February 21, 2012

Jadi Hebat di mata mereka

I believed leader ship by an example.  Kepimpinan melalui teladan org kata.  Tak kira kat mana pun kalau kita nak suruh org buat sesuatu, patuhi arahan ...kita kena patuh dulu.  Tak guna jadik ketam, mengajar anak berjalan betul tapi dia sendiri jalan sengat kan.  Being a mother, a wife bekerja pulak tu mmg kadang2 menuntut segala tenaga dan upaya nak selesaikan banyak perkara. Tak kira di rumah, di pejabat. Kerja harus diselesaikan. Kalau kat opis kita kuli kan, mesti setelkan suma keje. Kat umah benarnya kita bos.  Suka hati nak buat apa, nak kemas umah ke dak. Nak lipat kain ke dak. Nak masak ke dak. Tapi  bole ke kita buat begitu??..Jwapan nya tentulah TIDAK sama sekali.  Terutama kalau kita sendiri pnya kepantangan akan sesuatu perkara, hingga selagi tak selesai tak leh tido malam..gitu.

Aku ingat lagi masa mula2 bibik takder 4 tahun yg lalu. Masa tu bdak2 dua org tu kecik lagi. Baru masuk nurseri jer. Amal 4 tahun. Delin 5 tahun. Kakak masa tu pun dalam darjah 5 baru. Jadik bila suma keje2 umah mostly bibik buat. Aku goyang kaki?? no no, aku keje aku masak jer.  Sbb mmg aku x bagi bibik masak tuk kami makan. Tuk budak2 tak pe..tuk kami takut kene mandrem hekhekhek.

First 2-3 bulan tu, Ya Allah, aku rasa penat sgt. Mana terkejar nak masak. Nk siapkan anak2 ke umah pengasuh, kena nursery.  Mana nak uruskan baju keje , nak basuh gosok dan lipat  bagai.  Kakak masih terlalu kecil nak menumpang harap meringan beban.  SP dah cukup bnyk meringankan tugasan umah tangga.  Dia tolong basuh kain, sidai kain. Basuh pinggan. Sental bilik air. Kdg2 aku sebok masak dia uruskan anak2 mandi bagai kan.  I tell you, masa tu aku rasa penat sgt.  Bnyk kali gak aku sambil basuh pinggan kat dapur aku menangis. Sbb kepenatan!.  Tak terkejar aku nak buat suma perkara.  Hari keje toksah ckp la, umah kami mcm tongkang pecah, mcm umah kongsi indon yg dibina kat tepi sungai.  Bersepah giler. Ada masa aku kemas ari minggu jer. Tapi dgn dua org yg tengah membesar masa tu, umah bersepah dgn sampah memacam.  Kat sofa tu sampai memacam terselit u olls kat celah2 dia.  Pendek kata, silap hb anak sawa bertelur, anak dinasor pun keluar gak.

2-3 bulan pertama nak membiasakan sungguh seksa.  Kerap gak malam aku sedih sgt sbb aku x leh nak buat suma benda. Sbb aku betul2 exhausted.  Mmg ada fikir nak amik bibik lagi, tapi ntah nape somehow tak jadi pulak.  Ada jugak nak panggil org datang kemas dan basuh umah, tapi tak jadi.  SP tak berapa setuju.  Sejak bibik takde mmg hidup kami sgt privacy sgt.  Suka hati nak seksi ke seksa ke kat umah. Nak bergelimpangan kat hall pun takpe. Dulu kalau ada bibik sgt terbatas perlakuan, bila dia takde bebass2 sgt.  After some time, entah camne aku rasa buat mana yg aku rasa bole buat. Yg tak bole tu aku biarkan. Lantak la situ. Menimbun2 kain x berlipat aku tahankan mata tengoknya sbb aku betul2 tak larat.

Masa tu aku mintak pendapat kawan2 yg takde maid camne dorang managed.  Dari situ aku dapat idea sikit2. Berbincang dgn SP dgn kakak yg masa tu  baru jah 5 tu untk overcome. Sampai aku comeout with time table tau tugasan memasing. 

After 6 month, everything run smoothly.  Aku dah tau camne nak kontrol keje2 suma.  Terpaksa menggosok baju untuk suma org once a week. Supaya aku tak terkocoh2. Masa tu bdak2 dah sekolah . Ada sekolah tadika jugak so kena siapkan baju tuala dorang sekali.

Believed me, practise made perfect.  Sumanya berjalan lancar. Dan aku semakin cekap mana nak cilok2 buat keje umah smbil masak. Sambil sental bilik air di hari sabtu pun sempat basuh kain. Sempat sapu sampah.  Masa tu SP hari sabtu keje, jadik tinggallah aku dgn 3 org anak yg masih kecik2 nak managed suma.  Sambil tu nak pastikan masak for lunch sbb kul 2 SP balik.

Adakala, lepas makan ari sabtu tu aku keletihan sgt dan tido pengsan. Terutama kalau SP balik petang tu. Kadang2 dia yg kejut aku bila dia sampai umah. Sampai gitu sekali.

Now, aku bole menarik nafas lega dah. Sbb selepas bibik takde masing2 dah ada tugas dan tanggung jwb yg memasing kena buat dan amik peranan.  Bdak2 yg kecik tu aku biasakan dorang utk masukkan baju kotor dalam laundry basket. Pinggan lepas makan tu kalau x leh basuh, buang sampahnya. Pinggan letak je kat sinki.  Bilik air, lepas guna mesti nak flush.  Sampah yg bersepah, sapa buat dia kena kutip dan buang dalam tong, kasut sekolah, memasing punya tugas nak basuh setiap kali hari sabtu.

Dan paling aku syukur, kakak bole sgt diharap dah. Kemas umah, kemas dapur. Sometimes memasak utk adik2nya. Bahkan cekap dah dia buat spagheti.  Pandai dah buat sambal tumis ikan bilis biarpun belum sampai tahap piawaian ataupun nak melawan sambal tumis mama kan.

Baju2 sekolah, sometimes baju2 keje dia tolong gosokkan.  Sidai kain dan lipat kain juga.  Kdang2 kemaskan pinggan mangkuk kat dpur untuk diletak kat tempatnya. Buat air.  Dan macam2 lagi.  Sekurangnya ringan beban aku sikit.  SP tetap mcm dulu. Tolong sidai kain, basuh pinggan kuali dan periuk belanga. Paling penting sental  bilik air sampai putih bersinar2.

Kepantangan aku ialah bilik air kotor, melendir2 dan melekit dgn kotoran. Selalunya seminggu sekali sental tapi ada masa tak tahan sgt. Maklumlah bdak2 yg mengguna kan. Sambil mandi aku sental kiri kanan tepi belakang bilik air tu sampai bersih.

Mujo gaklah seisi umah tak cerewet. Sapa2 yg ada hati nak komplen pasal makan ke...pasal lauk pauk ke pasal masakan ker...siap la kena dgr ceramah aku kans. Abess lah citer sahara, citer afrika aku kuarkan..Tu belum lagi Bersamamu yg makan nasik dgn kicap jer kan.  Pendek kata, hari keje dorang makan jer apa yg aku masak. Apa yg aku beli or apa yg aku bawak balik. Jgn byk kondem.

Ada masa mood baik, aku bangun pepagi masak, pastu masak nasik lebih sikit. Maklum kakak tu kuat makan la ni, so balance nasik tu balik keje aku gorengkan jer.  Nasik goreng aku belasah jer apa yg ada.  Kalau ada ikan ka, ayam ka..haa kau sumbat jer sekali .  Kadang sayur apa yg ada pun aku campak sekali. Mcm smlm tu aku goreng nasik, aku tumbuk ikan koreng balance smlm tu, ayam goreng balance pagi. Tumbuk sama bawang merah bawang putih boh cili sikit.  Pastu potong sikit sayuran yg ada ..lebur je dalam nasik goreng tu. Ala, kalau kita buat dgn penuh ikhlas dan kasih sayang, percayalah sumanya akn jadi sedap jer. Buktinya, nasik goreng semalam sebesen abess teros. Sebutir pun x tinggal tau. Walhal takat makan nasik goreng sama kicap dan sambal ikan bilis balance pagi jer tu.  Ada masa pulak aku buat jer nasik paprik.  Masal nasik then wat jer papdrik.  Lambat ler segala ayam, daging, udang ka sotong ka apa yg ada lah dalam peti tu. Boh sayur sikit, masak...siap padprik. Lengkap suma ada. Masak satu kali jer kan senang.

Kadang malas sgt pun or bdak2 kata dah kenyang, aku buat kan jer magie goreng ker. Lau tak tapau burger jer sorang sebijik sudah.  Lau tgh2 loaded tu makan lah kat luar kan. Klau tengah2 bulan gerhana, haa makan la apa yg ada jer dalam umah tu.

Sebagai ibu dan isteri aku bersyukur sgt sbb mereka kat umah tu tak cerewet.  Jenis men boh jer la apa yg ada. Bkan cam kawan2 aku. Anak dorang tu tak makan ni tak makan. Laki pulak kalau takde rendang ayam bagai tak makan..hissh. Mengada taw

Paling senang la aku nak handle dorang kat umah.  Kadang dinner buat sup ayam jer, buat smbal kicap dan celur mee or meehun. Siap.  Pendek kata, aku buat mana dan mana ada mood jer. Klau aku malas tu mmg takde apa la. Mamak ler jwpnya.

Yg penting baik anak2 maupun laki jenis tak kecah sgt. Jenis tak cerewet pun.  Mengambil pendekatan kena sentiasa bersyukur wlaupun dgn apa yg ada atas meja, kalau nak makan..sila. Kalau taknak, jgn bising2 ..diam jer. tak payah makan. Senang.

My BFF ketawa dan hairan tgk camne aku bole jadikan kakak pandai masak buat keje umah segala. Anaknya sebaya kakak, goreng telur pun menangis mcm mati laki kekdahnya kata dia.  Maklum dia tu tak kje jadik bila disuruh anak dara tulung buat keje umah pantas je dia jwp..Ibu tu bukan  buat apa pun kat umah...hakikatnya u olls dok umah sepenuh masa lagi seksa u...tak sanggup i..Tu la dia mintak tip camne aku bole buat kakak sebgitu rupa. Well, aku salu buat cerita2 sedih dgn kakak.  Cerita betapa penatnya keje, balik umah nak buat segala. So suma org kena paham dan tolong mama.  Karang tak memasal mama collapse sensorang.  Mula2 tu susah gak uools.  Bebel jer mulut ni. Tapi lelama tu Alhamdulillah. Kdg tak payah cakap pun pandai jer dia buat.  Tapi of kos aku ada bagi upah sikit kan.

Kalau cuti sekolah tu, adik2nya suma x mau pi baby sitter jadi aku bayar portion duit tu kat dia. Tu yang dia happy tu buat keje tak yah disuruh maklum ada gaji.

Sbb tu kita as a mother kena salu tunjuk kat anak2 kita hebat. Kalau nak suruh dorang jaga kebersihan umah, kita sendiri jgn tunjuk buang sampah merata2. Letak cawan merata2.  Kalau kita buat tu Insya Allah, kalau kita tegur mereka, mereka akn cepat jer buat.

Sapa  buat salah, buat smpah di rumah mereka tu kena bersihkan. Kena kutip, kena sapu hatta kena lap or mop kalau kotorkan lantai. Baru betul.  Kalau tiga2 tuduh menuduh..tiga2 sekali kena buat suma. Kalau bergaduh or salah sorang buat hal mmg tu yg kena.

Pendek kata, aku syukur sgt2 now. Dari pengalaman pahit, maung ada bibik takde bibik now kami bole managed dah. Infact kalau nak balik lambat dari keje ada hal or urusan, kakak ada jer bole bantu uruskan adik2nya. pastikan mereka mandi, makan, kunci rumah dah sebagainya.

Tapi bukan senang nak sampai ke tahap ini . Sbb tu aku kata, kita kena sentiasa merasa hebat untk nampak hebat dan jadi hebat, terutama di mata anak2 kan..

Kalau hari minggu or cuti tu kan, aku masak la yg best2..kadang 5-6 lauk sekali.  Salah satu langkah balas dendam at the same time penuhi apa2 permintaan dan selera anak2. Maklumlah 3 org citarasa campur mak bapak dah 5 citrasa tu yg ada 5-6 jenis lauk tu just tu memenuhi tekak memasing.

Gitulah adanya..hidup camne2 susah pun nak managed kalau kita berusaha dan tawakal pasti bole. Kalau saya bole, org lain pun boleh. Anda tentu bole jugak kan..yeeh, malaysia boleh..

4 comments:

CikPuanHaLia said...

kagum saya kak.
Semoga anak2 sy nanti ringan tulang tolong mak diorang. Syukur jugak dikurniakan suami yg ringan tulang & tak cerewet, makan jer apa yg bini masak :)
Dulu sblm ada bib ik memang merasa gak..tido kul 1, 5.30 dh kena bangun..drive jauh dari shah alam ke KL ngan bby sekali...kalau nk ingat2 semula rasa cam nak nangis jer...

Btw kak..bloglist sy kt sidebar akak tu tk update..url sy dah tukar..hehe *gedik tak*

Irfa said...

sama la..aku pun takde maid.anak 3 semua buat sendiri.tak larat buat sikit.larat buat banyak..anak2 pun tahu tanggungjawab masing.hero darjah 1 pun tahu sental kasut sendiri.nak putih berus lebih sikit :)

bab makan pun bersyukur semua tak memilih..makan je apa yg aku masak

Anna said...

Cik HaLia...i salu fikir gini..kita jgn cerewet sgt dalam hidup ni, supaya kita dapat imbal balik..what comes around goes around ..maybe sbb tu lah kota dapat pasangan pun tak cerewet..TAPI anak jantan yg laki sowang tu sgt cerewet...bkan pada makanan tapi pada bnda2 lain..kadang2 ase nak ieeeei....

Haa mmg la blog list tu dah lama sgt tak berupdate...lupa jer ..kemalasan pun ya...dont worry..i nak kena buat renovation belog i ni gamaknya..haha

Anna said...

Irfa, gitulah adanya kan. Sebenarnya kalau kita set minda nk buat..mmg bole nak buat. Sbb tu kan aku x leh terima pi umah org yg tak kje bininya..umah lagi 10x teruk dari umah kami ni ha...padahal byk masa tu. Aku gaknya kalau dok umah abess kilau2 aku kerjakkan..Semak lah fikiran. Mujur anak2 pun bole diharap..aku believed tiap rumah kena set rules and regulation..apa bole apa tak bole. Dari kecik kita disiplin depa Insya Allah sampai ke tua sok....hidup berperaturan, hidup dalam umah yg kemas bersih dan selesa walaupun umah buruk..pentingnya KEMAS dan BERSIH...