October 6, 2010

Sesuatu yg terjangka dek akal...

Kadang-kadang, kita taktau apa nak berlaku  pada kita.  Itu semua diluar bidang kuasa dan kudrat kita. Namun apa daya, kalau hendak berlakulah sesuatu perkara itu, mmg berlaku lah.. Itulah namanya Takdir.

Hari Khamis lepas, masa balik keje. Macam biasa fikiran aku melayang fikir apa nak masak, apa nak buat bila sampai rumah nanti.  Tiba di atas bukit area Selayang tu, ttba aku rasa moto yg kami naek tu ttba mcm bergoyang2 handlenya..hilang kawalan...sempat aku bertanya gak kat SP napa...belum sempat dia jwap..bang..dua2 tersungkur di atas jalan. Mujur lah kat tepi kalau tak tak taulah apa jadi.  Masa jatuh aku tak rasa lagi.  Lepas bberapa minit barulah terasa. Lutut aku sakit sangat2. Kaki2 aku pedih tak terkira. Aku tgk SP dah tersandar kat divider jalan..langsung aku duduk. Tpi lutut aku tak leh gerak pun. Sakit teramat. Dlam hati aku. Alamak kalau patah kaki aku naya nih.  Dalm kelam kabut gitu, ada 3-4 org mamat yg prihatin tolong.  Bgtau jangan gerak byk.  Dalam kepala aku, cuma ingat anak2.  Camne dorang.  Aku terus kol cikgu (baby sitter) bgtau kami kemalangan and mintak dia antar anak2 ke rumah terus.  Sempat gak aku telefon umah abang sulong SP dekat area2 tu bgtau.  Mamat2 yg baik hati tu salah sorang kol ambulance.  Sorang lagi tolong kemaskan barang2 yg berterabur.  Kutip kunci2. Masukkan dalam bag pack aku. Dia jugak tolong kunci dan rantaikan moto.  Lepas 10 minit ambulan pun dtg.  Seluar SP koyak rabak kat lutut..kak kaki. Seluar aku pun. Mujur aku pakai seluar slack yg tebal.

Lepas ambulan datang kami dua2 naik ambulan. Kaki aku mmg x le gerak lagi masa tu.  Darah keluar tak henti2..lepas dorang angkat masuk ambulan terus kami sampai kat Hspital Selayang yg tak berapa jauh.  Masuk ke kecemasan, abis dia bukak segala baju aku..segala seluar.  Suntikan antibiotik dgn tahan sakit terus dia bagi.  Jarum drip terus masuk kat tgn.  Sakitnya tuhan jer yg tau.  SP aku rasa masih kat luar.  Luka lutut dia dgn tgn tu dorang terus bersihkan. Tpi since dia masih bole jalan dia kena tunggu giliran.  Mmg berjanggut ler.

Lepas kena x ray, Alhamdulillah takde apa yg patah. Takde apa yg retak. Aku nampak SP dgn Abang dia masuk kat emergency room tu. Kaki aku dah bole gerak tapi sakit2 dan pedih2 luka terseret masih  menyucuk2.  Tgn2 SP bengkan kiri dan kanan.

Lepas dah pasti aku tak apa2..dorang bagi aku keluar. Masa tu aku nampak SP masih tunggu giliran nak di panggil oleh Dr.  Aku nampak ada ramai kwn2 SP kat situ. Ada abang dan kak Ipar aku sekali kat situ.  Aku rasa semua selesai dalam kul 10 lebih gitu.  Moto dah diangkut oleh anak buah dgn lori dan hantar ke rumah abang SP kat selayang. Honestly aku tatau apa sebenarnya.  Kami cuma suspect tayar pancit. Tp hakikatnya belum tgk pun lagi keadaan moto tuh.  Azizan,nizam,  Aris, Awe dgn wife dia ada kat Hspital tu tunggu sampai kami sudah. Terima kasih kat dorang yg begitu prihatin. Sempat lagi dorang bergurau senda dgn SP. Mgkin nak meredakan kami berdua.  Aku taktau mana kasut aku dah tercampak.  Kuar emergency aku berkaki ayam.

Abang dgn kak ipar antar kami balik rumah. Masa tu pun dah dekat kul 11.  Mula dah terasa sakit2 badan..luka2 pun.  Mlm tu mmg kami dua x leh tidor. berdenyut2.  Ada ubat tahan sakit hspital bagi tapi tak menghilangkan.  Hari Jumaat tu kami pi klinik panel SP. Cuci segala luka2. Amik ubat.  Hari2 berikut kena cuci.  Luka di kaki aku masih tak betul2 keriing.  Luka terseret tu mgkin agak dalam. Tapi masih bole berjalan walau pun terdengkot2.

Hari ni aku dah stat keje. SP pun. Kami kuar awal.  Mgkin seminggu dia ni kena naik keta dulu. Kaki SP pun masih sakit2 lagi. Moto pun kami tak pi tgk lagi.  Cadangnya hari Sabtu ni nak pi tgk moto dan antar for repair.  Kemalangan gini, sesuatu yg mmg kami tak pernah mintak terjadi. Mmg selalu berhati2. Tpi bak kata org. Malang tak berbau.  Cuma aku ingatkan SP akan datang, bila turun bukit kena pelahan2. 

Kadang2 Allah nak bagi ingatan dgn cara macam ni. Mgkin selama ni tak berhati2 bila lalu kat situ. Mgkin tak check tayar betul2..samada perlu di tukar ke dak.  Yg pasti, ni suma jadi pengajaran.  Aku bersyukur sgt2 sbb tak berapa teruk.  Ujian Allah ni kami terima dgn redha...Insya Allah.

No comments: