November 21, 2011

Cuti Sekolah dah tiba

Malas terlampau nak menaip lately ni. Keje idakle bnyak mana pun. Idea ada lah gak sket2, tapi dasar kemalasan terlampau.  Taip2 tak jadi..taip2 tak jadi.  Haru.

Yes, minggu ni dgn rasminya bermula sudah cuti sekolah penggal terakhir untuk tahun ini.  Petanda gembira gak tuk mak2 yg bekerja cam aku ni. Ye lah, pepagi tak perlu rushing2. Tak yah nak packing barang2, bag2 dan memacam lagi. Paling penting, tak yah menyental baju sekolah kotor tahap gaban tu.  Smlm gak operasi membuang kasut2 sekolah bdak2 ni.  Dah teruk benar rupa kasut tu. Koyak rabak.  Menyakitkan mata jer.  So aku soh kakak bungkus2 cmpak je kat tong sampah besar dpan umah.  Kalau masih elok bole je simpan or sedekah kat org ni tak, nangis tgk kasut sekolah delin dgn amal.

Minggu ni gak sepanjang minggu bos takdek. Dia bercuti2 ke Thailand. Tak paham aku nape suka sgt pi sana. Walhal banjir kan. Biar la dia, janji dia bahagia.  Aku pun lagi suka maklum leh keje dengan tenang. Hagak2 malas jer MC jer.

Biasalah, taim coti2 sekolah ni mula ler bebudak merangka2 mana nak pi, mana nak jalan. Kalau Amal mmg la asik ngajak ke hotel bercoti. Yg ada kolam, yg bilik besar bl bla bla. Dia ingat mak bapak dia ni cap duit ke hape? sedap jer.  Tak sabar gak ajak balik kampung. Kejap ajak balik kg aku. Kejap ajak balik kg SP. Kejap ajak pi sana kejap pi sini. Tapi jenuh giler aku memujuk soh dia bersunat coti sekolah ni. Dia tak nak pulak. Hissh bdak ni. Payah

Time cuti gak, aku kena stock up makanan kat umah. Ye lah, dok umah pe la keje dorang. Tgk tv pas tu lapar. So harus pepagi aku masak le apa2 tuk dorang. Jumaat lepas tu aku malas nak masak.  Mana tau Amal telefon aku nenangis kata kelaparan. Padahal kakak ada je masak nasik. Goreng kan telur.  Tapi sedih ktanya sbb mama tak masak apa2 pun. Bertuah pnye bdak.

Sudahnya lepas balik keje jumaat tu menagih ajak ke Mc D bagai.  Malas aku nak pi fastfood kami pi makan kat Restoran Azura je. Puas hati. Kenyang dgn nasik ikan tiga rasa dan memacam. 

Minggu ni gak stat dah jemputan ke kenduri kawin bgai. Sampai bulan Dec nanti banyak sungguh jemputan yg nak kena attend.  Tk tau lagi la dapat pi semua ke tak.  Tgk la cam ne nanti.

Cuti sek kali ni pun malas nk pi jenjalan jejauh and stay kat hotel bagai.  Salunya stay kat hotel pun paling busuk Rm200 dah tentu.  Mcm tawun lepas pi cameron tu, hotels jer 350rm for 2 nites. Mahal.  Skg ni buat startegi baru pi balik ari je.

Tak pun tunggu SP dapat bank nye condo apartment kat PD tu. Bayar semalam 20 hengget..hak tu ok la. Pastu leh masak kat situ. Jimat sket. Bley mandi laut ..bley mandi kolam sampai lebam gak.  Mmg aku bosan dah nak pi PD je manjang, tapi lau murah why not ye dak.

Selamat bercuti sekolah..selamat bersantai



1 comment:

HappyIrfa said...

mmg la..kan best kalau time skolah mak bapaknya pun dapat cuti sama.
hehe