February 14, 2011

Rencam...

Banyak..banyak sgt sebenarnya benda aku nak tulis kat blog.  Macam2. Dalam kepala ni.  Tpi bila jari2 aku kat keyboard nih..tulis separuh jalan ttba mood aku ke laut.  Dah bberapa kali ari ni, aku tulis...hampir 3-4 rangkap ttba mood hilang..langsung aku jadik malas.

Macam2 dah berlaku dari minggu lepas sampai weekend sampai ari ni, tapi aku tak leh nak visualize kan. Tak bole nak segragate mana satu aku nak citer dulu.  Jadik disebabkan ketensionan aku dgn keje ari ni, aku kena juga luahkan kat tempat yg bole mengurangkan stressed.  Tak elok stressed selalu..aku tau..tapi nak wat cam ne kan.

Dari minggu lepas, aku mmg tak berapa sihat. Badan rasa sakit2. Mcm nak deman. Tekak rasa perit.  Kadang2 aku pikir, aku dah stop minum ais pun tak menjanjikan kesihatan tu yang aku bedal jer.  Yg pasti sebelum sakit tekak mnggu lepas mmg aku rasa haus sentiasa.  Tak pernah pagi2 buta breakfast aku order teh ais. Tapi mggu lepas ada beberapa kali aku minum tuh..Natijahnya aku rasa ni lah..Sakit tekak tahap giler. Dengan batuk dan phelgm yg bertengkek kat tekak buat gatal semacam jer.

Hari Khamis lepas, aku dah dapat email yg aku nanti2 kan. Email pasal B tu lah kan.  Dah bertahun tau aku tak dapat . Last aku dapat masa awal 2009. Tu pun sebulan sebb simpati kot.  Aku terima seadanya.  Yg aku ingat aku beli mesin basuh baru dgn duit tu..sbb kebetulan mesin basuh rosak on the particular time tuh...baser jer kan.  Lepas tu takde.  Aku ni bkan dlam katergori yg layak dapat insentif bonus mcm bdak2 sales yg lain walau pada hakikatnya buat keje support sales macam gila khinzir.  Ye lah, nak pastikan barang2 yg customer nak kuar on time. Nak pastikan segala mala kena invoice on time. Kena bayar on time. Bos bukan tau apa. Lambat payment menyalak n kecoh2 kat aku. Barang takde suruh aku carik kat mana2 kat dunia ni. Keje time ujung minggu toksah nak ckap lah kan.  HP aku tu mmg sentiasa ada jer panggilan nak load out barang time2 hari minggu.  Guess who lah yg uruskan kalau tak aku ni ha.  Ada sekali aku sampai nak gaduh laki bini pasal keje ni tau.  Masa tu cuti hari raya..masa pi beraya umah sedara mara, hp aku asyik berdering ...tak henti. Suma pasal keje. Mmg dasar kan. Mana taknya mamat2 vietnam mana paham bahasa org cuti raya ke tak. SP aku bengang sgt..marah pun ya jgak. Mana tak pi beraya umah org nak citer pasal keje bla bla bla. Berat mata mandang, berat lagi bahu aku mikul kan.  HP tu billnya kompeni bayar, jadik aku rasa x leh nak wat apa.

Tu belum kira time ari minggu. Time nak beronggeng dgn anak2. Time tgk wayang.. tu suma tak terkata. Tapi dek kerana semangat dan komited aku kat keje aku gagahkan jugak.  Cuma aku sgt2 berharap atas segala usaha keras aku berkerja dan mensetelkan segala2 tu dapat balasan setimpal sekurang2nya mengobat hati yg lara kan.  Kenaikan gaji pun sama gak.  Yg aku marah tu, kalau tak de toksah lah cakap2. Buat aku mengharap dan menanti pada yg belum pasti.  Lebih baik x yah cakap aku pun x sakit ati kan. Ni tak. Belum apa2 si Jenab dah sbok ckp kat aku macam2..Sudahnya dekat 8 bulan..NOTHING.  Tu sbb buat aku tambah sakit hati pada mereka2 yg murah air liur nak cakap tapi kosong.  Cakap x serupa bikin pun.

Bos pun sama..ya..mmg aku kata bos aku baek. Tapi tu tak cukup aku rasa nak sokong akan segala keja keras aku jadik org kanan dia.  Bayangkan report yg sepatut dia buat..sbb dia Country manager kan! aku yg galas beban.  Semua aku settlekan pastikan suma report tu di antar. Dia cuma tau bagi arahan selebihnya aku sendiri pandai2 ok.  Bayangkan serata lokasi kat dunia ni, cuma AKU sorang jer KULI BATAK yg submit segalamala revenue report. Yg lain tu suma pangkat country manager belaka.  Bila aku tgk listing email notification yg dorang antar...alahai kerdilnya aku rasa sbb aku sorang jer korang..ASST cabuk.  yg lain tu suma berjawatan besar belaka dan harus di ingat..ORG PUTIH belaka. Ya aku tau, aku patut bangga sbb aku bole buat suma keje2 level dorang tapi bukan ke aku patut di beri ganjaran setara jugak?.  Itu belum lagi amik kira customer bos yg aku kena tolong jaga. Pastikan drilling report dapat. Pastikan suma yg diguna kena invoice dan dibayar.  Belum lagi hassle aku nak layan org putih tahap dewa (customer lah) yg berlagak nak mampus.  Kalau aku yg antar email haram nak jawap. Kalau jawap pun tahap belagak..takde ler nak kata Hi ke, Dear ke..terus jer ke point.  Tak ke double standard tuh?

Kalau antar email kat bos aku hamboi bukan maen. Klau aku antar..mintak antar balik barang..mcm siyal jer dorang jawap. Padahal selalu bos yg suruh aku antar tau.  Suwei ke tak tuh..

Jadik email yg aku dapat menyatakan aku dapat bonus sekian2 tu sgt merobek hati aku.  Mana taknya, geng2 lain pun tak puas hati..kerana ada ORANG yg dapat bonus 6 bulan ko. Sakit ati ke tak.  Kita pnye 2 bulan pun tak sampai..dia dapat byk tuh. Keje wise aku rasa teamwork sama la kan infact aku dgn dept aku lagi byk keje buat oo.  Ya aku tau..korang kata tak bersyukur ke..tak..Aku bersyukur sgt2. Bak kata kawan aku si Zas, alah gaji ko kat sini byk..bonus byk tu pun sama macam 4-5 bulan kat company D tuh...ya aku setuju, tapi hati menjadik sakit tau. Bila ttba org laen yg tak buat apa2 pun dapat gak..mana ler aku nak simpan bengkak dalam hati aku ni.

Closed story pasal tu..jadik masa ari jumaat tu pulak officially dapat ler surat pasal bonus tu.  Yg aku terkejut pulak apasal penandatangan nye bukan org biasa.  Ala si jongang kat company D tuh?..serius aku terkejut gak..Korek pnye korek..La..rasa nak melompat aku n buat tarian ala2 garfields tu sbb apa? si Jongang tu dah berambus..aka..dah BLAH dari company D tu..walaawei.....

Meh aku story pasal si Jongang and company D tu pulak sebagai rentetan citer di atas tuh.  Masa tahun 2000-2005 aku keje kat company D tu. Yg mana Si J tu jadik bos besar kat sana.  Mmg dia tu terknal diktator tahap gaban sbb hatinya yg dengki dan busuk tu.  So org2 selalu jadik mangsa termasuk ler aku ok..Masa time2 increment tu selalu jer x boss aku RP akan kata Si J dah slash amount yg dia proposed tu. Pendek kata kalau RP letak 300rm sampai kat J jadikla dalam 100rm or paling tinggi pun 120rm.. bab promotion apatah lagi. 2x RP proposed aku di promote tapi si J tolak mentah2..dgn macam2 alasan.  Tapi aku x kesah pung.  Aku keje jugak kat sana sampailah terjadi satu peristiwa yg buat aku berenti gak. Seblum aku berenti, x supervisor aku Pak R pun kena sacked gak.  Tang tu lagi sedih.  Terpinga2 org tu time satu hari datang keje ttba dihalang masuk off (pak cik tu x army, datang off maha awal ok!)  last2 kena suh blah tanpa ada soal bicara ke hapa.  Padahal tak sampai seblan seblum tu pak cik tu baru jer dapat 4 bulan bonus ko.  Itu suma kje si J lah sapa lagi.

Tu belum kes aniaya sesama level lagi.  Pendek kata, dgr nama dia jer suma org akan beri one kind of look.  Nak nak lagi perangai dia yg kalau ada annual dinner manjang jer lupa diri. Mabuk2 x hengat pastu pi dari meja ke meja merapu..ish. Mmg buruk tau perangai.  Si J ni bini dia org besar kat one of the big bank kat Msia ni. Pendek kata mmg famous, byk duit..walaupun ada sekali tu aku tgk bini dia macam perempuan tak betul jer.  Betul!. Masa tu ada family day kat pulau pangkor kalau tak silap aku. Bini dia dgn rambut serabai pakai baju merah letak bunga kat kepala..betul2 mcm minah senget..hahaha.  Dan satu lagi yg aku tak leh lupa sampai hari ni ialah, masa aku apply keje kat company skg ni.  Aku dulu apply melalui kwn aku. Tapi masa tu aku serius tak tau yg company D ada agen rasmi.  Masa aku g intervw pun dorang tak ckp so aku tatau.  Rupanya, company aku keje ni kena melalui company D utk segala mala urusan sbb company kami ni International Co yg x bole berurusan untk sesetangah perkara melibat kontrak dgn syarikat2 gergasi kat Msia ni.  Jadik masa seblum company ni panggil aku keje, dorang kol ler dulu reference2 yg aku letak kat resume tu.  Ref pertama ialah Pak Cik R x boss aku yg army tu.  ReF kedua aku pulak si Zas...masa tu Zas masih lagi kat Company D.  Masa dorang dok rujuk sana sini tu, si J sudah dapat tau.  Dek kerana dia menci dgn aku kan, dia influence bos lama aku si Umar supaya jgn amik aku kje..tengok busuk betul hati dia kan?? walhal bukan company dia nak bayar gaji aku. Cuma company aku terpaksa go thru ke company dia on paperwork jer for formality.  Sbb tu lah dia xmo sain offer letter aku.  Jenab sendiri yg bagitau aku.  Sebulan aku tunggu surat tu keluar.  Sampai aku fed up, aku kol jenab berterusterang dgn dia. Klau korang tak nak amik aku keje aku paham. Aku tak kesah. So lebih baik aku tarik diri jer and terima offer dari company lagi satu tu. Company lagi satu tu Company minyak...lagi besar. Cuma taraf jawatan nya kontrak tapi gaji dia mmg x tercapai dek akalku..byk giler beb.  TAPI aku dah janji dgn jenab aku accept the offer dan cuma tunggu surat jer aku tolak offer tu.  Jenab suh aku bersabar.  Sbb jenab dah check around suma kata keja aku bagus. Tip top jadi dorang mmg recommend bagus2 jer.  Akhirnya, sbb Umar berkeras nak amik aku keje, aku dapat jugak Si J tak terkata terpaksa jugak sain surat offer tu. Fitnah dia kata aku menyebabkan company dia rugi 200k tu bohong semata. Seposen pun takde ok.  Yg ada aku rasa aku dok tipu2 sikit2 kat milaege..or tipu2 masa entertain lunch customer which padahal aku ajak kawan2 off n geng2 kamceng makan sedap2 kat restoran mahal2...sorry ler yek. Tapi aku dah lama insap. Sejak aku berenti kat situ x pernah aku menipu lagi. See, tu hikmah aku kena blah. Supaya aku tak banyak buat dosa kecik..hehehe.  Dan yg paling aku gembira, bila Umar offer aku gaji seganda dari yg aku mintak.  Maknanya, gaji yg aku dapat kat company ini menyamai gaji seorang Manager kat company D (ala kompeni kedekut, nama jer manager gaji ciput)..Sbb itu org2 kat sana terutama yg salu dengki tu sakit jer hati bila dgr aku keje kat sini. Jadik principal pulak tu.  Yg mana dorang pulak terpaksa pleased aku bagai nak rak. TAKUT. kalau2 aku antar email komplen ke..aku ngadu kat bos aku ke..gelabah tenuk suma kat sana.  Pendek kata segala email2 aku dipandang serius oleh dorang.  Pendek citer..dont play2 with me...

Jadik selepas apa yg J buat kat suma org aku rasa sekarang ni padan lah muka dia.  Segala2 yg dia ada, pangkat besar tu gone mcm tu jer.  Served him right.  Ni la org kata...as clever as squirrel jumping from tree to tree..once bump to the ground jugak kan..(sepandai2 tupai melompat tu pnye peribahasa tu ler..)  konon nak spent time dgn anak2 n family..P***** lah.  Apahal. Anak2 dara dia yg dua ekor tu dah nak kawin ok. apa hal nak spent time dgn dorang pulak. Klau nak bagi alasan gitu lama dulu patut masa dorang kecik2.  Yg aku dgr salah sorang anak dia tu kureng betul sikit..wallahualam.  Apapun..aku rasa puas hati, dan aku percaya jugak ramai kawan2 aku di luar sana yg tak lagi keje kat situ bertepuk tangan sambil kata..haaa..padan muka ko..

Jadiknya, begitulah adanya.  Walaupun aku ni masih sakit hati dek perihal cerita di atas tu, aku buat gak keje OK.  Idak ler MC, mengular, ponteng atau yg sewaktu dgnnya. Sbb aku hidup atas dasar prinsip. Kalau mende tu bukan rezeki kita tak kira camne pun harus bukan kita pnye.  Walaupun hati mgkin rasa sikit terkilan sbb usaha keras tak berapa nak dihargai..tapi aku pasrah.  Mgkin  ada hikmah atas suma tu. Mgkin gak kot2 aku dapat bon 6 bulan aku jadik gelap mata dan riak. Tidak bersyukur ataupun takbur kan. Ataupun aku gunakan duit tu utnk bukan2. Seperti pi slimworld trim body ke..mana la tau.  Yg pasti things happen for a reason.  Allah maha mengetahui akan apa yg tersirat dan tersurat.  Aku belajar untuk menerima kenyataan ini..dah hakikat, kalau ada rezeki tidak ke mana.  Sungguh aku bersyukur sgt2..dgn apa yg aku ada skg ni.  Cukuplah untk makan pakai, sekolah, leisure anak beranak bahkan kdang2 lebih lagi...syukur dgn rezki kat sini, dapat selesaikan utang2 yg dah settle tuh..

Pendek kata, dengan rezki sebanyak itu buat aku berfikir dan bertafakur sejenak yg itu ada rezeki lebihan dari gaji yg aku dapat tiap2 bulan.  Bersyukur daripada tak dapat langsung.  Bersyukur yg Allah masih lagi mahu beri nikmat pada aku.  Kalau korang tanya apa aku nak buat dgn duit tu..honestly, aku tak rancang or fikir apa2 lagi pun.  Aku cuma terfikir nak dump kat ASB, Tabung haji dan membuat pelaburan emas. Mana tau by tahun depan aku bole menikmati hasilnya kan.  Aku dah lupa segala2 wish list aku nak dapatkan lap top baru, nak dapat Nikon EOS, nak beli Handphone baru ....nak itu nak ini..sebabnya, semua benda2 itu aku tak memerlukan lagi buat masa ini.  Tak jugak nak beli apa2 pun barang umah..serius tak terasa pun.  Cuma aku ada janji nak bawak family makan special sikit...itu jer. Itu dgn duit gaji pun boleh No hal..

Apapun, apa yg ku luahkan ari ni dah mengurangkan rasa dan bisikan2 syaitan dalam kepala ni. Untuk terus mengekomplen mengutuk, mengata dan segala2 me.....tapi Alhamdulillah, dgn ada nya blog aku ini aku dapat mencurahkan apa yg membungkam dalam hati aku ini, segala kegelisahan, kegembiraan dan kekalutan atas rasa tak puas hati dgn apa yg aku dapat...Dan atas sebab itu, aku berasa sungguh tenang hari ni. Aku rasa lebih tenteram utk meneruskan segala yg ku lakukan atas dasar prinsip buat keje biar sampai abis. Tak kira apa.  Cuma mgkin lepas ini percentage kerajinan aku mgkin udah turun sikit, tpi itu tidak bermakna aku tidak buat keje langsung.  Fesbuk fesbuk jugak kan..keje kena buat jugak org kata..dan terlintas jugak kat fikirkan aku nak menghupdate resume..mana tau ttba tergerak hati nak mencuba di tempat lain kan?? Hidup mesti diteruskan kan....Wallahu aalam

No comments: