January 29, 2013

Kesibukan Melanda

Duh!!, lama sungguh tak berpeluang nak menghapdate kat belog ku ini. Kekangan masa sentiasa mencemburui aku nampaknya sejak2 keje kat tmpat baru ni.  Sungguh, takde masa nak bersosiyal kat FB apatah lagi nak memblog bagai.  Walaupun kat umah ada masa pulak yg takde. Mana nak settle keje umah yg never ending..mana nak setel laundy yg never ending story tu. Ada masa balik sampai umah aku melepek kepenatan.  Gitulah adanya. Umur bukan muda lagi kan, justeru keletihan tu mmg takdapat nak dielak2 kan.

Over all, aku happy jer dgn keje baru aku ni. Walaupun dah bebrapa kali bos aku yg muda tu asik tnya, hows work...bla bla..aku rasa senang di sini, despite ramai senior2 yg kerek merek tu. Like i said to boss kan aku tak kisah pun org lain kat dept lain yg nak menyombong tu sbb yg penting org2 kat deparment aku tak begitu..regardless kecuali sekor..bdak pempuan kecik sorang ni..kalau tnya apa2 manjang jer tatau..salou moody, hentak mouse sana sini. So aku elakkan tnya dia benda2. Tnya jer kat org lain..abis cerita.

Insya Allah, kalau takde apa aral melintang 4hb February nnti konpem lah.  On line training yg berlambak2 tu semua aku dah setelkan. Tu salah satu syarat utama nak confirm jadik kena setelkan jugak nak ke taknak.
Office aku ni rajin organise safety and health meeting, so every few months pasti dorang organise macam2 termasuk la the biggerst looser.  Musim pertama dah setel bila si Italian Roberto menang dgn berjaya mengurangkan 11 kgs dalam masa 2 bulan. Hadiahnya? tak la byk mana cuma RM200 tapi keazaman untuk mengekalkan kesihatan tu lagi penting kan. Roberto usaha gigih betul sampai engaged Personal trainer, jaga makan. Pi gym hehari tu w/o fail.

Inspired by Roberto, aku pun mula berjinak2 dgn gym.  Dah hampir sebulan aku ke gym seminggu 3 x.  Selain bersenam selama 30 minit berjalan kat threadmill ke or ber ski aku juga join kawan2 bersauna. Tak pernah2 bersauna kan, since ada kemudahan percuma layan jer. Cuma aku terkilan sampai skg sbb tak dapat lagi nak terjun ke poolnya.  Maklumlah, takde pakaian yg sesuai dan aku rasa sungguh tak sesuai nak terjun dgn dilihat oleh mata2..issh..hehe.

Cabaran biggerst loser kedua akan bermula February nanti. Bahkan aku lah yg pertama register nanti..tgklah.haha.  Dah hampir sebulan aku makan acai berry dan pi bersenam secara konsisten (takpernah aku begini rajin senam u olls), aku dah berjaya reduce 3kgs..malangnya, masa weekend lepas aku balik sg besar, abis jahanam .  Selama hampir sebulan aku berjaya mengurangkan pengambilan nasik sesenduk jer...tpi balik kg dgn asam pedas ikan baung, kari bawal special akak, bersama sambal pecal aku tak berjaya menahan diri dari makan bersenduk2..arrrgh, aku sungguh rasa bersalah tau..

Kalu pg gym tu beria2 berlari pun baru berapa jer kalori terbakar. Kena balik kg sekali beribu2 kalori aku gained..sedih betul!!!.  Tapi at least ada perubahan..perut pun menurun dah ..kena juga cari fellina cam Puan Halia yg berjaya mengurangkan lemak2 perut tu..Jelesss sungguh ai baca lia oii.

Dan bila nak mengawal makan bukan senang u olls, terpaksa aku drag seisi rumah sekali.  Jarang2 dah aku amik benda2 bergoreng. Paling tak singgang, bakar, grill or stim jer...cuma tang sambal tu mmg tak leh nak elak lah kan, terpaksa guna minyak bunga matahari tu...yg penting, aku makan nasik sekali sehari jer..malam mmg aku jarang amik berat2..paling2 minum nestum or milo..jer..disiplin ke tak tu..tak pernah2 u olls


Jadi aku mengharapkan dapat la turun lagi dan lagi dan lagi...supaya berasa sihat dan berasa kurang berisi sikit, baru senang nak sarung baju kebaya..(wakakkaaka)...baru senang dapat mengawal stress, permakanan dan semuanya.  Believed me sejak ber senam ni , stamina naik tangga dah ok..idak lagi termengah2. Dan berjalan jauh2 pun kaki dah tak sakit lagi. Yg best, malam senang je nak tido. Kalau dulu susah nak lelap, now letak kepala atas bantal gerenti terus lelap u olls..best!.

Cerita2 lain pulak ialah perihal si kakak  yg baru dpat PMR result hari tu. Keputusan dia pada aku amat cemerlang .. ye lah dgn gangguan dua bdak nakal kat umah tu dia masih bole study dan dapat keputusan begitu..mmg sungguh bangga lah lagi2 bila subjek yg dia tak gemar Maths dia bole score A pulak..

Sbb dia beria2 nak apply for kolej vokasional, lepas dapat result percubaan tu dia adalah apply on line, tpi masa tu percubaan dia cuma berjaya dapat 1 A jer, yg lain B dan C. So dia tak berjaya dapat masuk.  Tp kesian nak sangat kami buatlah rayuan.  Dapat tu mmg dapat lah kat Gombak tetapi kursus pentadbiran yg dia nak tu tak dapat..dorang offer course marketing.  Furthermore, rupanya kat kolej vokasional SPM dah takde!!.  Sesuatu yg mengejutkan sbb masa SP amik surat offer kat sekolah tu pun ramai parents menyerbu pengetua dan bertanya kenapa SPM tak de!!.

Benarnya aku suka kalau kakak nak masuk sekolah teknik. Cuma dia tak berminat dgn bidang2 kat teknik tu. Tapi lepas kat vokasional takde SPM dan kena stay for 4 years for diploma, aku dgn SP kena buat mesyuarat tergempar dgn kakak pasal ni. Sbb dia tak tau lagi hala tuju dia kemana kan..jadi sebagai ibu bapa kena buat penerangan betul2 kat dia.

Siap tampal paper dan terangkan satu persatu . Tu la yg SP buat.  4 tahun kat kolej vokasinal tanpa ada apa kecuali SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) bahkan bukan MLVK pun.  Dan suma berdasarkan 70% praktikal dan 30% exam. Means dia kena pass thru setiap tahap sampai tahun ke 4 sebelum melayakkan dapat diploma. Buatnya boring or terkantoi??. SPM Pun takda camne? apa hala tuju masa depan?.

Jadi kami beri kakak pilihan, sama ada nak stay sekolah yg sama or pindah sekolah lain yg ada asrama tetapi tetap teruskan sampai SPM abis.  Pada aku lepas SPM byk peluang yg dia bole pilih. Lagpun skg ni dia dah menunjukkan ciri2 suka kepada perakaunan (dia pun di kelas perakaunan) jadi aku rasa dia bole pegi lebih jauh. Katalah tak dapat masuk U byk kolej mara or kolej komuniti dia bole pegi..yg penting kami nak dia abiskan sampai SPM.

Dan kakak buat keputusan untk stay kat sekolah lama dia sampai abis SPM.  Lepas setuju suma tu dia beri satu syarat..iaitu : To make over bilik tidor dia as a teenager pnye room!.  Sbb bilik dia skg ni lebih kepada zaman kanak2 pnye, dgn katil double decker kale pun tak memebrangsakang..dan paling penting get rid of the double decker tu..well, SP kan tukang kayu, tukang cat segala..so takde masalah..so its deal.  Jadi barulah kami bawak dia pi beli barang2 sekolah, baju sekolah baru kasut baru dan beg baru..kerana seblum ni teragak2 nak beli takut2 dpat sekolah lain kena beli set baju lain pulak nanti.

Overall, aku pun puashati sbb dia menyuarakan apa keinginan dia. Apa yg dia nak dan apa yg dia mahu buat untuk masa depan dia. Kami ni mengikut jer. Mana yg baik ok..yg tak tu kami tolong nasihatkan dan bagi panduan mana yg perlu.

Gitulah adanya...byk lagi kisah2 yg tertangguh tak tercerita, tpi like i said masa takde nak menghupdate selalu...byk sgt kerjaan nak di setelkan...sibuk tak sibuk baru nak masuk 3bulan email aku yg berkait pasal keje jer dah 3642 emails u olls...bayangkan pitam dan nak muntah hehari masuk keje nak baca email satu persatu..satu hari cuti mean seratus lebih email..kalau cuti seminggu taktau lah aku pitaaam..

Yg pasti aku x sabar nak dapat surat confirm..sbb dah 3 bulan keja aku tak cuti langsung kat sini ...so aku ingat nak amik strecth satu minggu masa raya cina tu..itu pun kalau dah confirm or bos bagi kan...harap2nya dapat lah insya Allah...


January 9, 2013

Bukan Untuk Org yg cerewet


Recently, kat office aku ada org jual handphone Samseng..exactly cam yg ori pnye Samsung tu..ejaan, rupa paras dan bentuk pun sebijik. Kalau tgk sekali imbas pasti terpedaya ingatkan tu Original pnye. Tapi bila dah pegang, beger2 apa yg ada..Sahla, sesuai sgt dgn reganya yg murah trang trang tu kan.



Mana taknya, sebuah Samsung note II dijual dgn harga RM250 jek, manakala sebuah SIII dijual dgn harga RM 175 sebuah. Dgn harga semurah itu, what do u expect??. Bak kata kawan aku, kalau setakat nak guna for phone call, sms jer..its wat good enough. No wonder ler ramai indon2 suka beli hp murah2 cenggini. Depa bukan tau nak twitter, facebook, buddy dan mcm2 lagi (suma software ini ada dalam hp yg dijual murah2 tu u olls). Cuma lepas beberapa hari membeger, mmg its not really user friendly sbb key touch dia agak ketat dank eras dan takde google playstore cam original yg kita leh download sesuka hati tu ye..fair enough..tengok rega la bang/kak.



As for me, aku mmg teruja sgt nak memiliki note maupun SIII sebijik. Saje untuk kepuasan hati dan kepuasan nafsu kan. Maklumlah tgk org ada nak gak, padahal idak ler perlu mana pun , abis kalau dah nafsu menguasai gitu. Cumanya, aku rasa sgt sgt kedekut nak spend RM1899/2229 maupun 1399 untuk mendapatkannya. Pada aku mahal sgt tu untk sebuah hp. Gadget2 ni bukan jadi keutamaan aku so aku rela pejam mata beli benda lain or keperluan lain.



Since aku dah ada galaxy Y original yg aku pow dari SP pnye bonus tahun 2011 ari tu, masih elok dan berfungsi masih leh FB , wassap dan bagai…aku have no reason nak melabur tukar hp original yg lain memahal..bila org usher2 aku hp samseng made in china tu, aku tak teragak2 lah beli..sajer..RM 250 jer..pejam mata, demi kepuasan hati dan perasaan. So puashati la dapat pegang note kale pink lagi..Cuma bila beger2 tu rasa nak humbannya..maklumlah ketat sungguh touch padnya tu.



SP pulak, ari tu aku belikan sebuah Samsung Corby masa dapat duit durian runtuh tu…tp sajer nak bg feel dia pakai SIII, so aku tangkap la sebijik. Sbb dia bukan kaki IT, wassap bagai so dia tak kesah pun benda tu ada ke tak..twitter?? lagi haram dia tau.yg dia tau men game…main angry bird or fruit ninja dah cukup la..



So, dalam ramai2 org kat off aku yg beli dan sgt teruja ni, ada juga antara mereka manager2 melayu yg gaji kepuk2 pun tangkap satu..(bangsa lain terutama cina haram x layan barang2 made in china ni weh, they prefer to go for ori) beria sgt nak amik note sebijik..tak sesabar nak order kale pink cam aku gak..tp lepas dapat komplen nauzubillah….hello, dgn harga RM250 u should expect to get what la kan?? Nk byk komplen sangat kuarlah duit amik yg original note tu. RM2299…tak mampu plak kan?. If tak mampu toksah lah nak berlagak sgt..beria2 order, bila org tu datang bawak barang, the next day kata x jadi..takut terbakar telinga katanya..abudeeeen???



Yg sekor pulak beria2 nak beli note gak..kejap nak SIII, tapi bila org yg jual tu beria2 bawak..tak jadi pulak sbb kata laki tak bagi..ishhh !!, tak paham aku org2 yg selalu mengada2 gunakan alasan laki tak bagi bagai..ko kan keje ada duit sendiri..takkan nak beli suma mintak izin ??. abis kalau ko beli spender bra bagai…kena mintak izin gak ke??. Lain la kalau bini tak keje, dah mengharap duit laki ofkos la mintak izin plus mintak duit sekali kan??..



Sorilah, aku menyampah dan benci dgn sikap2 mereka2 yg begini. No doubt kita suami isteri, takkan pasal duit nak minta izin..walhal patut laki yg bagi duit suma kan..dah gaji kita, tu hak kita..mmglah kena fikir pasal keluarga anak2 bagai2, tapi maksud aku kalau korang ada keinginan sendiri tu sanggup tak penuhi sbb laki tak bagi??tolong lah!!.



Yg laki pulak, tang bini nak beli apa2 manjang jer tak bole..nanti lah..itulah inilah..tapi tang dorang nak beli apa2 smua beli jer pun tanpa Tanya bini??..pebende la gitu?. Padahal duit gaji kita sebagai isteri, suami takde hak langsung nak mintak, kecuali kita dgn ikhlas nak beri kan?.



Sbb tu aku rasa beruntung sgt tak dapat laki gitu weh. Semua kita beli or belanja nak kira satu persatu..dah dia belanja tuk diri sendiri memacam haram nak fikir or tnya bini pung?? Kalau kita duit lebih nak beri laki tu ikut ikhlas kita, namun laki takde hak nak mintak..Bini pulak berhak nak mintak dan dapat duit dari laki..bahkan wajib laki bagi duit kat bini walaupun bini tu berkerja ..tak gitu??..



Sakit jiwa aku kalau dapat kwan2 yg cenggini..takat nak beli tshirt selai pun nak mintak izin bagai, tolong lah…nak beli hbag pun minta izin ..kita bole maklumkan je kat laki..bukan mintak izin ….sbb bukan duit dia pun..apa dia kesah??



Duss..malang betul perempuan2 yg taksub tak bertempat gini..sampai anak sakit pun tunggu laki gak bawak g klinik..padahal bole jer bawak sendiri..dah semua bergantung kat laki tu pasal laki amik kesempatan kan..tak gitu?