October 28, 2010

Amal

Amal mmg pandai bercakap. Di samping suka bercerita (sampai x leh simpan rashia), dia juga pandai berbahasa standard bahasa buku.  Contohnya : gambar kwin kami dulu2..dia panggil Gambar perkahwinan..bju kawin aku pun dia kata baju perkahwinan mama.. Aku taktau macamana dia bole guna ayat mcm tu, yg pasti aku tau dia suka sgt tgk cerita2 kat Ceria tu.  Mgkin dari situ.  Tak pe, lagipun berbanding dgn Alin, Amal nampaknya cepat segala gala.  Dia dah pandai membaca dan menulis.

Satu yg kadang2 aku tak tahan ialah mulut dia bercerita tu.  Kadang2 benda2 yg aku x sangka dia nak ckp pun dia akan cerita jugak.  Masa mula2 kami nak beli keta baru, kami x berani nak bukak mulut. Cuma dia yg sbok bertanya bila kami do sebok menelek2 brochure toyota avanza tu.  Akhirnya lepas dah confirm semua, tinggal nak amik keta baru jer kami pun share cerita tu dgn anak2.  Wah apa lagi, hari berikutnya abis dah tersebar cerita yg kami beli kereta baru avanza kaler hijau lagi.  Aduh...Seingat aku sejak bdak2 dah besar2 ni pun kami x pernah bergaduh di rumah. Kok ada perselisihan paham pun kami cuba sorokkan dan selesaikan di luar.  Sbb aku takut kot2 karang satu taman pulak bole tau weh.

Selalu jugak amal akan cerita dan mengadu pasal kakak2nya.  Pasal Kak lin makan kat umah ustazah masa ngaji, pasal kak ling mengacau alisha, pasal macam2 lagi lah.  Pendek kata apa yg dia tau, apa yg dia nampak sure akan tersampai jugak.

Satu hari dia bercerita pasal si Khairul.  Khairul ni bdak sama tadika dgn dia.  Mak bapak Khairul ni Indon.  Kisahnya Khairul ni salu lewat bayar yuran tadika. Cikgu dok pesan kat dia suh mak bapak khairul ni byar sikit2 pun tak pe.  Yg aku tau Khairul ni ada sorang abang lagi.  Kata Amal, bapak Khairul keje kat kebun banyak ubi.  Cikgu salu pesan suruh Khairul ckp dgn bapak dia cikgu nak beli ubi.  Smlam Amal bercerita lagi pasal Khairul.  Pasal dia berkongsi mee goreng dia dgn Khairul. Pasal dia berkongsi ayam goreng yg ada kat lam mee tu dgn Khairul.  Dia kata, khairul salu ckap mak bapak dia x ada duit. Nak makan pun susah. Sedih pulak aku dgr.  Kadang2 ada juga si Khairul ni dtg rumah. Biasanya hari sabtu.  Klau dia datang aku suruh jer dia makan nasik.  Makan biskut atau amik ais kerim atau vitagen atau apa yg ada kat lam fridge tu.

Aku selalu ingatkan anak2 jgn membazir buang makanan.  Cuba tgk Khairul. Mak ayah tak ada duit, orang susah. Nak makan ayam selalu pun x dapat.  Nampaknya Amal sgt paham apa yg aku cuba kata.  Seboleh dia nak kongsi apa jugak makanan yg dia ada dgn Khairul.

Aku kesian bila dgr benda2 cam ni.  Ye lah, kita ni makan tak pernah x ada. Apa nak semua bole jer beli walau tak mewah tapi tak susah mcm dorang tu.  Yuran tadika anak pun bole missed nak bayar maksudnya makan apatah lagi kan?.

Aku baru berkira2 mgkin nak suruh mak si Khairul dtg cuci rumah sebulan 3x ke. Jadik bole aku beri sedikit upah. Bole dia buat beli makanan. Bole aku releks sikit.  Aku belum ada kesempatan nak jumpa mak si khairul lagi nak tanya dia.  Insya Allah cuti sekolah nanti kot.

Bberapa kali terserempak dgn mak khairul, aku rasa mgkin dia lebih muda dari aku.  Cuma sbb susah, dia nampak lebih tua dari usia dia.  Bersyukur kita kan, ada kje, ada gaji anak2 tak pernah merasa makan tak berlauk tak pernah missed makan fast food.   Kdg2 ada masa jlan makan angin.

Rezeki dan nasib kita tak sama kan..Justeru, kita harus sentiasa ingat..Harus sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada.. Insya Allah

No comments: