January 9, 2009

Cabaran 2009 dah bermula....


Hari ni dah masuk hari ke 9 tahun 2009. Ari ni pulak ari terakhir dalam minggu ni..esok pulak cuti .Mcm tak percaya aku rasa pantasnya masa berjalan.

Aku dah start cuti sejak 1hb jan lagi. Di samping rushing amik kakak dari kg lepas abis tuisyen UPSR terpaksa pulak berkejar ke orientasi sekolah delin pada hari Jumaat 2hb. tu. Memang kelam kabut on the orientation day. Maklum je lah bdak jah 1 yag baru kenal sekolah kasik arahan pun dgr tak dgr je. Tu belum dicampur yg nangis lagi bla bla bla..

Pagi2 lagi delin dah siap bangun. Dia teruja nak ke sekolah berpakaian sekolah. Dek kerana ayahnya keje terpaksa lah aku take over untuk menguruskan dia. Yg aku ni totally tak pernah buat ni suma sbb masa kakak tu ayah dia yg uruskan aku dgn lenggang kangkung pegi tak bawak hape pun tak bawak surat beranak bdak tu pun.

dengan konfiden terus pi sekolah, masa tu dah kul 8.30am ramai ibu bapak dah berkerumun kat sekolah untuk. Aku macam tak percaya yg delin dah nak masuk jah 1. Aku msih rasa yg dia ni cam baru 5 tahun..cepat tul masa berlalu.

Bila dah sampai tu aku check nama dia..dia ditempatkan kat kelas 1, just because dia didaftarkan awal. Total suma ada 8 kelas..ramai betul bdak darjah 1 tahun nih. Dorang pun ditempatkan dikelas masing2..masa tu lah aku perasan yg parents dok que sambil pegang surat beranak gambar dan ntah hape..aku panik gile sbb aku tak bawk satu hapah pun....jadik aku pesan kat delin untuk dok diam2 kat kelas dan aku rushing balik amik tu suma...






Since kakak dan ekhmal ada kat umah, dorang terkejut tgk aku balik...aku amik apa yg perlu then rushing drive mcm F1 driver ke sek balik..nasib baik tak jauh..

Ada la kertas yg cikgu bagi kat bdak2 just to isi masa dorang. Suruh bdak2 ni mengaler. delin pulak mengaler ntah hape2....ada bdak yg kalerkan begitu cantik sekali. Lepas tu parents kena dok kat kantin dgr taklimat pihak sek. Aku tinggalkan delin kat kelas dia. Masa aku dok syok dgr taklimat tu, ttba aku perasan ada sorang lelaki dok bawk bdak pmpuan kat one of the cikgu yg berdiri kat taklimat tu..dari jauh aku x bape nampak bdak tu tapi aku ternampak nametag dia.."dalm hati..s...mcm nama anak aku jer tu...rupanya betul"..delin dah tersesat merayau kat mana so mamat tu mintak cikgu antar..terus aku kata kat cikgu tu ni anak aku...then cikgu suh aku antar pi kelas sbb bdak2 tgh exam la tu nak menentukan kelas..panik.

Masa aku antar delin kat kelas dia, aku personally jumpe cikgu kelas tu bagitau yg aku nak mintak delin ditempatkan terus di kelas pemulihan...aku kata delin tak pandai menulis lagi apatah lagi membaca..cakap pun masih ada pelat2 lagi..cikgu ckp kat aku, jgn risau puan sbb kita akan adakan byk ujian supaya sekolah tahu tahap seseorang bdak tu..dan aku dok pesan kat cikgu yg dia ni tak berapa paham lagi arahan. Cikgu pun mengganguk tanda paham.

Lepas tu aku tak turun lagi ke kantin, aku just intai dia dari jauh..terjengah2 kepala dia nampak aku kat tepi kelas so aku decide to turun lepak near the kantin.

Masa tu tuhan je yg tau apa yg ada dalam hati dan pikiran aku nih..camne la gaknya bdak ni mggu dpan..lepas pukul 11.30am sumanya selesai dan bdak2 disuruh beratur untuk balik....








Hari Pertama Sekolah : 5hb Januari 09

Since delin sekolah petang, (aku takmo la antar sek agama sbb aku nak dia tau baca dan menulis dulu baru aku antar mgkin jah 2 esok kot)..dan aku tak keje aku antar ekhmal ke tadika dulu. Kakak pepgi dah pegi sekolah naik bas. Dah darjah 6 langsung hati aku tak risau pasal dia..lepas siap masak aku dalam pukul 10am aku tgk delin dah tido...masih mengantuk lagi kot. Then pukul 11 aku amik ekhmal dari tadika. Ekhmal pun ok. Dah pandai jaga diri since ni 2nd yr dia kat tadika mmg no problem.

Aku antar delin ke sek jam 12.30pm dgn ekhmal sekali. Masa tu ada list ditampal kat board pasal penentuan kelas bdak2 nih...as aku expected delin kena pi kelas last sekali..loceng bunyi pkul 1.00pm berterabur lah bdak2 ni ..mmg kelam kabut lah. Nak beratur mengkut kelas dan delin yg taktau apa2 ni ikut je mana aku letak dia..

Kelas dia ramai bdak lelaki. Cuma ada 4 je perempuan..bdn nya yg kecik dan lembik tu menyebabkan dia ditolak oleh bdak yg dua lagi tu. Mak dorang nampak pun buat dek jer..dasar Boy..., kebanyakkan kelas delin anak indon, india dan ada beberapa melayu. Bila dorang dah naik kelas tu aku pi lepak kat kantin..ingat nak tunggu sampai rehat kul 3.

Ekhmal dah merengek2 mengantuk dan bila dia mengantuk dia mula buat perangai dia. Pukul 3 aku nampak delin turun berbaris sambil bawak air yg aku bekalkan dgn kuih. Dari jauh aku nmpak dia senyum2..aku ajak dia makan..masa tu air dia dah nak abis so aku suh dia dok kat ekhmal jap sementara aku gi kantin beli air..bila aku balik kat situ, aku tgk dia tak de...ekhmal kata kak lin pi amik beg...dan dia dtg dgn beg dia..lepas abis rehat dorang beratur lagi...pastu naik ke kelas..aku pulak rush balik umah...dah kul4 masa tuh.

Pkul 6 ptg aku pi sekolah. Masa tu dorang dah beratur..aku nyorok dari jauh takut menjerit je kang bdak tu bila nampak aku..


Ending day 1 at school.........

Hari Kedua 6hb Jan 2009


Hari kedua mcm hari pertama cuma kali ni aku nak ekhmal stay terus kat nurseri. tak mo dah bawak dia gi sekolah..seksa dgn rengekkan dia..hari kedua tu pun lepas antar ekhmal aku dan delin balik..diam2 rupanya delin dah tertidur kat sofa tu..aku trus pi dapur memasak. Bila jam dah kul 11.45pg aku kejut kan delin bagi dia makan nasik dan mandikan dia. Kul 12.30pm aku antar dia gi sekolah, masih agak kelam kabut gak bila nk carik barisan kelas dia. yg ianya aku rasa dia tak berapa paham lagi..since barisan dorang dibezakan dgn kaler2 aku suh dia carik kale ijau muda yg ada tulis kelas 1 neptune..lepas dia masuk kelas aku lepak kat kantin lagi. Masa tu aku borak2 dgn mak2 bdak2 lain yg ada kat kantin tu tak sangka pulak terbekenalan dgn org sekampung dan anaknya jugak sekelas dgn delin. Cuma dia bagitau aku anak dia akan dipindahkan ke kelas khas sbb ada masalah slow learner '4 tahun ketinggalan dari umur sepatutnya. Aku pun citer masalah aku tapi aku rasa delin still ok. walaupun slow sket tapi dia bole bercakap cuma ada pelat2 sket sbb gigi tak cukup lagi kot..anak dia langsung tak paham soklan dan tak bole nak ckp balik sbb anak dia cuma bole tau 2 suku kata jer..contohnya..nak mkan..nak minum..well at least delin bole buat ayat dgn betul walaupun pelat.

Masa aku kat kantin aku nampak delin dan bdak kelas dia turun. Rupanya cikgu bawak dorang melawat kantin..tunjukkan bilik guru dan tunjukkan tandas kat mana...delin ternampak aku dan lambai2 tgn. At least dia tak nangis pun mcm bbrapa bdak lain yg menarik kain baju parents dorang sambil menangis..

Masa rehat dia dtang kat aku bawak air dan bawak bekal yg aku packkan..sambil makan dia tegur kawan2 dan dah pandai bergaul. Dia ternampak aishah, bdak jah 3 yg sama dok kat nurseri dgn dia tu. Sambil makan dia dok dkat2 aisyah dan geng2nya..ttba aku tak nampak dah dia..aku biarkan jer..taklama dia datang bawak aiskerim. Rupanya Aishah tolong ajar dia beli aiskerim kat kantin..

Lepas rehat dorang naik kekelas dan aku pun balik. Ptg tu aku tak amik dia. Aku pesan kat dia suh tunggu uncle yg ambik dia kat pondok tapi dari jauh aku dgn ayah dia intai..masa keluar tu aku tak nampak dia. Tau2 dia dah bediri kat sebelah kereta uncle tu.. ending day 2.

Hari ketiga 7hb jan


ari ni aku ckp kat dia aku keje so pepagi aku antar kat nurseri dgn baju sek. Aku dah siap bekalkan air, kuih dan roti kat beg dia. Aku bekalkan duit syiling jugak untuk dia. pkl 12.30 aku kuar rumah pi ke sek sbb dia naik dgn uncle aku nampak aishah pimpin tangan dia masuk ke kawasan sek..aku menyelinap masuk dari gate ke 2..sambil nyorok..ttba aku nmpak dia belari ke arah aku...pas tu bedebum dia tersungkur dan nangis..aku panik terus kejar dia..abis la plan aku nak nyorok...abis koyak kain dia, lutut dan tangan berdarah..aku pujuk2 dia. Bawak pegi kantin beli air untuk refill air bekal dia yg tinggal sket tu. Pastu loceng bunyi aku ajak dia berbaris. Masa tu kakak baru keluar kelas. aku mintak kakak pimpin tgn dia tunjuk kat lane mana dia nak beratur. Masa rehat aku masih kat sek. Aku tak sampai hati nak menyorok since dia dah nampak aku..dia nampak ok, happy. dah pandai bergaul..aku dgn kakak balik sesama dan aku antar kakak pi sek agama lepas tu..


Balik totally dgn uncle dan dia selamat sampai umah kul 6.45ptg..ending day 3




hari Keempat 8hb Jan 09


Aku kena stat keje hari ni, so ayah dia take over. Tapi aku pesan kat kakak untuk make sure dia masuk barisan sblum kakak balik. And kakak did a good job. Dia siap warning kat bdak yg salu buli delin tu supaya ...jgn berani nak buli2 lagi..dan aishah pun tolong tgk2 masa rehat...


since aku takde, aku tak berapa risau sgt..knowing man is always man, ayah dia tak pi pun tgk masa rehat tu...tau2 petang masa aku balik amik ekhmal kat nurseri delin dah ada kat situ..kakak yg jga tu siap kata..masa kat sekolah dia tnya kat aishah "mama mana?"....aishah just jawab ;mama keje..dia diam mcm paham...




Aku harap sgt2 dia ok, tak dibuli. Yg penting dia pandai menulis dan membaca..tiap kali lepas solat aku mintak doa, supaya dia cepat pandai membaca dan menulis. Aku pun ada plan supaya dia pegi kelas tuisyen start bulan dpan..membaca dan menulis supaya dia tak rasa ketinggalan dan yg penting supaya dia tak rasa rendah diri InsyaAllah..