June 21, 2011

Macam-Macam..

Dua-tiga hari ni aku ase agak down. Agak low motivation org kata. Mana taknya, partner in crime aku dah antar resignation letter. Ya, dia nak berenti sbb nak pursue other opportunity kat negara lain dan ofkos dgn damn good offer yg company ni x leh nak lawan dan position yg agak gilang gemilang gak la. Yes, dia seorang lelaki berbangsa cina yg sangat menghormati Islam. Bahkan ada satu masa tu mmg hampir2 dia memeluk islam dan kawin dgn awek melayu dia namun tak jadi.  NUR belum datang dalam hatinya.  Dia buat aku senang nak bercerita, mengadu kadang meluah isi hati pasal suasana pejabat, pasal keje yg tertangguh ataupun team member yg salu buat onar.  Tak pernah pun apa yg aku cerita, terkeluar bermaksud dia sgt memahami yg kadang2 kita perlu kawan untuk sekadar merelease tension kat tmpat keje.  Now dia pergi ke tempat lain.  Lepas ni takda lagi tmpat aku nak bercerita hal2 semasa, bergossip perihal keje, pelanggan dan yg sewaktu dgnnya.  Selamat Jalan K, all the best utk ko.  Keep in touch. Thank you sbb jadik kawan dan pendengar di pejabat yg setia dan amanah.

Back to normal routine, mggu ni aku agak moody dan crancky sikit. Hari ahad tu aku anak beranak bantai tido lepas lunch sampai dkat kul 6. Natijahnya malam aku x leh tido.  Puas golek sana pusing sini. Ala2 tido ayam. Mujur Isnin tu Amal tak sekolah agama sbb cuti.  Anak2 suma pun sama tak leh tido. Dorang leh bantai layan HBO sampai kul 1 pagi. Aku dah lama tergolek berpusing sana sini still x leh tido.  Bila aku tertido pun ala2 tido ayam.  Sudahnya kul 6 am terjaga aku tak cukup tido. Bila tak cukup tido kepala sakit mood pun rasa tak sudah.

Sampai off pulak ck tam kecoh2 pasal K nak berenti keje.  Langsung aku tak terkejut benarnya. Sbb dah lama aku dgn K sembang2 kosong pasal bertukar keja ni. Infact dia sendiri mengaku kat aku kalau ada offer bagus dia tak teragak2 nak terima.  Engineering line pnye pengalaman maybe beri banyak kelebihan pada dia untuk dapat peluang bagus kat syarikat pesaing. Mereka mampu nak bayar may 2-3 x ganda dari yg dia dapt sekarang so why not kan?.  Dia gak lah yg racun aku suh intai2 peluang kat tmpat lain. Suh aku pursue kot2 ada good opportunity kat tmpat lain.  Suh aku accept on any offer. Suggest aku to letak 40-50% expected salary kalau nak blah. Which aku dah stat buat pun. Ada bberapa permohonan aku dah antar namun nampaknya belum ada rezeki lagi kot.

Aku takmo ckp pasal demotivation in the company lagi. Sedia maklum lepas 5thn takde perubahan pun pada jawatan, level mahupun pendapatan, jadik ckp2 lagi pasal ni buat sakit hati jer. After all, rezeki tu ada di mana2, cuma kita kena usaha lebih sikit mencarinya.

Sepanjang 5tahun di sini, setelah beberapa kali bertukar holding company, inilah yg paling teruk sekali aku rasa.  Bila mana ramai sungguh org2 lama dalam management team satu persatu angkat kaki. Mana tak, dorang kat atas sana langsung tak pernah fikir nak menaikkan semangat local dan org bawahan yg selama ni bertungkus lumus berkhidmat. Tak ada perhargaan sewajarnya, manakan org mau bertahan.  Bila org dah sedia angkat kaki, sendiri mau ingat.

Minggu ni gak, aku dgn kakak mmg bercadang nak buat sedikit kenduri tahlil untuk arwah pak. Rancangan awalnya nak masak jer kat umah pastu antar jer kat surau. Less hassle.  Tapi pagi2 lagi akak dah sms beritahu rancangan mak nak buat besar2 pulak. Nak buat ari minggu dan panggil satu kampung.  Kakak meluahkan rasa tak puashati. Mana tak, mak agaknya dah berbincang dgn abang long.  Bukan masalah besar pun takat nak masak utk 50 - 100 org keatas. Aku dgn akak bole jer settle. Cuma bila abang long memandai2 suggest kat mak gitu padahal dia sikit pun tak contribute tenaga mestilah akak jadik sakit hati.  Nak2 lagi bini abg long sendiri yg selama ni pun tak pernah nak amik port.

Mana nak kuarkan pinggan mangkuk, kemas basuh dan cuci. Plak tu lepas kenduri kang nak kemas basuh dan cuci. Kali terakhir buat kenduri kat rumah, aku dgn kakak mcm nak terpatah pinggang rasanya. Mak toksah ckp lah kan, dia cuma tau bagi arahan jer.  Kita pun x harap dia tolong2 dek kudratnya tu. Tapi abang long laki bininya tu haram nak menolong ke hapa.  Duit toksah citer lah kan.  Pasal duit pun aku dgn akak x pernah berkira. Selama ni pun kami gak yg kuar duit, beli barang sampai soal masak memasak.

Mak pulak mmg gemar sgt panggil geng2 dia kalau nak buat kenduri kat umah. Bukan apa, geng2 dia yg suka mengata org dan mengumpat tu aku dgn kakak mmg tak berapa gemar.  Sambil memasak pot pet2 ..memacam hal org diperkata wat tambah dosa.  Padehal aku dgn kakak bole jer masak no hal at all.

Pjg pulak sms akak pagi ni. Meluah isi hati dia dgn sikap mak.  Mak mmg kadang over. Kadang2 berbicara tak fikir hati org lain.  Mcm aku salu kata dia salu lebihkan anak2 lelaki. Padahal dalam segala segi dorang mcm wat tatau jer.  Urusan antar mak ke klinik ulang alik setiap bulan pun akak yg uruskan.  Akak sanggup amik cuti atau masuk keje lambat semata2 utk mak. Tapi mak tu, mcm biasa lah tak nampak tu suma.

Yg paling aku tak gemar mak salu sgt merungut.  Bila dia nak makan apa, aku atau akak beli jer tanpa banyak soal. Tapi bila dah dibeli nanti byk pulak komplennya. Byk pulak sungutan. Mcm tak bersyukur jer kadang2 aku rasa. Tapi tu lah sikap dia.  Sikap dari dalam diri dia, apa daya kami nak mengubahnya kan?.

Jadik hari jumaat malam minggu ni, aku akan balik kampung. Sambil nak pujuk2 mak.  Maybe ikut jer kehendak dia buat kenduri kat rumah tapi tak perlu jemput ramai2 sgt org perempuan. Cukup sekadar 2-3 org terdekat sebelah menyebelah.  Selebihnya jemput jemaah masjid buat tahlil di rumah.

Aku pujuk akak, ikut jer lah kehendak mak buat kat rumah. Karang tak diikut panjang pulak rajuknya.  Karang abis dia mengadu satu kampung pulak kami tak mo ikut keinginan dia kan.  Biarlah, kalau itu yg dia kehendak ikut jer lah. Takut2 nanti jadik isu besar pulak kan.

Pagi2 lagi akak kata mak dah suh akak bgtau aku rancangan nak kenduri ahad ni.   Mmg dah ada plan pun masa aku balik ari tu nak buat ujung minggu ni cumanya rancangan asal nak buat sabtu malam ahad kat surau jer.  Tapi since dah jadik gini, kena re plan balik.

Aku baik akak tak ada hal pun nak memasak utk kenduri. Kami dah biasa pun. Menentukan apa nak masak, berapa jenis menu.  Cuma kadang2 mak tu jer yg over sgt.  Kelam kabut tak pasal2.  Kalau aku, akak, SP dan abang ipar bole jer settlekan. Dari urusan ke pasar, siang menyiang sampai ke masak memasak suma biasa kami uruskan sendiri takde masalah.

Karenah org tua ni kadang mmg menguji sgt kesabaran kita. Terutama kakak yg dok sekali dgn mak. Sedangkan aku balik sesekali ni pun salu jer tersentap dgn kata2 mak tu. Tapi sebagai anak aku telan jer lah. Aku sabar jer lah. Tak guna nak melawan. Klau menda tu tak mendatang mudarat ikut jer lah.  Cuma bila dah melibatkan hal2 mengata dan bercerita hal2 org laen yg tak baek mmg bab tu aku tak leh kompromi. Salu jer aku sound direct dan tepat kat mak, tok sah sbok2 hal org. Tok sah mengata org sedangkan kita sendiri pun x berapa sempurna.  Ikut kan hati yg marah mmg rasa jer nak boikot takmo balik kg pun. Tapi mana bole gitu. Seburuk mana pun dia tetap mak kami, tetap org yg mengandung sembilan bulan dan melahirkan kami. Mgkin ujian dari Allah pada kami dgn sikap dan feelnya kan. Sebagai anak kami kena terima dgn sabar dan redha.  Mmg tanggung jwb menjaga mak tu pada bahu anak2 lelaki. Tapi kami pun x serah bulat2 apatah lagi dorang anak2 lelaki ni susah nak ckp dek kekakangan bini masing2.  Kami sebagai anak perempuan ni sedaya mungkin menjaga mak selagi hayat dia ada.

Lagipun aku sendiri rasa segan pada SP. Sedangkan dia sendiri bole begitu sabar, tenang melayan karenah mak yg kadang2 kalau ikut hati memang tak le kata.   Sabar nak ikut jer mana mak nak pegi kalau kami bawak mak keluar tu.  Sabar nak dgr mak pot pet2 dalam keta sepanjang perjalanan.  Tak berkira pulak perihal wang ringgit nak belanja mak makan hatta nak bershopping barang2 dapur mak.  Atas sebab itu aku sendiri rasa aku harus 10x sabar dari SP menangani mak aku sendiri kan.  Sbb itu jugaklah aku tak kisah pun nak layan MIL sebaik mungkin sebagaimana SP melayan mak aku kan.  Itu jugaklah aku kata kat akak pagi tadi.  Kita kena banyak2 bersabar dgn karenah mak tu. Mmg mencabar sgt. Tapi Allah pasti tau apa tersirat dan tersurat kan. Allah nak menguji sejauh mana kita tabah, sabar dan tenang nak melayan segala kehendak, karenah, peel, perangai dan apa jua yg bersangkut paut dgn mak.  Selagi mak masih hidup ni kan. Agar esok2 bila dia dah takde kita rasa puas sbb dah berbakti pada dia.  Somehow each time akak mengadu dan meluah perasaan pasal mak kami sama2 sedih...sbb kami pasti akan teringat pada arwah Pak.  Betapa semasa hayat Pak, mak tak macam ni pun. Pak berjaya mendidik dan membimbing mak jadi isteri yg taat, tak banyak ckp, tak banyak komplen.. Cuma bila dah lama arwah pak takde, semakin begitulah keadaan mak..Mgkin sbb tak ada sapa lagi nak membimbing mak?...atau mungkin ini lah bahagian kami anak2 perempuan untuk bersabar dan bertawakal sepanjang menjga mak selagi hayat dia dikandung badan...everything happen for a reason!...Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah SWT..dan yg buruk tu datang dari kita sendiri kan..Wallahu A'alam..

No comments: