June 4, 2012

Ramblings..

Lately ni aku tak berapa sihat. Batuk tak sudah2.  Most probably sbb asthma datang kembali lah.  Bayangkan hampir 2 minggu tidor terganggu dek batuk tak henti2.  Nafas cam tersangkut2.  Bila amik nebuliser bberapa kali baru la rasa lega sikit but batuk tu tak gone compeletely. Gatal jer ase tekak ni.  Malam seblom tido aku minum madu satu sudu besar, bangun tido pun gitu.   Tapi masih lagi tak baik2.  Masih ada saki baki batuk  yg salah sikit jer mula start balik.  I guess dah berumur ni sistem pertahanan badan pun tak berapa nak gah lagi mcam muda2 dulu kan. Now kena disiplin balik mandi air panas haaissh...

Kehidupan biasalah, mmg tak pernah susut dgn suma aktiviti.  Baik di rumah maupun di office, keja keja keja never ending story. Nak nak lagi dah lepas renovation, nak mengemas satu hal.  Habuk2 zaman batu buat keadaan batuk yg nak baik berulang lagi.  Apa nak buat?.

As for kerjaan baru. For now, aku cam malas nak memikir sgt. Sbbnya, just follow by its flow.  Lagpun tak lah desperate sgt masih mampu mengawal emosi walaupun hati adakalanya sakit tak terkata. Sabar jer lah. Tu jer yg mampu.

Aku buat kerja je cam biasa. Cuma bila tgk si meena handle keje lama aku tu kadang hati jadi cam sakit. Sbb lambat nak bertindak. Pastu suma pun nak kena monitor.  After a while, i try not to amik tau keje yg bukan hal aku. Lantak ko situ. Which ever relates to my keje baru aku buat tindakan. Other than that biarlah dia sendiri tanggung. Tak kuasa.

Minggu lepas tu, ada satu insiden bila JLO dan si Tai sebok2 pasal stocks. Which dah lama gak aku tak amik port tapi but i still have a good memory on it.  Aku bole jawap stock tu reserved tuk siapa, pulang dari customer mana dan sapa nak seterusnya. Dalam si meena gelabah2 nak mencari jawapan, nah aku beri jawapan lagi lagi di sokong oleh JLO. JLO pun not bad in terms of ingat bebarang dia.  So meena sgt terkesima dan malu. Sbbnya dia yg jaga barang2 tu. Mencatit segala mala, merekod segala mala tapi suma pun tak bole pakai...boleh??. Jadi dari insiden tu aku tgk meena sgt kemaluan amat sgt.  Tu lah, jgn cepat sgt mengaku hebat. Baru sikit jer dah keliru. Belum lagi 10 urgent projek datang satu kali mau pitam.  Meena pulak aku rasa terover interms of nak build relation ship dgn org2 kat gudang.  Ada ka dalam official email boh, Hi Bro, Yes Bro..No bro??..apa  barang. Dalam email official NEVER letak mende2 pelik gitu. Buat dek gelak org jer. Kok ye pun nak beramas mesra kan?.  Dia nak ikut style org tapi tak kena tempat. Copyright org pnye idea is not good huh.  Botak bole buat begitu sbb dia biasa dah. Yg ko nak follow apa hal? takde identiti langsung.

Aku kalau bersembang on the phone mmg ramah mesra jer dgn bdak2 warehouse tu, tapi dalam email yg di cc ke serata org dan alam maya sungguh tak sesuai.  Hissh. Tapi, malas aku nak ckp apa2. Biar dia lah. Bak kata si Mimi bdak gudang di singapore..geli aah kak, nak panggil2 kita bro.. Sering saja dia internal mess ku tidak jawap..bilang si Mimi..jejaka tampan dari seberang tambak.  Aku dgn mimi baru kenal setahun. Berurusan kerja dan barang2. Tapi kami rapat cam adik beradik. Bole kongsi cerita dan rasa. Sering bergossipan bersama.  Dan ofkos, mimi sering bantu aku, aku pun sering bantu dalam urusan kerja. Tapi itu hubungan rakan sekerja yg dibina atas dasar persefahaman, kejujuran dan keihklasan. Takde niat sembunyi.  Dgn mimi, aku bole bicara apa saja.  Kecuali hal personal aka rumah tangga..hehe, suma atas urusan kerja.  Keluahan, tensi or barangkali luahan sakit hati juga kami kongsi bersama. Biar tak pernah jumpa, kami udah bertukar2 gambar utk melihat lebih dekat orgnya.

Justeru, bila si meena cuba bina relationship with mimi, dia merasakan yg meena keterlaluan. Sbb tak kenal ttba nak terlebih2 bermesra2 aan gitu..si Mimi pula, bila lihat gambar kami beramai2..adaka dia kta aku nampak lebih mudah dari si meena..hahaha..paling worst, si mimi bole pulak komplen  yg si meena tak pernah terfikir kan cukur bulu kaki?? aah, si mimi..yg lucu yet sgt berterus terang.  Sikap terbuka dan telus dia buat aku kadang2 ketawa...

Mungkin sbb SP masih menunggu2 peluang kerja lebih bagus, biarlah aku beralah dulu sampai dia betul2 dapat stabiliti dalam kerjaannya. Bank dah arahkan dia untuk report kat anak syarikat yg menguruskan maintenance dan services and yet, offer letter official belum mendapat lagi.  Surat perletakan jawatan ke bank pun belum bole nak beri, sbb belum dpat kepastian dari syarikat yg lagi satu.  Bak kata SP silap hb ..bulan ni dia mendapat gaji dari 2 syarikat segali gus...heybad hahaha.

Pada masa sama, ada syarikat2 lain yg panggil dia temuduga pun dia tetap pergi. Sekadar melihat2 peluang lain mungkin.   Harapan aku, semoga dia mendapat tawaran gaji lumayan. Insya Allah. Hampir berbelas tahun gaji aku mgkin lebih tinggi dari dia.  Dan itu semua tidak pernah menjadi masalah serius pun dalam rumah tangga kami. Kerana pada aku keikhlasan tu penting.  Tak kira gaji siapa  yg banyak, dalam rumah tangga harus ada imbang balik dan tolak ansur.  Sometimes aku pun pelik sbb gaji dia yg kurang dari aku tu dia mampu uruskan dgn baik sekali. Bahkan, adakala aku pulak yg tak cukup duit dan mengharap simpati dari nya..Kejam kan? ..haha, you money is my money..my money is truly mine..gitu!!. Yg pasti dia masih mampu nak beri duit poket beberapa ratus..that is much better kan?. Sbb itu lah aku kata, aku tak pernah berkira dgnnya nak keluar duit tak kira  untuk apa..Thats what marriage are kan?.  Ramai kawan2 aku tak pernah merasa even seratus dua dari suami mereka sebagai duit poket..just because gaji meraka bnyak...just because laki2 mereka merasakan mereka tak perlu wang?. Pelik aah dunia ini..Pelik juga lelaki kan. Yg ada bergaji berbelas ribu. Isteri tak keje, tapi nak beri sebulan 2 ratus pun berkira??..apa kah punya suami?. Justeru, aku sgt bersyukur dan beruntung...aku masih menikmati suma itu..Alhamdulillah..

As i said, keje ku sgt rileks skg ni. Walaupun kadang2 bizi...selalunya sgt free. Bole fb, bole chating sama kawan2 rapat..bole apa saja.  Best kan?

Aku noticed satu perkara. Masa meena cuti lama minggu lepas, dia tak ckp pi Vietnam. Konon nak rashia tapi ada org menyampaikan padaku...haa..lepas balik cuti, dia sakit. Dan si Jenab sound dia direct ja..ko ni kan, tiap kali balik dari cuti mesti sakit..ahaha..terkesima. Padan muka haha.

Dan aku juga perasan, bila meena takde jenab dgn aku baik2 jer. Tak de pun tanda2 bengang atau tak suka..tpi bila meena ada pasti lain .  Memula aku tak terfikir apa...tp kata2 kawan baik aku tempohari membuat aku terfikir...dia kata, meena mesti dah racun jenab mcm2...u never know..could be true.

So, masa meena takde aku personally jumpe je si jenab yg tgh good mood. Tanya kat dia bila agaknya bole dapat sedikit kenaikan gaji. Dah 4 tahun takde apa2 pun walapun seposen.  Jujurnya jenab kata, mmg dia perasan tapi company policy mmg kata takde so takda siapa buat apa2 pun. Tapinya dia akan usulkan kat boss..katanya. Aku sengaja hint2 kan kat dia yg, kalau berterusan begini mana mungkin org akan tahan...with better offer i might reconsider...tu aku kata kat dia. Tgklah cam ne...

Jumaat lepas, ketika bos duan mengajak kami suma lunch di maya hotel, dia buat pengumuman yg sgt mengejutkan...bukan pada aku..tapi pada JLO dan Meena.  Dia mengumumkan bahawa dia akan dinaikkan pangkat untk menjadi Business development Manager dan tempat nya akan diganti oleh org lain yg belum pasti siapa..Somehow dalam hati aku rasa si Tai yg akan naik?? mungkin kah. Sbb company org putih biasalah akan letak org putih jugak..tadak sekali2 akan biarkan local or asian dok hierachy paling tinggi dlam Malaysia operation.  Who ever its is, aku tak peduli. Cuma kalau si Tai tu mmg mati la...sbb dia tu dah la pelupa, blur..haissh.

Org yg paling terkejut monkey mestilah JLO. Sbb dia mesti rasa dah kautim dgn boss. Dah berbonding2..sgt understanding. Sbb setiap hari  pasti 4-5 x dia akan pi masuk bilik boss dan ckp2..bos pun sikit2 aja cari dia..so, imagine kalau org lain datang?? harus JLO gelabah monkey. Nak nak lagi kalau org tu cam bos lama aku yg dah pence tu..Yg langsung tak makan bodek?? masak...haha. Si meena pun sama 2 x 5..essh, tgk cara dia berckp dgn boss kadang buat aku meluat dan nak muntah..Kipassss, tak bole ke ckp jer biasa..tak perlu nak up2 sgt..ish.  Aku tak paham sungguh maknusia2 yg hipokrit kipas vontot boss terlebih2 ni..tak tahan weh aku tgk...

Another story, that i would like to share.  Aku ni jenis mudah berkawan dgn sapa saja. Kalau dari kawan2 office lama pun gitulah. Cuma harus ingat, kadang ada set2 org yg tak bole ngam dgn org lain. Yg sorang tak ngam dgn A. Si A tak ngam dgn B..sedangkan aku kawan kedua2nya. Baik pulak tu..Rapat pulak tu. Sering jer aku tersepit tau. Bukan sekali dua..berpuluh2 kali. Kelebihan aku jujur dan ikhlas dalam berkawan dan tak pernah mengadu domba biar mereka bergaduh. Si A mengadu pasal B dgn aku. Si B juga mengadu perihal si A dgn aku.  Tapi idak la pulak aku jadi batu api sampai keduanya bergaduh kan?...Aku ibarat org tgh yg sentiasa cuba berbaik2 dgn kedua2 pihak...kerana kedua2 pun kwan baik. Ada kelebihan ada kekurangan memasing.


Recent incident,  Si A beritau aku dia telah ditawarkan kenaikan pangkat di deparment si B (oh, A dan B sama keje kat sama company -lebih tepat X company lama aku).   Pada aku Si A deserved it, sbb dia dah lama kat situ..dah berbelas tahun. Dan si A sgt gigih sampai sanggup belajar part time (like me both cuma keje guna sijil SPM jer). Baru2 ni si A dah dapat diploma dia. So despite of carik keje lain she decide to stay dan boss besar dia baru2 ni offer dia untuk kenaikan pangkat kat dept si B. Si A sgt outspoken, ramai org tak suka padanya sbb laser..tapi pada aku dia seorang kawan yg baik, understanding dan sgt suka menolong org yg dalam kesusahan.

Si B pulak, orgnya baik hati..tpi ada sedikit perasan dengki..maybe 10% of hati baik dia tu adalah kedengkian.. Tak selaser si B, tapi salu ber masalah.  Dalam membuat keputusan or apa2.  Imagine kalau pi shopping dgn dia pasti pitam dok meredah berbelas kedai, tapi satu hapah pun tak beli  boleh?..sbb dia sgt fussy dan cerewet..as i would say...org yg sgt sgt penuh dgn alasan.  Cerita masalah apa pun dgn kita kadang sampai berair mata, tapi bila kita suarakan idea atau tips..tak pernah nak amik port. Dalam kehidupan sehari2..dalam pekerjaan hatta dalam umah tangga..gitulah.  Baru ni si B adalah menelefon dan bercerita kat aku. Yg boss dia beritau dia pnya gred dah touch siling. Means kalau dia nak naek lagi, dia kena belajar or amik course so that setimpal dgn apa yg akan ditawarkan.  For me, its a good peluang sgt. Sbb company akan biaya perbelanjaan sambung belajar part time tu. Bukan susah sgt pun. Kelas weeknd jer. If kita rasa nak buat mesti bole..tapi like i said Si B penuh dgn alasan. Mcm2 alasan dia beri kat boss dia. Bahawasanya, dia tak mau further studies dgn segala2 alasan dia tu lah..so in that case bos dia kata....nothing much dia bole buat.  Kerana...like he said..its touch the siling sudah......

Jadi bila Si A beritau aku  berita gembira dia...aku pun tumpang gembira juga lah.  Mana tau si B telefon aku cuba korek rashia whats happening bila melihat satu hari si A datang ke department dia berbincang dgn GM dia...harus dia nak korek dari aku paa halnya kan?.  Since aku dah berjanji dgn A untuk tidak berbincang , berckp or bercerita pasal ni dgn A..until it confirmed..aku decided to keep my self silently.  Menghormati permintaan si A, sbb katanya 1 July baru official.

Tak berjaya la si B korek apa2 dari aku. Sbb aku sendiri dah pegang janji dgn A kan..tapi minggu lepas bila A telefon aku cerita satu benda yg buat aku ketawa sendirian..dunia oh dunia.  Kabarnya si B beritau somebody kat deparment dia..yg boss besar dia tawarkan jawatan /promotion tu kat dia....in this case the tittle is an assistant manager. Si B kata dia menolak sbb tak sanggup amik responsibility..tak sanggup tanggung tugasan berat as AM.  Jadik katanya dia menolak jawatan itu..???? walhal, cerita sebenarnya ialah...bos dia suruh sambung belajar (mgkin bos dia x beritau pun lagi nak offer jwatan AM tu mungkin??) tapi dia sendiri menolak dgn bulat2...Jadi bila si A dgr gosep2 murahan itu, dia kembali bercerita pada aku..bahawsanya org anggap dia sudah potong jalan si B...Aku yg tau hal sebenarnya bercerita kat si A...kerana si B sendiri mengaku dgn aku dia x mau sambung belajar.  Aku sendiri dgr terkejut. Kalau aku di tmpat B, aku terima dgn rela  hati. Maybe susah sekejap lah kan..tapi 12 bulan tak lama mana pun..if u determined nak buat, pasti bole.  Aku marah B, melepaskan peluang yg datang begitu. Sedangkan aku ni mengharap benda begini berlaku dalam company aku...but its not happening. For me B sgt beruntung...dapat peluang depan mata, tak yah kuar duit..suma company tanggung..tapi dia yg tak nak..with reason..FULL OF EXCUSE..anak lah, rumah lah..laki lah....haissh


Jadi dari cerita aku di atas, dapat tak korang simpulkan..yg peluang tu kadang2 datang sekali jer dalam hidup kita. Kalau kita lepaskan peluang yg ada, kita tatau bila pulak kita dpat lagi gitu?.  Peluang yg kita lepaskan diberi kat org lain. Justeru bila org lain dapat..kenapa perlu ada perasaan dengki dan irihati??.

Keduanya adalah kawan...kawan baik. Seorang yg menerima peluang yg diberi dgn penuh keazaman, iktikad dan kesungguhan...manakala yg seorang lagi menolak dgn 1001 alasan.....

Dalam hidup kita ni, mmg tak smua benda tu senang..tak suma benda pun susah jugak kan?.  Asalkan kita nak buat dan nekad mesti kita dapat lalui dgn tenang dan yakin.  Sbb semua tu beralaskan usaha gigih dan ikhtiar...kita cuma makan gaji kan?..

Renungkanlah..








No comments: