June 17, 2011

Astro ooh Astro

Mase mula2 kami pindah kat umah sendiri yg dibeli kat Rawang tahun 1999 dulu, siaran TV mmg terok sgt. Terok giler2 lah pendek kata.  Kalau dapat pun TV3 jer. Masa tu citer best2 kat TV8 tapi haram nak dapat tgk.  Tv1 or 2 apatah lagi. Masa tu Tv kecik ala2 21inchi yg bulky tu lah kan. So tak heran sgt lah pun.

Bila dah lelama, TV yg ada tu 2 kali kena panahan petir hati jadi sakit asik dok repair . Elok kejap seminggu pastu mati lagi. Masa tu TV kami jenama samsung.  Dah kali kedua terbakar lagi dan terus x leh repair jadi semakin bengang. Kami pun beli la tv baru. Jenama Toshiba BOMBA bersaiz 29 inchi.

Masa ni dah ok sikit. TV3, TV7 dan TV 8 dah dapat dgn jelas. Tapi TV1 dan 2 tetap macam tu gak.  Ada masa dapat ada masa langsung tak dapat.  Dek kerana bdak2 suka tgk gerak khas kan, beli juga antenna luar. Dapatlah tgk skit. Tapi TV1 hareeem tak pernah tgk langsung.

Masa AF 1 dan 2 muncul aku tak heran dan tak amik port pun. Tapi bila AF3 bermula, wah ditambah pulak provokasi akan demam TSUMAWI, aku pun takmo la ketinggalan. Abis kat off org dok citer pasal mawi jer mana bole tahan.  Aku rasa lepas konsert ke 3 AF3 kot baru aku masukkan astro.  Pun masih lagi guna TV toshiba tu lah. Masa tu tv tu punya on button dah loose dikerjaain bdak kecik dua org tu. Sampai SP terpaksa sendal dgn lidi kat tmpat on and off dia tu.  Kalau nak bukak or tutup harus kena tutup kat switch gitu.  Teruk betul.  Masa tu aku amik package astro basic jer.  Aku bayar dalam RM59.90 kot ada addtional dgn Movie dan discovery ke.

Lama gak kami guna TV tu. Sampai satu masa SP dapat cabutan bertuah masa annual dinner company dia. TV aiwa 14inch yg siap dgn Briteks lagi. Tp since TV dah ada kat luar aku letak jer tv tu dlam bilik. Time2 nak tido tu ada gak tgk2 tv kecik tu.  Bila ada duit sikit, belagak lah kan.  Ditambah pulak kat kg akak dah beli LCD 32 inch gitu.  Gambar cantik dan jelas. Aku pun nak beli gak.  Sudahnya kami beli LCD sze besar lagi kat kg. Sama kat kedai akak beli tv dia dgn good bargain dan price gitu.

Bila dah ada LCD tv wah..tak rock la kan tak tgk in High Defination pnye kuasa.  Mula la setan2 menghasut suh tukar astro beyond pulak. Nak nak lagi bila pi umah anak buah SP tgk astro beyond pnye gambar..kelassssssss gitu.  Oh, masa ada astro biasa tu, kerap kali kalau balik kg mak or pi jenjalan tido kat hotel mana, bole jer plug kad tu kat mana2 dekoder.  Kat umah mak tu ada dekoder gak tapi kadnya adik dah terminate. SO bila balik kg kami msukkan kad kami dalam tu bole je layan astro kan.  First time lepas menukar ke Beyond, bawak kad balik kg. Langsung tak leh guna. Ingatkan dekoder tu rosak ke hapa.  Bila dah jadik cam tu rasa tak puas hati aku kol customer service dorang...Guess What?? kalau korang dah tukar ke beyond, kad tu tak bole diguna di dekoder lain kecuali dekoder dirumah anda sahaja!!.  Mau aku tak angin.   Ada ka patut  cam tu?. Napa tak cakap siang2 dan terang masa promo org suh tukar dari astro biasa ke  beyond kan?.  Kalaulah aku tau hareem aku nk tukar. Dah lek kena add lagi dua puluh hengget for the service tu. 

Bila hujan rintik2 pun siaran tak de. So kembali jer kat Tv lama. Pe guna bayar servis mahal2 gitu kan?. Sakit ati tak.  So bila ada ura2 nak naek harga lagi mau org tak melenting?.  Dah la 6% tax dah sedia charge kat kita ni nak revise harga lagi.  Khabrnya astro dah untung berjuta2 tahun lepas. Mana tak untung??? citer itu2 gak...servis hampeh gak tapi feesnya mengalahkan kabel tv kat US.

Ribut di parlimen pasal astro ni. Bantahan demi bantahan org suarakan kat Tv3, kat paper dan alam cyber. Maksudnya ramai yg tak bersetuju dgn harga yg nak dinaikkan kalau servis masih di takuk lama.

Semlm kat buletin Utama ada seorang pengirim email juga menyatakan rasa tak puas hati terhdap charges astro sedangkan servis nya masih begitu juga. Cadangan beliau supaya astro mengambil pendekatan berbeza untuk mengenakan bayaran sgt aku setuju. Beliau mencadangkan supaya Astro mengenakan bayaran untuk siaran2 yg ingin ditonton sahaja. Ala2 astro first. Ala2 bil telefon gitu.. Byk mana kita guna, itu lah yg kita bayar. Fleksibel kan gitu.

Kalau lah charge tu mahal tapi citer bagus2. Siaran pun bagus aku pasti takkan ada org komplen termasuklah aku ni kan.  Skg ni pun kami bayar hampir seratus lebih sebulan, kalau dinaikkan lagi mau meningkat lagi kan.  Aku cuma ada dua option jer kalau dorang naikkan charge lagi. Pertama terminate jer + 3 package yg sedia ada ni (walaupun dgn berat hati to let go, HBO, discovery dan ESPN kan) dan kembali pada package asal RM37.90.  Ataupun terminate jer astro terus dan install UnIFI kat umah. Aku rasa lagi puashati kan.

Harapnya SKMM tak meluluskan permohonan dorang nak menaikkan harga yg sedia ada tu. Bahkan dorang patut turunkan harga ataupun pertingkatkan servis lagi. Cerita2 Movie yg baru2.  Bukan cerita zaman tok kaduk sebelum perang maupun citer yg dah 119 kali diulang tayang.

2 comments:

NenekPenne said...

time hujan je,cennel 701, 703 dpat jugak tapi kejap2 padam, kejap2 padam... pastu screen jadi kotak2..

hampehlah astro...

Anna said...

Ya betul tu Net..tgh syiok2 layan CSI, Crossing Jordan ttba kotak2 terus service not available..aser jer nak baling kat piring tu dgn periuk kan....mmg hampeh