December 29, 2009

Selamat tinggal 2009 selamat datang 2010

Pejam celik, kejap jer dah nak abis tahun. Azam2 aku tahun ni ada yg tercapai ada juga yg belum. Tahun lepas aku takde pun azam kuat nak simpan duit. Tapi menjelang tahun 2010 ni aku ada azam nak simpan sebanyak yg mungkin. Kalau RM200 sebulan sampai Dec 2010 aku akan ada RM2400 hu hu hu..kalau dpt simpan lebih lg bagus tu. Pastu aku pun berazam nak bayar utang2 yg masih ada sket2 tu..skg ni baru 65% jer utang settle. Masih ada balance lagi 35% untuk di abiskan..
Tahun 2009 aku rasa meninggalkan macam2 kenangan. Ada yg pahit manis ada jugak yg menyeronokkan. Yg pahit tentulah kes aku dianiaya tu, tpi aku tak mo memikirkannya sgt pun. Yg penting tahun ni kami sekeluarga dapat becuti dibebrapa tempat dan pastinya anak2 teruja sgt .
Aku hrap tahun 2010 yg dtg ni lebih bermakna. Baik dari segi kesihatan maupun kewangan. Allhamdulillah, tahun 2009 memberi byk rezki pada kami sekeluarga. Harapnya tahun 2010 pun begitu.
Selamat tahun baru..selamat bercuti dan selamat menyebokkan diri untuk anak2 naik sekolah...

December 11, 2009

Sedalam manakah cintamu @ how deep is your love ??

Chatting during lunch with a good buddy semalam membuat aku terfikir2 jugak. On the above topic. Tak kiralah dari isteri kepada suaminya ataupun sebaliknya. But since we all gals, lets see from ladies perspective pulak.
Aku pun dah lama perati benda2 nih. Dah lama tau or perasan tak kiralah based on sendiri pnye experience ataupun org2 yg rapat dgn aku. Kisahnya bila kita dah kawin, dah berkeluarga mcm2 benda dan cabaran yg akan dtang. Perkata pokok paling penting of course lah :money:..sapa kata duit tak penting..kita tak bole bahagia just kerana cinta. Takkan lah nak bercinta jer tak yah keje dak? apa yg kita nak makan. For me, kebahagiaan rumah tangga tu haruslah ada punca. Punca tu duit lah. Berapa ramai kaum wanita khususnya para isteri yg seakan2 teraniaya hanya kerana "aku cinta padamu"...well, statement lelaki mengatakan wanita tu umpama kerak nasik tu mmg ada betulnya. Sedendam2 mana pun mesti ada sejuknya.
Lets talk pasal pengorbanan. Ramai isteri2 yg aku kenal sanggup buat pinjaman kerajaan, pinjaman peribadi untuk suami2 mereka yg dicintai. Sampai kan sanggup jugak meng supplement kan kad kredit untuk laki2 nih.. Bila sesuatu berlaku antara mereka, korang rasa sapa yg tanggung. Aku ada sorang kwn yg tanggung hutang kredit kad sampai 15k. Dek kerana laki yg dicintai lah. Sudahnya bila bergaduh, lalu bercerai jantan tak sedar diri tu lepas tgn jer cam tu.
Ada jugak yg amik loan sampai maksimum 50k, sbb nak tolong biz laki yg dicintai lah. Janji2 manis bulan bintang, suami kata nanti dapat untung bagi balik semula + interest bla bla bla...tp bila dah dapat duit, kalau pun tak gelap mata..buat2 lupa janji bulan bintang tu..sang bini pulak mcm nak mintak sedekah to dapat balik duit tu...walhal bulan2 gaji bini mmg konpem kena potong dah kan.
Ada jugak kes, laki2 ni mintak bini2 tolong dulukan duit beli tanah kat kg. Konon bila dah pencen sok senang. Sudahnya bila jodoh tak panjang..duit kita org pempuan lebur ke mana..tanah ke mana...of course lah laki2 mendapat keuntungan..sbb tak yah kuar duit sesen..kuar air liur je.
Ada gak, kes laki2 yg dok manjang mengendeng bini kalau time2 bonus tuh..tapi time dia dapat bonus..haram tak berbunyi pun. Simpanan bini sampai 30k dalam ASB pun dikecek. Dgn alasan nak beli umah baru. Sudahnya, rumah tak sepertinya, rosak sana sini...worst thing takmo pindah pulak kat situ..of course lah 30k pnye cerita mmg takde kesan. Buat2 lupa.
So far, Alhamdulillah, aku sentiasa waspada. Sentiasa dok peringat diri aku nih. Jgn terlampau kasih sampai berkorban apa saja untuk laki. Biar laki yg sayang kat kita lebih. Jgn kita yg terlebih sayang pulak. SP pulak mmg dari dulu bkan jenis berkira (Setakat ni lah). Kalau ada duit lebih, kalau ada bonus aku lah yg meng pow dulu. Dalam aku pnye 4-5 kredit kad dulu pun takde satu pun aku supplement kat dia. Entahlah aku rasa dia tak memerlukan kredit kad pun. Kok ye nak beli apa2 kalu dia ada duit dia bayar tnpa byk soal. Kalau takde pun aku tak kisah aku bole bayar. Cumanya aku tak pernah bg dia guna or pakai kad kredit aku. Pendek kata kalau nak guna pun aku lah yg mengguna. Hidup SP aku tgk senang jer..takde utang. Utang2 kredit kad aku tu dulu lah..skg ni tak byk mana pun..sudah settle 4 kredit kad, yg ada pun yg current diguna jer..paling tidak ada satu lg yg tinggal sket2 tu....SP bkan cam aku..heh heh, tak yah pening nak jelas utang2 kredit kad ooo. Walau apapun, aku selalu peringat kengkwn2 yg jadi surirumah sepenuh masa gak supaya beringat. Stat menyimpan sket2. Mana lah tau kan. Kita tak tau nasib akan dtang. Kalau berkerja tu tahan la sket. Nak nya lelaki tu lari ikut minah indon ke..worst meninggal secara mengejut ke kan. Bkan mintak tau..tapi beringat.
Apapun semuanya terpulang pada diri masing2. Cuma aku setuju dgn konsep duit suami duit kita gak, duit kita..kita pnye ajer..". Dan jgnlah dok cerita dgn suami bla bla bla pasal duit kita yg byk tu. Harus ada simpanan diluar pengetahuan dia. Kot2 ada bonus lebih tu kan simpanlah kat ASB ke Tabung Hj ker..tapi harus diingat jgn terlalu telus dan dok citer suma..Ingat tu puan2..Aku ada ramai kwn2 yg dapat bonus berbulan2, tp declare kat laki sebulan jer. Bagus. Aku setuju sgt2 tu. Kalau sebulan bon tu kita nak belanja dia pun tak pe. Yg lebih tu dendiam..simpan elok2. So far aku tak pernah pun berashia dgn SP pasal bonus ke pasal dapat duit lebih ke. Cuma SP tak pernah pulak mintak. Kalau ada pun aku sendiri yg ikhlas nak bg. Bg pun bkan kat dia direct. Mgkin nak repair keta ke, beli baju dia ke....SP jugak tau aku ada menyimpan duit kat ASB, tabung hj, beli insuran...cuma dia taktau jumlah exact yg aku simpan tu..dan aku pun haruslah tak pernah mengoffer kan diri aku nak kuar duit bla bla bla .
Lg satu perihal KWSP ataupun insurance. Harus pastikan laki2 kita ni dok letak kita sebagai penama kalau2 apa berlaku. Mcm aku menyiasat dari SP pun dgn cara yg paling polite dan berhemah. Aku bukak citer aku nak tukar penama KWSP aku tu..nak tambah nama bdak2 instead of nama mak dan kakak. Sbb benda tu dah lama dah. Sambil tu aku tnye SP 'mehlah tukar penama you gak'?... leganya aku dgr suma dia dah letak nama bdak2 dan ehem ehem nama mak budak sekali lah tu.
Kalau bab2 umah, make sure insurane tu nama suami. Jadi kalau berlaku apa2, kematian ke x payah kita susah membayar sok. Tp kalau kereta, sendiri byar installment letak nama sendiri. Jgn dok gatai nak letak nama dia pulak. Lenla kalau keta tu laki bayar, nama kita..haaa yg tu tak pa...
Pendek kata, harus ada sepakat, harus bijak mengawal ni semua. Yg penting keperluan kita terjaga, kepentingan anak2 terbela.........jadi puan2....beringatlah...selamat beramal...

December 7, 2009

Monday Blues...

Aku seboleh2 tak mo meng'spoilt' kan aku pnye Monday mood. Sbb itu awal2 lagi aku dah set in my mind that Monday is great. Aku suka Monday. Sbb tu jugalah biasanya Monday aku pakai baju warna terang2 gitu. Bak kata Dr Tuah, warna mempengaruhi diri kita ni. Selalunya Monday aku pakailah kaler oren terang, kuning terang ataupun biru terang. Sebagai semangat untuk diri sendiri yang iyanya.
Jadiknya, hari ni aku dgn penuh semangat nak start the day. Lebih2 lagi bos aku lum balik dari outstation. So working life is so smooth sejak minggu lepas lagi. Sapa tau, pagi2 lagi my blood goes upstairs. Kat off aku ni ada sorang yg tugasnya dok kat depan tu. AKA receptionist. Keje dia ofcourse lah menyambut org dan mengangkat tepon.
Pagi2 mcm ni, dah la aku busy dgn email2, dgn keje aku, bertalu2 pulak telefon aku berbunyi. Mula2 2-3 kol tu aku ingat internal. Last2 baru aku perasan suma incoming call si mangkuk tu dah pi hantar kat phone aku. Yg buat aku naik darah tu sbb..pertama dia x ckap dgn aku. Kok ye pun tnya lah aku dulu aku busy ke tak. Aku bukan berkira sgt pun tp adalah courtessy org kata. Yg kedua pulak aku dah angkat kol tu tahap sore2 malas aku.."hello"....patutnya kalau incoming call kenalah greet..good morning bla bla bla...ni tak. hancus...
Bila aku confront si mangkuk tu..ada ka dia kata."sorrylah, i busy lah. bla bla bla..lupa nak bgtau u..what the heck???"" aku betul2 angin. Kalau itu alasan dia mmg tak logik. Sibuk book hotel?..eh, keje ko angkat tepon pandai2 lah. Itu betul2 buat aku naik darah dah. Yg sekor lagi si Jenap tuh. Pg2 lagi nak buat muka dia tuh. Gaknya tak dpt kot malam tadi? keh keh keh. Kisahnya jenap dgn sekor tu sbuk tahap gaban sbb ada sekor mat salleh dtg dari US tapi dorang terlupa nak book hotel dgn book tiket dia nak ke Labuan. Eeeeh....korang pnye pasal lah. Apsal ttba nak buat muka pulak tu suka2 hati nak transfer kol to my extension..siut betul.
Pasal ni jugaklah aku ttba terus jadi lapar mcm singa. Dah la pg td tak dan nak bekfast. Sudahnya kul 11 aku senyap2 turun bawah makan 'brunch'. Lepas makan baru ler aku bertenaga dan rasa tenang sket..ish ish...
Semlm aku ke sure heboh kat bkt Jalil bwk bdak2. Mmg byk benda2 yg sgt menarik kat sana, cumanya budget aku suma abis beli menda2 makanan untuk bebdak nih. Tak de chance aku nak nengok2 baju ke hape. Byk betul kedai jual memacam barang kat lam stadium dan kat luar tu. Mmg best lah sbb murah2 belaka. Aku dare not terjebak so lepas abis ronda dalam stadium kami balik. Itupun berbondong2 beg galas kat bahu. Selain titbits, aku jugak beli teh sabah. Ada jugak beli susu dan yogurt dari booth Nutrigen. Mmg kalau ada sure heboh barang tu suma dijual satu beg RM10. Berbaloi2 kalau beli. tapi kalau dah RM10 x 12 beg dah berapa tu ??.
Apa2pun...bdak2 seronok dan teruja. Ala jakun dapat naek ketapi sampai bukit jalil dan dapat shopping junks sorang sebeg dua. Itu jer lah percutian cuti sekolah dorang setakat nih...keh keh keh...
Next will be sunbathing kat Teluk batik on 18Dec....

December 4, 2009

MUSIM HUJAN

Aku rasa dah beberapa hari ni, pepagi lagi dah ujan. Bunyi je jam kul 6am , bila aku terjaga aku dgr bunyi2 ujan isshk..malas betul nak pi keje. Alangkah syioknya kalau dapat sambung tido lagi (as if boleh le kunun). Dah 2 hari ni gak, terpaksa antar bebudak 2 tu naik keta. Then balik umah amik moto. Nasib baik lah beli baju ujan baru msa balik kg mak kat sg besar ari tu. Berbaloi2. Dgn ujan lebat, baju ujan baru sungguh membantu. Mana taknya baju ujan suma dah koyak dek kerana sering digunakan akhir2 ni. Sungguhpun gitu, terpaksa gak aku bwk baju spares sbb suar aku suma basah lencun. Ujan pulak mmg takde ampun pnye. Kecik2 yet lebat. Dah 2 hari ni gaklah aku sampai off ngam2 jer kul 8.30am. Sib baik bos takde.
Musim2 ujan dan cuti sekolah ni patutnya jalan clear la..tapi tak pun. Sepanjang jalan kuching sampai ke Selayang tu manjang jer jammed. Walaupun terpaksa berlencun tp aku puashati tak terperangkap kat jem tuh..Tak sanggup rasanya. Stress giler beta kalau trapped in jam.
Naik moto selain jimat ia juga cepat. Kalau cuaca cantik aku dgn SP sempat lagi bersarapan kat Kedai Pak Hassan depan uni KL kg Kg Baru tu. Roti canai dia I tell u superb. Garing sedap..kuahnya pulak kalau campur sambal, mmg marvellous. SP selalu makan nasik lemak dia. Taste ala2 nasik lemak antarabangsa tuh. Harga pun bole tahan berpatutan.
Kalau pagi2 que for roti canai mmg panjang. Believed me aku dgr gaji budak buat roti canai tu RM2k seblan u. Kedai bukak for breakfast je. Heaven ke tak tu?.
Esok2 kalau dah tak makan gaji aku ada pikir buat kedai makan. Bukak kejap2 jer. Provided utang piutang masa tu dah abis. So dapat sket2 buat tampung harian pnye belanja ok jugak kan?.
Aku skg ni dah mula dapat keazaman baru simpan duit sket2. Di samping ada beli sket2 amanah saham, ada juga aku simpan kat tabung hj tu. Kalau dulu abis bulan abis gj Alhamdulillah skg ni tak lag. Ni suma berkat buku "kemana peginya wang anda tuh". Tak rugi membaca, dapat ilmu dapat idea dan dapat semangat. Tu yg penting.
Bdak2 pnye acc tabung hj pun la ni aku dah dapat simpan seorang seratus setiap 2 bulan. Mmg lah tak byk tapi at least ada gak. Aku pulak skg masih terikat dgn group kutus aku tu sampai bulan aug tahun depan so aku simpan pun agak2 jer. Kutu2 suma aku still kna bayar RM700 sebulan. By the time tahun dpn aku dapat bulan 6 dgn 7, cantik sgt lah tu. Lepas bulan 8 abis dah. Mgkin aku sambung kutu tapi cukup untuk satu group budget RM200/sebulan jer. Mgkin lebihan2 tu aku nak melabur or beli insurans ke hape. Untuk masa depan.
SP pulak la ni Alhamdulillah, gaji dah naik, elaun dah naik pun. Ot dia pun skg semakin tinggi ratenya. Aku doa2 moga2 dia dapat promotion tahun ni. Bole la aku paw duit dia lagi. Keh keh...Harus diingat, aku pun dlam diam tambah2 kan simpanan tabung hj dia tu. Dia taktau. Biar dia ingat aku abiskan je duit yg aku pow tu..:)
Skg ni cuma nak tunggu bonus SP jer (aku confirm lah takdek). Bole kami rancang beli2 barang persekolahan anak2 pulak. ALhamdulillah skg ni aku rasa lega sgt2. Kalau dulu susah hati bila dapat gaji la ni aku gembira, tak sabar nak dpt gj. Bila dah dapat aku cepat2 allocate untuk simpanan tu cepat2. Sekurangnya 2-3 bulan dah aku berjaya mendisiplinkan diri nih. Duit kat purse pun at this point of time still ada 2-3 ratus cukuplah untuk emergency ke hape. Belanja2 dapur suma dah settle. Ada takde barang2 basah jer. La ni aku kureng rajin nak memask time2 hari keje. Ada takde aku beli apa2 kat pasar malam on the way balik. Cuma budget aku selalu RM20 jer. Dgn bangganya kadang2 aku belanja tak sampai RM1o untuk 5 orang.
Aku rasa ini semua sbb keazaman aku. Keazaman aku nak berubah dari pemboros kepada penjimat but stll mengekalkan kesederhanaan. Balik kg raya hj baru ni pun walau pun spent beratus tapi untuk mak aku, aku rasa puas. Biarlah berkat apa jugak yg aku belanja utnk dia tu. Buktinya duit gaji aku masih ada lagi.
Sekejap jer dah nak abis tahun 2009. Kakak akan ke sek men, delin naik jah 2, ekhmal dah 6 tahun. Kejap je aku rasa. Tahun dpn SP masuk umur 40 thn. Aku pun tak lama lagi. Harap2nya semua berjalan lancar insya Allah. Moga rezeki kami sentiasa di murahkan Allah. Semoga cita2 aku nak membesarkan rumah tu krang tercapai gak akhirnya...AMIN.
Dan time cuti sekolah ni pun aku rasa lega. Balik rumah, kemas jer hall aku. Dapur pun gitu. Kain2 suma dah siap basuh dan lipat. Berbaloi aku gajikan kakak. Dia buat keje dgn bagus. Sampai aku pun x yah terkocoh2 nak masak pepagi untuk dia. Dia dah pandai goreng telur untuk makan sendiri. Kalau aku nak suruh dia masak nasik pun dah ok. Jd balik senang jer aku. Kalau agak2 malas tu, goreng jer nasik. Kalau tak beli je pe2 dari pasar malam.
Senang kalau ada anak perempuan. Mmg bole diharap. Kena lah train dari awal. Tapi aku rasa dia pun bermotivate nak buat semua sbb aku janji dan bagi dia sket duit sebagai upah. Tak pe lah, duit tu bebila jer bole carik belajar bertanggung jwb tu penting. Mana tau rezeki kakak nak dpt asrama sok, senang dia. Tak yah terkejut sgt.
Hari ni dah Jumaat, esok dah sabtu pastu ahad. Aku janji dgn bdak2 nak pi sureheboh kat bukit Jalil tapi tak bole gi hari sabtu sbb SP kena keje..Most probably Ahad la kot aku gi, alternatif lain kalau ujan lebat, jwbnya ke Jusco kepong je lah nengok wayang. Budak2 dah di maklumkan pasal ni suma and dorang tak kisah. Janji keluar and makan2 kat luar................selamat berhari minggu korang...