March 27, 2009

Sibuk sibuk sibuk

Gaknya kalau org baca pun org naik nyampah. Mcm lah sbok sgt. Org lain pun sbok gak. Tapi hakikatnya mmg mcm tu lah. Aku mmg sbok, takkira lah apa org nak kata kan. Keje aku , aku carik makan kat sini so aku have to bear with it.
Mcm minggu2 sudah hari minggu aku sgt sibuk dgn kelas tambahan delin. Skg ni pulak jadual dia dah bertukar sabtu pagi ahad pulak petang. Jadi sabtu tu setengah hari mmg akan kena menguruskan hal dia. Ahad pulak pagi kena uruskan umah setengah hari petang pulak nak kena uruskan delin pnya kelas. Susah sket tak pe lah janji dia pandai. Dan kelas dia pulak skg ni dah bersambung lagi untuk term3. Baru ni aku dapat kertas ujian dia. Bahasa malaysia, dia dapat 20 Markah out of 100. Terkejut jugak aku sbb aku pikir sure dia dapat 0 markah. Rupanya ada jugak dia betul. Memang betul aku kata, dia confused antara b dgn d. Sbb yg patut jwb b dia jawab d begitulah sebaliknya.
Kerja pulak makin bertambah akhir2 ni. Aku baru dapat regional manager baru dan dia tak biasa dgn area asia tenggara ni so siapalah agaknya nak kena tolong dia??..ahkak jugak. Kalau dulu aku ada Vietnam, phillipines, Malaysia, Thai dgn brunei kat batu kepala aku ni, la ni tambah lagi dan lagi..sbb Regional pnye area semakin luas, termasuk australasia, indonesia, japan dan ntah mana2 lagi rantau asia pasifik. Jadi kalau aku note kat facebook tu aku busy korang phamlah betapa kebisian aku tu mmg tahap gaban.
Bos aku yg sedia ada ni pun byk kerja aku nak kena tolong buat, la ni ada lagi. Its good lah for aku punya exposure kan tapi kalau tahap minima bisa tercabut urat kepala nih ha.
Aku rasa bulan ni aku telah belanja byk. Byk benda aku beli. Kerusi untuk bdak2 yg gambar tgan tu dah 3 biji, blum lagi henbag LV yg aku dah TERORDER tu...layan. Walaupun begitu, aku menambah untuk kumpulan kutu. Siap main 3 group tu. Kalau tak pun mana pi ntah duit tu.
Well, hari ni jumaat, hari paling best sbb nak cuti. Pagi2 lagi aku dah siapkan revenue report tuk bos aku, so petang2 sket bole la gospen ka, ngumpat ka. Mlm ni aku nak balik kg mak aku. Esok pulak dah panjang list aku dgn akak aku nak pi facial lah, gunting rambut lah nak pi avon lah..uii mau sampai petang gamaknya kami merendek ....

March 18, 2009

Delin.....

I sent an email to old friend yesterday. Dia pakar ortopedik kat Kuantan. I knew him 20 years ago masa tu aku baru umur 15thn. Dia pulak 19thn. Dia datang kat sekolah aku under UKM pnye project. And masa tu dia ada bgtau dia akan buat Surgeon kat ireland...that was 20 years ago...
Satu hari masa aku dok melayar internet, aku tak ingat aku carik apa aku ter accross his name, biasalah aku ni kan agak advance sket pasal carik menda2 nih...mana belajar jgn tnye..tu suma anugerah tuhan...so aku browse bukak, baca and it seems aku rasa macam aku kenal dia tuh...mcm org yang aku pernah kenal dulu.
Aku pun sajerlah melayangkan email aku kat dia bertnya bla bla....true enough its HIM. Dia can still ingat tarikh, tahun tu dgn tepat bahkan dkat sekolah mana...sedikit sebyk kitrang bertukar2 cerita...and how its ended dgn facebook. Byk aktiviti dia aku tau melalui facebook, byk gambar dia pun kat situ dgn wife dia. Aku rasa dah lama gak dorang kawin tapi takde anak, dia masih buat master in Ortopedik seblum sambung PHD kat soon.
So, aku saja hantar email kat dia perihal anak aku si delin tu. Aku cerita dari a-z kenapa aku rasa delin ni tak mcm bdak2 lain yang normal. Aku pun ada mintak dia suggest pakar mana yg aku patut gi, kot2 dia ada kenalan2 kan. Maklumlah dia org terkenal, pakar lagi tu for sure ada cable..but unfortunately dia kata takde. But email dia sungguh insipiring. Dia bagi nasihat kat aku on where to go. Ye lah aku dah gi klinik gomen tapi feedback nya sungguh kureng. Dia bahkan kata delin ok, cuma slow bla bla bla. Masa aku pergi tu aku harap dia refer lah aku kat memane hospital or pakar kanak2 kan..tapi hampeh.
Jadi kawan aku yg pakar ni kata aku patut jumpe pakar kanak2..get delin to be check. Tgk apa sebenarnya masalah dia. Mcm aku kata based on symptom dia ni dyslexia. Tapi aku sendiri tak pasti. Dia nasihatkan aku jgn pegi ke private hospital tu suma cekik darah, dan klinik kejaan mcm biasa lah mana nak layan benda2 gini. Dia suh aku pi dapatkan referral letter dari mana2 klinik dan mintak dorang refer straight ke HUKM. Dia kata kat sana ada ramai pakar kanak2 yg bole handle the case. Bayar tetap kena bayar tapi tak le semahal SJM* and others tu.
Menurut dia lagi, kalau betul delin tu ada masalah, mmg dia tak bole bersekolah di sek biasa dia kena pi sek khas untuk bdak2 mcm dia. Dia bagi nasihat kat aku dgn SP supaya byk2 bersabar, bayk bertawakal sbb bdak2 mcm ni mmg susah nak handle. Mmg slow nak catch up apa pun.
Lepas balik keje smlm, masa lepak2 tgk tv aku bgtau pada SP. Aku kata kat dia aku tak kisah lah kalau delin masuk sekolah tu yg penting itu akan dapat membantu dia. Aku tak mau dia rasa rendah diri, tak mau dia rasa ketinggalan.
Kelas cahayaku yg dia amik tu aku tambah lagi 10 jam. Walaupun dia dah tau dan kenal abjad, tapi dia still ada masalah nak mengeja. Lebih dari 2 suku kata ( mama, lala, susu) je dia dah lost. Menulis pun baru terangkak2 ..tak smua huruf dia bole tulis pun.
Di segi percakapan pulak, delin still ada masalah. Byk benda yg dia ckp org tak paham bahkan aku pun kadang2 ambik masa untuk paham apa dia nak. Certain huruf tu dia tak bole pronouce dgn betul. Mcm L dgn F..sampai la ni tak dapat.
SP akan cuba slowtalk dgn dr panel dia kalau2 dorang bole kuarkan surat reference. Aku fikir kalau dapat ke Sg Buloh hospital pun ok sbb dorang pun ada pakar kanak2 kat sana. Cousin aku pun ada sorang anak dia mmg ada masalah mcm ni. Cumanya anak dia lagi teruk sket dari delin sbb anak dia lelaki dan sgt2 hyper. Bayangkan dah beberapa kali dia dok godek suis eletrik sampai hampir kena kejutan. At least delin tak seteruk tu, paling2 tak pun hilang kat pasaraya jer.
See what next lah, kalau dr tu suh kami pi ke hospital then kami akan pi. Aku tak berhasrat nak menangguhkan lagi kena buat cepat2. Aku tak nak sbb terlewat buat tindakan nanti memusnahkan masa depan dia.
Mmg delin ni sgt sensitif, suka dipuji. Tiap benda yg dia buat kalau kita puji akan bersungguh2 dia buat. Cuma yg tak tahan, kalau dia tnye soklan dia akan tnye sepuloh kali, dan jenuh gak nak menjawap. Jenis tak leh dok diam ada jer benda yg dia nak buat. Jenis ikut jer sapa pun. Pastu kalau bole bangla kat stesen minyak tu pun nak di tegur dan di buat kawan.
Apa2 pun, aku tunggu jer surat dari panel dr SP tu, kalau nak kena pi hospital we will go...

March 17, 2009

Penyakit dah Datang




Tak tau lah nape, sejak semalam penyakit M dah datang melanda. Bkan takde keje suma malas nak buat apa2. Mgkin bersempena mood cuti sekolah kot ?? atau sbb bos takde??? mgkin jugak. Tapi yg benarnya mmg mood keje takde. Badan mcm penat lesu2 gitu..






Since minggu ni dah stat cuti sekolah, rutin harian aku ada agak slow sket, tak yah rushing2 takyah nak gosok baju sekolah bagai. Walaupun kakak ada sekolah tambahan tapi aku suruh dia gosok baju sendiri. Mmg dasar lah tu kan..














Hari sabtu lepas, aku pi majlis bertunang anak buah belah suami. Anak kedua kepada abang dia yg sulong yg dok kat Selayang tu. Mulanya malas nak gi gitu, tapi memikirkan masa kami tunang kawin dulu dia laki bini sibok uruskan so ala tak sedap gitu. Aku gagahkan gak pegi. Sbb kami kuar dah lewat (bantailer tido dulu kan sejam dua)..jumpe kat Taman Bidara jer umah bakal pengantin pempuan. Berjanggut gak nunggu. Mcm yg dijangka berbuah2 kereta yg sumanya sedara mara belah biras jer yg ada. Belah abang ipar cuma kami je lah anak beranak.






Aku mmg tak bape gemar dgn sedara mara belah biras aku tu. Mana taknya kalau kenduri umah abg ipar aku tu berbondong2 anak cucu cicit suma datang. Pulak tu jenis yg berlonggok jer kat lam umah abg ipar aku tu sampai takle nak masuk. Dah la umah dia sempit..nak tumpang solat pun tak de ruang.Yg aku tak paham yg dlam pantang pun dok berbungkus bangkas kat umah sempit tu. Ngalahkan umah setinggan. Dah 28 thn menyewa tapi takde rancangan pun beli umah. Beli keta 3-4 biji tapi umah menyewa..tak kuasa aku.












Berbalik pada majlis tunang tu, bukan main gembira lagi abg ipar aku tgk kami dtg. Agaknya dalam hati dia..ada gak sedara mara belah aku dtg...lepas abis berdiskas bagai..turunlah bakal si pengantin bersma barangan hantaran nya. Umah dia bagi aku besar dan cantik. Umah taman yg dah diubahsuai nampak luas..hantarannya pulak RM11,250.00. Majlis kwin bulan 12 nanti...lepas selesai diskas kami dijemput makan..ala2 kadar jer. Lepas tu majlis tukar hantaran pun bermula dan kami terus balik ke umah abang ipar aku. True enough...berlonggok ler sedara mara biras aku tu dari depan sampai ke belakang..last2nya aku dgn hsband lepak kat luar..taklama pas tu kami angkat kaki..malas nak menyempit2 tu ....tak kuasa.

Hari ahad pulak delin ada kelas petang. Jadi pagi tu pegi pasar then lepak sampai tgh. Pkul 4 kelas delin start, melanguk lah kami lagi kat bwh pokok sawit tasik puteri tu. Cuma kali ni bezanya kami menjala..so dapat byk..berbaloi gak beli jala tuh..manataknya mancing tak dpat2 sekali jala..ha ko byk tu...................

Aku rsa segala aktiviti tu suma menyumbang pada tahap kemalasan aku minggu ni kot.....
cumanya aku takleh nak cuti jer.....adui.











March 2, 2009

Weekend activities...tiring yet happening

Busy betol aku ni last week. Manataknya amal sakit, batuk2 smpai kena pi sepital selayang tuh. Betapa busy nye aku nak kena pi hospital pi office. Dlam alam kerjaya aku ni ada 2 hari yg sgt penting setiap bulan iaitu 23hb dan 27 hb. Pendek kata untuk 2 hari ni ibarat kalau aku sakit nak ma*i pun kena dtg opis dulu baru pi Ma*i. 2 hari ni aku kena prepare the revenue and sales report to aku pnye boss sbb dia kena report kat boss dia, boss dia kena report kat boss besar and bla bla bla..smpailah ke Houston tuh. Jadiknya kalau aku tak prepare itu report and input, mampu* mati bos aku kena maki dgn bos dia dan seterus2 nya...
Terkebetulan pulak amal jatuh sakit pada tarikh2 in between terpaksa lah aku nak tak nak dtg kat opis hangkut dia, stay for 2 jam then antar report baru bole balik. Pulak tu cuti aku ditolak 2 hari gitew...aku tak suka tapi nak buat cam ne. Kita ni mentimun, carik makan kan, anak dan keluarga penting gak, tapi duti income aku earn tu amat penting gak kan?..ada duit baru hati senang baru bole shoping beg prada ke beg Chloe ke.....
Dua hari lah aku bercuti mggu lepas, ari Selasa dgn rabu. Dok umah jaga anak sakit boring gak terutama bile citer kat astro cam Si**. Ada takde layan jer SEPAKIU tuh..Minggu lepas gak aku pi kenduri doa selamat(which aku rasa cam kenduri kawin) anak abang laki aku..sbb dah jalan..ngalahkan kenduri kawin maha hebat dgn jemputan dan bunga telor bagai. One thing aku tak suka kalu kenduri kat situ sedara mara bini (biras) dia je yg konker. Last2 aku dtg makan then blah.
Pagi sabtu tuh, antar kakak pi sekolah tambahan. Delin aku cutikan kelas dia sbb ptg tu nak balik sg besar jap. Pagi tu aku cam lipas kudung, pi beli barang dapur kat NSK, berus baju sek, cuci kasut sek, kemas umah, basuh kain, kemas dapur & mop..pendek kata menjelang kul 12 tgh batteri aku flat gile. Tinggal nyawa2 ikan. Lepas kakak balik jer terus pi kenduri...n lepas kenyang tu blah.. balik sg besar.
Mak sebenarnya tatau aku balik, sajer aku tak bagitau. Tapi bila aku sampai dia tak terkejut pun. Katanya instict dia kata aku balik..cis bagus betul mak aku tu..mcm instict aku gak. Sampai pun dah kul 5, lepas solat terus mak ajak aku cam biasa pi mengeteh kat pekan. Aku pun plan nak pi carik beskal bdak dua org tu kat sana..Satu keta penuh aku, anak2 dan mak aku..akak aku plak try moto skuter baru dia bawak anak dia...ish..aku dah try ronda naik moto tu best giler u..
Dapt la beskal melayang duit aku kat 300. Apataknya amal pnye taste beskal bagus..harga pun dkat 2 ratus gitu whereas delin cincai pilih basikal biasa berharga seratus rm then lepas tu pi billion shopping barang2 dapur mak dan terus ngeteh kat Restoran Pak Din. Owner restoran tu sebenarnya kawan sekolah aku masa tkgtn 5 dulu. Cuma lain kelas jer. Sempat gak dia menegur aku..cerita2..aku kata aku jeles kat dia sbb dah managed restoran dgn pelanggan ramai giler...tapi dia pulak jeles dgn aku sbb keje opis..dan jeles tgk aku katanya lagi nampak muda...eeiii..jgn jeles u. Yer lah keje dia kan teruk. Aku tgk pun dia dah gemok sgt2 skg. Mcm umur dia dah 40an gitu. Tapi yg best ekonomi meleset ke hape ke org tetap makan kan??
Hari Ahad plak pepagi lagi kami dah kuar, aku dan keluarga, mak dan akak sekali. Seperti biasa agenda ke pasar sg besar carik bahan untuk masak tgh. Decided plak menu hari tu, ikan cencaru bakar, paceri nenas, ulam2 man. Lepas tu ngeteh lagi..tapi kat kedai lain plak. Delin sejak jumaat nampak tak sihat, batuk selesema demam, masa bekfast tu dia bole letak kepala kat meja and tidor..so lepas bekfast aku decided nak bawak dia pi klinik. Masa tu dah kul 10.00pg. Aku pi ke klinik Sal**H kat situ. Pnye lama tunggu, dah tu plak bila tiba turn kitorang aku dan laki aku kena torture pot pet pot pet by dr tu..ish. bohsan tau. Dia kata anak aku tu mgkin astha dan dia stat membebel apa punca asthma bla bla bla, melalut pasal makanan junk dan ntah hape2 lagi. Dia dok promote suh aku amik sonotron tuk delin..korang carikla sendiri maksud dia. Ala2 terapi aljabar letrik gitu which aku rasa tak perlu. Then aku kata anak aku ni makan susah sket, so dia stat membebel kata aku tak pandai bagi anak makan...kena paksa bdak2 makan walau terpaksa kena rotan..bla bla bla. Masa ni aku dah boring giler dah..sungguh. Last but not least dia tnye aku nak ubat apa untuk anak aku nih..nak ubat selsema ke cairkan kahak..aku kata selsema dia kuat so bagi ubat selsema..tau apa dia jwb, kalau selsema bla bla bla kahak tak kuar,...aku pandang kat laki aku dgn muka boring...until aku jwp..dr, terpulang kat u nak bagi ubat apa kami amik jer ...dah tnye aku nak ubat apa baik aku tak yah jumpe dia kan...kerek giler dr tu. Aku tau ler dia alim tapi tak bermakna kalau apa2 nak hentam kami as parent tak pandai jga anak, kasik junk food smapi selsema dan asthma..bengang betul dia pikir bole ke aku kawal anak aku tu 24jam kat umah ye lah aku bole kontrol kalau kat sek tu tau ke aku apa dia makan..gitu harus lah aku bontot anak aku tuh 24 jam..bengap.
I tell u, this will be the last time aku pi klinik nih, lenkali jgn haraplah..for RM15 service bole jalan lah..nak torture nak bagitau how good he was educating anak2 dia..ceh.
By time sampai umah dah jam 11. Kelam kabut memasak. Mak walau tak bape sihat nak gak pi pasar, nak gak siang ikan. Dia mintak aku buatkan siakap sweetsour. So tgh tu menu kitorang byk giler. Paceri nenas, ikan bakar terubuk dan cencaru cicah sambal kicap, cendawan tumis, ulam dan paling best sambal kuini...last sebijik kuini dari pokok umah mak. Tak hengat aku dan yg lain2 tu makan. delin pun bkan main selera lagi makan........Jgn tak caya lepas selesai makan tgh dan mengemas aku lepak jap dgn kakak aku sblum solat zohor, sbb plannya aku nak pi sg besar lagi dgn kak aku naik moto..nak menyoping baju dan suar aku plak. Tak dan beli apa2 pun kuar. Abis2 duit aku melayang beli mainan si amal. Dalm kul 2, lepas zohor, lepas tidorkan delin -amal ok, dia suka tinggal sbb nak melanyak beskal baru tuh kan..
Bestnya ronda2 naik skuter. Skuter baru lak tu. Aku ni mmg takde lesen moto tapi jgn cuba meragui aku agak terer gak bawak moto kat sg besar tuh. Tiap kali ada can balik kg mmg tulah aktiviti aku dgn kak aku shopping naik moto supaya takde org/bdak2 nak ikut. Kacau daun jer..aku melabur dkat ratus jugak..dapat baju suar, suar jeans..best giler. lepas shoping sampai umah dah kul 4.30..tak hengat tu..kutip baju kat ampai lipat dan kemas2 nak balik. Masa aku balik aku tak nampak amal, aku nampak delin dok diam kat kerusi rupanya bdak tuh main layang2 kat bendang nun sampai itam legam mcam anak tuutt...dgn leceknya..adus..aku ingat anak sapa lah rupanya anak aku..hehhhe...
Masa bertolak balik dah ujan lebat gile and sampai rwang dah kul 10..penat giler..