December 13, 2010

3 dalam 1

Hari sabtu lepas, kami sekuarga planned nak pi kenduri.  Mengikut kad jemputan yg SP bawak balik ada 2 tempat.  Dua2 di rumah officemate SP.  Satu di umah abang Mad dan satu di umah Nizam.  Kat Kepong dan Batu Caves.  Since SP kata dia nak pi sekali dgn si Ali offmate dia yg dok kat B.Caves tu, aku ikut jer.  Aku ni cadangkan pi kat umah abang mad kat Kepong dulu. Balik baru pi umah nizam. Abang mad majlis kawin anak kedua dia. Manakala kat umah nizam kenduri adik lelakinya.

Mana tau rupanya si Ali sekuarga nak tumpang pi  sekali. Tak kisah ler tu. Si Ali pulak bawak lagi satu kad jemputan umah offmate dorang jugak. Si Berahim.  Adik lelaki si Berahim yg kawin buat kat Dewan Kg Pandan.  Tak kisahlah tu, so kami pi Kg Pandan dulu.  Jalan MRR2 tu cam base ler jammed manjang. Walhal kami turun dari rawang 11.45am.  By time kami gerak dari Bcaves dah dkat 12 lebih.  Jammed pnye pasal 1.30pm  baru kami sampai kat majlis umah berahim.  Since ada 2 umah lagi aku makan sikit jer. Lauknya so so. Ada ayam masak merah, daging kicap, dalca dan acar rampai dan oren.  Air pulak sirap dan teh tarik.  Just nice masa dtg ngam2 pengantin pun bersanding.

Since dewan tu sebelahnya masjid, kami pun lari jap solat zuhur kat situ.  Lepas salam2 bagai, off ke Kepong pulak. Sib baik x jammed. dalam setengah jam dah sampai.  Sesungguhnya tak rugi aku makan sikit kat first house.  Abang mad buat kenduri kat dewan komuniti Bandar Seri Damansara.  Superb!!.  lauk2nya best2 sgt2.  Ayam masak merah, daging dengdeng, dalca sayur, ada papadom dan paling best yg aku suka ada acar buah. Mmg sedap2 lauknya ditambah pulak ada hiburan lifeband.  Desernya bubur kacang yg mmg just nice je dan air sirap.  Abg mad ni driver kepada CEO EON dan mmg baik sgt dgn SP.  Mana taknya abg mad dah keje hampir 25thun kat EON bank dan ramai org suka dgn dia. Ramai sungguh tetamu dia.  Tuan rumah berserba merah.  Lepas makan dgn kenyangnya..kami pun mintak diri beransur sbb nk pi umah nizam pulak.

Pukul 3.45pm kami tiba umah nizam. Majlis mmg dah nak abis. Sbb kat kad jemputan sampai kul 4 ptg.  Pengantin pun dah berlegar2 jer.  Kami disambut nizam. Wah, totally tak bole makan tapi setakat buat syarat org kata aku amik sikit nasikputih. Lauknya, hmm di ketiga2 rumah sumanya ayam masak merah..ada daging, ada sayur lemak nangka, kerabu dan ulam2.  Yg paling best kat umah nizam ialah kerepek pisang.  Sedap sungguh kerepek dia..nyam nyam kami kunyah.

By pukul 4 lebih kami beransur pulang. Antar si Ali dgn kuargannya balik umah dorang off kami ke Rawang..
smpai umah kul 5 ptg lepas solat asar aku terus bum sekejap..kerana malam tu aku malas nk masak kami kuar pi makan kat kedai mamak jer...yg pasti penat seharian pi kenduri..


Hari Ahad pulak kami cuma lepak2 kat umah. Kuar pagi sekejap pi pasar beli sarapan. Balik umah SP masih membeger2 dapur yg baru nak siap tu.  La ni suma dapur dan alat2 memasak aku dah transfer ke dapur baru dan memasak kat situ. Walaupun tak siap sepenuhnya lagi, terpksa berselipar bila nak masak sbb simen dan tiles belum dipasang lagi. Plannya SP nak siapkan ujung bulan ni sambil cuti anak2 naik sekolah.

Harap2 cepat siap supaya bole pecah jer dapur lama tu jadik lapang sikit dapur tu..dan kena lah aku stat buang apa2 yg x perlu disimpan................

Wkend yg agak memenatkan...tu sbb bila tiba hari Isnin, kemalasan bekerja pun mula terasa...

No comments: