November 10, 2011

Akhirnya.

Masa zaman bujang, muda belia trang tang tang aku dok kat umah sewa kat Gombak.  Sewa reramai gitu. Maklum gaji pun masa tu ciput. Sewa umah RM300 sebulan 20 years ago consider mahal taw. Nak nak lagi gaji non ado jer.  So dalam rumah tu ada beberapa housemate lagi. Sumanya kengkwn2 masa belajar kat AIM tu lah.  Sumanya one-two years older dari aku.  Semua pun pangkat akak2 jer aku panggil.  Antara ramai2 tu ada sorang ni nama Kak Ja, yg tak kekawin lagi sampai la ni. Imajin, kami suma dah beranak pinak yg ado dah anak 5 u olls dia blum sampai2 lagi jodoh. Yg ada housmate dah kwin lagi buat kali kedua pun, dia masih tak kekawin lagi.

Byk dah org tulung match making. Aku pun tak terkecuali. Ada gak terai2 kenen tapi ntah mana silapnya tak menjadi. Puaslah kak Ja ni mandi bunga, buang saka, jmpa mcm2 org pandai mengobat dgn harapan jodoh sampai. Pendek kata segalamala air dah mandi. Air longkang je takde..Issh, takkan nak mandi air kotor tu kans.

Adik beradik kak Ja pun suma dah kawin ada anak2 pun. Dia je lom. Masa aku sekuarga pi beraya kat umah dia kat Segamat taun lepas mak ayah dia pun siap kata kat SP carik2 kan la kalau ada calon yg sesuai gitu. Sampai gitu sekali. Ye la umor kak Ja dah 40 kans.

Dah banyk kali kak Ja tu kena tipu taw. Dek laki org, dek jantan kabareats penipu tak guna dan memacam lagi.  Being good friend yg digelar Mc Gyver dek kengkwn kepada aku, Kak Ja salu je mintak aku jadik penyiasat ala2 Jamesbond Sepai Leman nak menyiasat lelaki2 yg dia kenal.

Byk kali u olls, suma lelaki yg aku tolong siasat tu kantoi hampeeh. Yg ada penipu kata pegawai bank, padehal despatch jer uolls.  Jgn tanya mana aku menyepai kan. Kena la guna kabel yg ada. Polis, bomba, JPJ hatta apa je kwn2 yg bole tolong siasat aku akan kerah untuk bantuan.

The worst was last few years bila dia mintak tolong aku check satu mamat yg mmg dia dah tangkap cinta abess. Which end up aku melakukan segala penyamaran.  Sampai aku dapat bercakap sendri dgn bini mamat tu yg keje kat celcom JB.  Sampai aku dapat korek citer yg mamat ni benarnya ada 2 bini lain kat KL dan kak Ja bakal mendapat no 4 gitu.  Bini pun dgn sedih citer mamat tak guna tu langsung tak  beri nafkah pada 4 anak kat JB tu.  Mcm2 lagi yg bini mamat tu citer.  Sedih giler kak Ja masa tu. Ye lah dia dah rasa ia2 sgt menjadi. Dah siap tmpat baju melayu tuk mamat tu bagai. Tapi tiap kali suh datang umah je jmpe mak bapak kak Ja memacam excuse. Tu pasal kak Ja cuak dan suruh aku siasat. Rupanya...

Mamat kedua pulak lagi best. Mmg lah umur 40an. Sorang lecturer. Rupa bole tahan hensem, tapi kak Ja mmg rasa tak sedap hati sgt dgn mamat ni. Mmg la dia baik kan. Tpi tiap kali jmpe mamat tu mesti nak park keta somewhere dan sanggup naek keta kancil kak Ja je.  Bila dating je manjang HP off.  Rupanya laki org u olss. Ada anak sorang katanya. Kunu

Tu belum amik kira kes mamat sekampung dia yg keje posmen tu. Mmg dah setuju dah nak bertunang. Kira family arrange lah kan.  Mamat tu pulak ditinggalkan tunangnya.  Mmg dah nak on dah..dah nak jadi dah..ntah lagi beberapa hari nak langsung tunang, mamat tu kata tak jadi.  Sbb apa?? sbb tunang dia yg putuskan tu datang balik merayu nak sambung balik.  Adusss..aku dgr pun sedih, apatah lagi kak Ja kan. Ye menanggung malu yg amat sangat taw.


Dan ada lagi beberapa lelaki lain tu. Jadik kak Ja mcm serik. Kesian aku dgn dia. Tiap kali raya datang umah aku mesti dia ase jauh diri sbb suma dah kwin, ada suami dan anak2 tapi dia masih single mingle gitu.  Lama senyaap..tup tup baru ni kak Ja kol aku jmpt aku ke majlis tunang dia kat segamat sabtu ni.

Ya Allah, aku dgr rasa gembira sgt. Rasa nak menitik airmata, betapa lamanya dah  menanti saat cam ni.  Rupanya calonnya ialah sorang duda anak tiga. Kematian isteri katanya.  Kawan2 kenen2 kan. First jumpa pun bila org tu datang beraya ke segamat masa aidilfitri lalu.  Org tu bawak 3 org anak2 dia.  Anak dia umur between 20-9 thn. Tapi aku tak pasti lelaki ke perempuan. Yg pasti mereka pun menerima kak Ja seadanya.  Kak Ja kata family dia pun dah pi Melaka berkenalan dgn family belah lelaki tu.

Alhamdulillah, mcm aku kata kat Kak Ja. Jodohnya belum sampai dah jodoh sampai kejap jer kan. Mula2 kak Ja takmo bising2 takut tak jadik katanya. Ye lah aku paham. Dia serik pisang berbuah dua kali. Tapi kali ini Insya Allah jadi.  Majlis bertunang akan diadakan sabtu ni. Malangnya aku tak dapat nak hadir.  Majlis kenduri langsung dijangka pada cuti raya cina Januari nanti.  Insya Allah, aku akan booked siap2 tarikh tu nanti. Kami mesti pegi.

Untuk kak Ja, aku sentiasa doakan semoga semuanya berjalan lancar dan terus lansung sampai hari bahagia di satukan nanti. Lpas ni takde le alasan malu nak join reunion sbb single kan.  Hikmah lambat tu benarnya Allah nak beri yg terbaik. Siap dapat terus 3 org anak express sekali tu.  Aku tau Kak Ja nak sgt kawin cepat sbb nak anak2. Maklum lah dia pun bkan muda lagi. Asyik layan anak2 buah je kan, teringin layan anak sendiri pulak.

Aku doakan semoga sumanya baik2 belaka. Dan lepas kawin sok cepat2 dapat anak ye kak Ja. Dapat sorang pun cukuplah. Afterall kak Ja dah ada 3 besar2 plak tu. Yg sulong kat Uni lagi.  Buat bakal suami kak Ja, harap jaga kak Ja bebaik ye. Kak Ja orgnya hati baik, lemah lembut dan sangat hormat kat org. Semoga dia bahagia bila dah berumah tangga nanti Insya Allah....itu lah doa kami..

5 comments:

HappyIrfa said...

YaAllah..sedihnya aku baca.jahat sungguh lelaki yg kenakan kak Ja tu.
aku tolong doakan suami kak Ja nanti akan terima dia seadanya dan Kak Ja juga terima anaknya barunya dengan relahati..amin.moga bahagia milik kak Ja

Anna said...

Irfa, masa dia kol nak jmput majlis tunang dia sabtu ni i sgt teruja, gembira dan hampir menitis air mata sbb gembira. Sorang lagi housemate betul2 nangis sbb gembira sgt..cukup dah dugaan for her..Kami mmg doakan moga dia bahagia dan sejahtera nanti dgn kehidupan baru sebagai isteri dan ibu segera..she's baik hati, sabar dan sopan santun..i m sure all anak2 tiri akan cepat sayang kat dia..just like all my kids yg sgt cepat mesra dgn dia... :)

Afrida Shobri said...

salam...
alhamdulillah.syukur untuk kawan akak tu.biar lambat asal selamat.bukan apa,dah jadi dalam famili saya n suami.sebab taknak anak dara tu jd andartu,kasi je kawin ngan orng yg datang minang.lepas tu mula la menyesal..dapat laki tak guna.elok2 hidup bujang dah kena tanggung laki yg macam biawak hidup.semua bini yg urus dan tanggung.nak bercerai dah ada anak.menyesal tak sudah....

Anna said...

Betul tu Afrida, saya doakan moga selamat ke jenjang pelamin..katanya raya cina nanti..harusss ke segamat lah jwpnya kami coti raya cina ...

Anna said...

Betul tu Afrida, saya doakan moga selamat ke jenjang pelamin..katanya raya cina nanti..harusss ke segamat lah jwpnya kami coti raya cina ...