December 8, 2010

Berehat2 di Janda Baik....

Hari mggu lepas aku sefamily ke janda baik. Sajer jer jenjalan.  Takde pun pi kenduri ke hapa..Auta jer kat FB tu sbb malas org2 yg tak berkenaan ikut (sedara mare). Memandangkan kat fesbuk tu ramai sgt sedara mara so kena selalu cover line baaaaaaik pnye.  Bukan mcm org tu, dah ler menipu terang2..last2 post gambar kat fesbuk..pe kejadahnya. Lenkali kena belajar camne nak menipu ye hadek2 ...

Ok, hari sabtu yg renyai2 tuh aku bangun awal pagi dah. Masak apa yg patut.  Mmg plan nak tido semlam kat sana tapi since check in time tu lepas kul 3pm kena lah lepaks somewhere dulu kan.  And SP dah janji dgn officemate dia untuk lepak sambil BBQ kat tepi sungai Janda tu.  Dorang isi rumah pun bkan maen syiok layan tido lepas subuh.  Aku sorang2 kat dapur tu masak ala2 kadar jer. Malas aku nak beria2..lgpun ada benda2 yg mau dibakar kan.

So, aku masak nasik, ada nasik impit tu aku buatkan rendang daging korban kiriman MIL, buat kuah kacang sikit dan off course sambal kicap power.  Dalam kul 9 kot  baru gerak, singgah Batu Caves and jalan sama2 dgn offmate sp tu dan familynya.

Sampai kat sana, kami sewa satu gazebo dgn harga Rm15 dan start bbq. Mmg best lah sbb cuaca agak redup dan air sungai sgt sejuk oooo.  Sambil bermandi manda ada gak kami berbbq. Ada ikan,  udang, kerang dan ayam.. Kwn SP bawak ayam 2 ekor. Jenuh gak abiskan.

Lpas kul 3 masing2 pun dah penat so kami pun kemas2 nak checki in kat Seri Pengantin resort.  Resort ni mmg cantik, tapi aku rasa ratenya mahal dan tak berbaloi dgn servis nya.  Cuma yg best resort tu mengadap tasek. Kat balkoni pulak leh tgk ikan tilapia yg banyak dan besar2. Geram sungguh  bila ikan tu datang dgn byk sekali kalau kita lontarkan roti atau makanannya.

Kolam renang nye pun best jugak. Airnya yg agak suam mmg syiok.  Resort tu penuh dgn pokok2 menghijau. Aku wonder gak sure ular byk.isssh..sib baik tak terjumpa.  Yg kelakar lagi, ingt nak tambah pax for breakfast. Bila pagi pi cafe dia, kami diberitahu sarapan di antar ke bilik..Wah kelass!!.  Cumanya sarapan untuk pax 2 org jer lah kan. Ada 2 pinggan nasik lemak, Dua gelas teh tarik, 4 keping kek.  Mujur la ada baki nasik impit, kuah kacang dan BBQ ikan dan  udang yg bole tambah2. Kalau tak sure lapar weh. Dah la nak kuar jauh amats.

Yang pasti, oklah untuk merehat2 kan badan dan fikiran. Satu malam tido cukuplah. Resort tu pun x ramai org sgt so agak privacy kalau satu famili dok.  Ada pilihan gak samada nak mandi kolam or sungai sbb sungai dekat jer.  Sebelah pool jer. Pool dia pun guna natural water, air sungai. Tu yg best, tertelan tak terasa klorin nya.




Bdak2 seronok, kami pun seronok..aku teringin gak nak dok kat Saufiville or Cheringin Resort kat situ. Tpi rate nya mahal sgt2 (lebih kurang 450rm/nite. Lenla kalau hornymoon kan), tp tmpat tu mmg cantik dan kelasss....

So, lepas bf kami sambung mandi kolam lagi berendam sampai kul 10.30am. By 11am git off kami checkout dan meneruskan perjalanan balik ke rawang..percutian yg singkat yet merilekskan...Akibat terlupa nak mengcharge batteri kamera gunalah HP untk amik gambar setakat nan ado2 jer...

Next vacations will to Cameron Highlands (lagi??) on X mas..aku tak ler suka sgt pun since SP nak bawak mak dia pi nengok sana..layaaaaaaaan. Lgpun kami dpat apartment murah dari kwn SP..so why not??

No comments: