June 28, 2011

Situasi menang-menang namanya...

Ingat tak lagi entry pasal nak buat kenduri arwah pak tempohari??.  Yg mana mak kunun2 nak buat mejlis kat umah. Waktu tengahari hari Ahad.  Baik akak maupun aku sgt tidak setuju taw. Ye lah, buat kat umah bukan keje senang.  Mana memikir nak mengemas umah, punggah pinggan mangkuk periuk belanga, cawan sudu senduk bagai.  Nak membasuh satu hal, nak mengemas lepas kenduri pun satu hal jugak. Sapa yg nak mengemasnya?. Kalau tak aku dgn akak.  Pulak tu buat ari Ahad, sure aku pulak terkocoh2 nak balik KL pulaknya petang tu kan.  Jadik kami merangka satu rancangan jahat. Menggagalkan plan itu. Ye lah pepandai jer abg long pi racun mak sedemikian rupa. Padahal dia tak amik port pun pasal nak beli barang2, nak siap bagaikan.  Sungguh selama ni aku dgn akak buat dgn seadanya seikhlasnya. Mujur ada suami2 yg suka dan redha nak menolong walaupun kadang2 abang ipar tu merungut2 bila org kampung perli2 yg dia tuan rumah instead of sepatutnya abang long lah kan..takpe, janji dia nak nolong. Harapkan SP tak boleh lah, dia bukan org kg situ dan dok kat kg ku kan.

Jadik masa aku balik jumaat malam tu aku, mak dah setuju nak buat kat surau jer. TAPI, dia tetap nak panggil kawan2 ahli mesyuarat tingkap nak datang petang esok for tolong memasak.  Walaupun akak tak bape setuju kan, tapi aku pujuk dia. For this time kita ikut jer lah keinginan mak tu. After all, kita pun leh rilek aku kata. Ye lah bila kawan2 mak dah datang for sure dorang siang menyiang dan masak memasak kan..Kami leh goyang kaki...

Pagi2 sabtu tu, aku, akak, SP dan anak2 pi pasar beli barang2 perlu. Semua dah tulis lengkap. Mak x ikot, sbb katanya kaki tak berapa kuat nak jalan..alah, mak tu nak tunggu kenkwn dtg tu la..Mak dah siap tempah kuih seri muka bagai, buat tapai lah.  Since ni hajat dia nak kenduri, semua perbelanjaan disponsor oleh mak.  Mak mmg niat dah lama. Cuma masa tu gaknya duit tu kena freeze kat akaun, jadi dia tak kata apa2 bila aku dgn akak menguruskan suma kenduri seblum2 ni.  Mak beri aku lima ratus hengget.  Tu pun mak suh beli 10 ekor ayam..byk giler!!.  Katanya nak beri berkat (bekal) kat kenkwn dia yg datang tu ...aku rasa masih byk tu. The last time kami beli 3 ekor pun byk asenya..so aku suh reduced ke 7 ekor..mak pulak kata..beli 8 lah..so aku beli lah 8 ekor gitu..biar dia puas hati kan.  Menu for the kenduri ialah, ayam masak merah, sambal udang, kari ikan, acar darat (timun n nenas) dan sambal goreng jawa.So lengkap sudah bahan2 beli suma tu. Ada la sikit aku dgn akak top up duit kami. Duit mak 150rm aku bg kat dia balik as balance..

By time kami sampai umah pun dah tghari. Terus jer kami masak for lunch.  Pukul 3 kot, kwn2 mak dah stat datang dan potong2 apa yg patut.  In total ada 10 org pempuan sumanya.  Termasuk ler kak Hipar aku yg sorang tu..Since ayam dah banyak, aku dgn akak cancel plan buat kari ikan tu..Org2 yg datang tu cuma masak ayam, buat acar dan buat sambal goreng.  Sambal udang tu aku dgn akak masak sendiri lepas dorang suma balik.

Pukul 5 lebih sumanya dah siap. Complete lah dgn suma kwn2 mak tu makan nasik dan bawak berkat pulang memasing.  Gembira jer aku tgk riak wajah muka mak tu. Maybe puashati kot hajat dia dah terlaksana.  Yg aku cukup tak gemar, kak Hipar aku tu masa org suh dia join makan nasik bole pulak dia balik!.  Mmg gitulah peel dia tiap kali kalau datang umah mak.  Terutama kalau tolong2 time kenduri. Aku pelik sgt nape dia x mo makan..apekah takut aku mandrem?. ye lah maklum dia kan dgn aku mcm takut sgt..takut aku sound dia cam dulu2 masa dia dok kat umah mak kot??. Ye lah, dok dgn mak satu, masa tu arwah pak masih sehat lagi pemalas masya Allah. Mana aku tak marah, kalau aku balik kg tu pagi2 mak terkontang kanting buat sarapan kat dapur dia haram nak turun tolong ke hape. Makan pulak men tinggal jer sisa2 pinggan2 berlonggok..sekali dua aku tgk aku sabar je. Tiap kali tgk mana bole tahan tgk org kuda2kan mak kita kan. Mau aku tak mengamuk??.  Yg aku ingat ada sekali aku balik kg malam masa tu aku tgk pinggan sisa dia makan tu bersepah kat meja makan. Aku tanya mak sapa makan..mak diam jer..aku tau lah mesti dia tu..aku humban pinggan tu melayang kat sinki sambil aku mengamuk marah2.. Apa?? ingt mak aku amah dia?.  Lepas incident tu dia mmg takut giler dgn aku. Kadang x angkat muka pun..ada aku kesah?..citer tu dah lama in fact aku dah lupa lepas dia berambus kuar dari umah mak...tpi dia rasa bersalah kot? naseb la kan..so dia sengaja buat sakit hati kami bila org siap2 nak mengidang makanan for makan dia balik.  Lantak ler dia. Mak ada berkata2 gak..depan kwn2 mak aku sound mak..Biarkan jer dia mak, dia takmo makan tak perlu paksa2..betul tak?.Believed me, abang long muncul time2 nak maghrib tu sbb nk tnya nak tolong masakkan nasik ke tak?..aku sound jer x yah. Kami masak pakai periuk kecik jer..dah siap pun aku kata..tnpa ckp byk dia blah balik jer..

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Ramai org kat surau datang for the tahlil. Semuanya di uruskan oleh abang ipar aku dgn SP.  Sampai org tnya pesal tuan rumah pnye anak aka abng long tak datang pun??. well..nak ckp apa kan?..lauk2 suma yg dibawa ke surau abis.  Nasik pun ada balance sikit jer.  Syukur lah...Hari ahad tu pagi kami kuar sarapan dan jenjalan kat pekan..aku bawak mak sekali.  Jelas sekali, dia rasa cam puas sesgt sbb hajat dia tercapai dah....jadik takde bebelan atau omelan pun pasal kenduri tu..Syukur semua berjalan lancar..syukur gak aku sbb aku dgn akak dah berjaya memenuhi keinginan dia tu kan...

Tu lah, aku kata kat akak..kadang2 kita kena beralah. Kita ikut jer la apa mak nak tu. Kalau benda tu tak memudaratkan dia.  Ni lah namanya win win situation..kita tak rugi apa2 pun kalau memenuhi kehendak dia kan. Kalaulah kami tak ikut apa dia nak, mau dia meraban mengadu kat jiran2 kami ni tak amik kesah hati dan perasaan dia tu..(mcm selalu tu..benda2 kecik pun jadik isu besar). Maklum org tua ni kadang2 mmg karenah mengalahkan budak2 kan. Kita ni kena salu sbar. Masa kwn2 ahli mesuarat tingkap mak datang tolong masak tu pun ada gak dorang citer2..Dorang pun sedia maklum yg kadang2 mak tu terover dalam meluah tak puashati pasal anak2..pasal benda kecik2..Dah namanya org tua kan..dorang pun nasihatkan kami bersabar je..berdoa byk2.  Mcm aku kata, kalau benda tu dapat memuaskan hati dia, menyenangkan fikiran dan keinginan dia dan tidak memudaratkan kita ikut jer lah...

Ni lah kalinya, aku balik kg aku tak dgr mak merungut, mengata or meluah tak  puashati pasal org tu..pasal anak2 yg lain..pasal mende kecik yg dia tak patut terlampau pikir sgt..sbb apa?? sbb aku rasa dia sgt puashati dapat mencapai apa yg dia inginkan untuk kenduri kali ni...Jelas sekali, bila dia kata kat aku : Lega hati mak, syukur lah sumanya selamat....semuanya berjalan lancar..lepas ni bole mak tidor lena:  gitulah katanya....

Baik aku, akak maupun SP mmg kali ni semua pun realise mak tak byk merungut or komplen mcm selalu...sbb apa??..sbb kami ikut kehendak dia...walaupun pada masa sama kami jugak beri pandangan dan cadangan supaya ia tidak berbangkit kemudian hari..yg pasti mmg betul2 win win situation...tak susah kan?..Lagi senang hati aku  bila kami nak bertolak balik ahad petang tu mak senyum lebar jer.......

2 comments:

aNIe said...

Anna... memang orang2 tua suka tgk orang ramai dtg kat rumah tolong menolong untuk kenduri... adik ipar akak suka yang ringkas je...2 tahun dah kami kalau kenduri main order je... tapi tahun ni mertua kata nak masak kat rumah...masalahnya sekarang menantu2 tak berapa nak suka sebab yg kat dapur nanti semua menantu je... anak2 pompuan main order je...hahahah...sakit hati tak..? Nanti menantu2 jugak yang tak duduk sampai ke malam...

Memang kami ikhlas buat kerja utk mak...tapi geram bila apa yang kami buat nanti ada je yg tak kena oleh ipar2 yang lain

Anna said...

Kak Anie, kalau MIL mmg gitulah keadaannya..sama ler saya pun..cumanya saya ni kalau time raya ke belah sana, saya sorang jer terkontang kanting masak sensorang kat dapur tu..yg laen tunggu kat meja jer..sakit mmg sakit ati sgt..tapi x wat camne..MIL bgi gelaran kat saya menantu paling rajin..abis?? dah anak pmpuan sendiri x leh harap kan..apatah menantu2 lain..yg ada sanggup dok tonton depan tv kita laki bini bersilat menyiang ayam bagai...kalau kat umah saya terbalik pulak..anak perempuan beria2 bersilat..menantu?? mmg layak dapat title HANTU...hehe