October 13, 2010

Mind our own privacy...fesbuk punya hal


Aku tatau pasal orang lain, tapi bagi diri aku ni fesbuk sekadar suka2. Untuk mengeratkan hubungan persaudaraan, persahabatan dan juga tempat menjejak kasih kwan2 lama.  Fesbuk bukan tmpat untuk nak citer segala mala hal dalam kain pun, kalaulah ada org jenis2 gitu nasihat aku tak payahlah join fesbuk.

Bagi aku hal suami isteri, tak patut di pamerkan difesbuk. Pasal gaduh lah, pasal nak wish I love you lah...itu suma tak payah kat fesbuk dek..kat umah bole cakap..kat lam keta bole ckp..tiap2 malam atas katil boleh ckap per.  La ni dah jadik trend bdak2 muda (categori 30 kebawah) yg dah ada laki or bini nak publish hubby takde....isteri takde..hatta baru2 tau  mengandung pun nak dihebohkan serata Malaya..kelasss gitu!!.

Yg ada pulak, kat fesbuk nak tunjuk gambar laki bini yg terpeluk sana, terpeluk sini. Yg dok berposing kat tepi pantai dok celah kangkang. Apa barang???.  Kok ye pun simpan jer gambar tu dalam simpanan peribadi.  Tak yah nak tunjuk yg ko tu ler ada laki..org tau dah. Tak yah ckap.

Kadang2 aku pun teralpa jugak benda2 gini.  Terletak gambar2 yg tak sepertinya. Tpi bila aku tersedar cepat2 aku delete or removed.   Fesbuk bg aku untuk simpan gambar2 kenangan (sbb nak print mahal sgt) tapi mana2 gambar yg tak sepertinya tu aku sorok jer kat lam hard disk.

Aku more likely nak share gambar anak2. Nak share tempat2 menarik yg kami pi so that kawn2 pun bole pegi.  Yg ada masak pun nak amik gambar. Siap nak letak hari2 lagi tu, masak apa...buat apa...alahai.

Fesbuk aku berjalan cuma hari keje. Tu pun sbb access dari off.  Kdg2 dari hp pun kdg2 sekadar nak beritahu teman2 aku takde, tak sihat or apa. Takut2 dorang carik2 aku tak tau pulak yg aku sakit ke..aku eksiden ke.

Dunia IT ni kadang dalam tak sedar byk tak elok dari elok.  Terlampau taksub org kata.  Sampai gambar kawin satu beban nak letak apa tujuannya?? selain nak menunjuk2 ye dak.  Berpada2 lah letak gambar tu.  Tak yah 10 roll gambar ko amik 10 roll nak letak.  Kdg2 orang nak muak dan jemu...yg ada masa mandi, pakai syampu pun nak amik gambar, letak kat fesbuk...apa barang kan??

Sekian sahaja...omelan aku....aku benarnya dah boring gak berfesbuk cuma kdg2 sbb kwn2 sekolah, kwn2 keje lama ada kat sana, aku gagahkan jugak..di samping itu, fesbuk bagi aku tempat meluah perasaan kalau aku bengang kat tmpat keje...karang mengadu salah org kat off ni, naya pulak jadiknya. Jalan selamat untk aku...luahkan kat fesbuk.  Sapa2 yg terasa tu nasib lah kan......................

No comments: