgkin sbb lapar, belasah jer.  Ramai aku cuma teman2 sekolah sekampung kat majlis tu.  Lepas makan, kami (aku, akak dan amal) tunggu nak tgk pengantin bersanding.  Sambil layan karaoke org2 kg.   Aku rasa dalam kul 1 lebih baru pengantin berarak.   Dapat ler nengok pengantin lelaki yg hensem dan pengantin perempuan yg comel.   Pengantin lelaki tu anak kwn pejabat akak.  Sekg dgn kami.  Masa kecik2 dulu aku tgk pengantin lelaki comot jer..tak sangka jadi jejaka tampan dan menawan, khabarnya menjadi rebutan u oll. Mgkin dah jodohnya dgn bdak lurah bilut kot.  Pengantin lelaki pun khabarnya bukan calang2. Jurutera awam bergaji 4 ribu ( heboh kat kg tu siap bgtau gaji u olls)..alah gaji aku lagi byk dari tu tak heboh pun..hhahaha bak kata akak, kalau org susah yg kenduri lauk 5-6 macam meriah dan rasa seronok jer makan..ni org kaya, lauk pun ala2 org kedekut jer..tak patut sungguh kan?

Lepas balik kenduri, lepaks2 kejap.  Lepas asar kami gerak ke Sg Besar sbb mak nak beli barang2 dapur.  Aku pun nak lepas hajat makan rojak dawwod sejak dari raya tak dapat. Rojak ni aku makan dari aku mula kenal ABC sampai skg. Rasanya tetap tak berubah.  Dolu, arwah bapak salu bawa ngeteh kat sini (dulu nama Yaacob-nama ayahnya)  Mmg masih seperti dulu.  Akak dgn anaknya order meggi goreng, mak makan nasik ayam,aku rojak, delin dgn amal share mee goreng..SP pulak mee rebus.  Kakak minum jer sebb kenyang katanya (mana tak kenyang, 4  x makan nasik ayam kg masak merah yg aku masak).

Lepas beli barang2 dapur mak semua, kami balik umah dan berposing di bendang..pi ler tgk kat FB kalau nak tgk pemandangan senja yg sungguh syahdu.

Lepas maghrib aku dgn SP dan Amal gi umah pak cik Abas sbb nak berurut.  Pak cik Abas dgn wife dia Mak cik La mmg terkenal sbgai tukang urut kat kg kami.  Lepas accident ari tu sengaja kami nak berurut.  Masa aku dtg org tak ramai. Mgkin sbb kami datang betul2 lepas maghrib.  Bila lepas 1.5 jm setengah aku sudah selesai, mak ai ramainya org dtg nak berurut. Lelaki dan perempuan.  Masa aku dah abis dalam 1/2 jam kot baru ler SP abis berurut dgn pak cik abas.  Amal pulak salu kencing tak lawas, jadik aku mintak Makcik La urutkan ari2 dan kakinya.  Amal kata sedap diurut sampai ketagih nak berurut lagi tu..

Masa aku dgn SP balik dalam ku 9.30 mlm masih ada 7-8 org menunggu giliran.  Menurut MakCik La salu kalau malam minggu sampai kul 2-3 pagi baru siap.  Kami bertiga aku cuma bagi seikhlas RM50.  Org2 kg biasa berurut bayar RM10 jer.  Aku dah biasa bagi lebih sikit. Lgpun kami bertiga.

Hari Ahad, bangun tido aduh sakit2 badan.  Biasa lepas berurut mau 3-4 hari kena rasa sakit baru baik.  Pg ahad tu kami ke pasar kat kg berdekatan, beli sayur, beli lontong feveret aku dan carik surat khabar sekali.
Lepas Asar kami gerak balik.  Sungguh pun kejap jer aku rasa lega sbb dah berurut......

Insya Allah, mgkin pertengahan bulan Nov nanti baru aku balik lagi.  Kena balik time2 tgh bulan sbb jalan clear dan sg besar tak packed sagt. Kalau ujung bulan perrgh....dgn jalan jammed tmpat makan penuh...so now i know to choose the best date nak balik sg besar..

October 15, 2010

Haiyooooooooo

Aku taktau nak meluahkan cam ne, tapi hati aku mmg tgh sakit, marah terbakar dan segala2 lah.  Ini suma pasal duit. Duit, Duit, Duit....

Abg Ngah aku ni, taktau nak ckp camne dari dulu sampai skg manjang jer takde duit. Dari zaman bujang, sampai anak sorang sampai la ni anak 2 org tak abis2 masalah yg sama.  Yg pelik kalau takde duit jer carik aku....aku ni ada muka cap duit ker???.

Minggu lepas masa aku lepas eksiden lagi dia dah kol.  Kata nak suh masukkan duit RM100 kat akaun anaknya akak anak buah aku yg tgh buat matrik kat Kuantan tuh.  Aku ni idak la kejam. Kesian la jugak buatnya nak makan takde duit ke kan.  Yg aku sakit hati, budak tu dah stat merokok pun.  So aku suspect duit manjang tak cukup pasal tu lah.  Masa tu aku kata aku tgh MC.  Jadik bila aku keje sok aku cubalah.  Kenalah aku usahakan gak.  Sbbnya kesian.  Dia kata duit claim ntah hape2 lambat, jadik tersangkut lah. 

So hari Rabu aku stat keje tu, pg2 lagi dia kol (masa aku on the way lam keta) kata x yah masukkan sbb claim dia dah dapat. OK lah kan.  So dalam hati, aku kata lega.

Pukul 3 tadi aku dapat missed called no phone dia.  Aku dah agak dah. Musti pasal duit lagi. Fair enough dia kol lagi sekali bgtau suh aku masukkan duit, kata anaknya tel nak duit lagi.  Apa ni???.  Mcm aku ni mesin duit anytime dia nak..dan dan tu aku boleh buat?.

Aku cakap terus terang jer dgn dia. Aku baru jer amik duit dari bank tadi tgh tapi aku nak balik kg esok.  Aku nak bagi duit tu buat belanja mak.  Aku terus sakit kepala dgn masalah dia ni lah.  Sakit jer hati aku.  Aku suspect dia tak berani nak tanya bini dia gamaknya.  Terus2 kalau takde duit mesti carik aku.

Aku bukan lah tak mau tolong dia. Dah banyak kali sgt2 aku tolong dia.  Mmg lah dia bayar balik (walaupun lambat) tp aku tak suka menjadikan habit. Sbb lenkali kalau dia takde duit mesti aku dicariknya.  Itulah sbbnya aku ni gaknya tak leh nak simpan duit2 byk2.  Nanti kalau ada saving harus manjang jer dia nak cari aku.  Ada lah sikit simpanan aku tpi itu untk aku pnye kecemasan.  Untuk lebih selamat duit2 tu suma aku simpan kat lam akaun tabung hj anak2..jadik ada alasan aku untuk kata takde.

Dulu masa arwah bapak ada, tiap kali takde duit mesti mintak kat dia.  Bapak pun gaknya kesian, salunya mmg bagi.  Bayar idak tu aku tak tau dan tak pernah nak amik tau.  Yg mak pulak pantang dgr anaknya kesayangan susah mesti sanggup bergolak gadai nak kasik duit sampai sanggup dia sendiri pun takde duit..apa cerita??.

Duit simpanan mak yg masih dibekukan tu jer lah yg dia targetnya.  Mujurlah duit tu masih tak bole dikeluarkan..kalau tak sure dah lama abis gaknya.  Sakit kepala aku ttba....ting tong...


October 14, 2010

Pindah Rumah???

Selepas kejadian kemalangan moto itu hari, aku ttiba terfikir akan satu perkara yg logic tpi memerlukan pertimbangan yg sedlam2nya.  Perjalanan dari rumah ke tempat keje mmg jauh, mmg jammed dan seharusnya berisiko tinggi.  Bukan risiko apa, risiko kemalangan tu mmg sgt tinggi.  Lebih lagi bagi kami yg mmg hari2 merempit nih.  Bukan tak mau berkereta, tapi kejamm man terlampau tu mmg buat aku tension tahap gaban.  Bayangkan nak kuar dari jalan Ampang ke tol duta sahaja dah memakan masa hampir 2 jam (kira2 nak sampai balik kg ku kat sg besar tuh).

Ikut jalan lama selayang - templer pulak, lagilah gamaknya memakan masa lebih lama.  Mmg tak berapa jauh tapi ke jem tahap melampau mmg buat kita jadi lemau.

Dari persembangan aku dgn kwn2..ada lah cadangan dari sorang teman suh pindah jer dari situ.  Maksudnya carik rumah disekitar kawasan KL supaya senang nak ulang alik gi keje. Dan dekat jugak.  Sesuatu yg lojik tetapi harus aku pikirkan byk perkara.  Selain dari rumah yg ada skg ni (dok bayar PBB hampir 11 thn) aku jugak pikir pasal anak2, pasal sekolah dorang, pasal sapa nak jaga dorang..pasal..pasal..macam2 lagi lah.  Takkan lah aku nak sewakan rumah aku tu.  Rates sewa kat sana sgt rendah.  Paling tinggi pun empat ratus sebulan.  Dan monthly installment aku dgn bank RM650/sebulan.  Mana aku nak pikir bayar rumah tu, dan kalau nak pindah dkat2 KL mana aku nak pikir bayar rumah tu pulak nanti.  Jual?? bole jer tp harga sgt rendah dan aku rasa tak berbaloi sama sekali.

Suasana rumah aku di Rawang tu sgt tenang, sgt tenteram.  Mmg kawasan sesuai nak membesarkan anak2. Jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari segala perkara2 melekakan yg ada kat kotaraya KL ni.  Pendek kata, dari Rawang mmg susah nak keluar sedikit sebanyak dapat mengelakkan anak2 dari terdedah dgn cara melampau.  Berapa ramai kwn2 yg dok dkt dgn KL ada segala kemudahan mengeluh sbb anak2 susah nak kawal.  Ya lah, dorang nak kuar suma ada. LRT, bas, komuter suma depan mata jer.  Hatta ada kwn aku anak baru tingkatan 1 dah pandai nak kuar dgn kwn2 melepak kat mid valley, KLCC....

Setelah berfikir dan menimbang2 aku rasa malas.  Malas nak pindah randah lagi. Malas nak pikir kuar $$$ untk carik rumah lain dan malas nak menguruskan tukar sekolah anak2..  Perihal keselamatan kami pi dan balik keje tu hanya Allah jer yg tau.  Kalau mmg takdir nak berlaku kemalangan, kecelakaan di mana2 pun boleh.  Bukan sekadar naek moto,  naek keta, naek bas pun boleh berlaku jugak kan?.

Yg penting, lepas kejadian hari tu, kami lebih berhati2.  Sering nak memastikan keadaan moto sentiasa baik dan selamat.  Menukar tayar luar setiap 3-5 bulan dan pastikan sentiasa perlahan2 bila turun dari bukit.  Kemalanga sesuatu yg kita x leh nak elak kalau berlaku ye dak?.  Sebagai manusia dan hamba kita berusaha, berdoa mintak dijauhkan Insya Allah.

Pendek kata, biarlah apa org nak kata.  Yg pasti kami sgt selesa tinggal di tempat yg kami duduk skg.  Sungguhpun rumah kecil dan sempit tapi kami  bahagia.  Kami gembira sbb anak2 membesar dgn gembira.  Itu lebih penting dari segalanya kan.  Yg pasti, kesenangan dan kebahagiaan itu bukan terletak pada apa...ianya terletak pada ikatan kami sekeluarga dan kesediaan kami menerima apa jua yg di berikan oleh Allah.  Mgkin mmg tertulis itu rezeki kami sehingga kami pencen kelak.  Apa juga rezeki yg datang adlah dari Allah..segala yg baik darinya manakala segala yg buruk dari kami..Insya Allah.

October 13, 2010

Mind our own privacy...fesbuk punya hal


Aku tatau pasal orang lain, tapi bagi diri aku ni fesbuk sekadar suka2. Untuk mengeratkan hubungan persaudaraan, persahabatan dan juga tempat menjejak kasih kwan2 lama.  Fesbuk bukan tmpat untuk nak citer segala mala hal dalam kain pun, kalaulah ada org jenis2 gitu nasihat aku tak payahlah join fesbuk.

Bagi aku hal suami isteri, tak patut di pamerkan difesbuk. Pasal gaduh lah, pasal nak wish I love you lah...itu suma tak payah kat fesbuk dek..kat umah bole cakap..kat lam keta bole ckp..tiap2 malam atas katil boleh ckap per.  La ni dah jadik trend bdak2 muda (categori 30 kebawah) yg dah ada laki or bini nak publish hubby takde....isteri takde..hatta baru2 tau  mengandung pun nak dihebohkan serata Malaya..kelasss gitu!!.

Yg ada pulak, kat fesbuk nak tunjuk gambar laki bini yg terpeluk sana, terpeluk sini. Yg dok berposing kat tepi pantai dok celah kangkang. Apa barang???.  Kok ye pun simpan jer gambar tu dalam simpanan peribadi.  Tak yah nak tunjuk yg ko tu ler ada laki..org tau dah. Tak yah ckap.

Kadang2 aku pun teralpa jugak benda2 gini.  Terletak gambar2 yg tak sepertinya. Tpi bila aku tersedar cepat2 aku delete or removed.   Fesbuk bg aku untuk simpan gambar2 kenangan (sbb nak print mahal sgt) tapi mana2 gambar yg tak sepertinya tu aku sorok jer kat lam hard disk.

Aku more likely nak share gambar anak2. Nak share tempat2 menarik yg kami pi so that kawn2 pun bole pegi.  Yg ada masak pun nak amik gambar. Siap nak letak hari2 lagi tu, masak apa...buat apa...alahai.

Fesbuk aku berjalan cuma hari keje. Tu pun sbb access dari off.  Kdg2 dari hp pun kdg2 sekadar nak beritahu teman2 aku takde, tak sihat or apa. Takut2 dorang carik2 aku tak tau pulak yg aku sakit ke..aku eksiden ke.

Dunia IT ni kadang dalam tak sedar byk tak elok dari elok.  Terlampau taksub org kata.  Sampai gambar kawin satu beban nak letak apa tujuannya?? selain nak menunjuk2 ye dak.  Berpada2 lah letak gambar tu.  Tak yah 10 roll gambar ko amik 10 roll nak letak.  Kdg2 orang nak muak dan jemu...yg ada masa mandi, pakai syampu pun nak amik gambar, letak kat fesbuk...apa barang kan??

Sekian sahaja...omelan aku....aku benarnya dah boring gak berfesbuk cuma kdg2 sbb kwn2 sekolah, kwn2 keje lama ada kat sana, aku gagahkan jugak..di samping itu, fesbuk bagi aku tempat meluah perasaan kalau aku bengang kat tmpat keje...karang mengadu salah org kat off ni, naya pulak jadiknya. Jalan selamat untk aku...luahkan kat fesbuk.  Sapa2 yg terasa tu nasib lah kan......................

October 8, 2010

Balasan untuk tidak berlaku jujur...

Aku ni bukanlah dari kategori yg gilakan sgt henbag2.  Cuma sebagai manusia biasa ..cheewah, ada gak perasaan nak memiliki henbag yg memahal..tak kesah ler aku pakai ke dak, yg penting dapat ye dak...Dan satu perangai aku dari dulu..kalau nak beli apa barang yg masuk kategori mahal nak mampus aku takkan mintak pada sleeping partner ku yg terchenta tu.. Pertama sbb: mmg aku dari dulu gitu..Kedua : supaya tidak berbangkit di kemudian hari.. Lgpun lagi syiok kalau dapat beli barang idaman dgn duit sendiri. Puas hati org kata.

Cuma kadang2 aku takmau ler cakap rega yg sebenar pada dia.  Contohnya kalau rega beg tu tiga ratus...aku cuma akan kata lima puluh ringgit lah..Contohnya.

2 taun lepas, aku dah tangkap syiok dgn satu beg LV tuh.  Bukan le ori..gilos nak beli ori..mahal tu.  Ni kira LV gak 7AAA++  pnya rega pun dalam lima ratus gitu.  Aku beli tu dgn duit kutus aku maen.  Since aku dah suka kan. Bag tu pun ddok lam almari. Kalau ada majlis ke, kenduri kwin ke..raya ke baru ler aku bergaya weh.  Apa barang kan pi keje pakai beg gitu??. aku jenis sempoi. Gi keje bawak bag pack free company bagi jer.

Kisahnya, 2 minggu lepas ada majlis kenduri kwin anak sedara SP aku kat Bukit Aman.  Bdak2 ni pulak dok sumbat2 beg aku tu dgn goodies, gula2..termasuk ler bunga2 telur yg dorang rembat kat pelamin tuh.  Lepas balik umah, aku dah suruh kakak kosongkan beg aku tu kutip segala mala barang dorang.  She did.  Cuma sebijik dari bunga telur tu, telur dia sudah terputus dari bunganya. Gamaknya kakak dok amik bunga telur and tinggalkan telur itu di situ.  Aku mmg ingat nak buang, tpi entah camne aku letak beg tu kat lam bilik tidor berminggu2.

Masa aku MC lepas accident moto ari tu, aku nak melelap mata kat lam bilik kejap.  Terbau ler aku satu bau busuk.  Taktau mana datang.  Dgn kaki sakit aku suruh delin, amal carik mana punca dtgnya bau tu.  Puas ler mengintai bawah katil, bawah meja..tepi almari tapi tak jumpe.  Dorang termasuk aku suspect bau tikus mati.  Masa aku duk ralit2 nak lelap terpandang lah aku beg LV tu..terus memori aku teringat pasal telur tu!!!!.

Aku suruh delin bukak ler beg itu and intai apa dalam.  Delin dgn pantas angkat beg tu bawak ke luar sambil jerit..titus mati...dalam bag mama..ada byk ulat..alamak???... aku pun suruh delin cuci kat paip depan pintu rumah tu..buang ulat2 tu..dia dgn sincerenya bawak keluar.  Bertengket2 aku kuar kat hall..aku tgk eh, pesal budak ni berlenggang jer...mana beg LV aku?????....Ya Allah..dia pi buang beg LV aku iteww kat lam tong sampah depan u olls...nak nangis aku!!!.

Aku suruh dia pi amik balik..dia tak mo..katanya ada ulat..banyak.  Aku buat2 gaya sedih, melodramatik, ala nangis gitu..baru ler dia kuar amik balik..nasib baek ko..kalau lori sampah datang..hancus henbag aku u olls..  Lepas dia bawak bag tu aku lalukan air paip and tonggang kan buang segala mala parasit tu..ku bubuh sesudu sabun cuci berulang2 kali sampai bersih....Alhamdulillah..lepas di jemur. Beg tu kering..tapi agak melengkung keadaannya...sign nak kena beli baru nih..  aku jadik tak suka dah dgn keadaan beg tuh....

SP aku tanya..ala buang jer lah beg tu...takat RM30 tu..beli ler lain..what 30rm???????  then baru lah aku perasan...ya ya..aku berdosa..sbb dulu aku ckp dgn SP harga beg itu RM30. hahahaha..padan muka aku kan?? just to cover ..aku kata  No the price..aku sayang beg tu..padahal!!!

Kakak yg tau segala rashia beg tu siap berbisik dgn aku..Ma, itulah kalau dah berdosa sbb tipu ayah....sbb tu jadik mcm ni..
ahahhaaaaaa...aku tergelak..betul lah..Insaf aku..lenkali aku tak mo bohong sunat tipu dia lagi..I betul2 insaf u all.   Walaupun bukan guna duit dia kan..tpi kan lebih baek berterus terang aje......................

October 6, 2010

Sesuatu yg terjangka dek akal...

Kadang-kadang, kita taktau apa nak berlaku  pada kita.  Itu semua diluar bidang kuasa dan kudrat kita. Namun apa daya, kalau hendak berlakulah sesuatu perkara itu, mmg berlaku lah.. Itulah namanya Takdir.

Hari Khamis lepas, masa balik keje. Macam biasa fikiran aku melayang fikir apa nak masak, apa nak buat bila sampai rumah nanti.  Tiba di atas bukit area Selayang tu, ttba aku rasa moto yg kami naek tu ttba mcm bergoyang2 handlenya..hilang kawalan...sempat aku bertanya gak kat SP napa...belum sempat dia jwap..bang..dua2 tersungkur di atas jalan. Mujur lah kat tepi kalau tak tak taulah apa jadi.  Masa jatuh aku tak rasa lagi.  Lepas bberapa minit barulah terasa. Lutut aku sakit sangat2. Kaki2 aku pedih tak terkira. Aku tgk SP dah tersandar kat divider jalan..langsung aku duduk. Tpi lutut aku tak leh gerak pun. Sakit teramat. Dlam hati aku. Alamak kalau patah kaki aku naya nih.  Dalm kelam kabut gitu, ada 3-4 org mamat yg prihatin tolong.  Bgtau jangan gerak byk.  Dalam kepala aku, cuma ingat anak2.  Camne dorang.  Aku terus kol cikgu (baby sitter) bgtau kami kemalangan and mintak dia antar anak2 ke rumah terus.  Sempat gak aku telefon umah abang sulong SP dekat area2 tu bgtau.  Mamat2 yg baik hati tu salah sorang kol ambulance.  Sorang lagi tolong kemaskan barang2 yg berterabur.  Kutip kunci2. Masukkan dalam bag pack aku. Dia jugak tolong kunci dan rantaikan moto.  Lepas 10 minit ambulan pun dtg.  Seluar SP koyak rabak kat lutut..kak kaki. Seluar aku pun. Mujur aku pakai seluar slack yg tebal.

Lepas ambulan datang kami dua2 naik ambulan. Kaki aku mmg x le gerak lagi masa tu.  Darah keluar tak henti2..lepas dorang angkat masuk ambulan terus kami sampai kat Hspital Selayang yg tak berapa jauh.  Masuk ke kecemasan, abis dia bukak segala baju aku..segala seluar.  Suntikan antibiotik dgn tahan sakit terus dia bagi.  Jarum drip terus masuk kat tgn.  Sakitnya tuhan jer yg tau.  SP aku rasa masih kat luar.  Luka lutut dia dgn tgn tu dorang terus bersihkan. Tpi since dia masih bole jalan dia kena tunggu giliran.  Mmg berjanggut ler.

Lepas kena x ray, Alhamdulillah takde apa yg patah. Takde apa yg retak. Aku nampak SP dgn Abang dia masuk kat emergency room tu. Kaki aku dah bole gerak tapi sakit2 dan pedih2 luka terseret masih  menyucuk2.  Tgn2 SP bengkan kiri dan kanan.

Lepas dah pasti aku tak apa2..dorang bagi aku keluar. Masa tu aku nampak SP masih tunggu giliran nak di panggil oleh Dr.  Aku nampak ada ramai kwn2 SP kat situ. Ada abang dan kak Ipar aku sekali kat situ.  Aku rasa semua selesai dalam kul 10 lebih gitu.  Moto dah diangkut oleh anak buah dgn lori dan hantar ke rumah abang SP kat selayang. Honestly aku tatau apa sebenarnya.  Kami cuma suspect tayar pancit. Tp hakikatnya belum tgk pun lagi keadaan moto tuh.  Azizan,nizam,  Aris, Awe dgn wife dia ada kat Hspital tu tunggu sampai kami sudah. Terima kasih kat dorang yg begitu prihatin. Sempat lagi dorang bergurau senda dgn SP. Mgkin nak meredakan kami berdua.  Aku taktau mana kasut aku dah tercampak.  Kuar emergency aku berkaki ayam.

Abang dgn kak ipar antar kami balik rumah. Masa tu pun dah dekat kul 11.  Mula dah terasa sakit2 badan..luka2 pun.  Mlm tu mmg kami dua x leh tidor. berdenyut2.  Ada ubat tahan sakit hspital bagi tapi tak menghilangkan.  Hari Jumaat tu kami pi klinik panel SP. Cuci segala luka2. Amik ubat.  Hari2 berikut kena cuci.  Luka di kaki aku masih tak betul2 keriing.  Luka terseret tu mgkin agak dalam. Tapi masih bole berjalan walau pun terdengkot2.

Hari ni aku dah stat keje. SP pun. Kami kuar awal.  Mgkin seminggu dia ni kena naik keta dulu. Kaki SP pun masih sakit2 lagi. Moto pun kami tak pi tgk lagi.  Cadangnya hari Sabtu ni nak pi tgk moto dan antar for repair.  Kemalangan gini, sesuatu yg mmg kami tak pernah mintak terjadi. Mmg selalu berhati2. Tpi bak kata org. Malang tak berbau.  Cuma aku ingatkan SP akan datang, bila turun bukit kena pelahan2. 

Kadang2 Allah nak bagi ingatan dgn cara macam ni. Mgkin selama ni tak berhati2 bila lalu kat situ. Mgkin tak check tayar betul2..samada perlu di tukar ke dak.  Yg pasti, ni suma jadi pengajaran.  Aku bersyukur sgt2 sbb tak berapa teruk.  Ujian Allah ni kami terima dgn redha...Insya Allah.