April 15, 2010

Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD or AD/HD)

Aku taktau korang tau tak pasal tittle kat atas tu. Masa mula2 pun aku taktau pekebende nya tuh. Lepas aku google, search internet then baru aku tau.. Walaupun dr tak 100% bgtau masalah si delin tuh, based on the notes2 yg aku baca aku yakin itulah sebenarnya yg ada pada delin.
3 hari lepas cikgu sekolah dia, cikgu Sarimah call hp aku bgtau yg baju sekolah delin terkoyak. Sbbnya ada sorang bdk cina kat kelas dia tu mmg super dupa hyperactive telah mengoyakkannya. Sebelum2 ni pun aku salu nmpak delin luka kena cakar. Kadang2 lebam2 kat badan, kat pipi. Aku ingatkan dia jatuh ke hape..tp bila ckgu sarimah bgtau barulah aku tau..ooh ni angkara bdak Chee Hon tu. Knowing delin, aku pun taklah 100% salah kan bdk tu. Sbb cikgu kata delin yg salu provoke bdak tu. Nak ajak main or gurau tp bdak tu tak nak. Bila delin dok paksa2 mgkin dia jadi fed up...agaknya lah. Sbb kat umah pun mcm tu gak. Klau ada benda dia nak or tak dpat mcm tulah karenah dia. Ada kala dia ajak amal main tp amal tak mau..dipaksa nya org tu sampai ditarik2. Mana ler org tu tak mengamuk kan.
Berbalik pada kes pertama baju koyak dia tu, Cikgu sarimah suh aku dtg sekolah wat report. Mak bdak Chee Hon tu ari2 dtg sekolah. Jadi masa baju delin koyak tu mak dia tau mak dia kata nak gantikan balik baju delin yg koyak tu. Aku ckp kat cikgu, tak apa lah. Sbb aku pun tau delin tu camne..tp ckgu kata kali ni mmg Chee Hon yg sengaja koyak kan baju tu. Jadik dia mintak aku buat official report kat sekolah supaya tindakan dapat diambil. Masalah delin tu mmg selalu aku pi diskass dgn cikgu...tp masalah Chee Hon tu pulak sbb maknya tak mau terima hakikat anak dia mmg bermasalah. Bila cikgu suggest suh pi bwk hospital mak dia marah sbb kata anak nya tak giler..
Jadik masa balik tu mmg aku nampak lah baju delin tu. Mmg besar koyaknya dan totally x leh pakai lagi lepas tu sbb baju kurung tu koyak dari paras leher sampai bawah...sib baik cikgu letak brooch kat situ kalau tak suma bole nampak. Aku tak rasa apa pun sbb baju tu mmg baju tahun lpas and mgkin dah nipis jadik senang jer dia ripped off..aku cabut lencana baju tu...and buat kain buruk lah apa lagi..masa malam tu kami slow talk dgn delin, byk kali dah pesan jgn kacau si Chee Hon tu..tiap hari ayah dia pesan but i guess..bdak mcm tu..cuma dgn pelatnya dia kata "mak chee hon janji nak ganti baju tu"... aku dgn SP ada plan nak jumpe pihak sekolah but not now. Sbb kena la amik cuti..and SP nak amik cuti kena la apply seminggu lebih awal..jadiknya plan nak amik cuti pi sekolah Jumaat dpn.
Mana tau smlm, bila delin balik jer aku tgk baju sekolah dia koyak lagi!!!..same sport..same ripped off exactly mcm smlm tuh. Masa ayah dia tnya Chee Hon koyakkan lagi ke???..aku mcm ada dgr delin jwp ' tak..alin koyak sendiri.. tp aku dgr sekali jer..bila ayah dia tnya ulang2 kali bdak cina tu ke yg koyak.dia jwap Ya... masa tu aku pun bit emosi jugak. Apahal ni, hari2 dok koyak baju sekolah anak aku nih..mampuuih ler cam ni hari2 kena koyak rabak nak beli baju sekolah lagi. So happen jugak itu baju taun lpas yg dah agak nipis. Masa tu angin aku dah go up stairs dah. Aku mcm membara2 nak buat komplen kat sekolah pasal bdak chee hon tu....
Lepas mandi dan solat maghrib aku dapt SMS dari ckgu Sarimah. Katanya baju delin tu koyak hari ni sbb dia koyakkan sendiri...smlm masa chee hon koyakkan baju dia suma org beri perhatian kat dia...mgkin sbb tu dia koyakkan sendiri!!!...mula2 aku terkesima gak baca msj tu..tapi cool je aku jwp "terima kasih ckgu sbb bgtau. mula2 saya takut jgak.ingatkan chee hon yg koyakkan lagi. Saya faham delin tu mmg selalu jugak buat mcm tu sbb nak tarik perhatian..saya dah biasa dah faham sgt dia pnye intention tu cikgu..terima kasih...
Lpas dpat SMS tu, ayah agak marah jugak...tapi dia biar aku yg handle aku kata..aku panggil delin one to one..tp dia x mo pandang muka aku pun!..aku paksa dia pandang muka aku and tnya kenapa dia koyakkan baju dia sendiri??..dia diam tak jawp..aku bebel, marah sket2...then aku kata...kalau awak buat lagi perkara x baik lg, lenkali mama x bawak pi jalan2 mana pun..not even pi main kat tesco!..dia x pandang muka aku..but i forced her to see my face and get her repeat tak mau buat lagi.. pening aku dgn bdak sorang ni and rsa mcm mengugut pulak..tapi apa cara aku ada lagi???
Pembelanjaran dia masih slow lagi walaupun skng nama sendiri dah tau pun tulis...aku cuma harap cepat2 lah dia pandai membaca..sekurang2 nya.................

April 12, 2010

Adaaa aku kesah???

Lately ni FB mmg dah famous kat memana pun. Aku dah lama ada acc FB, begitu gak anak2 buah SP yg lain suma ada FB. Since SP bkanlah kaki IT, tpi sbb dah ada broadband ni aku set kan ler dia satu acc gmail supaya dapat buat FB gak. Yg best part nya aku ler yg managed acc FB dia. Jadi suma komen2 tu adakalanya dia yg ckp aku tulihjer...ada kalanya aku sendiri jer yg jwp.
Masa mula dah ada acc tu, SP sebok nak carik kengkwn dia kat sek menengah dulu. Pas tu nak carik kengkwn kat IKM Sg petani zaman2 dia belajar kat sana tu. So far tak ler jumpa lagi kengkwn dia tuh tp kenkwn dia keje kat Bank dia keje skg ni mmg raaamaai giler.
Salah sekor yg terjumpa si H nih. H ni skg dah pangkat Maint Mgr kat bank tu. Tp since dorang kenal sejak zaman2 batu kat CCL dulu, dia pun add lah mamat ni. Honestly aku mmg tak berapa suka mamat ni sejak dulu lagi. Sbbnya bg aku mamat ni mulut dia tak ada insuran pulak tu bahasa selalu jer kurang ajar, kasar. Hatta klau aku ada pi off SP pun aku dok dendiam jer malas nak melayan sgt dia tuh. Lgpun sejak jadik Mgr ni belagak dia tu len macam jer. Masa mula2 suma org kat CCL kena lay off dulu, bank offer beberapa org nak keje dgn dorang termasuk ler SP. Mmg ler SP ni jenis diam jer malas nk ckp apa2..jadik apa org offer dia amik jer. And salah satu reason dia tak mo accept offer to be in executive level sbb dia nak masuk union. Union tu untuk kuli2 rendah jer Exec below, walaupun pangkat takde tp gaji, elaun dan OT suma bole dapat. Yg paling best Union dorang ni kuat betul. Masa few years ago dorang fight for naek gaji and union berjaya dapatkan back date increment tu for few years. Masa tu kami bersyukur sgt2 sbb in total aku rasa SP dapat berbelas ribu jugak. Termasuk lay off pnye bayaran dari CCL tu kira byk jugak.
Berbalik pada mamat H ni, mmg dari zaman CCL dulu aku tau sgt cerita dia walupun SP jarang nak cerita. Well SP pnye offmate suma ngam2 jer dgn aku, jadik dorang selalu je cerita benda yg SP takmo citer dgn aku. Sikit sebanyak mmg aku tau si H ni dulu mmg byk makan dari kontraktor2 yg berurusan dgn building tu. Masa tu ada Mgr lain nama Abg A. Abg A ni pun aku ada dgr byk jugak dia makan..tapi akhirnya bila CCL jual kat bank, abg A tu bank x mo amik. Sbb tu jugalah H dilantik jadi Maint Mgr. Abg A tu sadly idup dia mmg tak sempurna pun , Mcm2 masalah dia hadapi..termasuk la anak tunggal dia meninggal sbb kanser tahun lepas. Org tak de la ckp apa pun cuma org ada soksek2 kata, mgkin tu Allah balas sbb makan duit yg bukan hak. Yelah, amik rasuah kat kontraktor tu kan dh kira salah.
Masa tu H dgn abg A mmg dua ngam2 sgt. Masa tu pun SP kena aniaya dgn dorang dua tu. Bonus tak dpt, increment tak de. Masa tu aku salu hasut SP supaya berenti jer and carik keje lain. Tp SP tu jenis org yg malas nak ckp byk dia diam jer..dia biar jer dorang aniaya dia for few years gak.
Mmg janji Allah gaknya, org2 yg bersabar tu sentiasa beroleh kemenangan. Jadi lepas SP dapat keje dgn bank ni rezeki dia murah sgt. Dari back date increment, backdat OT rate dan ntah hape2 lagi termasuk kenaikan gaji setiap tahun. Tahun lepas dia dapat dkat dua ratus lebih increment tp dia tak pernah bising. Diam jer.
Skg ni lepas SP add si H ni kat FB dia mcm2 lah mamat tu komen, letak hape2 kat FB SP. SP tak ada baca pun benda tu sbb jarang2 on kat umah, tp aku yg baca jadi sakit hati pulak..(ni terlebih sudu sudah). Contohnya gambar profile SP yg aku letak tu..di komennya.."ooi wak tayang perut tu...sorok2 ler sket". Masa aku tgk komen tu aku biarkan jer cuma aku ada ler ckp kat SP hari tu. And aku suh SP pakai gintel e slim tu untuk menyelimkan perut dia tuh..hahahha
Hari ni bila aku bukak FB SP lagi ada bberapa komen yg mmg buat aku sakit hati betul. Gambar kami masa kat PD bercuti hari tu...sbb SP ajak akak2 dia, anak buah dia..maka ramainya gambar tu..dikomen nya ginih "uui runtuhlah apartment tuh..sbb ko ajak satu kg"...nak jer aku jwp..ada aku kesah??..bkan duit ko pun kuar..tp aku takmo ler lebih2 kan..so aku deletekan jer komen dia tuh..benci pulak aku bacanya..
And lagi satu komen gambar aku dgn ramai2 tu...dia kata gini pulak "" oooi, takat anak jantan sorang tu, apa barang..tak macho ler anak lelaki sorang jer..tgk aku dah 3"...ceh ceh...nyampah aku baca komen dia tu. Sengaja nak berlagak dan bangga diri. Ada kitrang kesah berapa ekor anak dia tu??kok sepuluh pun anak lelaki dia aada aku kesah???....
Bercerita pasal H ni mmg buat aku panas hati selalu..sampai skg aku masih salute kat SP camne dia bole sabar dan tahan dgn mamat mulut cabul tuh?.. bdak perempuan kat off SP tu pun selalu cerita kat aku merungut2 pasal si H ni. Alkisahnya ada sorang pak aji kwn SP tu siap citer kat aku yg si H ni skg dah beli keta baru harga seratus ribu lebih...suma nya duit dari kontraktor..duit rasuah katanya!!.aku takmo ler tanya SP pasal tu..yg aku dgr tu ibarat kuar telinga kanan kuar telinga kiri....cumanya aku salu jer berdoa, moga2 satu hari nanti Allah tunjuk kan balasan kat dia tu...sifat dia menganiaya org tu satu hari nanti akan dibalas gak....and sifat dia makan duit yg tak pasti kehalalanya tu akan masuk kat darah daging anak2 dia nanti..sendiri mau ingat. Kalau dia bangga sgt anak2 lelaki dia yg 3 org tu, aku nak tgk satu hari nanti....yg penting kualiti..bkan kuantiti. Takat anak ramai perangai cam tak semenggah apa barang?....yg pasti mmg 3 org jer anak kami ..sorang lelaki so?? ada kitrong kesah??.............. bg kenkwn yg baca blog ni..mesti ada yg bole agak sapa H yg aku maksudkan. One of my friend pernah kata...nasib baik aku x kawin dgn mamat tu dulu...hahahaha....mmg betul nieza...mujur ler u x ada jodoh dgn dia, kalau tak tau ler. Dgn utang kad kredit berjela2....dng ckp yg sentiasa berdegar2...dgn sifat gelojoh dia tu..ieeee....heeheee...
Aku dah merapu ni...sbb nak lepaskan rasa geram yg tersirat ni..pendek kata, live your life le..kami idup pun tak pernah mintak simpati sesiapa..yg pasti suma yg kami beli, suma yg kami bg anak2 kami makan adalah hasil dan sumber yg halal...dgn itu kami mohon kerberkatan jer..Insya Allah.

April 9, 2010

Kutu Hampeeh...

Aku ni suka gakler maen kutu. Bkan apa, kalau tak pun aku x leh nak put aside RM700 sebulan purposely for savings. Tgn ni gatal jer nak guna duit tu. Jadik kalau aku maen kutu, camne2 pun aku mesti terpaksa bayar tiap bulan and end up aku dpat gak balik duit tu nanti. Aku main tiga group. Group yg satu tu group adik kepada x off mate lama aku. Dah lama aku maen dgn group tu and aku happy sbb suma nya on time. Dan aku dah pun dapat turn tu bulan 11 tahun lepas. Ada satu group lagi aku maen dgn baby sitter aku. Yg ni aku main 3 nama..total RM500. Yg ni turn aku baru dapat satu jer Jan hari tu. Dgn duit tu gakle aku top up bayar d/payment avanza aku tuh. 2 turn lagi akan dapat bulan 5 dan bulan 7. Satu kali turn dapat RM3400. Not bad lah.
Aku pun masa bby sitter ckp nak stat kutu tu taun lepas aku promo kat kenkwn gak. And ada 3 org kwn aku join the kutu. Sorang dah dapat, tinggal lagi 2 org. Masa bulan Jan hari tu nak dpat kutu pun bercinta, mcm nak mengemis duit org pulak. Mula2 dulu aku taktau masalah ni. Yelah sbb turn kami suma towards last gitu. Jadik tiap2 bulan kami bayar jer. On time pulak tu. Time dapat gj jer terus aku kumpul suma and byar. Paling lewat pun 2hb. Tapi, masa bulan Jan tu baru lah aku tau, sakitnya hati nak amik duit kita sendiri dari turn kutu tuh. Dahler tunggu sampai 7hb, pulak tu berdolak dalih nak bagi duit tu. Mcm aku nak kena mengemis pulak. Benci betul.
Mula2 aku ada tanggapan yg bby sitter aku tu pnye angkara. Rupanya aku salah sangka. Lpas incident bulan Jan tu baru aku tau yg kepala kutu tu yg hampess. Kisahnya suma org dah bayar duit kat dia, dia sedap2 guna dulu duit tu and bila org nak dapat turn bercinta nak menunggu. Aku mmg naek angin giler dgn kepala tu. Well bukan nya muda lagi. Tua nak m*Mp*s pun tak sedar sbb tak amanah!. Lepas cerita pnye cerita, rupanya dulu baby sitter aku jadi kepala. Tp kali minah sengkek tu nak jadi sbb nk dapat mula2. Masa dia dapat amboi..gembira la, lepas tu culas pulak nk byar. Worst ada satu member tu masih tergantung RM200 dia tak berbayar. Minah sengkek tu pulak beria2 kata dah byar walhal takde pun. Gaknya member tu dah bengang so tak kuasa nak layan dia biar jer. Cumanya dah bergaduh ler. Baby sitter aku tu, cikgu sekolah tadika anak aku..suma org kenal dia, suma org tau dia ni amanah, jadik la ni suma org bayar terus duit kat dia instead of minah sengkek tu.
Minah sengkek tu dok kat jalan belakang umah aku. Dia tu dah tua..dah dkat 50thn pun. Laki bini sama jer..kaypoh chee pasal hal org lain kat taman tu. Dulu2 aku tak tau pun, tapi lepas kena pasal kutu ni mmg aku mnyampah tahap gaban kat dia. So bulan ni, turn adira dapat kutu..since aku ada pegang RM1200 dari kwn2 dan aku pnye, aku tunggu lagi the balance sblum dpat transfer kat adira total of RM3200. 3hb bbysitter aku dah bagi RM1000. Aku malas nak pegang aku terus je bank in kat Maybank aku mcm selalu. Adira pun tau aku ckp by 7hb dia bole dapat. 5hb dapat lagi another 200rm. Kisahnya 2-3 org dah bayar kat minah sengkek tu, tp dia still x mau kasi lagi jadik aku tunggu jer lah sampai 7hb. Aku sabar jer walaupun hati dah start nak menyumpah dah ni. Pagi2 7hb tu masa aku antar bdak2..bby sitter kata belum dpat duit lagi..dussshh aku rasa sakit betul tp aku sabar lagik tu.
Masa kat off adira dah sms aku tnye dah bank in duit kutu ke lum. Aku citer kat dia yg belum cukup lagi..kalau ikut kan baru dpat 2000rm jer and ada lagi 1100 balance. Padahalnya baru ada 15oorm jer kat akaun aku. Kebetulan pulak kwn aku si Syed yg dah keje kat Brunei tu transfer RM1000 kat akaun maybank aku suh tolong bayarkan kad arrajhi dia. Mmg tiap bulan aku tolong syed bayar sbb kat bwh off jer. Jadik aku ckp kat adira, ada RM2500 jer kat tgn aku skg ni..balance tu katanya petang nanti. Since adira nak duit tu aku transfer jer lah RM2500..harus diingat seribu tu ialah duit Syed!!.
Ptg masa balik amik bdak2 tu..bbysitter aku bagi RM750. ada lagi RM250 blum cukup..tell me, sakit hati tak? hati aku dah stat menyumpah seranah...aku kena fikir nak dpat balik duit Syed yg aku dah guna tu..and balance duit adira tuh...bby sitter aku kata malam nanti baru mangkuk ayun sekor lagi tu nak bg so nanti malam dia bg kat aku..sakit nya hati aku....mlm tu pun kami kuar makan and aku bank in duit yg ada tuh..dalam keta, berbakul2 gaknya dosa aku menyumpah seranah si mangkuk tu..tak bole tahan.....and aku sms kat bbysitter aku kalau mangkuk ayun lagi sekor tu bg duit esok jer bg sbb aku dh kuar...bbysitter aku reply..K. Aku bank in jer duit adira yg balance tu...
Pagi Khamis tu, nasib baik dapat baki RM250. So cukuplah duit syed RM1000. Pg2 lagi aku dah pi arrajhi bayarkan kad dia tu..and dah terlewat sehari!. Lepas suma tu settle aku rasa lega tak terhingga...aku sms SP...lega rasa nya dah settle suma duit2 orng ni....SP replied...bagus lah....I tell u, kalau ikut hati mau jer aku berenti kutu ni kalau baru stat 2-3 bulan. Tp ni dah nak abis..lagi 3 bulan abis..and 2 dari tu turn aku..aku cuba pujuk hati aku ni supaya bersabar.....supaya dapat habiskan dalam segala kepayahan...Janji aku..NEXT time jgn harap aku nak join lagi.....mmg hampesss tau dpat maen dng org yg cepat gelap mata bila nampak duit org and tak fikir pasal org lain. For me minah sengkek tu mmg takkan selamat ler hidup dia..dan si mangkuk hayun tu tak kan ckup ler duit dia sbb selalu sgt menganiaya org2 yg dpat turn kutu tuh...sendiri mau ingat.. Dan aku...lepas ni mmg aku x mo main dah. Mgkin aku continue main dgn group adik kwn aku tu jer..more pro, more honest pnye turn...selebihnya aku nak ketepikan that amount RM700 tu for savings..Nak cuba, dan berusaha...mesti boleh........

April 6, 2010

Adventerous...anyone ???




Dulu masa bujang2..masa takde tanggungan, masa takde anak2 aku mmg orgnya adventerous. Panjang bukit, redah hutan, camping, climbing, jungle trekking...apa jer yg aku tak buat. Masa tu sumanya penuh bersemangat, penuh tenaga sbb first and foremost...takde benda nak fikir. Takde benda yg diingat. Tp bila dah tua2 ni, anak2 makin membesar ttba semangat adventerous aku tu gone mcm tu jer. Pertama aku fikir, aku dah nak approaching angka 40 (ehem2 walaupun still ada 2 tahun lagik), kedua bila aku dah jumpe 2-3 helai uban kat kepala....ketiga bila aku selalu fikir perkara penting dalam hidup aku sekarang ni ialah keluarga dan anak2. Jadik aku rasa benda2 tu suma dah tak menarik minat lagi. Adventure for me now ialah jaga anak2..pekik kat anak2 kalau dorang gaduh dan nakal dan tentunya menghabiskan masa2 yg ada dan terluang tuk bersama keluarga dan anak2. Aku lebih rela abiskan masa bawak anak2 berjalan2..bercuti or makan2 ataupun nengok wayang (walaupun selalunya aku lah yg paling tak enjoy) tp demi anak2 aku tak kesah.

Bila ada kwn2 aku yg start the new life at fourty dgn merempit aku agak terkesima. Bukan sbb apa, pada aku merempit tu bkanlah cara yg betul untuk menikmati hidup kita yg ada ni. Sbbnya aku fikir marabahaya nye. Buatnya masa merempit tu eksiden ler. Ajal pulak sampai, apa jadik gaknya dgn anak2 kecik yg kat rumah tu..?? mmg lah ajal maut tu ditgn Allah tapi aku tak sanggup menggadai risiko begitu. Masa naek keta kabel kat genting tu pun kecut perut aku walaupun masa tu satu family ada. Aku dok fikir kalau ler jatuh, mati katak ler aku. Jadik aku rela berfikiran negatif untuk benda2 begini. Sbbnya aku TAKUT.

Aku kena terima hakikat kot skg ni, umur makin meningkat, tanggungjwab makin berat. Jadik aku tak tefikir nak enjoy diri buat perkara2 begitu. Kalau ada pun aktiviti2 yg nak dibuat semestinya aku kena ambil kira anak2. SP pun mcm tu, kalau dulu2 dia suka memancing sampai memalam, ikut kengkwn, skg ni tak lagi. Sjak ada anak dulu semua aktiviti dia kat rumah jer. Paliing tak pun menebeng dng kengkwn kat kedai mamak. Dia pun dah tak adventerous lagi mcm aku. Paling adventure pun aku rasa pi keje balik keje naek moto. Sungguh risiko nya pun agak tinggi gak, tapi aku selalu berdoa jer semoga aku selamat pi keje dan balik keje. Bkan tak terfikir kemalangan ke apa, cuma aku takmo sgt membayangkan benda2 yg tak elok. Aku masih fikir untuk pi kerja sbb nak cari rezeki untuk anak2 untuk keluarga. Dan sbb tu jugalah aku beli insuran tambahan. Mana tau kalau2 ada perkara tak diingini berlaku ada gak sket2 untuk bdak2 tu karang.....bkan mintak tp sekadar bersedia.

Biarlah org nak kata apa. Aku tak kisah. Biarlah aku tak enjoy the daring excitement mcm gitu. Biarlah org kata aku x tau enjoy the life...bagi aku, my enjoying life tu dah lama berakhir sejak aku berkeluarga. Biarlah kami enjoy the life dgn cara kami sendiri. Yg pasti dgn cara yg less risky...............




April 4, 2010

Appraisal...after 3 years, I m still here

Hari jumaat lepas, bos aku panggil masuk bilik. Tujuannya ialah nak wat appraisal. Bulan lepas pun Jenab ada bisik2 kat aku kata nama aku dah di proposed for increment. Tp katanya not that soon. Aku jumpe ajis sebelum tu sbb ajis dah pun wat appraisal dia masa hari Isnin aku cuti tu..bak kata ajis appraisal dia kureng memberangsangkan where bos dok bagi markah 2 jer..(markah based on 1-10 and above 3 considered cantik lah tu). Itu aku tak suprised lah sbb baru ni pun ajis dah kena kaw2 dgn bos pasal performance dia tu. Being a friend so called kakak aku pun dah basuh ajis mana2 patut based on permerhatian aku. Ajis byk sgt lack in his work. Attitude bagus sgt compared to adi yg dulu tu tapi job performance kadg2 make by blood goes upstairs lah..
Lepas lunch bos aku panggil masuk bilik and terus tutup pintu. Kisahnya appraisal kali ni laen macam jer interms of format dan cara pembahagian markah. Looks more logic aku rasa compared to previous one. We run through satu persatu. Dari pada attitude, performance dan segala mala yg bersangkutan dgn hal2 pejabat. Alhamdulilah...bos marked aku hampir suma above 4 which sgt2 bagus. Aku rasa selama ni segala keje yg aku buat dgn ikhlas tu dah dapat pengiktirafan dari immediate bos aku sendiri. Kembang hati aku bila boss amat puas hati sgt dgn my performance dan good feedback dari customer on what ever aku buat, tak terkecuali hubungan baik aku dgn bdak2 kat XD company tuh..pendek kata sumanya Bagusss..dalam pada tu boss juga nak proposed aku pi attend byk training. Aku bkan tak suka, cuma aku malas nak gi ke Amerika nun...ke UK nun..aku kata aku bole gi tapi aku prefer pg ke negara2 Asian jer. Kalau dapat ke Jakarta ke, Beijing ke..haaa cantek sgt lah tu...ataupun busuk2 pi Perth or Melbourne. yg dekat2...yg pasti aku kena ke Singapore for the JDE training very soon.
Aku ni dah lama sgt nak naek kapal terbang nih. Ye lah sejak2 berambus dari XD tu mmg aku tak langsung naek flight dah..jadik tentunya gabra tak hengat kalau aku terpaksa gi pulak...apapun aku sgt berpuas hati dgn appraisal tu..sbb kat endnya bos kata dia dah proposed and highly recommend aku for increment...I like..walaupun still pending for manegement approval tp aku gembira sesangat..
Masa bos tnye dah berapa lama aku kat company ni, baru aku perasan yg 1st April ari tu genap dah aku keje 3 tahun kat situ. Not a tough job sbb aku sgt2 cintakan keje aku. Tapi kdg aku kata kat boss yg beri aku stress ialah org2 jer. Paling tidak org tua kat Brunei tu ataupun si gabra kat Vietnam tu...ataupun secara halusnya si JLO kat ofis tu. Tp itu tak mematahkan semangat aku. At the end of the day, aku nak suma keja aku siap. Bos pun acknowlegded tu, and dia sgt2 suka aku pnye attitude yg katanya mesra alam dan mudah nak berkerja dgn sapa2.. Dia dapat byk good feedback dari customer. Aku pun ckp kat dia, pada aku tu semua kita dapat sbb kita hormat org..respect something that we earn..and something in return. Dia totally agree and senyum.
Honestly, aku senang keje dgn bos aku. Dulu masa zaman Umar pun gitu. Walaupun dua2 ada beza tapi dua2 tau aku sgt dedikasi pada keje aku. Zaman umar dulu aku pun merasa dapat increment dua kali. Yg paling best bila dapat RM500 bila aku confirm. Kalaulah dapat lagi cam tu..hmm alahai..bahagia hidup aku. Byk ke sikit ke aku terima jer seadanya. Bos pun sempat pesan kat aku, jgn dok kabor kat sapa2 pasal increment tu sbb katanya in the team aku sorang jer yg dapat...huhuhu....
Petang Jumaat tu pulak aku terpaksa berjalan kaki ke off SP. Pagi tu pun aku berjalan kaki ke off aku dari off SP. Off SP buat majlis baca yasin jadik kami kena balik lwat jumaat tu. Kami pi keje bawak keta, lagpun nak amik anak buah SP yg nak tido kat rawang... Onthe way balik aku singgah kat Tesco beli barang dan yg paling penting register for Celcom broadband..la no aku bole bersiaran dari rumah dan aku tak perlu risau lagi kalau aku cuti sbb aku dapat access email dari manaa2...tu salah satu cara aku meraikan gembiranya aku dapt good appraisal. Lgpun aku rasa tak rugi ada broadband sbb aku nak ajar SP berfacebook dan beremail lepas ni. Bila aku dah cukup budget beli laptop baru sok bole le aku pas laptop ni kat SP. Ni laptop lama, tapi masih bole berfungsi cuma mgkin kena ganti bateri.
Apapun, aku puashati sbb selama ni keje keras aku berkerja dgn rajin dan bersungguh dah dapat balasannya. Gembira puas hati, suka suma ada. Dan semangat aku berkobar2 pulak untuk sambung belajar.....mgkin pertengahan tahun ni or paling lewat awal tahun dpn. Bkan untuk apa, tapi sekadar menambah ilmu dgn sekeping sijil digelar diploma..
Byk dah yg ada dalam kepala ku ni untuk meningkat kan lagi mutu kerje aku kat off. Selain aku dah dpt greenlight utk carik mana2 kastam training yg related untuk di attend, aku dah terbayang2 to attend custom training kat Kemaman...bole ler aku lepas gian berjalan2 kat sana, sambil perbelanjaaan di tanggung oleh company. Di samping tu gak, aku berangan2 dan berharap dapat le pi training either ke Jakarta, Beijing or Melbourne lewat tahun ni or awal tahun depan. Insya Allah ada rezeki, aku plan nak bwk the whole family sekali ikut kalau tu suma jadi kenyataa.......AMIN