June 13, 2011

Jimmy Shanley...kesiannya dia.


Kalau korang ada baca paper semalam kat Metro Ahad kalau tak silap mesti korang pun rasa sedih camne aku rasa...for details korang bacalah kat link Nara :  Luahan hati seorang insan bernama Jimmy Shanley http://beautifulnara.com/luahan-hati-seorang-insan-bernama-jimmy-shanley


Berat mata kita yg membaca dan melihat pastinya berat lagi lara dan bahu dia yg memikul. Selalu kita akan simpati akan duka dan lara yg ditanggung seorang wanita jika ditinggalkan dek suami, tapi yg ni terbalik pulak.  Mmg sejak dorang lepas kawin lagi aku dah baca macam2 rumours pasal umah tangga dorang. Aku ingat tu gossip semata2 tapi sebenarnya itu adalah kenyataan yg paling pahit nak ditelan oleh seorang lelaki baik yg pada pandangan mata aku sgt budiman bernama Jimmy Shanley.

Setelah majlis gah gilang gemilang perkahwinan diadakan di KLCC Convention. Setelah beratus ribu abis, gini akhirnya?.  For belah perempuan maybe duit bukan masalah besar kerana mereka mmg sangat kaya raya.  Maybe beratus ribu ibarat dua tiga puluh hengget jer.

Apapun  yg telah berlaku antara mereka aku heran. Takkan takde sekelumit kasih dan simpati di hati sang isteri terhadap suami yg merawan mencari2 apakah kesilapan yg telah dilakukannya hingga tergamak si isteri menghukum sedemikian rupa. Kalau dah kawin 3-4 tahun ok lah kan. Ni tak. Dalam masa 10 hari suma dah berubah.  At the first place kenapa setuju nak kawin kalau tak suka??.

Dulu2 Jimmy senyap jer tak pernah nak cerita atau buka aib pasal kelakuan isteri dia. Tapi mgkin setelah sekian lama bersabar, dia tak tertanggung lagi...korang bole baca detail kat link tu nanti ye..

Yg aku pelik, mana kuasa ibu dan bapak si isteri?. Bukankah si ibu yg beria2 nak menjodohkan dia dulu. Takkan bila benda cam ni berlaku dia terus memihak pada anak dia?. Ye lah anak tunggal kesayangan. Tapi tak tau ke dia hukum seorang isteri yg nusyuz meninggalkan suami begitu jer. Sampai kan dah nak bersalin ni pun khabarnya keluarga belah isteri masih bermain teka teki.

Apapun, sabarlah yg Jimmy. Allah sentiasa bersama org2 yg sabar . Ingatlah doa org yg teraniaya itu makbul.  Pasti ada hikmah kenapa suma ini berlaku. Mgkin dia bukan perempuan terbaik utk kamu. Mgkin kamu akan jumpe org lain yg lebih baek dan sempurna yg bole mentaati kamu dan menunaikan hak kamu sebgai suami?. Hanya Allah SWT yg tahu.

Cari jer lah pengganti. Tak guna menanti org yg sombong dah tak sudi.  Masih ramai perempuan2 yg baik di luar sana. Berdoa lah byk2 moga satu hari nanti aku bertemunya dan membina semula sebuah keluarga yg bahagia atas kehancuran lalu..

Buat keluarga belah isteri dia tu..Insaflah.  Sekiranya Jimmy bersalah, maafkan lah dia.  Lupakan kisah silam. Jika tak mau nak kembali kat dia pun..berilah dia hak sekurang2nya sebagai bapa kepada anak yg bakal lahir nanti.....

Rugilah seorang wanita bergelar isteri tak mau menerima seorang lelaki bernama suami yg sayang dan kasih kan dia dgn sepenuh hati dan masih menanti dgn sabar wlaupun sudah berbulan2 lamanya...Lelaki seperti inilah yg sering menjadi dambaan wanita utk digelar suami..bukan semua org beruntung begitu..Namun, bukan suma org tau bersyukur dgn apa yg dah Allah beri padanya kan?..Wallahu Alam.

2 comments:

NenetPenne (NP) said...

ada orang terjumpa jimmy kat usj taipan tapi sombong giler..

for me, i dunno him and also his wife so i tak boleh nak bagi komen lelebih takut berat sebelah

apapun doa terbaik utk depa, nak kondem2 sangat bini dia pun, kita tak kenal..betul tak?

Anna said...

betul tu Net..i review based pada pandangan mata kasar dan mende yg i baca which kadang2 tak tau betul ke tak...apapun doakan yg terbaik utk keduanya....kesian kat anak yg bakal lahir jer kan...